labun KulupSakah... |
Posted: 14 Apr 2012 07:56 PM PDT Bob lokman membazir je masuk Pas? Dayangku Intan masuk PKR okey ke? Di bawah ni aku petik bahagian tengah tulisan dan pandangan aku tentang golongan artis sertai politik dan menyebelahi Pakatan Rakyat. Selebihnya sila ke http://merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=12948 Seni dan glamour dua benda berbeza. Seni itu suci. Rasulullah S.A.W berpesan kepada sahabatnya Hassan bin Tsabit sang penyair, "Musuh menyerang dengan busur dan panah. Seranglah mereka dengan syair-syair kamu". Mesej yang cuba disampaikan oleh Rasulullah ini jelas - bukanlah suatu dosa menjadi seniman malah bakat istimewa kurniaan Allah itu wajib digunakan sepenuhnya untuk memperjuangkan kebenaran. Yang salah dan sesat adalah silap seniman itu sendiri lantaran gagal dan hanyut dengan pujian seta sanjungan yang mengkhayalkan. Allah menjadikan manusia dengan sejuta keistimewaan dan dengan keistimewaan itulah ia wajib dimanfaatkan oleh insan yang dipertanggungjawabkan sebagai khalifah pentadbir alam. Seni adalah anugerah yang ajaib. Dalam sesebuah peperangan, lagu dan muzik akan dimainkan untuk menaikkan semangat. Malah ketika hari raya Idul Fitri di zaman Rasulullah, acara tarian pedang dipersembahkan sebagai sebuah persembahan kebudayaan. Rombongan hijrah Rasulullah ke Madinah juga telah disambut oleh penduduknya dengan nyanyian diiringi pukulan tabuh dan rebana. Begitulah pengaruh seni dan budaya di dalam kehidupan. Iklan je nih...acu cube gi baca kat link yang diberi. |
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan