Isnin, 9 April 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


KTM Komuter rosak 500 penumpang terperangkap

Posted: 09 Apr 2012 08:41 AM PDT

KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 penumpang KTM Komuter terperangkap apabila tren yang dinaiki mengalami kerosakan ketika berada di laluan berhampiran Bank Rakyat di sini malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, seorang wanita cedera ringan
selepas cuba menyelamatkan diri dengan terjun daripada gerabak.

Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 7.50 malam dan jentera pertama tiba 10 minit kemudian.

"Operasi menyelamat mengambil masa selama sejam dan membabitkan tiga jentera dari Balai Bomba Pusat dan Sentul," katanya ketika dihubungi Bernama.

Wanita yang cedera itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. - Bernama

Pindaan AUKU hanya kosmetik- SMM

Posted: 09 Apr 2012 08:25 AM PDT

(Oleh: Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 9 April: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyifatkan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 hari ini bersifat kosmetik dan hanya bertujuan meredakan kemarahan mahasiswa.

Presiden SMM, Mohd Safwan Anang berkata ia tidak lebih sebagai gula-gula politik kepada mahasiswa, yang selama ini marah kerana dikongkong akta itu.

"Kerajaan patut mansuhkan, bukan meminda AUKU. AUKU tidak pernah relevan kerana setiap universiti sudah ada undang-undang universiti sendiri.

"Malah saya fikir pindaan ini akan gagal memenangi hati mahasiswa, kerana ia dilihat melahirkan larangan lain pula," katanya.

Pindaan pada Seksyen 15 AUKU membenarkan mahasiswa mendaftar sebagai ahli parti politik. Namun, mahasiswa yang mendaftar tidak dibenarkan menyertai pilihan raya kampus dan memegang jawatan dalam pertubuhan pelajar di kampus.

Beberapa bahagian lain dalam akta tersebut, seperti pelantikan pentadbir oleh kerajaan dan kebenaran menteri mencampuri hal ehwal universiti pula dikekalkan.

Apa yang diperlukan universiti, katanya lagi, adalah kuasa autonomi untuk menentukan jalannya sendiri tanpa campur tangan politik.

KEADILAN beri Najib seminggu siasat skandal balak RM400 juta

Posted: 09 Apr 2012 05:06 AM PDT


Apr 9 2012 / Keadilan Daily
(Oleh: Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 9 April: KEADILAN memberikan masa seminggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan terhadap skandal balak melibatkan penyelewengan lebih RM400 juta.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberi amaran itu hari ini susulan pendedahan Sarawak Report yang mendakwa Menteri Luar, Anifah Aman menerima lesen balak yang lumayan yang diberikan adiknya, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Menurut Rafizi, KEADILAN menubuhkan satu pasukan khas bagi mengumpul maklumat dan dokumen berhubung skandal itu yang turut melibatkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail - yang enggan mengheret Anifah dan Musa Aman ke muka pengadilan berhubung kes itu.

Pasukan khas itu, menurutnya, diketuai peguam Darell Leiking yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung dan Ketua Cabang Penampang, Sabah.

"Beliau (Darell) menemu ramah ramai saksi yang terbabit dan sedang mengumpulkan dokumen penuh setakat ini. Kami boleh dedahkan kepada media bahawa dokumen itu mempunyai beribu-ribu muka surat, termasuk salinan penyata bank yang menunjukkan pelbagai urusniaga dan pemindahan berlaku," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Rafizi, KEADILAN yakin bukti-bukti yang dikumpulkan itu mampu mensabitkan ketiga-tiga tokoh dalam skandal yang jumlahnya lebih besar daripada penyelewengan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Beliau berkata, bukti-bukti itu akan didedahkan secara berperingkat sehinggalah kesemua yang bertanggungjawab diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Beberapa tahun lalu Sarawak Report melaporkan Anifah Aman merupakan pewaris rahsia lesen pembalakan lumayan yang mengeksploitasi hutan simpan di Sabah. Konsesi itu diperolehi dari saudaranya sendiri, Musa Aman.

Sarawak Report turut mendedahkan dokumen-dokumen berkenaan menunjukkan penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa Ketua Menteri Sabah melakukan rasuah dengan menganugerahkan lesen pembalakan di negeri Sabah bernilai puluhan juta ringgit kepada saudaranya sendiri.

Namun, siasatan itu disekat pada peringkat tertinggi dan segala penemuan dalam siasatan itu dirahsiakan, sehingga kini.

Jika anda suka berita ini, sila 'Like' laman Facebook KeadilanDaily.

Anda juga boleh 'follow' Twitter KeadilanDaily.

Apabila Husam Lebih Cerdik Dari Najib

Posted: 09 Apr 2012 05:01 AM PDT

Husam: Hutang PTPTN RM28b, bukan RM43b

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi angka mengelirukan berhubung jumlah keseluruhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah dikeluarkan kerajaan kepada pelajar.

Husam berkata angka RM43 bilion yang disebut Najib itu juga mungkin sengaja disebut perdana menteri untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. Bukan RM43 bilion seperti disebut.

"Mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap? Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?," kata Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan.

Katanya lagi, kenyataan perdana menteri bahawa negara tidak mampu menjelaskan hutang RM43 bilion itu juga menunjukkan bahawa Najib tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan – termasuk dalam soal memberi perjanjian dan menjadual semula pinjaman.

Husam mengulas kenyataan Najib sebelum ini bahawa kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika ingin memansuhkan pinjaman melalui PTPTN.

Dalam kenyataannya, Husam – yang berkelulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya – turut menjelaskan kaedah yang boleh diambil Pakatan Rakyat untuk melunaskan jumlah hutang RM28 bilion itu, sekiranya membentuk kerajaan.

Katanya, jumlah berkenaan tidak semestinya dilunaskan secara keseluruhan, serta merta.

Tambahnya, Pakatan juga boleh mengambil alih pinjaman tersebut atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan kepada institusi kewangan yang memberi pembiayaan kepada PTPTN.

"Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

"Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu," katanya.

Video Terkini! Wasatiyyah Cara Umno. Najib Pakai Rantai Leher Emas?

Posted: 08 Apr 2012 11:00 PM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/552320_385380341492420_100000613733925_1207449_866525577_n.jpg

Hukum Memakai Cincin, Gelang Tangan dan Rantai Leher Bagi Lelaki Islam

Posted on October 12, 2010 under Islam by wizvax

Oleh: Ustaz Mohamad Faizal bin Ahmat

Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :

" Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata " Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)". (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)

Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:"Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata:"Ia adalah gelang perubatan". Rasulullah bersabda: " Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama' sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.

Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat."

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )

Hasil dari pemerhatian penulis, pemakaian gelang di kalangan pelajar PMM atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakain mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap "gagah" atau "macho". Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.

Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya " kenapa pakai rantai leher?" ramai menjawab: "rantai ini bukan dari jenis emas atau perak". Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan." (Riwayat Abu Daud).

Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a'lam.

Video: Wawancara Dengan Artis Dayangku Intan Yang Sertai PKR

Posted: 08 Apr 2012 09:47 PM PDT

BN tidak popular di kalangan pengundi muda

Posted: 08 Apr 2012 09:30 PM PDT

SHAH ALAM 9 April : Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menarik pengundi muda kerana pemberian wang tunai dari kerajaan tidak memberi kesan kepada mereka, kata bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo.

Menurut Khir, pemberian wang tunai itu memang mewujudkan "rasa senang" rakyat Malaysia, namun ia hanya dirasai mereka yang berumur 50 tahun ke atas.

Tawaran yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah turut memberikan tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional, kata Khir seperti dilaporkan The Malaysian Insider.

Khir turut memberi amaran kerajaan BN mempunyai tugas sukar untuk menarik perhatian mereka sedangkan pengundi lingkungan 21-30 dan 30-50, sudah "muak dengan politik".

"Rasa senang itu ada namun terhad kepada pengundi berusia 50 tahun ke atas … mereka sudah sememangnya menentukan siapa yang akan mereka undi.

"Mereka berusia lingkungan 30 ke 50 masih belum membuat keputusan, tapi lebih bahaya adalah mereka yang berumur 21-30 yang tidak minat politik," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah eksklusif baru-baru ini.

"Saya beritahu Perdana Menteri, (Datuk Seri Najib Razak) pengundi 21 ke 30 tahun adalah masalah. Mereka tidak menikmati faedah daripada BR1M … bagaimana hendak menarik perhatian kumpulan ini," kata Khir merujuk kepada Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

Najib mengumumkan sejumlah RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dalam pembentangan belanjawan Oktober lalu, bagi mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup.

Pemberian wang tunai besar-besaran itu dianggarkan diterima 5.3 juta isi rumah dengan kos RM2.3 bilion. Perdana Menteri bulan lalu menjelaskan 80 peratus, atau 3.74 juta daripada 4.78 juta isi rumah memohon untuk BR1M sehingga pada 1 Mac, menjadikan sejumlah RM1.92 bilion sudah diserahkan.

Khir Toyo, tak tahu tanya - jangan bodoh sombong!

Posted: 08 Apr 2012 09:29 PM PDT

Oleh Faekah Husin

Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil.

Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian;

Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset. Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya.

Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong. Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu. Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naïf dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku. Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya. Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas. Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog di blog.

Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan. Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat.

Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, Dato' Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor. Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus.

Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya.

Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan. Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan. Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan.

Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat.

FAEKAH HUSIN IALAH SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Hasan dakwa Anwar punca Pas tersasar

Posted: 08 Apr 2012 08:04 PM PDT

Wartawan Sinar Harian
9 April 2012

PERTMATANG PAUH - Dua pemimpin PKR didakwa membawa pengaruh buruk kepada Pas hingga menyebabkan parti itu tersasar dari landasan perjuangan sebenar.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali turut mempersoalkan kepimpinan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang didakwa tidak membantu mantapkan perjuangan Pas.

Beliau berkata, Pas tidak akan mengikut telunjuk PKR dan DAP sekiranya bekas Presiden, Allahyarham Datuk Fadzil Noor masih hidup.

"Jika ditakdirkan Allahyarham Datuk Fadzil masih ada, Pas sudah tentu tidak akan masuk Pakatan.

"Malah, sebelum meninggal beliau berpesan pada saya untuk terus perjuangkan Islam, hidup dan mati untuk Islam. Tetapi, di bawah pengaruh Anwar, negara Islam sudah jadi negara kebajikan. Orang Pas, PKR dan DAP sudah menjadikan Putrajaya sebagai zikir harian mereka," katanya.

Tiada ulasan: