Biaqpila |
- Guru dipenjara 16 bulan rangsang murid lelaki
- Penyokong UMNO rupanya yang mati ketika menaikkan bendera tu.. ini buktinya..
- Ezam, Nalla dan Umi Hafilda Sedang Membesarkan Kubur Untuk Najib
Guru dipenjara 16 bulan rangsang murid lelaki Posted: 02 Apr 2012 10:34 AM PDT PUTRAJAYA — Seorang guru sekolah gagal dalam rayuan terakhirnya berhubung hukuman penjara 16 bulan yang dihadapinya bagi kesalahan merangsang dua pelajar Tahun Enam, melakukan perbuatan kelucahan melampau lapan tahun lepas. Panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk K.N.Segara menolak rayuan dikemukakan oleh Muhammad Nizar Shuib, yang juga merupakan guru tuisyen Bahasa Inggeris kepada dua pelajar lelaki itu. Muhammad Nizar, 31, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak rayuannya berhubung hukuman penjara 16 bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 9 Mei, 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 377E, Kanun Keseksaan bagi dua pertuduhan merangsang dua budak lelaki itu yang berumur 14 tahun untuk melakukan perbuatan itu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kubang Pasu, Kedah, antara Mei 2003 dan April 2004.— BERNAMA |
Penyokong UMNO rupanya yang mati ketika menaikkan bendera tu.. ini buktinya.. Posted: 01 Apr 2012 09:00 PM PDT Apabila tersiar berita tentang dua orang yang terkorban akibat terkena renjatan elektrik awal pagi semalam, dengan pantas beberapa Blog Pro UMNO membuat kesimpulan bahawa kedua-dua mereka adalah penyokong PAS. Dengan tersiarnya tuduhan yang lebih merupakan satu fitnah itu berbagai komen dapat dibaca di Blog-Blog Pro UMNO itu.. Berikut pula adalah print screen komen-komen yang terdapat dalam Blog yang menyambung fitnah itu.. Yakin sungguh mereka bahawa dua lelaki yang terkorban itu adalah Ahli PAS.. Malangnya tohmahan atau fitnah mereka yang memburukkan Ahli atau Penyokong PAS tersebut dinafikan oleh Bloger Pro UMNO sendiri yang melawat keluarga Alahyarham.. lihat Print Screen di bawah pula.. Dan ini disokong pula dengan FB Awang Adek yang turut hadir ketika jenazah salah seorang mangsa iaitu Mohd. Daishan Ibrahim dikebumikan.. Menurut laporan Kosmo, salah seorang dari mangsa terbunuh selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau tersebut ialah Rosli Hussin, 47, merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).. kalau korang nak tahu JASA tu di bawah di Bawah Kementerian mana.. sila lihat di ( SINI ) Pernah dengar ke ahli PAS dilantik sebagai Pegawai di Jabatan itu? Tentang gambar yang disebarkan oleh Blogger Pro UMNO itu yang mengatakan kononnya itu adalah mangsa renjatan elektrik, juga bukanlah mangsa kejadian.. Ini kerana Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi. Mangsa ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki.. Tengok gambar yang Blogger Pro UMNO sebarkan dibawah ni… Korang nampak lebam atau hangus pada gambar tu dan pada telinga atau tangan? Kalau nak tahu pula sumber gambar itu dari mana.. Semut dan Papan Kekunci ada jawapannya.. sila lihat di SINI Itulah… bila dah ketandusan isu.. pantang ada cerita yang berkait dengan politik tambahan pula yang boleh menimbulkan persepsi kurang baik… membabi buta saja pencacai-pencacai UMNO itu membuat fitnah.. Bagaimanapun Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban.. darisungaiderhaka KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Ezam, Nalla dan Umi Hafilda Sedang Membesarkan Kubur Untuk Najib Posted: 01 Apr 2012 07:49 PM PDT Semakin hampir tiba detik pilihanraya, serangan peribadi kepada Anwar semakin memuncak. Bekas pemimpin-pemimpin PKR sperti Ezam Mohd Nor, Anuar Shaari, Nallakaruppan, Zulkifli Nordin dan lain-lain nampaknya begitu rancak menyerang peribadi Anwar berkaitan isu seks dan moral. Umi Hafilda yang merupakan adik kepada Azmin Ali turut tumpang semangkuk menghangatkan lagi suasana dengan dakwaan yang jika dihalusi lebih bersifat masalah kekeluargaan semata-mata. Mereka berjanji untuk berkempen ke seluruh negara bersama isu seks, liwat dan biseksual yang dikaitkan dengan Anwar itu. Di dada media dan kaca tv, mereka sudah muncul hampir setiap hari dengan isu yang sama seolah-olah itulah isu pokok dalam politik negara dan penentuan rakyat terhadap parti yang ingin diberikan kuasa. Modal mereka hanyalah isu seks dan liwat yang dikaitkan dengan Anwar dan sudah pun menjadi pengetahuan umum sebenarnya sejak Anwar dipecat pada 1998 lagi. Mereka hanya mengulang-ulang cerita lama seolah-olah mereka mengetahui segala-galanya walaupun dalam dalam kes liwat pertama, Anwar sudah dibebaskan oleh mahkamah dan dalam kes liwat kedua, juga sudah dibebaskan di peringkat Mahkamah Tinggi. Ia kini sedang menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan. Cerita seks dan liwat ini sudah diulang banyak kali walaupun hakikatnya rakyat menolak permainan menyerang peribadi secara keterlaluan itu. Lihatlah keputusan beberapa pilihanraya kecil sebelum ini dan arus sokongan rakyat di merata-rata tempat sekarang, jelas dapat dilihat bahawa isu ini tidak menjadi kudis kepada rakyat. Bahkan lagi disebut dan diulang cerita seks dan liwat itu, makin mencanak sokongan rakyat kepada Anwar. Sesetengah rakyat tidak mempercayai isu seks dan liwat itu dan menganggapnya cubaan untuk membunuh karier politik Anwar yang direka sejak zaman Mahathir lagi. Sesetengah yang lain pula menganggapnya sebagai mainan politik longkang yang cuba dilakukan oleh BN untuk memenangi pilihanraya. BN dilihat seolah-olah sudah kering idea dan tiada modal lain untuk mendapatkan sokongan rakyat dan berhadapan dengan Anwar serta Pakatan Rakyat. Jika diperhatikan gerak laku dan perangai bekas pemimpin PKR yang mengaitkan Anwar dengan pelbagai dakwaan berkaitan seks dan liwat itu, amat nyata bahawa bahawa mereka ingin menjadi hero dalam pilihanraya akan datang ini. Mereka ingin membunuh karektor Anwar dan mahu rakyat terus memilih BN semata-mata atas alasan Anwar seorang pemimpin yang tidak baik moralnya dan dikatakan gila seks. Keghairahan mereka menonjolkan diri dalam media dan di sisi Najib telah menenggelamkan kewujudan pemimpin dalam UMNO sendiri. Peranan Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO seolah-olah tidak wujud dalam mempertahankan UMNO dan Najib. Sepanjang masa suara Najib lebih banyak disahut oleh mereka ini berbanding pemimpin dalam UMNO sendiri. Benarkan kata Tun Daim, Najib dalam persiapan menghadapi pilihanraya ini umpama jeneral tanpa askar. Dalam masa yang sama, dengan menonjolkan isu seks dan liwat, penilaian rakyat cuba ditutup terhadap isu kenaikan harga barang, beban hidup yang meningkat, rasuah makin berleluasa, skandal lembu NFC, pelupusan hutang Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta, hutang negara mencecah hampir 55 peratus KDNK negara, ekonomi yang tidak berkembang, urus tadbir negara yang lemah dan pelbagai isu lainnya yang menghenyak kehidupan rakyat seharian. Apakah mungkin isu seks dan liwat itu mampu menjadikan rakyat buta hati dan melupakan isu lain seperti yang disebutkan diatas tadi? Sudah bertahun-tahun terbukti bahawa isu seks, liwat dan biseksual yang dikaitkan dengan Anwar tidak memberi kesan apa-apa kepada kepada rakyat dan tindakan Ezam, Nalla, Umi Hafilda, Anuar Shaari serta rakan-rakan mereka yang lain terus membangkitkan isu itu tidak lain hanya umpama menambahbesarkan lagi kubur politik untuk Najib saja. Anwar tidak akan ke mana-mana dek serangan itu tetapi sebaliknya Najib yang makin ditolak rakyat. Najib yang kini bagaikan tercungap-cungap untuk mempertahankan kuasa, akan lebih ditolak rakyat dengan isu seks, liwat dan biseksual yang berterusan dibangkitkan ini kerana dalam masa yang sama beliau gagal menyelesaikan pelbagai isu dalam negara dan memberi jaminan tentang kehidupan yang lebih baik untuk rakyat. Berbeza dengan Anwar dan Pakatan Rakyat, selain menjanjikan pengurusan ekonomi dan negara yang lebih baik, mereka juga menjanjikan penurunan harga minyak dalam tempoh 24 selepas menawan Putrajaya, kajian semula tarif letrik dan terbaru penghapusan hutang PTPTN pelajar serta jaminan memberi pendidikan percuma untuk rakyat. Tawaran-tawaran itu tentunya lebih menawan hati rakyat berbanding hidangan cerita seks, liwat, biseksual dan dakwaan Umi Hafilfa terhadap Anwar dan Azmin yang lebih merupakan masalah keluarga. Masalah keluarga sepatutnya diselesaikan dengan kaedah kekeluargaan dan tindakan Umi Hafilda menyeret masalah keluarganya ke dalam UMNO dan BN hanya akan menambahkan lagi beban Najib dalam pilihanraya ini. Jika benar bekas-bekas pemimpin PKR ini ingin membantu Najib dan mahu melihat UMNO dan BN terus berkuasa, mereka sepatutnya bukan menjaja cerita seks dan liwat terhadap Anwar yang dikitar semula tetapi mendedahkan bagaimanakah strategi dan rahsia PKR menghadapi beberapa piliharaya sebelum ini sehingga mampu memenangi beberapa kawasan pilihanraya. Mereka juga boleh menceritakan bagaimana untuk mendekati generasi muda kerana luka yang ditinggalkan Ezam kepada Pemuda UMNO khususnya ketika zaman kebangkitan reformasi masih segar dalam ingatan sebahagian besar ahli UMNO sendiri. Atau setidak-tidaknya memberi idea bagaimana untuk melawan janji penurunan harga minyak, letrik dan penghapusan hutang PTPTN yang dibawa oleh Anwar dan Pakatan Rakyat yang dilihat begitu berjaya menawan hati rakyat. Menjaja cerita seks dan mengulang skrip lama terhadap Anwar hanya mendedahkan tembelang ingin muncul hero di sisi Najib tetapi tiada idea segar yang boleh diterima rakyat. Di dalam UMNO sendiri kaedah yang digunakan oleh bekas pemimpin PKR ini tidak begitu disenangi kerana didapati gagal menarik sokongan rakyat. Ceramah yang mereka buat juga selama ini hanya dihadiri oleh AJK UMNO Bahagian, AJK UMNO cawangan-cawangan serta kelompok yang dekat dengan pimpinan UMNO saja. Tidak ada rakyat biasa yang mahu hadir dan mendengar ceramah Ezam dan rakan-rakannya dan ahli UMNO juga tidak bertambah hanya kerana ceramah mereka. Lebih dari itu, tidak ada ahli PKR atau Pas yang keluar parti dan menyertai UMNO disebabkan oleh Ezam, Nalla, Anuar Shaari dan Umi Hafilda. Mereka mungkin berjaya menjadi senator dan mengaut sedikit habuan ekonomi tetapi sumbangan terbesar ialah kejayaan membesarkan lagi kubur politik untuk Najib dalam PRU 13 ini. shahbudindotcom ikhwanhafiz KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan