DIALOG RAKYAT |
- 4,000 unit amal Bersih kawal perhimpunan Duduk Bantah
- Apa jadi dengan Awang Adek?
- Bersih 3.0 ke Lebuh Raya Demokrasi
- Tanah sokong Bersih 3.0 pada 28 April ini
- Lebih 5,000 berhimpun bantah rampasan tanah
- Kes Scorpene: Zahid ‘Cakap Tak Serupa Bikin’
- 'Zahid, rakyat akan biaya anda ke Paris'
- BERSIH 3.0: SPR Takut Kerana Salah
- Persada seru ahli turun Bersih 3.0
- 50,000 muslimat PAS dijangka sertai Bersih 3.0
- Aktivis Mahasiswa Bertahan, Dikunjungi Wanita Misteri
- Rakyat Sabah diajak turun ke Bersih 3.0
- Mahasiswa terus bertahan di Dataran Merdeka
- Abim seru pencinta kebenaran ke Bersih 3.0
- Kakitangan IT PAS Kelantan cedera disamun
- Isa Samad bidas kenyataan haram penyenaraian
- Mengapa perlu demonstrasi di Dataran Merdeka
- Amaran keras Datuk Bandar kepada BERSIH
- Teras tuntut Felda batal penyenaraian
- Rumah Mazlan Aliman disimbah cat merah
- SPR: Jangan pertikai pengundi meningkat
- PTPTN pulangkan hasil pelarasan bayaran balik pinjaman sebanyak RM2.72j
- SPR terima 2.27 juta pengundi baru selepas PRU 2008
- Pas syor calon semua kerusi Parlimen, Dun Perlis
4,000 unit amal Bersih kawal perhimpunan Duduk Bantah Posted: 25 Apr 2012 04:26 AM PDT Martin Kahar KUALA LUMPUR: Seramai 4,000 petugas unit amal Bersih disediakan pada perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di lapan lokasi di seluruh negara. Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga, berkata unit itu bertujuan memastikan perjalanan himpunan berlangsung dalam keadaan aman tanpa provokasi mana-mana pihak. "Petugas terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. Mereka dikerah menjaga keselamatan orang ramai di lapan lokasi seluruh negara. Kita mahu perhimpunan paling aman," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia yang mahu pilihan raya bersih, hadir beramai-ramai bagi menyuarakan bantahan terhadap sistem pilihan raya di negara ini. "Jangan takut untuk berhimpun Sabtu ini. Kita hanya duduk untuk suarakan tidak puas hati, bukan buat rusuhan atau kekacauan. Kita jamin – jika tiada provokasi, Duduk Bantah akan jadi perhimpunan paling aman," katanya. Perhimpunan Bersih 3.0 dengan tema 'Duduk Bantah' diadakan Sabtu ini bermula jam 2 petang di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang. Bersih 3.0 bertujuan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, selepas laporan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi reformasi pilihan raya enggan memenuhi lapan tuntutan. | ||||||||||
Posted: 25 Apr 2012 03:26 AM PDT | ||||||||||
Posted: 25 Apr 2012 03:12 AM PDT
APA Najib dan UMNO hendak buat dengan Dr. Awang Adek Husein yang disambung menjadi senator pada 8 April lalu? Yang menariknya dia adalah UMNO paling kanan di Kelantan selepas Dato Seri Mustapa Mohamad. Dia calon Menteri Besar kalau Barisan Nasional menang. Atau menteri kabinet kiranya BN berkuasa lagi jika Dato Pa jadi menteri besar. Tetapi dia dijadikan senator lagi sedang PRU 13 sudah tinggal kurang dari 100 hari. Adakah dia tidak bertanding dalam PRU itu, memadai kekal sebagai senator? Jika BN menang lagi bolehlah jadi menteri atau timbalan menteri selama tiga tahun saja. Penggal senatorshipnya yang terakhir. Selepas tiga tahun dia tamat dan hilang kelayakan jadi menteri kecuali dia menang pilihan raya Parlimen di mana-mana. Kalau dia jadi calon Parlimen dalam PRU ini, dia kena letak jawatan senator. Dia tidak boleh senator lagi selepas itu kerana tempohnya sudah tamat. Seseorang hanya boleh jadi senator dua penggal. Kalau dia kalah tetapi BN berkuasa lagi di Putrajaya, dia tidak boleh jadi menteri lagi kerana tidak layak lagi jadi senator. Pengalaman Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah contoh terbaik. Dia jadi Timbalan Menteri sebagai seorang senator. Sebaik senatorshipnya disambung dia meletak jawatan kerana jadi calon BN dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Tiba-tiba dia kalah. Kelayakan jadi senator sudah habis. Maka lucut jawatan timbalan menterinya. Jika dia terus jadi senator, dia boleh kekal jadi timbalan menteri hingga 7 April lalu. Tiada penggal ketiga bagi seorang senator. Adakah Awang Adek akan letak jawatan senator untuk bertanding PRU 13 ini? Dia boleh jadi calon DUN dan boleh juga jadi calon Parlimen serentak. Bertuah kalau menang kedua-duanya atau menang salah satu. Dan mungkin juga kalah kedua-duanya. Tiada siapa terfikir PAS akan kalah di Kelantan kecuali dengan kehendak Allah. Kalau PAS berkuasa lagi dan Awang Adek menang DUN, bolehlah dia jadi ketua pembangkang. Tetapi jika kalah lagi di Parlimen Bachok, Putrajaya masih di tangan BN, Awang Adek hilang peluang jadi timbalan menteri atau menteri. Kiranya dia tidak meletak jawatan sebagai senator, kiranya BN menang lagi Awang Adek boleh kekal sebagai timbalan menteri atau menteri selama tiga tahun lagi. Jika dia memilih untuk tidak menjadi calon, berpuas hati sebagai senator, maka dia tidak kira anak jantan dalam politik. Semasa PAS tidak meletakkan calon Muslimat dulu, senator itu dikira jawatan untuk orang perempuan saja. Kiranya BN mengekalkan Awang Adek sebagai senator, maka BN mengibaratkan Awang Adek sebagai orang perempuan saja. Datuk Seri Najib telah mensyaratkan calon BN adalah terdiri dari orang yang boleh menang. Ketua UMNO Bahagian atau Anggota Majlis Tertinggi UMNO yang dirasakan tidak menjadi calon yang boleh menang, maka dia tidak akan dicalonkan. Tempat yang sesuai bagi calon yang payah menang itu adalah di Dewan Senat saja. Awang Adek sudah tidak dapat mengulangi kemenangan di Bachok tahun 2008. Dia kalah dengan calon dari luar Kelantan yang bukan orang Kelantan. Kalau dengan bukan orang Kelantan dari dari luar Kelantan pun dia pernah kalah, maka apakah dia boleh menang kalau berlawan dengan orang Bachok sendiri? Mungkinkah Najib mengekalkannya sebagai senator kerana dia tidak dianggap calon winnable? Wan Ahmad Farid telah dikritik kerana menerima tawaran disambung semula kerusi senat sedang kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada masa itu sudah kosong. Kemudian dia meletak jawatan senator yang baru disambung itu untuk menjadi calon. Adakah Awang Adek akan mengulangi politik yang dilalui oleh Wan Farid? Apa UMNO buat pada Awang Adek dengan menjadikannya senator lagi pada ambang denggi pilihan raya sudah melanda? | ||||||||||
Bersih 3.0 ke Lebuh Raya Demokrasi Posted: 25 Apr 2012 03:09 AM PDT Hanya tinggal dua hari saja lagi menuju 28 April, Dataran Merdeka dan sekitarnya, di tengah jantung Ibu Kota akan bermandi cahaya kuning, dengan kedatangan ratusan ribu rakyat prihatin untuk menuju 'Lebuh Raya Demokrasi' melalui Himpunan Bersih 3.0. Kita masih ingat, dengan puisi Unggun Bersih Sasterawan Negara A. Said dan puluhan ribu orang yang berhimpun pada 9 Julai tahun lalu, tembok tebal rasa takut rakyat sudah diruntuhkan. Rasa takut sudah mengakhiri zamannya dan digantikan dengan keberanian. Rakyat sudah bertekad maju ke depan bersama Bersih 3.0 untuk ke Lebuh Laya demokrasi. Seperti kata penyair Usman Awang, "Di depam duri di belakang api, kita tidak boleh undur lagi." Perjuangan ini tidak dihampari dengan permaidani merah, taburan bunga, puji-pujian, tetapi perjuangan ini mengharungi gelombang yang deras – air pancutan, semburan gas pemedih mata, pertarungan sengit dan tangkapan-tangkapan. Ini adalah harga yang telah dibayar oleh rakyat prihatin untuk mendapatkan sebuah demokrasi selepas 54 tahun merdeka. Malah di sepanjang sejarah di pelbagai belahan dunia, perjuangan seperti ini terpaksa dibayar dengan harga yang jauh lebih mahal. Pada 28 April ini - seluruh negara dan dunia – menyaksikan alunan ombak kuning di mana-mana, jeritan perjuangan menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan demokratik, disertai oleh pelbagai lapisan rakyat, pelbagai bangsa dan agama serta pelbagai generasi. Dataran Merdeka yang bersejarah itu, bukan sekadar namanya bahkan riwayatnya, akan menjadi menjadi tempat kepada ibu segala himpunan. Jam besar yang yang berdenting setiap waktu, rumput rampainya, bunga-bunganya dan segalanya akan menjadi gelombang rakyat ini. Kalau ia boleh berkata-kata, tentu ia akan tersenyum ria bahawa 'putera puterinya sedang bangkit dari tidurnya'. Para pelancong, jika ada di situ pada hari itu, mungkin tertegun menyaksikan semuanya ini. Sabtu, 28 April ini, cuaca mungkin cerah, mungkin mendung, mungkin hujan, mungkin juga angin bertiup kencang, namun semuanya itu memperkukuh keazaman rakyat prihatin ini. Mengandungi rahmat yang tersembunyi, justru Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang sentiasa mengasihi dan berlaku adil kepada hamba-Nya. Kini orang ramai mulai tiba di Kuala Lumpur dengan pelbagai cara, semuanya dengan belanja sendiri. Mereka membawa keazaman dan harapan bahawa Himpunan Bersih 3.0 ini akan menelurkan hasil supaya senarai pengundi dibersihkan dan seterusnya pilihan raya yang benar-benar demokratik. Ini sebuah tuntutan yang sangat munasabah kerana masakah negara sudah merdeka lebih setengah abad lalu tetapi pilihan raya masih sedemikian rupa. Apa eertinya kemerdekaan jika keadaan seperti ini berlaku. Hampir setiap tahun, sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan diadakan di Dataran Merdeka yang bersejarah ini. Tentu sekali kerana ia adalah simbol kemerdekaan dan kebebasan dari penjajah. Oleh itu, tidak munasabah jika rakyat yang mahukan pilihan raya bersih mengadapi pelbagai halangan untuk menggunakannya. Himpunan yang dikatakan 'Ibu Segala Himpunan' ini memang sangat wajar diadakan di Dataran Merdeka, justru menepati namanya. Kalau tidak boleh maka namakan saja 'Dataran Penjajah' seperti kata A. Samad Said. Mereka yang berhimpun adalah rakyat Malaysia yang cinta damai, sangat mengasihi tanah airnya, akan sama-sama mempertahankan negara ini dari sebarang ancaman luar. Oleh itu terimalah kehadiran mereka di Dataran Merdeka itu dengan penuh pengertian kerana mereka adalah pendukung setia negara. Boleh jadi di kalangan generasi lama yang turut berhimpun pada 28 April ini adalah mereka yang ikut sama dalam kemeriahan menyambut kemerdekaan tanah air 31 Ogos 1957 dulu. Dan mungkin juga ramai di kalangan generasi baru yang menyertai Himpunan 3.0 kali ini adalah anak cucu generasi lama yang sama-sama memperjuangkan kemerdekaan tanah air dulu. Kini generasi baru itu mahu melihat dan menikmati hasil perjuangan orang tua mereka yang berjuang mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan dengan keringat dan air mata. Kita sedar perjalanan ke destinasi demokrasi masih jauh dan sukar, namun rakyat telah memulakan langkah melalui Lebuh Raya Demokrasi Bersih 3.0 ini dan semoga dengan izin Allah ia akan sampai juga kedestinasinya. Puluhan, malah ratusan NGO sudah menyatakan sokongan terhadap Himpunan Bersih 3.0 ini. Bermakna Himpunan tersebut didukung oleh rakyat pelbagai golongan, merentasi bangsa dan agama. Mereka, bukan saja golongan petani, aktivis alam sekitar, pelajar, golongan profesional bahkan golongan budayawan, seniman dan sebagainya akan menyertai Himpunan ini. Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang sedang menyaksikan gelombang ini. Rakyat prihatin bersyukur kepada-Mu kerana memberikan kekuatan dan ketabahan terhadap perjuangan ini. Mereka berdoa supaya mereka yang masih 'tidur lena' akan bangkit sama menyertai gelombang ini. | ||||||||||
Tanah sokong Bersih 3.0 pada 28 April ini Posted: 25 Apr 2012 03:03 AM PDT
KUALA LUMPUR: Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) yang terdiri daripada gabungan 70 pertubuhan NGO dan parti politik menyokong himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada Sabtu, 28 April ini di Dataran Merdeka. Pengerusinya, Mazlan Aliman (gambar) berkata, ahli-ahli dan penyokong Tanah seramai 10 ribu orang akan berarak bermula daripada Menara Maybank di Puduraya mulai jam 1.30 petang menuju ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. "Ahli dan penyokong Tanah akan berpakaian putih berlambang Pulau Batu Puteh yang menjadi salah satu tuntutan untuk dibicarakan semula. Kain lilitan kuning akan di ikat pada tangan sebagai tanda sokongan Tanah kepada Bersih 3.0," katanya dalam kenyatan kepada Harakahdaily. Selain beliau, Mazlan berkata, antara pimpinan Tanah yang akan bersama dalam perarakkan intu adalah Salahuddin Ayub, Datuk Dr Mahfoz Mohamad, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Suhaizan Kaiat, Amni Jagat, Suhaimi Said, Man Kadir (Pak Jabit) dan ramai lagi. Menruutnya lagi, beberapa bekas pimpinan Umno pun turut dijangka akan bersama dalam perarakan ini. Beliau turut memberitahu, sepuluh tuntutan Tanah adalah: 1. Tuntut Semula Pulau Batu Putih. 2. Siasat Penyerahan Tanah KTM Tanjung Pagar. 3. Hentikan Pengurniaan Tanah Kepada KPRJ/Kroni. 4. Rampas Tanah Penyeleweng. 5. Selamatkan Tanah Rizab Melayu. 6. Wartakan Tanah Rizab Orang Asal. 7. Ketelusan Pengurniaan Tanah. 8. Pemilik Tanah Miliki Ekuiti Projek Mega. 9. Selesaikan Projek Rumah Terbengkalai. 10. Hentikan Manipulasi & Kurangkan Birokrasi. Katanya, Tanah akan mengadakan Himpunan Tanah Rakyat pada Sabtu, 5 Mei depan jam 2 petang di Plaza Angsana, Johor Baharu. "Tanah menyeru semua rakyat Malaysia untuk turut serta bersama menyokong himpunan Tanah sebagai tanda simpati kepada nasib rakyat yang tertindas akibat kelemahan kerajaan menguruskan hal ehwal tanah di negara ini," ujarnya. | ||||||||||
Lebih 5,000 berhimpun bantah rampasan tanah Posted: 25 Apr 2012 03:00 AM PDT
(Antara kira-kira 5,000 yang berhimpun di perkarangan Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran kerajaan negeri Terengganu hari ini) KUALA TERENGGANU: Lebih 5,000 rakyat Terengganu bersama mangsa perampasan tanah oleh kerajaan negeri berhimpun di perkarangan Wisma Darul Iman hari ini. Mereka membuat bantahan terhadap siri perampasan tanah yang dibuat oleh kerajaan negeri di lima tempat berasingan di seluruh negeri. Tempat-tempat itu adalah 1) tanah sekolah rendah Islam Darul Bayan, Paka, Dungun, 2) tanah rakyat di Banggol Donas, Kuala Terengganu, 3) tanah petani di Kampung Jelapang, Langkap, 4) tanah peneroka jenerasi kedua di Paka, Dungun dan 5)tanah rakyat di Kubang Labi, Banggol, Permasuri, Setiu. Satu memorandum kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar Terengganu. Kesemua pemilik asal tanah ini diiringi oleh pimpinan PAS Terengganu yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Abdul Wahid Endut. Turut serta adalah semua Adun PAS Terengganu yang kebetulan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri hari ini. Turut serta adalah pimpinan PAS Terengganu iaitu Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid di samping Yahya Ali dan Syukrimun Shamsudin. | ||||||||||
Kes Scorpene: Zahid ‘Cakap Tak Serupa Bikin’ Posted: 25 Apr 2012 02:56 AM PDT SHAH ALAM: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini disaran agar mengotakan kata-kata beliau yang sebelum ini mendakwa bersedia berkerjasama untuk menegakkan keadilan berhubung isu yang membabitkan isu komisen kapal selam scorpene. Menurut Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai Chegu Bard yang merupakan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, Zahid telah mengeluarkan kenyataan tersebut apabila isu ini dibangkitkan pada tahun lalu. Sebaliknya semalam Zahid telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan hadir ke mahkamah di Perancis samada dibiayai kerajaan mahupun dengan menggunakan wang dari poket sendiri. "Dalam pertengahan tahun lepas bila isu scorpene ini dibangkitkan, dia seolah-olah bongkak di dalam negara. "Dia kata tak ada masalah kalau diperlukan di mana juga mahkamah, dia akan berikan kenyataan, sanggup beri kerjasama, kononnya tiada benda yang nak diselindungkan dan berikan mahkamah tegakan keadilan. "Tetapi yang terbaru sekali, bila kes ini betul-betul disebut di mahkamah Perancis ternyata dia pulak takut dengan alasan tak ada sebab nak gunakan duit sendiri untuk pergi ke mahkamah Perancis. "Kata mahu mahkamah tegakkan keadilan tetapi tak mahu beri kerjasama," beritahu Chegu ketika dihubungi hari ini. Menurut Chegu Bard keengganan Menteri Pertahanan itu untuk hadir dalam inkues di mahkamah Perancis akan memalukan rakyat dan menjejaskan imej negara. "Kita difahamkan bahawa mahkamah Perancis telah menerima Najib dan Zahid selaku saksi dalam kes tersebut. "Oleh kerana itu, jika Najib dan Zahid mengelak untuk hadir ketika dipanggil, menurut sumber perundangan, mahkamah Perancis boleh memanggil surat panggil atau waran tangkap kepada Najib yang suatu ketika dahulu adalah Menteri Pertahanan dan juga Menteri Pertahanan sekarang. "Lebih penting lagi sekiranya ianya berlaku ia bukan sahaja menjejaskan soal imej negara tetapi juga soal keselamatan negara. "Apakah rasanya sebagai rakyat Malaysia apabila PM kita menjadi buruan di peringkat antarabangsa? Tentu memalukan kita. "Ia tak mustahil, jika tak hadir sudah tentu waran tangkap boleh dikeluarkan melalui rangkaian Interpol dan sebagainya dan ini pernah berlaku terhadap diktaktor Augusto Pinochet," yang ditangkap oleh rangkaian interpol di hospital," ujar beliau yang juga merupakan Ketua PKR Cabang Rembau. Terdahulu pada 29 Mei, 2011, ketika menjawab soalan wartawan dalam isu yang sama, di samping mahukan ketelusan dalam siasatan beliau juga mahukan mahkamah menentukan kebenaran. Zahid turut memberitahu bahawa beliau bersedia untuk ke mahkamah sekiranya diminta berbuat demikian oleh mahkamah. "Mereka boleh cabar kita di mahkamah. Kita mahu lebih telus. Berhubung dakwaan mereka, biar mahkamah tentukan kebenaran," "Saya sedia ke mahkamah jika diminta berbuat demikian tetapi, syaratnya mesti diluluskan oleh kabinet. "Jika kabinet tidak benarkan, maka saya tidak perlu pergi," menurut Zahid ketika itu yang jelas bertentangan dengan kenyataan terbaru beliau yang enggan berkerjasama untuk mahkamah membuktikan kebenaran." ujar beliau. Skandal pembelian scorpene oleh kerajaan Malaysia menimbulkan pelbagai kontraversi termasuk dikaitkan dengan pembunuhan warga monggolia, Altantuya Shaariibu. | ||||||||||
'Zahid, rakyat akan biaya anda ke Paris' Posted: 25 Apr 2012 02:53 AM PDT Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi tidak patut menjadikan alasan pembiayaan untuk mengelakkan diri daripada menghadiri inkuiri berhubung pembelian kapal selam Scorpene di Paris, kata NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Anggota sekretariatnya Cynthia Gabriel berkata, Zahid sepatutnya mengutamakan soal akauntabiliti dan ketelusan kerana perbelanjaan ketenteraan datang daripada wang pembayar cukai rakyat Malaysia. "Iltizam kepada kebenaran sepatutnya menjadi alasan pertama dan paling penting untuk menjadi saksi dalam kes ini, bukan wang," kata Gabriel kepada Malaysiakini. "Tambahan pula, beliau memungkiri kata-katanya sendiri. Sebelum ini, beliau berkata sanggup memberi keterangan, kemudian beliau tukar fikiran. Kami mahu tahu apa yang telah berlaku yang menyebabkannya bertukar nada." Gabriel berkata, paling banyak, peruntukan yang diperlukan sebanyak RM10,000 semalam, meliputi tiket pergi balik bukan Malaysia Airlines (RM5,500), tempat tinggal (RM600 semalam) dan makan di restoran (RM200). Zahid sebelum ini dilaporkan tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002. Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew. | ||||||||||
BERSIH 3.0: SPR Takut Kerana Salah Posted: 25 Apr 2012 02:48 AM PDT PETALING JAYA: Kegagalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mahupun wakilnya untuk hadir sebagai panelis dalam Forum BERSIH 3.0 anjuran Tindak Malaysia nyata mengecewakan pelbagai pihak. Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0, Dr Wong Chin Huat berkata pihak SPR sepatutnya hadir bagi membuktikan keyakinan kepada orang ramai terhadap mereka memandangkan sebelum ini banyak pendedahan keraguan di dalam sistem pilihanraya di negara ini. "Bak kata pepatah Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau Tan Sri Abdul Aziz percaya apa yang dilakukan itu sah seharusnya di datang ke sini," katanya. Sebelum ini, Tan Sri Abdul Aziz dalam satu wawancara menegaskan bahawa daftar pemilih sekarang bersih dan tiada negara lain dalam dunia lebih bersih daripada Malaysia. Hampir 100 orang yang hadir bersorak kecewa bila penganjur mengumkan Pengerusi SPR tidak bersama dalam forum berkenaan. Dalam pada itu, Chin Huat berkata, pola pengundi Melayu mampu berubah sekiranya mereka mendapat akses maklumat yang lebih tepat dan luas memandangkan selama ini mereka terlalu bergantung kepada media arus perdana yang dimonopoli oleh pihak kerajaan. Katanya, masalah yang dihadapi pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar mampu diatasi sekiranya ahli keluarga yang merantau di bandar dapat membawa balik maklumat terkini berhubung isu semasa lalu disampaikan kepada ahli keluarga. "Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri seperti Selangor memperbanyakkan kemudahan jalur lebar bagi memudahkan capaian maklumat kepada orang ramai sekaligus menyukarkan kerajaan persekutuan untuk mengawal aliran informasi," katanya. Tegas beliau, kerajaan Pakatan Rakyat tidak perlu turut serta bersama dalam pilihanraya akan datang sekiranya Parlimen dibubarkan memandangkan terlalu banyak keraguan yang ditemui terutamanya mengenai daftar pemilih. Katanya, Selangor menjadi tumpuan penipuan pilihanraya dan kemungkinan besar Pakatan akan tumbang sekiranya turut sama menyertai pilihanraya serentak dengan kerajaan persekutuan jika diadakan sekarang ditambah dengan kegagalan SPR membersihkan segala keraguan yang telah dibongkarkan selama ini. | ||||||||||
Persada seru ahli turun Bersih 3.0 Posted: 25 Apr 2012 02:41 AM PDT
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Kelantan Darul Naim di Selangor dan Kuala Lumpur (Persada) sebagai sebuah NGO bebas menyokong sepenuhnya sebarang usaha ke arah memastikan PRU di Malaysia telus, bersih dan profesional. Persada juga berpendapat, penganjuran Himpunan Bersih 3.0 'Duduk Bantah' adalah satu tindakan yang proaktif dalam mencapai hasrat murni seluruh masyarakat yang cintakan keadilan dan integriti. "Ia sesuatu yang harus disokong dan didokong oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira anutan agama mereka batasan kaum, pegangan ideologi politik dan sahsiah," demikian tegas Setiausaha Agong Persada Razali Mat Ail. Katanya, Himpunan Bersiah 3.0 pada 28 April ini tidak harus dilihat sebagai satu tindakan politik tertentu tetapi menjangkau lebih daripada itu. Jelasnya kepada Harakahdaily, semua pihak perlu melihat dari pelbagai aspek lain yang lebih penting terutamanya dalam mendesak pengendalian proses pilihan raya yang harus diperbaiki untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hasil yang bersih dan adil. "Imej Malaysia sebagai sebuah negara yang dipimpin oleh kerajaan yang diberi mandat secara sah telus dan adil perlu diperbaiki dan tidak diragui," katanya. Justeru, Persada juga ingin menyeru ahli-ahlinya untuk turut mengambil bahagian secara aktif dalam usaha ke arah mobilisasi rakyat bagi menjayakan Perhimpunan Bersih 3.0 dan menegaskan bahawa perhimpunan secara aman adalah menjadi hak rakyat Malaysia. | ||||||||||
50,000 muslimat PAS dijangka sertai Bersih 3.0 Posted: 25 Apr 2012 02:40 AM PDT
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menganggarkan tidak kurang 50,000 ahli dari seluruh Malaysia akan menyertai Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) berkata, DMPP mensasarkan 1,000 orang bagi setiap Dun dan surat pemberitahuan telah dikeluarkan oleh pusat ke setiap negeri dan kawasan. "DMPP mengarahkan seluruh ahli dan jentera kita di peringkat cawangan, kawasan dan negeri untuk turun ke Bersih 3.0 dan DMPP mensasarkan 1,000 orang setiap Dun. "Kerahan ini sudah diselaraskan mengikut negeri dan surat pun sudah dikeluarkan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini. Menurut Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga, terserah kepada setiap negeri untuk mengatur perjalanan ahli-ahlinya pada hari tersebut. "Mekanisme perjalanan dan pergerakan terpulang kepada setiap negeri tapi DMPP menggalakkan mereka yang hadir berpakaian mengikut warna tema iaitu kuning. Katanya lagi, DMPP juga giat mempromosikan program tersebut melalui media baru seperti facebook, twitter, blog dan medium ceramah ke setiap kawasan. "DMPP memang sentiasa mewarwarkan Bersih 3.0 di laman sosial dan saya sendiri pun setiap kali ceramah sakan menyebut mengenai kepentinagn muslimat menyertai Bersih 3.0," katanya. Justeru beliau berharap muslimat dapat bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) lain bagi menunjukkan solidariti terhadap tuntutan rakyat. "DMPP berharap gelombang muslimat dapat menyemarakkan lagi perjuangan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil walaupuin mendapat pelbagai tentangan," katanya. | ||||||||||
Aktivis Mahasiswa Bertahan, Dikunjungi Wanita Misteri Posted: 25 Apr 2012 02:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Aktivis Mahasiswa yang mahukan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan masih bertahan di Dataran Merdeka untuk hari yang ke 12 hari ini meskipun berada dalam keadaan terpaksa berpanas dan berhujan. Dalam tinjauan TVS pagi ini, mendapati kanopi yang sebelumnya didirikan bagi tujuan Konsert Diraja Sabtu lalu telah dijadikan tempat berteduh mahasiswa terbabit juga telah diturunkan oleh kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tindakan tersebut menyebabkan kumpulan mahasiswa terbabit memindahkan barang-barang mereka kira-kira 15 meter dari kanopi yang dibuka dan menggunakan sekaki payung yang lazimnya digunakan oleh peniaga bagi mengelakkan panas dan hujan. Bagaimanapun tepat jam 10.00 pagi tadi, hampir sepuluh orang pegawai DBKL telah mengeluarkan arahan kepada kumpulan mahasiswa terbabit agar tidak menggunakan payung itu. Setelah berbincang sesama mereka, aktivis mahasiswa yang terlibat kemudiannya akur dengan arahan pegawai-pegawai DBKL terbabit. Sebelum itu, kira-kira jam 3.00 pagi tadi, kumpulan mahasiswa itu juga telah menurunkan kira-kira lima khemah yang dipasang semalam apabila diarahkan pihak DBKL. Menurut salah seorang mahasiswa terlibat, mereka akan terus berkampung di Dataran Merdeka sehingga 28 April ini meskipun terpaksa berpanas dan berhujan. Mahasiswa yang enggan namanya disebut itu juga memberitahu ketika ini mereka masih memiliki bilangan khemah yang agak banyak dan hanya menunggu masa sesuai untuk dinaikkan semula. TVS difahamkan sehingga ke hari ini kira-kira lebih 80 buah khemah samada telah dirampas penguatkuasa atau dicuri oleh individu yang menyelinap ke kawasan perkhemahan mereka sebagai penyokong. Perkhemahan mahasiswa yang dinamakan Occupy Dataran yang telah masuk hari ke 12 itu turut mencatatkan seramai enam orang aktivis ditahan pihak berkuasa dan seorang mengalami kecederaan dalam serangan samseng yang dipercayai penyokong Umno. Dalam perkembangan lain, perkhemahan mahasiswa terlibat hari ini turut dikunjungi seorang wanita misteri yang mendakwa dirinya sebagai 'Kerabat DiRaja Perak, saudara Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, perisik upahan tentera dan ahli Pekida. Wanita misteri yang memperkenalkan dirinya sebagai Shamsiah itu mendakwa kunjungan beliau ke perkhemahan aktivis mahasiswa itu bertujuan membantu aktivis-aktivis mahasiswa tersebut mengemukakan tuntutan mereka kepada pihak kerajaan. "Betul, sumpah demi Allah, akak dah banyak tolong orang hadapi masalah-masalah macam ini," katanya sambil mengangkat tangan kanannya sebagai tanda mengangkat sumpah. Setelah diasak soalan demi soalan dari aktivis mahasiswa dan wartawan yang berada di situ, kemudiannya beliau mengakui sebagai perisik tentera upahan pula. "Ok.. Sebenarnya akak adalah seorang perisik upahan tentera," kata wanita terbabit kepada mahasiswa dan beberapa wartawan yang berada di situ. Ketika cuba menangkis dakwaan mahasiswa yang mengatakan beliau adalah anggota Cawangan Khas PDRM, beliau telah mengakui sebagai salah seorang kerabat Diraja Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Tidak cukup dengan pelbagai pengakuan yang meragukan, beliau turut mendakwa mempunyai pertalian persaudaraan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam perbincangan yang kononnya untuk membantu aktivis mahasiswa terlibat, selain mahu membawa isu ini kepada pemimpin tinggi kerajaan, wanita itu juga berjanji untuk membincangkan tuntutan mahasiswa bersama Anwar dengan syarat mahasiswa terlibat harus menerima keputusan perbincangan itu nanti. Bagaimanapun tawaran yang dikemukan oleh wanita terbabit ditolak mentah-mentah oleh kumpulan aktivis mahasiswa itu. | ||||||||||
Rakyat Sabah diajak turun ke Bersih 3.0 Posted: 25 Apr 2012 01:45 AM PDT
KOTA KINABALU: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) mengajak seluruh rakyat Sabah untuk turun beramai-ramai bagi menyertai Himpunan Rakyat Bangkit 2.0 pada 28 April ini di Padang Merdeka, di sini. Pengerusinya, Hisammuddin Sulaiman berkata, ia merupakan himpunan lanjutan yang terpaksa diambil setelah pelbagai kaedah yang sama sebelum ini gagal diselesaikan dengan baik oleh Kerajaan Negeri terutama melibatkan tanah rakyat. "Isu ini bukan pertama kali diketengahkan, bahkan kita juga sudah banyak menerima rungutan dan keluhan rakyat yang mengalami masalah tanah. "Kita juga sudah membawa isu ini ke pengetahuan media dan perhatian Pejabat Ketua Menteri, namun apa yang dikesalkan ialah tindakan dan perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan tidak dipedulikan malah menyulitkan lagi keadaan," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Pemuda PAS Sabah, dekat Kingfisher pagi tadi. Menurutnya, rakyat Sabah perlu sedar dan bangkit dalam menuntut hak dan keadilan. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya penindasan di kalangan rakyat. "Sebagai rakyat, kita perlu sedar bahawa kita juga mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan. Seperti apa yang berlaku sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bukan sahaja mengelak untuk berjumpa dengan rakyat malahan melayan rakyat dengan cara yang tidak masuk akal. "Tanah ini bukan untuk seminggu dua saja, tapi ianya digunapakai buat kepada generasi-generasi yang akan datang. Bila tanah kita ini dirampas dengan cara yang jahat, maka hak kita turut dinafikan oleh mereka. Hisammuddin berkata, pihak kerajaan negeri perlu merangka satu mekanisma terbaik dan bertindak secara adil untuk menyelesaikan masalah tanah yang berlaku. "Sudah menjadi kewajipan setiap kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah tanah ini dengan cara yang bijak dan bukan dengan cara menindas golongan rakyat. Beberapa isu berkaitan perlu ditangani berkenaan seperti ketelusan dalam pemberian tanah, Tanah Hak Adat Sabah, pampasan dan sebagainya," jelasnya. Beliau juga katanya akan memobilisasi rakyat bagi membangkitkan kesedaran untuk sama-sama turun dalam himpunan kelak yang juga turut dihadiri Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau 3. | ||||||||||
Mahasiswa terus bertahan di Dataran Merdeka Posted: 25 Apr 2012 01:42 AM PDT
Dilarang mendirikan khemah, kini mereka duduk berpayung dari terikan matahari di sebuah sudut di Dataran Merdeka. Jika sebelum ini mereka berkumpul di sudut berdekatan air pancut, selepas ditutup dengan pita kuning DBKL, mahasiswa ini beralih ke arah padang. Seorang mahasiswa yang telah berada di sana sejak 12 hari lalu, Alif Asyraf, berkata mereka cuba bertahan untuk terus berada di dataran tersebut hingga menjelang himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini. Menyedari mungkin DBKL akan melakukan lebih banyak sekatan menjelang Bersih 3.0, pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata kumpulan mahasiswa itu cuba tidak berganjak dari situ bagi menuntut pendidikan percuma di negara ini. Tinjauan Harakahdaily, hari ini menyaksikan beberapa aktivis berada di tapak mereka berkhemah, manakala sebahagian mahasiswa pula berada di mahkamah. Biarpun tidak dibenarkan memasang khemah, mereka tetap berkumpul dan berpayung bagi melindungi diri mereka dari terik matahari. Sepanjang tinjauan Harakahdaily di sana, orang ramai dilihat turut menyinggah ke kawasan mahasiswa tersebut untuk menyatakan sokongan dan menghulurkan sumbangan. Tengah malam tadi, DBKL didakwa menyerbu ke atas perkhemahan mahasiswa dan dikatakan merampas dua kotak derma yang berisi kira-kira RM200. Serbuan itu merupakan serbuan ketiga DBKL ke atas mahasiswa tersebut dalam tempoh kurang 24 jam. Dalam serbuan sebelum ini, enam mahasiswa ditahan, dan dibebaskan kemudiannya dengan jaminan. Seorang dari mereka, Umar Mohd Azmi, bagaimanapun didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang tugas pegawai DBKL, dari menahan aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin. | ||||||||||
Abim seru pencinta kebenaran ke Bersih 3.0 Posted: 25 Apr 2012 01:41 AM PDT
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyokong penganjuran perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka. Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, Abim menilai penganjuran Bersih 3.0 adalah manifestasi keprihatinan rakyat terhadap kelemahan tatacara pengendalian pilihanraya di negara ini. "Pilihanraya adalah wahana untuk mengangkat pemimpin yang didokong oleh rakyat. "Pilihanraya juga merupakan mekanisme berkesan dalam menguruskan perbezaan pendapat serta aliran politik dalam sesebuah negara secara harmoni sekiranya ia dilaksanakan dengan sebaik-baiknya," ujarnya kepada Harakahdaily. Justeru, tambahnya adalah amat penting institusi serta tatacara pengendalian sesebuah pilihanraya beroleh kepercayaan serta keyakinan yang tidak berbelah bagi dari rakyat. Sehubungan itu, Abim menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) seharusnya mengambil sikap proaktif dan lebih serius untuk menangani sebarang aduan serta desakan yang dikemukakan oleh Bersih 3.0 serta masyarakat terhadap isu-isu berkenaan. "Dalam hal ini Abim ingin mendesak SPR agar menngamati setiap tuntutan serta aduan yang dikemukakan seperti pembersihan senarai pengundi, penambahbaikan terhadap pengendalian undi pos, akses media yang saksama untuk semua parti di samping membendung budaya politik kotor dan ganas menerusi pengukuhan institusi-institusi awam yang berkaitan," ujarnya lagi. Menurutnya, SPR tidak seharusnya bersikap acuh tidak acuh dalam menangani sebarang aduan serta tuntutan yang dikemukakan, kerana ia merupakan manifestasi terhadap tingginya kesedaran sivil dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap hak politik mereka. Beliau menegaskan, kegagalan berbuat demikian (menangani aduan serta tuntutan yang dikemukakan dengan sewajarnya) tidak sahaja akan membentuk persepsi negatif terhadap SPR, bahkan ia menafikan peluang untuk badan terbabit memperbaiki serta mengembangkan tatacara pengendalian pilihanraya yang lebih cekap dan berintegriti. "Menilai suasana politik semasa yang banyak dipengaruhi dengan teka teki PRU 13 yang akan datang, Abim merasakan isu penambahbaikan pengendalian pilihanraya seharusnya diberikan keutamaan yang paling tinggi oleh SPR serta pihak-pihak yang berkenaan," katanya. Menurut Amidi lagi, kegagalan berbuat demikian hanya akan mengeruhkan suasana politik semasa serta bakal menjejaskan peranan PRU13 sebagai wahana pengurusan perbezaan pendapat serta aliran politik secara harmoni dan berkesan. "Justeru, Abim menyeru setiap rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan agar sama-sama turun secara aman untuk menghadiri Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, untuk sama-sama menzahirkan keprihatinan mereka terhadap masa depan negara yang tercinta ini," ujarnya lagi. | ||||||||||
Kakitangan IT PAS Kelantan cedera disamun Posted: 25 Apr 2012 01:39 AM PDT
KOTA BHARU: Seorang kakitangan Unit IT PAS Kelantan cedera di kedua-dua belah lengan akibat disamun dua lelaki bermotosikal menggunakan senjata besi malam tadi. Pengarahnya, Mohd Ruslan Muhd Zain berkata, ketika kejadian tiga pegawai wanita terbabit sedang menunggu kunci untuk menaiki pejabat IT PAS Kelantan di Jalan Kota Darulnaim. "Bagaimanapun ketika menunggu dua lelaki datang dengan menaiki motosikal dan terus menyamun mangsa di hadapan bangunan tersebut. "Ekoran itu berlaku pergelutan namun penyamun sempat melarikan sebuah beg dipegang kakitangan berkenaan yang mengandungi telefon bimbit dan wang tunai," katanya di sini. Ekoran itu beliau membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu sejurus selepas kejadian. Menurutnya mangsa mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan menerima beberapa jahitan. Dan hari ini pula dilakukan pemeriksaan x-ray dan didapati tidak berlaku keretakan tulang dan sebarang kecederaan serius. Kata beliau juga di tempat kejadian pernah berlaku kejadian samun yang membabit seorang wanita tua. Sehubungan itu beliau berharap pihak polis melakukan kawalan lebih kerap ke kawasan berkenaan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang. | ||||||||||
Isa Samad bidas kenyataan haram penyenaraian Posted: 25 Apr 2012 01:38 AM PDT Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad hari ini membidas kenyataan exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa yang menyifatkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings ke Bursa Malaysia sebagai haram. Isa berkata, kenyataan naib presiden PAS itu boleh "mengelirukan" dan "memabukkan" masyarakat kerana menurutnya Felda membuat urusan dalam perkara yang halal. "Apa yang haram? Haram pasal apa? Kita (berniaga) kelapa sawit ini apa yang haramnya?," katanya ketika ditanya dalam taklimat berhubung penyenaraian FGVH di pejabatnya hari ini. Husam dalam satu ucapannya sebelum ini membangkitkan bahawa langkah penyenaraian itu haram kerana Felda itu tidak berhak ke atas tanah seluas 380,180 hektar yang akan dipindah milik kepada FGVH daripada Felda Plantation. Husam berkata, menurut Seksyen 37 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, tanah yang tidak mempunyai peneroka hanya boleh dimiliki oleh individu dan koperasi. Malah, Felda juga hanya bertugas untuk menguruskan tanah berkenaan dan bukannya untuk memiliki tanah, kata Husam. Tanpa mengulas isu berkait dengan peruntukan tersebut, Mohd Isa berkata tindakan membuat hukum seperti dilakukan Husam itu semudah mengucap selamat pagi. "Dia yang halal pun haram. Dengar cakap pemimpin PAS, manusia jadi keliru jadi mabuk. Perkataan itu (bagi mereka) macam perkataan Assalamualaikum saja, macam good morning. "BR1M pun haram tapi (pengikut PAS) ambil. Kemudian kalau ada durian runtuh (untuk peneroka Felda) haram juga, tapi dia ambil, ini kumpulan manusia yang teruk. Ditanya lanjut, Isa juga yakin bahawa tindakan kerajaan Kelantan menghantar notis bantahan kepada Suruhanjaya Sekuriti tidak akan menjejaskan penyenaraian tersebut. Begitu juga dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan untuk menyekat pengambilalihan tanah rancangan Felda negeri itu, kata Mohd Isa lagi. "Tak apalah kalau dia nak ambil, kita cukup tanah. Kelantan tak banyak sangat tanah," katanya lagi apabila ditanya mengenai tanah seluas 55,500 ekar di negeri itu. | ||||||||||
Mengapa perlu demonstrasi di Dataran Merdeka Posted: 25 Apr 2012 01:29 AM PDT ULASAN BERSIH 2.0 mensasarkan 500,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini. Duduk dan bantah atau "sit in protest" yang dianjurkan oleh gabungan 84 NGO tersebut menuntut agar kerajaan Malaysia menerima lapan tuntutan yang dikemukakan oleh mereka. Setakat ini hanya satu sahaja tuntutan BERSIH yang diterima iaitu penggunaan dakwat kekal. Itu pun banyak helahnya. Masih ramai yang tidak percaya dakwat kekal akan digunakan berikutan penipuan kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum ke 12 apabila penggunaan dakwat kekal dibatalkan empat hari sebelum mengundi. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kali ini digunakan untuk menghalang perhimpunan rakyat pada 28 April ini. Penganjur didesak untuk memindahkan lokasi perhimpunan ke dalam stadium. Dalam ucapan pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said di Selayang baru-baru ini, dengan tegas menyatakan bahawa organisasi tersebut akan tetap duduk dan bantah di Dataran Merdeka. Dataran Merdeka simbol kemerdekaan negara. Perhimpunan menuntut pilihan raya BERSIH, bebas dan adil di Dataran Merdeka umpama menuntut kembali kemerdekaan, kali ini bukan dari penjajah tetapi dari sebuah kerajaan yang berusia lebih 54 tahun. Dunia tahu Dataran 'dikuningkan' Setiap kali menjelang demonstrasi rakyat, seringkali kerajaan meminta agar penganjur memindahkan program ke stadium. Mengapa? Kerana apabila perhimpunan berpindah ke stadium, ia tidak lagi menjadi demonstrasi, ia sudah menjadi seperti ceramah umum. Kerajaan takut. Jika penganjur berjaya membawa 500,000 rakyat ke Dataran Merdeka, imej yang akan bermain dalam media asing akan kelihatan seperti apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir. Jika itu berlaku, seluruh dunia akan tahu bahawa Dataran Merdeka 'dikuningkan' oleh kerana rakyat Malaysia mahukan reformasi sistem pilihan raya. Pelabur asing akan mula berhati-hati. Ini kerana, sesebuah pilihan raya jika tidak dipercayai oleh majoriti besar rakyat, ertinya politik sesuatu negara tersebut tidak akan stabil. Jika dibiarkan, sesebuah kerajaan yang dipilih tidak mempunyai legitimasi politik. Ini boleh mengundang kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan melalui pilihan jalan raya. Amerika akan persoal Duduk dan bantah ataupun "sit in protest" kaedah demonstrasi yang paling mudah akan tetapi memberikan impak yang besar. Jika 500,000 rakyat duduk dan bantah di Dataran Merdeka, ia memberikan isyarat jelas kepada kerajaan agar tunaikan kesemua tuntutan BERSIH. Kesanggupan 500,000 rakyat untuk bersama-sama ke Dataran Merdeka akan turut memberi tekanan kepada rakan-rakan Malaysia di peringkat antarabangsa. ASEAN walaupun mempunyai dasar "tidak campurtangan" urusan dalaman negara anggota sudah pasti akan mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia masih mahu berdegil sedangkan Burma sudah mula membuka ruang demokrasi? Amerika Syarikat yang menjadi "payung besar" kepada Malaysia sudah pasti akan mempersoalkan kepada Najib Razak mengapa tidak mahu pilihan raya bebas dan adil. Pilihan raya bebas dan adil ini antara kempen "sheriff" dunia tersebut. Dataran Merdeka simbol kebebasan Dataran Merdeka simbol kepada kebebasan dan demokrasi. Ia milik kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia bukan milik DBKL. DBKL hanya bertugas untuk menguruskan tempat tersebut. Apatah lagi pimpinan DBKL tidak dipilih oleh penduduk Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak dipilih melalui proses demokrasi tetapi dilantik oleh kerajaan. Sebab itu apabila beliau bersuara, rakyat tidak mahu dengar. Dataran Merdeka tetap menjadi destinasi utama perhimpunan tersebut. Melihat kepada pengalaman perhimpunan BERSIH 1 dan 2 lalu, jika Dataran Merdeka ditutup, Kuala Lumpur akan lumpuh. Jika di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya masih mampu dikawal. Bayangkanlah jika 500,000 rakyat berselerak di merata Kuala Lumpur. Bukankah ia bakal menyebabkan perhimpunan di lebih banyak lokasi? Jika Kuala Lumpur lumpuh tidak boleh bergerak, ia memberikan isyarat yang tidak baik kepada negara. Serahkan kembali Dataran Merdeka kepada rakyat sebelum rakyat bangkit merampas. | ||||||||||
Amaran keras Datuk Bandar kepada BERSIH Posted: 25 Apr 2012 01:26 AM PDT Abdul Rahim Sabri Bertegas dengan keputusannya tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan untuk perhimpunan tersebut, Ahmad Fuad menegaskan tindakan yang sama akan diambil sepertimana tindakan terhadap kumpulan mahasiswa anti-PTPTN yang 'berkampung' di tempat yang sama. "Seperti (mahasiswa) anti-PTPTN, contoh yang sama juga kita akan ambil jika mereka melanggar undang-undang. "Bila tiba masanya, tindakan akan kita ambil...Untuk menjamin keselamatan, kita serah kepada polis... Bagilah kita bekerja juga," katanya dalam sidang media selepas bertemu dengan delegasi BERSIH di pejabatnya hari ini. Demo anti-PTPTN menyaksikan enam aktivis ditahan polis dan ada barangan mereka dirampas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pertemuan hari ini menemui jalan buntu apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berhubung lokasi alternatif yang dicadangkan. BERSIH berkeras mahu tetap berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya Ahmad Fuad mencadangkan mereka mengubahnya ke Stadium Merdeka - yang terletak kira-kira 1km dari situ. Ditanya sama DBKL akan menghalang penyokong gabungan itu untuk berhimpun di situ, Ahmad Fuad berkata adalah menjadi tanggungjawab DBKL untuk menjaga Dataran Merdeka dan ia terikat undang-undang yang digunapakai sejak 1992. "Kita akan berpegang kepada undang-undang yang ada. Dan Akta Perhimpunan Aman yang memberikan (keizinan berhimpun) di tempat-tempat yang tertentu. Tetapi tempat yang tak boleh, itu yang (mereka) nak masuk," katanya. Ditanya sama Dataran Merdeka akan ditutup pada tarikh tersebut, Ahmad Fuad berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak tertentu termasuk pihak polis berhubung perkara itu kerana khuatir akan berlakunya "pertembungan" jika perhimpunan itu diteruskan di situ. "Kalau berlakunya konfrantasi... Kita kata ia perhimpunan aman, sedangkan orang lain kata bukan perhimpunan aman, jadi ada dilema di situ. "Jika berkaitan dengan ketenteraman, ia diserahkan kepada polis, kita akan menjaga tempat kita," katanya sambil menambah Dataran Merdeka merupakan tempat kedua popular yang dikunjungi pelancong. Ahmad Fuad turut membidas rancangan BERSIH yang didakwanya memberi indikasi akan duduk di atas jalan sekiranya DBKL tidak memberi keizinan gabungan itu berhimpun di situ. "Tadi kata perhimpunan aman... Saya tak fahamlah. Jangan bikin kerja susah (untuk) DBKL. Itu nampak gayanya tak berapa amanlah," katanya sambil menambah ia bakal menimbulkan kemarahan orang awam yang mahu menjalankan aktiviti harian mereka. Sehubungan itu, Ahmad Fuad mendakwa BERSIH cuba menimbulkan huru-hara kerana tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. "Siapa yang (cuba) timbulkan huru-hara... kita beri alternatif, mereka tak beri alternatif," katanya. | ||||||||||
Teras tuntut Felda batal penyenaraian Posted: 25 Apr 2012 01:20 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menuntut agar langkah penyenaraian Felda melalui Felda Global Ventures Berhad Holdings (FGVH) dibatalkan segera. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tujuan penyenaraian tersebut semakin jelas tidak memihak kepada kebajikan dan manfaat jangka panjang peneroka Felda. Apatah lagi, katanya dalam pengagihan saham nanti telah terdedah wujudnya peruntukan untuk Felda memberi laluan kepada strategic partner yang melibatkan syarikat luar dari Israel. "Felda yang kini adalah sebuah agensi cash rich. Oleh itu tidak perlu menyenaraikan Felda dalam bursa saham yang terdedah kepada naik surutnya harga saham," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau juga mempersoalkan apa perlu Felda menyenaraikan aset peneroka dalam pasaran saham untuk mengumpul modal jika jelas Felda memiliki wang tunai yang banyak. Katanya, Teras berpendapat jika aset peneroka ditukar dalam bentuk saham yang tidak menentu harganya dan di luar kawalan Felda, maka risiko jangka panjang amat tinggi bila monopoli oleh syarikat besar akan mengambilalih seluruh saham Felda. "Apa jaminan pihak kerajaan bahawa aset tanah peneroka akhirnya tidak juga terheret dalam perniagaan saham terbuka?" soalnya lagi. Setakat ini, ujarnya jaminan Perdana Menteri bahawa tanah Felda yang ada peneroka tidak akan dilibatkan hanya pengumuman lisan dan tidak ada jaminan ia tidak akan berlaku. Menurutnya, pihak kerajaan tidak menjelaskan bagaimana aset tanah akan terhindar dari pemindahan milik jika Felda tidak ada kuasa menentukan hal ini di Bursa Malaysia. "Malah, pengagihan saham bila IPO diisytiharkan setakat ini tidak dijelaskan bagaimana ia tidak akan merugikan peneroka bila pihak lain mula membeli saham secara proksi," katanya. Setakat ini, ujarnya bantahan oleh peneroka tidak boleh diketepikan hanya dengan keputusan sebuah mesyuarat agung KPF yang tidak sebenarnya diwakili oleh majoriti peneroka. Mohd Azmi menambah, oleh kerana penyenaraian itu adalah suatu langkah yang sangat besar dan melibatkan masa depan peneroka Felda, maka suara bantahan yang wujud di kalangan peneroka tidak boleh diketepikan begitu sahaja. "Teras menuntut supaya ia dibatalkan di atas fakta bahawa sekarang isu ini berada di tahap penuh kontroversi yang memerlukan pihak kerajaan perlu menimbang semula keputusannya," ujarnya. Beliau berkata, kini Felda adalah satu-satunya agensi yang mengendalikan aset tanah paling luas dalam negara. Katanya lagi, aset tanah yang ada tidak boleh diperjudikan melalui pasaran saham kerana ia adalah aset strategik sebuah negara, ia bukan aset Felda tetapi hanya menguruskannya. Tambahnya, tidak ada gunanya harga saham mencapai tahap tinggi sedangkan aset sebenar telah dimiliki pihak lain. "Teras menuntut agar penolakan peneroka yang tidak sedikit terhadap penyenaraian ini akan mengujudkan keadaan yang tidak stabil kerana Felda bukan lagi dilihat sebagai pembela nasib peneroka," katanya. Perlu diingatkan, ujarnya peneroka tidak mendapat harta tanah dalam rancangan Felda secara percuma. Malah, katanya setiap perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Felda perlu dibayar semula oleh peneroka melalui pemotongan hasil yang diperolehi dari hasil ladang. "Malah masih ramai di kalangan mereka yang dicatat sebagai peneroka yang masih berhutang kepada Felda. "Oleh kerana itu peneroka berhak bersuara ke atas sebarang usaha yang melibatkan nasib mereka dalam jangka panjang," ujarnya lagi.-Harakahdaily | ||||||||||
Rumah Mazlan Aliman disimbah cat merah Posted: 25 Apr 2012 01:17 AM PDT KUALA LUMPUR- Rumah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman di Felda Ramun, Kulai, Johor disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali, awal pagi tadi. Mazlan berkata, perbuatan khianat itu disedari oleh isterinya yang belum tidur kira-kira jam 3.00 pagi tadi. Isterinya mendengar derap tapak kaki di luar rumah dan mengejutkan beliau yang baru melelapkan mata. Apabila mereka keluar melihat apa yang berlaku kira-kira lima minit kemudian, didapati bahagian beranda dan kaki lima rumah telah disimbah cat merah. "Malam tadi saya ada ceramah dan pulang ke rumah agak lewat. "Dalam jam tiga pagi, saya baru terlelap, dan isteri saya belum tidur lagi. "Dia terbau cat yang kuat dan terus kejutkan saya. Apabila kami tengok di luar rumah, bahagian beranda dan kaki lima dikotori cat merah (gambar) tapi kejadian itu berlaku sangat pantas," kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis hari ini berhubung kejadian itu. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat bagaimanapun yakin perbuatan khianat itu dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangannya dalam isu tanah dan Felda. "Saya yakin ini merupakan satu usaha untuk menakutkan-nakutkan saya tapi saya tak gentar. "Saya dah berada dalam PAS selama 30 tahun dan sudah hadapi macam-macam. Insya Allah saya boleh hadapi semua ini dan memberi semangat kepada saya untuk terus perjuangkan hak rakyat," tegas beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak). Tambah beliau lagi, perbuatan itu juga dilakukan menjelang Himpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana, Johor Bharu 5 Mei depan. "Kita akan adakan himpunan tanah besar-besaran dan kita sudah buat roadshow ke seluruh tempat dan dedahkan perkara-perkara berkaitan isu tanah. "Kita dedahkan bagaimana pemimpin Umno ada tanah yang banyak sedangkan rakyat yang buat permohonan 40 tahun tak dapat-dapat. "Mungkin perbuatan ini untuk menggagalkan usaha kita memberi maklumat kepada rakyat," katanya. --Harakahdaily | ||||||||||
SPR: Jangan pertikai pengundi meningkat Posted: 25 Apr 2012 01:15 AM PDT SINAR HARIAN Justeru itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menolak dakwaan bahawa peningkatan jumlah pengundi baru itu adalah sesuatu yang dirancang SPR bagi tujuan tertentu. "Peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku secara menyeluruh di semua bahagian pilihan raya seluruh negara. "Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Perkara itu adalah antara yang terkandung dalam buku bertajuk 'Fakta Sebenar di sebalik dakwaan dan fitnah terhadap SPR' yang akan diedarkan SPR di seluruh negara termasuk kepada media, parti politik dan agensi kerajaan. Sebanyak 5,000 buku yang mengandungi 12 jawapan terhadap dakwaan yang ditimbulkan beberapa pihak terhadap SPR, akan diedar di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai menilai sendiri dakwaan berkenaan. Abdul Aziz berkata jumlah mereka yang belum mendaftar yang tertinggi mengikut negeri ialah di Selangor diikuti Wilayah Persekutuan, Johor dan Perak. "Maka, jika peningkatan pendaftaran tertinggi berlaku di Selangor, itu adalah selari dengan fakta yang mana seramai 750,000 warganya belum mendaftar sehingga Jun 2011," katanya. Beliau berkata, terdapat bahagian pilihan raya yang mencatat peningkatan yang tinggi seperti di kawasan Subang sebanyak 34 peratus, Tebrau (34 peratus); Kota Raja (33 peratus); Pekan (33 peratus) dan Gua Musang (30 peratus). – Bernama | ||||||||||
PTPTN pulangkan hasil pelarasan bayaran balik pinjaman sebanyak RM2.72j Posted: 25 Apr 2012 01:11 AM PDT SINAR HARIAN Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata, dalam tempoh sama juga PTPTN sudah memberi pinjaman sebanyak RM43.85 bilion kepada 1.96 juta pelajar melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara. "Sehingga 31 Mac lalu, sepatutnya seramai 1,052,693 peminjam membabitkan peruntukan RM6.84 bilion membayar balik pinjaman, tetapi atas faktor tertentu seperti sakit, melanjutkan pelajaran keluar negara, PTPTN meluluskan penangguhan kepada 31,606 peminjam terbabit," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Minda di perkampungan Orang Asli Penderas petang semalam. Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata, sehingga kini PTPTN menerima RM3.8 bilion bayaran balik pinjaman daripada 759,526 peminjam. Katanya, peminjam yang dikenakan tindakan dan tidak memberikan sebarang jawapan setelah dihubungi PTPTN adalah seramai 261,561 peminjam membabitkan pinjaman RM1.8 bilion. Ismail berkata, sejak ditubuhkan lebih 15 tahun lalu, PTPTN mengeluarkan pinjaman sebanyak RM43.85 bilion dan pada tahun ini sahaja RM5.05 bilion diberikan kepada peminjam, iaitu RM3.37 bilion kepada peminjam sedia ada dan RM1.68 bilion kepada peminjam baru. Katanya, tahun ini PTPTN meluluskan pinjaman sebanyak RM182.3 juta kepada 14,459 pelajar. Sementara itu, beliau berkata daripada 600 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini, sebanyak 434 IPTS yang pelajarnya di bawah tajaan PTPTN, boleh 'gulung tikar' jika PTPTN dihapuskan. Sehubungan itu, Ismail menafikan tuduhan pembangkang kononnya kerajaan zalim dan menindas rakyat sedangkan pelbagai kemudahan disediakan dalam mengatasi bebanan mereka. Malah, katanya, PTPTN sentiasa bersedia bertolak ansur dan berunding dengan mana-mana pelajar yang menghadapi masalah untuk melunaskan bayaran balik pinjaman berkenaan. | ||||||||||
SPR terima 2.27 juta pengundi baru selepas PRU 2008 Posted: 25 Apr 2012 01:09 AM PDT SINAR HARIAN Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, daripada jumlah itu, 155,420 pemilih didaftarkan pada 2008, 279,270 pemilih (2009), 826,462 pemilih (2010) dan 1,008,850 pemilih (2011). Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Ng Fook Heng yang meminta Perdana Menteri menyatakan pecahan pengundi baru berdaftar mengikut kaum sejak 2008. Mengenai pecahan jumlah pendaftaran pemilih mengikut kaum, Liew berkata Melayu merupakan kaum tertinggi mendaftar pada 2008 iaitu seramai 82,309 pemilih (53 peratus) diikuti kaum Cina (29.4 peratus) dan India (8.1 peratus). Pada 2009, seramai 187,828 pemilih (67.3 peratus) ialah Melayu diikuti Cina (19.8 peratus) dan Bumiputera Sarawak (4.8 peratus) manakala pada 2010, seramai 466,137 pemilih (56.4 peratus) adalah orang Melayu diikuti Cina (27.0 peratus) dan India (6.6 peratus), katanya. Bagi 2011, seramai 611,498 pemilih (60.6 peratus) ialah Melayu diikuti Cina (22.0 peratus) dan India (6.7 peratus). Liew berkata, statistik Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan Selangor mencatatkan pendaftaran jumlah pengundi baru tertinggi iaitu seramai 165,222 orang diiikuti Johor (124,240 orang), Perak (96,710 orang), Sabah (86,927 orang) dan Kedah (84,704 orang). Ini diikuti dengan Kelantan seramai 69,344 orang, Pulau Pinang (64,029 orang), Sarawak (63,305 orang), Kuala Lumpur (61,040 orang), Pahang (59,639 orang), Terengganu (45,190 orang), Negeri Sembilan (42,009 orang), Melaka (31,827 orang), Perlis (9,881 orang), Labuan (2,863 orang) dan Putrajaya (1,920 orang). – Bernama | ||||||||||
Pas syor calon semua kerusi Parlimen, Dun Perlis Posted: 25 Apr 2012 01:02 AM PDT SINAR HARIAN Pesuruhjaya Pas negeri Hashim Jasin berkata, tindakan mereka menyenaraikan nama di semua kerusi adalah sebagai persiapan "kalau-kalau terjadi sesuatu" dalam soal calon di kalangan parti-parti pembangkang di negeri ini, yang memerlukan pengisian dibuat di kalangan calon-calon Pas. Bercakap kepada Bernama di sini, Hashim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang, berkata DAP mungkin sedang berbincang dengan PKR dalam pengagihan kerusi dan Pas hanya membuat persiapan yang perlu. Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen yang semuanya dimenangi Barisan Nasional (BN) dan 15 kerusi DUN dengan dua kerusi dimiliki Pas iaitu Sanglang diwakili Hashim dan Simpang Empat diwakili Rus'sele Eizan, pada pilihan raya umum lalu. Mengenai calon Pas yang dicadangkan, Hashim berkata calon-calon berkenaan meliputi pelbagai peringkat termasuk golongan ulama, muda dan profesional. Beliau turut mengesahkan bahawa Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Harun Din turut disenaraikan untuk bertanding namun tidak menyatakan kawasan yang akan ditandingi. Hashim berkata keadaan kesihatan Harun sekarang membolehkannya bertanding walaupun baru sahaja pulih daripada menjalani satu pembedahan di luar negara. Mengenai kedudukannya, Hashim yang sudah berusia 72 tahun berkata, nama beliau turut dimasukkan dan dihantar kepada Pas Pusat serta terserah kepada pucuk pimpinan parti menentukannya. – Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan