Kelab Greenboc |
- [DEDAH] Tiru Tandatangan Untuk Daftar Sebagai Pengundi Pos
- [Video] Beri IC Kepada Warga Asing: PAS Desak Suruhanjaya Siasatan Duitubuhkan
- Mangkuk Yang Bernama Isa Saidi Itu Seorang Muflis Rupanya
- [Video] Apa Sudah Jadi? Bekas Dekan "Terkahwin" Dengan Seorang Lelaki
- Syabas Kelantan: Pertumbuhan Kelantan Lebih Pesat Mengatasi KDNK Negara
- Kes Task Force Beri IC Serupa Kes Lembu NFC, Lagi Dinafi Lagi Banyak Terdedah Nanti
- Terbukti Najib Pendusta: Aset NFC Tidak Dibekukan Tetapi Sedang Dilupuskan
- Gambar Individu Terlibat Kes Letup Tandas LRT Diedarkan
- 20 Pelajar Keracunan Selepas Minum Susu 1Malaysia
[DEDAH] Tiru Tandatangan Untuk Daftar Sebagai Pengundi Pos Posted: 06 Apr 2012 12:47 AM PDT PAS Selangor akan mendedahkan satu lagi cubaan jahat Umno-BN dalam memanipulasi daftar pemilih dalam kempen mereka untuk menawan kembali Selangor pada Pilihanraya Umum akan datang. Taktik terbaru adalah mendaftarkan isteri tentera sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka. Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata ia dilakukan dengan meniru tanda tangan isteri-isteri tentera di dalam borang-borang khusus bagi mendaftar mereka sebagai pengundi pos. "Ini berlaku di dalam kem, secara khusus yang dapat saya dedahkan sedikit hari ini ialah kem di Paya Jaras. "Usaha ini melibatkan pegawai tentera. Bila kita panggil saksi dalam pendengaran perbicaraan rang daftar pemilih, saksi itu mengakui bahawa pemohon tidak pernah menandatangani borang permohonan. "Tetapi nama mereka tersenarai dalam rang daftar pemilih", jelasnya di dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini. Khairuddin menambah, usaha tersebut bergiat aktif di dalam kem tentera dan bertujuan meninggkatkan jumlah pengundi pos di Selangor. Khairuddin berkata bukti terperinci tentang usaha itu akan didedahkan dalam masa terdekat. Sebelum ini, PAS Selangor telah mempersoalkan pertambahan mendadak pengundi yang bertukar alamat mengundi mereka daripada tempat lain ke Parlimen dan Dun di Selangor. Antara kes yang dikenalpasti adalah penduduk Sabah yang mempunyai kod kad pengenalan '12′. Kebanyakan mereka ditukarkan ke Parlimen Kota Raja yang dimenangi PAS pada 2008. Selain itu, PAS Selangor turut membantah tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang melanggar peraturan dengan mendaftarkan seramai 303 anggota pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pengundi pos. -selangorku |
[Video] Beri IC Kepada Warga Asing: PAS Desak Suruhanjaya Siasatan Duitubuhkan Posted: 05 Apr 2012 11:48 PM PDT PAS mahu RCI ditubuhkan siasat sindiket proses IC kepada warga asing KUALA LUMPUR, 5 April — PAS mendesak Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) menyiasat kewujudan sindiket dianggotai pegawai kerajaan yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi. Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing semakin berleluasa dan ia akan memberi kesan yang buruk kepada masa depan negara. Jelas beliau, pihaknya telah mengenalpasti lokasi memproses kad pengenalan dan pemberian kad pengenalan kepada warga asing. "Kami menyokong Ahli Parlimen Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar) tentang wujudnya sindiket pegawai peringkat tertinggi kerajaan untuk menukar kad pengenalan merah kepada biru," katanya pada sidang media di sini. "Jika kerajaan tidak ambil tindakan kita akan dedahkan lagi, tempat proses kad pengenalan dan tempat serahkan juga kita tahu. Ia sindiket yang besar untuk daftarkan warga asing jadi pengundi." Semalam Mahfuz, yang juga Naib Presiden PAS, mendedahkan wujud "task force" yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mengundi pada pilihan raya nanti. Mahfuz mendakwa "task force" itu diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar serta beberapa pegawai lain di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bagaimanapun Wan Ahmad menafikan dakwaan itu. Jelas Mohamad, daftar pemilih akan menjadi lebih kotor sekiranya pentadbiran Najib tidak mengambil tindakan segera dengan membentuk RCI bagi menyiasat perkara itu. "Oleh itu kami tuntut daftar pemilih dibersihkan dan suruhanjaya diraja siasatan dibentuk untuk menyiasat," katanya. "Daftar pemilih bukan semakin bersih tapi semakin kotor, sebab itu kita mahu suruhanjaya ditubuhkan untuk siasat... pilihan raya boleh tangguh kerana kita ada masa sehingga Mac. -TMI
|
Mangkuk Yang Bernama Isa Saidi Itu Seorang Muflis Rupanya Posted: 05 Apr 2012 08:50 PM PDT Ketua Penerangan' KEADILAN Ampang muflis, terlibat pecah amanah KUALA LUMPUR 4 April: Mohd. Isa Mohd. Saidi yang mengaku sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang dan mendesak Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali untuk keluar parti sebenarnya bukan lagi ahli KEADILAN sejak 26 Mac lalu. Ia dinyatakan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang, pada sidang medianya semalam. Menurut Zuraida, Mohd Isa digugurkan daripada jawatannya selepas didapati muflis dan juga pernah dikaitkan dengan jenayah pecah amanah (CBT) sebelum ini. "Penguguran jawatan ini berdasarkan beberapa laporan polis ke atasnya berkaitan jenayah pecah amanah (criminal breach of trust). "Beliau juga muflis, tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam parti. Bukti muflis diperolehi menerusi carian rasmi di Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 10 Januari 2012," kata Zuraida pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN Parlimen Ampang. Dua laporan pecah amanah pada 28 Mei dan 4 Jun 2011 terhadap Isa dilaporkan seorang pengadu, Siti Zaleha Kauzi berhubung deposit dan sewa kedai di 'Food Court Station Ampang Waterfront', masing-masing berjumlah RM1,000 dan RM6,500. "Sejak makluman penguguran, Isa yang baru menyertai KEADILAN pada 27 Jun 2010 terlibat dalam beberapa perjumpaan dengan pemimpin Umno. Cabang Ampang tidak terperanjat dan telah menjangkakan tindakan beliau. "Manakala Tan Hua Meng yang turut bersama dalam sidang media semalam merupakan Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang tidak disambung khidmatnya penggal ini," ujar Zuraida. Beliau menegaskan, cabaran dan desakan Isa terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali merupakan ulang tayang agenda hitam dan fitnah jahat Umno sejak 1998. Zuraida juga tidak menolak kemungkinan sidang media yang diadakan di Hotel Crown Plaza semalam didalangi Umno yang berniat jahat untuk melihat KEADILAN kucar-kacir. "Ini hotel empat bintang. Tak mustahil ia ditaja oleh orang-orang tertentu. "Cabang Ampang mengalu-alukan sekumpulan ahli yang kecewa untuk keluar bagi membersihkan parti daripada unsur khianat dan duri dalam daging," tegas Zuraida. Turut hadir pada sidang media Ketua Penerangan KEADILAN Ampang yang baru, Hamsah Djabir, wakil ADUN Bukit Antarabangsa, Razali Ramli dan kira-kira 30 ahli. -KD Ahli PKR minta Azmin keluar parti Ulasan GB Kan dah labuh muka... Tak pasal-pasal jadi pak hangguk untuk dapat sedikit habuan. |
[Video] Apa Sudah Jadi? Bekas Dekan "Terkahwin" Dengan Seorang Lelaki Posted: 05 Apr 2012 06:40 PM PDT Setahun tertipu KUALA LUMPUR: Selepas setahun melayari bahtera perkahwinan, barulah si suami mengesyaki isteri ketiganya, pengusaha butik kecantikan adalah seorang lelaki. Ini menyebabkan bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37. Peguam Syarie, Muhammad Hafiz Ab Rashid yang mewakili Bahrom memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, Bahrom selaku plaintif memfailkan permohonan faraq itu pada 17 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Katanya, anak guamnya juga hanya menyedari dia mengahwini seorang lelaki pada penghujung 2010 iaitu setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand, 19 Ogos 2009. Anak guamnya turut mempunyai bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil. -hm
|
Syabas Kelantan: Pertumbuhan Kelantan Lebih Pesat Mengatasi KDNK Negara Posted: 05 Apr 2012 04:40 PM PDT Kota Bharu, 5 April: Negeri Kelantan yang ditohmah sebagai sebuah negeri yang termiskin di negara ini, sebenarnya lebih maju dari apa yang disangkakan. Gambar: Takiyudin menyaksikan pertukaan dokumen perjanjian antara MPKB-BRI dengan Sentosa Jaya. Malah pertumbuhan KDNK Kelantan telah mengatasi pertumbuhan KDNK negara bagi dua tahun berturut-turut, iaitu 8.1 peratus (berbanding negara 6.2 peratus) pada tahun 2007 dan 6.9 peratus (berbanding negara 4.1 peratus) pada 2008. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Fauzi Mat, berkata demikian ketika berucap pada majlis perjanjian persefahaman pembinaan apartmen 25 tingkat antara MPKB-BRI dengan pengusaha Sentosa Jaya Development Sdn Bhd, disebuah hotel tengahari tadi. Majlis perjanjian itu yang diwakili beliau bagi pihak MPKB-BRI dan Sentosa Jaya oleh Pengarah Urusannya, Datuk Razali Daud, disaksikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan. Projek yang dibina di atas tapak Pasar Kubang Kerian itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 36 bulan, sebagaimana mengikut perjanjian. Menurutnya, pencapaian itu berlaku kerana kepesatan ekonomi dan pembangunan yang berlaku di negeri itu. "Pada tahun ini juga, MPKB-BRI mensasarkan pendapatan sebanyak RM100 juta berbanding sebelumnya yang tidak begitu menepati sasaran. "Menurutnya,sumber pendapatan tersebut melalui pulangan pelaburan projek usahasama MPKB-BRI dengan swasta,"ujarnya. -HD Tapak pasar diganti dengan apartmen 25 tingkat Ulasan GB Ia mengesahkan lagi bahawa PM, Datuk Seri Najib Razak memang seorang PENDUSTA apabila beliau menyatakan Kelantan negeri termiskin. Dan terkutuklah kepada akhbar media perdana yang mmengutuk negeri Kelantan kononnya sebagai negeri termiskin di negara ini. klik untuk baca |
Kes Task Force Beri IC Serupa Kes Lembu NFC, Lagi Dinafi Lagi Banyak Terdedah Nanti Posted: 05 Apr 2012 09:42 AM PDT Mahfuz pertahan dakwaan 'task force' wujud KUALA LUMPUR, 5 April: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan dakwaanya wujud task force dalam masa yang sama beliau bersedia mendedahkan butiran terperinci kepada Suruhanjaya Diraja nanti. Beliau juga bersedia membantu Suruhanjaya Diraja yang akan dibentuk untuk meneliti semua dakwaannya berhubung wujudnya 'task force' untuk memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti. Bahkan beliau sudah menjangka akan ada penafian oleh individu-individu yang dinamakannya semalam, antaranya Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar. "Saya sudah menjangka mereka yang saya sebut semalam akan menafikan. Penafian mereka membuktikan dakwaan saya benar. Mereka boleh menafikan, biar Suruhanjaya Diraja menjawab," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen. Hari ini, Wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mahfuz, bahawa beliau terlibat dalam 'task force' yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi. Wan Ahmad menyifatkannya sebagai satu perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Mahfuz. Mahfuz menegaskan Wan Ahmad hanya menafikan beliau tidak terlibat bukannya menafikan wujudnya 'task force' sebagaimana yang didakwanya semalam. Malah dalam masa yang sama katanya, Wan Ahmad juga tidak menafikan wujudnya pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing. Bersandarkan kenyataan itu, Mahfuz menyifatkan Wan Ahmad bersama-sama dengan beliau menyedari kewujudan pendaftaran warga asing dalam daftar pemilih. "Saya minta beliau duduk bersama saya (tubuh Suruhanjaya DiRaja) dengan segera," katanya. Sementara itu, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab juga menafikan beliau terlibat dan menyifatkan dakwaan Mahfuz adalah tidak benar. "Saya tidak tahu apa-apa," kata Thajudeen Abdul Wahab. -HD Mahfuz reka 'cerita karut jahat', kata SPR Ulasan GB Sudah dijangka, Timbalan Pengerusi SPR menafikan. Begitu juga dengan nama-nama lain yang disebutkan oleh mahfuz. Malah pagi ini GB kata, Najib pun akan menafikan. Tetapi mengikut hukum kebenaran dan keadilan, penafian seseorang tidak semestinya tertegaknya sebuah kebenaran. Sama seperti kes Teoh Beng Hock dahulu. SPRM yang terlibat secara terus di dalam kes berkenaan menafikan anggotanya bertindak kasar sehingga menyebabkan Teoh terbunuh. Malah sejak hari kejadian, belum sebarang siasatan dimulakan, direka cerita Teoh terjun bunuh diri dari bangunan! Sehinggalah Suruhanjaya Diraja dibentuk akhirnya pekung SPRM sendiri terdedah satu demi satu. Dalam kes lembu NFC pula. Suami Sharizat panggil sidang media menafikan. Pada peringkat awalnya, semua pemimpin UMNO termasuk Najib sendiri menafikan. NFC pula mengugut membawa pihak yang mendedahkan kes itu disaman di mahkamah. Namun apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan, Shahrizat letak jawatan dan suaminya diheret ke muka pengadilan. Kini di dalam kes Unit Tindakan Khas pemberian IC kepada warga asing. Wan Ahmad menafikannya. Sama macam Sahahrizat, apabila pekung kes lembu terdedah, dihelahkan dengan berkata Pakatan hendak menyerang Wanita UMNO. Di dalam kes pemberian IC ini, Wan Ahmad berhelah dengan menyatakan ia hendak merosak integriti dan kredibiliti SPE sebagai badan bebas dan berkecuali di bawah Perlembagaan. Kita yakin jika Wan Ahmad berani untuk membawa kes ini ke mahkamah, lagi banyak salahlaku dan penyelewengannya di dalam SPR bakal terdedah. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu ditegakkan dan orang yang bertanggungjawab itu diheret ke muka pengadilan! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. klik untuk baca |
Terbukti Najib Pendusta: Aset NFC Tidak Dibekukan Tetapi Sedang Dilupuskan Posted: 05 Apr 2012 08:25 AM PDT PKR: NFC sedang lupuskan aset PKR hari ini mendakwa pemilik National Feedlot Corporation (NFC) kini dalam proses menjual tiga hartanah, yang didakwa mereka dibeli menggunakan pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail dan Pengarah Eksekutif Wan Shahinur Izran Salleh dalam proses memuktamadkan penjualan hartanah itu dengan nilai RM3 juta kepada Insun Development Sdn Bhd. "Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat daripada skandal NFC kepada isu peletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan harta-harta yang sepatutnya dibekukan," kata Rafizi. Dengan usaha itu, dakwa Rafizi lagi, menunjukkan syarikat itu sedang melupuskan asetnya. Justeru beliau menegaskan bahawa semua transaksi melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana kemungkinan besar ia diperoleh menggunakan dana awam. Shahrizat -- isteri kepada Salleh -- akan berundur daripada jawatannnya selepas penggal lantikan sebagai senator tamat tiga hari lagi (8 April) setelah terpalit sama dengan projek kontroversi itu.-mk Najib tipu apabila kata aset NFC dibekukan Oleh Rafizi Ramli klik untuk baca |
Gambar Individu Terlibat Kes Letup Tandas LRT Diedarkan Posted: 05 Apr 2012 06:21 AM PDT Kuala Lumpur - Polis mengedarkan gambar seorang individu dipercayai ada kaitan dengan insiden letupan tandas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai baru-baru ini, yang menyebabkan seorang lelaki, Muhd Sakereen Basri, 22, tercedera. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, gambar itu diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di lokasi kejadian. Beliau berkata, letupan berlaku tidak lama selepas individu yang memakai baju-T putih, bertopi dan berseluar hitam dilihat keluar dari tandas terbabit. Menurutnya, berdasarkan rakaman CCTV juga, individu terbabit adalah orang terakhir dilihat memasuki tandas, sebelum mangsa (Muhd Sakereen). Katanya, polis bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti ciri fizikal individu terbabit bagi mengesahkan identitinya. "Gambar individu itu kita siarkan menerusi laman Facebook Polis KL termasuk melalui media cetak dan elektronik. "Kita harap orang ramai dapat buat pengecaman dan jika mengenali atau ada maklumat berhubung individu dalam gambar itu, diharap dapat tampil segera ke balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur 03-21159999 bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku 'Scorpio On The Dragon's Demises', semalam. Dalam insiden pada 28 Mac lalu, tandas LRT itu tiba-tiba meletup kira-kira jam 1.20 petang dan menyebabkan seorang mangsa, Muhd Sakereen yang berada dalam tandas, koyak bahagian belakang badan serta paha akibat terkena serpihan mangkuk tandas. klik untuk baca |
20 Pelajar Keracunan Selepas Minum Susu 1Malaysia Posted: 05 Apr 2012 05:16 AM PDT Temerloh - Lebih 20 murid sebuah sekolah rendah di daerah ini mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai akibat alahan selepas meminum susu 1Malaysia, semalam. Sinar Harian dimaklumkan kejadian berlaku tengah hari kelmarin selepas sekumpulan murid mengadu sakit perut dan muntah tidak lama selepas minum susu berkenaan. Beberapa ibu bapa murid juga mendakwa kejadian cirit-birit dan muntah itu berlanjutan hingga semalam sehingga ada antara mereka dihantar ke klinik kesihatan kerajaan serta swasta untuk mendapatkan rawatan. Perkara itu bagaimanapun gagal disahkan pengurusan sekolah t yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian kepada wakil media yang cuba mendapatkan maklum balas. Tinjauan media ke Pejabat Pelajaran Daerah juga gagal mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu. Bagaimanapun Sinar Harian difahamkan tidak semua murid yang minum susu itu mendapat cirit-birit. Ada sumber memaklumkan sesetengah murid yang alahan sahaja mengalami cirit-birit dan muntah. Bagi mendapat kepastian, media membuat tinjauan ke sekolah terbabit tengah hari semalam dan ada murid mengaku mengalami cirit-birit dan muntah selepas minum susu itu. Namun tindakan media itu bagaimanapun dihalang pihak tertentu di pekarangan sekolah. Sinar Harian juga dimaklumkan beberapa minggu lalu terdapat sebuah sekolah rendah luar bandar mengalami kesan sama selepas minum susu terbabit. -SH Agihan susu di tiga sekolah dihentikan susulan keracunan makanan klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan