Ahad, 15 April 2012

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Aik ...? Tan Sri Lebai Malang ...?

Posted: 14 Apr 2012 08:11 PM PDT

"KETEREH, 15 April: Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mungkin ditimpa malang lagi selepas digantung dua tahun setengah terbabit dengan aktiviti bola sepak, malam tadi pula 50 orang pengikutnya mengisytiharkan keluar parti.

Lebih mendebarkan lagi apabila empat daripadanya merupakan penghulu Umno (Penyelia Pembangunan Mukim - PPM) dari empat mukim di Ketereh yang diketuai bekas PPM Lancang, Rafia Jusoh, 67.

Tiga lagi iaitu Sanusi Jaya (PPM Buluh Poh), Zakaria Awang Lah (PPM Kayu Rendang) dan Ismail Jaffar (PPM Chegar). Selain itu Ketua Pemuda Umno Cawangan Lancang, Abdul Rahman Abdul Rahim.

Rafia yang lebih dikenali sebagai Paksu Ya menyerah borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada program ceramah yang diadakan di perkarangan rumahnya di Kampung Durian Pahit."

Seterusnya di sini ...

Tiada ulasan: