Khamis, 26 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Adakah Pengerusi SPR -Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Bunga Daisy Putrajaya??

Posted: 26 Apr 2012 01:56 AM PDT




Cerita awal di sini.





Sakit Jiwa Najib dan Geng Baca Berita Ini

Posted: 26 Apr 2012 12:37 AM PDT



[HD] KOTA BHARU: Belum pun Umno sempat menuai hasil daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ada penerima bantuan sudah membelanjakan wang yang diperolehi bagi menganjurkan kenduri kesyukuran menyertai PAS.

Baru-baru ini beberapa penduduk yang menerima BR1M berpakat menggunakan wang yang diperolehi untuk membeli lembu bagi majlis kesyukuran di Rantau Panjang.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, keadaan sebaliknya berlaku apabila habuan BR1M sebanyak RM500 yang diharap BN dapat memancing undi dijadikan modal untuk program PAS.

"Pada mulanya BR1M bertujuan memancing undi dengan harapan rakyat terus menyokong BN, namun lain pula jadinya di Bukit Tuku.

"Tak sangka pula ada penerima berpakat sesama mereka membeli lembu sempena majlis kesyukuran menyertai PAS," ujarnya pada perasmian penutup Ijtima' Almala' di Kota Darulnaim baru-baru ini.

Hampir 800 peserta menghadiri program berkenaan. Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed dan Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Kelantan, Ustaz Saibon Ismail.


P/s: Kah kah kah!

 

[KANTOI] PKR Dakwa Ada Bukti Pengerusi dan Timbalan SPR Ahli UMNO

Posted: 25 Apr 2012 11:00 PM PDT


[SH] PETALING JAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz dan timbalannya, Mohd Yusof dan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dicabar untuk menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali. 

Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya. 

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.


Sehubungan itu kata Saifuddin, beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno - parti teras Barisan Nasional (BN).

"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pili­han raya.

"Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik,
" katanya.

"Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata beliau dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno,"
katanya lagi.

Saifuddin berkata, kedua-dua Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya telah meletakkan jawatan dalam parti sebaik sahaja dilantik ke jawatan penting agensi pengendali pilihan raya itu.

"Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara... dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat," katanya.

Dalam hal ini, katanya, beliau menghormati pendirian Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu , apabila dilantik ke jawatan itu.

Kata Saifuddin, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya dan sewajarnya Abdul Aziz dan Wan Ahmad mengikut jejak langkah Speaker Dewan Rakyat.

"Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut," katanya.

Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.

Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.




P/s: Patutlah....!!!

[Video] Sekumpulan Lelaki Dakwa Ahli Tiga Line "Serang" Kedai Kereta Terpakai Bersama Wartawan dan Pelanggan

Posted: 25 Apr 2012 08:57 PM PDT


Serang, ugut, selongkar, rampas...

Mungkin ada pelanggan kedai pengedar kereta terpakai ini yang tidak berpuas hati, mungkin ada elemen penipuan yang dikaitkan dengan kedai itu. Pelanggan tersebut kemudiannya meminta bantuan sekumpulan lelaki untuk menuntut duit dan sebagainya.

Andaian saya sahaja.

Menurut laporan MKShe (Pengarah Syarikat) said another man, who identified himself as a 'Tiga Line' member, forced her to produce a letter saying that the company owed its customers RM200,000 in deposits and for the money to be repaid to the customers present, with the balance to the gang for "services rendered".

About seven customers then came to collect their deposits, and the company director said some of them claimed more than the deposits they had made and some even claimed twice.
Sambung di sini.

Berdasarkan penjelasan pengarah syarikat, mungkin andaian saya itu ada benarnya.

Yang menariknya, pengarah syarikat itu mendakwa (dapat dilihat dengan jelas dalam CCTV) ada dua orang wartawan turut serta dalam kumpulan itu. Siapa dan akhbar mana yang diwakili mereka? Bilakah akhbar itu akan menyiarkan berita "serangan" tersebut?



P/s: Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara?



[Tragis] Remaja Terserempak Harimau Meninggal Dunia Kerana Trauma

Posted: 25 Apr 2012 08:12 PM PDT


[SH] KUALA KANGSAR - Peristiwa diekori harimau hampir tiga jam di kawasan Padang Ragut Changkat Jambu, di sini, mengakibatkan kehidupan Mastura Kamaruddin, 16, diselubungi trauma sehingga dia menghembus nafas terakhir pada jam 5 petang kelmarin, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Kisah Mastura bersama ibunya, Rohani Osman, 50, diekori harimau ketika menoreh getah pada 15 Januari lalu pernah menggemparkan negara apabila tersiar di dada akhbar.

Menurut Rohani, selepas peristiwa itu, kesihatan Mastura sering terganggu termasuk mengalami demam panas dan pernah dimasukkan ke wad Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, kesihatan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Kati itu semakin teruk dari sehari ke sehari sehingga hilang kemampuan berjalan pada 7 April lalu.

"Keadaannya sangat lemah ketika itu sehingga perlu didukung oleh bapanya untuk ke bilik air dan memerlukan jagaan sepanjang masa.

"Mastura dipindahkan ke HRPB pada 13 April lalu kerana keadaannya semakin teruk sehingga tidak mampu bercakap," katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Chuar Hilir, di sini, semalam.

Laporan hospital mengatakan kematian Mastura berpunca daripada jangkitan kuman dalam darah dan Sinar Harian difahamkan selepas peristiwa diekori harimau, kehidupan remaja itu sering dihantui insiden berkenaan.

Sentiasa ketakutan
ROHANI mengakui Mastura mengalami trauma dan sentiasa berada dalam ketakutan selepas peristiwa itu, sehingga tidurnya sering terganggu.

Katanya, selain mendapatkan rawatan di hospital, keluarganya turut mendapatkan rawatan alternatif daripada pengamal perubatan tradisional dan pernah dibekalkan limau nipis untuk mandi.

"Hanya saya sahaja mandi menggunakan limau nipis itu sedangkan Mastura tidak mahu melalui proses berkenaan," jelas Rohani.

Rohani juga memaklumkan anaknya itu mengalami luka di bahagian kaki dan pinggang serta sedikit kecederaan semasa melarikan diri daripada harimau berkenaan.

Menurutnya, luka berkenaan semakin teruk sehingga kaki Mastura menjadi lemah menyebabkan remaja itu tidak mampu berjalan dan kini mereka sekeluarga reda dengan pemergiannya walaupun di selubungi kesedihan.

Hilang mata pencarian
DALAM pada itu, Rohani menceritakan, Mastura sempat berpesan agar dia tidak lagi menoreh di kawasan kejadian beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu turut memberi pesanan sama kepada ayahnya kerana bimbang mereka akan jatuh sakit sepertinya.

"Kerana menghormati pesanan akhir Mastura, saya dan suami tidak lagi menoreh di kawasan padang ragut itu demi mengelak kejadian sama berulang.

"Sekarang kami tidak tahu di mana mahu mencari rezeki kerana selama ini pendapatan kami sekeluarga hanya bergantung kepada kerja menoreh getah," katanya.

Dalam keadaan sedih serta muram, Rohani mengakui dia sendiri tidak dapat melupakan kejadian tersebut dan akan berpegang kepada pesanan Mastura sungguhpun tertekan memikirkan cara mencari sumber pendapatan keluarga.

*Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi sendiri keluarga ini di talian 012-5825300.


Pengakuian Zahida Rafik: "...saya tidak mengenali beliau (Shafie Apdal) secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri."

Posted: 25 Apr 2012 07:16 PM PDT

 
Saya bukan isteri menteri -Zahida

[Kosmo] KUALA LUMPUR – Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.

Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.

"Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.

"Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam.


P/s: Kalau baca kenyataan media Shafie Apdal, beliau tidak menafikan secara spesifik hubungannya dengan artis tersebut. Yang jelas beliau hanya menafikan dakwaan memberikan sejumlah wang kepada artis berkenaan.
 
Artis ini dengan yakin mengaku tidak mengenali Shafie Apdal secara peribadi.
 
Apabila dia berkata demikian, tidak sabar pula menunggu pendedahan Zuraida yang dikatakan sebelum ini akan tampil dengan bukti kukuh dan saksi.

Tunggu dan lihat!

Rumah besar yang dikaitkan dengan artis tersebut di sini.

Rumah RM4 Juta Didakwa Milik Artis yang Dikaitkan dengan Menteri

Posted: 25 Apr 2012 06:08 PM PDT



[HD] KUALA LUMPUR: Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini.

Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu.

Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya.

Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubah suai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.

Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.
...................


Berkaitan:

Artis Wanita Hantar Surat Peguam kepada MP

[MK] Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin hari ini berkata, beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik yang didakwanya menerima bayaran RM1.5 juta daripada menteri Umno.

Zuraida berkata, surat melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zuraida berkata, surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan.

"Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya.

"Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagai peguam?" soalnya yang juga anggota Parlimen Ampang.

Sementara itu, Zuraida juga berkata, beliau akan membuat dakwaan dan memberi 'bukti kukuh' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Zuraida enggan memberi gambaran apakah 'bukti kukuh' yang beliau ada.

"Saya akan buat satu sidang akhbar dan berserta bukti dan saksi jika terdapat keperluan.

"Tapi sekarang, mari kita tumpukan perhatian pada BERSIH 3.0," katanya merujuk kepada perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya Sabtu ini. 



 

[PANAS] VIP Kahwini Artis di Siam, Duit Jutaan Ringgit Rasuah untuk Dapatkan Projek?

Posted: 25 Apr 2012 05:24 PM PDT



Cerita dari blog MSO, saya salin dari sini....
Bual punya bual maka sampailah kepada soal-soal peribadi pemimpin Umno parti yang dianutinya termasuklah mengenai seorang pemimpin Umno yang sehari dua ini dikaitkan dengan seorang artis. Menurut kawan saya itu dia tahu atau mendapat maklumat mengenai pemimpin kanan Umno berkenaan memang ada hubungan dengan artis berkenaan.

Dia menafikan yang pemimpin kanan menteri itu memberi wang sampai mencecah jutaan ringgit kepada artis berkenan. "Setahu saya dia tidak memberi wang sebanyak itu. Sebaliknya apa yang saya tahu, artis itu mendapat wang dari pihak lain..," katanya perlahan-lahan dan selamba. Agak kekok juga untuk dia memberi tahu 'rahsia' itu.

Pihak yang memberi wang atau diterima diterima oleh artis itu dari mereka yang ingin mendapat sokongan atau projek dari pemimpin Umno berkenaan. "Saya tahu sebab saya dan kawan ada berhajat untuk mendapatkan projek dari pemimpin Umno berkenaan, dan saya juga bercadang memberikan wang kepada artis itu.." katanya.

Di sini saya tertegun dengan kata-kata itu. Kenapa harus memberi wang kepadanya (artis)? "Demo tidak tahu ke, pemimpon Umno itu sudah kahwin dengan artis berkenaan. Kawan tahu ini sebab puak-puak kita di Tanah Merah yang mengaturkan perkahwinannya di Siam, Puak Tanah Merah hampir-hampir ikut menjadi saksi.

Saya lagi tertegun dan mendekatkan telinga dengannya. Percakapan saya dengan kawan itu tidak diberi perhatian oleh kawan-kawan lain yang duduk semeja panjang yang dicantum menjadi dua."Perkahwinan itu bagaimana pun tidak didaftarkan, tetapi ada orang tahu..." tambahnya.

"Ini sedap ceritanya ni," kata saya menarik perhatian. Kawan itu terus bercerita dan bercerita sehingga dia minta saya merujukkan kepad orang bernama Zubir... "Demo tanya Zubir dia tahu sebab dia yang membawa pemimpin kanan Umno dan artis itu berkahwin." Sambungnya.

"Bila mereka kahwin?" soal saya.

"Lama dah, tahun lepas lagi..." jawabnya selamba dan bersahaja seperti mana lagaknya sebelum ini.

"Zubir tu orang mana," tanya saya.

"Dia orang kita juga...." balasnya. Sayang perbualan itu tidak sampai habis sebab masa untuk dia bersama kawannya ke kamar hakim sudah tiba. Kawan itu memberi jaminan dia akan bercerita lagi apabila kami bertemu semula.

P/s: Rasanya tidak perlu pening kepala meneka individu yang dikaitkan dengan gosip politik ini!



Tiada ulasan: