Gambar Tuanku Sultan Kelantan Untuk Tatapan Pembaca Sebelum Tidur Posted: 02 Apr 2012 08:26 AM PDT Allahuakhbar!
Semoga Allah sentiasa memberi keberkatan dan rahmat untuk kita semua di bawah pemerintahan tuanku. |
Keliling negara RM609 juta, Najib dan Muhyiddin tidak faham 'wasatiyyah' Posted: 02 Apr 2012 08:08 AM PDT (Oleh: Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 2 April: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya tidak faham akan maksud sebenar konsep wasatiyyah.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Ahmad Kassim memberikan pandangan demikian ketika mengulas perbelanjaan besar Najib dan Muhyiddin dalam lawatan mereka baru-baru ini.
Menurutnya, tindak-tanduk Najib yang berbelanja sesuka hati sewaktu lawatannya ke seluruh negara seolah-olah menunjukkan yang beliau hanya tahu membaca teks tentang wasatiyyah yang ditulis penasihat agamanya.
"Kalau beliau faham, wang berjumlah RM609 juta tidak akan dibelanjakan sewenangnya, semata-mata sebagai 'gula-gula' untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada kerajaan.
"Malah, selain ekonomi, konsep Wasatiyyah turut meliputi aspek seperti tidak rasuah, kesaksamaan dalam politik dan mengelak permusuhan melampau.
"Jadi, dimana wasatiyyah Umno BN yang selama ini boros dalam belanja, bersikap berat sebelah dalam politik dan menutup sebelah mata kepada maksiat?" soalnya.
Katanya lagi, konsep Wasatiyyah hanya digunakan Najib untuk menunjukkan seolah-olah beliau memahami kesusahan yang dihadapi rakyat pada masa ini.
Menurutnya lagi, beliau yakin Institut Wasatiyyah ini hanya akan tinggal di peringkat cadangan sahaja, tanpa sebarang pelaksanaan yang berkesan.
"Macam mana nak laksanakan, jika gaya hidup mereka sendiri tidak menunjukkan mereka hadam dengan konsep ini?" soalnya lagi.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen 30 Mac lalu, Najib dan Muhyiddin membelanjakan RM609 juta sebagai 'peruntukan segera' sepanjang 11 minggu lawatan mereka ke seluruh negara.
Pada Jun 2011, Parlimen mendedahkan bil elektrik bagi kediaman Najib dan Muhyiddin yang berjumlah RM10 juta, dan bil air pula RM1.9 juta, manakala kos selenggara menelan RM50 juta setahun.
Semasa Perhimpunan Agung Umno yang lalu, Najib memperkenalkan prinsip Wasatiyyah (kesederhanaan) untuk diamalkan dalam pentadbiran, dan mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah untuk mempromosinya.
|
Jabatan Pendaftaran habis stok Mykad baru? Posted: 02 Apr 2012 08:06 AM PDT Written by LC
Di sini saya ingin memberitahu kepada seluruh Malaysia bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebenarnya telah kehabisan stok kad mentah MyKad di seluruh Malaysia menyebabkan kelewatan dalam penyiapan MyKad di seluruh Malaysia dan pihak pengurusan tak berani nak bagitau Malaysia tentang ini. Kerana ini juga akan menunjukkan betapa tidak cekapnya pihak pengurusan JPN sekarang.
Saya sebagai staf JPN amat tidak berpuas hati dengan ketidakcekapan pengurusan atasan kami yang mengambil sikap sambil lewa, tidak endah dan ambil tidak peduli akan kami staf-staf bawahan di kaunter yang dimaki hamun, dicelaka dan disumpah seranah oleh orang awam yang marah akan kad pengenalan tidak siap.
Siapa tahan kena maki tentang piagam bodoh kad pengenalan siap yang ditetap oleh pihak pengurusan. Tetapi apabila tidak dapat dipenuhi, kami staf-staf bawah yang terpaksa menanggung tahinya.
Siapalah kami ini? Siapa yang faham akan perasaan kami? Di mana kami hendak mengadu? Setiap hari dimaki hamun, kerja balik lewat hingga pagi untuk bantu pelanggan kami menyiapkan kad pengenalan mereka?
Untuk pengetahuan anda, bahagian cetakan kad kami setiap hari balik sehingga subuh dan ada yang tidak balik langsung untuk cetak kad pengenalan pemohon tetapi masih juga tidak mampu untuk disiapkan.
Jika hendak dikata aduan aduan kami tidak disampaikan kepada pihak atasan, mereka memang telah maklum, sedar dan tau akan keadaan ini.
2 minggu lepas kami dimaklumkan oleh orang atasan bahawa kad pengenalan yang tidak siap ini hanya akan siap selepas bulan Julai 2012 dan kami sebagai staf kaunter hendaklah memaklumkan orang awam akan hal ini.
Maknanya kami kena menahan sumpah seranah orang awam ini sehingga Julai?
Di ibu pejabat negeri semua telah kehabisan stok kad mentah membuatkan kami tidak dapat mencetak kad pengenalan kepada semua pelanggan-pelanggan kami.
Yang tidak adilnya pulak, di Putrajaya ada pulak stok kad? Apa ni? Dalam JPN pun ada double standard seperti ini ke?
Saya juga harap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Audit Negara masuk bagi menyiasat JPN ini. Saya percaya mesti ada yang tidak kena.
Bagaimana stok kad boleh habis macam tu je? Takkan sebagai orang atasan tak boleh nak jangka yang Malaysia ni ada berapa orang penduduk?
Saya harap pihak media dapat hebahkan semua ini kepada seluruh Malaysia. Biarlah semua orang orang atasan ini malu.
|
Sifat Yang Perlu Dalam Umno Kalau Nak Jadi Pemimpin Posted: 02 Apr 2012 12:39 AM PDT Ni la sifat terkutuk dalam umno. Korang pergi la mana-mana bahagian. Hatta kat jkkk kampung pun lebih teruk bodeknya.
Kita akan ajar umno ni macam mana cara nak bantu rakyat bila pakatan memerintah putrajaya.
Kita akan ajar rosmah cara nak berbelanja secara wasatiyah.
Ayuh kita bangkitkan gelombang rakyat! Halau umno dari putrajaya. |
Sultan Kelantan Yang Very Cool. Ikat Bata Tidak Perlu Pakai Sarung Tangan Macam Najib. Cara Pun Betul! Posted: 01 Apr 2012 07:15 PM PDT Patik merafak sembah terima kasih kepada tuanku. Pimpin la kami ke arah kebaikan bersama. Allahuakhbar! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan