Ahad, 15 April 2012

Addin

Addin


Gambar 7 Pengkhianat Agama, Bangsa Dan Negara

Posted: 15 Apr 2012 05:00 PM PDT

Baru-baru ini negara digemparkan dengan pendedahan berani Ahli Parlimen Pokok Sena YB Haji Mahfuz Omar mengenai task force yang diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak dalam misi mereka memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang. Disini aku senaraikan nama-nama wanted yang turut sama dalam GERAKAN KHAS untuk menjahanamkan negara ni :

 1. DATUK OSMAN RAZAK -Ketua, Penasihat Khas Perdana Menteri(Gambar dalam proses)
2. DATUK MOHAMED THAJUDEEN ABD WAHAB - Setiausaha MKN (gambar bawah)
3. DATUK WAN AHMAD WAN OMAR - Timbalan Pengerusi SPR (gambar bawah)
4. DATUK JARIAH - Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (gambar bawah) 
5. NIK NORASHIKIN NIK MANSUR - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara
6. RASHID BASIRON - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara
7. SHAHRUL ANWAR AHMAD ZAHIDI - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara



Sebenarnya mereka ini lah pengkhianat negara, agama dan bangsa. Sebagai salah seorang penduduk negara bertuah ini rasa terhina dan tercabar menyelebungi jiwa dengan perbuatan dan tindak tanduk yang telah dilakukan oleh mereka-mereka ini.

Sekiranya pendedahan YB Pokok Sena ini salah, mereka ini patut tampil ke hadapan bagi menafikan pendedahan tersebut dan tindakan sewajarnya patut di ambil bagi membersih nama yang tercalar, tetapi sekiranya tiada sebarang penafian dan tindakan dibuat, seruan dan cadangan agar mereka-mereka ini diajar dengan secukupnya.

Mereka-mereka inilah kakitangan kerajaan yang tidak amanah dan tidak bermaruah, menjual dan menggadai maruah hanya dengan sedikit habuan dunia.~siasahkini

(Video) Lagi Pemimpin Umno Keluar Kenyataan Perkauman

Posted: 15 Apr 2012 09:52 AM PDT

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob di gesa menarik balik beberapa kenyataan panas kononnya orang Cina yang menentang projek Lynas di Gebeng itu kemungkinan besar mendapat kerjasama dengan Asia Pasifik China Chamber Of Commerce. Adnan berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan seorang rakyat Australia di pejabatnya beberapa bulan yang lalu. Dalam wawancara iu, Adnan tanpa usul periksa dengan berani membuat kenyataan seperti berikut.

"Saya telah buat sikit kajian dan saya perhatikan dalam dunia sekarang ini bahawa tanah jarang (rare earth) buat masa ini dikeluarkan dengan banyaknya oleh negara China. Negera Cina mengawal hampir 97% pasaran tanah jarang ... dan Amerika Syarikat punyai rizab yang besar iaitu 13 juta matrik tan .

Buat masa ini pengeluar terbesar ialah negara China .. dan kita harus ingat, China mempunyai rangkaian perniagaan yang sangat teratur yang mempunyai struktur yang baik melalui Asia Pasifik China Chamber Of Commerce...

Itu sebab kita dapat lihat di Malaysia, terutama di Kuantan mereka yang menentang terdiri daripada ramai pemimpin-pemimpin dan persatuan-persatuan orang Cina, dan kita tak boleh tolak kemungkinan bahawa ada kerjasama yang mungkin tidak diuruskan secara rasmi, tetapi kerjasama dengan dasar tahu sama tahu..... dan kita dapat lihat rata-rata di Kuantan ini yang menentang ialah orang-orang Cina.

Kita rasa yakin ada kaitan ...." Sila rujuk video dibawah sebagai bukti kukuh berkenaan dakwaan yang telah dibuat oleh Menteri Besar Pahang ini.

Kenyataan Adnan ini bukan sahaja tidak berasas, malah ia satu usaha terdesak untuk menyelamatkan diri beliau daripada terpalit dengan isu Lynas itu sebenarnya. Malah, susulan daripada kenyataan itu maka ramai pemimpin UMNO dengan bangganya mengatakan orang Cina di Kuantan berjuang menentang Lynas sebab dengki kerana kaum terbabit tidak mendapat projek dengan Lynas.

Mereka mengatakan Lynas hanya mengambil kontraktor dan syarikat bumiputera untuk berkerjasama dengan mereka terutamanya melibatkan kontrak-kontrak besar di kilang itu sejak dari awal pembinaannya hinggalah seorang. Mereka menuduh, orang Cina di Kuantan sengaja menimbulkan isu sebab mereka cemburu dan irihati projek itu dimonopoli oleh kontraktor yang berbangsa Melayu.



~pahangdaily


Gambar Fitnah Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 15 Apr 2012 06:00 AM PDT


Tengah -tengah blogwalking pagi-pagi buta nih Addin terserempak gambar nih salah satu blog sahabat. Ade gaya gambar TGNA masa muda ke? Sekali imbas, 10 kali imbas pun memang takde gaya TGNA. Macam mana blogger pencacai Umno nih boleh kata nih gambar TGNA masa muda.

Dikhabarkan blogger pencacai klaim gambar nih perkahwinan TGNA. Kalau ye pun agak-agaklah.. tak akan lah ni pun nak jadi modal fitnah. Kalau dah dinamakan pencacai tuh, apa-apa isu pun cuba di create untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat.



Gambar ~naimnikmat


Tiada ulasan: