Ahad, 1 April 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Noh Omar Guna Mahkamah Tutup Penyelewengan

Posted: 31 Mar 2012 09:56 PM PDT

KOMENTAR 31 MAC: Pada 22 Mac lalu, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar telah memfailkan saman terhadap akhbar rasmi Kerajaan Selangor, Selangorkini sebanyak RM10 juta.

Turut disaman Adun Skinchan, Ng Suee Lim yang didakwa menfitnah beliau berhubung isu penyelewengan RM110 juta oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani sebagaimana di dedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negera.

Menurut Ng ketika ditemui semasa berlangsung sidang Dun Selangor minggu lalu berkata, beliau gembira dengan saman RM10 juta terhadapnya kerana beliau berpeluang mendedahkan penyelewengan sebenar yang dilakukan Noh.


Noh mengambil tindakan mahkamah tersebut berikutan laporan Selangorkini berhubung Akhbar tersebut menyiarkan demontrasi petani di Sekinchan dan Tanjong Karang.

Petani mendakwa Noh telah melenyapkan RM110 juta wang peruntukan kerajaan untuk subsidi peningkatan hasil padi.

Banner yang digunakan oleh petani tersebut juga mengecam Noh sebagai seorang menteri yang dianggap mengkhianati amanah petani berikutan penyelewengan tersebut yang sepatutnya di terima sejak dua tahun lalu.

Lima hari susulan demontrasi tersebut Perdana Menteri mengumumkan peruntukan tambahan serta merta sebanyak RM117 juta bagi melunaskan bayaran kepada pesawah diseluruh negara.

Namun lesapnya RM110 juta dari kementerian Noh masih tidak terjawab hingga ke hari ini.

Noh Tiada Fakta

Berdasarkan penilaian fakta, Noh tidak mempunyai isu untuk mengambil sebarang tindakan berhubung laporan yang di siarkan oleh Selangorkini.

Ini disebabkan foto atau gambar yang di siarkan jelas menunjukkan petani tersebut sememangnya mengadakan demontrasi bersama banner yang jelas pada muka belakang Selangorkini keluaran 25 November – 2 Disember 2011.

Begitu juga dengan muka 15 keluran yang sama turut memaparkan temubual penduduk serta banner yang tertera tulisan "Noh Omar Khianati Petani, Lesap RM110 juta Bantuan Untuk Petani? ……..

Begitu juga dengan isu lesapnya peruntukan kerajaan kepada kementerian dibawah Noh sebanyak RM110 juta. Fakta ini bukan dari kenyataan pihak pembangkang atau musuh politik Noh tetapi didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara di Parlimen.

Berdasarkan kenyataan media Noh, beliau menyatakan tindakan saman beliau terhadap Selangorkini dan Ng kerana menyiarkan tajuk di muka belakangnya bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar Letak Jawatan'.

Andai berdasarkan cubaan Noh menyaman Selangorkini dan Ng disebabkan tidak ada bukti yang menunjukkan para petani yang berdemo pada 22 November 2011 dan menggesa beliau meletak jawatan mungkin ada sedikit asas.

Namun begitu, memang betul tidak terdapat banner yang tertera gambaran menggesa beliau meletak jawatan. Namun pada para keempat, muka 16, Selangorkini menjelaskan hal tersebut.

Pada para ke empat tersebut tercatat…. Bertempat di Site B Sekinchan, petani yang berkumpul memegang kain rentang sambil melaung slogan 'Hidup Petani',naik subsidi RM50 seratus kilo' dan 'Noh Omar letak jawatan'.

Tindakan Noh membawa isu ini kemahkamah bertujuan untuk menutup isu tersebut dari pengetahuan rakyat.

Menurut Ng Suee Lim, Noh terdesak dan terpaksa menggunakan mahkamah bertujuan supaya segala penyelewengan yang lakukan tidak boleh disiarkan dalam mana-mana penerbitan kerana dianggap kes yang sedang dalam pembicaraan.

Kata Ng, Noh amat bimbang kerana PRU 13 semakin hampir serta takut Pakatan Rakyat akan menggunakan isu penyelewengan beliau dalam kempen-kempen pilihanraya nanti.

Menurut Ng lagi, kes NFC yang melibatkan pemberian projek kepada kroni bernilai RM250 juta yang juga melibatkan kes di bawah kementerian juga digunakan taktik yang sama.

Selain itu kata Ng, Noh juga tidak mahu tembelang penyelewengan beliau diketahui oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk perdana Menteri kerana takut tidak terpilih menjadi calon dalam PRU 13 nanti.

Noh tertekan

Noh amat tertekan setelah dilantik sebagai Timbalan Perhubungan Umno Selangor. Ini berikutan kesungguhan usaha Umno-BN untuk merampas kembali Selangor.

Bukan setakat itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor. Najib juga pernah membuat kenyataan media bahawa Umno akan merampas Selangor walau dengan apa cara sekali pun.

Kenyataan Najib tersebut merupakan suatu bebanan berat dan besar yang terpaksa ditanggung Noh. Hidup dan mati kerjaya Noh dalam politik bergantung kepada PRU 13 ini.

Andai Selangor gagal ditawan, Noh dan Najib akan dihukum oleh Umno-BN Selangor. Dikalangan Umno Selangor pula, Noh bukan seorang yang disukai.

Kenyataan Noh hari ini yang mendakwa BN yakin memenangi 36 Dun dari 56 Dun Selangor tidak ubah sebagai mana laporan yang di terima Najib dari ketua-ketua Bahagian Umno seluruh negara.

Noh yang mendakwa Umno akan memenangi 30 kerusi Dun dari 35 kerusi yang dipertandingkan boleh dianggap sebagai usaha untuk memujuk diri sendiri.

Sebelum ini bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin memberikan gambaran bahawa Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan akan kekal ditangan Pakatan Rakyat.

Tidak ada sebarang asas yang dijadikan rujukan oleh Noh untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Bancian PKR pada November 2011 lalu mendapati Pakatan Rakyat mendapat sokongan 816,000 undi dari sasaran 809,000 undi untuk memperoleh kemenangan mudah.

Noh di pilih menerajui Umno Selangor setelah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo gagal mempertahankan Selangor dalam PRU 12 lalu. Khir akhirnya dikaitkan dengan skandal pembelian harta yang akhirnya di denda penjara setahun oleh mahkamah.

Noh juga dikatakan tidak sebulu dengan Ketua Pembangkang Adun Selangor, Datuk Satim Diman. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid dalam sidang dun tahun lalu mendedahkan Satim didakwa terlibat dengan penjualan tanah milik kerajaan negeri kepada syarikat bukan bumiputra di Cyberjaya.

Menurut Abdul Khalid isu tersebut akan dibongkar setelah segala maklumat lengkap diperoleh dalam masa terdekat.

Lantaran itu Najib terpaksa bertindak mengetuai Umno Selangor kerana menyedari tidak terdapat anak negeri itu yang mampu memimpin Umno di negeri Jugra itu.

Manakala perpecahan Umno yang serius memaksa anak Pahang tersebut menerajui kepimpinan Umno Selangor.

Umno berpecah di Selangor

Noh tidak disenangi beliau dikelilingi oleh musuh-musuh politik dikalangan pemimpin Umno negeri sendiri.

Noh didakwa terlalu menjaga kroni-kroni politik beliau berbanding rakyat dan Umno bahagian lain.

Peruntukan dana rakyat sebanyak RM2,710,000,000 (RM2.71 bilion) kepada Umno Selangor sebagaimana diumumkan Najib pada 19 Disember tahun lalu juga menjadikan Umno Selangor semakin berpecah.

Noh didakwa lebih memihak memberikan projek-projek kepada kroni-kroni beliau berbanding Umno bahagian lain.

Ketika berlangsung Sidang Dun Selangor yang berakhir 27 Mac lalu, Adun Taman Templer, Datuk Subahah Kamal (BN) bertanya kepada Exco Pelaburan, Perindastrian dan Perdagangan, Teresa Kok berhubung peruntukan RM2.71 bilion yang diberikan kepada Selangor.

Soalan Subahah tersebut ternyata membuktikan adun BN tersebut tidak mengetahui bahawa RM2.71 telah diberikan untuk Umno Selangor dan bukan kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Persoalannya, kemanakah wang rakyat yang di kutip dari titik peluh rakyat jelata yang diberikan kepada Umno Selangor tersebut disalurkan Noh serta kroni-kroni beliau?.

Berapa ramaikah lagi Adun-Adun Umno-BN, ketua-ketua Bahahgian, ketua-ketua Cawangan atau ahli-ahli Umno seluruh Selangor yang tidak mengetahui aliran wang tersebut mengalir?.

Sebagai Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Noh adalah antara orang yang mengetahui ke poket siapa wang tersebut dipenuhkan.

Mungkin atas alasan tersebut Noh mengeluarkan kenyataan Umno akan memenangi 30 kerusi Dun. Atau kenyataan tersebut untuk menjadikan Najib gembira dan mampu tersenyum.

Noh juga mungkin telah berpuas hati dengan laba dari wang rakyat tersebut mampu digunakan untuk memastikan kroni-kroni beliau berpuas hati.

Ataupun, apakah dengan wang titik peluh rakyat tersebut dimanfaatkan bagi beliau mengambil tindakan mahkamah terhadap musuh-musuh beliau termasuk Ng Suee Lim dan Selangorkini?.

http://www.selangorku.com/?p=4723


SPR Buat Lawak Lagi - Umno Tak Boleh Guna Kenderaan Kerajaan Selepas Parlimen Bubar..

Posted: 31 Mar 2012 05:48 PM PDT

Salah guna: Umno guna kenderaan kerajaan selepas parlimen bubar, SPRM kata ia tidak dibenarkan

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri kelmarin menyatakan adalah tidak dibenarkan sesebuah parti menggunakan kemudahan kerajaan selepas pembubaran Parlimen mahupun Dewan Negeri.

"Penggunaan kemudahan kerajaan termasuklah kenderaan selepas pembubaran adalah memang tidak boleh.

"Malah ia bukan sahaja melibatkan sebuah parti tetapi semua parti," jelasnya menjawab pertanyaan hadirin Wacana Sinar Harian di Kompleks Karangkraf di Shah Alam, yang mempersoalkan tentang penggunaan kenderaan kerajaan oleh Umno Barisan Nasional selepas pembubaran Parlimen.


Menurutnya lagi, sepatutnya apabila selepas pembubaran akan ada sebuah kerajaan sementara yang akan mengambil alih kerajaan sedia ada membuat pemantauan tentang penggunaan kemudahan kerajaan.

"Kita secara jelas mengatakan kemudahan kerajaan tidak boleh digunakan tetapi sehingga kini tidak ada garis panduan yang betul-betul langkah untuk kerajaan sementara dalam menghalang tindakan tersebut.

"Kita berharap perkara ini perlu disediakan agar wujud garis panduan yang jelas dalam soal penggunaan kemudahan kerajaan bila berlakunya pembubaran parlimen," sambungnya lagi.

Sebelum itu, Mohd Shukri yang merupakan panel pada Wacana Sinar Harian bertajuk "Rasuah Politik: Persepsi atau Realiti" bagi membincangkan peranan SPRM dalam usaha membanteras rasuah termasuk penglibatan mereka yang berprofil tinggi.

Turut menjadi ahli panel ialah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahmad Dahlan, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli serta penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar.

Manakala moderator adalah Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

- Harakahdaily


Padah Bila 1 Malaysia Dah Jadi 1 Afrika

Posted: 31 Mar 2012 04:56 PM PDT

KAJANG: Berlagak samseng seolah-olah berada di negara sendiri, kira-kira 100 'Awang Hitam' merusuh dengan memecahkan pondok keselamatan di Kondominium Venice Hill, Batu 9, di sini, tengah hari semalam, selepas marah seorang daripada rakan mereka mati dipercayai dibelasah anggota Rela.

Warga Afrika yang menghuni kawasan kediaman berkenaan bukan saja memecahkan pondok pengawal, malah merosakkan pejabat pengurusan serta mencederakan empat pengawal keselamatan.


Lelaki Nigeria yang mati itu, dipercayai dibelasah anggota Rela selepas seorang tukang cuci wanita yang membersihkan satu daripada blok kondominium, mengadu diganggu dan dicabul lelaki berkenaan.

Difahamkan, kondominium berkenaan layak digelar 'Mini Afrika' berikutan hampir ratusan warga dari benua itu menyewa di premis terbabit.

Menurut tukang cuci warga tempatan berusia 40-an itu, lelaki Nigeria terbabit beberapa kali mengganggunya.

Semalam dia tidak dapat tahan lagi selepas lelaki berkenaan bertindak melampau dengan menunjukkan kemaluan.

"Sudah beberapa kali lelaki warga asing itu mengganggu saya ketika saya bekerja dan jam 11 pagi tadi (semalam), tiba-tiba saya dipeluk dari belakang.

"Saya cuba melepaskan diri dengan meronta dan menyiku lelaki berkenaan, sebaik dapat melepaskan diri daripada pelukan, saya memarahinya, tetapi terkejut apabila lelaki berkenaan membuka seluar serta menunjukkan kemaluannya.

"Saya lari dan mengadu kejadian itu kepada anggota Rela yang bertugas mengawal kawasan kondominium," katanya yang ditemui di lokasi kejadian semalam.

Katanya, anggota Rela terbabit kemudian mencari lelaki Nigeria berkenaan, namun dia tidak pasti berapa ramai anggota Rela pergi mencari lelaki itu.

"Tak sangka perkara macam ini yang terjadi pula, saya difahamkan warga Nigeria terbabit dibelasah hingga mati selepas berlaku pertengkaran dengan anggota Rela. Saya kini bimbangkan keselamatan diri serta takut rakan lelaki itu mencari saya pula," katanya.

Sehubungan kejadian itu, lebih 100 penghuni kulit hitam kemudian bertindak merusuh kerana marah dan bilangan mereka semakin ramai selepas polis tiba serta turut cuba menyerang polis yang ingin menyuraikan mereka.

Kira-kira jam 6 petang, selepas bilangan polis ditambah barulah kumpulan yang merusuh itu bersurai.

Difahamkan, warga Nigeria yang dipercayai dibelasah itu maut di tempat kejadian di kaki lima berhampiran lif Blok 3 kondominium terbabit dan anggota Rela yang terbabit dalam kejadian berkenaan turut ditahan polis.

- hmetro


Beruk Yang Semakin Liar Dan Ganas..

Posted: 31 Mar 2012 06:20 AM PDT




Datuk Sri Anwar Ibrahim menunjukan keretanya yg kemek dilontar dgn objek keras sewaktu dalam perjalanan ke Padang Perdana Kota Bharu untuk berceramah sempena Solat Hajat 'Putrajaya Bermula Di Sini'.

Angkara siapa ?????? tentunya angkara mereka2 yang bimbang akan kehilangan kuasa pada PRU 13 nanti.Diajak bersemuka menikus,hanya berani berselindung disebalik bayang2 yang penuh fitnah dan tindakan tidak bermoral.Amat memalukan !!!!!!!!!

http://malaysiaberih.blogspot.com/2012/03/gambar-kereta-ds-anwar-yang-kemek.html


Khas Buat Khaled Noordin.. Nih Belajar Cara-Cara Nak Hapuskan PTPTN

Posted: 31 Mar 2012 05:38 AM PDT

Anwar dedah cara tangani PTPTN

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa tiga tahun.

Jika kita dapat memperuntukkan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun, beban itu mampu dibersihkan dalam tiga tahun, kata Anwar dalam dialog bersama lebih 100 profesional muda di Putrajaya.

Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.


Anwar mendedahkan, sebuah jawatankuasa ditubuhkan pembangkang untuk melihat persoalan sekitar isu itu, antaranya termasuk pendapatan keluarga peminjam.

Ditemui selepas itu, Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memaklumkan sehingga penggubalan dasarnya siap.


Orang Kristian menunggu video tergempar Hasan Ali: Satu lagi gimik politik

Posted: 31 Mar 2012 03:47 AM PDT

Dimana sahaja Hasan Ali pergi, dunia bagaikan berpusing. Bukan sahaja untuknya, tapi untuk semua disekelilingnya terutama sekali orang Kristian. Isnin hadapan, rakyat Malaysia akan menunggu dengan penuh debar untuk video yang dijanjikan oleh Hasan Ali, yang menunjukkan orang Kristian sedang cuba memurtadkan orang Islam.

"Saya sudah berjanji untuk menyiarkannya didalam video. Pada hari Isnin, kamu boleh saksikan sendiri," katanya pada sidang media semalam.


Menurutnya, ada video sepasang suami isteri yang mengaku telah dibaptis dan dimurtadkan untuk memeluk agama Kristian, adakah berkata sepasang suami isteri atau ribuan suami isteri? Jika hanya satu, dia tidak tahu perbezaan antara satu dan seribu. Jika diingatkan kembali, dia pernah berkata dahulu semasa kekecohan serbuan Pusat Methodis Damansara Utama ribuan orang Islam telah dimurtadkan oleh gereja Kristian dan untuk menjalankan kegiatan itu, mereka menggunakan alatan canggih seperti kitab injil yang dibekalkan tenaga solar.

Kenapa ambil masa yang lama?


Sekarang, dia hanya ada video yang menunjukkan sepasang suami isteri sahaja dan kenapa terlalu lama untuk dia menunjukkan bukti itu? Adakah dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk memaksa mereka mengaku dosa itu dalam kes memalsukan bukti ala Umno? Jika terlalu lama masa diambil untuk membongkar cerita tentang sepasang suami isteri, bayangkan masa yang perlu diambil untuk membongkar kegiatan seribu orang Islam. Ia akan mengambil masa hamper 10 jangka hayat.

Ini sahaja telah membuktikan masalah menyesatkan orang Islam tidak berlaku sebenarnya, tidak sepertimana yang mahu dibuktikan oleh Hasan Ali. Kenapa orang Kristian begitu galak hendak menyesatkan orang Islam? Untuk kekal dalam politik, perlu ada agenda. Ibrahim Ali dan Perkasa sudah mengambil tanggungjawab mempertahankan ketuanan Melayu. Semua agenda Melayu yang lain sudah dijaga oleh Umno dan PM. Jadi, yang tinggal hanyalah mempertahankan orang Islam daripada orang Kristian. Tiada cara yang lebih baik daripada menakut-nakutkan orang Islam terhadap gerakan memurtadkan mereka oleh orang Kristian.

Menjadi begitu hina

Sudah tertipukah kita? Kekecohan 7 bulan yang lalu apabila JAIS menyerbu DUMC dimana kita sudah tahu didalanginya, ramai yang mula tahu apa yang boleh dilakukan oleh Hasan Ali. Sungguh menyedihkan bahawa Hasan Ali sanggup menjadi begitu keji dalam menjalankan agendanya untuk melindungi orang Islam dari Kristian.

Orang Islam yang takutkan Tuhan tahu ianya tidak mudah untuk mereka meninggalakan agama mereka dan memeluk Kristian dalam sekelip mata. Akan ada kes murtad dimana-mana dan bukan hanya orang Kristian yang memurtadkan orang Islam. Orang Islam juga menyebarkan dakwah untuk mengislamkan orang Kristian. Taksub adalah satu daripada sebabnya. Cintakan agama adalah satu lagi sebab. Di Malaysia, ada undang-undang yang menghalang agama lain dari berdakwah kepada umat Islam, jadi kemungkinan berlaku murtad adalah amat sedikit.

Lagipun, sungguh besar perbezaan antara sepasang suami isteri dengan 18 juta orang Islam di Malaysia. Adakah ini relevan? Adakah ini membuktikan kenyataan Hasan Ali tentang geraka anti Kristian yang berjumlah jutaan ringgit yang akhirnya akan memalukan orang Kristian yang terdiri daripada 10% dari 28 juta rakyat Malaysia yang juga haknya dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tiada kerja dan mencari agenda untuk memenangi kerusi

Sekarang, Hasan Ali yang tiada kerja setelah dilucutkan jawatan dari PAS dan majlis eksekutif Selangor sekarang sudah menjadi penyelamat orang Melayu dengan NGO yang baru ditubuhkannya, JATI, yang akan dibiayai oleh tahu-tahu sajalah! Hasan mengharapkan JATI untuk menjadi penyambung karier politiknya.

Melalui NGO ini, dia berharap agar Umno akan memberinya kerusi untuk dipertandingi pada PRU ke -13 nanti. Tapi, dengan Najib sebagai PM, presiden Umno, sudah kedengaran permintaan untuk member kerusi pada ahli yang senior, jadi ada harapankah Hasan Ali?

Untuk Najib dan Umno, mereka tidak kisah untuk memberinya dana untuk mengacau pembangkang kerana ini membantu Melayu untuk menyokong mereka. Tapi amat sukar untuk mempercayainya kerana dia merupakan ahli PAS yang telah dipecat yang ingin menjadi MB yang tidak mendapat sokongan akar umbi, dan salah satu kerusi Umno yang amat berharga.

Mungkin inilah yang menjelaskan kenapa JATI relevan pada Najib dan Umno. Dia mungkin boleh menipu mereka namun bukan rakyat yang mengundi nanti. Rakyat Malaysia sudah jemu pada katak yang tidak menghormati pengundi PRU ke 12 yang suka melompat parti. TIADA KATAK YANG AKAN MENANG PADA PRU KE-13!

Jadi, Hasan Ali, adakah anda telah membelanjakan RM 300,000 untuk mengubahsuai pejabat anda? Adakah ini cirri-ciri Islam? Apa sudah jadi pada semua ceramah motivasi dan moral anda tentang hidup berprinsip, adakah semua itu tipu belaka? Memang jenis pakar motivasi yang tidak tahu bagaimana untuk mengimbang keperluan sendiri!

Malaysia Chronicle


Qazaf - Jamil Khir beri tempoh 14 hari kepada Ketua AMK

Posted: 31 Mar 2012 02:13 AM PDT

YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan Jamil Khir menahan permohonan qazaf berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibawa ke Mahkamah Syariah.

Jamil Khir berkata sekiranya dalam tempoh 14 hari, beliau tidak menerima sebarang maklum balas daripada Shamsul seperti yang diminta itu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.


Katanya, kenyataan oleh Shamsul itu dikeluarkan secara terbuka menerusi program siaran langsung Bicara Rakyat di TV1 semalam dan ia merupakan fitnah kepadanya di samping membohongi seluruh rakyat Malaysia.

"Ia merupakan satu pembohongan yang amat tidak wajar kepada saya dan bukan sekadar itu…difitnah dan juga dimalukan dengan kenyataan yang telah beliau (Shamsul) keluarkan dan bukan hanya soal saya tetapi pembohongan ini dibuat di dalam tv yang disiarkan secara langsung di seluruh Malaysia," katanya.

Jamil Khir bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ketujuh Pertubuhan Pergendangan Silat Daerah Yan di Gelanggang Silat Gayung Rumah Shaari Man di Simpang 3 Sungai Daun dekat sini.

- Bernama


Lagi Kerja Gila Dan Tak Bertamadun SPR

Posted: 31 Mar 2012 01:35 AM PDT

Siapa pindah alamat tempat mengundi pengundi ini?

Seorang pengundi, Zawawi Abdul terkejut apabila semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati alamat tempat mengundinya telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Zawawi menunjukkan salinan Borang Daftar Pemilih dari SPR yang didakwa ditandatangan oleh pihak lain


Beliau yang merupakan pengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek sejak tahun 1970-an lagi kini ditukar menjadi pengundi di Dun Duyong.


"Sejak dari tahun 70-an saya mengundi di Sekolah Kebamgsaan Bukit Lintang tidak pernah pindah tempat mengundi, saya terkejut bila menyemak di laman web nama saya ada di Dun Duyong," katanya kesal.

Beliau yang telah membuat bantahan di Ibu Pejabat SPR negeri semalam juga terkejut apabila ditunjukkan salinan borang pertukaran alamat yang tertera cop Kemas dan tandatangan palsu yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak pernah mengisi tukar tempat mengundi dan tandatangan dalam borang tersebut bukan tandatangan saya, malah saya juga tidak pernah menyerahkan fotostat kad pengenalan kepada sesiapapun," katanya lagi.

Ekoran perkara itu, beliau juga telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustaffa Ali menyifatkan tindakan pihak tertentu itu sebagai perbutan khianat dan tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ianya didalangi parti politik tertentu dalam usaha mendapatkan kemenangan dengan cara tidak bermaruah pada PRU-13 nanti.

"Ini merupakan tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan demokrasi" katanya.


- Harakahdaily


Tiada ulasan: