Jumaat, 6 April 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bancian Sinar Harian: 71% sokong Bersih 3.0 diadakan

Posted: 05 Apr 2012 07:46 PM PDT

TINJAUAN yang dibuat oleh Sinar Harian di portal rasmi mereka, sinarharian.com.my setakat ini menunjukkan seramai 71% daripada 1063 pembaca menyokong Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



Keputusan pembaca yang menyokong Bersih 3.0 ini dijangka akan meningkat lebih tinggi berdasarkan trend undian semasa.

ReJaM© "Berani tak Utusan buat bancian online macam ni? "

Mengapa Azmin tidak perlu menjawab fitnah Umno?

Posted: 05 Apr 2012 04:32 PM PDT

SEMALAM, ReJaM© sempat bertemu dengan saudara Hilman Idham, pegawai khas Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali bertanyakan perihal serangan terbaru media propaganda United Malays No Otak, Utusan semalam.

Utusan begitu licik menggunakan bekas Ketua Penerangan Keadilan Cabang Ampang, saudara Mohd. Isa Mohd. Saidi yang digugurkan daripada jawatannya selepas didapati muflis dan juga pernah dikaitkan dengan jenayah pecah amanah (CBT) sebelum ini.



Berikut penjelasan daripada saudara Hilman.

Azmin tidak perlu jawab fitnah yang dilemparkan baik daripada Ummi Hafilda, Dr. Hassan Ali atau sesiapapun kerana ia adalah skrip fitnah ulangan dan telah dipatahkan melalui laporan perubatan dan juga keputusan Mahkamah.

Azmin tidak harus terperangkap dengan permainan politik ini. KEADILAN juga tidak harus gusar dengan fitnah ini kerana semakin kuat KEADILAN maka lebih kuat fitnah terhadap pemimpin KEADILAN.

2. FAKTA KES

a. Azmin berserta isteri dan anaknya telah membuat ujian DNA sebanyak 2 kali. Ujian DNA yang pertama telah dibuat di Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura pada 2 Julai 1998.

Ujian DNA yang kedua telah dibuat di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 28 Julai 1998. Kedua-dua ujian ini dibuat oleh Azmin demi membersihkan fitnah jahat terhadap isteri dan anak beliau biarpun dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian oleh Raja Aziz Addruce, Peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim.

b. Kedua-dua Laporan Ujian DNA tersebut telah mengesahkan bahawa Azmin dan isterinya Shamsida adalah 'biological parent' kepada Farah Afifah. Laporan daripada hospital di Singapura tersebut menyebut;
"The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child)."
c. Laporan DNA yang dibuat di Hospital Kuala Lumpur atas arahan Musa Hassan juga menunjukkan keputusan yang sama. Walau bagaimanapun keputusan bertulis bagi ujian yang dibuat oleh Dr. Zahari Noor dan Dr. Dahlia tidak diserahkan kepada Azmin sehingga hari ini.

Namun, keputusan itu dipastikan melalui satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor pada ketika itu yang mengesahkan temuan DNA itu membuktikan Azmin adalah bapa kepada anak tersebut.

d. Melalui jalan undang-undang, Azmin telah membiawa kes ini ke Mahkamah Seksyen Ampang. Mahkamah Seksyen Ampang pada 25 Jun 2005 telah memutuskan Dato' Khalid Jafri sebagai bersalah di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memfitnah Azmin dan keluarganya dalam buku 50 Dalil.

Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun kepada Khalid atas kesalahan yang sangat serius dan melibatkan banyak pihak dan kesengsaraan akibat kesan psikologi yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat oleh anak kecil Azmin.

e. Perihal kes DNA ini telah ditulis dalam buku "Mahkamah Sahkan Ada Konspirasi Untuk Memfitnah dan Membunuh Kerjaya Politik Anwar Ibrahim" yang diterbitkan pada tahun 31 Ogos 2005 oleh Institut Kajian Dasar.

Sebelum ini, dalam salah satu artikel di MiLo SuaM juga telah menjawab serangan ini secara tak langsung rujuk sini [Wan Azizah tak berbual dengan Shamsidar].

Pihak Utusan sendiri mengetahui bahawa isu DNA dan dakwaan anak haram Anwar ini adalah cerita fitnah Arwah Khalid Jafri. Namun kalau sudah namanya pembebal fikiran rakyat, mereka tetap mengulangi cerita lapuk ini.

ReJaM© "Dah tak ada modal lettew! kah kah kah... "

Sekolah cuba selindung kes keracunan susu 1 Malaysia

Posted: 05 Apr 2012 08:26 AM PDT

SALAH sebuah sekolah rendah di Pahang dilihat cuba menutup kes keracunan makanan oleh lebih 20 pelajarnya akibat meminum susu 1 Malaysia yang dibekalkan di sekolah.

Hal ini dilaporkan oleh Sinar Harian, di mana tindakan pihak media untuk mencungkil kes ini bagi mengesahkan dakwaan kes keracunan minuman itu dihalang oleh pihak tertentu di perkarangan sekolah berkenaan [Sinar].



Sebelum ini, di pihak Pakatan Rakyat pernah melakukan satu ujikaji sampel susu 1 Malaysia yang menyaksikan terdapat pencemaran bakteria di dalam produk tersebut.

Bagaimanapun hal itu diremehkan oleh menteri di pihak Rejim Barisan Nasional yang menyifatkan bahawa pihak Pakatan Rakyat hanya suka mencari salah mereka dan membangkang segala usaha mereka untuk rakyat [Malaysiakini].



Akhirnya terbukti susu 1 Malaysia begitu rendah kualitinya untuk dijadikan minuman budak sekolah dengan pencemaran bakteria yang mengundang padah.

Difahamkan, meskipun banyak kes keracunan produk 1 Malaysia ini yang pernah berlaku, namun kes ini sengaja disembunyikan bagi menjaga nama baik Najib yang mengasaskan gagasan 1 Malaysisa.

Barang murah tentu sekali kualitinya pun rendah, Najib yang terkenal dengan jolokan Bapa Pengumuman akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa produk 1 Malaysia yang murah itu berkualiti rendah.

ReJaM© "Patut bagi anak menteri minum susu 1 Malaysia ni biar dia rasa..."

Aset NFC dibekukan hanyalah cerita bohong Najib?

Posted: 05 Apr 2012 02:43 AM PDT

SEBELUM ini kita difahamkan bahawa aset NFC (sebut National Family Corruption) telah dibekukan bagi meneruskan siasatan terhadap penyelewengan dana rakyat RM250 Juta oleh keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.

Hal ini disahkan sendiri oleh Najib Razak seperti yang dilaporkan di Utusan Online pada 14 Januari lalu. Rujuk screenshot yang dipetik dari Utusan Online di bawah.



Bagaimanapun KEADILAN hari ini mendakwa pemilik National Feedlot Corporation (NFC) kini dalam proses menjual tiga hartanah, yang didakwa mereka dibeli menggunakan pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta.

Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli mendakwa, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail dan Pengarah Eksekutif Wan Shahinur Izran Salleh dalam proses memuktamadkan penjualan hartanah itu dengan nilai RM3 juta kepada Insun Development Sdn Bhd.

"Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat daripada skandal NFC kepada isu peletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan harta-harta yang sepatutnya dibekukan," kata Rafizi.

Dengan usaha itu, dakwa Rafizi lagi, menunjukkan syarikat itu sedang melupuskan asetnya.

Justeru beliau menegaskan bahawa semua transaksi melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana kemungkinan besar ia diperoleh menggunakan dana awam.

Shahrizat, isteri kepada Salleh, akan berundur daripada jawatannnya selepas penggal lantikan sebagai senator tamat tiga hari lagi (8 April) setelah terpalit sama dengan projek kontroversi itu [Malaysiakini]

ReJaM© "Satu Malaysia kena kencing dengan Najib? "

Tiada ulasan: