Ahad, 1 April 2012

Era Pasca

Era Pasca


Mengarkib - Almarhum Ustaz Fadzil Nor

Posted: 31 Mar 2012 06:52 PM PDT

Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor (Tulisan Jawi: حاج فاضل بن محمد نور) (lahir: 13 Mac 1937, meninggal: 23 Jun 2002) merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen kerana pada waktu tu PAS memenangi kerusi pembangkang paling banyak di parlimen.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Bapanya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama' yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah.

Beliau menikahi sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star.Isterinya bersamanya ke Al-Azhar. Mereka mendapat lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna 'Izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga(1946-1949) ,Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud (1951 -1959) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir (1963- 1967) jurusan Perundangan Islam. [1] tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.Pada 1967, sewaktu di Mesir, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Kerjaya

Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (1973-1978).Beliau dipecat dari UTM kerana bertanding dalam Pilihan raya 1977 di DUN Alor Merah dan parlimen Kuala Kedah. Beliau membawa kes itu ke mahkamah kerana pemecatan tidak mengikut saluran yang betul. Mahkamah memerintahkan UTM membayar ganti rugi dan kembali menjadi pensyarah. Beberapa bulan kemudian beliau meletak jawatan demi perjuangan PAS sepenuh masa.

Meninggal dunia

Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat Hercules dari Selangor ke Kedah.

Jenazah Ustaz Fadzil Noor disemadikan di madrasah di tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20 km.

Kata-kata

"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Fadzil_Mohd_Noor

-Al-Fatihah-

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

UNDI ONLINE PERTAMA PASCA PRU 13

Posted: 31 Mar 2012 07:13 AM PDT


PRU 13 Online untuk Parlimen anda

or View Results

Mohon di sebarkan juga di pages-pages rakan-rakan Barisan Nasional, kite nak semua turut serta, supaya lebih adil pilihan raya kali nih, perghh... macam best je kan kan kan kan, Mari kite tengok, Admin akan bertanding di Parlimen Pekan melawan bakal Ketua Pembangkang Parlimen nanti.. Insyaallah!

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: