ALHUSSEYN |
- Hamidah Semakin Celaru Jadinya - Tindak Tanduknya Semakin Tak Menjadi
- Nizar Keterlaluan - Zambry Kudeta
- Hamidah Menzalimi Peniaga Melayu
Hamidah Semakin Celaru Jadinya - Tindak Tanduknya Semakin Tak Menjadi Posted: 26 Apr 2012 09:05 AM PDT Kampung Tekah merupakan kubu kuat Umno. Sejak lepas Merdeka lagi, PAS maupun PKR tidak pernah dapat peluang untuk mengadakan ceramah di kampung itu. Memang orang kampung itu merupakan Umno Totok, kata orang. Sambutan orang tempatan cukup hebat. Kena pula Nizar menyampaikan ceramahnya dengan bersahaja telo rawa orang Gopeng. Mereka menerima Nizar seolah-olah macam kaum kerabat mereka sendiri.Inilah yang Hamidah maupun Zambry tidak mampu buat! Sebenarnya , mengikut sumber saya, si BP itu telah datang ke Kampung itu sehari sebelum ceramah Pakatan Rakyat diadakan . Dia berjumpa dengan Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Umno Kampung tersebut , berbincang untuk mengadakan ceramah 'Ummi Hafilda' di situ. Lama juga perbincangan mereka. Si BP itu berada di situ sejak 7.30 mlm hingga ke jam 10.30 mlm! Alasan mereka ialah, di situ bukan kawasan BP. Situ merupakan DUN Teja. Apahal si BP itu sampai pergi sana nak serang kawasan orang lain? Sepatutnya dia jagalah kawasannya sendiri! Mungkin itu alasan Umno Kampung Tekah yang tidak mahu melayan si BP itu buat kerja kotor di situ. Mungkin juga kerana mendapat arahan Ketua Bahagian, Hamzah yang khabarnya akan meletakan proxinya untuk jadi calon di Sungai Rapat. Selera Hamzah semakin menjadi-jadi lantaran desas desus yang bertiup sepoi-sepoi bahasa bahawa si BP itu akan disingkirkan kerana beberapa kes rasuahnya sedang dalam siasatan akhir PSRM. Khabarnya kini, ada nama baru dikemukakan untuk jadi calon Umno di DUN Sungai Rapat selain Hamidah dan Hang Tuah. Orang itu ialah Cikgu Zairun, bekas wakil calon Hamidah sendiri! Adakah Cikgu Zairun proxi kepada Hamzah? Allahu a'lam! ![]() Lubang hidung BP langsung tidak kelihatan. Mujurlah Ketua Bahagian Umno Gopeng muncul untuk cuba menenangkan keadaan disitu. Namun, kedatangan Hamzah agak terlewat sedikit kerana MBI telah selesai merobohkan kedai tersebut. Kalau Hamzah tiba lebih awal, kejadian merobohkan kedai itu tentu dapat di elakan. Beginilah sikap pemimpin yang patut ada untuk membela rakyat yang sepatutnya ada pada diri si BP itu. Malangnya, sikap begini tidak ada pada si BP itu! Syabas kepada Adun Teja, Chang Lih Kang diatas kejayaannya menerobos kubu kuat Umno Kampung Tekah. Khabarnya lagi, BP terlalu marah dengan sikap Ketua Kampung merangkap Ketua Cawangan Umno Kampung Tekah itu. Dia menghantar nama Arif Manaf kepada Zambry agar diambil tindakan ke atas beliau. Alasan BP berbuat demikian mudah sahaja. Dia tuduh Manaf cuai dan gagal membendung Pakatan Rakyat di Kampung Tekah hingga wujudnya Bilik Gerakan PKR di situ. Walhal sebab sebenarnya ialah Manaf tidak mahu ikut telunjuknya kerana lebih menghormati kehendak Ketua Umno Bahagian Gopeng, Hamzah. |
Nizar Keterlaluan - Zambry Kudeta Posted: 26 Apr 2012 03:00 AM PDT Menteri Besar Kudeta Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tuduhan ketua pembangkang negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya perdana menteri mengadakan perjumpaan dengan pemimpin serta pengawai kanan tentera berhubung pilihan raya sebagai melampau, keterlaluan dan bersifat hasutan. ![]() Beliau berkata dalam ceramah di Taman Desa Pakatan, Pengkalan pada Isnin lepas, Mohammad Nizar menggambarkan seolah-olah Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta pemimpin tentera melakukan sesuatu berhubung pilihan raya sehingga tercetus pertikaman lidah antara mereka. Baca lagi di sini |
Hamidah Menzalimi Peniaga Melayu Posted: 25 Apr 2012 09:30 PM PDT Ingat tu, 'Pembangunan Usahawan' dan bukan 'Perobohan Usahawan' seperti mana yang Hamidah tonjolkan dirinya sekarang. Beginikah sikap seorang Ketua Wanita Umno melayan orang yang berharap terhadapnya?Terlalu banyak aduan yang diajukan oleh penduduk kampung Pengkalan Pegoh kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengatakan pemilik haram kedai itu telah membina terlalu dekat dengan rumah mereka ....demikian lapor blog penjilat Hamidah. 'rumah mereka' Tidak masuk akal jika semua orang kampung nak komplen kat MBI mengenai kedai tersebut. Waima yang terlibat hanyalah sebuah rumah yang dibelakang kedai makan itu sahaja yang terlibat. "Kedai makan itu pada mulanya hanyalah sebuah bangunan yang kecil sahaja.Tetapi lama kelaman semakin membesar hingga menghalang rumahnya sebanyak 60% , sementara kereta pelanggan kedai tersebut menghalang sebanyak 40%," terang Shahar. Sila rujuk lakaran berikut: ![]() Saya bersetuju dengan Shahar. Beliau mempunyai alasan yang kukuh dan wajar untuk mengadu kepada MBI berhubung perkara tersebut.Itu hak beliau. Saya sendiri akan berbuat demikian jika saya dalam keadaan seperti mana Shaha. Walau bagaimana pun, Encik Adnan, suami pemilik kedai makan tersebut, perlu juga di berikan pertimbangan yang saksama. Kalau seseorang penjenayah itu didapati bersalah sekalipun, hakim perlu menjatuhkan hukuman yang wajar dan setimpal, bukan sembarangan ikut sesuka hati sahaja. Tetapi inilah yang telah berlaku keatas Adnan dan isterinya yang bergantung hidup dengan kedai makan tersebut sejak 17 tahun yang lalu. Kezaliman telah dilakukan ke atas mereka hanya kerana kegagalan seorang Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancungan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman dalam menunaikan janji yang selama ini mereka bergantung harap. Kalau Shahar tidak menambah bangunan rumahnya itu terlalu ke hadapan hingga sampai ke buju sempadan tanah miliknya dan hampir ke dinding kedai yang sudah sedia ada di situ, hal ini rasanya tidak akan timbul. ![]() dan untuk memajukan keluarganya juga. Shahar sebenarnya bersedia bertolak ansur dengan Adnan. Tetapi kerana sikap Adnan yang menurut Shahar, amat tidak disenanginya. Sikap bermusuhan Adnan terhadapnya dan beberapa masalah dan gangguan terhadapnya melalui beberapa insiden yang mencemar nama baiknya menyebabkan beliau hilang sabar dan membuat komplen mengenai kedai makan tersebut. Shahar baru sahaja membuat bangunan tambahan berupa kedai yang bersambung dengan kediamannya itu sebagaimana yang terdapat sekarang ini. Difahamkan, beliau membeli rumah dibelakang kedai itu sekitar 2000 lalu dan setelah mendapat duit EPFnya, beliau telah menambah bahagian hadapan bangunan rumah itu untuk dijadikan kedai sebagaimana yang terdapat sekarang ini. ![]() Saya tidak tahu, sama ada bangunan rumah kediaman itu telah mendapat kelulusan untuk dijadikan bangunan kedai atau tidak.Kalau belum lagi, rasanya, tidak menjadi masalah pun, Shaha tentu akan usahakannya. Begitu yang selayaknya. Orang kita perlu dibantu dan diuruskan dengan baik supaya mereka dapat hidup dengan lebih aman dan sempurna. Perlu dibantu supaya mereka maju dalam perekonomian mereka. Walau apa pun, persoalan yang pokok sekarang ini bukan soal warga asing yang menyewa kedai itu. Tidak kira berapa jumlah ringgit yang orang Siam tu bayar sewa kepada Adnan. Tetapi persoalannya ialah dimana janji-janji Hamidah Osman? Dia adalah seorang Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancungan dan Hal Ehwal Wanita. Ingat tu, 'Pembangunan Usahawan' dan bukan 'Perobohan Usahawan' seperti mana yang Hamidah tonjolkan dirinya sekarang. Beginikah sikap seorang Ketua Wanita Umno melayan orang yang berharap terhadapnya? Hamidah gagal untuk menyempurnakan janjinya iaitu untuk menangguhkan tindakan meroboh kedai-kedai makan Melayu di rizab jalan tersebut sehingga 'Medan Selera' cadangannya itu diwujudkan ditempat yang berhampiran. Tindakan meroboh hanya dikenakan keatas kedai Shaha juga menjadi tanda tanya; sedangkan ada beberapa kedai lain di situ yang telah turut sama menerima 'notis roboh' sebelum ini. Bagaimana pula dengan kedai-kedai yang ada di Pasir Pinji juga di Pasir Puteh? Cer ceritakan kepada rakyat wahai Hamidah.Lihat gambar berikut: ![]() ![]() Mengenai nama Lot bin Amin itu, saya baru menyemak semula rakaman yang saya buat. Dan telah membuat pembetulan pada entri kelmarin. Nama Lot bin Amin itu sebenarnya ialah Lot bin Hamid. Pandai-pandai pula blogger penjilat Hamidah itu kata 'nama orang Siam yang menyewa kedai tuh' ha! ha! ha! Nama ini sebenarnya adalah nama kepada tuan asal kedai itu yang telah menjualkan kedai itu kepada Adnan, dan menjual rumah yang di belakang kedai itu kepada Shahar. Hamidah perlu jelaskan kenapa dia tidak mengkotakan janji-janji beliau kepada peniaga seperti Adnan ini? Wajarkah peniaga Melayu seperti ini dilayan sedemikian rupa? Sedangkan ramai lagi peniaga-peniaga di Pasir Pinji dan juga di Pasir Puteh yang berniaga diatas tanah rizab jalan tapi dibiarkan sahaja. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan