Ahad, 15 April 2012

.

.


Celoteh Murah 8/12

Posted: 14 Apr 2012 08:09 PM PDT

Nazri Aziz Sudah Bau UBN Akan Kalah

Itu menteri suka cakap lepas dan menggunakan bahasa pasar yang kesat, Nazri Aziz berkata dia sudah lama berkhidmat. Sudah jadi menteri selama 13 tahun, timbalan selama lima tahun. Dia kini juga sudah berusia kurang dua tahun untuk jadi 60 tahun. Katanya dia sudah lama mahu lepas jawatan tetapi dihalang oleh pimpinan bahagiannya. Iya ke?

Dalam perkiraan Murai bukan payah sangat kalau nak lepas jawatan atau tidak nak pegang jawatan. Lepas sahaja, belambak orang yang sedang menanti untuk memegang jawatan. Orang sanggup bertumbuk dan bertampar lagi kerana jawatan. Rasuah tak payah ceritalah, kalau dalam Umno rasuah kerana nak jawatan macam mat rempit naik motor laju, berlambak-lambak. Berlana kok na.

He...yang Murai musykilkan seakan kata-kata Nazri kali ini serius sikit. Semacam ada sesuatu yang sedang mengejar Nazri. Apakah dia juga dapat menghidu akan nasib Umno dan BN pada pilihan raya akan datang. Nazri adalaha menteri JPM, dia tahu banyak cerita.

Macam pengesan tsunamilah, si Nazri ini. Nampak riak atau terbunyi gegeran dia sudah dapat mengecam apakah tsunami akan berlaku atau tidak. Mungkin dia juga sudah dapat signal bahawa UBN akan kalah dalam pilihan raya akan datang. BN akan hilang kuasa.

Jadi sebelum ditolak ombak tsunami elok kalau dia melarikan diri awal-awal. Ambil sikap mengundur diri tidak bertanding. Kalau tidak bertanding dia akan terlepas dibaham ombak tsunami yang sudah pasti akan memedihkan mata dan hati.

Begitulah agak-agak Murai. Walaupun kata-kata Nazri itu sebagai test merkat untuk menilai sejauh mana dirinya di Padang Rengas tetapi dia semacam kegerunan sahaja. Sebagai bangsawan politik di Padang Rengas Nazri tidak akan bimbang dia akan dilawan, orang Padang Rengas tetap sayang kepadanya. Tetapi tentang nasib UBN yang entah entah kini yang membimbangkannya.

Nazri seorang yang bisa. Apa yang berlaku ke atas anaknya yang dikatakan membelasah jaga kondo tidak pun menjadi kudis gatal kepadanya. Nazri menghadapi tragedi lebih besar dari itu berhubung anaknya. Semuanya ok, semuanya lepas. Semuanya boleh dikaunting.

Tetapi bak kedudukan UBN semain menipis dan menirus macam ekor tikus mondok ini menganggu kepala Nazri, sebab itu dia membayangkan mahu berundur sebelum partinya kalah.

Murai: Arif dengan signal kalau gout nak datang. He he..

Menggalah Hari

Posted: 14 Apr 2012 07:23 PM PDT

Hampir 100% Penjengok Blog MT Setujun BN Ditumbangkan

Faktor kenapa rakyat ingin menumbangkan kerajaan UBN mengatasi beberapa faktor atau sebab lain apabila penjengok blog Merah Tintah memberi alasan ingin menjatuhkan kerajaan UBN disebabkan tidak tahan dengan penyelewengan dan kebejatan kerajaan UBN.

Daripada 4,249 penjengok yang ikut mengundi 3,469 atau 81% telah meletakkan faktor itu.

Faktor lain yang diberikan untuk dipilih menjadi penyebab UBN perlu ditumbangkan ialah untuk membolehkan Anwar jadi PM. Faktor ini pengundi meletakkan hanya 2% sahaja atau seramai 89 yang bersetuju dengan faktor itu.

Lain faktor ialah kerana UBN terlalu lama memerintah memperolehi 164 undi atau 3%. Satu lagi faktor ialah kerajaan UBN perlu ditumbangkan bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan. Faktor ini diberi undi sebanyak 177 atau 11%.

Sementara yang tidak pasti ke atas semua persoalan diberi seramai 60 pengundi atau 1%.

Ternyata faktor penyelewengan dan kebejatan berleluasa di dalam kerajaan UBN menjadi penyebab utama kenapa rakyat ingin menolak kerajaan berusia 54 tahun itu.

Poll berkenaan yang mengemukakakn empat persoalan itu diadakan selama enam hari dan merupakan poll yang paling mendapat perhatian dari penjengok blog Merah Tinta. [wm.kl.10:35 am 15/04/12]

Pedoman Malam

Posted: 14 Apr 2012 05:44 AM PDT

Abu Bakar Dan Azan Baik Tutup Mulut

Pemimpin Pas dan PKR Terengganu sepatutnya menjaga mulut masing-masing dari mengeluarkan kenyataan yang boleh mengusutkan keadaan. Waktu ini semua pihak perlu sedar, sesiapa yang tersalah cakap menyebabkan kedua-dua pihak akan menghadapi masalah. Pihak UBN akan mengambil kesempatan atas kesilapan itu dan akan memberi gambaran Pas dan PKR Terengganu bermasalah.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Lujnah Kebajikan Pas, Abu Bakar Chik PKR hanya diberikan tujuh kerusi saja, (lima Dun dan dua Parlimen) tidak sepatutnya keluar dari mulut beliau. Abu Bakar tidak berhak membuat kenyataan sebegitu. Orang yang mempunyai autoriti bercakap ialah Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut.

Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata alasan itu kerana Pas jauh lebih kuat berbanding dengan PKR. Memang semua orang tahu yang Pas jauh lebih kuat dan bekerlayakan untuk memimpin Terengganu berbanding dengan PKR. Tahun 1999 Pas telah pun berjaya menubuh kerajaan di negeri Penyu Menangis itu. Itu menunjukkan Pas kuat.

Tetapi Pas perlu ingat bahawa kemenangan Pas itu bukan kemenangan mutlak, bersendirian. Kalau tidak banyak, sedikit pun kemenangan itu dibantu oleh PKR. Isu yang menimpa Anwar waktu itu menyebabkan rakyat mabuk dan menyokong Pas dan Pakatan Rakyat. Sumbangan secara tidak langsung Anwar dan PKR untuk kemenangan itu tidak boleh dinafikan. Kalau Pas bersendirian mungkin Pas belum merasai membentuk kerajaan negeri.

Menghairankan kenapa soal kerusi menjadi rebutan di antara kedua-dua parti yang duduk dalam satu bakul itu. Sepatutnya mereka berfikir untuk menang bukannya mempertikaikan soal kerusi yang boleh membawa kepada carit kemudian bekah. PKR sendiri juga wajar menerima apa yang Pas berikan untuk mereka. Jangan terlalu gopah membuat kenyataan. Berkira dan berunding dulu kemudian bergaduh. Paling afdal ialah biar Pakatan Rakyat menguasai Terengganu dulu barulah bergaduh.

Tindakan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail memberi reaksi kepada kenyataan Abu Bakar Chik itu tidak wajar. Azan tidak patut enimbulkan soal parti itu pengemis di Terengganu. Perkataan digunakan itu menghinakan diri sendiri. Tidak terdengar yang pihak Pas beranggapan begitu. Jadi tidak perlu Azan mengulas lebih jauh dan prejudis kepada Pas.

Kedua-dua pihak perlu sedar pembahagian kerusi di Terengganu saya yakin belum muktamad. Jadi kalau sesuatu yang belum muktamd untuk apa bercakap mengenainya. Cakap-cakap kedai kopi atau dari pemimpin kecil yang tidak berautoriti sepatutnya tidak dilayan. Semua pihak perlu menjadi cerdik dan orang tua dalam politik.

Dalam hal ini kedua pemimpin baik Abu Bakar dan Azan Ismail saya tenguk tidak cerdik dan akal politik mereka hanya sepanjang akal penyu sahaja. Mereka seharusnya tidak menggunakan media untuk mencakar di antara satu sama lain. Kalau hendak bergaduh pergilah ke pantai dan bergasaklah di sana.

Saya menaruh kepercayaan kepada pucuk pimpinan Pas Terenggau khasnya Presiden Abdul Hadi Awang untuk menyelesaikan soal pembahagian kerusi ini seadil dan semampan boleh. Dalam masa terdekat ini mungkin beliau akan berjumpa atau berunding dengan Anwar mengenai kerusi. Apa-apa yang mereka putuskan nanti perlulah dihormati semua pihak.

Baik Abdul Hadi dan Anwar keduanya lebih rasional dan profresional dalam menyelesaikan perkara ini. Tunggulah keputusan dan pengumuman dari mereka. Jadi pemimpin otak sepanjang ekor penyu usahlah bercakap kerana cakap-cakap anda tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya boleh memborakkan lagi keadaan. Apakah anda mahu Pakatan kalah di Terengganu? [wm.kl.8:35 pm 14/04/12]

Ranyai Sabtu (UBN)

Posted: 13 Apr 2012 08:13 PM PDT

Kerana Fikirkan Kekalahan
Umno Tidak Ghairah Cari Calon MB


Ghalibnya menjelang pilihan raya umum UBN sudah mengira-ngira siapakah tokoh atau orang bakal dilantik menjadi MB atau Ketua Menteri. Lobi melobi untuk menjadi MB juga biasanya sudah kencang sebelum parlimen dibubarkan. Kerana sebaik parlimen dibubarkan Umno akan mengatur calon-calonnya, terutamnya orang yang akan menjadi Menteri Besar.

Memilih tokoh MB atau KM yang tepat dan berkelayakan penting untuk kemajuan negeri dan kesenimbungan kuasa.

Seperti mana Umno Kelantan telah mengatur awal-awal untuk meletakan Awang Adek Hussein sebagai calon MB Kelantan pada pilihan raya 2008. Pengerusi Umno Kelantan ketika itu Annuar Musa telah mengumumkan awal-awal nama Awang Adek semasa himpunan Anak-anak Kelantan di Bukit Jalil. Tetapi tindakan mengatur calon seperti itu tidak berlaku untuk kali ini. Kenapa?

Bukan saja untuk Kelantan tetapi di negeri-negeri lain juga. Kenapa? Jawabannya Umno tidak ghairah untuk bebuat begitu kerana lebih memikirkan apakah untung nasibnya dalam pilihan raya akan datang. Umno sendiri masih menggeletar dan cemas rimas apakah UBN akan masih kekal menjadi kerajaan ataupun akan tumbang bertukar menjadi pembangkang.

Justeru UBN lebih memikirkan soal menang kalah daripada mencaturkan calon-calonnya untuk kerusi MB dan KM. Barang kali soal siapa MB dan KM duduk di urutan nombor 33. Pn begitu biarlah di sini saya memberi gambaran mengenai tokoh-tokoh akan dilantik menjadi MB serta kedudukan MB yang sedia ada. Huraian ini berdasarkan kepada cakap-cakap dalaman Umno dan penganalisa politik tempatan. Mudah-mudahan dengan huraian ini memberi cahaya kepada UBN yang sebam kini.

Di Kelantan, tampaknya Mustapa Mohamed adalah calon MB Kelantan sekiranya Umno menang. Pujian Najib Razak kepada Mustapa yang dianggap berlebihan menjadi signal untuk Umno Kelantan. Mustapa dijangka akan bertanding di dua kerusi seperti tahun 2008. Selain kerusi parlimen Jeli kerusi menjadi pilihannya di Dun ialah Air Lanas.

Selain Mustapa, Adun Pengkalan Kubur Norzaidi Omar juga disebut-sebut bakal menjadi MB Kelantan. Najib dikatakan lebih percaya kepada Norzaidi daripada Awang Adek Hussein untuk diprojekkan menjadi MB. Begitu juga berbanding dengan Setiuasaha Politiknya sendiri, Fatmi Che Salleh dan bekas setiausaha politik bekas PM Mohamad Alwi bin Haji Che Ahmad. Najib tidak gembar kepada karektor Fatmi yang nampak seperti bangsawan hampir-hampir sama kaya dengannya.

Di Terengganu kedudukan MB Ahmad Said (Sa..id.. Sa..id) juga sudah disaluti kabus. Ahmad diberitakan tidak lagi akan dilantik menjadi MB. Ada dua faktor kenapa Ahmad tidak lagi akan dipilih untuk menjadi MB. Pertama, dia bukan calon MB Terengganu sejak dari awal. Pemilihan Ahmad dulu adalah sebagai calon alternatif apabila Idris Jusoh tidak disukai Sultan. Mat Said adalah calon 'tersepak batu' saja.

Ahmad Said sendiri tidak percaya kalau dia boleh menjadi MB. Tetapi kerana disuruh akhirnya dia sempat berlagak sebagai MB. Faktor kedua ialah kerana pihak tertentu di Terengganu ada calonnya sendiri untuk diletakkan sebagai MB sekiranya UBN menang. Orang ini sudah pun sepatutnya menjadi MB pada tahun 2008. Tetapi disebabkan permainan Idris Jusoh yang menyihir orang ini bertanding di parlimen menyebabkan peluang itu lepas.

Katanya orang ini akan diletak bertanding di kerusi Dun untuk memungkin dia menjadi MB. Nampaknya Ahmad Said yang mendapat penasihat politik yang setaraf dengan Hang Nadim pernah menerima hadiah besar dalam dunia kewartawanan akan menjadi MB hanya sepenggal sahaja. Cukuplah daripada tidak merasa langsung.

Selain itu tragedi keruntuhan berbagai bangunan dan stadium Sultan Mizan di Terengganu yang masih belum dibaik pulih hingga kini dikaitkan dengan kelemahan dan kurang tegas Ahamd sebagai MB. Begitu juga dengan tindakan kasar beliau terhadap Pas sejak kebelakangan ini yang menuduh Pas parti 'ajaran sesat' menyebabkan merkah Ahmad yang sudah rendah terus merudum. Sebelum ini Mat Said turut disenangi orang Pas tetapi selepas keceluparan beliau itu sokongan kepadanya berkurangan.

Di Pahang kedudukan Adnan Yaacob juga sama dengan Ahmad Said. Adnan tidak lagi akan dilantik menjadi MB. Kemungkinan juga dia tidak akan dipindah ke pusat untuk dilantik menjadi menteri seperti mana lazimnya. Ada kemungkinan Adnan akan direhatkan terus dari menjadi wakil rakyat. Adnan kini sudah menjadi pembawa wabak kepada Umno.

Beberapa penyelewengan atau isu yang timbul gara-gara Adnan dikatakan menjadi punca beliau akan dirihatkan. Kempen supaya Adnan tidak dilantik menjadi MB sudah dijalankan dari kalangan masyarakat Cina. Kempen itu katanya menjatuhkan moral Adnan. Selain dari itu isu Lynas juga dikatakan membabitkan Adnan. Isu ini bakal merubah peta politik Pahang. Adnan dikatakan dipertanggungjawabkan dengan isu ini.

Nama Anggota Exco, Mohd Sarkar disebut-sebut bakal mengambil alih tempat Adnan Yaacob.

Di Johor, Ghani Othman juga dikatakan akan dirihatkan dan diganti dengan muka baru. Awalnya Khalid Nordin diura-urakan akan dibawa balik ke Johor. Selepas pilihan raya lepas lagi sudah ada projek untuk membawa Khalid ke Johor. Tetapi di atas kehendak pihak istana Ghani dikekalkan disaat-saat akhir.

Bagaimana pun cadangan ini menjadi senyap akhir-akhir ini. Umno seperti mana dikatakan tidak membicarakan soal pertukaran ini kerana lebih memikirkan mengenai kalah menang. Angin perubahan kini sedang melanda Johor. Gara-gara itu Najib tidak sempat untuk menilitik sejauh mana kemampuan Khalid Nordin sebagai bakal MB. Najib lebih memberi tumpuan untuk mengekalkan sokongan Melayu Johor kepada Umno.

Cina di Johor sudah tidak menjadi 'gundal' lagi kepada Umno. Jarang presiden Umno turun ke Johor sekerap Najib hari ini. Ini semua merupakan petanda buruk kepada Umno di Johor. Johor yang satu-satu negeri yang konon menjadi fed-depoisit kepada Umno kini sudah pun menjadi negeri 'berpinjaman' tanpa cagaran.

Di Negeri Sembilan pula Mohamad Hasan juga akan berubah tempat. Mat Hasan katanya akan dibawa ke parlimen dan temnpatnya akan diisi oleh muka baru. Setakat ini belum dipastikan siapakah yang akan mengambil tempat Mat Hasan. Orang disebut-sebut ialah menteri kerja raya Shaziman Abu Mansor. Tetapi Shaziman Abu Mansor sendiri tidak mempamerkan dia akan mengambil alih tempat Mat Hasan mungkin tidak yakin kerana jawatan itu penuh dengan politiking sedangkan beliau bukan seorang mengejar kedudukan.

Negeri Sembilan sama masalah dengan Johor. Umno tidak berkokok kerana negeri itu katanya antara negeri baru yang bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Jadi masing-masing lebih menumpukan kepada kemenangan daripada memikirkan kedudukan atau siapa bakal menjadi MB.

Melaka, kedudukan Mohd Ali Rustam tiada apa-apa berita tetapi dipercayai UBN akan membuat perubahan. Ali mungkin akan dibawah ke pusat untuk dilantik menjadi menteri. Namun orang yang bakal mengepalai Melaka belum jelas siapa. Ada beberapa nama tetapi tidak menyakinkan. Antaranya ialah ahli Parlimen Tangga Baru, Idris Harun, ahli Parlimen Masjid Tanah Abu Seman Yusuf, berpotensi untuk ganti Ali.

Bagaimana pun dalam pada itu ada juga usaha sedang dijalankan untuk membolehkan bekas CM Melaka Rahim Tamby Chik kembali semula ke Melaka. Kemungkinan ada sebagai membalas jasa Rahim kepada Rosmah. Tetapi Rahim sendiri berminat untuk ke kerusi Masjid Tanah. Kalau Rahim ke situ ini bermakna Abu Seman akan jadi Ketua Menteri Melaka.

Begitu juga dengan kedudukan Zambery Abdul Kadir di Perak tidak berapa kukuh. Umno kurang yakin dengan ketrampilan Zambery sebagai MB. Zambery dikatakan gagal untuk memulihkan sokongan Cina dan India kepada UBN. Namun disebabkan kedudukan Perak sangat kritikal kepada UBN menyebabkan soal MB tidak difikirkan.

Sementara tokoh disebut-sebut akan dibawa turun ialah Ahmad Zahid Hamidi. Ada keperluan untuk Zahid diturunkan ke Perak bagi mengurangkan pengaruhnya di peringkat Pusat. Ini semua adalah percaturan untuk menjaga kroni dan periuk nasi. Najib dikatakan tidak begitu gemar Najib bermain di pusat kerana ia boleh membayangi pengaruh adik sepupunya Hishamuddin Hussein.

Di Perlis Shahidan Kassim berusaha untuk kembali semula ke kerusi MB. Memandang Perlis tiada tokoh berbekas seperti Shahidan mungkin hasrat pemilik beras negara itu berjaya. Ini juga terpulang maklum kerpada bagaimana mood istana Perlis. Sekiranya isu ketegangan Shahidan dengan istana lengsai, harapan itu.

Di Kedah ada orang berangan-angan untuk jadi MB. Pengerusi Umno sekarang Ahmad Bashah dikatakan tidak mencapai 'standard antarabangsa' untuk jadi MB terutamanya mengenai kelulusan. Politiknya juga dangkal tidak menampakkan pro. Makanya anak Matahir, si Mukhriz dicadangkan untuk memimpin Kedah. Mahathir bagaimana pun menafikan ura-ura sebaliknya penafian itu merupakah pengesahan. Perpindahan Mukhriz ke Kedah dengan harapan menjadi MB adalah sebagai latihan untuk Mukhriz menjadi perdana menteri 10 atau 15 tahun akan datang. Tidak dapat disembunyikan Mahathir menyimpan cita-cita untuk menaikkan anaknya.

Akhirnya di Selangor, dua nama disebut-sebut untuk menjadi MB Selangor. Mereka ialah Noh Omar dan Mohd Zain Abdullah. Tetapi malangnya agan-angan mereka tidak berapa subur bila mana bekas MB Khir Toyo mengatakan sukar untuk Umno menang di Selangor. Mungkin sebab itu Noh lebih selesai untuk bertanding di parlimen dari bertanding di state.

Sehingga hari ini belum pasti siapa bakal MB Selangor dari UBN. Ezam Mohamad Nor dan Hasan Akidah juga ikut sama bermimpi untuk jadi MB. Tetapi sayangnya mereka usahkan terlelap tidur pun belum macam mana hendak bermimpi jadi MB. Boleh jadi juga nama akhir bakal MB dari UBN ialah seorang korporat besar negara. [wm.kl.12:39 t/hari 14/04/12]

* Kepada mana-mana blog atau web protal ingin memanfaatkan tulisan ini seeloknya dibuat dengan secara link bukan cut page kerana dengan cut page apa lagi tulisan belum diedit akan banyak kecacatan terutamaanya dari segi ejaan. Pembetulan dibuat kemudian tidak akan membaiki kesalahan dalam tulisan yang di cut page. Harap Maklum - MSO.

Tiada ulasan: