Isnin, 2 April 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


‘Hasan Ali wajib serahkan video murtad kepada agensi agama’ kata Dr Rani

Posted: 02 Apr 2012 05:12 AM PDT


KUALA LUMPUR— Dr menegaskan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali "wajib" menyerahkan video bukti gejala murtad yang dimilikinya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjut termasuk menentukan kesasihan video itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insder, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru ini berkata video yang didedahkan Hasan dalam satu sidang media khas pagi tadi disiasat dengan terperinci dan tindakan perlu diambil sekiranya benar.

Pada sidang media pendedahan video murtad itu Hasan berkata pihaknya mempunyai tiga versi video berkenaan dan hari ini beliau hanya mendedahkan dua daripada tiga video tersebut dengan durasi 16 dan 42 minit yang menayangkan pengakuan sepasang suami isteri yang telah kembali kepada Islam selepas murtad.

"Wajib serahkan...memang patut kerana pihak berkuasa agama ada kuasa untuk siasatan dan mengambil tindakan, (Hasan) wajib bagi.

"Jais perlu lakukan sisatan terperinci kerana isu murtad ini perlu ditangani. Jais juga perlu kaji perkara ini agar tidak berulang," kata Dr Rani.

Pada sidang media pagi tadi, Hasan, Adun Gombak Setia berkata tidak menolak untuk menyerahkan video bukti gejala murtad itu kepada Jais sekiranya agensi agama itu memerlukannya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata agensi agama negeri termasuk Jais mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana gerakan yang terlibat dalam kegiatan Kristianisasi.

Beliau menambah pihaknya masih belum mendapat maklumat daripada Jais tentang video murtad yang didedahkan Hasan.

"Saya lihat gerakan ini ada, tidak dinafikan...tapi kita berhati-hati takut salah tuduh. Kalau nak tuduh orang memesongkan umat Islam perlu ada bukti yang cukup, yang penting masyarakat perlu tahu gerakan ini wujud.

"Kalau kita lihat sasaran gerakan ini adalah orang yang rapuh akidah dan yang mempunyai masalah kemiskinan. Kalau ada bukti tindakan perlu diambil kerana agensi agama ada peruntukan itu," katanya.

Menyedari pertikaian akan berlaku, Mashitah menegaskan semua pihak perlu memandang positif isu kegiatan Kristinasi menambah ia bukan isu perkauman tetapi agama.

"Memang ada pertikaian berlaku tapi ambil positif...ini bukan masalah perkauman tetapi agama, saya tidak lihat isu ini perlu dilihat dari sudut perkauman," katanya.

Beliau menambah video bukti milik Hasan perlu diserahkan kepada Jais dengan segera.

"Jais perlu siasat sama ada video itu benar atau tidak supaya kita tak salah. Siasat sejauh mana kebenaran video itu. Kemudian jumpa individu dalam video itu untuk tahu maklumat mereka," katanya.

Sementara itu, Jais ketika dihubungi berkata isu murtad bukan di bawah bidang kuasa agensi itu tetapi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

"Murtad di bawah Mais, Jais tiada kuasa penuh," kata pegawai Jais.

Saman fitnah Anwar terhadap tim menteri 27 Sept

Posted: 02 Apr 2012 05:05 AM PDT

MALAYSIA KINI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 27 dan 28 September untuk perbicaraan kes saman fitnah bernilai RM10 juta yang difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar hari ini.

Pada 22 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Hamzah, yang ketika itu timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh, bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk "Anwar Harassed My Wife".

Anwar mendakwa artikel itu memberi gambaran dan persepsi bahawa beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang, bermoral rendah, seorang lelaki yang tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.

Hamzah, dalam pembelaan beliau pada 13 November 2008 pula, berkata perkataan dalam artikel itu adalah wajar. Bernama

Pakatan: PSC gagal tangani baik-pulih sistem p'raya

Posted: 02 Apr 2012 05:03 AM PDT

Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya telah gagal untuk menangani baik pulih sistem pilihan raya yang amat diperlukan, kata ahli parlimen pembangkang yang menganggotai PSC.

azlanWakil Pakatan Rakyat mendakwa kebimbangan asas mengenai sistem
pilihan raya kekal masih tidak diselesaikan, yang paling penting ialah kekurangan langkah-langkah untuk membersihkan daftar pemilih.

Azmin Ali (PKR-Gombak), Anthony Loke (DAP-Rasah) dan Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) berkata mereka telah memfailkan usul di bawah Perintah Tetap 30 (1) menggesa supaya laporan PSC diagihkan kepada ahli parlimen dipinda.

'Video murtad' diperkecil, Hasan Ali tempelak Dr Rani

Posted: 02 Apr 2012 05:00 AM PDT

Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali hari ini menempelak Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman kerana memperkecil-kecilkan pendedahan video mengenai dakwaan kristianisasi ke atas orang Islam yang dijanjikannya hari ini.

Katanya, Abdul Rani perlu digugurkan daripada jawatan berkenaan, ekoran kenyataan ADUN Meru itu yang dilaporkan tidak menggalakkan ahli atau wakil parti itu untuk mengikuti pendedahan video berkenaan.

Dr Abdul Rani dilaporkan menyeru anggota PAS supaya menumpukan kepada perkara lebih besar isu pengundi hantu dan rasuah.

Mengulas kenyataan itu, Hasan menunjukkan rasa terkejutnya apabila Dr Abdul Rani membandingkan isu "orang masuk Kristian" seperti itu.

"Saya berharap Dr Abdul Rani balik kepada akal budi beliau, balik kepada akal murni, akal yang mencambah akidah Islamiah, akal yang menjadi pokok kepada PAS iaitu parti yang berpegang kepada akidah, syariah dan akhlak," kata Hasan.

"Inilah jenis pemimpin yang kamu (PAS) ada. Kamu patut tukar pemimpin jenis ini supaya PAS kembali ke landasan asal," katanya yang menambah, orang seperti Dr Abdul Rani itulah yang dimaksudkannya sebagai parasit dalam PAS.

Ditanya sama ada beliau akan menyerahkan rakaman video itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor, Hasan yang berkata beliau akan berunding dengan jabatan berkenaan sebelum berbuat demikian.

"Tidak mudah untuk diserahkan dan tidak sesukar untuk diterbitkan untuk tujuan itu (kepada) JAIS, MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) atau pihak Istana," katanya lagi dalam sidang media sebelum menayangkan video berkenaan di kediamannya hari ini.

Ditanya lanjut, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor berkata beliau tidak mempunyai bukti lain selain daripada video yang didedahkan hari ini.

Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit yang didedahkan itu antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.

Hasan yang juga bekas exco hal ehwal agama Selangor mendakwa, bukan mudah baginya untuk meyakinkan individu berkenaan untuk tampil memberi pengakuan.

Sehubungan itu, Hasan mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menyediakan peruntukan khusus kepada unit tertentu untuk mengadakan program untuk mencegah kegiatan memurtadkan orang Islam.

Beliau juga mencadangkan supaya menteri besar bekerjasama dengan NGO Islam seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), termasuk menggunakan kuasa sebagai exco agama untuk menggunakan masjid di peringkat negeri dan daerah bagi tujuan pencegahan gejala itu.

'Dikasari dan gangguan seksual di balai polis'

Posted: 02 Apr 2012 04:32 AM PDT

Seorang ahli perniagaan yang merupakan ibu kepada empat orang anak, membuat laporan polis mendakwa dia dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat di balai polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac.

NONEBercakap dalam bahasa Mandarin, wanita tersebut Lim Hui Hui berkata, anggota polis wanita yang bertugas di balai Sri Petaling memintanya kencing ke dalam botol untuk ujian air kencing, tetapi tangannya digari ke belakang.

"Apabila saya tanya bagaimana saya boleh buka seluar untuk melakukannya, dia memicit payudara saya dan berkata mesti buat."

Lim juga menunjukkan gambar-gambar tanda bengkak yang dialaminya di bahagian bahu kanan, pinggul, paha, kiri betis dan luka di pergelangan tangannya semasa digari.

Dalam sidang akhbar yang dihadiri oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok dan peguam wanita itu Eric Tan Pok Shyong pagi ini, Lim berkata dia telah membuat laporan polis Khamis lalu (29 Mac).

Katanya,dia sedang memandu ke cawangan Maybank di Kuchai Park, Kuala Lumpur, pada awal pagi 24 Mac untuk menyimpan wang tunai apabila dia ternampak sebuah kereta di belakangnya, memancarkan lampu ke arahnya.

NONEKerana bimbangkan keselamatan dirinya, Lim memandu pulang ke apartmennya di Kondo Taman Dinasti di Seputeh.

Pada masa tu,dia ternampak pancaran lampu biru kereta di belakang kereta yang mengejarnya.

Selepas pasti yang ia adalah polis, Lim berhenti dan membenarkan anggota polis, yang mahu memeriksa kereta itu, untuk berbuat demikian.

Dan atas permintaan polis, kata Lim, dia mengikuti mereka ke balai Petaling di Jalan Klang Lama.

PAS dakwa deposit poster belum dikembalikan

Posted: 02 Apr 2012 04:21 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

"Apakah agenda di sebalik kemelut ini?" kata Jofri dalam blog PAS Miri.



MIRI: PAS Sarawak mendakwa Suruhanjaya Plihanraya (SPR) belum mengembalikan wang cagaran poster calon yang bertanding dalam pilihan raya negeri lalu.

SPR menetapkan wang cagaran sebanyak RM3, 000 untuk bagi setiap calon yang bertanding.

Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee berkata, pegawai di Pejabat Daerah apabila ditanya memberi perbagai alasan apabila ditanya mengenai wang cagaran tersebut.

Katanya, menurut maklumat yang diterima dari Jabatan Akauntan Negara Sarawak, akaun SPR di Jabatan Akauntan Negara kosong.

"Sebab itulah mereka tidak dapat membayar balik wang cagaran tersebut kepada calon yang bertanding sehingga ke hari ini.

"Kita ingin bertanya kepada SPR Sarawak, apa sebenarnya terjadi dengan SPR di Sarawak sehingga sukar sekali mengembalikan wang cagaran poster calon pembangkang?

"Apakah agenda di sebalik kemelut ini?" kata Jofri dalam blog PAS Miri.

Adakah kerajaan kehabisan wang?

Kata , Jofri, adakah kerajaan sudah kehabisan wang simpanan tunai atau wang cagaran untuk calon digunakan untuk tujuan lain.

Beliau berkata, jika rakyat lambat membayar, akan didenda tetapi kalau pihak berkuasa yang lambat membayar kepada rakyat, tiada pula sebarang tindakan boleh diambil.

Katanya, di manakah keadilan dalam pengurusan pihak berkuasa.

"PRU13 akan berlaku pada bila-bila masa, maka wang tersebut sepatutnya dikembalikan dengan segera bukan disimpan untuk tujuan lain," tambahnya.

Jofri mendesak SPR Sarawak segera menjelaskan wang cagaran untuk poster calon yang masih tertangguh dan jangan dibiarkan sehingga PRU13 diadakan.

PAS mungkin letak calon Iban dalam PRU 13

Posted: 02 Apr 2012 04:20 AM PDT

Difahamkan calon Iban itu ialah profesional yang bekerja di Kuala Lumpur.


Oleh Rudy Rukimin Rambli


MIRI: PAS bakal mencipta sejarah tersendiri sejak penubuhannya 62 tahun lepas dengan meletakkan calon Iban untuk bertanding di kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid mengesahkan yang pihaknya telah menyenarai pendek calon berpotensi dan seorang daripadanya ialah calon Iban yang dicadangkan bertanding di kerusi Parlimen Sibuti yang penduduknya majoriti Bumiputera.

Difahamkan calon Iban itu ialah profesional yang bekerja di Kuala Lumpur.

"Keputusan parti untuk meletakkan calon Iban dibuat berdasarkan trend pengundi pada pilihan raya negeri tahun lepas, kami dapati kami mendapat sokongan pengundi Iban," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, sebagai contoh apabila PAS bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Beting Maro tahun lepas, banyak pengundi Iban di situ mengundi calon PAS.

Tanding 6 atau 7 kerusi

Beliau berkata dengan meletakkan calon Iban, ini akan menunjukkan parti itu adalah untuk semua kaum dan membuka laluan kepada PAS untuk memasuki pentas politik Sarawak.

"Bagi pilihan raya umum akan datang, PAS Sarawak merancang untuk bertanding sama ada di enam atau tujuh kerusi Parlimen di Sarawak," katanya.

Pada pilihan raya negeri tahun lepas, PAS bertanding di lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi kalah semuanya kepada calon BN.

Pada pilihan raya umum 2008, PAS mencipta sejarah tersendiri apabila meletakkan calon India Kumutha Raman bertanding di kerusi Parlimen Ulu Tiram.

Kumutha menjadi wanita bukan Muslim yang pertama diletakkan sebagai calon sejak PAS ditubuhkan pada 1951.Bernama

Bimbang ‘orang tua’ terus bertanding

Posted: 02 Apr 2012 04:18 AM PDT

AJK Umno Pengerang, Abdul Kader Basok berkata, jika BN masih meletakkan calon yang sudah dua atau tiga kali bertanding, orang muda akan tolak.



JOHOR BARU: Pemimpin akar umbi Umno di negeri Johor menyuarakan kebimbangan jika BN meletakkan 'orang tua' bertanding dalam pilihan raya umum ke 13.

Mereka bimbang orang tua' itu ditolak oleh pengundi muda terutama yang berpendidikan tingi.

AJK Umno Pengerang, Abdul Kader Basok berkata, jika BN masih meletakkan calon yang sudah dua atau tiga kali bertanding, orang muda akan tolak.

"Kalau yang duduk di tempat lain, balik seminggu sekali, orang muda pun akan tolak juga. Mereka hendak pemimpin yang serius dan muda," katanya.

Abdul Kader menambah, jika BN masih meletakkan calon yang beberapa kali menang, pengundi muda akan menolak BN.

Kaedah terbaru

Katanya, rata-rata pengundi muda tidak berminat dengan calon lama.

Rosli Ahmad dari Umno Tebrau berkata, apa yang berlaku di Johor ialah pengundi muda masih berbelah bahagi dengan BN.

Katanya, ia berlaku kerana program Umno untuk orang muda sama sahaja seperti 10 tahun lalu.

"Umno perlu memikirkan kaedah terbaru untuk menarik sokongan pengundi muda, bukan hanya dengan cara lama yang ketinggalan zaman.

"Jika masih menggunakan kaedah lama, pengundi muda ini akan lari ke pembangkang," tambahnya.

Dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan Rakyat menang enam kerusi dan satu kerusi Parlimen iaitu Bakri oleh DAP.

Razali mahu ketuai jentera BN jika Salahuddin bertanding

Posted: 02 Apr 2012 04:17 AM PDT

"Kalau dia nak bertanding di Muar saya alu-alukan. Tapi tidak logik sebab Parlimen Muar untuk pembangkang adalah kerusi PKR," katanya dalam sidang media di sini hari ini.



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim berkata pihaknya tidak gentar sekiranya Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mahu menjadi pencabarnya bertanding dikerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Malah beliau yang juga naib ketua Pemuda Umno bersedia menawarkan dirinya mengetuai jentera BN mempertahankan Parlimen Muar daripada dirampas Pakatan Rakyat.

"Perkara asasnya kenapa dia tidak mempertahankan kerusi di Kelantan?

"Kalau dia nak bertanding di Muar saya alu-alukan. Tapi tidak logik sebab Parlimen Muar untuk pembangkang adalah kerusi PKR," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ini berikutan keputusan Pakatan Rakyat yang mahu Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bertanding di Johor Baru dan menjadi calon Menteri Besar.

Rakyat buat pertimbangan


Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata Salahuddin bebas untuk bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) asalkan mahu berkhidmat untuk rakyat, bukan hanya mendapatkan kuasa.

Katanya, apa yang dilihat pengumuman Salahuddin untuk bertanding di Johor itu hanyalah untuk meluaskan kuasa pembangkang untuk menawan negeri itu daripada BN daripada menjaga kebajikan rakyat.

"Ini lebih kepada kuasa. Pegumuman yang dibuat oleh mereka semua mengenai kuasa sama ada untuk mengekalkan kuasa atau merampas kuasa daripada rakyat.

"Namun saya tidak boleh menguasai rakyat, mereka buatlah pertimbangan. Tapi kalau Salahuddin untuk datang ke Muar, apa pilihan yang saya boleh buat.

Jumaat lalu,Salahuddin telah mengesahkan akan kembali ke Johor, menyertai rancangan Pakatan Johor untuk mengambil alih negeri berkenaan dalam PRU13.

Lai Kwan: Kok Leong bukan ayam, dia manusia...

Posted: 02 Apr 2012 04:06 AM PDT

MerdekaReview


Pemergian Cheah Kok Leong pada malam 29 Mac 2012 mencungkil semula ingatan masyarakat Malaysia terhadap peristiwa silam yang berlaku di Bukit Merah pada tahun 1982. Sekali lagi kita diuji sama ada mengambil iktibar dari sejarah, sebelum kita memberi kata dua kepada Lynas yang bakal memulakan operasi kilang pemprosesan nadir buminya di Kuantan.

Kok Leong dilahirkan pada tahun 1983, dengan badannya yang kurus dan kecil, malah perlu tinggal di hospital untuk 20 hari sebelum dibenarkan keluar. Untuk 29 tahun ini, ibunya, Lai Kwan, 70, membesarkannya dalam keadaan yang serba kurang. Selama ini, mereka hanya menerima dana bantuan sebanyak RM150 setiap bulan daripada Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC).

Satu wawancara telah dijalankan MerdekaReview bersama Lai Kwan pada Mei 2011, ketika wartawan menjejak langkah ke Bukit Merah. Teks ini telah disiarkan dalam edisi bahasa Cina pada 12 Mei 2011, kini diterjemah dan disunting untuk tatapan pembaca, sebagai penghargaan terhadap pengorbanan seorang ibu bernama Lai Kwan.

Sakit sejak zaman kanak-kanak

Ketika Kok Leong dilahirkan, degupan jantungnya pantas, disyaki terdapat lubang pada jantungnya. Selepas diimbas sinaran x-ray, doktor mendapati jantungnya tidak berlubang, tetapi terdapat sebatang tulang yang menonjol di sebelah jantungnya pada bahagian dada.

Sejak kecil Kok Leong (gambar kiri) gagal bertutur, dan gagal mengendalikan perkumuhan dirinya. Matanya dijangkiti katarak. Setelah menjalani pembedahan, Kok Leong menggosok matanya kerana gatal. Akhirnya mata kanan Kok Leong menjadi buta. Penglihatan mata kirinya lemah, hanya peka kepada warna merah dan cahaya.

Lai Kwan ialah pekerja pembinaan di tepi kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun 1982. Lai Kwan mengandung Kok Leong ketika itu, dan melahirkan Kok Leong pada tahun 1983. Menurut Lai Kwan, Kok Leong akan jatuh sakit untuk dua tiga hari dalam seminggu, malah akan sesak nafas ketika jatuh sakit. Pada waktu itu, Lai Kwan perlu memeluknya untuk semalaman.

Lai Kwan mendapati kelainan pada anaknya ketika Kok Leong berusia dua, tiga tahun. Tubuhnya lemah, bagai menghidap penyakit osteomalacia (tulang lembut), dengan badannya yang senget. Kok Leong hanya mampu berjalan ketika berusia empat atau lima tahun. Ramai orang yang menganggap anak ini gagal diperbesarkan. Masing-masing memujuk Lai Kwan untuk berpatah hati.

Tetapi, "Ini manusia, bukan ayam. Macam mana boleh bertindak zalim, untuk membuangkannya begitu sahaja?" persoal Lai Kwan, yang tidak sampai hati untuk membuangkan Kok Leong.

Lai Kwan menahan sebak, "Sebagai ibu bapa orang, melihat anak diri menjadi sebegitu. Kamu tidak terasa sakitnya jika jarum yang menusuk bukan pada daging kamu. Bila ditusuk jarum, maka terasalah sakitnya. Bagaimana boleh berlaku zalim sebegitu? Buangkannya dengan begitu saja? Saya kata, saya tetap akan membesarkannya walaupun terpaksa mengemis, sehingga saya tidak terdaya..."

Lai Kwan berhenti seketika, sebelum meneruskan, "Betapa susahnya untuk membesarkannya ketika itu. Tak boleh kerja. Tak mampu nak cari makan..."

Lai Kwan mempunyai lapan orang anak. Beliau tetap mahu membesarkan Kok Leong, meskipun merana kepapaan. Ada kalanya, Lai Kwan perlu menunggang basikal ke kilang bihun yang jauh dari rumahnya untuk membeli sisa bihun untuk dimasak.

"Saya meminjam 10 ringgit dengan dia orang. Dia orang tak bagi pinjam. Dia orang tanya, bila kau nak pulangkan (wang itu)? Air mata saya terus menitis. Saya kata, tak apa, tak apa."

Selama ini Lai Kwan (gambar kiri) berhempas-pulas, berulang-alik dari sini ke sana untuk mencari ubat bagi merawat anaknya. Kok Leong yang sudah dewasa semakin bertenaga. Dia akan mencederakan diri seandainya ibunya tidak menurut hasratnya.

Ditanya jika diberi peluang untuk memilih, apakah Lai Kwan masih mahu bekerja di kilang pemprosesan nadir bumi, "Seorang saja (Kok Leong) sudah cukup pilu buat saya. Mustahil untuk saya kembali bekerja di sana," jawabnya.

Menolak sogokan Asian Rare Earth

Lai Kwan memberitahu MerdekaReview, pihak kilang Asian Rare Earth pernah menawarkan sejumlah wang kepada dirinya, agar beliau tidak lagi membawa Kok Leong ke mahkamah sepanjang perbicaraan, dalam kes saman penduduk Bukit Merah terhadap kilang Asian Rare Earth. Lai Kwan menolak sogokan tersebut, "Saya tidak mahu wang kamu (Asian Rare Earth). Kalau saya terima wang kamu, tapi kilang kamu terus beroperasi, dan budak lain yang lahir pun macam Kok Leong, untuk apa saya ambil wang anda?"

"Satu (mangsa) pun sudah cukup menyedihkan. Entahlah berapa air mata yang menitis... Bagi mereka teruskan kilangnya? Saya kata tidak," tegas Lai Kwan.

Sepanjang 29 tahun ini, Lai Kwan tidak menerima sebarang pampasan dari pihak Asian Rare Earth. Beliau hanya menyara hidupnya dengan bantuan dana RM150 setiap bulan daripada Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC). Lai Kwan memberitahu MerdekaReview, igauan itu terus menghantuinya sepanjang 28 tahun ini. Beliau tetap mengalirkan air matanya sebelum tidur. Malah, apa yang paling merunsingkannya adalah masalah penjagaan Kok Leong selepas dirinya meninggal dunia.

Akhirnya Kok Leong yang meninggal terlebih dahulu, pada 29 Mac 2012. Lai Kwan kelihatan tenang untuk menerima hakikat ini, ketika MerdekaReview mengunjunginya pada 30 Mac 2012. Ia mungkin satu pembebasan dari kesengsaraan, yang selama ini dialami Kok Leong dan keluarganya. Persoalannya, apakah Malaysia bakal membebaskan diri dari ancaman sisa radioaktif nadir bumi untuk selama-lamanya?

Baca: Bukit Merah: Anak Lai Kwan meninggal dunia

Baca: 80 ribu tong sisa thorium belum ditanam

Baca: Sisa radioaktif masih bertaburan di Bukit Merah

*Wawancara di atas dijalankan dalam bahasa kantonis, ditulis oleh Chan Wei See dalam bahasa Cina dan disiarkan di MerdekaReview, edisi bahasa Cina pada 12 Mei 2011. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

Umno akui tiada calon MB layak gantikan Khalid Ibrahim

Posted: 02 Apr 2012 04:03 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Umno mengakui tiada calon dari Barisan Nasional (BN) layak untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada Pakatan Rakyat.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir toyo berkata Umno setakat ini tidak mampu menghasilkan calon yang berkebolehan mencabar Menteri Besar sedia ada.

"Terlalu sukar bagi Selangor, saya tidak dapat memberi jawapannya (calon Menteri Besar).

"Mungkin mereka (pemimpin Umno) takut untuk mendedahkan diri mereka di khalayak ramai jadi orang tidak boleh melihat mereka … tidak ada peluang yang diberikan (untuk sesiapa sahaja) untuk menerajui Selangor," kata Khir dipetik The Malaysian Insider.

Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Rantau Panjang sejak kebelakangan ini kerap mengkritik pimpinan Umno-BN di Selangor.

Sebelum ini Khir meramalkan, Barisan Nasional bakal kehilangan Selangor sekali lagi kerana Umno terlalu dominan di negeri itu. Hal itu membuatkan undi bukan Melayu akan beralih ke Pakatan Rakyat.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini melahirkan rasa gembira dengan kejayaan negeri itu yang ditadbir Pakatan Rakyar (PR) memacu ekonominya menjadi penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan anggaran 22 peratus.

Baginda turt berbangga dengan kejayaan Selangor mencatat pelaburan pada 2011 sebanyak RM8.74 bilion dengan 263 projek berjaya dimajukan sekaligus membuka peluang pekerjaan baru kepada lebih RM15,000 rakyat Selangor di pelbagai sektor pekerjaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga mengiktiraf Khalid sebagai Menteri Besar terbaik menerajui kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"(Tan Sri) Khalid (Ibrahim) adalah menteri besar dan ketua menteri yang paling smart di negara ini dan dia lebih kuat berbanding dengan apa yang kita lihat sebenarnya.

"Ini sangat jelas kelihatan dalam sebarang mesyuarat dan saya fikir Selangor lebih kuat dari apa yang kita dilihat," kata Guan Eng.

Najib tutup jenayah, lindungi peranan kongsi gelap dalam polis?

Posted: 02 Apr 2012 03:57 AM PDT


Oleh: Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Datuk Seri Najib Razak akan dilihat cuba melindungi kes jenayah yang dikaitkan dengannya jika tiada siasatan dilakukan terhadap penglibatan kongsi gelap dalam institusi polis.

Beliau mengulas laporan bahawa ketua penjenayah mempengaruhi kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis, ketika pasukan itu berada di bawah penguasaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Datuk Seri Najib tidak mengambil langkah positif untuk mengadakan sebuah tribunal bagi menyiasat kes ini.

"Apakah dia berbuat demikian supaya kesalahan jenayahnya juga ditutup oleh pihak polis? Itu persepsi yang akan dibina jika tiada siasatan dilakukan terhadap puluhan jenayah salahguna kuasa dalam pasukan polis," tegas Shamsul.

Dakwaan terbaru itu mengaitkan Musa dengan tokoh jenayah, BK Tan – yang mempunyai kaitan dengan ketua kongsi gelap Johor, Tengku Goh.

Malaysiakini baru-baru ini melaporkan, Musa meminta nasihat daripada Tan, bahkan Tan juga pernah mengunjungi rumahnya di Petaling Jaya bagi menasihatinya mengenai pelantikan dan pertukaran pegawai PDRM.

Suara Keadilan difahamkan, sumber tersebut sangat kuat dan boleh dipercayai.

Kata Shamsul, tuduhan jenayah membabitkan Musa bukan baru kerana sebelum ini ia turut didedahkan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff.

"Mereka adalah tokoh dalam polis yang mendedahkan kepada rakyat terdapat penyalahgunaan kuasa, termasuk usaha bersekongkol dengan penjenayah dalam mengatur kepimpinan polis di peringkat tertinggi.

"Ia jadi lebih parah apabila pendedahan ini dilakukan oleh pegawai kanan polis, termasuk pegawai khas Musa sendiri," kata Shamsul.

Tambahnya, ia bukti bahawa kerajaan perlu membuka semula siasatan dan cadangan untuk mewujudkan satu tribunal bagi menyiasat salahgunakuasa dalam institusi polis.

"Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar perlu membuat pendirian rasmi kerana dakwaan berkenaan menjejaskan imej PDRM dan membantutkan usaha mengurangkan jenayah yang semakin berleluasa.

"Pegawai kanan polis sekarang perlu membuat satu pendirian yang jelas supaya satu siasatan menyeluruh boleh dilakukan terhadap Musa," tegasnya.

PRU 13: Mission Possible

Posted: 02 Apr 2012 03:52 AM PDT

Oleh: MSK

Pada tahun 1997, dunia dilanda kemelesatan ekonomi dan diantara negara yang teruk ialah Indonesia. Rakyat Indonesia marah diatas keborosan dan pemerintahan kukubesi Suharto.

Suharto cuba mengelak kemarahan rakyat ini dengan mencipta beberapa kekacauan kaum. Contohnya diantara Dayak dan Madura di Kalimantan. Pembunuhan penduduk kaum Cina dan serangan terhadap gereja Kristian. Selelpas itu, Suharto membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya Presiden pada tahun 1998 dengan menghidangkan kepada rakyat Indonesia dua pilihan. Sama ada terus memilihnya untuk kestabilan politik atau terus berhadapan dengan pelbagai kekacauan.

Dalam pemilihan tersebut, Suharto menang besar kerana sistem pilihanrayanya begitu korup. Akhirnya, rakyat Indonesia bangkit untuk menentang Suharto .

Pembangkang Indonesia gagal menumbangkan Suharto melalui pilihanraya tetapi Suharto tumbang kerana gerakan rakyat Indonesia.

Pada November 2004, Ukraine mengadakan pilihanraya Presiden. Dua calon utama ialah Viktor Yanukovych dan Viktor Yuschenko. Viktor Yanukovych memenangi pilihanraya tersebut tetapi rakyat Ukraine tidak berpuashati dengan perjalanan pilihanraya yang dikatakan penuh dengan penipuan. Akhirnya, rakyat Ukraine keluar kejalanraya dan mendesak diadakan pilihanraya sekali lagi.

Revolusi Oren Ukraine tercipta apabila rakyat Ukraine tidak berpuashati dengan penipuan dan penyelewengan yang berlaku semasa pilihanraya. Akhirnya, pada December 2004, Mahkamah Agung Ukraine memutuskan pilihanraya diadakan sekali lagi.

Dalam pilihanraya yang diadakan buat kali kedua dan dipantau oleh pemerhati antarabangsa, Viktor Yuschenko memenangi pilihanraya tersebut.

Pembangkang Ukraine tidak dapat mengalahkan Viktor Yanukovich dalam pilihanraya. Yang berjaya mengalahkan Viktor Yanukovich ialah rakyat Ukraine yang turun kejalanraya.

Perkara yang sama juga berlaku di Tunisia, Algeria, Lebanon, Jordan, Sudan, Oman, Yaman dan Mesir. Pemerintah tidak akan dapat ditumbangkan melalui pilihanraya..tetapi jalanraya.

Semua kejatuhan kerajaan-kerajaan zalim dan penipu jatuh dengan cara yang sama. Tapi mengapa Indonesia tidak belajar dari kejatuhan Marcos? Mengapa Ukraine tidak belajar dari Indonesia? Menagap Tunisia tidak belajar dari Ukraine? Dan mengapa Mesir tidak belajar dari Tunisia?

Sebab semua pemerintah merasakan mereka akan dapat terus menipu kerana menyangkakan rakyat semua bodoh dan bangang dan tidak akan bangkit melawan.

Malaysia pun akan jadi macam itu. Umno dan Barisan Nasional akan terus menggunakan SPR untuk menipu kerana merasakan rakyat Malaysia tidak akan bangkit melawan. Umno dan Barisan Nasional akan terus menggunakan SPR untuk melakukan penyelewengan kerana merasakan rakyat Malaysia majoritinya bodoh dan bangang.

Bukan Umno dan penyokongnya saja yang berfikir macam tu. Ramai penyokong pembangkang juga berfikir revolusi tidak akan berlaku di Malaysia. Rakyat Malaysia tak miskin. Rakyat Malaysia tak ada sebab untuk turun kejalanraya. Rakyat Malaysia tak ada asas untuk memberontak.

Itu sebabnya mengapa masing-masing menunggu tarikh pilihanraya sebab masing-masing mahu menjadi YB..menjadi Menteri..malah ada yang sudah berangan nak jadi Perdana Menteri.

Rakyat Ukraine yang memberontak bukan pasai depa nak jadi ADUN. Rakyat Indonesia dan Mesir yang memberontak bukan pasai depa nak jadi pemerintah.

Rakyat dinegara-negara ini bangkit kerana mahukan perubahan… bukan setakat menukar kerajaan.

Bila Suharto jatuh..naik B.J Habibie. Habibie tak boleh tahan…turun. Naik Gus Dur…Gus Dur juga lebih kurang juga dan tak sampai dua tahun, Gus Dur pula digantikan dengan Megawati. Megawati juga tak boleh tahan dan di gantikan dengan SBY. Hanya SBY yang dapat bertahan lama manakala tiga pemimpin sebelumnya hanya dapat merasa nikmat memerintah hanya sekejap saja.

Viktor Yuschenko juga naik selepas Viktor Yanukovych dihumban melalui Revolusi Oren. Tapi Viktor Yuschenko juga akhirnya dihumban oleh rakyat Ukraine dan memilih kembali Viktor Yanukovych dalam pilihanraya 2010.

Rakyat Mesir yang menggulingkan Hosni Mubarak bukan kerana mereka mahu mengambil alih kuasa..tetapi mahukan pemerintah baru melakukan perubahan kepada sistem. Kalau serupa saja dengan pemerintah lama..maka pemerintah baru juga akan dijatuhkan.

Daim Zainudin dah kata bahawa BN akan hanya selamat di tiga buah negeri. Najib dah mula bercakap tentang "hung parliament." Orang umno sendiri sudah tak yakin kemampuan mereka untuk bertahan.

Kalau mengikut mood rakyat, memang Umno dan BN akan tumbang. Tapi apakah Umno dan BN akan menyerah begitu saja? Najib dah kata, Umno akan mempertahankan Putrajaya hingga ketitisan darah yang terakhir.

Aku tak percaya cakap Najib sebab dalam sejarah pemerintah yang digulingkan, semua pemimpin tinggi akan lari keluar negara bila kalah. Saddam Hussein pun menyorok. Tapi sebelum kalah, mereka akan melakukan apa saja untuk terus berkuasa.Dan kalau mengikut apa yang berlaku sekarang..SPR sedang memperkemaskan operasinya untuk memastikan BN akan terus menang.

Semalam aku kata aku tak harap AJK Cabang untuk memantau SPR. Habih sapa?

Semasa pelancaran Jom 100 oleh BERSIH di Ipoh baru-baru ini, Ambiga mensasarkan 100% pengundi keluar mengundi. Aku cakap kat Ambiga, aku tak akan terkejut kalau sasaranya tercapai. Malah aku menjangkakan bahawa dikebanyakan tempat, jumlah pengundi yang akan keluar mengundi mungkin lebih dari 100%.

Dalam pilihanraya ini juga nanti, jumlah warga Bangla dan Indon yang keluar mengundi mungkin lebih dari pengundi Melayu di luar bandar.

Dalam pilihanraya ini juga nanti, jumlah pengundi pos akan meningkat entah berapa puluh peratus. Semalam saja, Dr. Hatta Ramli mendedahkan petugas SPR yang akan mengundi secara pos berjumlah 240,000 orang. Bahagi dengan 222 kawasan Parlimen..ada 1086 pengundi pos SPR. Itu belum masuk undi pos tentera, polis, rela dan wataniah.

Apabila Najib mengumumkan pembubaran Parlimen, SPR akan mengeluarkan satu Daftar Pemilih Induk untuk digunakan semasa pilihanraya. Daftar Pemilih ini akan dikeluarkan beberapa hari sebelum Penamaan Calon dan hanya beberapa hari sebelum hari mengundi.

Siapakah yang akan meneliti kesahihan hampir 14 juta pengundi-pengundi ini? Berapa orangkah petugas yang diperlukan untuk meneliti Daftar Pemilih ini? Siapakah orang-orang itu?

Bila diumumkan pilihanraya, yang nak jadi calon akan berebut jadi calon. Yang tak dapat jadi calon akan merajuk..silap-silap tutup bilik gerakan. Yang dapat jadi calon terpaksa mula berkempen. Petugas akan sibuk mengadakan ceramah, merayu undi, mengedar risalah, gantung bendera dan poster.

Sapa nak meneliti Daftar Pemilih? Siapa yang nak mencari bukti bahawa Daftar Pemilih penuh dengan penipuan?

Kalau nak tunggu lepas pilihanraya…dan nak komplen bila dah kalah…tak main la.

Rakyat perlu diberitahu tentang penipuan dan penyelewengan sebelum pengundian dijalankan ataupun sebelum keputusan diumumkan.

Cukup dengan menyalahkan orang lain. Esok kita kena bincang…Apakah kemungkinan yang akan berlaku dalam PRU 13 nanti dan apa yang kita sendiri boleh buat?

Perlukah Orang Melayu Sertai DAP?

Posted: 02 Apr 2012 03:39 AM PDT

MSO


Apabila Pas menubuhkan Dewan Himpunan yang disertai oleh bukan Melayu, orang Melayu khasnya dalam Pas merasa bangga. Penyertaan bukan Melayu itu menaikkan 'jiga' Pas. Orang Pas merasakan parti mereka mendapat sokongan bukan Melayu dan itu satu perubahan dan kemajuan.

Hebatlah Pas sebagai sebuah parti politik yang mempunyai roh Islam tetapi disokong oleh bukan Islam. Matlamat dakwah berjaya diimplimenkan.

Ada sebab jelas kenapa mereka - bukan Islam dan Melayu sokong Pas. Dalam hal ini soal kemanusiaan; kejujuran, keadilan dan kesaksamaan yang diamalkan Pas menjadi daya tarikan. Bukan Islam seronok dan merasa senang dengan pendekatan dipraktikan Pas berhubung dengan humanis.

Memanglah sesiapa atau apa-apa organisasi yang berdiri atas prinisp agama tidak kira agama di langit atau dibumi ia bertujuan baik. Membawa manusia ke jalan kebaikan fitrah yang diidamkan semua.

Soal apakah agam itu dapat mengembalikan manusia kepada hakikat kejadiannya kepada pencipta-Nya, Rabul Jalil itu soal lain. Namun prinsip atau fiil yang dikehendak naluri manusia sudah tercapai. Manakala bagi pihak Pas pula ia berjaya mencapai matlamatnya mendekatkan mereka yang sebelum ini dilihat jauh dan tidak terpancar dengan nur hidayah agama (parti) mereka kini berjaya mendekatkan bukan Melayu Islam ke pangkuan mereka. Ini sesuatu yang membanggakan.

Kerana Pas membawa prinsip dan matlamat itu maka wajar kalau bukan Melayu dan Islam menyertai Pas. Apa lagi Pas berjaya menunjukkan akan keadilan sejagat itu. Di Kelantan selama 22 tahun Tok Guru membawa acuan itu. Keperibadian, aklhlak yang ditunjukkan olehnya sebagai pemimpin telah memancing hati mereka.

Keberanian Nik Aziz memecah mental blok yang menjadi penghalang untuk bukan Islam bersama Pas kini adalah satu kejayaan besar. Beberapa perkara yang menjadi kepercayaan bukan Islam di Kelantan sejak Nik Aziz memimpin negeri itu. Prinsip Nik Aziz dalam perjuangannya menegakkan agama tanpa meletakkan soal bangsa di hadapan adalah satu sebab.

Dasar atau prinsip Nik Aziz itu adalah dasar sejagat yang tidak memisahkan manusia dengan warna kulit. Kejayaan Nik Aziz menyatukan manusia atas dasar agama ini, inilah menjadi daya tarikan bukan Islam. Nik Aziz telah menjadikan Islam sebagai wadah unity.

Tidak melampau kalau dikatakan sinar Islam di zaman mutakhir nini terpancar dari Timur di tangan Nik Aziz. Ini adalah persamaan pula dengan sebuah hadith daif (politik) mengatakan Islam di akhir zaman akan bangkit dari Timur. Hadis ini mungkin memberi gambaran Barat (negara-negara) Barat akan menyesatkan ummah.

Kelantan dari sudut geografi Malaysia berada di Timur. Justeru ada kebenarannya hadith berkenaan dibiyanahkan oleh Nik Aziz.

Tetapi apakah pula musibahnya apabila orang Melayu yang 99% beragama Islam memilih DAP. Apakah mereka dapat merasaikan bahawa DAP memenuhui kehendak naluri manusia mereka dan bertepatan dengan ajaran yang dituntut? Mungkin mereka Melayu memilih DAP kerana terpesona dengan integriti parti berkenaan dan juga kehambaan para pemimpinnya. Pendekatan atau falsafah Islam digunakan oleh Lim Guan Eng dalam mengurus Pulau Pinang mungkin menjadi daya tarikan.

Tetapi yang saya tidak faham, apakah akhlak Guan Eng atau DAP itu sejajar dengan ajaran agama (Islam)? Kita perlu mengetahui perbuatan yang baik itu akan terbatal kalau tanpa niat. Dalam Islam aktiviti kehidupannya tidak berakhir di dunia sahaja, ia ada satu lagi alam. Alam akhirat yang akan menilai dan menghitung segala perbuatan kita di dunia ini.

Apakah DAP ada memberi tarbiah dan jawaban-jawaban untuk dijawab di akhirat? Rasanya tidak. Orang DAP (bukan Islam) pun makan tanpa Bismililah.

Bagaimana sekiranya mereka Melayu yang menyertai DAP hanya semata-mata teruja kepada politik dan bukan mencecah kepada hakikat kehidupan tidak mengapa. Tetapi bukankah perbuatan itu sia-sia kerana DAP hanya menunjukan dunia sahaja?

Saya timbulkan ini kerana akhir-akhir ini ada kecenderongan orang Melayu menyertai DAP. Apakah tujuan mereka berbuat begitu. Apakah untuk mengimbangkan kuasa politik dalam DAP? Kalau itulah tujuannya saya rasa ia tidak memberi hasil dan natijah yang baik. Orang tidak boleh mengharapkan apa yang menjadi idaman mereka untuk bangsa dan agama menerusi DAP.

Tetapi kalau penyertaan itu untuk memberi sedikit kosmetik kepada DAP agar ia tidak dilihat keCinaan dalam usaha untuk menumbangkan UBN mungkin tidak menjadi masalah. Kalau begitu penyertaan Melayu itu satu maslahat. Mungkin dalam politik demokrasi yang menerima konsep Machiavelli boleh dimaafkan.

Bagaimana pun adalah lebih baik kalau Melayu yang tidak berparti atau yang kecewa dengan Umno memilih Pas atau PKR. Setidak-tidaknya perjuangan Pas khususnya mendekatkan mereka dengan apa yang seharusnya mereka miliki sebagai hamba Allah yang beragama Islam

Pinjaman Yayasan Terengganu Akan Dilupuskan

Posted: 02 Apr 2012 03:34 AM PDT

Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu berikrar akan melupuskan hutang pinjaman pelajaran yang diberikan oleh Yayasan Terengganu kepada pelajar dan mahasiswa anak negeri Terengganu sekiranya diberi mandat memerintah negeri Terengganu dan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Menurut Pesuruhjayanya Haji Mohd Abdul Wahid Endut, ia akan menjadi manifesto Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) selaras dengan janji Pakatan rakyat yang akan memberikan royalti minyak sebanyak 20% sekiranya menang PRU akan datang

"kita InsyaAllah akan memasukkan janji melupuskan pinjaman Yayasan Terengganu selaras dengan keputusan Pakatan Rakyat yang berhasrat menghapuskan PTPTN,

"jika kita diberi mandat dengan rakyat memilih PAS di Terengganu dan Pakatan Rakyat menang Putrajaya, wang hasil royalti akan bertambah kepada 20% dan dipulangkan kembali kepada rakyat,"ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai respons, mengulas tindakan Gerakan Mahasiswa Pantau Timur (Gempur) yang menghantar memorandum mendesak Yayasan Terengganu mengembalikan semula pinjaman yang telah ditamatkan kepada sembilan mahasiswa Terengganu di Mesir.

Menurutnya, perkara tersebut telah beliau maklumkan kepada seluruh petugas dan jentera PAS setiap peringkat, ketika lawatan beliau turun bertemu dengan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

[Gambar - Wahid minum petang bersama pendudk kampung Sungai Serai ketika melawat DUN Pengkalan Berangan pada Khamis 29 mac lalu]

Sehubungan itu, katanya, beliau mendapat maklum balas yang cukup baik ekoran sepuluh tawaran manifesto awal PAS Terengganu.

Beliau menegaskan komitmen kepimpinan PAS Terengganu untuk menggantikan Umno pada PRU-13 dan melaksanakan tadbir urus yang lebih baik dan kerajaan negeri yang bebas rasuah.

Katanya, ia telah dibuktikan oleh kerajaan PAS yang memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004

"Saya suka menegaskan kita mempunyai komitmen yang tinggi untuk membawa rakyat Terengganu kepada tadbir urus kerajaan yang lebih baik serta bebas dari penyelewengan dan rasuah,

"tidak ada kedengaran satu kes pun yang melibatkan penyelwengan dan rasuah semasa PAS memerintah Terengganu tahun 1999 hingga 2004,"jelasnya.

Sebaliknya, kata beliau, rata-rata rakyat bercakap tentang soal rasuah dan penyelewengan yang berlaku di kalangan pemimpin Umno dari dahulu hingga sekarang.

Hasan Ali Tayang Video Murtad - Kecam Dr. Rani.

Posted: 02 Apr 2012 03:16 AM PDT


alt

DAMANSARA - Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mengecam tindakan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abdul Rani Osman yang mengambil pendirian tidak menghantar sebarang wakil Parti tersebut di peringkat Negeri untuk menonton Video yang mengesahkan berlakunya gejala murtad seperti yang didakwanya itu.

Hasan Ali menjelaskan, beliau kesal dengan kenyataan Dr. Rani yang tidak mahu melayan isu yang beliau bangkitkan akan tetapi menganggap lebih banyak isu yang lebih penting untuk diketengahkan di Negeri ini seperti soal Rasuah.

Beliau mendakwa isu Murtad merupakan soal Akidah yang tidak boleh ditolak ansur dan setiap Pemimpin Islam apatah lagi yang lahir dari PAS seperti Dr. Rani wajib memastikan isu ini dijadikan masalah utama dalam membangunkan sesebuah Negara.

Video yang telah dirakamkan itu telah dipertontonkan beberapa wakil wartawan yang hadir ke rumahnya di sini sebentar tadi menampilkan beberapa bukti dan pengakuan unsur gejala murtad sedang berleluasa di Negara ini terutamanya di Selangor.

Dr. Rani sebelum ini menjelaskan PAS Selangor tidak akan melayan pelawaan Hasan Ali untuk hadir menonton video berkaitan bukti isu tersebut kerana menganggap ianya tidak releven dibangkitkan bekas Exco Selangor itu.

"Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting." katanya kepada wartawan Sinar Harian berkenaan hal tersebut.

Turut menolak jemputan Hasan Ali termasuklah dari pihak PKR Selangor menerusi kenyataan Shuhaimi Shafiei yang mendakwa pimpinan Negeri tidak mahu terlibat dengan cerita 'seinci jadi sejengkal dan sekaki' seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu.

Bapa dan anak dicekup disyaki tagih, edar dadah

Posted: 02 Apr 2012 03:15 AM PDT

KENINGAU: Bapa dan anak rakyat tempatan dicekup polis kerana disyaki menagih dan mengedar dadah secara kecil-kecilan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Mottou Jalan Masak kira-kira jam 10.30 pagi pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) berkata, lima anggota polis termasuk seorang Pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah membuat serbuan di rumah berkenaan hasil maklumat orang awam.

Katanya, pihak polis yang memasuki rumah itu menuju ke bilik belakang dan membuat pemeriksaan dan terdapat seorang lelaki yang berumur 50 tahun berada dalam bilik berkenaan.

"Semasa pemeriksaan, pihak polis telah menjumpai empat peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu anggaran berat kasar 8.00 gram dan enam peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki ganja anggaran berat kasar 44.75 gram yang disimpan di dalam beg sandang yang disandang oleh lelaki terbabit," kata Zahari kepada dalam satu sidang media di pusat media IPD di sini kelmarin.

Kedua-dua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun tetapi tidak melebihi lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali tetapi tidak lebih sembilan kali.

Selepas itu katanya, polis meneruskan pemeriksaan di bilik hadapan rumah yang sama juga terdapat seorang lelaki yang berumur 21 tahun berada di dalam bilik berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan tubuh badan lelaki itu polis telah menjumpai sebanyak tujuh peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah syabu anggaran berat kasar 5.43 gram yang telah disorokkan di dalam beg kecil yang disimpan dalam poket seluar lelaki itu. Kes berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen dan akta yang sama.

Menurut Zahari tangkapan dadah itu adalah yang terbesar setakat ini membabitkan rakyat tempatan dengan nilai rampasan lebih kurang RM6,000.

Siasatan yang dijalankan kedua-dua lelaki itu adalah anak beranak dan kedua-duanya positif dadah jenis "methamphetamine" setelah menjalani ujian air kencing.

Kedua-dua tangkapan ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

Zahari memberitahu, sebelum serbuan dibuat di rumah tersebut, polis telah membuat pemantauan selama seminggu hasil maklumat orang awam.-New Sabah Times-

Dua pelajar ditahan disyaki cuba rogol gadis sekampung

Posted: 02 Apr 2012 03:13 AM PDT

KENINGAU: Dua pelajar di salah sebuah kampung di Apin-Apin ditahan polis kerana disyaki cuba merogol pelajar perempuan tingkatan empat yang sekampung dengan mereka.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Zahari Mohamed berkata, kedua-kedua pelajar itu ditahan selepas pelajar perempuan itu membuat laporan polis pada Khamis lepas.

Katanya, pada kejadian jam 10.30 malam pada Rabu, mangsa, 16 tahun telah dicabul oleh kedua-dua suspek masing-masing berumur 17 dan 15 tahun.

"Kedua-dua saspek yang belajar di sekolah yang sama dengan mangsa dalam tingkatan empat dan lima itu telah menghalang ketika mangsa berjalan kaki bersendirian pulang ke rumahnya dari rumah makciknya yang berhampiran," katanya.

Zahari memberitahu, kedua-dua suspek telah mengheret mangsa ke kawasan belakang rumah makcik mangsa lalu mencium, meramas buah dada dan meraba kemaluan mangsa.

Katanya, mangsa telah menjerit memanggil makciknya dan kedua-dua supek telah melepaskan mangsa lalu melarikan diri.

"Mangsa telah menceritakan kejadian itu kepada makciknya apa yang telah berlaku ke atas dirinya," jelas Zahari.

Katanya, ketika kejadian ibu bapa mangsa tidak ada di rumah kerana bermalam di kebun getah mereka dan keesokan harinya makcik mangsa telah memberitahu ibu apa mangsa bahawa mangsa telah dicabul.

Zahari memberiahu, kedua-dua supek telah ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 376 dan 511 Kanun Kesiksaan kerana cubaan untuk merogol dan mencabul.

"Dalam siasatan awal polis, mendapat bahawa kedua-dua supek dalam keadaan mabuk ketika kejadian itu," katanya lagi.-New Sabah Times-

Kamilia anggap Shahrizat pembawa penyakit

Posted: 01 Apr 2012 11:19 PM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Meskipun ditekan agar menarik balik kenyataan menasihatkan Datuk Seri Shahrizat Jalil turun takhta, Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menekankan 'pembawa penyakit' tidak perlu ke medan perang.

"Macam dalam perang, kalau ada seorang dalam pasukan tentera itu membawa penyakit yang boleh berjangkit dan mungkin melumpuhkan pasukan, adakah kita masih mahu terus bawa juga dia ke medan perang?

"Adakah kita mahu semua anggota sakit dan mati atau kita kuarantin dulu anggota itu hingga dia sembuh agar pasukan dapat terus mara ke medan perang?" kata Kamilia dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia semalam.

Kamilia berkata demikian ketika disoal soalan sinis wartawan Mingguan Malaysia bahawa beliau sebagai orang nombor dua sepatutnya berdiri teguh di belakang ketua namun kenyataan beliau sebelum ini tidak seperti diharapkan untuk menggambarkan perpaduan dalam Wanita.

"Kita sebagai Wanita perlu tahu makna solidariti yang sebenarnya," jawab Kamilia, sambil menegaskan bahawa tindakan beliau ini tidak mempunyai niat untuk memecah-belahkan Wanita Umno.

Beliau hanya sekadar mengiktiraf masalah skandal National Feedlot Corporation, di mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh kini didakwa melakukan pecah amanah berhubung RM250 juta pinjaman kerajaan untuk mengusahkan Pusat Fidlot Kebangsaan.

"Saya bercakap sebab saya mengiktiraf masalah itu, memberitahu inilah masalahnya, menyedari dan menyelesaikan masalah itu. Malangnya ada kalangan Wanita tidak mahu mendengar penjelasan, tak mahu menerima dan memahami masalah sebenar," kata beliau.

Bagaimanapun tidak diketahui samada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini memberi sokongan kepada Shahrizat dan Setiausaha Agong UMNO Tengku Adnan Mansor yang mengkritik beliau kerana "mengiktiraf" masalah NFC tergolong dalam kumpulan "tidak mahu mendengar penjelasan, tak mahu menerima dan memahami masalah sebenar" yang disebut Kamilia.

Sebelum ini, Kamilia mendesak agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno kerana skandal NFC telah menyebabkan wanita Umno sudah dipanggil 'lembu'.

Ekoran itu, beliau mendapat tekanan dari pelbagai pihak dalam Umno kononnya kerana beliau mahu naik cepat dan menggantikan Shahrizat sebagai ketua kerana jika Shahrizat berhenti beliaulah yang akan menggantikannya.

Pendidikan percuma di Turki walau tiada minyak

Posted: 01 Apr 2012 11:17 PM PDT

Masdar Wahid, Keadilan Daily,


SUBANG JAYA: Jika Turki yang tiada sesen pun hasil minyak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, tiada sebab Malaysia yang mencatat untung RM90 bilion setahun dari sumber petroleum tidak berupaya melakukan kebajikan sama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, (gambar) berkata Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga penggal memerintah Turki.

"Bila kita sebut mansuh PTPTN, isu utama yang harus difokus ialah pendidikan percuma untuk semua rakyat terutama golongan miskin. Bukan isu nak pindahkan wang Petronas bayar PTPTN.

"Prinsip asasnya ialah pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti," katanya pada dialog bertajuk 'Pemberdayaan Kebajikan dan Ekonomi Rakyat' anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Subang Jaya 31 Mac lalu.

Beliau mengakui PTPTN adalah isu paling popular yang diaju kepadanya termasuk di facebook dan twitter.

Walaupun PTPTN dimansuh, Anwar berkata, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan membuang kakitangan di perbadanan itu kerana mereka akan diserap ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

"Walaupun pegawai ramai, kita juga tetap pastikan khidmat atau mutu kerja mereka bertambah baik untuk rakyat," katanya.

Mengenai pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan seperti yang termaktub dalam Buku Jingga, Anwar berkata ia tidak akan menjejaskan negeri lain.

Ini kerana, katanya, 80 peratus hasil minyak itu mampu menampung perbelanjaan negara dengan memastikan royalti diurus mengikut pengurusan yang baik.

"Keutamaan royalti 20 peratus difokus kepada golongan miskin. Apabila kita menyebut kemiskinan ia merangkumi sama ada Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Cina dan India.

"Pada masa sama, kita memperketat prosedur kewangan selain pengurusannya dijalankan individu yang bertanggungjawab, amanah dan berintegriti," katanya.

17 rumah terjejas akibat ribut di Lubuk Kelubi

Posted: 01 Apr 2012 11:15 PM PDT


Harakahdaily,


HULU LANGAT:
Kejadian ribut di Kampung Lubuk Kelubi yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang semalam telah menyebabkan 17 buah rumah terjejas termasuk dua rumah yang dihempap pokok tumbang.

(Penduduk dan Unit Amal berusaha membersihkan kawasan akibat ribut)

Ianya bermula dengan hujan lebat selama 10 minit dan disusuli ribut kencang kira-kira 5 minit sahaja.

Ekoran ribut itu, bermula jam lima petang para petugas Jabatan AMAL DUN Dusun Tua dan Hulu Langat telah memulakan tugas membantu kerja-kerja membersih terutama memotong pokok tumbang yang menghempap rumah.

Mereka juga membantu pihak Bomba dan Bomba Sukarelawan Hulu Langat membersihkan kawasan dan membantu mangsa ribut itu.

Antara yang turut hadir membantu, Sofian Othman Ketua Majlis Pemuda DUN Dusun Tua, Shahmior Kosim Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat, Haji Ramli Yunan Ketua Kampung Batu18 yang turut hadir membantu rakan sejawat En. Zulkifli Lajis Ketua Kampung Padang yang ditimpa kejadian ribut ini.

Operasi pembersihan ditangguhkan jam 10.00 malam oleh pihak bomba atas sebab keselamatan.

Pecat Anwar: Nalla dedah dirinya 'bapa ayam'?

Posted: 01 Apr 2012 11:13 PM PDT

Pecat Anwar: Nalla dedah dirinya 'bapa ayam'?

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad menempelak Senator S. Nallakarupan yang mahu mengusulkan pelucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Sedangkan kata Dzulkefly, pengakuan Nalla mengenai aktivitinya yang kononnya 'menyusun segala kegiatan sumbang Anwar', tidak ubah seperti seorang "bapa ayam".

"Nalla sebelum ini mengakui dia yang menyusun segala kegiatan sumbang yang kononnya dilakukan oleh Anwar.

"Bermakna dia sendiri ialah bapa ayam yang tugasnya mengatur kegiatan-kegiatan sumbang," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut mempersoal BN yang melantik Nalla sebagai Ahli Dewan Negara yang disifatkan sebagai menjatuhkan imej Dewan Negara.

"Lebih malang lagi apabila Umno BN boleh melantik "bapa ayam" dalam Dewan Negara.

"Adakah BN sudah bankrap tokoh-tokoh akademik dan profesiaonal atau dalam bidang-bidang lain yang berwibawa dan berkelayakan? Dalam ramai-ramai tokoh di Malaysia, kenapa lantik orang seperti Nalla jadi senator?" soalnya.

Beliau menambah, tuduhan terbaru Nalla terhadap Anwar dan cadangan pelucutan jawatannya merupakan usaha berterusan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Mutakhir ini memang kita nampak usaha yang bertubi-tubi untuk terus menjatuhkan kredibiliti Anwar," katanya.

Justeru beliau menyeru semua pihak khususnya parti politik mengamalkan politik bersih dan matang serta mengutamakan persaingan polisi, prestasi, dan kepimpinan.

"Sudah sampai masanya negara kita mengamalkan politik bersih dan bebas daripada politik jatuh menjatuhkan melalui fitnah," katanya.

Hasrat Nalla dan peguam Umno Datuk Shafee Abdullah itu bagaimanapun dilihat sukar dan mungkin mustahil kerana tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.-Harakahdaily

Seorang rakyat Malaysia masih hilang lepas letupan di Hat Yai

Posted: 01 Apr 2012 11:10 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Seorang rakyat Malaysia dilapor masih hilang dalam kejadian letupan bom di Hat Yai, mengikut laporan Bernama Online.

Dipetik Bernama Online, kerajaan Malaysia menasihati rakyat agar mengelak daripada mengunjungi wilayah selatan Thailand tanpa sebab kukuh.

Anifah Aman (tengah) tiba pada sidang kemuncak ASEAN di Istana Keamanan di Pejabat Majlis Menteri-menteri di Phnom Penh. Bersama dengan dia adalah rakan sejawatannya dari Brunei Lim Jock Seng (kiri) dan Singapura K. Shanmugam. — Foto Reuters
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pihak berkuasa Thai sudah menjalankan ujian DNA ke atas satu mayat yang tidak dikenali dan keputusannya akan diketahui hari ini.

"Kami masih tidak tahu keadaan rakyat Malaysia yang hilang itu dan identiti mayat yang tidak dikenali yang dijumpai di kawasan kejadian," katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia di Phnom Penh pada semalam.

Menteri luar Asean berada di Phnom Penh bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean hari ini dan Sidang Kemuncak Asean pada hari esok.

Beliau mengesahkan seorang rakyat Malaysia terbunuh dan 27 lagi cedera termasuk 10 mengalami kesan terbakar yang serius antara 30 hingga 50 peratus.

Sepuluh mangsa terbabit masih dirawat di tiga hospital di selatan Thailand ekoran kesukaran bernafas dan lain-lain kecederaan berkaitan.

Yang terbunuh dikenal pasti sebagai Low Thian Hock, 46, dari Kulim, Kedah.

Mereka yang parah pula ialah Lew Kim Lai, 39, Lim Hock Bee, 37, Wong Sze Ee, 32, Fook Hock Chuan, 33, Chiaw Pui Pui, 32, Chiaw Pui Hoon, 34, Chiaw Pui See, 33, Choo Kok Boon, 46, Sagunthala a/p Krishnan, 34, dan Mini Ng, 35.

Seramai 17 lagi diberi rawatan pesakit luar.

Sepuluh orang terbunuh manakala lebih 300 cedera dalam serangan bom di Lee Garden Hotel di Hat Yai pukul 1 tengah hari waktu tempatan Sabtu.

Anifah berkata siasatan awal pihak berkuasa Thai mendapati bom diletakkan pada dua buah motosikal, sebuah kereta dan pikap yang diletak di kawasan parkir hotel.

Pada awalnya pihak berkuasa menyangka letupan berpunca daripada kebocoran gas namun merumuskan kejadian akibat letupan selepas menemui sisa bahan kimia selepas melakukan siasatan.

Anifah berkata waris semua mangsa telah dimaklumkan dan kerajaan akan membantu mempermudahkan perjalanan jika mereka berhasrat menziarahi anggota keluarga yang cedera.

Katanya semua keperluan perubatan dan kos bagi rakyat Malaysia yang cedera akan ditanggung pihak berkuasa Thai.

Beliau juga menasihati waris agar tidak berusaha membawa pulang saudara mereka yang cedera pada masa ini memandangkan kecederaan yang dialami tidak membenarkan mangsa dipindahkan.

Anifah juga akan mendapatkan penjelasan daripada rakan sejawatannya dari Thailand Dr Surapong Tovichakchaikul bagi menentukan sama ada keadaan adalah selamat bagi rakyat Malaysia berkunjung ke selatan Thai susulan insiden itu.

Panel hubungan agama: Isu seminar di Johor selesai apabila tajuk diubah

Posted: 01 Apr 2012 11:09 PM PDT


KUALA LUMPUR— Isu seminar di Johor yang dianjurkan untuk menangani "ancaman Kristianisasi" terhadap umat Islam telah selesai apabila penganjur bersetuju untuk mengubah tajuknya, kata panel hubungan agama Kabinet.

Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di antara Penganut Agama (JMKPA) berkata, mereka menganggap perkara itu "selesai" apabila penganjur menukar tajuknya pada saat-saat akhir sebelum seminar itu berlangsung.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Azman Amin Hassan (gambar), berkata kepada The Malaysian Insider bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah bersetuju untuk mengubah tajuk berkenaan Khamis lalu apabila panel tersebut mula terlibat dalam perkara itu.

"Kami telah menghubungi Ketua Pengarah Pendidikan sebelum mereka bersetuju untuk mengubah nama seminar tersebut dan juga sijil kehadiran," katanya apabila dihubungi semalam.

"Jadi pada saya, perkara itu telah selesai. Untuk masa hadapan, kita perlu pastikan perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi."

Azman Amin memberikan maklum balas kepada Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran bagi penukaran tajuk berkenaan dan menjelaskan kemudiannya bahawa berada di AS pada ketika itu.

"Saya hubungi beliau (pada Khamis) dan tidak dapat bercakap dengannya, tetapi kemudiannya saya menghantar mesej dan petang itu beliau dapatkan pengarah negeri untuk mengubah tajuk berkenaan," katanya.

"Saya harap tiada lagi kumpulan lain selepas ini akan menggunakan tajuk yang menyentuh sensitiviti orang lain selepas ini."

Kira-kira 300 guru agama di Johor menghadiri seminar bertajuk "Mengukuhkan Akidah: Apa Peranan Guru Agama?" telah diadakan di negeri tersebut semalam.

Seminar itu telah mencetuskan kontroversi terhadap kalangan bukan Muslim apabila fokus terhadap ancaman Kristianisasi terhadap umat Islam.

Tajuk asalnya — "Memperkukuhkan Akidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru Agama?" — telah diubah selepas mendapat bantahan bukan Muslim.

Seminar berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti untuk memastikan Muslim tidak "keliru" dengan cubaan memurtadkan mereka.

S'wak, Sabah harapan Pakatan untuk ke Putrajaya

Posted: 01 Apr 2012 11:05 PM PDT

Ketua pergerakan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Anthony Loke yakin dengan peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya sekiranya ketiga-tiga parti anggotanya berjaya memenangi antara 10 hingga 20 kerusi tambahan di Sabah dan Sarawak.

Bercakap di satu majlis makan malam amal DAP di Kepong malam tadi, Loke berkata Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi tambahan kepada 82 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya sebelum ini, untuk membentuk kerajaan pusat.

Untuk itu, Pakatan perlu memenangi antara 10 hingga 20 kerusi kerusi lagi di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, katanya.

"Tapi apa yang lebih penting ialah Sabah dan Sarawak. Kita mesti mampu mendapatkan 10 hingga 20 kerusi di dua negeri ini," katanya ketika berucap kepada kira-kira 1,500 orang hadirin di majlis makan malam tersebut.

Pakatan perlu meraih sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk memperoleh majoriti mudah daripada 222 kerusi parlimen.

Ahli parlimen Rasah itu juga menyeru warga Kepong, terutamanya golongan peniaga untuk menyebarkan mesej berkenaan kepada rakan masing-masing dalam usaha mereka untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang.

Tiada ulasan: