Biaqpila |
- DEPA BARU TAU BERSIH TAK GUGAT KESELAMATAN
- Najib Gelabah Di Tanya Isu Scorpene, Segera Tamatkan Sidang Media
- Umno Terpaksa Melutut Dengan Gerakan Di Pulau Pinang
- UTUSEKS DAH TAK DAK MODAI NAK KUTUK ANWAR
DEPA BARU TAU BERSIH TAK GUGAT KESELAMATAN Posted: 23 Apr 2012 01:00 AM PDT LAMBAT PIKAP BETOI DEPA NI DULU MASA BERSIH 2.0 BUKAN MAIN HALANG LAGI KALI NI BAGI LINE CLEAR PULAK KAH! KAH! KAH! APA TUNGGU LAGI DARI UTARA,SELATAN,TIMUR DAN BARAT DARI LAUT,DARAT,HUTAN DAN RIMBA PAKAT RAMAI-RAMAI TURUN KE DATARAN MERDEKA KITA KUNINGKAN KUALA LUMPUR Menteri ulangi, BERSIH 3.0 tak gugat keselamatan Kementerian Dalam Negeri hari ini membenarkan sebarang perhimpunan aman pada masa akan datang termasuk Bersih 3.0 yang akan dianjurkan di ibu negara pada 28 April ini kerana ia dianggap sebagai tidak menggugat keselamatan negara. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hasil pemantauan awal kementerian menunjukkan perhimpunan aman tersebut tidak memerlukan kehadiran secara keterlaluan pihak polis seperti menggerakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kerana ia tidak menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan. "Sungguhpun begitu, FRU dan polis akan sentiasa dalam keadaan siap siaga 24 jam, 7 hari seminggu...kita akan mengadakan perbincangan dan meminta persetujuan daripada kedua-dua belah pihak, dari segi apa yang nak dilakukan di lokasi perhimpunan yang sesuai dalam jangka masa yang realistik dan untuk perkara-perkara yang selamat. "Kalau ada kehadiran polis pun hanya untuk mengalu-alukan peserta perhimpunan ke kawasan yang akan ditetapkan kelak," katanya pada sidang media di Program Ceria Gagasan Anak-anak Sembrong di Perantauan (GAASP) di Bukit Kiara, di Kuala Lumpur hari ini. Menyentuh mengenai isu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai lokasi perhimpunan Bersih 3.0, Hishamuddin berkata masyarakat perlu memandang rasional keputusan tersebut. "Jadi saya harap semua pihak perlu bersikap positif mengenai pemilihan lokasi kerana kementerian sentiasa bersikap terbuka namun penganjur perlu pastikan perhimpunan dibuat mengikut setiap prosedur yang ditetapkan dan bertanggungjawab ke atasnya," katanya. Hishammuddin berkata pihaknya juga tidak menghalang penganjur perhimpunan aman untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil atau Stadium Merdeka sebagai kawasan untuk berhimpun namun mereka perlu membuat permohonan kepada pihak pentadbiran stadium berkenaan terlebih dahulu. "Saya yakin dengan cara kerajaan kini yang bersikap lebih terbuka terhadap isu dan bantahan yang ingin disuarakan oleh pihak tertentu dan saya harap perhimpunan aman tersebut dapat dibuat dalam keadaan yang rasional dan realistik dan bukan untuk mempolitikkan atau memecah belahkan rakyat. Sementara itu ketika ditanya mengenai penahanan dua individu pagi tadi oleh polis berhubung isu sekumpulan penuntut yang mendirikan khemah di Dataran Merdeka yang memprotes agar dimansuhkan Pinjaman Tabung Perbadanan Tinggi Nasional (PTPTN), beliau berkata pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut dan beliau akan menyemak mengenai penahanan tersebut. Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai peruntukan kuasa anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) iaitu kuasa membawa senjata api dan kuasa untuk menahan serta memeriksa mana-mana individu yang disyaki pengganas yang digugurkan ketika persidangan Parlimen pada Selasa lepas, Hishammuddin berkata ia dijadikan sebagai suntikan semangat baru bagi anggota Rela. "Sebelum ini, banyak permasalahan timbul dalam keanggotaan Rela, namun perkara sebegini yang membelenggu imej anggota Rela mesti ditangani terlebih dahulu. "Sungguhpun Rela kini bergerak dengan akta yang baru, ia tidak bermakna kuasa atau peranan Rela menjadi kurang malah KDN sedang memperisikan Rela dalam pelbagai aktiviti lain yang sebelum ini tidak melibatkan Rela contohnya rondaan bersama polis di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menurunkan indeks jenayah, merapatkan hubungan kerjasama dalam konteks bencana dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan sebagainya," katanya. Beliau berkata persepsi masyarakat terhadap Rela dalam beberapa insiden sebelum ini langsung tidak menggugat atau mengekang anggota Rela daripada terus bertambah. "Keanggotaan Rela kini telah meningkat kepada 2.9 juta orang dan menjelang hujung bulan ini, ia akan bertambah menjadi 3 juta dan dengan imej dan akta baru itu, institusi Rela tetap menjadi benteng kepada pembinaan negara bangsa, tidak kira kaum, agama, kedudukan dan darjat," katanya. - Bernama MK NI PULAK BERITA BULAN JUN 2011 Tiada layanan istimewa untuk demo BERSIH Jun 6, 2011 Pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang oleh gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 2.0. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) berkata pihak yang terlibat tidak patut mengharapkan layanan istimewa. Undang-undang berhimpun oleh lima orang atau lebih adalah tertakluk. "Demonstrasi jalanan ini bukan benda baru. Dulu sudah ada (perhimpunan) anti-Isa, anti-PPSMI (program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). "Memang menjadi pertimbangan (pembangkang) sebab pilihan raya umum mungkin tahun ini, maka (mereka) mula mencari isu-isu sebegini rupa. "Kita ikut undang-undang, keutamaan kita (pada) keamaanan dan keselamatan. Jika ini pertimbangan kita, tidak ada sesiapa yang boleh tuduh KDN dan polis salah guna kuasa," katanya. Semalam, muktamar PAS ke-57 meluluskan usul berhubung penglibatan PAS dalam perhimpunan itu, sekali gus bersetuju menghantar anggotanya turut serta pada 9 Julai akan datang. Mengulas muktamar itu, Hishammuddin berkata, jarang berlaku dalam perhimpunan agung sebuah parti memfokuskan menghentam kerajaan semata-mata.-MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Najib Gelabah Di Tanya Isu Scorpene, Segera Tamatkan Sidang Media Posted: 22 Apr 2012 11:00 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas apabila ditanya mengenai kes di mahkamah Perancis berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene. "Saya tak mahu komen... Saya tak perlu komen, terima kasih," katanya ketika ditanya hari ini dalam sidang media di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini. Najib ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di mahkamah Perancis memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh Suaram ke mahkamah itu. Suaram mengemukakan namanya memandangkan beliau merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut. Sidang media ringkas itu, tidak sampai selama sepuluh minit, juga segera ditamatkan. MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Umno Terpaksa Melutut Dengan Gerakan Di Pulau Pinang Posted: 22 Apr 2012 08:00 PM PDT Pembangkang Pulau Pinang sudah menemui jalan kehancuran apabila suara lantang Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi yang mahukan Umno memegang jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang telah DICAMPAK begitu sahaja oleh Gerakan. Parti Melayu Umno terpaksa melutut dengan Setiausaha Gerakan, Teng Chang Yeow yang telah dilantik sebagai pengerusi baru BN Pulau Pinang. Zahid Hamidi pernah lantang meminta supaya Umno menjadi Pengerusi Bn negeri, kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas. "Parti Gerakan tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," tegas Zahid. Pergolakan Bn Pulau Pinang itu menunjukkan bahawa ‘Bangkai’ mereka sebenarnya amat membusukkan… dan kerana itu, mereka cuba menutup isu ini dengan ‘kononnya’ ramai ahli PR keluar di Pulau Pinang baru-baru ini. Ismail mengoyak gambar Koh Tsu Koon Beberapa waktu yang lepas, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengatakan 'orang Cina sebagai Pendatang' sebelum ini, sebagai punca desakan dalaman dalam Umno sendiri dan punca pergolakan ini berlaku. Pergolakan ini menggambarkan masalah besar Bn yang dijangkakan turut mencetuskan 'konflik kepentingan' BN di seluruh negara kelak. KECOH FASAL MELAYU AKAN HILANG KUASA Tapi… apa boleh buat… Umno Pulau Pinang hanya pandai melalak terlolong di Pulau Pinang yang mengatakan ke seluruh dunia, bahawa Melayu akan hilang kuasa…. Tetapi hakikatnya UMNO yang akan hilang kuasa!!! Bila Hampir Pilihanraya, Utusan Malaysia memainkan propaganda Nasib Bangsa Melayu yang bertujuan, hanya untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu tatkala kuasa UMNO dalam politik tanahair kian terhakis. BUKTI MELAYU TAK AKAN HILANG KUASA, MELAYU UMNO HILANG KUASA Kenapa surat khabar tak keluarkan fakta dibawah ini? PRU11 - BN 198 kerusi, BA 21 kerusi, MP Melayu 123 PRU12 - BN 140 kerusi, PR 81 kerusi, MP Melayu 130 *Kerusi MELAYU PRU 12 = UMNO-77, PAS & PKR 53 (Sekarang Umno 77, Pakatan Rakyat 48, KATAK 5) reformisanakmuda KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
UTUSEKS DAH TAK DAK MODAI NAK KUTUK ANWAR Posted: 22 Apr 2012 05:00 PM PDT Sesiapa yang membaca Mingguan Malaysia hari ini pasti akan terbaca satu rencana yang ditulis oleh Awang Selamat yang mengulas tentang wajah-wajah Anwar kebelakangan ini. Aku tulis kat atas tu BACA bukannya BELI.. harap korang faham.. Dengan meletakkan beberapa keping gambar Anwar Ibrahim yang tak hensem langsung, penulis tersebut menulis ... Sejak tahun lalu, nampak perubahan yang ketara pada wajah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Ramai yang bertanyakan mengapa wajah Anwar keruh dan seakan hilang seri? Cakap-cakap mengenai perubahan wajah Anwar antara topik menarik perhatian masyarakat. Maka terkeluarkan bermacam-macam analisis dan teori, mengaitkan itu dan ini. Ada yang mengupas dari sudut agama dan tidak kurang melihatnya dari aspek psikologi. Tidak payahlah Awang nyatakan semua yang Awang dengar. Masing-masing boleh membuat tafsiran sendiri. Lihatlah wajah pemimpin lain sama ada di pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Rasanya tiada yang sekeruh Anwar. Seakan-akan segala kegundahan tidak mampu disorok sehingga terpancar di wajah. Lebih-lebih lagi dalam ceramahnya kebelakangan ini, beliau lebih menampakkan emosi keterlaluan. Apabila beliau bertempik marah menjadikan wajahnya laksana seorang diktator zaman lampau. Di Barat, analisis wajah pemimpin kerap disiarkan menerusi media secara berterus terang. Jika penampilannya kusam dan air muka berserabut maka ia disusuli dengan reaksi pembaca. Pemimpin mesti kelihatan bersih imejnya, yang juga harus terjelma pada air muka. Adakala gambar sudah boleh menceritakan segala-galanya. Dalam kes Anwar, ia boleh menjadi petunjuk untuk kita semua renungkan - Utusan Dah diletakkannya gambar-gambar Anwar yang tak hensem tu dikatanya pula wajah Anwar keruh dan seakan hilang seri.. Cuba tengok wajah-wajah Anwar di bawah ni.. sama tak dengan gambar yang Utusan siarkan tu… darisungaiderhaka KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan