Tukar Tiub |
- MELINTASI GARIS TAKUT
- BERSIH DI MEKAH DAN MADINAH
- SATU JEMPUTAN DARI MENANTU AYAH
- BERITA BERITA BERGAMBAR - GAMBAR ORANG RAMAI BANGUN MELAWAN
- PENGUMUAM PENTING UNTUK SEMUA
- PAL LEBAI JUAL AGAMA - NAK GAGALKAN DEMO
- KANTOI MANTOI - DUA EKOR BARIA GEROMBOLAN
- PENGUMUAN UNTUK SEMUA - IBU SEGALA DEMO
- NAJIB GUNAKAN DBKL UNTUK BUAT KERJA JAHAT
Posted: 26 Apr 2012 11:01 AM PDT NOTA: ini tulisan saya untuk mengenang kembali 9 julai tulisan ini telah disiarkan tahun lalu saya papar untuk dibaca sekali lagi agar ianya mengingatkan kita semua kepada sejarah 9 julai 2011 bersama tulisan ini ialh klip sejarah 9 julai 2011 lihat dan hayatilah untuk panduan duduk bantah untuk panduan ibu segala demo! MARI MELIHAT KEMBALI SEJARAH ANAK SEMUA BANGSA MAKNA DAN TANDA 9 JULAI - MELINTASI GARIS TAKUT Dalam pensejarahan, setiap negara bangsa akan wujud satu tarikh untuk diingati dan dikongsi bersama. Warga Palestin mengingati Nakba atau Malapetaka pada 15 Mei setiap tahun. Pada tarikh ini Israel telah diwujudkan. Pada tarikh ini juga tanah-tanah warga Palestin mula di rampas oleh kaum Zionis. Semenanjung Tanah Melayu menyambut Hari Malapetaka ialah pada 31 Ogos setiap tahun. Malapetaka menimpa Tanah Melayu ditarikh ini apabila British mengaggihkan kuasa pentabiran tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Malapetaka ini sedang sama-sama kita rasakan. Tetapi apa sangkut pautnya Malapetaka ini dengan tarikh 9 Julai? Bukankah pada 9 Julai yang baru lepas hanyalah hari Perhimpunan Bersih? Untuk memahami 9 Julai ini saya akan bawa kembali kepada surah surah sejarah agar para pembaca yang budiman akan dapat memahami makna dan tanda tarikh dan haribulan ini. Saya bawa kembali para pembaca ke zaman Julius Ceaser dan kerjaaan Rom. Di Utara Itali ada sebatang sungai bernama Rubicon yang airnya berlumpur merah. Sungai ini telah dijadikan garis sempadan. Kerajaan Rom telah membuat perundangan bahawa tidak ada sesiapa pun boleh melintasi Sungai Rubicon ini dengan membawa bala tentera. Pada tahun 49 Sebelum Masehi, Julius Ceaser telah melintasi Sungai Rubicon dengan membawa satu ketumbukan bala tentera menuju ke arah kota Rom. Menyeberangi Sungai Rubicon memberi makna bahawa tidak ada lagi jalan pulang melainkan mengambil kota Rom. Tetapi 9 Julai kita dahulu lebih dari ini. Kini biar saya bawa pula ke zaman sesudah Perang Dunia Pertama. Pada tahun-tahun 30'an kerajaan Peranchis telah mendirikan tembok-tembok pertahanan di sempadan Perachis/German. Tembok dan kubu-kubu pertahanan ini di panggil Garis Maginot – ini nama menteri pertahanan Peranchis sebelum Perang Dunia Kedua. Garis ini cukup kukuh - dengan kubu-kubu batu, tembok yang lengkap dipersenjatai dan pengkalan askar yang stratejik – di atur disepanjang Garis Maginot. Apabila Perang Dunia Kedua pecah, Hitler telah mula menyerang Peranchis. Kubu-kubu di Garis Maginot pada awalnya kelihatan kukuh dan mustahil untuk soldadu German menerbus masuk ke Peranchis. Tetapi pada 10 Mei 1940 Garis Maginot ini ditembusi oleh soldadu Hitler. Pada 14 Jun 1940 Peranchis jatuh ke tangan Nazi. Tetapi 9 Julai kita dahulu lebih dari ini. Biar saya bawa pula para pembaca yang budiman ke tahun 711 – di zaman kegemilangan tamadun Arab. Pada 29 April 711 Tariq ibni Ziyad panglima perang dari Moroko telah berjaya menyeberang Laut Tengah dan memasuki Semenanjung Ibera. Sesampai di pantai selatan Laut Tengah, Tariq telah membakar semua kapal-kapal yang membawa bala tenteranya. Tariq ibni Ziyad telah menerangkan pada bala tenteranya bahawa di hadapan mereka terbentang luas negara Sepanyol yang subur dan menjanjikan untuk diambil. Di belakang mereka ialah Moroko. Tetapi mereka tidak memiliki pilihan kerana semua kapal untuk pulang telah dibakar. Hanya satu pilihan - untuk terus mara dan menawan Sepanyol. Tetapi 9 Julai dahulu lebih dari ini. Sekarang mari kita sesama melihat kembali pensejarahan 9 Julai. Apabila Bersih mengumumkan 9 Julai sebagai Hari Perhimpunan dengan 8 Tuntutan – saya rasa tidak bagitu ramai yang ambil pot. Ada komen yang mengatakan kempen Bersih 2007 dahulu lebih baik kerana masa berkempen agak panjang. Kali ini masanya singkat. Pasti tidak ada sokongan. Ada yang mengatakan bahawa Rosmah dan Najib ini amat popular dan susah untuk digelincirkan. Ada pula yang memberi komen bahawa tunjuk perasaan ini bukan budaya kita. Semua hujah-hujah ini menjadi hampeh apabila Mat Sabu dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden Pas. Semua suasana politik berubah. Perubahan mendadak berlaku apabila Mat Sabu membuat kenyataan terbuka bahawa sebagai Timbalan Presiden Pas , dia akan memastikan 300,000 ahli Parti Pas turun ke jalan raya pada 9 Julai. Kenyataan Mat Sabu ini terus menaikkan berat badan Rosmah Mansor sebanyak tiga kilo. Biar saya terangkan sejelas mungkin disini. Semua daulah yang zalim - untuk meneruskan kuasa - akan menakut-nakutkan warganya. Ini adalah teknik dan stratiji yang diguna pakai oleh semua pemerintah - raja, emperor, ratu, presiden atau perdana menteri – semua menggunakan 'takut' sebagai alat. Warga negara yang takut akan menjadi bodoh. Warga yang bodoh tidak berani bersuara. Warga yang takut dan bodoh amat senang untuk ditambat dan dijadikan kuli batak. Apa yang telah dilakukan oleh Rosmah dan Najib ialah mengarahkan sepupunya Hishammuddin Hussein untuk menakut-nakutkan rakyat. Yang menjadi barua untuk menakut-nakutkan orang ramai ini ialah Timbalan Ketua Polis. Lihat bagaimana pada satu ketika warna kuning untuk – kasut, payung, baju – telah diistiharkan sebagai warna haram untuk dipakai. Ini contoh terbaik gerak kerja saekor barua. Tidak cukup dengan tangkapan Polis, rakyat juga cuba ditakut-takutkan dengan kehadiran para pesilat yang memiliki ilmu kebal dan ilmu ghaib. Untuk terus menakut-nakutkan orang ramai tetiba kita melihat kemunculan berita dimana polis dan tentera telah mengadakan latihan bersama. Tidak cukup dengan berita ini ada sepanduk yang tertera dengan tulisan besar dalam empat bahasa termasuk tulisan jawi : Jika Tidak Berundur Kami Akan Tembak. Taktik untuk menakutkan orang ramai ini dinaikkan lagi suhunya dengan kemunculan Perkasa dengan juruhebohnya Ibrahim Ali. Setiap hari tanpa henti-henti Ibrahim Ali telah berleter dan berheboh dengan segala macam berita yang bertujuan untuk mengancam dan menakut-nakutkan orang ramai dari turun ke jalan raya. Dalam masa yang sama saban hari media milik United Malay National Organisation telah mengeluarkan dua bentuk berita. Satu berita-berita yang berniat untuk mengancam warga agar jangan berani turun ke jalan raya. Satu lagi berita untuk memburuk-burukan dan memperlekeh Bersih. Tidak cukup dengan semua ini , 6 ahli Parti Sosialis Malaysia telah ditahan. Kali ini dengan menggunakan Akta Darurat. Entah macam mana – putar dan belit – Rosmah, Najib and sepupunya telah memintal lidah untuk menipu orang ramai. Sepupu Najib telah berkata bahawa 6 anggota PSM ini ingin melawan Agong. Ya Ampon. Lawak ini menjadi seram apabila kita diberitahu bahawa hanya Dr Jeya seorang sahaja yang tahu dimana rumah Agong dan pernah melihat rupa muka Agong. Ini kerana Dr Jeya seorang ahli Parlimen dan Agong telah beberapa kali datang ke Parlimen. Yang lima lagi ini, saya difahamlan hanyalah aktivis PSM yang rata-rata tidak tahu sangat tentang jalan-jalan di Kuala Lumpur. Malah mereka berlima ini mungkin tidak dapat membezakan muka Agong dengan muka Dugong. Jauh sekali nak melawan Agong. Dibelakang semua huh hah huha hah ini ada pula perang saraf yang disebarkan oleh 'desas bin desus'. Ada cerita tetang tangkapan ISA, tentang askar akan ambil alih negara dan kesah penangkapan beramai-ramai ala Operasi Lalang. Cerita peglipur lara dari Desas bin Desus ini sebenarnya adalah sebahagian dari pernah saraf yang tersusun untuk menakut-nakutkan orang ramai. Apa yang terjadi pada 9 Julai? Untuk saya bukan 6 ribu, bukan 60 ribu atau bukan 600 ribu warga yang turun ke jalan pada 9 Julai untuk dijadikan ukuran. Untuk saya angka ini bukan persoalan. Kalau pun hanya 6 orang yang turun pada 9 Julai yang lalu – saya anggap ini adalah satu kemenangan. Kenapa saya berkata seemikian? Mungkin ramai yang tidak sedar. Mungkin ramai yang belum faham lagi. Apa yang terjadi pada 9 Julai dahulu ialah kita warga negara Malaysia telah melintasi Garis Takut. Garis Takut ini adalah sebahagian dari garis saikoloji yang telah dipasang apabila Malapetaka 31 Ogos dihimpapkan kepada kita semua. Garis Takut adalah Garis Maginot – garis pertahanan untuk United Malay Natiponal Organisation untuk menyebarkan falsafah ketuanan Melayunya. Pada 9 Julai yang lalu Garis Takut ini telah sama-sama kita lintasi. Dari kajian awal Bersih hampir 120,000 warga telah turun dan terlibat di jalan raya pada 9 Julai yang lalu. Kesemua mereka telah melintasi Garis Takut. Garis Takut ini juga telah memecahkan mitos Mei 13 dan pergaduhan kaum. Babak Mei 13 ini telah meghantui kita selama berpuluh tahun. Pada 9 Julai yang lalu hantu dan mitos Mei 13 hancur berderai-derai. Anak anak muda yang turun ke jalan raya pada 9 Julai yang lalu telah menangkap hantu 13 Mei ini dan memasukkan ke dalam botol untuk dibuangkan ke Laut Kalzom. Pada 9 Julai yang lalu terbukti anak anak muda – anak semua bangsa - tidak ambil pot langsung terhadap Pekasa, Polis, Tentera atau ISA. Inilah bukti saheh yang mereka telah melintasi Garis Takut. Anak-anak muda di jalan raya telah masuk ke satu dunia yang baru. Melintasi Garis Takut ini bermakna kita semua – para penyokong Bersih - telah juga menyeberang menyeberang Sungai Rubicon. Seperti Julius Ceaser kita juga tidak ada pilihan melainkan mara mendobrak kezaliman dan ketidak adilan. Pasti ada yang akan menyoal – kapal mana yang telah kita bakar pada 9 Julai yang lalu? Senyum dan senyumlah. Kapal yang telah kita bakar pada 9 Julai ialah Kapal Kerajaan Perpaduan. Seperti Tariq ibni Ziyad – pada 9 Julai dahulu segala mimpi, segala angan-angan untuk mengundur pulang ke Tangier telah musnah. Segala mimpi, segala angan-angan untuk Pas dan United Malay National Organisation menubuhkan Kerajaan Perpaduan telah terbakar di Lebuh Pudu, di Jalan Petaling dan di Dataran May Bank. Tembakan gas pemedih mata di terowong stesen bas KL Sentral adalah mancis api yang membakar Kerajaan Perrpaduan. Apabila Hadi Awang ditangkap dan Mat Sabu dilanggar kereta polis ini adalah keruntuhan tiang layar Kapal Kerajaan Perpaduan. Kita telah menyeberang Sungai Rubicon, kita telah melintasi Garis Maginot dan kita telah membakar Kapal Perpaduan. Kini kita sedang berada dalam dunia yang baru. Kita berada dalam wilayah yang memungkinkan kita menamatkan Malapetaka yng menghimpap kita semenjak 31 1957 dahulu. Di belakang kita ialah Takut di hadapan kita ialah Puterajaya yang subur dan menjanjikan untuk diambil.(TT) sila layari sekarang: |
Posted: 26 Apr 2012 10:11 AM PDT KOMERNTAR TUKAR TIUB syabas tahniah ah lan wa sahlan dari kami di datarn merdeka segala penghormatan untuk mereka yang berani SEJARAH PERJUANGAN AKTIVIS LANCAR BERSIH 3.0 DI MEKAH , MADINAH - mkini Sekumpulan aktivis hari ini melancarkan perhimpunan BERSIH 3.0 di dua kota suci umat Islam, Mekah dan Madinah, dua hari sebelum perhimpunan yang dirancang untuk diadakan pada 28 April di Kuala Lumpur. Lidah parti PAS Harakahdaily melaporkan, pelancaran di kota Mekah itu yang disertai kira-kira 20 orang rakyat Malaysia itu dibuat di hadapan satu premis perniagaan di hadapan Masjidil Haram. Pelancaran di Madinah pula dibuat di perkarangan Masjid Nabawi disertai kira-kira 30 rakyat Malaysia berpakaian baju kuning dengan logo BERSIH 3.0. Kumpulan aktivis berkenaan turut mempamerkan kain rentang perhimpunan berkenaan. Dua kota berkenaan merupakan antara lebih 70 lokasi perhimpunan yang akan dijalankan serentak dengan perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpu http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ NOTA untuk yang tak datang ke dataran merdeka untuk mereka yang bekerja di luar negara untuk mereka yang jauh dari kota kuala lumpur dimana sahaja berada sila layari radio bangsa utama radi bangsar utama akan memberi lapor dari pagi hingga selesai duduk bantah wartawan dan pemberita radio bangsar utama akan memberi ulasan selari dari dataran merdeka |
SATU JEMPUTAN DARI MENANTU AYAH Posted: 26 Apr 2012 09:57 AM PDT ITU DIA WIRA NEGARA PROTON SAGA JEMPUTAN DARI EEE UNTUK PATRIOT TERJEMAHAN PATRIOT: নেট দেশভক্ত সকল সদস্য কে ভারত, বাংলাদেশ, নেপাল ও মালয়েশিয়া বর্তমানে নেট 3.0 সমাবেশ স্বাধীনতার এর উদ্যোক্তারা আপনি শেষ 2.0 মোট সংগ্রহ, টি শার্ট আছে পলান মধ্যে প্লেইন ভিউতে অংশগ্রহণ শনিবার, এপ্রিল 28, 2012 তারিখে, আমন্ত্রণ কম ভাড়া, কফি টাকা দেশভক্ত হিসাবে পাওয়া যায় না, নতুন IC নিশ্চিত উপস্থিত থাকা দয়া করে. তোমাকে ধন্যবাদ |
BERITA BERITA BERGAMBAR - GAMBAR ORANG RAMAI BANGUN MELAWAN Posted: 25 Apr 2012 11:36 PM PDT |
Posted: 25 Apr 2012 11:14 PM PDT REHAT DULU - SEBELUM BERDEMO UNTUK MEREKA YANG DATANG AWAL ramai yang akan datang malam ini ramai yang cuba mencari hotel murah ramai yang cuba menumpang rumah sanak saudara rumah kenalan jika tidak ada bilik murah jika tidak ada rumah tumpangan cuba masjid cuva kuil cuba gereka cuba tok pekong jika gagal juga sila bawa beg tidoo/sleeping beg bermalam di datarn merdeka bermalam bersama anak anak mahasiswa be cool be dare |
PAL LEBAI JUAL AGAMA - NAK GAGALKAN DEMO Posted: 25 Apr 2012 10:09 PM PDT TERBARU DI JALAN RAYA KOMENTAR TUKAR TIUB gerombolan menggunakan macam macam cara semua tak gagalkan ibu segala demo gunakan dbkl gunakan sb gunakan masjid yang ini gunakan pak lebai korok pooorah! 500 RIBU WAJIB BERDEMO HARAM SOKONG AMBIGA - meloya KUALA LUMPUR 25 April - Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini. Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama. "Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,'' katanya di sini, hari ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... PAK LEBAI INI JUAL AGAMA LAGI.... kah kah kah... kah kah kah...RAKYAT NAK HUMBANKAN GEROMBOLAN.... kah kah kah.. woit... NAJIB TERLIBAT BUNUH ALTANTUYA ...HARAM KE TAK HARAM DI IKUT?... kah kah kah.... kah kah kah..RAIS YATIM YANG ROGOL AMAH.. HARAM KE TAK HARAM.... kah kah kah.. kah kah kah.... RAHIM TAMBI KECIK ROGOL BUDAK.. HARAM KE TAK HARAM?... kah kah kah... kah kah kah....NAMPAK JELAS AGAMA INI DIJADIKAN ALAT UNTUK MENIPU.... kah kah kah.. kah kah kah...NAMPAK JELAS AGAMA DI GUNA UNTUK MENINDAS... kah kah kah.. woit... INI LAH CONTOH TERBAIK AGAMA SEBAGAI CANDU YANG MELALAIKAN ORANG RAMAI...kah kah kahj.. kah kah kah..BILA CAKAP AGAMA INI CANDU ... BUKAN MAIN MARAH.... kah kah kah... kah kah kah...TUDUH MACAM MACAM... TUDUH KOMUNISLAAAA.... kah kah kah.. kah kah kah...TUDUH FREE THINKER LAAAA.... kah kah kah.. kah kah kah..TUDUH ATHEIST LAAA... kah kah kah... kah kah kah...TAPI MENIPU DENGAN BERSELINDUNG DI BELAKANG AGAMA BOLEH PULAK.... kah kah kah woit...KARUT PUNYA TOK LEBAI.... kah kah kah... layari sekarang: http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ |
KANTOI MANTOI - DUA EKOR BARIA GEROMBOLAN Posted: 25 Apr 2012 08:21 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB sampai kiamat tak akan menang semua di rancang untuk menipu jelas pru13 pilihan raya tipu jelas kita akan ditipu HANTU GEROMBOLAN DALAM SPR PENGERUSI SPR , TIMBALAN AHLI UMNO - sinar harian PETALING JAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz dan timbalannya, Mohd Yusof dan Wan Ahmad Wan Omar dicabar untuk menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali. Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak. Sehubungan itu kata Saifuddin, beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno - parti teras Barisan Nasional (BN). "Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya. "Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik," katanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...PATUT LAAA BUAT MACAM MACAM AKTA.... kah kah kah.. kah kah kah...PATUTLAAA BAGI MAT INDON KAD PENGENALAN.... kah kah kah... kah kah kah...PATUTLAAA BAGI MAT BANGLA KAD PENGENALAN.... klah kah kah.... kah kah kah...PATUT LAAA BUAT UNDANG UNDANG TAK BOLEH PEREKSA ... KAD PENGENALAN... kah kah kah.. kah kah kah... PATUTLAAA BUAT RANCANGAN UNTUK MENIPU.... kah kah kah.. woit...KALAU MACAM INI SAMPAI KIAMAT LAAA GEROMBOLAN AKAN REMBAT HARTA...kah kah kah.. kah kah kah...KALAU MACAM INI SAMPAI KIAMAT TAK AKAN MENANG PILIHANRAYA...kah kah kah.. woit...KALAU MACAM INI KITA KENA PAKAI JALAN RAYA.... kah kah kah STESEN BERANI LANGGAR RABU – RADIO BANGSAR UTAMA rabu ialah stesen radio internet rabu ialah stesen radio melawan rabu ialah stesen radio melanggar rabu ialah stesen radio cool rabu ialah stesen radio chic rabu ialah stesen radio radikal layari sekarang: www.radiobangsarutama.blogspot.com pada minggu ini setiap malam dari jam 9.00 malam siaran terus menerus dari rabu akan dapat didengari: berita bersih berita menghasut berita terkini dari rabu akan berkumnadang: lagu punk rock lagu rock klasik lagu rock kapak lagu metal lagu perjuangan lagu melawan lagu sosialis lagu komunis lagu lagu perjuangan dari seluruh dunia jadi cool jadi kawan rabu BE COOL – BE DARE |
PENGUMUAN UNTUK SEMUA - IBU SEGALA DEMO Posted: 25 Apr 2012 07:50 PM PDT 500n RIBU IALAH AMARAN KITA BACA INI DULU SEBELUM KE DATARAN MERDEKA Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH Tuntutan Bersih 2.0 : 1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih) 2. Reformasikan Undi Pos 3. Gunakan Dakwat Kekal 4. Akses Media Yang Bebas & Adil 5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari 6. Kukuhkan Institusi Awam 7. Hentikan Rasuah 8. Hentikan Politik Kotor YANG BOLEH DI BAWA: 1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja. 2. Duit-maksimum RM100 sahaja. 3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning.Sebaiknya ada logo Bersih 3.0 4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut. 5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan. 6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing. 7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula. 8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata. 9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata. 10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau. 11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri. 12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata. 13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan. 14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0. JANGAN BAWA 1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta. 2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan. 3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan. 4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar. 5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya. 6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi. 7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan. 8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen. 9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun. 10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. 11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya. 12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan. 13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah. LAKU KAN INI SEBELUM DATANG 1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa. 2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan. 3. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan. 4. Maklumkan mereka tujuan anda keluar. 5. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti. 6. Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera. 7. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan –Dataran Merdeka. 8. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter. 9. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian. 10. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka 11. Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula. LAKUKAN INI SEMASA BERARAK 1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik 2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander* 3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*. 4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan. 5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan. 6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku. 7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni. 8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya. 9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama. 10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain. 11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta. 12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu. 13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan. 14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa. 15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 3.0. 16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada. SESUDAH BERHIMPUN 1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai. 2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 3.0. 3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0. 4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah. 5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar. 6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 3.0. JANGAN TERPEANGKAP DENGAN PROVOKASI 1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal. 2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan. 3. Jangan hampiri mereka. 4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis. 5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu. 6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu. BILA POLIS MENYERANG 1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu. 2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon. 3. Duduk jika pimpinan arahkan. 4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning. 5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri. 6. Ambil gambar mereka jika sempat. 7. Buat laporan Polis jika anda dikasari. APABILA DISOAL OLEH POLIS 1. PengenaIan Anda 2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan danalamat sahaja. 3. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? " BILAKAH ANDA DITAHAN 4. Anda ditahan apabila anggota polis itu • menjawab "ya" pada soalan di atas • beliau tidak membenarkan andameninggalkantempat tersebut atau ingin membawa andake balai polisapabila anda digari 5. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas daritempat tersebut atau enggan mematuhi arahanbeliau untuk ke balai polis atau tempat lain jikadiarahkan. BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN 6. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata keranaanda berkemungkinan menjadi seorang saksi danpolis ingin mengambil kenyataan saksi daripadaanda (Kenyataan saksi/112). BILA BEBAS 1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis. 2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan. 3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan. 4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis. 5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak. 6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat. 7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan. 8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan. 9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan. 10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain. 11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan. PERHATIAN 1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini. 2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu. 3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur. 4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan. Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita. Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada10 November 2007 dan 9 Julai 2011kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi. Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini. RADIO BANGSAR UTAMA wartwan rabu akan membuat laporan dari malam jumaat dari pagi sabtu akan membuat laporan terus menerus untuk seluruh dunia bersama-sama kita tibai mat mongol! http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ |
NAJIB GUNAKAN DBKL UNTUK BUAT KERJA JAHAT Posted: 25 Apr 2012 07:37 PM PDT 500 RIBU WAJIB TURUN ke DATARAN DEWAN BANDAR RAYA MENGGANAS - RAMPAS BAJU BERSIH Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan gangguan apabila merampas baju Bersih 3.0 yang dijual di Dataran Merdeka, awal pagi ini. Tindakan bersifat provokasi itu dilakukan sekumpulan penguat kuasa DBKL kira-kira jam 1.45 pagi ini. "DBKL mula lakukan provokasi. Rampas baju Bersih 3.0 yg dijual di Dataran Merdeka. "Gunakan undang-undang sesuka hati. Rampas hak rakyat sesuka hati. Dataran Merdeka jadi Dataran Penjajah!" tulis twitter rasmi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), awal pagi ini. "Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?" tulis Presiden SMM, Mohd Safwan Anang pula. Sebelum ini, KEADILAN percaya ada arahan dari pemimpin Umno BN supaya DBKL bertindak keras bagi menggagalkan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini. Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kerajaan cuba lepas tangan dalam isu Bersih 3.0 dan memindahkan beban itu kepada DBKL yang menerima tekanan supaya menggagalkan acara Duduk Bantah tu. "Kita tahu tindakan DBKL dan polis di bawah arahan kerajaan BN," katanya kepada Keadilan Daily ketika diminta mengulas gelagat keras DBKL kebelakangan ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... DBKL INI CICIK KUBIN DARI MANA?.... kah kah kah.. kah kah kah ..... PASAL APA CICIK KUBIN INI DAH JADI GANAS.... kah kah kah.. kah kah kah.. ..PASAL APA BANYAK RESTORAN HARAM DI SEKITAR KUALA LUMPUR BUAT TAK TAHU..... kah ah kah.... kah kah kah...DENGAN RESTORAN HARAM... TAK GANAS PULAK.... kah kah kah.. kah kah kah.... PASAL APA TIAP PETANG SELALU PAU .... PENIAGA PENIAGA.... kah kah kah... NOTA: polis dan sb dah tukar baju semua pakai baju dbkl kah kah kah |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan