Anak Sungai Derhaka |
- Gambar Najib dikalungkan bunga pulakdah..
- ‘Masa sudah sesuai’ bagi Najib panggil PRU13 kata Mahathir.. tapi.. beranikah Najib?
- Buku komik hanya memalukan Najib..
- Alahai Najib.. Yang ini pun nak tiru Anwar juga ke?
Gambar Najib dikalungkan bunga pulakdah.. Posted: 15 Apr 2012 09:24 AM PDT Demonstrasi mansuh Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyaksikan upacara kalungan bunga di letak ke atas potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Upacara tersebut dilakukan di hadapan lebih 500 mahasiswa yang berhimpun di hadapan Kompleks Membeli Sogo di sini petang tadi. Tindakan itu menurut Timbalan Presiden (KAMI), Khalid Mohd Ismath sebagai tanda pemerintahan rejim Umno-BN yang mengepalai negara ini harus berakhir. "Ini menunjukkan kemuncak kekecewaan dan kemarahan kami golongan mahasiswa terhadap segala kepincangan dan kegagalan kerajaan yang ada sekarang ini. "Jadi, kalungan bunga itu sebagai kemuncak tanda protes terhadap pemerintahan Najib yang dilihat tidak bersungguh-sungguh membela rakyat, memajukan negara apatah lagi untuk memberikan pendidikan percuma. "Begitu juga dengan Menteri Pengajian Tinggi yang tidak peduli dengan desakan mahasiswa," jelas Khalid ketika ditemuramah TV Selangor di Dataran Merdeka. Disamping kalungan bunga, sebuah replika batu nisan dengan perkataan "Demokrasi by KPT" di letakkan di antara potret kedua pemimpin Umno-BN itu. Khalid menjelaskan upacara tersebut sekadar upacara simbolik dan tidak seharusnya dijadikan isu utama. "Itu cuma simbolik bahawa kerajaan yang ada ini harus dikuburkan kerana telah banyak menyusahkan rakyat samada golongan pelajar atau bukan. "Perbuatan mereka sebenarnya yang melampau dengan pelbagai penyelewengan, rasuah, pembaziran dan sebagainya yang mana rakyat yang menjadi mangsa sikap rakus dan tamak mereka," tambah Khalid. Selangorku | ||||
‘Masa sudah sesuai’ bagi Najib panggil PRU13 kata Mahathir.. tapi.. beranikah Najib? Posted: 15 Apr 2012 06:00 AM PDT SINTOK - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berpendapat bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik. Beliau berkata, ini memandangkan tempoh masa yang tinggal sudah tidak lama lagi iaitu menjelang pertengahan tahun depan. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan. "Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya. "Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila Parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini. Beliau berkata, melalui sistem berkenaan ia memberi peluang kepada kerajaan yang memerintah untuk menilai tahap populariti dan sekiranya merasakan diri mereka boleh menang, maka pilihan raya akan diadakan. "Sekarang pun nampak bagus juga (untuk diadakan pilihan raya)," katanya ketika diminta pendapat mengenai tarikh sesuai diadakan pilihan raya. – Bernama | ||||
Buku komik hanya memalukan Najib.. Posted: 15 Apr 2012 03:51 AM PDT Isu komik politik yang memuji Barisan Nasional (BN) dan menggambarkan Datuk Seri Najib Razak sebagai adiwira hanya memalukan imejnya sebagai bahan jenaka, jelas pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Pemimpin-pemimpin berkenaan menjelaskan, watak Najib sengaja dibesar-besarkan serbagai penyelamat negara membuktikan Najib sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan. "Ini menunjukkan BN semakin terdesak. "Dalam erti kata lain, ini adalah berita baik kerana kami mempunyai impak yag besar, dan sekarang, mereka semakin terdesak, kata Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad. "Mereka tidak perlu melakukan semua ini kerana pada mulanya mereka yakin akan menang," katanya lagi. The Malaysian Insider telah melaporkan Jumaat lalu terdapatnya buku komik BN yang diedarkan kepada guru-guru di sekolah sejak beberapa minggu lalu memandangkan pilihan raya ke-13 swmakin hampir, yang diedarkan oleh Jabatan Pelajaran. Komik 50 muka surat berwarna itu menunjukkan karikatur pemimpin negara itu diberikan pujian sebagai watak positif. Sebaliknya, Najib digambarkan sebagai adiwira, merujuk kepada "Superman", musuhnya, digambarkan dalam keadaan sebaliknya. Pada muka surat 31, digambarkan seorang lelalki sedang memeluk dua lelaki separuh bogel yang menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Khalid hanya ketawa apabila komikitu ditunjukkan kepadanya dan yakin siapa yang membaca komik itu juga akan melakukan perkara sama. Menurutnya, rakyat Malaysia sudah matang untuk menilai "superhero Najib", menambah buku itu mengejek individu yang sepatutnya menjadi pemimpin no satu negara. "Ia terlalu ekstrem, ... warnakan mereka dengan lebih menarik. Karut dan memalukan untuk seorang perdana menteri ... Najib sebagai Superman, hanya akan membuatkan orang ramai ketawa," katanya. Ahli Parlimen DP Tony Pua bersependapat bahawa komik itu keterlaluan, dan menegaskan kerajaan sengaja "meracuni" minda guru dengan "watak karton" itu atas dasar terdesak. "Ia menunjukkan BN akan tewas pilihan raya akan datang - termasuklah penyebaran fitnah, penipuan," katanya kepada The Malaysian Insider. "Saya rasa ia tindakan tidak bertanggungjawab kementerian mengedarkan komik berunsur politik kepada guru," tambahnya. Pua bagaimanapun berkata komik berkenaan mungkin mendatangkan kesan negatif kepada guru, yang mana minda mereka menurutnya diracun dengan menunjukkan pemimpin PR adalah individu yang tidak baik. "Apa yang lebih penting, ia akan mengganggu tumpuan mereka daripada tanggungjawan utama untuk mengajar dan mendidik minda pelajar," katanya. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendesak pihak polis menyiasat perkara itu, menegaskan tindakan itu adalah keterlaluan dan "taktik kotor" untuk memburukkan nama pembangkang kepada guru. "Ini menunjukkan taktik kotor Umno tiada hadnya seperti dilakukan TPM (timbalan perdana menteri) yang merupakan menteri pelajaran, termasuk juga PM. "Malah, PM harus menghalang menteri pelajaran sekiranya beliau berniat untuk menghalang taktik kkotor itu disebarkan untuk memburukkan integriti sekolah dan mempengaruhi minda remaja," katanya. Mandat untuk BN memerintah akan tamat pada suku pertama tahun depan dan terdapatnya spekulasi pilihan raya umum akan dijalankan lebih awal, berkemungkinan beberapa bulan lagi. Guru-guru yang merupakan populasi besar kakitangan awam, kebanyakannya adalah sasaran undi untuk BN. Tidak semua sekolah menerima komik tersebut. Sesetengah guru kanan yang telah di hubungi The Malaysian Insider tidak mengendahkan perkara itu. Kementerian Pelajaran masih lagi gagal dihubungi untuk mengesahkan perkara itu. The Malaysian Insider | ||||
Alahai Najib.. Yang ini pun nak tiru Anwar juga ke? Posted: 14 Apr 2012 09:42 PM PDT Sekitar February lalu kerana kesakan lalulintas sepanjangkira-kira lima kilometer yang berlaku akibat sekatan jalanraya oleh pihakPolis, Anwar terpaksa membonceng Motorsikal untuk sampai ketapak ceramah diKampung Mengkasar. Sekalipun banyak sekatan polis dilakukan hingga menyebabkansebahagian rakyat gagal tiba di lokasi ceramah, kira-kira 3,000 penduduksetempat sempat mengikuti amanat Anwar dan pimpinan lain. Kampung Mengkasar kubu kuat Umno dan terletak dalam kawasanParlimen Pekan disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Semalam pula Blog-blog Pro UMNO menyiarkan pula gambar Najibmembonceng Motorsikal untuk kelokasi pelancaran Sahabat BN anjuran PertubuhanWarisan dan Kebajikan Anak Malaysia (Waris Malaya) di Dataran TransformasiMalaya, Jalan Kebun. Alasan mereka ialah Najib terpaksa membonceng Motorsikalkerana kesesakan lalulintas yang berlaku untuk ke tapak pelancaran tersebut.. Bengong punya alasan… Setiap pergerakan Najib akan diiringi dan didahului olehbeberapa buah motorsikal Polis trafik yang akan memastikan perjalanan beliaukesesuatu majlis itu lancar.. Anwar tak ada pengiring rasmi. Siapa yang berani menghalang akan kena saman.. cubalahhalang. Jika dikatakan Najib terpaksa membonceng motorsikal untukkesesuatu majlis itu adalah satu percubaan untuk memperbodohkan rakyatsebenarnya.. Tulis sajalah Najib meniru aksi Anwar menunggang motorsikaluntuk berjumpa rakyat kan lebih tepat.. Ni sekeping lagi gambar Najib meniru Anwar.. Ini pula sedikit gambar dari Majlis Sahabat BN "Kita tak tipu, perubahan sebenarnya berlaku. Saya akan membentangkan rang undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Parlimen walaupun sudah berjasa selama ini. "Angin kencang akan meranapkan sesiapa saja yang menolak perubahan dituntut rakyat Selangor yang ingin kembalikan BN di Selangor. Era reformasi sudah berakhir," katanya.
Najib Razak menyifatkan reformasi anjuran pembangkang yang mengumpulkan orang ramai terutama golongan muda di tepi jalan sudah berakhir dengan kesedaran ia menyusahkan rakyat. Beliau berkata, reformasi yang dilaung-laungkan pembangkang diibaratkan berakhir dengan 'baling kerusi', malah kekecohan berlaku, termasuk dalam perhimpunan siri Bersih 1, 2 dan 3 menyusahkan rakyat. Najib berkata, tindakan itu berbeza berbanding Barisan Nasional (BN) yang melaksanakan transformasi untuk membangunkan rakyat Malaysia. "Reformasi kumpul orang tepi jalan kerana konon nak jadi juara, tetapi sebenarnya menyusahkan rakyat, kalau nak kumpul, kumpul secara aman. "Negara ini, bumi ini yang bertuah untuk siapa, bukan untuk kami (tapi) untuk anda semua yang muda-muda sebab itu kita bela. Laporan dari myMetro Gambar dari Darul Ehsan Today |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan