Khamis, 26 April 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Tunku Aziz tetap sokong Bersih 3.0

Posted: 26 Apr 2012 02:50 PM PDT



KUALA LUMPUR, 26 APRIL: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tunku Abdul Aziz menegaskan bahawa beliau menyokong pendirian parti untuk pilihan raya yang bersih, adil dan bebas.

"DAP merupakan sebuah parti politik yang meraikan kepelbagaian pandangan. Selain pandangan peribadi saya, parti sendiri membenarkan hak demokratik untuk berbeza pendapat," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan beliau dikeluarkan berikutan pandangan peribadi beliau yang tidak bersetuju terhadap lokasi perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

Merujuk kepada isu yang diputarkan oleh media arus perdana kawalan kerajaan Barisan Nasional, Tunku Aziz berkata bahawa beliau telah pun berbincang dengan Setiausha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berhubuing pandangan peribadinya awal pagi tadi.

"Saya mendukung dan menyokong sepenuhnya pendirian DAP seperti yang dijelaskan oleh saudara Lim Guan Eng untuk menyokong tuntutan Bersih demi pilihan raya yang bersih, bebas dan adil serta hak untuk berhimpun dengan aman," ujarnya. – Roketkini.com

Bersih 3.0 ujian bagi transformasi politik Najib

Posted: 26 Apr 2012 04:25 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 APRIL – Perhimpunan Bersih 3.0 "Duduk Bantah" pada 28 April ini merupakan satu ujian penentu bagi "transformasi politik" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Malaysia negara "demokrasi yang terbaik di dunia."

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang mengatakan bahawa untuk membuktikan kesungguhannya, Najib perlu membatalkan sebarang halangan dan bantahan terhadap perhimpunan aman "Duduk Bantah" Bersih 3.0 yang akan dihadiri oleh rakyat Malaysia yang ingin menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil di Malaysia, selain menarik balik pengharaman terhadap BERSIH.

Saya menyeru supaya kita bermula dengan pembatalan segera pengharaman kerajaan terhadap BERSIH yang tidak munasabah dan tiada justifikasi – terutamanya berikutan penjelasan yang diminta oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rohana Yusof daripada Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkenaan dengan deklarasi kerajaan bahawa BERSIH sebuah organisasi haram selepas pendirian baru KDN bahawa BERSIH 3.0 bukanlah ancaman keselamatan."

Menurut Kit Siang, perkara ini adalah penting memandangkan sejak tujuh bulan yang lalu kerajaan Najib dilihat cuba memperbetulkan kerosakan yang disebabkan oleh pengendalian yang tidak cekap oleh kerajaannya dalam kes perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Menurut Ahli Parlimen Ipoh Timur itu, pengendalian kerajaan terhadap perhimpunan yang lalu jelas mempamerkan keangkuhan kerajaan apabila BERSIH diharamkan, ahli-ahli PSM ditahan di bawah Ordinan Darurat tanpa asas yang jelas, dan penahanan sembarangan ke atas orang ramai yang memakai baju-T BERSIH 2.0 atau yang memakai pakaian berwarna kuning.

Selain itu, Kit Siang turut meminta Najib memenuhi janji yang dibuat sewaktu menyampaikan mesej Hari Malaysia pada 16 September tahun lalu, iaitu untuk melakukan transformasi politik dengan memansuhkan undang-undang drakonian dan tidak demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan membatalkan empat Pengisytiharan Darurat.

Kit Siang turut mengingatkan Najib agar tidak menggantikan undang-undang drakonian yang lama dengan undang-undang zalim yang lain dalam bentuk yang baru.

"Ini adalah apa yang telah berlaku dalam tempoh tujuh bulan yang lepas. Walaupun ada pembaharuan atau pemansuhan undang-undang drakonian ini, ia merupakan pelaksanaan 'satu langkah kehadapan, dua langkah kebelakang", sama ada pelaksanaan enakmen Akta Perhimpunan Awam, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan penggantian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) serta pindaan kepada Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah dan Akta Keterangan; dan pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Universiti dan Kolej Universiti."

Dalam kenyataan berkenaan Kit Siang turut mengumumkan bahawa beliau akan hadir dalam perhimpunan "Duduk Bantah" pada Sabtu 28 April ini dan mengajak semua rakyat Malaysia yang patriotik untuk beramai-ramai menyertai perhimpunan tersebut bagi "menghantar suatu mesej dalam aman dan harmoni yang berbunyi: Rakyat Malaysia mahukan pilihanraya "bersih" sebagai prasyarat untuk "Malaysia Yang bersih." roketkini.com

Mengapa kita perlu sertai BERSIH 3.0 Sabtu ini

Posted: 26 Apr 2012 04:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 APRIL: DAP menyokong penuh dan akan menggerakkan ahli untuk Duduk-dan-Bantah Bersih pada jam 2 petang Sabtu ini untuk pilihan raya yang bersih, dan menyeru agar semua rakyat Malaysia menyertai perhimpunan Bersih di seluruh negara, khususnya di Dataran Merdeka.

Justeru, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengutuk keras tindakan dan amaran oleh pihak kerajaan, terutamanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, untuk mengharamkan bantahan secara aman ini dengan menakut-nakutkan orang ramai.

"Penggunaan taktik ketakutan ini hanya mendedahkan watak sebenar kerajaan BN yang kuku besi dan bersifat zalim.

"Masa sudah tiba untuk memastikan masa depan yang cerah dan bersih serta bebas daripada ketakutan. Hanya proses pilihan raya yang bersih dan tanpa salah guna kuasa oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) boleh menzahirkan pemimpin-pemimpin yang dapat memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, penafian prinsip demokratik asas iaitu "satu orang, satu undi" adalah satu sebab utama, selain daripada wujudnya pengundi hantu dan kepincangan dalam daftar pemilih, mengapa rakyat Malasia harus menyertai Bantah-dan-Duduk Bersih.

Katanya, badan pemerhati pilihan raya Tindak Malaysia telah mengemukakan bukti bahawa SPR bersifat berat sebelah terhadap BN dengan "gerrymandering" dan manipulasi sempadan kawasan pilihan raya sehingga satu undi pengundi luar bandar adalah sama dengan enam undi pengundi bandar, kerana BN lebih kuat di kawasan luar bandar.

Mengikut Tindak Malaysia, BN telah memenangi 112 daripada 139 kerusi Parlimen yang mana saiz pengundi paling kecil dalam pilihan raya umum 2008, lantas memberikan mereka majoriti mudah dengan hanya 18.9 peratus undi popular.

"Kawasan-kawasan tersebut tidak akan ditukar untuk pilihan raya umum yang akan datang. Di manakah prinsip demokratik "satu orang, satu undi" dan juga di manakah pemerintahan majoriti apabila BN boleh memenangi 50.4 peratus daripada kerusi Parlimen dengan hanya 18.9 peratus undi popular?

"BN telah memenangi 62 daripada kawasan yang paling kecil dengan hanya 6.2 peratus undi popular, termasuk kawasan terkecil iaitu Putrajaya yang hanya mempunyai 6,008 pengundi dan dimenangi BN, berbanding dengan Kapar yang mempunyai 112,000 pengundi dan dimenangi PKR.

"Daripada pemerintahan majoriti, kita mempunyai sistem pemerintahan minoriti, iaitu satu pelanggaran prinsip demokrasi perwakilan," tambah Guan Eng.

Sehubungan itu, katanya, tidak ada makna untuk SPR membazir duit mencetak 5,000 buku untuk menangkis dakwaan-dakwaan terhadap proses pilihan raya SPR yang pincang, apabila penipuan boleh mengatasi kebenaran.

"Bagaimana SPR boleh memperlekehkan isu lebih daripada 42,000 "pengundi ragu" dalam daftar pemilih apabila mereka bukan warganegara sepertimana yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran dan juga dakwaan pendaftaran pengundi yang terlalu banyak dalam satu alamat.

"Masalah ini mungkin lebih teruk daripada kes 42,2000 pengundi ragu yang diakui SPR dan Jabatan Pendaftaran," ujarnya.

Projek Analisa Daftar Pemilih Malaysia (Merap) yang diterajui ahli sains politik terkenal Dr Ong Kian Ming telah mengenal pasti lebih kurang 3.4 juta kes di mana siasatan lanjut harus dijalankan oleh SPR untuk mengesahkan kesahihan pengundi kerana ini adalah jumlah pendaftaran yang bermasalah dan mencemarkan integriti dan ketepatan data dalam daftar pemilih.

Beliau telah mengutarakan 4 isu kritikal:

1. Lebih kurang 3.1 juta pengundi telah dikenal pasti sebagai bukan permastautin oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2002. Data ini telah diberi kepada SPR tetapi tiada tindakan yang telah diambil oleh SPR untuk menilai masalah ini dan mencari penyelesaian.

2. Menggunakan data SPR yang menyenaraikan kewarganegaraan atau "bangsa" setiap pengundi, lebih kurang 65,000 pengundi telah dikenal pasti sebagai warga asing. Daripada jumlah ini, dekat 90 peratus atau 58,000 mempunyai nombor kad pengenalan yang menunjukkan bahawa mereka telah dilahirkan di Malaysia. Tambahan pula, lebih kurang 49,000 pengundi ini datang dari hanya satu neger – Sabah – yang mempunyai sejarah yang terkenal dengan sejarah di mana K/P telah diberikan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka menjadi pengundi.

3. Dengan membandingkan daftar pemilih pada suku tahun keempat (Q4) 2010 dan Q3 2011 dan dengan menyoal-periksa data itu dengan pengemaskinian kepada suku tahun pertama dan ketiga 2011, telah dijumpai bahawa terdapat 106,743 pengundi yang dikeluarkan daripada daftar pemilih tanpa paparan awam dan sebanyak 6,762 pengundi telah ditambah kepada daftar pemilih dalam tempoh masa yang sama, juga tanpa paparan awam.

4. Maklumat penting yang disediakan oleh SPR dalam pengemaskinian Q1 ke Q3 2011 seperti sebab untuk pengeluaran nama daripada daftar pemilih tidak dijelaskan dalam pengemaskianian suku tahun Q4 2011. Kekurangan penjelasan ini menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan maklumat penting disembunyikan oleh SPR supaya analisa data yang terperinci tidak dapat dilakukan.

Guan Eng berkata, pendaftaran warga asing sebagai pengundi dan tindakan unilateral SPR untuk membetulkan lokaliti mengundi sebanyak 19,000 pengundi dengan mengalihkan pengundi tanpa persetujuan mereka juga telah berlaku.

"Bahkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pun menjadi mangsa apabila lokaliti mengundinya telah ditukar daripada Selangor kepada Wilayah Persekutuan," katanya.

Aduan-aduan yang lain yang menimbulkan keraguan dalam proses pilihan raya Malaysia termasuk:

Tambahan pengundi yang mendadak di kawasan-kawasan tertentu;
Kes-kes lebih 100 pengundi dalam satu alamat;
Dakwaan bahawa warga asing telah diberi hak mengundi;
Peralihan pengundi dari satu lokaliti ke lokaliti yang lain;
Pendaftaran pasangan kakitangan tentera sebagai pengundi pos;
Keputusan SPR secara tiba-tiba untuk meningkatkan jumlah pegawai yang bertugas pada hari mengundi; dan
Kewujudan jumlah yang besar pengundi-pengundi yang berusia lebih 100 tahun. – Roketkini.com

Duduk Bantah bakal jadi perhimpunan mega sejarah

Posted: 26 Apr 2012 04:22 AM PDT

Apr 26 2012 / Keadilan Daily

(Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR: Duduk Bantah pada perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini, adalah mega sejarah kepada negara ini, kata Pengerusi bersama Bersih 3.0, Datuk A Samad Said.

"Duduk Bantah bukan cebisan sejarah, bahkan ia adalah mega sejarah," kata Sasterawan Negara itu ketika ditemu bual aktivis sosial, Hishamuddin Rais di konti Radio Bangsar Utama, malam tadi.

Radio Bangsar Utama adalah radio internet bertema Berani Langgar, Laporan Jelas yang diwujudkan baru-baru ini, sempena Bersih 3.0 dan Pilihan Raya Umum (PRU) 13.

Mesra dengan panggilan Pak Samad, beliau percaya himpunan itu sememangnya menjadi hasrat majoriti rakyat Malaysia.

"Selama 54 tahun pilihan raya di negara ini - landasnya tidak betul. Ya, Bersih 3.0 lebih payah untuk 'dilanggari' (pemerintah)," katanya yang optimis dengan sokongan padu rakyat.

Ditanya pengalaman menyertai demontrasi ketika muda, beliau mendedahkan pengalamannya menyertai perhimpunan menyelamatkan akidah Natrah Hertogh dalam usia lingkungan 20 tahun di Singapura pada 1950.

"Saya tidak punya peranan besar tapi saya ikut, dan sangat bersemangat," kata penulis novel Salina, Hujan Pagi dan banyak lagi karya terkenal.

Sasterawan Negara berusia 77 tahun itu turut menegur golongan seniman yang 'diam' dan tidak mahu menempatkan diri dalam perubahan.

"Sasterawan menggunakan penulisan. Dan puisi sudah jadi senjata dan peluru. Kalau hanya merakam (sejarah), takkan sampai ke mana-mana," katanya .

Katanya, seniman tidak wajar memencilkan diri dari perjuangan menegakkan sistem demokrasi, sebaliknya harus berdiri di barisan depan bersama rakyat.

"Seniman wajar ada di tengah-tengah gelora masyarakatnya," katanya dalam temu bual kira-kira sejam dan turut mendeklamasi sajak 'Merindu Ruang'.

Pak Samad yang memetik nama beberapa penulis besar dunia, berkata penyertaan seniman dalam perhimpunan dan bantahan bukanlah perkara baru, sebaliknya berlaku di seluruh dunia

Hattan Kini Bergelar Datuk

Posted: 25 Apr 2012 11:44 PM PDT

http://www.zonartis.com/wp-content/uploads/2012/04/hattan-datuk.jpg

Seperti gambar yang anda lihat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang, (DIMP) dan gelaran Datuk kepada Hattan atau nama sebenarnya Mohd Sukri Shahabudin di Balairung Seri Istana Abdu Bakar, Pekan, sebentar tadi.

Gambar Dato Husam Musa Di Mahkamah Rayuan Putrajaya

Posted: 25 Apr 2012 08:58 PM PDT

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/562777_2961381035225_1282547734_32197603_773463862_n.jpg

Dato Husam Musa bersama Peguam Tomy Thomes di Mahkamh Rayuan Putrajaya dlm kes Rayuan Royalti Kelantan

Papa Gomo dedah rumah mewah Anwar di Washington?

Posted: 25 Apr 2012 07:09 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidS_3qdMhPXIpn85chquVw06Bv-Num4UjFZ7IYbSdGZFQb_oZ13WfDTMIBsHsojSCBVrrWpthMQpOiYV15pa3bJX9DIZ_EwDzzrnrqD5DzDkGvrbPjScKEnG6kjH3YWksFTsd2kH8M9IE/s1600/dc.jpg
Rumah yang didakwa Papa Gomo milik Anwar di Washington DC. | foto Papa Gomo

Hari ni gua boring. Sambil-sambil boring gua melawat blog-blog lembu untuk menghiburkan hati. Salah satunya blog lembu yang paling gemuk, siapa lagi kalau bukan Papagomo.

Ya ampun, makin teruk meroyannya si Gomo ni rupanya. Akibat ketandusan isu, lembu ni semakin aktif mereka cerita tanpa sebarang bukti.

Well, tipikal blogger umno. gambar kondom bersepah di tepi pantai pun dituduhnya kerja mahasiswa di dataran merdeka. kah kah kah!

Antara yang menarik perhatian gua ialah gomo kata Anwar ada rumah mewah di sebuah kawasan elit di Washington DC. katanya..

"Sepertimana sebelum ini Gomo dedahkan mengenai Anwar Ibrahim akan meninggalkan Malaysia dan menetap di Amerika dengan memberikan jawatan ketua umum Pakatan Rakyat kepada Wan Azizah. Anwar Ibrahim sudahpun mempunyai kediaman rasmi di Amerika yang berlokasi di Washington DC sebuah rumah dikawasan elit yang dikelilingi pelobi pelobi yahudi utama dalam pentadbiran Amerika."

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5ETGrK6Ni4uArp5Y7-59itWdPLNziwm-Dyv9CIg-zjIVl_Vu0DbcJ_JrfjvhujgeRTLxLAGTtc_Pt2k3Ax8Ri6XGwi4bhjxXMiXKrC4tIHbyfZK9EbdD28NYfv8KY6qwSwNNbBW6d__Q/s1600/gomo.PNG

Gua pun terus right click dan melawat Google images dan hasilnya seperti berikut. kah kah kah!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9_VOpkdhJ8MV1wp257EG6F4TM_i3YxlrTcp4mrpGSahyphenhyphenaiLOKl7AjskQRAQ4iQFaaTu8m_yLopQCeJV3p9_ysn0K4r0da5AzCqwk218HbxbIUhbwfzFKTeEzHjV3aFpdtRNXEKyOLXKE/s1600/papagomok.PNG

Patutla cantik kemain rumah Anwar Ibrahim ni, rupanya Papagomo kutip gambar rumah mewah dari website 'luxury home magazine'. kah kah kah!

Kalau macam ni gua pun boleh google gambar rumah paling mahal di India, lepas tu gua tulis dekat blog yang ini ialah rumah Mahathir Kutty. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! tapi gua tak buat la kerja-kerja tuduh tanpa sebarang bukti ni. ini semut ma, ini semut!

Nota Semut: Rumah je? Kereta mewah, jet peribadi, kapal layar, jam, cincin, gelang Anwar Ibrahim taknak dedahkan ke? tudung Wan Azizah taknak dibongkarkan? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

Sumber: semutmalaysia.blogspot.com

Liga Juara-Juara: Bayern Munich mara ke final, Neuer muncul wira halang sepakan penalti bintang Real Madrid

Posted: 25 Apr 2012 07:04 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjR5ykd42WJUS8H53xvT50TG0ZQpL9IkpohecKx04b7GdJMhnAiS8e3jJ6AUHSY0H4ItX4uFse8mgCs7SQPiK7n7kLH755sETBtW1CCdBMOPB9poPRZg4mnWGUoqW-q_B0OUTs-Pqnq/s1600/bayern-beat-madrid-cristiano-ronaldo.jpg
Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer menampan sepakan penalti Cristiano Ronaldo pada perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu, Madrid, awal pagi tadi.

MADRID: Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer muncul wira selepas membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dengan menundukkan Real Madrid 3-1 menerusi sepakan penalti, awal pagi tadi.

Beliau yang juga penjaga gol utama pasukan kebangsaan Jerman berjaya menghalang dua sepakan penalti awal pasukan tuan rumah yang masing-masing diambil oleh Cristiano Ronaldo dan Kaka.

Sepakan penalti kemenangan Bayern Munich berjaya disempurnakan Bastian Schweinsteiger apabila Sergio Ramos merembat tinggi sepakan yang diambil sebelumnya.

Sementara itu, pada awal babak pertama perlawanan, Ronaldo menjaringkan dua gol, tetapi hasrat pasukan bimbingan untuk ke perlawanan akhir kelihatan samar apabila Arjen Robben berjaya menjaringkan satu gol sebelum tamat babak pertama.

Bayern Munich akan bertemu Chelsea dalam perlawanan akhir yang akan diadakan pada 19 Mei depan di gelanggang sendiri Allianz Arena, Munich. -AFP

4,000 unit amal Bersih kawal perhimpunan Duduk Bantah

Posted: 25 Apr 2012 07:02 PM PDT

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2012/04/smiley-bersih.gif

(Martin Kahar)

KUALA LUMPUR, 26 April: Seramai 4,000 petugas unit amal Bersih disediakan pada perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di lapan lokasi di seluruh negara.

Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga, berkata unit itu bertujuan memastikan perjalanan himpunan berlangsung dalam keadaan aman tanpa provokasi mana-mana pihak.

"Petugas terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. Mereka dikerah menjaga keselamatan orang ramai di lapan lokasi seluruh negara. Kita mahu perhimpunan paling aman," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia yang mahu pilihan raya bersih, hadir beramai-ramai bagi menyuarakan bantahan terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

"Jangan takut untuk berhimpun Sabtu ini. Kita hanya duduk untuk suarakan tidak puas hati, bukan buat rusuhan atau kekacauan. Kita jamin – jika tiada provokasi, Duduk Bantah akan jadi perhimpunan paling aman," katanya.

Perhimpunan Bersih 3.0 dengan tema 'Duduk Bantah' diadakan Sabtu ini bermula jam 2 petang di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Bersih 3.0 bertujuan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, selepas laporan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi reformasi pilihan raya enggan memenuhi lapan tuntutan.

Najib Nak Bercakap Soal Undang-Undang?

Posted: 25 Apr 2012 05:32 PM PDT

Dataran Merdeka: Hormati undang-undang, kata Najib

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.4170.1332196054!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kependekaran seseorang itu bukan diukur dengan bilangan seteru yang ditumbangkan, sebaliknya ia dihitung dengan kedaulatan dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat negaranya.

Beliau berkata, pendekar sejati tentunya memahami falsafah persilatan secara cukup mendalam dengan menggunakan akal fikir yang jernih lagi bening yang
pastinya akan mendahulukan watannya apabila dikehendaki.

"Semangat kependekaran bukan terjadi dengan sendirinya...oleh itu saya amat sukacita apabila Mahaguru Tan Sri Omardin Mauju memulakan gelombang kependekaran di beberapa negeri di mana kemuncaknya adalah pada malam tadi.

"Saya percaya pendekar semua menyokong padu gelombang ini dan saya yakin dan percaya saudara, saudari, pendekar dan perwira amatlah layak digelar
sebagai barisan ketiga pertahanan negara," katanya ketika merasmikan 'Malam Pendekar: Perhimpunan Pesilat Kebangsaan' sempena Kejohanan Silat Kebangsaan ke-16 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam tadi.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohamed Ali Rustam, yang juga Presiden
Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka).

Najib berkata, kerajaan juga berbangga dengan tahap disiplin yang ditunjukkan pesilat kerana akur dan menghormati peraturan dan undang-undang negara.

Beliau berkata, satu daripada tiang seri negara ialah bahawa tertegaknya negara adalah kerana rakyat Malaysia menghormati kedaulatan undang-undang,
bertentangan dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa pesilat adalah sebaliknya.

Beliau berkata, perhimpunan yang berjaya menghimpunkan kira-kira 15,000 pesilat kali ini telah membuktikan bahawa pesilat adalah antara yang
mempertahankan kedaulatan dan undang-udang negara.

Malah, Najib juga sependapat dengan kenyataan Presiden Pesaka bahawa sekiranya pesilat boleh menghormati undang-undang yang mana akur apabila
diminta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menukar lokasi perhimpunan yang awalnya dijadualkan akan berlangsung di Dataran Merdeka,
mengapa perkara sama tidak boleh dilakukan oleh badan-badan atau persatuan tertentu.

Tegasnya, menghormati undang-undang merupakan intipati kewujudan negara dan sekiranya sayang dan cintakan negara, maka tentunya mereka tidak ingin melihat
huru-hara berlaku pada negara.

Perdana Menteri berkata, jika negara berada dalam keadaan terumbang-ambing tentunya akan menggugat kepentingan negara.

Katanya, kerajaan tidak mampu membiarkan perkara sedemikian daripada berlaku, malah untuk mencegahnya kerajaan telah membentangkan rang undang-undang di Parlimen untuk mengimbangi di antara hak asasi manusia, kebebasan individu atau sivil dan juga kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Najib berkata, itu merupakan prinsip yang sangat mulia bahawa kebebasan tidak boleh dianjurkan secara mutlak, dalam erti kata boleh berbuat sesuka hati tanpa memikir kepentingan masyarakat dan negara pada keseluruhannya.

Beliau berkata, kebebasan sebegitu merupakan kebebasan yang akan membawa kepada keadaan yang mudarat kepada negara.

Najib menegaskan, bahawa apa jua yang hendak dilakukan mestilah ada perseimbangan antara hak individu dan juga kepentingan masyarakat pada
keseluruhannya.

"Oleh itu para pesilat telah menujukkan pada malam ini bahawa anda menyanjung tinggi prinsip yang mulia ini, tahniah saya ucapkan," katanya.

Beliau berkata masyarakat juga perlu faham bahawa negara mengamalkan demokrasi berparlimen, yang mana kuasa mutlak bukanlah menerusi laras senapang
atau dihujung keris sebaliknya kuasa mutlak adalah di tangan rakyat.

"Penetuannya adalah sekali dalam masa lima tahun dalam sistem demokrasi berparlimen.

Oleh itu, segala kebaikan yang ada pada kesudahannya mestilah dipindahkan dalam bentuk sokongan melalui peti undi.

"Kerana itulah yang akhirnya akan mentukan siapa yang akan memegang kuasa mutlak dalam negara yakni pentadbiran negara dan kerajaan pada masa akan
datang," katanya.

Untuk itu beliau menyeru supaya semangat kependekaran yang ada pada seorang pendekar perlu diterjemahkan di peti-peti undi untuk menyokong kerajaan yang ada pada hari ini.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut dianugerahkan dengan anugerah pertama yang dilaksanakan Pesaka dengan gelaran Laksamana Negara atas jasa dan bakti
dalam memartabatkan persilatan negara. - Bernama

Tiada ulasan: