Isnin, 9 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Dayangku Intan Sertai PKR

Posted: 09 Apr 2012 08:00 AM PDT





P/s: Tahniah!



[Video] Sindiket Curi Susu Sorok Celah Kangkang

Posted: 09 Apr 2012 07:00 AM PDT


BONGKAR...rakaman CCTV menunjukkan aksi dua suspek.
[HM] KANGAR: Kumpulan wanita berjubah yang aktif mencuri susu di pasar raya di beberapa lokasi seluruh negara muncul di bandar ini dengan taktik lebih agresif sebelum dicekup polis selepas perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Kaki Bukit, di sini, Khamis lalu, lima wanita terbabit dikesan mencuri puluhan susu tepung berjenama yang bernilai kira-kira RM10,000 dengan cara menyorokkan barangan itu di celah kangkang mereka.

Melalui rakaman CCTV, mereka yang bertudung labuh, berbaju kurung dan berjubah dilihat keluar masuk premis pasar raya itu sebanyak empat kali dan dengan selamba menyorokkan tin serta kotak susu yang dicuri di dalam pakaian masing-masing.

Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari perbuatan itu selepas melihat rakaman CCTV terus membuat laporan polis.

Siasatan polis kemudian mendapati lima wanita terbabit turut dibantu enam lelaki dan polis menahan enam daripada mereka termasuk dua wanita di Klang, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.


Setelah Gagal Pisahkan Anak dengan Teman Lesbiannya, Si Ayah "Ehem" Teman Anaknya

Posted: 09 Apr 2012 05:30 AM PDT

Sekadar hiasan.
Berita Agensi melaporkan seorang lelaki Taiwan didakwa merogol kekasih lesbian anak perempuannya dalam usaha untuk memisahkan hubungan mereka.

Bapa berusia 53 tahun dengan nama keluarga Lui itu mengetahui hubungan songsang anak perempuannya tahun lepas.  Dia mula curiga  apabila menyedari anak gadisnya sentiasa bersama dan berpegangan tangan.

Lelaki itu menemui kekasih anaknya dengan nama keluarga Wang dan mangsa mengakui bahawa dia bercinta dengan anak gadis Lui yang berusia 21 tahun.

Sejak itu, Lui telah mencuba beberapa kali untuk menghalang hubungan mereka tetapi gagal.

Tertekan dan mungkin sudah kehabisan idea, pada bulan Disember 2010, lelaki itu bertindak merogol kekasih anaknya yang ketika itu sedang bersendirian di rumahnya. Selesai merogol mangsa, lelaki itu memaksa mangsa meninggalkan anak gadisnya.

Lui telah ditahan dan berhadapan dengan tuduhan merogol.


P/s: Aduhai!



Lelaki Perkosa Warga Emas 84 Tahun

Posted: 09 Apr 2012 05:00 AM PDT


 Ming Pao melaporkan seorang lelaki yang menganggur didakwa merogol warga emas berusia 84 tahun di Hong Kong.

Kwok Yau Kit didakwa melakukan jenayah itu pada tahun lepas.

Mahkamah Majistret Kwun Tong diberitahu bahawa suspek yang berusia 51 tahun mengenali mangsa dan telah beberapa kali melawatnya rumah di Tuen Mun.

Kwok didakwa dengan satu tuduhan merogol.Walau bagaimanapun, pegawai pendakwaan berkata tertuduh mungkin berhadapan dengan lebih banyak pertuduhan kemudian.

Kwok yang berkahwin kelihatan tenang apabila pertuduhan dibacakan kepadanya di mahkamah. Mahkamah menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula.

Mahkamah juga memerintah Kwok kekal dalam tahanan sementara menunggu ujian DNA.
 
 P/s: Bukanlah TM nak tonjolkan sangat isu rogol, tetapi mahu berkongsi rasa pelik dengan selera tertuduh terhadap wanita tua yang berusia 84 tahun. Walhal si tertuduh sudah berkahwin, dan sudah tentu isterinya jauh lebih muda daripada mangsa.
 
Gila!
 
 

Husam Dedah Jumlah Pinjaman RM28 Bilion Bukan RM43 Bilion, Adakah Najib Cuba Menipu?

Posted: 09 Apr 2012 03:00 AM PDT


[HD] KUALA LUMPUR, 9 April: Penegasan Perdana Menteri untuk tidak menghapuskan pinjaman PTPTN seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN).

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Menurut Husam, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan. 

Ini kerana, dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. 

"Bukan RM 43 bilion seperti disebut," kata Husam yang juga Exco Ekonomi dan Kebajikan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau mempertikaikan, mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap? 

"Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?" soal beliau.

Husam juga menjelaskan, jumlah keseluruhan RM28 bilon sehingga akhir 2012 tidak semestinya dilunaskan serta merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Antara tindakan yang boleh diambil, kata Husam ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

Dengan itu, katanya, kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu.

Bagi beliau, gambaran bahawa negara tidak mampu kerana menjelaskan RM43 bilion sekaligus adalah amat mengelirukan dan menunjukkan PM tidak memahami mekanisma kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi undertaking dan menjadual semula pinjaman.


P/s: Kantoilah pula!



Bapa Alltantuya Kecewa Kes Samannya Sunyi Sepi, Keluar ASD20 Ribu Tanggung Kos Perundangan

Posted: 09 Apr 2012 02:00 AM PDT


[HD] KUALA LUMPUR 9 April: Bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Setev Shaariibuu berkata beliau datang ke Malaysia sejak semalam untuk menuntut keadilan terhadap kematian anaknya.

Antara lain, beliau mahu menuntut kerajaan mempercepatkan saman sivil RM100 juta beliau terhadap kerajaan Malaysia yang difailkan pada tahun 2007 lalu.

"Sudah enam tahun saya mencari keadilan untuk anak saya. Ini kali kedua saya datang ke sini (Parlimen).

"Kerajaan Mongolia telah hantar surat rasmi kepada kerajaan Malaysia tapi tiada apa-apa respons sehingga sekarang," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini yang diterjemah pembantunya Tsoggerel Och. 

Pada sidang media sama, Shaariibuu turut menafikan khabar angin kononnya beliau telah dibayar sejumlah wang oleh kerajaan Malaysia selepas apa yang menimpa anaknya itu.

"Saya datang ke sini menafikannya, saya tak pernah terima walau satu sen.

"Malah saya yang mengeluarkan USD20,000 untuk kos perundangan," katanya lagi.

Anaknya, Altantuya dibunuh sekitar jam 10 malam 19 Okt, 2006 hingga 1 pagi hari yang berikutnya dalam sebuah hutan yang sedang dibersihkan di Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Shah Alam.

Kes itu didakwa ada kaitan dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak.

Mahkamah bagaimanapun membebaskan Razak, namun dua yang lain yang dituduh bersamanya, iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah.

Bulan lepas, mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka untuk menyiasat pegawai Perancis yang disyaki terlibat dalam skandal kapal selam itu, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar.

Sebelum ini beliau memberitahu pernah untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi beliau mendakwa 'Najib lari' dari bertemu dengannya.

Ketika ditanya wartawan, apa yang beliau akan beritahu jika berpeluang jumpa Datuk Seri Najib, beliau berkata: "Saya akan bercakap bukan sebagai dia Perdana Menteri tapi bercakap dari hati seorang bapa ke bapa dan kawan".



P/s: Nyaris dia tidak cakap sebagai bapa mentua. 
Kah kah kah kah!




"Wanita" Cun Ini Berserah kepada Allah

Posted: 09 Apr 2012 12:00 AM PDT



Sri Wani: 'Akak pun mohon pada ALLAH' 

[SH] SHAH ALAM - "Terima kasih, akak reda dengan segala ujian. Akak doa dan harap ALLAH sayangkan akak".

Itulah ucapan ringkas yang diterima Sinar Harian kiriman­ Sri Wani Choo Abdullah, 37, pengu­saha produk kecantikan yang mencuri perhatian umum sejak berita suaminya memfailkan pembatalan­ perkahwinan di Mahkamah Syariah, tahun lalu, diketahui umum.

Berdasarkan tinjauan dan carian internet yang dilakukan selepas pengakuan eksklusif Sri Wani dipaparkan Sinar Harian kelmarin, orang ramai memberi respons positif.

Rata-rata mereka berdoa sekiranya Sri Wani tidak bersalah, mudah-mudahan perkahwinan­nya selamat.

"Akak pun mohon pada ALLAH. Hanya ALLAH Maha Kuasa, Maha Penyayang dan Maha Esa. Akak minta jasa baik wartawan; kalau boleh jangan datang ke kedai atau curi ambil gambar akak," katanya.

Sri Wani menambah, dia tidak mahu pelanggan tidak masuk ke kedainya lagi kerana ini akan memberi kesan kepada perniagaannya.

Dia menceritakan, sejak diperintahkan mahkamah untuk tinggal berasingan antara beliau dan suami, Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan sebuah universiti, sementara menunggu prosiding selesai, dia menumpukan perhatian kepada kerja bagi menghilangkan tekanan dan derita.

"Terima kasih akak ucapkan pada saudari. Akak percaya saudari adalah seorang wartawan yang baik hati," katanya.

Berita mengejutkan itu bukan sahaja hangat dipaparkan di beberapa muka depan akhbar arus perdana, malah di laman blog dan portal berita online (talian terus).

Sri Wani terkenal sekelip mata apabila Bahrom memfailkan kes di Mahkamah Syariah Gombak Timur, kerana mengesyaki isteri ketiga yang dikahwininya pada 19 Ogos 2009 itu, adalah lelaki.

Susulan permohonan yang dibuat pada 17 Januari 2011 itu, mahkamah memerintahkan pasangan itu berpisah sementara sebelum prosiding selesai atas alasan perkahwinan diragui.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pula menetapkan 23 April ini untuk memutuskan Sri sama ada dia perlu jalani ujian penentuan jantina atau tidak.



P/s: Semakin banyak orang yang ingin tahu kebenaran dakwaan yang dibangkitkan oleh si suami.



Jururawat Didakwa Kerana Mencuri Seluar Dalam Lelaki

Posted: 08 Apr 2012 11:07 PM PDT


[SH] KOTA BHARU-Hanya kerana mencuri sekotak seluar dalam, seorang jururawat sebuah hospital dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya, minggu lalu.

Tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di hadapan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, Zubaidah didakwa mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin, dua helai baju T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, satu selipar dalam rumah jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style di pasar raya tersebut pada jam 2.30 petang.

Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM4,500.Bagaimanapun Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon supaya wang jaminannya dikurangkan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan 30 April ini untuk sebutan kes.


P/s: Curi untuk siapa? Untuk boyfriend? Kalau betul, ah, bingai dan bodohnya!!!


Selepas Dimabukkan, Pekerja Butik "Dikerjakan" Teman Lelaki di Kandang Lembu

Posted: 08 Apr 2012 06:00 PM PDT

Sekadar hiasan.

[BH] KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pembantu butik pengantin menerima pelawaan teman lelakinya untuk membeli-belah di Nilai 3, Negeri Sembilan, mengundang padah apabila mangsa bukan saja dipaksa menghidu gam dan minum arak di kawasan kandang lembu, malah turut diperkosa dalam kejadian di Bangi, Selasa lalu. 

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa berusia 18 tahun itu dikatakan berada di tempat kerjanya di Kajang sebelum lelaki berkenaan datang dan mengajak untuk membeli-belah di Nilai 3. Mangsa yang menerima ajakan teman lelakinya sempat bertanyakan hala tuju mereka ketika dalam perjalanan selepas menyedari lelaki terbabit melalui kawasan mencurigakan. 

Bagaimanapun, teman lelakinya hanya menyuruh mangsa diam dan sebaik tiba di kawasan kandang lembu dipercayai tidak jauh dari rumah suspek, lelaki itu menyuruh mangsa turun dan memaksa wanita terbabit menghidu gam serta minum arak yang sudah di sediakan terlebih dulu. 

Sumber berkata, mangsa yang bimbang keselamatan dirinya hanya mengikut arahan namun dirogol suspek di kandang lembu berkenaan. 

"Mangsa melarikan diri dan pulang ke rumahnya di Rinching Hilir, Kajang, namun tidak membuat laporan polis atau memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarganya disebabkan malu. 

"Sebaik menerima beberapa ugutan daripada lelaki terbabit akan memancung kepalanya jika kejadian itu didedahkan kepada orang lain, mangsa tampil membuat laporan polis di Bandar Baru Bangi petang semalam," katanya. 

Difahamkan, mangsa mengenali lelaki terbabit sejak setahun lalu, namun tidak pernah menunjukkan kelakuan pelik sehinggalah ditimpa kejadian berkenaan. 




Annuar Musa AKUI Akta Keselamatan dalam Negeri KEJAM

Posted: 08 Apr 2012 05:25 PM PDT





P/s: Jangan masa terdesak saja akui ISA itu kejam!



Tiada ulasan: