Biaqpila |
- 50,000 mahasiswa akan sertai Bersih 3.0
- Anggota polis Istana Anak Bukit mati ditembak
- Terbukti! Rupa-rupanya Umno Pulau Pinang jadi kuda tunggangan parti Gerakan
- BERSIH 3.0: SPR Takut Kerana Salah
- Sekali lagi mereka meludah masuk mulut sendiri
- Artis wanita hantar surat peguam pada MP
50,000 mahasiswa akan sertai Bersih 3.0 Posted: 26 Apr 2012 03:00 PM PDT Sejak pengumuman secara rasmi dibuat oleh pihak Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) tentang penganjuran himpunan Bersih3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka, bermacam-macam respons dibuat oleh pelbagai pihak. Kini, hanya berbaki kurang 1 hari 20 jam 30 minit untuk acara itu berlangsung dan respons-respons itu masih berterusan. Di pihak Pakatan Rakyat (PR), dari Ketua Pembangkang sehinggalah kepada ahli dan penyokong bawahan, semuanya menyatakan sokongan dan memberi komitmen penuh untuk menjayakan siri ke-3 himpunan seumpama itu sejak ia diadakan buat kali pertama pada tahun 2006. Sikap Kerajaan Malaysia yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, atas semangat 'menghormati' Akta Himpunan Amam 2011, memberi reaksi yang sangat berbeza berbanding ketika penganjuran Bersih 2.0, awal-awal lagi mengumumkan tiada halangan untuk himpunan itu diadakan. Malangnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak bersikap 'proaktif' sebagaimana KDN dalam mendepani permohonan daripada pihak Bersih. Barangkali juga KDN dan DBKL sedang bermain wayang. Ketegasan Bersih untuk tetap berhimpun di Dataran Merdeka menyebabkan Bersih dan penyokongnya dilabel sebagai degil dan didakwa cuba mendoktrin rakyat Malaysia untuk tidak menghormati perlembagaan negara serta tidak menghargai keamanan yang sedang dinikmati kini. Media (TV3, Utusan Malaysia) pula mengambil posisi terpenting untuk mempengaruhi persepsi seluruh rakyat Malaysia. Kenyataan penuh dan 'bersuara' oleh beberapa orang menteri, agamawan, ilmuan dan rakyat disiarkan setiap hari untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa himpunan Bersih 3.0 adalah haram, akan mengancam keselamatan negara, mengganggu kehidupan warga ibu kota, doktrin sesat pembangkang dan tidak rasional. Tidak lain tujuannya melainkan untuk menjatuhkan political mileage lawan politik kerajaan atau sekurang-kurangnya mengurangkan sokongan dan kehadiran rakyat ke Bersih 3.0. Mahasiswa selaku kunci penting dalam pembinaan dan pembangunan masa depan Malaysia juga pasti punyai pendirian. Mahasiswa Generasi Y adalah mahasiswa yang berfikir dengan akal, berbicara dengan fakta, mendengar dengan cakna dan memerhati dengan bijaksana pasti akan berekspresi secara rasional. Penilaiannya adalah bukan soal BN atau PR, kerajaan atau pembangkang. Tetapi asas pertimbangan mahasiswa adalah kebenaran dan keadilan, lebih-lebih lagi dalam soal proses pemilihan kepimpinan negara yang menjadi penentu kepada substance pembinaan dan pembangunan negara pada masa hadapan. Jika silap langkah, padah! Jika betul, bertuah! Saya yakin dan percaya, serta memberi jaminan bahawa tidak kurang 50,000 mahasiswa dan anak muda akan menyertai himpunan Bersih 3.0 pada hari Sabtu ini. Penulis ialah Pengerusi Inspirasi Anak Muda Malaysia (Inspirasi) dan Naib Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). direktoripolitikmalaysia KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Anggota polis Istana Anak Bukit mati ditembak Posted: 26 Apr 2012 09:24 AM PDT ALOR SETAR - Seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di hadapan pintu utama istana hari ini. Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, anggota berpangkat Konstabel, yang berasal dari Melaka mati di tempat kejadian. Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai ditembak di muka dan dada menggunakan senjata jenis M-16. Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata kejadian tersebut disedari oleh seorang anggota lain, yang berada berhampiran tempat kejadian yang terdengar bunyi seperti mercun. "Bila anggota tersebut keluar dia nampak mangsa terbaring di hadapan pos pengawal dalam keadaan berlumuran darah dan suspek meninggalkan istana sejurus kejadian berlaku dengan menggunakan kereta," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini. Beliau berkata, polis telah menahan suspek berpangkat Lans Koperal di Simpang Empat, Perlis dipercayai di rumah isterinya kira-kira pukul 8.30 malam ini dan dibawa ke sini untuk siasatan lanjut mengenai motif pembunuhan tersebut. Ahmad berkata, suspek yang berusia 25 tahun baru sahaja ditugaskan di istana tersebut dua minggu lalu dipercayai menembak mangsa dengan menggunakan senjata jenis M-16 hasil daripada kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian. Katanya, mangsa dan suspek bekerja bagi shift 3 petang hingga 7 malam. Mayat mangsa dibawa keluar dari istana kira-kira pukul 7.40 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga. Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab telah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong untuk dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kira-kira pukul 6.30 petang tadi. "Tuanku Abdul Halim sedih dengan kejadian yang berlaku dan ini merupakan kali pertama kes tersebut berlaku sejak istana itu wujud pada 1936," katanya. Seorang saksi yang tinggal berhampiran istana itu, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia terdengar bunyi beberapa das tembakan dan menyangka hanya bunyi tembakan biasa kerana pihak istana memburu musang. Dia hanya mengetahui kejadian tersebut ketika hendak mengambil gambar di depan istana. - Bernama SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Terbukti! Rupa-rupanya Umno Pulau Pinang jadi kuda tunggangan parti Gerakan Posted: 26 Apr 2012 12:00 AM PDT Umno Pulau Pinang sekadar kuda tunggangan parti Gerakan di Pulau Pinang selepas Najib melantik Setiausaha Parti Gerakan menjadi Pengerusi BN negeri. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang sinis pelantikan Teng Chang Yeow, Setiausaha Parti Gerakan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang baru. Bagi DPPM, pelantikan Tang Chang Yeow menunjukkan wajah sebenar UMNO yang begitu lantang sebelum ini membela nasib dan ketuanan Melayu di Pulau Pinang namun menjadi lembik dan terkulai apabila Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Pengerusi BN yang baharu. Keputusan pelantikan Tan Chang Yeow tidak memeranjatkan namun ia memperlihatkan lemahnya pemimpin UMNO Pulau Pinang sehingga tidak layak dilantik ke jawatan tersebut. DPPM merasa hairan kerana dalam keadaan Parti Gerakan yang tidak memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang, mereka masih diberikan tempat istimewa sebagai Pengerusi BN. Sebaliknya jumlah kerusi BN di Pulau Pinang banyak dimenangi oleh UMNO, tetapi mereka ditolak ke tepi. Keadaan ini menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya 'kuda tunggangan' Parti Gerakan sehingga akur dan tunduk dengan kehendak parti tersebut.Pelantikan ini pastinya sebagai tamparan hebat kepada pemimpin ultra Melayu Pulau Pinang. Dimana perginya suara lantang pemimpin Melayu UMNO Pulau Pinang yang kononnya mahu membela umat Melayu di sana. Mengapa tidak ada satu suara pun yang bangkit menentang keputusan Presiden UMNO agar pemimpin UMNO diangkat sebagai Pengerusi BN. Pemimpin UMNO P.Pinang sepatutnya merasa tercabar kerana mereka dipandang lekeh oleh pucuk pimpinan UMNO sehingga tidak dipandang langsung untuk mengetuai BN di sana.Mungkin juga Pengerusi BN yang baharu ini berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng dari segi pendekatan. Mungkin Pengerusi BN ini telah berjanji untuk memartabatkan bangsa Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang. Mungkin juga umat Islam di Pulau Pinang akan semakin terbela di bawah pemerintahan 'Khalifah' Tan Chang Yeow sekiranya BN menang di Pulau Pinang. Atau mungkin juga UMNO telah men transformasikan parti mereka untuk menerima bangsa lain sebagai pemimpin mereka dan pemimpin negara ini. warkahdaily KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
BERSIH 3.0: SPR Takut Kerana Salah Posted: 25 Apr 2012 09:00 PM PDT PETALING JAYA, 25 APRIl: Kegagalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mahupun wakilnya untuk hadir sebagai panelis dalam Forum BERSIH 3.0 anjuran Tindak Malaysia nyata mengecewakan pelbagai pihak. Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0, Dr Wong Chin Huat berkata pihak SPR sepatutnya hadir bagi membuktikan keyakinan kepada orang ramai terhadap mereka memandangkan sebelum ini banyak pendedahan keraguan di dalam sistem pilihanraya di negara ini. "Bak kata pepatah Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau Tan Sri Abdul Aziz percaya apa yang dilakukan itu sah seharusnya di datang ke sini," katanya. Sebelum ini, Tan Sri Abdul Aziz dalam satu wawancara menegaskan bahawa daftar pemilih sekarang bersih dan tiada negara lain dalam dunia lebih bersih daripada Malaysia. Hampir 100 orang yang hadir bersorak kecewa bila penganjur mengumkan Pengerusi SPR tidak bersama dalam forum berkenaan. Dalam pada itu, Chin Huat berkata, pola pengundi Melayu mampu berubah sekiranya mereka mendapat akses maklumat yang lebih tepat dan luas memandangkan selama ini mereka terlalu bergantung kepada media arus perdana yang dimonopoli oleh pihak kerajaan. Katanya, masalah yang dihadapi pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar mampu diatasi sekiranya ahli keluarga yang merantau di bandar dapat membawa balik maklumat terkini berhubung isu semasa lalu disampaikan kepada ahli keluarga. "Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri seperti Selangor memperbanyakkan kemudahan jalur lebar bagi memudahkan capaian maklumat kepada orang ramai sekaligus menyukarkan kerajaan persekutuan untuk mengawal aliran informasi," katanya. Tegas beliau, kerajaan Pakatan Rakyat tidak perlu turut serta bersama dalam pilihanraya akan datang sekiranya Parlimen dibubarkan memandangkan terlalu banyak keraguan yang ditemui terutamanya mengenai daftar pemilih. Katanya, Selangor menjadi tumpuan penipuan pilihanraya dan kemungkinan besar Pakatan akan tumbang sekiranya turut sama menyertai pilihanraya serentak dengan kerajaan persekutuan jika diadakan sekarang ditambah dengan kegagalan SPR membersihkan segala keraguan yang telah dibongkarkan selama ini./MediaSelangorKu agendsai KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Sekali lagi mereka meludah masuk mulut sendiri Posted: 25 Apr 2012 06:00 PM PDT Baru tadi aku tulis tentang tabiat dua orang paling tinggi dalam Umno yang suka menghina Kerajaan Negeri Kelantan. Mereka tak pernah jemu mahu memeluk Kelantan menjadi hak keturunan parti mereka. Tengok kat sini kali ini mereka dengan amat hina sekali mengutuk kerajaan negeri yang tak reti bangunkan Kelantan lalu dengan yakinnya memujuk rakyat Kelantan agar memilih Umno dalam PRU13 nanti untuk mereka bangunkan negeri tersebut. Aku yakin sangat bila mereka dapat menawan Kelantan maka semua pintu hak royalti minyak Kelantan akan dibuka semula dan tiba-tiba beratus-ratus billion wang eoyalti minyak terpaksa di bayar oleh Petronas kepada negeri Kelantan termasuk dengan tundaan selama puluhan tahun sebelum ini. Apa akan jadi? sudah tentu 80% akan digunakan untuk membangunkan negeri Kelantan dan 20% lagi masuk poket kroni Umno dengan laju dan akan lahirlah lagi jutawan segera malah kemungkinan besar billionair dalam tempoh satu malam sahaja. Itu sebabnya mereka meleleh air liur nak tawan Kelantan, bukan ada sebab lain pun! utusanm KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Artis wanita hantar surat peguam pada MP Posted: 25 Apr 2012 03:00 PM PDT Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin hari ini berkata, beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik yang didakwanya menerima bayaran RM1.5 juta daripada menteri Umno. Zuraida berkata, surat melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Zuraida berkata, surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan. "Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya. "Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagi peguam?" soalnya yang juga anggota parlimen Ampang. Sementara itu, Zuraida juga berkata, beliau akan membuat dakwaan dan memberi 'bukti kukuh' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini. Bagaimanapun, Zuraida enggan memberi gambaran apakah 'bukti kukuh' yang beliau ada. "Saya akan buat satu sidang akhbar dan berserta bukti dan saksi jika terdapat keperluan. "Tapi sekarang, mari kita tumpukan perhatian pada BERSIH 3.0," katanya merujuk kepada perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya Sabtu ini. KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan