Khamis, 26 April 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Bersih 3.0 dilancar di Makkah dan Madinah

Posted: 26 Apr 2012 04:09 AM PDT

(LANCAR...Bersih 3.0 dilancarkan di Masjid Nabawi, Madinah hari ini)

MAKKAH: Gerakan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia melalui Bersih 3.0 dilancarkan di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah hari ini.

Ia dilancarkan oleh aktivis Bersih 3.0 yang berada di kedua-dua kota ini hari ini, dua hari menjelang perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur 28 April ini.

Di Makkah, pelancarannya dibuat di depan restoran D'Saji milik Malaysia yang terletak dibangunan perniagaan di hadapan Masjidil Haram.

(Bersih 3.0 dilancarkan di perkarangan restoran D'Saji, Makkah hari ini)

Kira-kira 20 rakyat Malaysia terlibat di majlis pelancaran itu. Hampir kesemua mereka memakai baju kuning berlogo Bersih 3.0 di samping menaikkan banner Bersih 3.0.

Di Madinah pula, pelancaran dibuat di dalam perkarangan Masjid Nabawi iaitu di bawah payung gergasi masjid itu.

Di sini, lebih ramai aktivis berkumpul iaitu kira-kira 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.

Mereka juga memakai baju kuning Bersih 3.0 di samping menaikkan banner. -Hrkh

Demonstrasi 70 Lokasi Seluruh Dunia, Bersih 3.0 Bakal Pecah Rekod Dunia

Posted: 26 Apr 2012 04:08 AM PDT



Perhimpunan Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah berikutan ia dianjur serentak di 70 lokasi seluruh dunia, kata Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau berkata, perhimpunan itu sekali gus bakal memecahkan rekod dunia kerana belum ada penganjur berjaya mengadakan demonstrasi di 70 lokasi di 52 negara secara serentak, setakat ini.

"Saya jangka ia perhimpunan terbesar apabila ia diadakan serentak seluruh dunia. Suara rakyat akan bergema di seluruh dunia untuk menyatakan bantahan mengenai kepincangan sistem pilihan raya di Malaysia," katanya.

"Dalam Bersih 2.0, perhimpunan peringkat global meliputi kira-kira 30 lokasi sahaja.

Kali ini saya yakin dapat mengumpul 500,000 orang di 70 lokasi yang menyertai perhimpunan Duduk Bantah di seluruh dunia," katanya kepada Keadilan Daily.

Di Malaysia, katanya, perhimpunan diadakan di lapan bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Di luar negara, rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan itu di 70 lokasi, antaranya Singapura, Hong Kong, Jepun (Osaka, Tokyo), Austria (Graz), Australia (Brisbane, Canberra,Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide, Hobart).

Selain itu, Amerika Syarikat ( Houston,Atlanta, Pittsburgh, Minneapolis, San Francisco, New York City, Washington DC, Los Angeles, Boston, Chicago, Portland, Columbus, Wichita Kansas, Ames, Iowa), Kanada ( Toronto, Montreal),
New Zealand (Auckland,Wellington, Motueka).

Ia turut diadakan di Taiwan (Taipei, Tainan), United Kingdom (London, Edinburgh, Scotland, Newcastle), Ireland Dublin, Sligo), Switzerland ( Zurich, Geneva), Sweden (Uppsala, Mälmo), Jerman (Koeln/Bonn, Berlin), China (Shanghai, Beijing).

Selain itu, Perancis (Paris), Thailand (Bangkok), Korea (Seoul, Busan), Finland (Helsinki), Rusia (Moscow), Jordan (Amman, Mafraq, Irbid, Mu'tah), Bangladesh (Dhaka), Netherlands (The Hague), Indonesia (Bali) dan Afrika Selatan (Cape Town). -KD

SPR: Isytihar ahli Umno atau keluar parti

Posted: 26 Apr 2012 04:08 AM PDT






KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu menjelaskan sama ada mereka ahli Umno atau isytihar keluar parti. 

 Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan mengatakan mereka adalah ahli Umno, ia tidak sepatutnya berlaku.

"Sangat-sangat terkilan, tidak profesional di dalam menjalankan amanah yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong untuk menzahirkan kepercayaan awam," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, sepatutnya ahli-ahli SPR berkecuali dan tidak sopan bagi mereka mendaftar diri menjadi ahli politik.

Sebab, katanya apabila seseorang dilantik sebagai ahli SPR sebagaimana di dalam Perlembagaan Malaysia menjelaskan mereka perlu bertindak secara 'non partisan' supaya mereka diyakini dan dipercayai oleh rakyat.

Di dalam perlembagaan Perkara 114(2) menyebut 'pada melantik ahli SPR Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan sesuatu SPR yang mendapat kepercayaan awam' "Apabila seseorang ahli SPF menganggotai parti politik pada masa sama tunjuk sikap prejudis sekali gus tidak mungkin dapat lahir kepercayaan awam.

Mereka perlu bertindak dan memperlihatkan tidak memihak mana-mana parti politik," katanya. Justeru, katanya mereka tidak boleh menjadi ahli parti kerana menampakkan diri mereka berat sebelah. "Ahli-ahli politik sepatutnya isytihar keluar parti jika mahu jadi ahli SPR," tegasnya.

Bagaimanapun, beliau mengakui sejak dahulu lagi ramai pihak melihat SPR tidak menunjukkan sikap 'non partisan'. Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof serta timbalannya, Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno.

Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu. Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya. "Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin.

Terbukti! Rupa-rupanya Umno Pulau Pinang jadi kuda tunggangan parti Gerakan

Posted: 26 Apr 2012 12:41 AM PDT


Umno Pulau Pinang sekadar kuda tunggangan parti Gerakan di Pulau Pinang selepas Najib melantik Setiausaha Parti Gerakan menjadi Pengerusi BN negeri.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang sinis pelantikan Teng Chang Yeow, Setiausaha Parti Gerakan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang baru.

Bagi DPPM, pelantikan Tang Chang Yeow menunjukkan wajah sebenar UMNO yang begitu lantang sebelum ini membela nasib dan ketuanan Melayu di Pulau Pinang namun menjadi lembik dan terkulai apabila Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Pengerusi BN yang baharu.

Keputusan pelantikan Tan Chang Yeow tidak memeranjatkan namun ia memperlihatkan lemahnya pemimpin UMNO Pulau Pinang sehingga tidak layak dilantik ke jawatan tersebut.

DPPM merasa hairan kerana dalam keadaan Parti Gerakan yang tidak memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang, mereka masih diberikan tempat istimewa sebagai Pengerusi BN. Sebaliknya jumlah kerusi BN di Pulau Pinang banyak dimenangi oleh UMNO, tetapi mereka ditolak ke tepi.

Keadaan ini menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya 'kuda tunggangan' Parti Gerakan sehingga akur dan tunduk dengan kehendak parti tersebut.Pelantikan ini pastinya sebagai tamparan hebat kepada pemimpin ultra Melayu Pulau Pinang. Dimana perginya suara lantang pemimpin Melayu UMNO Pulau Pinang yang kononnya mahu membela umat Melayu di sana.

Mengapa tidak ada satu suara pun yang bangkit menentang keputusan Presiden UMNO agar pemimpin UMNO diangkat sebagai Pengerusi BN. Pemimpin UMNO P.Pinang sepatutnya merasa tercabar kerana mereka dipandang lekeh oleh pucuk pimpinan UMNO sehingga tidak dipandang langsung untuk mengetuai BN di sana.Mungkin juga Pengerusi BN yang baharu ini berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng dari segi pendekatan.

Mungkin Pengerusi BN ini telah berjanji untuk memartabatkan bangsa Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang. Mungkin juga umat Islam di Pulau Pinang akan semakin terbela di bawah pemerintahan 'Khalifah' Tan Chang Yeow sekiranya BN menang di Pulau Pinang. Atau mungkin juga UMNO telah men transformasikan parti mereka untuk menerima bangsa lain sebagai pemimpin mereka dan pemimpin negara ini.

warkahdaily

BR1M diguna beli lembu kenduri masuk PAS

Posted: 26 Apr 2012 12:35 AM PDT

KOTA BHARU: Belum pun Umno sempat menuai hasil daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ada penerima bantuan sudah membelanjakan wang yang diperolehi bagi menganjurkan kenduri kesyukuran menyertai PAS.

Baru-baru ini beberapa penduduk yang menerima BR1M berpakat menggunakan wang yang diperolehi untuk membeli lembu bagi majlis kesyukuran di Rantau Panjang.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, keadaan sebaliknya berlaku apabila habuan BR1M sebanyak RM500 yang diharap BN dapat memancing undi dijadikan modal untuk program PAS.

"Pada mulanya BR1M bertujuan memancing undi dengan harapan rakyat terus menyokong BN, namun lain pula jadinya di Bukit Tuku.

"Tak sangka pula ada penerima berpakat sesama mereka membeli lembu sempena majlis kesyukuran menyertai PAS," ujarnya pada perasmian penutup Ijtima' Almala' di Kota Darulnaim baru-baru ini.

Hampir 800 peserta menghadiri program berkenaan. Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed dan Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Kelantan, Ustaz Saibon Ismail. -Hrkh

TERKINI!! DBKL Rampas Baju Bersih 3.0!!

Posted: 25 Apr 2012 03:40 PM PDT




Jika semalam dengan rakusnya merampas tabung derma, awal pagi ini lain pula ceritanya!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan gangguan apabila merampas baju Bersih 3.0 yang dijual di Dataran Merdeka, awal pagi tadi.

Tindakan bersifat provokasi itu dilakukan sekumpulan penguat kuasa DBKL kira-kira jam 1.45 pagi ini.

"DBKL mula lakukan provokasi. Rampas baju Bersih 3.0 yg dijual di Dataran Merdeka.

"Gunakan undang-undang sesuka hati. Rampas hak rakyat sesuka hati. Dataran Merdeka jadi Dataran Penjajah!" tulis twitter rasmi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), awal pagi ini.

"Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?" tulis Presiden SMM, Mohd Safwan Anang pula.

Sebelum ini, KEADILAN percaya ada arahan dari pemimpin Umno BN supaya DBKL bertindak keras bagi menggagalkan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini.

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kerajaan cuba lepas tangan dalam isu Bersih 3.0 dan memindahkan beban itu kepada DBKL yang menerima tekanan supaya menggagalkan acara Duduk Bantah tu.

"Kita tahu tindakan DBKL dan polis di bawah arahan kerajaan BN," katanya kepada Keadilan Daily ketika diminta mengulas gelagat keras DBKL kebelakangan ini.

BN tenggelam punca hadapi Bersih 3.0

Posted: 25 Apr 2012 03:29 PM PDT

Oleh Zulkifli Yahya (Nota Utara)

KEHADIRAN mengejutkan ratusan ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur pada hujung tahun 2006 untuk himpunan Bersih kali pertama adalah  berasaskan cabaran Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Saya pantang dicabar," yang diungkapkan Abdullah rupanya menjadi kata-kata provokasi terhadap rakyat Malaysia yang mahu menyahut cabaran beliau.

Halangan untuk Bersih kali pertama tidak kurang hebatnya. Banyak bas yang tidak sampai ke Kuala Lumpur kerana dipaksa berpatah balik. Baju kuning  dirampasdi dalam bas ketika dalam perjalanan peserta Bersih, sekatan jalan raya di sana sini, ugutan dan tekanan terhadap kakitangan kerajaan berlaku secara terangterangan; namun ribuan manusia hadir juga ke ibu kota. Kali pertama BN terkejut dengan jumlah kehadiran yang begitu besar.
 
Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai 2011 adalah paling mencabar dalam sejarah himpunan aman yang berlaku dalam negara. Bayangkan lebih 1000 laporan polis dibuat terhadap penganjur Bersih 2.0. Demonstrasi bantahan dan penghantaran memorandum diadakan di sana sini setiap hari. Kenyataan mengutuk Bersih  2.0muncul saban hari dalam media yang dikuasai sepenuhnya oleh BN.

Serangan tidak hanya bertumpu kepada penganjuran Bersih, penganjur pun diserang juga. Pengerusi Bersih 2.0, Dato' S Ambiga adalah yang paling  terukdibelasah. Semua isu yang tiada kena mengena dengan tuntutan Bersih dikeluarkan untuk merosakkan imej Ambiga.

Kali pertama juga berlaku dalam sejarah dunia moden memakai dan mengedar baju kuning tertera perkataan 'Bersih' menjadi satu kesalahan. Mereka yang memakainya ditahan dan yang menjualnya diheret ke mahkamah. Pihak yang menganjurkan ceramah pra Bersih juga dihalang serta diambil tindakan.

Beberapa hari menjelang Bersih 2.0, sekatan jalan raya diadakan di seluruh negara bagi meningkatkan tekanan terhadap rakyat agar tidak menyertai perhimpunan aman di ibu kota itu. Perkasa dan Patriot yang meminjam tenaga warga asing turut mengadakan ancaman untuk menakut-nakutkan rakyat.

Muncul pula episod sandiwara bom petrol bersama baju Bersih yang 'dijumpai' pihak polis. Walaupun sandiwara itu tidak kelakar tetapi ia  berjayamenyerlahkan kedunguan pihak tertentu melakukan kerja memperbodohkan rakyat melalui strategi lembam yang tidak pernah berubah  sejakmerdeka.

Hasilnya, ratusan ribu manusia berhimpun juga di Kuala Lumpur sekalipun ramai yang tidak berbaju kuning. Jumlah kehadiran hampir  tiadabezanya dengan himpunan Bersih kali pertama diadakan. Dato' Seri Najib Razak dan para pemimpin BN pening kepala kerana halangan yang dibuat ke ta hap maksimum pun gagal membendung kehadiran rakyat yang ramai.

Kini bila muncul Bersih 3.0 pendekatan yang diambil kerajaan pim pinan Najib berubah sama sekali. Tiada teka nan, tiada provokasi dan tiada pula  'promosipercuma' oleh media-media talibarut BN se perti sebelum ini. Soalan yang menarik untuk himpunan Bersih 3.0 kali ini ialah, apa strategi BN?

Jangan ingat bahawa sikap sambil lewa BN menghadapi Bersih 3.0 adalah kerana tidak mampu lagi untuk menghadapi kebangkitan rakyat. BN  melakukanpelbagai perancangan untuk mempastikan kuasa mereka tidak tergugat. Perancangan tidak semesti dihebahkan. Diam orang jahat juga adalah satu perancangan.

Secara teori, manusia akan rasa selesa dan tidak tercabar jika tidak diancam. Pihak yang akan hadir ke himpunan Bersih   adalahpenyokong  tegarPakatan Rakyat. Keinginan untuk hadir lebih membuak jika dihalang dan dilarang oleh musuhnya. Mungkin keinginan jadi menurun jika tiada halangan. Itu cuma andaian, belum tentu tepat.
 Kalangan penyokong tegar Pakatan Rakyat pun ramai kakitangan kerajaan, mahasiswa atau golongan yang berkepentingan. Mereka benarbenar tidak berani sewaktu diugut dahulu dan berani kini setelah tiada tekanan. Jika kumpulan mereka lebih besar maka himpunan Bersih 3.0 akan jadi lebih besar kali ini.

Teori kedua ialah BN sengaja membiarkan himpunan berlangsung tanpa gangguan, tanpa belasahan cota, gas pemedih mata atau tembakan meriam air.

[ Untuk baca artikel penuh sila dapatkan Harakah cetak edisi 1737 (Jumaat) ]

Sumber: e-Harakah (Harakah cetak versi online)

Tiada ulasan: