Isnin, 9 April 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Najib "Sapu" Gaji Menteri Wanita Untuk Rosmah Mansor?

Posted: 09 Apr 2012 09:49 AM PDT

Najib pangku Menteri Wanita laluan buat isteri?

KUALA LUMPUR, 8 April: Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Kelulaluan pada arga dan Masyarakat dengan tujuan untuk membolehkan isterinya mendapat laluan menguasai kementerian berkenaan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan.

Tindakan itu juga, kata beliau, menunjukkan tidak ada Ahli Parlimen atau tokoh Wanita Umno yang mendapat kepercayaan Najib untuk memegang jawatan itu sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan memangku jawatan itu.

"Najib tak percaya sesiapa pun dari kalangan Ahli Parlimen wanita yang ada dari Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tidak ada tokoh wanita lain dari Umno dan BN yang dipercayainya untuk dilantik sebagai senator dan seterusnya memegang jawatan sebagai menteri berkenaan," kata Mahfuz.

Sebelum itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April dan tidak disambung oleh pentadbiran Najib dipercayai berikutan kes National Feedlot Corporation (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.

Tindakan Najib yang memangku sendiri jawatan yang dikosongkan oleh Shahrizat itu dilihat oleh Mahfuz sebagai usaha membentuk pemikiran rakyat bahawa semua liabiliti kes lembu NFCorp bukan hanya ditanggung oleh Shahrizat seorang sahaja, tetapi hendaklah ditanggung sama oleh semua wanita Umno.

"Sekali lagi Najib memuaskan kehendak hobinya yang tidak berkesudahan iaitu menonjolkan dirinya sebagai penyelamat ketika beliau menunjukkan bahawa beliau tidak percaya sesiapa pun dari kalangan wanita Umno dan wanita BN untuk memegang jawatan tersebut," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menolak alasan kononnya Najib tidak sempat hendak membuat pilihan berikutan pengunduran Shahrizat dari jawatan itu.

"Najib sudah tahu awal-awal lagi tarikh tamatnya tempoh perkhidmatan Shahrizat sebagai senator.

"Alasan tidak sempat membuat pilihan tidak diterima sama sekali dan tidak boleh dipercayai," katanya.

Alasan sebenarnya, kata Mahfuz, bukan kerana tidak sempat membuat pilihan.

"Alasan yang dilihat umum ialah Najib tidak percaya sesiapa pun dari kalangan wanita Umno dan wanita BN untuk memegang jawatan itu.

"Najib hanya percayakan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) sahaja.

"Tindakannya memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat akan membolehkan isterinya melebarkan lagi cengkaman pengaruhnya," kata beliau.

Selepas ini, kata Mahfuz, Rosmah tidak hanya menguasai secara tidak langsung pelbagai bahagian di Jabatan Perdana Menteri di samping menguasai secara tidak langsung Kementerian Kewangan, malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga akan dikuasainya secara tidak langsung.

Selain menjadi Perdana Menteri, Najib juga adalah Menteri Kewangan dan kini pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rosmah dilihat sebagai isteri Perdana Menteri yang paling berpengaruh dan paling berprofil tinggi dalam sejarah politik Malaysia.

Walau dikecam sebagai berlebihan termasuk dari kalangan tokoh-tokoh Umno sendiri, tidak ada sesiapa pun yang berani menghalang kehendak Rosmah termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri walaupun beliau dilihat begitu lantang bersuara. -Hrkh

Najib kini menyapu bersih gaji dua menteri yang dipegangnya iaitu Menteri Kewangan dan Menteri Wanita selain dari gaji persana Menteri sendiri.

Cuba kita lihat gaji-gaji ini:

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :

Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan
Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79


a) Dua jawatan menteri kabinet 2 x RM14, 907.20 = 29,814.40
b) Jawatan perdana Menteri = RM 22,826.66
Jumlah a + b = RM52,641.06

Tak termasuk Eelaun-elaun Menteri seperti Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung oleh rakyat.

Atau apakah gaji Menteri Wanita itu untuk Rosmah Mansor?

Kedua, perlantikan Najib terhadap dirinya sebagai Menteri Wanita menunjukkan tarikh pilihanraya "terlalu hampir" kerana beliau mungkin merasakan tidak perlu untuk membuat penyusunan semula atau perlantikan menteri kabinet dengan tempoh perkhidmatan yang hanya tinggal beberapa minggu lagi. -GB

KANTOI!! Najib Altantuya Pakai RANTAI EMAS?

Posted: 09 Apr 2012 06:16 AM PDT


Sedang asyik membaca pendedahan skandal konsesi balak Menteri Luar, Anifa Aman bernilai RM400 juta, tiba-tiba terpandang satu posting yang diambil dari print screen yang sangat mengejutkan!

Perdana Menteri Najib Altantuya pakai rantai emas?

Sesuatu yang sangat ditegah oleh agama Islam kerana hukum lelaki memakai rantai walaupun bukan emas sekalipun adalah HARAM!

Video klip selama 49 saat ini jelas menunjukkan bahawa semasa Najib Altantuya berada di Temerloh, Pahang selepas berada di Batu Pahat, pada 7 April lalu sempena merasmikan karnival Janji Ditepati (kunun) anjuran Media Prima Berhad, jelas diperhatikan pada saat ke 36 hingga 40, ada seutas rantai terlilit di lehernya!

Video ini dirakamkan semasa Najib Altantuya dan suaminya Rosmah Mansor sedang mengadakan lawatan ke rumah dua beranak yang terpisah selama 12 tahun di Temerloh, Pahang dan disiarkan menerusi Buletin Utama TV3 suku pada sebelah malamnya.

Mungkin Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga ahli parlimen Temerloh, Saifuddin Abdullah boleh menjelaskan kepada rakyat rantai jenis apakah yang dipakai Najib Altantuya kerana umum sudah mengetahui bahawa Bapa Pengumuman ini hanya tahu menafi tanpa memberi fakta dan bukti sahih termasuklah isu pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang kununnya berjumlah RM43 bilion.


Bukti yang diperolehi ini sangat berat, kerana sebagai perdana menteri yang beragama Islam, Najib Altantuya pastinya tahu hukum kaum Adam memakai rantai emas walaupun kununnya atas alasan kesihatan sekalipun.

Malah, pemakaian rantai bukan emas pun sudah berdosa besar kerana menyerupai kaum Hawa, kerana perhiasan dan barang kemas adalah hak eksklusif wanita.

Adalah diharapkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga menteri klepet wang zakat, Jamil Khir Baharom dapat menegur perbuatan Najib Altantuya yang jelas bertentangan dengan hukum syarak pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sekiranya benar rantai itu dipakai dan bersalut emas pula, tak payahlah canang slogan Wasatiyyah kerana benda sekecil ini pun Najib Altantuya kantoi!

JALAN PULANG


Hukum Memakai Cincin, Gelang Tangan dan Rantai Leher Bagi Lelaki Islam

Posted on October 12, 2010

Oleh: Ustaz Mohamad Faizal bin Ahmat

Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :

" Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata " Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)". (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)

Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:"Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata:"Ia adalah gelang perubatan". Rasulullah bersabda: " Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama' sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.

Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat."

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )

Hasil dari pemerhatian penulis, pemakaian gelang di kalangan pelajar PMM atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakain mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap "gagah" atau "macho". Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.

Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya " kenapa pakai rantai leher?" ramai menjawab: "rantai ini bukan dari jenis emas atau perak". Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan." (Riwayat Abu Daud).

Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a'lam.


Aktivis anti-ISA berarak ke parlimen

Posted: 09 Apr 2012 06:14 AM PDT


Sekumpulan kira-kira 50 orang berarak ke bangunan Parlimen hari ini untuk menggesa Perdana Mernteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera memansuhkan undang-undang ISA.

Kumpulan yang diketuai NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu berhimpun di Taman Tasik Perdana pada kira-kira jam 11 pagi untuk berarak sejauh kira-kira 700 meter ke bangunan Parlimen.

NONEEnam orang wakil kumpulan berkenaan, diketuai pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, kemudiannya memasuki kawasan bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada perdana menteri dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, hanya Anwaryang tampil untuk menerima memorandum berkenaan.

Anwar berkata, beliau akan menyerahkan salinan untuk Najib itu ke Pejabat Perdana Menteri dan juga menyiapkan rang undang-undang persendiriannya untuk memansuhkan ISA yang akan difailkannya.

Selain undang-undang ISA, kumpulan itu juga mendesak kerajaan supaya memansuhkan Akta Dadah Berbahaya dan juga Ordinan Darurat dan turut berikrar untuk menentang undang-undang BN yang memperuntuk penahanan tanpa bicara. -M'kini

Amanah, Anak Raja, Royalti, Umno dan Dua Wajah Ku Li

Posted: 08 Apr 2012 08:55 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Presiden Amanah (Angkatan Amanah Merdeka) YBM Tengku Razaleigh Hamzah dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada dua anak raja Terengganu yang hadir dalam Majlis Pelancaran Amanah di sebuah hotel di sini Pada Sabtu 6 April lalu.

Kedua-dua anak raja itu adalah Tengku Ibrahim, Tengku Seri Paduka Raja Terengganu dan Tengku Raja Dato' Kamarul Bahrin.

Beliau yang juga anak raja Kelantan berkata, kedua-dua anak raja Terengganu itu telah sudi dan sanggup menjemput beliau untuk bertemu rakyat Terengganu dan memberi ruang kepadanya memperkenalkan Amanah.

Apa yang menarik, yang sama, terpacul dari mulut ketiga-tiga anak raja itu adalah isu yang bekait dengan royalti petroleum.

[Gambar atas - dari kanan; Tengku Paduka, Tengku Razaleigh, Raja Kamarul Bahrin dan Tengku Ahmad Hussin]

Raja Kamarul Bahrin dalam ucapan alu-aluannya selaku koordinator Majlis tersebut menyebut negara Malaysia dan negeri Terengganu terlalu bergantung kepada sumber pendapatan petroleum, minyak dan gas.

Menurutnya dalam bajet yang dibentang oleh kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini, 95% hasil negeri bergantung dari Dana Khas yang disalurkan, nama lain bagi nama royalti petroleum yang telah diselewengkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, Tengku Paduka, terus sahaja membuka ucapannya selaku Penaung MAMPAT memperoalkan mengapa kerajaan Umno/BN pusat tidak mahu menjelaskan royalti petroleum kepada kerajaan PAS Kelantan dan merampas royalti tersebut dari kerajaan PAS Terengganu.

Menurutnya, negeri Kelantan dan Terengganu adalah dua negeri yang mempunyai majoriti penduduk Melayu dan yang menguasai kerajaan pusat adalah Umno yang juga mengaku sebagai sebuah parti Melayu.

"cuba kita lihat kerajaan Kelantan yang dipimpi oleh PAS telah memohon kepada kerajaan persekutuan untuk diberi hasil (royalti) minyak bukan banyak cuma RM1 bilion sahaja,

"kerajaan PAS di Kelantan adalah sebuah kerajaan Melayu, penduduk negeri Kelantan berjumlah 96% orang Melayu,

"mengapakah tidak diterima rayuandan permohonan kerajaan Kelantan untuk mendapat wang royalti ini,"soal Tengku Paduka.

Beliau yang juga bekas ADUN Tanggul dari Parti Melayu Semangat 46, menempelak sikap pemimpin Umno Terengganu yang disifatkannya sebagai takut untuk berdepan dengan pemimpin Umno Pusat.

Menurutnya sejak royalti menjadi wang ehsan ketika PAS memerintah Terengganu dan kini menjadi dana Khas, kerajaan Pusat telah berhutang sebanyak RM5 bilion

"Setakat ini kalau tak salah saya wang royalti ini tertunggak lebih kurang RM5 bilion, ini yang duk main sorong tarik tak beri juga,

"kerajaan (Terengganu) yang ada pada hari ini adalah kerajaan BN, kerajaan Pusat adalah kerajaan (Umno)BN, hok duk sini tu duk takut, takut nak main kasar sikit, takut peteh keting, dia (Umno) sama dia (umno) pun tak beri pitih,"tegasnya.

Tengku Razaleigh pula memulakan ucapannya mengungkap sejarah ketika beliau menjadi Pengerusi Petronas dan isu yang berkaitan dengan royalti petroleum.

Beliau dalam sesi soal jawab, selain mengupas soal royalti Petroleum, Ku Li menolak dasar kerajaan Umno/BN membawa buruh asing sehingga menyebabkan kebanjiran 'warga asing' kelas bawahan yang tidak membawa manfaat yang banyak.

Malah katanya, ia menyebabkan banyak masalah social dan menimbulkan malapetaka kepada keselamatan Negara.

Ku Li turut menceritakan bagaimana kerajaan negeri Terengganu yang diwakili Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menandatangani perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) di serambi rumah rasmi ketika hujan pada waktu hampir maghrib.

Katanya, perjanjian PDA 1974 yang dibuatnya sendiri adalah 'perjanjian bodoh' sahaja yang mudah difahami.

"kita tandatangani perjanjian itu senang saja, tidak ada perkara yang pelik yang dimasukkan dalam perjanjian itu,

"tidak ada kaitan langsung dengan undang-undang pada masa itu, apatah lagi undang-undang darurat yang sering dikaitkan oleh 'lawyer' Umno,

"undang-undang darurat dibuat pada tahun 1969, Akta kemajuan Petroleum dilulus oleh parlimen dalam tahun 1974, 'bodoh' lawyer (Umno) ni,"kata Ku Li.

Katanya, ia adalah 'simple contract obligation' dan tidak perlu pergi ke mahkamah Persekutuan kerana senang difahami.

Dalam sidang media selepas Majlis tersebut, beliau yang juga bekas menteri Kewangan menegaskan selagi wang royalti dibayar  dengan nama wang ehsan atau dana khas, ia bukanlah wang royalti.

Wang royalti adalah, menurutnya, dibayar terus kepada kerajaan negeri oleh Petronas, bukan dibayar oleh kerajaan pusat.

Disebalik kritikan kepada dasar dan perlaksanaan kerajaan Umno/BN, Ku Li masih sayangkan Umno dan tidak berhasrat meninggalkan parti itu.

Ada dikalangan khalayak yang hadir mempersoalkan, bagaimana orang ramai mahu memberikan amanah kepada 'Amanah' kerana Presiden Amanah masih lagi manjadi ahli kepada parti umno yang tidak amanah.

Walaupun Ku Li mengakui terdapat penyelewengan dan salah laku yang dilakukan oleh para pemimpin Umno, beliau tidak akan keluar Umno seperti tindakanyang diambil oleh Timbalan Presiden Amanah, yang juga Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Ku Li terus terang menyatakan beliau kurang percaya dengan janji-janji yang dikemukakan Pakatan Rakyat.

Beliau menganggap dirinya tidak berdosa seperti pemimpin Umno yang lain, walaupun masih menjadi ahli Umno.

"apa jaminan yang Pakatan rakyat itu lebih baik daripada Umno, beritahu saya….. berjanji senang kita buat bagaimana kita hasilkannnya bukan mudah…..,

"saya walaupun menjadi anggota Umno, masih menjadi anggota Umno, tidak bererti saya ini berdosa seperti orang lain, kerana saya tak buat dosa, saya masih menegur saya masih mengkritik apa yang tak betul……,"katanya. -BO

Tiada ulasan: