Rabu, 25 April 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Roboh Kedai Makan Melayu - Hamidah Main Wayang China?

Posted: 25 Apr 2012 09:02 AM PDT

Ketua Bahagian Umno Gopeng, Datuk Hamzah Bin Kasim ( kiri) turut hadir di tempat kedai yang telah diroboh itu pagi kelmarin.

Dalam temubual bersama beliau, beliau turut menyatakan rasa terkilan dan kecewa diatas tidakan merobohkan premis kedai tersebut.

"Saya amat terkilan.Sepatutnya perkara ini dibincangkan dengan Menteri Besar," katanya.

Apabila pemilik kedai beritahu, bahawa perkara tersebut telah dibincangkan dengan Hamidah, beliau berkata,"Tak, bukan bincang dengan Hamidah., bincang dengan MB. Patut diberitahu kepada kaunseler disini, Dato Haji Mukti , kaunseler di sini..."

Kedai yang sudah 17 tahun di situ ranap
dikerjakan oleh Pakatan Rakyat?

Apabila dinyatakan bahawa mereka ini , orang biasa dan tidak tahu hal untuk berunding dengan MB dan diusulkan bahawa sepatutnya Hamidah berunding dengan MB mengenai hal ini sebab Hamidah sudah maklum mengenainya, Hamzah tetap bertegas supaya merujuk kepada Dato Hj Mukti.

"Saya yang letak Dato Hj Mukti di situ, jadi saya bolehlah tahu perkara ini...ini kita pun tak tahu! Macam mana kita nak...." hambar sahaja bunyinya.

Pemilik kedai itu lalu menyampuk, "Saya heran ngapa Hamidah buat macam ini?"

"Bukan Hamidah ni kut..", Hamzah dengan tergagap-gapap sikit cuba mempertahankan Hamidah dan Umno.

Orang ramai tertanya-tanya dari mana mereka ni semua?
Begitukah wahai Datuk Hamzah?


"Bandaraya...ni meroboh Bandaraya...," dia berkata demikian seolah-olah orang ramai tidak kenal sekumpulan petugas beruniform yang datang dengan lori MBI itu.

"Bandaraya ni dapat arahan; arahan daripada mana? Sampuk salah seorang di situ yang ingi penjelasan sebenar.

" Orang nombor satulah, Dato Bandar!" balas Hamzah disambut gelak ketawa beberapa orang yang ada di situ." Mereka mungkin terasa lucu dengan jawapan Hamzah itu.

Tentu pening pemilik kedai itu ( foto sebelah) mendengar jawapan demikian rupa dari seorang Ketua Umno Bahagian Gopeng ini.

"Bandaraya kata orang ni...orang ni kata orang ni, orang ni...macamana entah!" kedengaran dia bersungut.

"Bandaraya...Bandaraya...," Hamzah cuba menyakinkannya lalu disambut dengan ketawa beberapa orang yang berada disitu. Ada juga kedengaran suara menyampuk, "Umnolah tu!"

"Saya ketua parti, pun tak tahu...ini kerajaan (bukan parti- penulis) kadang-kadang bertindak ...kerajaan pun bukannya semua Umno....pembangkang pun ada...", katanya.

Jawapan tersebut mendapat reaksi sepontan salah seorang di situ dengan menyampuk, " Hei! Mana ada? Semua orang Umno!"

"Bandaraya tu penuh! (orang pembangkang– penulis) . Orang disitu yang mendengarnya semua terasa lucu dan ketawa....

"Ketua kampung saya dah jumpa. Tok Penghulu saya dah jumpa," pemilik kedai itu dah tak tahu nak kata apa lagi.

Hamzah turut ditanya kenapa hanya satu bangunan ini sahaja dirobohkan sedangkan ada banyak lagi gerai-gerai seumpamanya.

"Ketika saya Ahli Majlis dahulu, memang saya bangkang.... saya kata, kalau nak roboh, roboh semua! Yang di Pasir Pinji tuu...semua sekali ambil tindakan!

"Saya kata selesaikan masalah depa dulu jangan kira kita nak peroboh aje ", nampak bersungguh Hamzah dengan kata-katanya itu.

Tetapi, tidak masuk akal bahawa Hamzah tidak tahu. Dia Ketua Bahagian. Hamidah orang bawahan dia dalam susur galur hiraki parti. Hamidah tahu rancangan MBI nak merobohkan kedai tersebut. Mustahil Hamidah tidak maklumi dan tidak tahu menghormati Hamzah sebagai Ketua Bahagian.

MBI buat kerja perobohan pada 24 April, lebih kurang jam
10.00 pagi.
Lihat entri atas ini - jam 1.12 tengah malam!
Apa perlunya tengah-tengah malam muat naik berita ini?
Konon nak lepas tangan, tapi lupa orang boleh lihat jam tu!

Blog penjilat Hamidah, Sungai Rapat Online, melaporkan dalam entrinya pada 24 April lalu yang diposting pada jam 1.12 malam buta berkaitan ura-ura MBI mahu merobohkan kedai tersebut. MBI datang sungguh selepas itu, lebih kurang jam 10.00 pagi. Jelas bahawa Hamidah Osmah sudah terlebih maklum hal yang akan di lakukan oleh MBI.

Mana boleh Ketua Bahagian diperbodohkan oleh orang bawahannya.Dan tidak mungkin Hamzah sanggup memperbodohkan dirinya sedemikian rupa. Cer kita fikirkan bersama. Betul sungguh apa yang pernah Mahathir katakan dulu ...

"Teman tetap tidak puas hati keadaan begini , mike Ketua Bahagian Umno , duduk deka-dekat sini (Pinji Utama- penulis), macam mana boleh tidak tahu!" jawab pemilik kedai yang kena roboh itu.

Kenapa Hamidah tidak hadir disitu pada hari kejadian? Walhal dia telah berjanji tidak akan mengambil tindakan sehingga masalah peniaga di situ diatasi dengan menyediakan 'Medan Selera' - tempat khas berhampir kawasan tersebut.Cer klik gambar Sinar tu!

Dan kenapa Hamzah tidak menghubungi Hamidah Osman serta merta pada waktu kejadian tersebut berlaku. Mereka perlu jelaskan persoalan tersebut kepada rakyat. Kalau tidak, nampak sangat mereka hanya bermain wayang China sahaja.

Selepas ini jika MBI merobohkannya sekali pun, pemilik dan pengusaha jangan kata MBI zalim. Nak kata Umno baik? Ha! ha! ha!

Tiada ulasan: