Ahad, 1 April 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dua Petugas BN Maut Terkena Renjatan Elektrik Semasa Pasang Bendera

Posted: 01 Apr 2012 01:20 AM PDT

Tanah Merah - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin.

ANGGOTA polis dan penduduk kampung mengangkat mayat Rosli dan Mohd. Daishan di Kampung Tengah, Bukit Panau, Tanah Merah malam kelmarin untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah.

Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera sebuah parti politik.

Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik.

Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan. -kosmo

Dua rakan maut kena elektrik sebab pasang bendera politik

Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera itu pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi Sabtu.

Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri. Bernama

P/S: No komen! Al Fatihah sahaja yang mampu diucapkan. Tempat berlaku ini hanya 500 meter sahaja dari rumah saya. Dah riuh rendah satu bandar Tanah Merah. Malam tadi keluar berita tv3 dua rakan maut sebab pasang sebuah bendera parti politik. Kenapa tak terus terang cakap pasang bendera dacing. Wallahu'alam.
-halimislam.com


Ulasan GB

Betul juga kata Halimislam. Kenapa sembunyi "fakta" bahawa mereka itu petugas BN?

Jikalah yang terkena itu adalah petugas PR, mungkin sudah kecoh seluruh media massa arus perdana dengan segala macam mak nenek ulasan untuk mempersalahkan PR!

Kini, dengan tolak tepi sentimen parti, semua petugas yang memasang bendera, wajar berhati-hati agar tragedi di atas tidak berulang lagi.

Pekerja Dobi Ditangkap Khalwat - Bersekedudukan Perkara Biasa?

Posted: 31 Mar 2012 11:27 PM PDT

Ampang - Tiga individu termasuk seorang remaja perempuan dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim dalam sebuah bilik di rumah kedai di Pandan Jaya, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, dua lelaki berusia antara 20 dan 22 tahun serta seorang pekerja sebuah kedai dobi ditahan.

Pegawai Masjid Al-Azim berkata, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika serbuan seorang lelaki membuka pintu dan mendapati ada seorang lelaki lain dan seorang perempuan berusia 20 tahun berada di dalam bilik itu.

"Kami mendapati pasangan berkenaan berpakaian lengkap, manakala seorang lelaki lain hanya berseluar pendek ketika serbuan dijalankan," katanya.

Beliau berkata, teman lelaki kepada gadis berkenaan memberi alasan kekasihnya baru bekerja di kedai dobi berhampiran serta tidak ada rumah atau bilik untuk disewa.

Ahmad Nawi berkata, turut ditahan dua pasangan lain di bilik berasingan di rumah kedai berkenaan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH

Ulasan GB

Apabila hukum Islam tidak dilaksana, malah dihina, apatah lagi oleh pemimpin negara, maka terimalah bala bencana.



Sekarang semua tahu apa jawapannya. Keadaan huru-hara dan maksiat bermaharajalela kerana undang-undang Islam dilaksanakan atau telah dihinakan sedemikian rupa oleh pemimpin tertinggi negara?

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…" -HR. Ahmad dll

Apabila Allah s.w.t. dicabar, ia adalah permulaan kepada satu sistem pemerintahan yang baru. Kelak, Allah s.w.t. akan menggantikan mereka itu dengan satu kepimpinan yang lebih baik.

Khabarkan kepada JAIS supaya menasihati Najib usah hina dan persendakan hukum Allah.

Pelajar Nigeria Mati Dibelasah, Awang Hitam Merusuh Di Kajang

Posted: 31 Mar 2012 08:55 PM PDT

200 'Awang Hitam' merusuh

KAJANG - Kira-kira 200 'Awang Hitam' yang tinggal di Kondominium Venice Hill, Batu 9 di sini merusuh setelah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang didakwa memukul seorang pelajar warga Nigeria di pekarangan kondominium itu semalam.

SEBAHAGIAN daripada warga Nigeria berkumpul di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Kajang semalam.

Rusuhan pada pukul 12 tengah hari itu menyebabkan sebuah pondok pengawal di pintu masuk utama dan salah satu pejabat pengurusan di blok Tower 3 kondominium tersebut rosak dipecahkan kumpulan tersebut.

Seorang saksi berkata, warga Nigeria terbabit bertindak berkumpul di tepi jalan dengan membawa parang dan batang besi kerana tidak berpuas hati rakan mereka dipukul.

Kejadian itu dikatakan berpunca apabila suspek berusia 35 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej di sini didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang tukang cuci wanita tempatan berusia 43 tahun.

Lelaki berkenaan didakwa bertindak memeluk, mencium serta mencabul mangsa terbabit ketika wanita melakukan kerja mencuci di tingkat 15 blok Tower 3 kondominium tersebut pada pukul 11.30 pagi. -kosmo

Si hitam lagak samseng

BANTAH... sebahagian warga Afrika berkumpul kerana tidak berpuas hati berikutan kematian seorang rakan mereka.

KAJANG: Berlagak samseng seolah-olah berada di negara sendiri, kira-kira 100 'Awang Hitam' merusuh dengan memecahkan pondok keselamatan di Kondominium Venice Hill, Batu 9, di sini, tengah hari semalam, selepas marah seorang daripada rakan mereka mati dipercayai dibelasah anggota Rela.

Warga Afrika yang menghuni kawasan kediaman berkenaan bukan saja memecahkan pondok pengawal, malah merosakkan pejabat pengurusan serta mencederakan empat pengawal keselamatan.

Lelaki Nigeria yang mati itu, dipercayai dibelasah anggota Rela selepas seorang tukang cuci wanita yang membersihkan satu daripada blok kondominium, mengadu diganggu dan dicabul lelaki berkenaan.

Difahamkan, kondominium berkenaan layak digelar 'Mini Afrika' berikutan hampir ratusan warga dari benua itu menyewa di premis terbabit.

LAWAN... warga Afrika bertekak dengan anggota polis.

Menurut tukang cuci warga tempatan berusia 40-an itu, lelaki Nigeria terbabit beberapa kali mengganggunya.

Semalam dia tidak dapat tahan lagi selepas lelaki berkenaan bertindak melampau dengan menunjukkan kemaluan.

"Sudah beberapa kali lelaki warga asing itu mengganggu saya ketika saya bekerja dan jam 11 pagi tadi (semalam), tiba-tiba saya dipeluk dari belakang.

"Saya cuba melepaskan diri dengan meronta dan menyiku lelaki berkenaan, sebaik dapat melepaskan diri daripada pelukan, saya memarahinya, tetapi terkejut apabila lelaki berkenaan membuka seluar serta menunjukkan kemaluannya.

"Saya lari dan mengadu kejadian itu kepada anggota Rela yang bertugas mengawal kawasan kondominium," katanya yang ditemui di lokasi kejadian semalam.

Katanya, anggota Rela terbabit kemudian mencari lelaki Nigeria berkenaan, namun dia tidak pasti berapa ramai anggota Rela pergi mencari lelaki itu.

"Tak sangka perkara macam ini yang terjadi pula, saya difahamkan warga Nigeria terbabit dibelasah hingga mati selepas berlaku pertengkaran dengan anggota Rela. Saya kini bimbangkan keselamatan diri serta takut rakan lelaki itu mencari saya pula," katanya.

Sehubungan kejadian itu, lebih 100 penghuni kulit hitam kemudian bertindak merusuh kerana marah dan bilangan mereka semakin ramai selepas polis tiba serta turut cuba menyerang polis yang ingin menyuraikan mereka.

Kira-kira jam 6 petang, selepas bilangan polis ditambah barulah kumpulan yang merusuh itu bersurai.

Difahamkan, warga Nigeria yang dipercayai dibelasah itu maut di tempat kejadian di kaki lima berhampiran lif Blok 3 kondominium terbabit dan anggota Rela yang terbabit dalam kejadian berkenaan turut ditahan polis. -hm


Lelaki Nigeria cabul wanita tempatan mati dipukul

KUALA LUMPUR - Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat dekat sini terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke kemuncaknya hari ini apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi.

"Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu. Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas," katanya kepada pemberita di sini.

Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan.

Beliau berkata, anggota polis yang tiba ke tempat kejadian kemudian mendapati lelaki Nigeria itu yang diikat berada dalam keadaan tidak bermaya dan terus membawanya ke sebuah pusat perubatan terdekat, namun disahkan mati sebaik tiba.

Katanya, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Ab Rashid berkata, kesemua tujuh anggota Rela itu yang berumur lingkungan 20-an telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis masih menyiasat sama ada lelaki Nigeria tersebut mati akibat dipukul menggunakan senjata atau sebaliknya.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu beberapa lelaki Afrika telah berkumpul dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka tetapi berjaya dileraikan oleh pihak polis.

Sementara itu saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Abu berkata, kira-kira 200 lelaki Afrika telah merusuh sebelum ketibaan pihak polis dan mereka telah merosakkan beberapa harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela.

"Saya nampak mereka telah merusuh apabila mendapat tahu rakan mereka telah mati dan kejadian ini telah menakutkan penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang sering mabuk sebelum ini pernah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan itu.
– Bernama


[Bergambar & Video] Letupan Di Hatyai & Yala, 11 Rakyat Malaysia Cedera

Posted: 31 Mar 2012 06:58 PM PDT

Tiga terbunuh, manakala 50 yang lain termasuk 11 rakyat Malaysia cedera dalam letupan di sebuah hotel yang menggegarkan Hatyai, Thailand, tengah hari semalam, tidak lama selepas tiga letupan bom mengorbankan 13 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain di Yala, selatan negara itu. Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussin, yang dihubungi malam tadi mengesahkan 11 rakyat Malaysia cedera dalam letupan bom di bahagian dapur restoran McDonald's di Tingkat 1 Hotel Lee Garden di tengah bandar Hatyai.

Rakyat Malaysia, khususnya yang berada di sekitar kawasan letupan di Yala diminta berhati-hati dan mengambil langkah berwaspada bagi mengelak terperangkap dalam kejadian berkenaan. - Nazirah Hussin, Duta Besar Malaysia ke Thailand

Katanya, ketika kejadian jam 1 tengah hari itu, kira-kira 50 berada di dalam restoran berkenaan, termasuk warga Malaysia, semuanya dipercayai pelancong.

"Semua rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian itu kini dimasukkan ke Hospital Hatyai. Pihak kedutaan sudah menghantar Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan ke bandar terbabit untuk mendapatkan maklumat dan membantu mangsa rakyat Malaysia.

"Sehingga kini (jam 9.30 malam tadi) saya belum mendapat perkembangan terkini mengenai keadaan rakyat Malaysia atau punca letupan," katanya.

Beliau juga mengesahkan sehingga lewat malam tadi tiada rakyat Malaysia cedera atau terkorban dalam tiga serangan bom di Yala.

Nazirah turut meminta rakyat Malaysia, khususnya yang berada di sekitar kawasan letupan di Yala supaya berhati-hati dan mengambil langkah berwaspada bagi mengelak terperangkap dalam kejadian berkenaan.

Sementara itu, Mohd Aini yang dihubungi malam tadi juga mengesahkan hanya 11 rakyat Malaysia cedera dalam letupan di Hatyai.

"Bagaimanapun, identiti semua mangsa yang kini ditempatkan di Hospital Songkhlanagarind di Hatyai dan kampung asal mereka masih disiasat. Apapun, kita dapat sahkan bahawa tiga mangsa yang terbunuh setakat ini bukan rakyat Malaysia," katanya.

Mengulas kejadian itu, Mohd Aini berkata beliau difahamkan lebih 200 pengunjung hotel berkenaan terperangkap selepas letupan berlaku.

"Apa pun, kita berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand untuk mengenal pasti semua mangsa, terutama mengesan rakyat Malaysia yang terbabit," katanya.
Sumber polis Thai yang dihubungi berkata kejadian letupan itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.

Di YALA, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 112 orang cedera dalam tiga letupan bom dalam tempoh 10 minit di bandar utama selatan Thailand ketika tengah hari apabila orang ramai sibuk membeli-belah.

"Tiga butir bom meletup, yang pertama dalam sebuah kereta manakala letupan kedua serta ketiga adalah disebabkan bom yang disembunyikan dalam motosikal," kata jurucakap tentera wilayah selatan, Pramote Promin.

Beberapa rumah kedai berhampiran tempat letupan turut terbakar, manakala kereta dan motosikal yang diletakkan berhampiran rosak akibat letupan kuat.

Kementerian Kesihatan Thailand berkata, sekurang-kurangnya 10 orang berada dalam keadaan kritikal kerana melecur teruk.

Seorang jurucakap polis Yala yang enggan dikenali berkata: "Bom berkenaan meletup dalam tempoh 10 minit".

Skuad bom dilihat memeriksa bangkai kereta yang musnah di tempat kejadian, manakala Polis Forensik menyiasat kejadian.

Seorang anggota polis turut cedera dalam satu lagi letupan bom yang disembunyikan dalam motosikal di wilayah berjiran Pattani, kata polis.

Pemberontakan di selatan Thailand, wilayah dengan majoriti penduduknya beragama Islam berlaku sejak 2004, meragut beribu-ribu nyawa.

Minggu lalu, tentera mengakui menembak mati empat penduduk Islam ketika dalam perjalanan menghadiri sebuah majlis pengebumian berikutan tersalah sangka diserang militan, Januari lalu.

Kejadian terburuk di wilayah berkenaan berlaku pada 25 Oktober 2004 apabila tujuh orang ditembak mati berikutan bantahan di bandar Tak Bai, manakala 78 yang lain lemas akibat terhimpit di dalam trak ketika dihantar ke pusat tahanan. -BH


















UMNO Burukkan Kelantan Air Kotor, Di Pahang Masih Ada Yang Belum Dapat Air

Posted: 31 Mar 2012 04:00 PM PDT

Rayu bekalan air bersih

KAMPUNG DERAHMAN – Kira-kira 30 rumah masyarakat Orang Asli Kampung Derahman, di sini, masih menagih janji bekalan air bersih di kampung mereka bagi memberi keselesaan kepada masyarakat itu menjalankan urusan seharian.

Maimun Sulong, 45, berkata, isu bekalan air bersih di kampung itu amat serius kerana masalah bekalan itu sudah lama membelenggu masyarakat itu meskipun beberapa rumah sudah mendapat bekalan asas tersebut.

Menurutnya, kebanyakan penduduk terpaksa menggunakan air perigi atau menarik air daripada rumah jiran dan keluarga terdekat bagi menikmati bekalan itu memandangkan air adalah keperluan utama dalam kehidupan seharian.

"Ketiadaan air sememangnya amat dirasai lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai bilangan anggota keluarga ramai," katanya ­kepada Sinar Harian.

Maimun berkata, dia pula misalnya, terpaksa menarik sumber bekalan air bersih daripada rumah ibunya yang sudah dilengkapi kemudahan itu hampir dua tahun lepas.

"Apabila air paip ini dibuka di rumah kami, rumah ibu pula pasti mengalami gangguan bekalan air kerana hanya terdapat satu paip saja yang boleh dibuka sebagai sumber punca air di rumah," katanya.

Katanya, dia sudah beberapa kali mengadu hal itu kepada agensi berkaitan, namun pihak yang menabur janji ­terus 'diam membisu' tanpa ­sebarang tindakan.

"Kampung ini adalah satu-satunya kampung Orang Asli yang terletak berhampiran dengan kawasan Bandar Kuala Rompin dan berharap ia menjadi sebuah perkam­pungan contoh kepada ­masyarakat Orang Asli lain," katanya.

Menurutnya, dia berasa hairan bagaimana projek bekalan air bersih di kampung itu tergendala sejak sekian lama meskipun ada sebahagian daripada penduduk sudah pun menikmati kemudahan asas tersebut.

"Kami amat berharap kerajaan dapat membantu penduduk kerana keperluan bekalan air bersih amat diperlukan terutama jika ada kenduri kahwin dan sebagainya yang memerlukan sumber air yang banyak," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman, Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain berkata, masalah itu akan diatasi secara berperingkat-peringkat memandangkan sebahagian daripada penduduk sudah pun menerima bekalan tersebut.

Katanya, kos pemasangan paip air dari rumah ke rumah penduduk memerlukan ­peruntukan yang besar, namun masalah itu akan ­ditangani ­segera bagi memastikan setiap rumah menik­mati bekalan itu dalam waktu terdekat.

"Buat permulaan sudah pun merancang untuk menyediakan keperluan itu bagi 10 hingga 15 rumah dalam waktu terdekat ini bagi memenuhi hasrat penduduk yang mahukan bekalan air bersih sejak sekian lama," katanya.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Lagi Penipuan SPR: KEMAS Pindahkan Pengundi, SPR Maklum Pengundi Sudah Mati

Posted: 31 Mar 2012 08:03 AM PDT

Pengundi terkejut, ada pihak pindah namanya

BUKIT KATIL 31 Mac: Seorang pengundi, Zawawi Abdul terkejut apabila semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati alamat tempat mengundinya telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Gambar: Zawawi menunjukkan salinan Borang Daftar Pemilih dari SPR yang didakwa ditandatangan oleh pihak lain

Beliau yang merupakan pengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek sejak tahun 1970-an lagi kini ditukar menjadi pengundi di Dun Duyong.

"Sejak dari tahun 70-an saya mengundi di Sekolah Kebamgsaan Bukit Lintang tidak pernah pindah tempat mengundi, saya terkejut bila menyemak di laman web nama saya ada di Dun Duyong," katanya kesal.

Beliau yang telah membuat bantahan di Ibu Pejabat SPR negeri semalam juga terkejut apabila ditunjukkan salinan borang pertukaran alamat yang tertera cop Kemas dan tandatangan palsu yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak pernah mengisi tukar tempat mengundi dan tandatangan dalam borang tersebut bukan tandatangan saya, malah saya juga tidak pernah menyerahkan fotostat kad pengenalan kepada sesiapapun," katanya lagi.

Ekoran perkara itu, beliau juga telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustaffa Ali menyifatkan tindakan pihak tertentu itu sebagai perbutan khianat dan tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ianya didalangi parti politik tertentu dalam usaha mendapatkan kemenangan dengan cara tidak bermaruah pada PRU-13 nanti.

"Ini merupakan tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan demokrasi" katanya. -HD

Nama hilang daftar pemilih, SPR maklum Ivan Ho sudah 'mati'

Keratan akhbar Suara Keadilan edisi 58.


KUALA LUMPUR 30 Mac: Seorang pengundi terkejut apabila mendapati beliau sudah mati mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia terbongkar apabila Ivan Ho Heng Thong, 54, melalui Setiausaha Ranting KEADILAN Taman Pekan Baru, Delren Douglas membuat semakan ke atas punca kehilangan nama Ivan dari daftar pemilih sebelum ini.

Kata Delren, Ivan cuba mendaftar namanya sebagai pemilih di pejabat pos Pudu pagi tadi tetapi tidak boleh kerana pernah mendaftar sebelum ini manakala laman web SPR juga tiada rekod.

"Saya kemudian ke pejabat SPR Putrajaya. Mengikut mereka, Ivan dikeluarkan daripada senarai pengundi kerana beliau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengisytihar mati oleh JPN," katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Berita kehilangan nama Ivan Ho disiar Suara Keadilan edisi 58 sekitar dua minggu lalu. Beliau membuat laporan di balai polis Kota Damansara 10 Maclalu selepas menyedari namanya hilang dalam daftar pemilih walaupun pernah lima kali mengundi di Bukit Lanjan.

Beliau juga mengundi pada pilihan raya (PRU) ke-12 p[ada 2008 -KD


[Bergambar] Kuantan Dihentam Ribut Kencang, Bumbung Terbang & Pokok Tumbang

Posted: 31 Mar 2012 06:01 AM PDT

Kantan: beberapa bumbung rumah kediaman diterbangkan angin dan pokok-pokok tumbang memhempap beberapa kenderaan di beberapa kawasan di sini apabila ribut kencang melanda malam tadi.

Gambar: Sebuah kereta dihempap pokok yang tumbang di dalam kejadian ribut yang melanda Kuantan malam tadi. Foto Afif Abd Halim

Berpuluh kenderaan juga terperangkap di Jalan Semambu hampir sejam apabila jalanraya terhalang oleh pokok-pokok yang tumbang sewaktu hujan lebat selama dua jam yang bermula pukul 9 malam tadi.

Beberapa buah kereta yang diparkir di Alor Akar dan Kubang Buaya mengalami kerosakan terujk akibat dihempap oleh pokok yang tumbang dan berpuluh bumbung rumah pula mengalami kerosakan ditiup oleh angin kencang.

Seorang pemandu yang ingin dikenali sebagai Lina, yang turut terperangkap di Jalan Semambu, berkata beliau amat takut apabila pokok-pokok tiba-tiba tumbang di atas jalanraya di depan dan di belakangnya.

"Saya panik kerana tidak dapat maju ke depan atau undur ke belakang dan terpaksa menunggu orang datang dan memotong dahan-dahan pokok berkenaan," tambahnya.





Lagi Kes Remaja Lari Ikut Jantan - Di Pahang Juga

Posted: 31 Mar 2012 04:15 AM PDT

Jerantut – "Pulanglah Angah, nenek Saodah kini ­jatuh sakit sejak pemergian dan menanti kepulangan mu,".

Itu antara luahan Noorlilie Baharuddin, 31, dari Taman Bukit Permai Jerantut dekat sini, yang merayu anak saudaranya, Nur Aliah Baharuddin, 19, pulang ke pangkuan keluarga.

Noorlilie berkata, Nur Aliah atau dipanggil Angah dalam keluarganya, dipercayai dilarikan teman lelakinya pada malam 25 Mac lepas, kira-kira jam 11 malam, dari kediaman neneknya (Saodah) di Felda Jengka 1 Maran.

Menurutnya, anak kedua daripada tiga beradik itu hanya membawa beberapa helai pakaian dan sehingga kini tidak diketahui nasibnya dan lokasinya.

"Sebelum kejadian, ­memang ada sedikit perselisihan faham antara Angah ­dengan keluarga berikutan dinasihatkan ibu bapanya, Baharuddin Taib, 45, dan Mariam Nayan, 42, supaya `berenggang' ­dengan teman lelakinya yang juga seorang duda berusia 38 tahun.

"Pada malam kejadian, saya pulang ke Felda Jengka Satu, Maran untuk bertemu emak saya, Saodah Ishak, 65, yang tinggal bersama Angah, tetapi anak saudara saya tidak menunjukkan apa-apa ke­risauan dan berbual mesra ­malah begitu manja dengan neneknya," katanya.

Noorlilie berkata, kehi­langan Angah disedari emak (Saodah) pada 26 Mac lepas iaitu ketika emak masuk ke ­bilik untuk mengejutkan Angah, tetapi tergamam apabila Angah tiada di tempat tidur.

Menurutnya, emak mendapati Angah tiada dan ­menyelak selimut, hanya menjumpai bantal peluk yang digunakan Angah untuk ­mengelirukan, seperti seolah-olah dia sedang tidur.

"Sehingga kini selepas kehilangan Angah, emak sering juga jatuh sakit dan tidak berselera makan kerana terkenangkan Angah yang sangat dikasihinya," katanya.

Noorlilie berkata, Angah berkemungkinan keluar dari rumah setelah kecewa hasrat untuk mengahwini ­kekasihnya itu mendapat tentangan keluarga.

Menurutnya, mereka ­sekeluarga kini berasa risau kerana Angah tidak dapat dihubungi sejak dia keluar ­rumah pada minggu lepas.

"Kami tidak tahu apa ­nasibnya kini. Justeru kami mengharapkan Angah pulang semula dan boleh berbin­cang mengenai kehendaknya dan merestui perhubungan Angah.

"Keluarga tidak marah dan ingin berunding secara baik dan jika Angah ingin berkahwin kita boleh adakan ­majlis dengan cepat. Apa pun kami mahukan Angah balik ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat," katanya kepada Sinar Harian.

Berikutan kehilangan Nur Aliah, Noorllilee bersama ­keluarganya membuat ­laporan di Balai Polis Sungai Jerik, Maran pada 26 Mac jam 9 pagi.

Noorlilie berkata, sesiapa yang mengetahui lokasi dan menjumpai Nur Aliah (­gambar) diminta meng­hubungi bapanya, Baharuddin Taib, di talian 013 2787332 atau Saodah Ishak di talian 013 6060975. -SH

Tiada ulasan: