Rabu, 25 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Rakyat Sedia Biayai TAMBANG dan KOS Perjalanan Zahid Hamidi ke PARIS

Posted: 25 Apr 2012 01:28 AM PDT


[MK] Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi tidak patut menjadikan alasan pembiayaan untuk mengelakkan diri daripada menghadiri inkuiri berhubung pembelian kapal selam Scorpene di Paris, kata NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Anggota sekretariatnya Cynthia Gabriel berkata, Zahid sepatutnya mengutamakan soal akauntabiliti dan ketelusan kerana perbelanjaan ketenteraan datang daripada wang pembayar cukai rakyat Malaysia.

"Iltizam kepada kebenaran sepatutnya menjadi alasan pertama dan paling penting untuk menjadi saksi dalam kes ini, bukan wang," kata Gabriel kepada Malaysiakini.

"Tambahan pula, beliau memungkiri kata-katanya sendiri. Sebelum ini, beliau berkata sanggup memberi keterangan, kemudian beliau tukar fikiran. Kami mahu tahu apa yang telah berlaku yang menyebabkannya bertukar nada."

Gabriel berkata, paling banyak, peruntukan yang diperlukan sebanyak RM10,000 semalam, meliputi tiket pergi balik bukan Malaysia Airlines (RM5,500), tempat tinggal (RM600 semalam) dan makan di restoran (RM200).

Zahid sebelum ini dilaporkan tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.

Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.



P/s: Kalau main Chess, langkah SUARAM ini bagaikan Checkmate untuk Zahid!




[PANAS] Skandal Shafie-Zahida: Zuraida Dakwa Ada BUKTI Kukuh, Bakal Lapor SPRM & Tampil SAKSI Kepada Umum

Posted: 25 Apr 2012 12:25 AM PDT



[FMT] PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata saksi yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian wang RM1.5 juta oleh menteri kabinet kepada seorang pelakon wanita akan diketengahkan kepada umum tidak lama lagi.

Menurut Zuraida selain dari saksi utama, saksi-saksi yang terlibat juga akan ditampilkan berserta dengan bukti lain dan pihaknya akan melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.

Ketika ditanya mengenai tindakan undang-undang yang bakal dihadapi beliau oleh individu terlibat, Zuraida berkata beliau sedia berdepan dengan perkara itu.

Zuraida menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

"Kita rancang akan bawa saksi utama dan beberapa saksi terlibat termasuklah kenalan pelakon wanita berkenaan.

"Saya tunggu sekiranya mereka mahu saman. Kita yakin dengan bukti yang ada. Kita dan kaji setiap maklumat yang diperolehi," katanya ketika dihubungi FMT.

Zuraida ketika sesi parlimen minggu lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida Mohd Rafik hanya dalam tempoh empat bulan.

Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya sebanyak RM200,000 pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononnya beliau melarikan wang itu.

Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.

Shafie Apdal menafikan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh bekas pemandu Zahida bahawa beliau telah membuat sejumlah bayaran kepada Zahida.


Biar Gambar BERBICARA

Posted: 24 Apr 2012 11:30 PM PDT

Kredit kepada empunya gambar.

[Gambar] Video Seks Mirip 2 Ahli Politik Indonesia Tersebar

Posted: 24 Apr 2012 09:02 PM PDT

Sumber gambar di sini.
Sumber gambar di sini.

[HM] JAKARTA: Pita video seks memaparkan dua anggota Parlimen daripada Partai Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) diedarkan secara meluas di Internet.

Pita video seks itu awalnya disiarkan semalam di laman kilikitik.net, yang digantung sejurus kemudian selepas khabar angin mengenainya tersebar dengan meluas.

Ahli politik lelaki itu dilaporkan berasal dari daerah Jawa Tengah, manakala ahli politik wanita pula dari Kalimantan Barat. 

Pengerusi Majlis Etika Dewan Perwakilan, M Prakosa yang juga daripada PDI-P berkata, dia mendengar khabar angin mengenainya, tetapi belum melihat video itu. 

"Ia hanya khabar angin. Saya pun mendengarnya daripada wartawan. Tidak dipastikan lagi siapakah mereka," katanya kepada wartawan di dewan itu. - Jakarta Post 



New Zealand Rancang Naikkan Harga Rokok Sehingga RM250 Sebungkus

Posted: 24 Apr 2012 08:40 PM PDT


[HM] AUCKLAND: Pegawai Kementerian Kesihatan New Zealand mengkaji kemungkinan menaikkan harga rokok kepada NZ$100 (RM250) sebungkus, sebagai usaha untuk menghentikan sama sekali tabiat merokok.

Satu dokumen sulit mendedahkan beberapa senario kenaikan harga secara drastik yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu.

Satu cadangan menunjukkan, walaupun rokok dinaikkan sebanyak RM120 sebungkus menjelang 2025, bersama-sama cukai yang lain, matlamat itu tidak akan dicapai. Tetapi, sekiranya harga itu dinaikkan sehingga RM250 menjelang 2020 bersama-sama dengan kenaikan cukai lain, dasar itu akan berjaya.

Ramalan itu terkandung dalam laporan sulit yang didedahkan kepada stesen televisyen 3 News di bawah Akta Maklumat Rasmi. Meskipun pegawai mengaku kenaikan sebanyak itu tidak realistik, pakar percaya cukai menjadi jalan terbaik menangani isu berkenaan.

Profesor Richard Edwards dari Jabatan Kesihatan Awam, Universiti Otago berkata: "Cukai adalah cara paling berkesan untuk mengurangkan tabiat merokok dan menggalakkan perokok berhenti merokok.

"Sungguh menarik kerajaan menjadikannya satu matlamat. Ia menjadikannya kerajaan pertama di dunia berbuat demikian." - DM 


P/s: Kalaulah harga rokok di Malaysia atas RM100...mesti setiap asap yang keluar akan disedut semula...sayang...mahal!

Kepada perokok, berhentilah merokok. TM sudah hampir 6 tahun berhenti merokok. Hidup lebih nikmat!

 

 

Kalau Tertekan Sekalipun, TOPI KELEDAR Jangan Lupa!

Posted: 24 Apr 2012 06:10 PM PDT

Shafie Apdal di Pahang. Laporan penuh di Kosmo.

Topi keledar mana?

Pak menteri ini ada lesen motosikal atau tidak? Setidak-tidaknya, JPJ dan polis tolong nasihati menteri ini agar memakai topi keledar setiap kali menunggang motosikal.

Apa kata Shafie tentang kontroversinya?

"Saya sudah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung hal itu semalam, sudah cukup. Ia ada motif politik, namun, mereka akan tetap mereka cipta bermacam-macam cerita tetapi yakinlah kita akan tetap tunaikan tanggungjawab."

Macam itu saja? Habis? Nafi sahaja?

Kalau kena pada batang hidung pemimpin pembangkang, puak ini meminta pemimpin yang terlibat menafikan diri mereka terlibat, bersumpah, menggesa menyaman individu yang melontar tuduhan, dan sebagainya.

Tindakan paling rasional, menteri ini perlu meminta bekas pemandu artis itu  menarik laporannya dan meminta maaf. Jika enggan, pak meneteri ini perlu menyaman bekas pemandu itu. Jika sekadar menafi, banyak penjenayah yang terlepas daripada hukuman hanya dengan membuat penafian.



“Maaf ye, saya BEKERJA KERAS untuk dapatkan duit." - Zahida Rafik

Posted: 24 Apr 2012 05:14 PM PDT


[MStar] PETALING JAYA: Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu.

Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan.

Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: "Hi jutawan. Anda telah kantoi…Saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara."

Zahida pula membalas dengan berkata; "Sabar!!Teruskan usaha anda! Saya perlu tido sekarang, selamat malam! Esok jangan lupa tweet lagi tau…Sekurang-kurangnya saya seorang jutawan, anda pula?

Seorang lagi pengguna, Mohd Firdaus menghantar pesanan kepada Zahida lima hari lalu berbunyi: "Untung laaa @zahida_rafik hidup senang-senang sahaja hujung minggu dapat RM200,000. Nak duit beritahu sahaja dekat menteri. Saya harap berita ini satu kebenaran."

Zahida pula membalasnya; "Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. Tidak apa, Allah akan tunjukkan kebenarannya."

Bagaimanapun trend tersebut berubah apabila pengikut Twitter milik Zahida mula memberi komen yang positif terhadap pelakon itu apabila terdapat mereka yang menyokong dan memberi galakan kepadanya.

Seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Tengku Iskandar menghantar mesej berbunyi; "Harap cepat selesai masalah ini sebelum makin melarat. Faham-faham sahaja la di Malaysia ini, semua hendak jadi hakim."

Adlynn Jamlus pula menghantar mesej dengan meminta Zahida bersabar iaitu; "Bersabarlah dengan dugaan yang diberi... Insya-Allah ada hikmahnya.

Sehingga malam Isnin, akaun Twitter pelakon Anak Mami The Movie ini mempunyai 7,069 pengikut.

Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Bagaimanapun, Zahida dan menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memfitnah mereka.


P/s: Tengok-tengok juga....cuba dengar apa Chegu Bard dan Rafizi cakap....










Tiada ulasan: