Isnin, 23 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Zahida TUTUP Telefon, Tetapi Kenyataan Twitternya Menarik

Posted: 23 Apr 2012 08:19 AM PDT



Mungkin kerana hebat disindir atau bertalu-talu dihubungi rakan, wartawan, kaum keluarga, maka si artis ini menutup telefonnya. Mungkin.

Yang menariknya, dia menulis di Twitter: "its up 2 me nak ada hubungan dng sesiapa pun!! Apa kau peduli?? 

Eh, marah!
Orang tidak hairan dengan siapa dia mahu membuat hubungan. Orang hanya peduli tentang wang RM1.4 juta itu? Jika benar, dari mana sumber wang tersebut?

Nalla Cukup Konfiden, Serah Video Misteri, Psiko atau Ada Rahsia Tersembunyi?

Posted: 23 Apr 2012 06:48 AM PDT


[MK] Senator Datuk S Nallakaruppan telah menyerahkan satu pita video kepada peguamnya untuk tujuan pembelaannya dalam saman RM100 juta oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Pita itu diserahkan kepada peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah di lobi kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini.

"Jagalah ini betul-betul," kata Nallakaruppan (kiri dalam gambar) kepada Shafee,ketika menyerahkan satu sampul berwarna coklat.

Walaupun ditanya wartawan, Nallakaruppan enggan mendedahkan kandungan pita video itu, dan hanya berkata semuanya akan didedahkan semasa prosiding mahkamah.

Anwar memfailkan saman tersebut awal tahun ini terhadap bekas ahli PKR itu, serta akhbar harian Utusan Malaysia, yang menyiarkan laporan muka depan yang memetik Nallakaruppan.

"Saya mahu kes ini bermula secepat mungkin. Saya tidak boleh tunggu. Beliau telah menyaman saya sebanyak RM100 juta, tetapi itu tidak cukup. Samanlah saya sebanyak RM500 juta! Saya berpegang dengan keterangan itu," kata Nallakaruppan.

Katanya, ini adalah bukti kedua yang beliau serahkan kepada Shafee, yang "akan memberitahu mahkamah tentang Anwar, (Timbalan Presiden (PKR) Azmin Ali dan isterinya Shamsidar ".

Ditanya sama ada beliau akan memfailkan saman balas terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Nallakaruppan berkata: "Kita akan tunggu."



P/s: Nalla bercakap seolah-olah ada video seks Anwar dengan Shamsidar, Anwar dengan lelaki lain. Jika tidak bagaimana dia mahu membuktikan bahawa bekas rakannya itu biaseksual? Sekadar dakwaan, semua orang boleh buat dakwaan.

Suspens!

 

[PANAS] Skandal Artis & RM1.4 Juta: Shafie Ancam SAMAN, Zuraida Sedia DISAMAN

Posted: 23 Apr 2012 06:06 AM PDT


[MK] Menteri pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengancam untuk mengambil tindakan kepada pihak yang terus mengaitkan dirinya dengan dakwaan bahawa beliau membayar wang sehingga RM1.5 juta kepada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik.

"Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan berkenaan yang timbul ekoran penyebaran satu laporan polis bertarikh 13 Mac oleh MP Ampang, Zuraida Kamarudin.

"Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

"Kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluas salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata menteri berkenaan dalam satu kenyataan di laman Twitter hari ini.

Zuraida mendakwa laporan polis itu didakwa dibuat oleh seorang lelaki bernama Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwa bahawa lelaki tersebut melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudara lelaki itu dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Pelakon berkenaan, Zahida yang tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan.


Berkaitan:

Zuraida Sedia Disaman


 
 [TVS] SHAH ALAM : MP Ampang Zuraida Kamaruddin sedia untuk disaman berhubung kenyataannya yang mengaitkan seorang pelakon wanita dengan menteri kabinet yang dibuat minggu lepas.

"Kita bersedia dengan segala tindakan yang akan diambil. Kalau dia nak saman maka kita bersedia," kata Zuraida ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata demikian bagi mengulas reaksi pelakon, Zahida Rafik, yang menafikan dakwaan yang beliau terlibat di dalam hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal.

Zahida di dalam kenyataan yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial twitter, menafikan dakwaan itu dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Zuraida, pendedahan perkara itu dibuat atas dasar ingin membantu pemandu peribadi Zahida yang dipercayai menjadi mangsa di dalam kes tersebut.

Katanya, pihaknya juga mahu menteri yang dikaitkan dengan kes itu untuk memberi penjelasan.

"Kita buat pendedahan ini atas dasar membantu pemandu pribadinya mendapat pembelaan sewajarnya. Ia adalah berdasarkan segala dokumen dan bukti yang dimilik."

Zuraida berkata, beliau telah menjangka bahawa Zahida akan menafikan perkara itu.

Di dalam sidang media pada Apr 18 Zuraida mendedahkan satu laporan polis yang kononnya dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Mohd Azuan Abdullah.

Di dalam laporan itu, Mohd Azuan mendakwa Zahida mengkhianatinya dengan membuat laporan palsu kononnya dia telah melarikan wang sejumlah RM200,000.

Mohd Azuan mendakwa Shafie telah mengarahnya supaya menjadi pemandu peribadi kepada Zahida dan menjadi perantara antara pelakon itu dan Shafie.

Beliau menyatakan telah berkhidmat selama tiga tahun dan meletak jawatan pada 29 Februari lalu kerana tidak tahan dengan tekanan tinggi akibat jawatan itu.

Zahida menafikan dakwaan Mohd Azuan apabila menulis di dalam laman Twitternya, pada 19 dan 20 April lalu.

Beliau menulis:

"Wow!!! Besnya if tis story is tru!! Kesian my x driver tu, sanggup buat cite palsu semata2 utk buat duit!! May allah bless him!

(Wow, besnya kalau cerita ini benar. Saya berasa kesian pada bekas pemandu saya itu kerana sanggup buat cerita palsu semata-mata untuk buat duit. Moga Allah Merahmatinya!)

Zahida berkata beliau tidak berdiam diri dan sudah melantik peguam untuk menyelesaikan isu ini.



P/s: Saman sahajalah Shafie. Nafi sahaja tidak cukup. Semua orang boleh menafikan sesuatu. Tidak semua boleh menyaman kerana sesuatu.


Gadai Nyawa Elak Dicekup Khalwat

Posted: 23 Apr 2012 02:09 AM PDT



[SH] AMPANG - Seorang pemandu teksi bergadai nyawa dengan bergayut ala Spiderman pada luar tingkap rumah setinggi tiga tingkat bagi mengelak dicekup sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi semalam.

Ketika ditahan, lelaki berusia 33 tahun itu memberi alasan singgah makan di bilik sewa teman wanitanya di sebuah rumah kedai, di sini, pada jam 5.30 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, siasatan mendapati lelaki itu telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, manakala teman wanitanya berusia 36 tahun itu adalah bekas pekerja di sebuah kelab malam di sekitar Lembah Klang.

"Difahamkan, lelaki berkenaan menjalin hubungan sulit bersama janda yang mempunyai seorang anak itu sejak dua tahun lalu. Wanita itu juga dipercayai mengandung empat bulan," katanya.

Ahmad Nawi berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota penguat kuasa agama menyerbu premis itu.

Menurutnya, ketika serbuan seorang wanita membuka pintu dan dia memberi alasan tinggal seorang diri di bilik itu.

"Kami mendapati lelaki berkenaan berpakaian lengkap, manakala wanita itu berpakaian baju tidur ketika serbuan dijalankan," katanya.

Dalam operasi berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu, dua pasang kekasih yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun turut ditahan di sebuah rumah kedai di Pandan Indah.

"Kami menahan dua beradik itu bersama pasangan masing-masing di rumah sewa mereka. "Difahamkan mereka dipercayai bersekedudukan di rumah itu sejak dua bulan lalu," katanya.

Ahmad Nawi berkata, operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.



Peragut Diikat & Dibelasah

Posted: 22 Apr 2012 09:30 PM PDT

Sekadar hiasan.

[HM] KUANTAN: Cubaan seorang lelaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas bukan saja gagal, malah dia bermandi darah akibat dibelasah orang ramai selepas diikat pada tiang telefon, di Permatang Badak, di sini, tengah hari, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, peragut yang berusia 20-an dan tinggal di Kampung Chendering, di sini, cedera di muka akibat dibelasah.

Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki terbabit yang menunggang motosikal Yamaha Nouvo berhenti di tepi jalan dan mematikan enjin sebelum berjalan menuju ke arah mangsa yang berusia 60-an. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan lelaki terbabit sudah ditangkap dan diserahkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit tidak sempat melarikan diri kerana gagal menghidupkan enjin motosikal sebelum diberkas orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Katanya, polis menghargai kerjasama orang ramai dan berharap tindakan berani sedemikian diteruskan pada masa akan datang bagi membanteras kegiatan jenayah.

"Bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi," katanya di sini, semalam.



Lori Surat Khabar Pun Kena Rompak di Negara Paling Selamat di Asia Tenggara!

Posted: 22 Apr 2012 08:40 PM PDT


Berita ini menggunakan tajuk yang menunjukkan "kehairanan" "kepelikan" apabila sebuah lori yang membawa muatan surat khabar dirompak sekumpulan penjenayah. Berapalah sangat nilai muatan itu? Lagi pelik dan hairan kerana kejadian ini berlaku di negara paling selamat di Asia Tenggara. Penjenayah di negara kita merompak apa-apa sahaja yang diingini mereka.


P/s: Tolonglah kemukakan statistik jenayah yang sahih! Jangan kemukakan statistik jenayah pilihan raya!


 

[Video] Ibrahim Ali & Geng Me-TIBAI Poster Anwar Ibrahim, Mari Tonton Kelaku Orang Bodoh

Posted: 22 Apr 2012 06:50 PM PDT


Kerja bodoh!

Kalau benar-benar mahu menibai Anwar Ibrahim tibailah dengan fakta, hujah. Kalau benar-benar mahu menibai Anwar Ibrahim pergilah bertanding di Permatang Pauh. Kalau setakat menibai poster, itu kerja bodoh Ibrahim Ali. Budak sekolah pun tidak mahu membuat kerja bodoh ini.

Mereka tayang video lucah, fitnah zina, fitnah meliwat, tibai poster Anwar Ibarahim, namun ceramahnya di serata pelosok negara tidak pernah kering daripada kunjungan rakyat. Semakin ditibai, semakin banyak yang datang.

Agak-agak apalah yang difikirkan oleh warga emas yang memenuhi dewan pelancaran TIBAI semalam? Ketika diberitakan di TV, rata-rata hadirin pelancaran TIBAI terdiri daripada warga emas. Harap-harap mereka tidak diimport dari rumah jagaan orang tua!



Siapa TIBAI?

Antara lain individu yang menyertai TIBAI termasuklah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor, Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin dan bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman.

Menurut berita SH, TIBAI akan menibai empat negeri, iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Balaci-balaci UMCO.

Siapa Murshit Am TIBAI? Tonton video di bawah ini: -DCM




P/s: Semakin dekat PRU, semakin terdesak!

Seperkara lagi, kalau apa-apa berlaku kepada Anwar Ibrahim, polis kena cari orang TIBAI dahulu kerana terserlah mereka seolah-olah mempromosikan "keganasan".



Berita Susulan tentang Pelajar UPSI Maut Terjatuh Bangunan

Posted: 22 Apr 2012 05:45 PM PDT


Mati terjun separa sedar

[HM] TANJUNG MALIM: Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

"Malah, saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis," katanya yang dihubungi semalam.

Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya. 


Berkaitan:
Maut akibat bisikan misteri

ANAK panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada Sabtu lalu.

[Kosmo] TANJUNG MALIM - Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.

Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.

Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.

Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.

"Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.


Berita awal di sini.


Lelaki Ditikam Sehari Sebelum Menikah, Warga Asing Diburu

Posted: 22 Apr 2012 05:30 PM PDT



[Bernama] JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan tunangnya hari ini mati dibunuh di hadapan sebuah rumah kedai di Jalan Dedap 23, Taman Johor Jaya di sini semalam.

Indra Asrul, 29, mati di tempat kejadian selepas ditikam empat kali di bahagian perut apabila diserang tiga individu warganegara Myanmar termasuk
seorang wanita.

Tunang mangsa yang menyaksikan kejadian pada 10.40 malam itu berkata beliau dan mangsa pergi ke rumah kedai itu dengan menaiki motosikal untuk mengambil barang kerana mahu berpindah ke tempat lain.

"Kami menyewa rumah kedai tersebut bersama beberapa warga Myamnar, tapi kami nak pindah selepas seorang daripada mereka memasuki bilik air ketika saya sedang mandi," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Sharina, 26.

Akibat kejadian itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan lelaki Myanmar terbabit menyebabkan mereka mengambil keputusan berpindah ke rumah lain beberapa hari lalu.

Sharina yang ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini berkata beliau dan tunangnya hendak menaiki tangga rumah kedai dua tingkat itu apabila mangsa telah diserang ketiga-tiga suspek.

Salah seorang lelaki kemudiannya menikam perut mangsa beberapa kali menggunakan sebatang besi sebelum mereka melarikan diri.

"Saya sempat memangku mangsa yang cedera parah, namun dia meninggal dunia kira-kira 15 minit kemudian," kata Sharina.

Sharina dan tunangnya itu bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang di sini telah berkenalan lebih setahun lalu dan merancang untuk bernikah hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin yang mengesahkan kejadian tersebut tidak menolak perselisihan faham punca kejadian tersebut.

Polis yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, masih memburu suspek yang terlibat.


P/s: Tinggal serumah? 


Bekas Pengarah JSJK Mahu SAMAN Ghani Patail, dan Musa Hassan

Posted: 22 Apr 2012 05:00 PM PDT

 
[MK] Bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff mengesahkan bahawa beliau akan memfailkan saman ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Perkara itu timbul selepas Malaysiakini menghubungi bekas pegawai kanan polis itu susulan laporan memetik naib presiden PAS Salahuddin Ayub bahawa beliau akan bertanding atas tiket parti itu.

Ramli berkata beliau terkejut dengan pengumuman Salahuddin namun enggan mengesahkan perkara itu.

Katanya, banyak perkara diperkatakan orang mengenai dirinya, ketika beliau berada di luar negara.

"Sesetengahnya tidak tepat," katanya yang berharap individu yang ingin membuat kenyataan berhubung dirinya akan menghubungi beliau terlebih dahulu.

"Apa yang saya ingin isytihar adalah, ya, saya akan saman Abdul Gani, dan Musa dan yang lain kerana menganiaya saya dan merosakkan sistem kehakiman. Mereka memburukkan nama saya mengenai (dakwaan) pegawai polis RM27 juta sedangkan mereka tahu ini semua penipuan," katanya.

Tambahnya, beliau telah dihubungi banyak parti politik, bukan sahaja PAS.

Katanya lagi, tindakan untuk bertanding dalam pilihan raya itu hanya satu platform untuk memperjuangkan perkara yang diyakininya.

Beliau juga akan mengambil kira perkara itu apabila tiba masanya, kata Ramli lagi.
 
 

Skandal Scorpene: Najib dan Zahid dalam Senarai Saksi Mahkamah Perancis, Berkemungkinan Ditahan Jika Enggan Hadiri Inkuiri

Posted: 22 Apr 2012 04:11 PM PDT


[MK] Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berdepan dengan kemungkinan ditahan di Eropah, seperti yang dialami bekas presiden Chile Augusto Pinochet, sekiranya enggan menghadiri inkuiri di Perancis berhubung pembelian kapal selam Scorpene.

Seorang peguam terkemuka dalam negara berkata, sekiranya prosiding mahkamah Perancis itu tidak memihak kepada pegawai Malaysia, pendakwaan mungkin dibuat ke atas perdana menteri atau menteri pertahanan.

Seperti juga permohonan oleh kerajaan Sepanyol kepada Britain untuk menangkap Pinoche, kerajaan Perancis boleh memohon kepada anggota Kesatuan Eropah untuk menahan pegawai Malaysia yang didakwa itu, sekiranya mereka memasuki negara Eropah.

Pinochet ditahan pada 1998 di hospital London Bridge atas waran Interpol – yang mendakwa beliau melakukan kekejaman ke atas warga Sepanyol.

Khamis lalu, Paris Tribunal Grande Instance menerima senarai saksi yang dicadangkan Suaram dalam kes ke atas syarikat pertahanan Perancis, DCNS atas dakwaan membayar komisyen haram ke atas pegawai Malaysia dalam penjualan dua kapal selam Scorpene.

Antara saksi yang disenaraikan Suaram ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Ahmad Zahid.

Persoalan yang timbul kini adalah sama ada mahkamah Perancis berkuasa untuk memerintahkan pegawai Malaysia untuk hadir ke prosiding mahkamah di Paris.


P/s: Doa!


Berkaitan:

Najib enggan jawab isu Scorpene
[MK] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas apabila ditanya mengenai kes di mahkamah Perancis berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene.

"Saya tak mahu komen... Saya tak perlu komen, terima kasih," katanya ketika ditanya hari ini dalam sidang media di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini.


Najib ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di mahkamah Perancis memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh Suaram ke mahkamah itu.

Suaram mengemukakan namanya memandangkan beliau merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut.

Sidang media ringkas itu, tidak sampai selama sepuluh minit, juga segera ditamatkan.


Tiada ulasan: