DIALOG RAKYAT |
- Rakyat tidak lagi hanya angguk dan terima
- Penghinaan Terhadap Anwar Tidak Memberi Bekas
- Kerajaan Melaka Bantu Tukar Alamat Pelajar IPT Menjelang Pilihanraya Umum ke 13? Kos Ditanggung!!
- Halang BERSIH Di Dataran Merdeka Pincangkan Demokrasi
- Pindaan Akta Pilihanraya Wujudkan Pilihanraya Yang Tidak Telus
- Aktivis Mahasiswa Kembali Berkhemah di Dataran
- Video anak Adun terlibat pindah alamat, bukti penipuan undi- Fuziah
- Scorpene: KEADILAN desak Najib, Zahid beri keterangan di Perancis
- Himpunan Hijau 3.0: Najib, tunggu mesej rakyat!
- Pengerusi BN dicabar tanding di Padang Kota
- DBKL Halang Guna Dataran Merdeka, BERS✔H Bermesyuarat Malam Ini
- Hisham: DBKL harus bagi lokasi alternatif untuk Bersih 3.0
- DBKL: Bersih boleh guna Stadium Cheras atau Titiwangsa, bukan Dataran Merdeka
- SAMM: Fokus Dataran Merdeka, Aziz harus letak jawatan
- Pemimpin pembangkang sertai Bersih 3.0 di KL
- PKFZ: Pendakwa perlu masa kaji surat representasi Chan
- Isu PTPTN: 'Negara belum cukup kaya'
- Bekas menteri Umno umum sertai Bersih 3.0
- Saifuddin: Syor hapus caj 1% PTPTN dikaji
- Ibrahim Ali dakwa umat Melayu pecah kerana Anwar
- Rafizi: Jika berkuasa, PR akan lipat ganda pendapatan peneroka
- Usah pertikai hak Selangor
- Teng Chang Yeow Berdepan Misi Sukar Selaku Pengerusi BN Pulau Pinang
- Pemuda Umno bidas Kerajaan Selangor
- Dua aktivis Occupy Dataran sudah bebas
Rakyat tidak lagi hanya angguk dan terima Posted: 23 Apr 2012 05:31 AM PDT Namun, tanpa disedari UMNO, zaman sudah berubah. Rakyat biasa tanpa mengira kaum dan agama sudah menemui matlamat yang sama dalam tuntutan supaya negara dibebaskan daripada penyelewengan dan pentadbiran kotor. Gerakan BERSIH 2.0 yang menuntut pilihanraya adil dan bersih adalah salah satu contoh rakyat mampu bersatu demi matlamat yang sama dalam melawan kerakusan UMNO-BN. Tuntutan BERSIH bukan hanya supaya BN dikalahkan, sebaliknya BN harus menang dalam pilihan raya yang tidak dipersoalkan kesahihannya. Kenapa BN takut pilihanraya bersih? Kenapa tidak memberi hak mengundi secara automatik kepada sesiapa yang layak? Kenapa daftar pengundi tidak telus dan bersih? Kenapa boleh terjadi 300 orang pengundi dalam sebuah rumah? Kenapa orang mati masih layak mengundi? Kenapa orang asing boleh menjadi warganegara dan pengundi sah dalam satu hari? Kenapa SPR tidak pernah mengenali penyelewangan pilihanraya? Kenapa dakwat kekal yang dijanjikan tiba-tiba ditarik perlaksanaannya pada PRU-12? Kenapa Najib Razak yang hampir kalah pada 1999 tiba-tiba menang dengan majoriti lebih 95 kali ganda pada 2004? Pemerintah lazimnya gemar rakyat yang mudah mempercaya, senang diperdaya, dan kurang mempersoal. Pastinya, aktiviti pemerintahan lebih senang dilaksanakan apabila golongan yang diperintah suka turut perintah. Siapa yang suka memerintah orang yang tidak ikut arahan dan selalu sahaja menyampuk apabila arahan diberikan?Sama jugalah keadaannya di Malaysia di mana pemerintah sudah berkuasa lebih setengah abad. UMNO-Barisan Nasional pastinya berharap rakyat menerima bulat-bulat segala cogan kata mereka. Antara cogan kata yang lebih mudah diserapi ialah "Satu lagi projek Barisan Nasional". Slogan ini boleh ditemui di mana-mana tapak projek pembangunan yang ditaja kerajaan dan rakyat umum pun sudah menerima sebagai hakikat bahawa "projek" itu semestinya "BN". Kalau bukan BN, siapa lagi? Walau bagaimanapun, keberkesanan cogan kata BN tersebut ada buruknya juga. Projek kerajaan tidak semestinya berjaya dan ada kalanya gagal dan terpaksa dilupakan begitu sahaja. Namun, berapa lama lagikah rakyat harus turut perintah UMNO supaya terus lupa dan leka? Persoalannya, sudahkah tiba waktunya untuk rakyat membilang kembali kegagalan dan bangkit melawan kebobrokan yang sudah keterlaluan? Tahun 2008 terpahat dalam sejarah Malaysia (bergantung kepada siapa yang menulisnya) sebagai tahun rakyat menyuarakan hasrat untuk perubahan. Harapan ini dimanifestasikan melalui keputusan PRU-12 yang melihat UMNO-BN hilang majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat dan parti-parti pembangkang dipilih menjadi kerajaan di empat negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, dan Kedah - di samping Kelantan yang sekian lama menjadi kubu PAS. Jangkaan bahawa UMNO-BN pastinya berubah juga tidak kesampaian kerana dalam tempoh empat tahun kemudiannya, pelbagai indikator menunjukkan rejim setengah abad ini tidak mampu mengubah tabiat zalimnya. Kalau sudah 50 tahun memerintah tanpa perlu menghiraukan sesiapa, memanglah sukar untuknya berubah dan menjadi baik dengan tiba-tiba. Jelasnya, motivasi UMNO-BN dalam politik negara adalah untuk mengekalkan kuasa, walau apa jua yang berlaku. Terdapat kajian sejarah yang menafsirkan tragedi pada 13 Mei 1969 bukan sebagai konflik yang organik, tetapi sebenarnya dimanipulasi untuk menguntungkan pihak-pihak tertentu dalam merampas tampuk kuasa kerajaan persekutuan. Akibatnya, mitos orang Melayu melawan bukan Melayu demi mempertahankan maruah bangsa dan negara telah dicipta semula berkali-kali untuk memperkasakan ideologi perkauman UMNO sebagai sesuatu yang semulajadi, seoalah-olah ia perintah Tuhan. Struktur penghasilan dan pengekalan kuasa ini serupa jika tidak sama dengan konsep Dewaraja pada zaman feudal. Untuk UMNO terus berkuasa, rakyat perlu percaya dan menerima tanpa syarat bahawa orang Melayu ditindas golongan bukan Melayu. Untuk UMNO terus relevan, rakyat perlu sentiasa dipecahbelahkan supaya sistem perwakilan politik kita terus bergantung pada kontrak perkongsian kuasa yang ditandatangani si bangsawan dan dimaktubkan sebagai kontrak sosial tanpa sebarang konsensus rakyat. Maka, sesiapa yang berani mempersoalkan UMNO seringkali dilabel anti-Melayu, anti-Islam, atau anti-Raja. Label-label ini barangkali alasan mudah untuk tindakan kekerasan diambil ke atas mereka yang tidak turut perintah. Ramai juga yang terkena dan meringkuk bertahun-tahun dalam penjara. Soalan-soalan di atas bukan sahaja tidak mampu dijawab UMNO-BN, malah Perdana Menteri sendiri tidak kenal malu apabila menjanjikan demokrasi yang terbaik di dunia. Tak sempat rakyat habis ketawa, Ketua Polis Negara mengumumkan hanya 1% anggota polis terlibat rasuah. Terkini, Pengerusi SPR pula berkata daftar pengundi Malaysia adalah yang terbersih di seluruh dunia. Saya ingin meminta maaf terlebih dahulu, tetapi tiada kata-kata yang lebih sesuai untuk menggambarkan respons saya selain ungkapan Bahasa Inggeris "What the hell!" Adakah rakyat akan menerima penjelasan si pemerintah dengan begitu sahaja? Ataupun kita turun ke ibukota pada Sabtu ini, 28 April, 2012 dan menghantar mesej yang jelas kepada bangsawan baru negara ini, iaitu kita tidak akan lagi tunduk dan menerima, kita akan bantah dan minta supaya yang rosak dibuang, yang jahat dipenjarakan, dan yang zalim dihancurkan. Perubahan ini perlu bermula dari kesedaran rakyat bawahan sendiri. Rakyat perlu memberanikan diri supaya tidak lagi angguk dan terima, duduk dan diam, atau putus asa dan lupa. Rakyat boleh mengubah nasib negara dan masyarakat sekiranya kita berganding bahu dan bangkit melawan. Demokrasi bukan lagi permainan yang dikawal si pemerintah dan rakyat tidak akan terus menerima arahan bahawa demokrasi hanya boleh terpakai di tempat-tempat tertentu. Peristiwa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2012 telah menunjukkan rakyat akan menang dalam pertarungan demokrasi jalanan walau apapun yang berlaku. Meriam air kimia, gas pemedih mata, dan macam-macam lagi keganasan polis boleh menyakitkan dan mencederakan para peserta, tetapi pemerintah tidak berupaya menewaskan semangat rakyat yang perjuangkan keadilan. 428, kita jumpa di Kuala Lumpur. *Ng Eng Kiat ialah aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. | ||||
Penghinaan Terhadap Anwar Tidak Memberi Bekas Posted: 23 Apr 2012 05:26 AM PDT MSO |
Gaya baru mempersonakan penonton. |
Mereka juga pakai kosmetik serupa sahaja. Penubuhan Ngo di Malaysia sudah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan mutakhir ini. Apakah ini penyakit orang Melayu yang gemar mengikut dan menurut apa yang orang lain buat. Persis perniaga gerai, seorang bukan gerai pisang goreng semua buka gerai pisang goreng akhirnya menyebabkan semua terpaksa tutup kerana bersaing harga.
Mereka yang menubuhkan Ngo dan menggunakan sebagai wadah untuk bersuara adalah mereka yang tidak ada kekuatan diri sendiri atau pun diri mereka sudah tidak laku. Kalau diri mereka laku dan berwibawa cukup mereka bercakap atas kapasiti diri sendiri. Tidak perlu melekatkan apa-apa Ngo atau pun persatuan untuk mengukuhkan idea dan juga pandangan kita.
Saya tidak larat untuk menghitung sudah berapa banyak Ngo yang ditubuhkan sejak 10 tahun lalu dan menjadi rancak dalam tempoh dua tiga tahun ke belakangan ini. Banyak sangat sampai mat rempit dan pelacur pun ada Ngo. Semua aspirasi penubuhan itu kerana untuk membelasah dan menyerang Anwar Ibrahim. Tengok saja apa yang disiarkan oleh tv media penjilat buntut, atau diliput oleh media cetak setiap hari memuatkan kenyataan-kenyataan dari ketua Ngo itu. Kita konfius apakah idea mereka yang tak bernilai itu hendak dikongsikan media berkenaan untuk pembaca.
Mereka semua adalah orang yang tidak tetap pendirian dan rosak akal. Hari ini mereka bersama kumpulan politik ini, esok pula kumnpulan lain. Hari ini mereka menentang parti ini esok menyokong setinggi langit. Hari ini memuji dan menyanjungi pemimpin dan tokoh ini, esok mereka akan keji dan hina sehina-hinanya. Inilah wajah dan keperibadian ketua-ketua Ngo itu. Pentas mereka berbagai-bagai. Apakah orang-orang seperti ini boleh diharap untuk menjadi pemimpin?
Kalaulah idea dan pandangan mereka diterima pakai nescaya negara akan rosak dan hancur berkecai. Alhamdulilah rakyat negara ini rata-rata arif dan bijak dalam menilai individu-individu ini. Mereka tidak mudah menelan hujah orang-orang sakit ini. Mereka hanya datang bertepok dan bersorak bukan kerana terpesona dengan hujan, tetapi menyorak gelagat mereka yang merupakan sebahagian perserta Raja Lawak yang tidak lulus tapisan ke separuh akhir.
Apabila penubuhan Ngo itu atas nawaitu dan tujuan yang begitu, maka kita tidak perlu merasa hairan kepada mereka. Apa yang dilaksnakan bukan kebenaran melainkan ia adalah agenda peribadi untuk memenuhi kehendak orang lain. Mereka mencari peluang atas modal yang satu, Anwar. Mereka menjadikan Anwar sebagai batu loncatan untuk mencari makan.
Kedudukan ini menyebabkan Anwar perlu merasa bertuah kerana dirinya boleh membantu individu berkenaan yang sebelum ini juga merupakan kawan-kawannya dapat mencari makan. Mungkin di sini benarnya, Anwar sengaja dianugerahkan Allah begitu untuk dijadikan alat penyambung nyawa segelintir manusia parasit lain. Lihat berapa banyak orang memngambil kesempatan ke atas Anwar untuk hidup.
Saya yakin kalau Anwar tidak ada dan dirinya tidak menjadi isu dan aset, individu-individu berkenaan sudah lama mati kebuluran kerana kekurangan zat makanan. Mereka ini jenis tidak boleh berburu sendiri melainkan menumpang bangkai seperti dubuk. Tetapi dengan adanya Anwar mereka mendapat upah atau bekalan makanan apabila bekerja sebagai penyerang Anwar membuat fitnah dan serba serbinya. Bukan saja yang anti kepadanya, di pihak yang simpati dan menyokong juga turut sama mendapat limpahan rezeki dan pahala iman kerana sabar melayan kerenah peneyerang Anwar dan menjadi sukarelawan penangkis fitnah.
Bohong kalau mereka menubuhkan Ngo untuk memperjuangkan bangsa, negara apa lagi agama. Kalau itulah matlamat mereka cukup sertai Umno atau perkukuhkan saja Umno. Dalam hal ini Anwar tidak perlu memberi apa-apa komen kepada mereka itu yang dulu semuanya berkhemah dan berkampung di rumah Anwar di Bukit Damansara. Wajah-wajah yang menjadi kepala Ngo dan ekor Ngo itu dulu semuanya makan dan minum di rumah Anwar. Tahi yang mereka buang dalam tanda rumah Anwar juga masih ada kerana ayam pun tidak lalu untuk mematuknya.
Mereka mengerumi Bukti Damansara kerana mengira di situ ada makanan. Di situ ada gula dan ada harapan menggunung tinggi serta ada kuntum-kuntuman bunga yang mereka boleh menghidunya dari luar pagar. Mereka awal-awal lagi mengunjungi Anwar bukan atas niat perjuangan, tetapi kerana perut dan nafsu. Jadi apabila setelah 10 tahun Anwar gagal memenuhi tembolok mereka, maka mereka berarak berpindah menjadi nomad yang perlu mencari kawasan dan lembah kehidupan baru . Mereka mahu hidup dan perlu hidup untuk seribu tahun lagi. Kalau mereka berpindah demi perut tidak mengapa tetapi jangan sambil berlalu menghina musuh. Ini celaka.
Kalau tidak percaya cuba perhatikan apa yang akan berlaku selepas ini. Kalau tertakdir Pakatan Rakyat menang dan Anwar diberi angkat jadi PM mereka ini semua akan kembali semula ke lembah Anwar. Mereka akan datang berlari, merangkak dan berpimpinan ke Bukit Segambut. Atau mungkin ada yang terlajak ke Bukit Damansara kerana mengira Anwar masih di sana.
Sebaik terhidu sahaja aroma makanan atau kelihatan fotomorgana di rumah Anwar mereka akan berduyun-duyun ke rumah Anwar. Mungkin talian telefon Anwar dan Wan Azizah juga akan sendak kerana terlalu banyak panggilan masuk. Peti surat dan sms juga akan penuh hingga pecah.
Rumput dan semak sambu yang melihar di jalan ke rumah Anwar di Bukit Segamut akan lumat dan hancur lebur dipijak mereka. Mereka akan berasakan macam ayam keluar reban untuk menuju ke jamban tahi. Mereka tidak akan peduli apa yang mereka lakukan hari ini, naluri perut akan menghalal dan melupakan segala-gala apa yang mereka lakukan.
Saya sudah lihat dan tengok dengan mata kepala saya sendiri kejadian ini. Orang yang memaki hamun Anwar, menempuk meja marahkan Anwar, menuduh Anwar liwat, berzina dan sebagainya... akhirnya datang melutut denagn lingan air mata kepada Anwar. Meminta saya menemani dan membawanya masuk ke rumah Anwar. Meminta saya memberitahu yang indah-indah mengenai kepada Anwar. Mengungkitkan nostalgia yang dia pernah meringkuk bersama Anwar di Kemunting.
Jadi apa yang dilakukan oleh individu-individu berkenaan, tidak perlu dikisahkan. Tindakan mereka tidak memberi sedikit kesan pun. Malahan apa yang mereka lakukan memberi liabiliti kepada Umno yang mereka sokong kembali hari ini. Bukan saja rakyat di luar menyampah dan geram, tetapi ahli Umno yang setia dan tidak tahu mengkhianati parti juga meluat melihat mereka ini.
Rakyat tidak kisah penghinaan kepada Anwar, apa yang mereka mahu Anwar jadi PM. |
Biarlah mereka tubuh sebanyak mana Ngo untuk menyerang Anwar ia tidak akan merubah keadaan yang ada. Serangan-serangan tidak bermoral dan beretia ini tidak berbekas, pukulan mereka tidak memberi kesan. Apa mereka dapat hanya letih sendiri kerana menghanyun senjata kerana mereka memukul angin sebenarnya.
Mengenai Anwar, lakulah semahunya dan fitnahlah apa saja kepadanya ia tidak akan merubah keadaan. Anwar sendiri sudah lali, kalau ia plastik ia sudah hancur dan akan keluar menurut acuan baru sebagai PM. Manakala rakyat tidak pedulia apa. Nekad dan azam rakyat sudah kemas dan kejeap. Rakyat tidak hirau kepada peribadi Anwar yang diburukhuduhkan; apakah Anwar peliwat, pengkhianat, atau apa-apa 'per..' mereka tidak kisah. Yang kejap tertanam di nubari rakyat ialah mereka mahukan perubahan inginkan peralihan. Mereka mahu melihat kerajaan bertukar tangan. Mereka mahu ajar UBN, bagaimana menjadi pembangkang, dan mereka mahu menjulang Anwar menjadi Perdana Menteri. Itu saja hakikat hari ini.
Kerajaan Melaka Bantu Tukar Alamat Pelajar IPT Menjelang Pilihanraya Umum ke 13? Kos Ditanggung!!
Posted: 23 Apr 2012 05:20 AM PDT
Keputusan Pilihanraya Umum 2008 – Parlimen Bukit Katil
Dan kerajaan melaka sudah mengeluarkan kenyataan dan tampil menjelaskan isu ini :
- Yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan penukaran alamat adalah, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato' Othman Mohamad
- Kerajaan negeri akan menanggung kos penukaran alamat pada kad pengenalan sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke 13
- SPR dan JPN akan membantu melancarkan proses ini
Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad mengakui wujud gerak kerja untuk menukar alamat tempat pengundian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri Melaka. Beliau yang mengetuai gerak kerja itu berkata, ia bertujuan bagi memudahkan pelajar terbabit untuk mengundi sekiranya pilihan raya umum ke-13 dijalankan bukan di dalam cuti semester.
Jelasnya, perkara itu turut dilaksanakan di negeri lain, termasuk negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor bagi memberi peluang kepada siswa terbabit menunaikan
tanggungjawab itu.
"Perkara ini dilakukan setelah menyedari pada PRU ke-12 tahun 2008 lalu, lebih 2,000 siswa tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu kerana tidak bekesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing. "Menyedari perkara ini, mulai Januari hingga Mac lalu, kami telah menjalankan sesi taklimat kepada pelajar-pelajar terbabit di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini sebagai menerangkan perkara ini supaya tidak timbul salah faham.
"Kebanyakan daripada mereka sudah pun membuat pendaftaran memilih di kampung halaman mereka justeru sebagai memudahkan urusan ini kita telah pun mendapatkan kerjasama daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya. (Sumber : Malayskini)
Halang BERSIH Di Dataran Merdeka Pincangkan Demokrasi
Posted: 23 Apr 2012 05:14 AM PDT
SHAH ALAM : Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak mengizinkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini membuktikan kepincangan sistem demokrasi di negara ini.
Malah alasan Dataran Merdeka hanya dikhaskan untuk acara nasional tidak menunjukkan kematangan serta mentaliti pegawai atasannya masih ditakuk lama.
Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Idris Ahmad berkata, demikian dalam satu kenyataan media berhubung penolakan DBKL terhadap perhimpunan BERSIH 3.0.
Beliau berkata, perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan satu acara nasional kerana ia melambangkan aspirasi dan keinginan rakyat Malaysia yang mahukan pilihanraya umum diadakan secara adil dan bebas.
"Ia juga meminta kerajaan melakukan lapan perubahan penting bagi melindungi pengundi yang berpaksikan demokrasi. Bukankah perhimpunan ini satu acara nasional?" katanya.
Jelasnya, dakwaan DBKL perhimpunan BERSIH 3.0 akan mengganggu perniagaan di sekitar Dataran Merdeka juga tidak tepat.
"Tiada premis perniagaan berhampiran Dataran Merdeka.
"Perhimpunan ini bakal disertai rakyat berbilang kaum yang cintakan keadilan dari seluruh pelusuk negara," katanya.
Sehubungan itu katanya, maka amat wajar DBKL mengizinkan Dataran Merdeka digunakan kerana ia perhimpunan nasional cuma perbezaannya acara itu tidak mendapat sokongan Kerajaan Pusat.
"Jika selama ini DBKL meluluskan pertunjukan hiburan seperti konsert dan sambutan lain yang bukan bertaraf acara kebangsaan, maka amat tidak wajar jika DBKL tidak mengizinkan perhimpunan ini," katanya.
Justeru, beliau menyeru kebijaksanaan Datuk Bandar DBKL untuk mengizinkan perhimpunan 'Duduk, Bantah' ini diadakan di Dataran Merdeka.
"Ini kerana ia bukan perhimpunan politik dan perhimpunan ini juga adalah hak dan kebebasan rakyat yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia," katanya.
Pindaan Akta Pilihanraya Wujudkan Pilihanraya Yang Tidak Telus
Posted: 23 Apr 2012 05:11 AM PDT
SHAH ALAM : Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini disifatkan sebagai tidak menepati tuntutan rakyat (BERSIH) dan Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya (PSC).
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, pindaan ini bakal mewujudkan sebuah pilihanraya yang tidak telus.
"Pindaan ini sememangnya tidak menyebelahi tuntutan rakyat yang dicadangkan oleh PSC, kita (Pakatan Rakyat) telah berusaha membetulkan semua ini dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
"Oleh itu, hanya tinggal jalan terakhir iaitu protes rakyat menerusi BERSIH 3.0 yang akan di adakan hujung bulan ini,"ujarnya.
Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mula dibentangkan pada 9 April lalu, bagaimana pun diluluskan sepuluh hari kemudian selepas melalui sesi perbahasan hanya lebih kurang tujuh jam.
Antara pindaan yang dilakukan ialah memperluaskan sempadan bagi orang ramai yang menunggu atau berdiri berdekatan dengan pusat mengundi pada hari pengundian kecuali bagi mereka yang mengundi daripada 50 meter kepada 100 meter .
Selain itu, pindaan baru ini juga membataskan wakil calon untuk berada di 'barong panas' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada hari mengundi atas alasan memastikan petugas SPR tidak terganggu selain memberi keselesaan kepada pengundi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sewajarnya pindaan tersebut memikirkan jalan penyelesaian berhubung masalah pokok seperti daftar pemilih yang mencurigakan.
"Apa yang menjadi masalah untuk mengekalkan agen parti di barong berhampiran SPR, kalau hujah mereka agen calon menganggu di barong SPR bermakna bahawa agen pungutan undi (Polling Agent) juga tidak sewajarnya ada di situ.
"Ini bukan isu ganggu atau tidak ganggu, yang dikhuatiri berlaku penyelewengan ketika itu, maka berhak untuk mana-mana agen untuk membantah,"jelasnya yang juga Naib Presiden PAS.
Aktivis Mahasiswa Kembali Berkhemah di Dataran
Posted: 23 Apr 2012 05:06 AM PDT
SHAH ALAM : Gerakan Mahasiswa menuntut pendidikan percuma dan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kembali berkampung di Dataran Merdeka hari ini.
Sebelum ini gerakan tersebut memberi laluan kepada penganjuran Konsert Diraja pada 21 April lalu setelah berkampung dilokasi itu lebih daripada seminggu.
Aktivis Mahasiswa, Adam Adli berkata setakat petang ini hampir 15 ke 20 mahasiswa telah kembali berkampung untuk meneruskan kempen mereka sehingga BERSIH 3.0 pada 28 April.
"Walaupun berlaku insiden serangan dan merampas barangan kami ditambah dengan penahan beberapa orang aktivis oleh DBKL dan polis, kami nekad untuk meneruskan protes ini.
"Alhamdulillah ada beberapa pihak yang tampil memberi sokongan dan bantuan seperti khemah baru kepada kami bagi mengantikan khemah yang musnah," ujarnya.
Adam menambah, dengan berbakikan 5 hari hari sementara menunggu BERSIH 3.0, pihaknya akan terus bertahan walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan seperti yang dialami mereka sebelum ini.
"Tiada apa yang perlu ditakutkan, protes ini adalah suara kami, semakin kuat kita ditekan, bermaksud kita semakin hampir dengan kejayaan.
"Bila kita meletakan niat untuk turun memprotes, sewajarnya kita telah bersiap untuk terima sebarang bentuk ancaman, kita perlu ingat bahawa kita tidak keseorangan dalam perjuangan seumpama ini," katanya.
Lokasi yang sama juga bakal digunakan untuk penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 yang bakal diadakan 28 April ini.
Minggu lepas, perkhemahan aktivis itu diganggu dan diserang beberapa kali. Khemah mereka dirampas dan dirobohkan dua kali oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Mereka juga diserang oleh 50 orang samseng pada malam April 19 yang memusnahkan perkhemahan mereka. Seorang aktivis cedera di dalam serangan tersebut.
Video anak Adun terlibat pindah alamat, bukti penipuan undi- Fuziah
Posted: 23 Apr 2012 05:01 AM PDT
KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Pendedahan video anak seorang Adun Umno di Melaka terlibat dalam memindahkan alamat pengundi, membuktikan penipuan dan komplot jahat Umno-Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)."Pendedahan ini mengesahkan dakwaan kita selama ini bahawa wujud usaha tersusun Umno BN menukar alamat pengundi dan merasuah mereka untuk menang pilihan raya," kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
"Ia jelas merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang pilihan raya dan cubaan membeli undi," katanya.
Video itu mendedahkan aktiviti Umno Melaka merasuah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menukar alamat tempat pengundian mereka, bagi memberi kemenangan kepada BN.
Rakaman itu turut menunjukkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam aktiviti yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka.
Video tiga sedutan yang setiap satunya kira-kira lima minit itu dirakam secara tersembunyi dan kini tersebar di internet.
Dalam video berkenaan, mahasiswa yang bersedia menukar alamat dijamin akan ditukar ke alamat asal selepas PRU serta kos ditanggung dengan syarat mengundi calon Umno BN.
"Kita yakin ini adalah tindakan terdesak Umno BN untuk mempertahan Melaka dari ditawan Pakatan Rakyat pada PRU kali ini dan Kita menyeru setiap pengundi seluruh negara segera menyemak nama masing-masing.
"Jika anda mendapati ada sesuatu yang tidak kena mengenai status anda, cepat-cepat membuat laporan atau menemui wakil Pakatan Rakyat berhampiran," katanya lagi.
Scorpene: KEADILAN desak Najib, Zahid beri keterangan di Perancis
Posted: 23 Apr 2012 04:56 AM PDT
KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi keterangan di Mahkamah Perancis, berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene.
Naib Presidennya N Surendran berkata, keengganan pemimpin itu berbuat demikian boleh menjejaskan imej negara apatah lagi kedua-dua negara mempunyai pertalian baik.
"Saya amat kecewa apabila Perdana Menteri dan beberapa individu lain yang terlibat enggan bekerjasama apabila diminta memberi keterangan.Ini mencerminkan sikap tidak bertanggung jawab mereka.
"Ia seolah-olah mempersendakan sistem kehakiman Perancis dan boleh menjejaskan hubungan baik, seterusnya memberi gambaran yang buruk tentang imej negara," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily hari ini.
Beliau berkata demkian mengulas keengganan Najib dan Zahid memberi keterangan di tribunal Grande Instanve Paris berhubung komisen yang dibayar pembuat kapal Selam Perancis, DCNS kepada pegawai Malaysia.
Najib semalam enggan memberikan respon ketika ditanya oleh wartawan dalam sidang media di Universiti Sains Malaysia. Malah sidang media tidak sampai 10 minit itu, dipendekkan.
Nama Najib dan Zahid antara saksi yang dikemukakan pada 20 April lalu oleh tiga wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di depan hakim Roger Le Loire- salah seorang dari dua hakim yang mendengar kes berkenaan.
Suaram mengemukakan Najib sebagai saksi yang wajar dipanggil, memandangkan beliau merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan dua kapal selam berharga RM7.3 bilion itu.
Surendran berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan kedua-dua pemimpin itu jika benar mereka tidak terlibat dalam transaksi tersebut.
Sebaliknya kata beliau, sikap berdolak-dalik mereka seolah menunjukkan kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu.
"Justeru sekali lagi saya menyarankan Najib dan Zahid bersetuju untuk memberi keterangan dalam kes ini," kata beliau.
Himpunan Hijau 3.0: Najib, tunggu mesej rakyat!
Posted: 23 Apr 2012 04:54 AM PDT
KEADILAN DAILY
KUANTAN: Segenap lapisan rakyat Malaysia akan menghantar mesej jelas kepada Najib Razak dan Barisan Nasional berhubung penolakan operasi kilang Lynas Corporation di Gebeng, Kuantan pada Himpunan Hijau 3.0, 28 April ini."Kita (rakyat) tidak mengalu-alukan mana-mana industri yang berisiko kepada kehidupan rakyat Malaysia," kata Fuziah Salleh.
Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, sebagai Perdana Menteri, Najib sepatutnya memberi perhatian mengenai isu Lynas sejak ia dibangkitkan beberapa bulan lalu.
"Walaupun loji yang terletak di Gebeng, cuma kira-kira 50 kilometer jauhnya dari kawasan Najib di Pekan.
"Adakah dia tidak bimbang?" soal Fuziah, memetik cara Najib memberi maklum balas soalan tentang perjanjian Scorpene.
"Nampaknya ini adalah gaya (Najib) mengendalikan isu-isu. Apabila dia terlibat dalam sesuatu yang tidak popular, dia lebih suka untuk berdiam diri. Rakyat Malaysia akan mentafsir ini sebagai cara (Najib) membiarkan projek Lynas," kata Fuziah dalam satu kenyataan.
Kata Naib Presiden KEADILAN itu, rakyat Malaysia tidak akan mencabar hak Lynas untuk menyaman, tetapi akan mempertahankan hak-hak mereka untuk hidup dalam persekitaran lebih selamat.
Menurut beliau, kumpulan anti Lynas adalah askar kerana pada mereka, perkara ini adalah hidup atau mati.
"Jika kita terus membenarkan kilang terus menjalankan operasinya, tiada jaminan bahawa ia akan selamat dari pencemaran sisa radioaktif," tambah beliau.
Fuziah berkata, tidak ada 100 peratus industri berkesan dan kemalangan yang disebabkan oleh kesalahan manusia berlaku sama ada anda suka atau tidak.
"Sebagai contoh, bencana Bhopal melibatkan Union Carbide telah membunuh beribu-ribu orang yang tinggal di kawasan tersebut.
"(Begitu juga) Renchong, penapisan loji nadir bumi serupa dengan Lynas yang dilaporkan sebanyak 60 insiden kebocoran melibatkan sisa radioaktif sebanyak 600,000 gelen AS dilepaskan ke dalam tanah dan mencemarkan alam sekitar di hujung 1990-an di California Selatan," jelas Fuziah.
Pengerusi BN dicabar tanding di Padang Kota
Posted: 23 Apr 2012 04:24 AM PDT
DBKL Halang Guna Dataran Merdeka, BERS✔H Bermesyuarat Malam Ini
Posted: 23 Apr 2012 04:22 AM PDT
KELAB GREENBOC
BERSIH 2.0 bincang lokasi perhimpunan malam ini
Jawatankuasa BERSIH 2.0 akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan lokasi alternatif untuk perhimpunan 28 April.
Bagaimanapun, kedua-dua pengerusi bersama jawatankuasa Datuk A Samad Said dan Datuk S Ambiga masih bertegas mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka kerana kawasan tersebut "milik rakyat".
"Kalau ditanya, saya ingin mengekalkannya di Dataran Merdeka sebab kita tidak minta waktu yang banyak, sekadar dua jam duduk bantah," kata Samad dalam sidang media hari ini.
Katanya menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri berulang kali menyatakan bahawa perhimpunan itu "tidak berbahaya dan seolah-olah BERSIH ini tidak apa-apa."
"Kalau tidak apa-apa, apa sebabnya harus diapa-apakan... Saya pergi ke Negeri Sembilan, Perak dan Johor menjelaskan hal ini.
"Tapi sikap saya adalah konsisten, saya mahu BERSIH 3.0 ini diadakan di Dataran Merdeka," katanya yang menambah Ambiga turut membayangkan sikap yang sama.
"Kalau kita beralih sikap, ia akan memberi impak yang buruk," katanya lagi.
Tambahnya, isu berkenaan bagaimanapun harus dirujuk kepada kesemua anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.
Acara kebangsaan?
Dalam rundingan malam ini, beliau akan menyatakan pendirian untuk tetap berhimpun di Dataran, katanya lagi.
Beliau juga berharap supaya jawatankuasa itu bersedia untuk menyatakan pendirian sama kerana mereka kesuntukan masa untuk memilih lokasi alternatif.
Turut bercakap dalam sidang media itu ialah seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Maria Chin Abdullah yang mempertikaikan alasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan BERSIH 2.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka pada 28 April.
Katanya, DBKL memberi alasan bahawa Dataran hanya boleh digunakan untuk acara kebangsaan, namun lokasi itu juga pernah digunakan untuk program bertujuan komersial seperti larian marathon, pertunjukan kereta dan karnival.
"Apa alasan asas mereka menolak permohonan BERSIH? Oleh sebab itu kita tetap berpegang bahawa Dataran Merdeka dimiliki oleh rakyat," katanya.
Seorang anggota jawatankuasa berkenaan, Dr Subramaniam Pillay sementara itu berkata mesyuarat tergempar malam ini akan tetap membincangkan cadangan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di lokasi lain.
Perkara itu timbul susulan kenyataan Hishammuddin yang dilaporkan berkata, beliau bersikap terbuka sekiranya perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil.
"Kita akan bermesyuarat malam ini bersama dengan semua gabungan NGO... Mungkin esok akan ada keputusan konklusif kami," kata Dr Subramaniam dalam sidang media sama. -mk
5 hari menjelang Bersih 3.0 : fokus Dataran Merdeka - Che' gubard
SAMM telah selesai siri jelajah seluruh semenanjung Malaysia bertemu secara terus dengan aktivis SAMM akar umbi serta aktivis organisasi sekutu jadual terakhir atas nama Jelajah Anak Muda (SAMM) - Bersih 3.0 yang terakhir akan diadakan di Jalan Berserah, Kuantan pada 26 April ini. Dalam siri jelajah ini ternyata sambutan rakyat dan respon agak luar biasa. Contohnya di Pontian (kampung Ketua Penerangan Umno Pusat) tanpa nama besar tetapi telah berjaya menarik lebih 2000 orang tempatan untuk hadir bersama. Program jelajah SAMM punya 3 elemen penting iaitu pertemuan tertutup, edaran risalah dan Ceramah umum. Hasil positif dan memberansangkan setakat ini membayangkan lautan manusia hadir bersama pada 28 April 2012. Pertemuan tertutup bukan sekadar dengan anggota SAMM tetapi ada beberapa peringkat pertemuan turut melibatkan rakan - rakan organisasi sekutu ke arah memaksimakan mobilisasi ke BERSIH 3.0
PRU akan datang akan menjadi PRU paling kotor dalam sejarah, perbagai penipuan telah didedahkan. Ternyata SPR akan memainkan peranan jahat selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Untuk itu tuntutan SAMM sebelum PRU ialah bersihkan senarai pemilih dan proses menangani kepincangan SPR ini harus bermula dengan desakan Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof harus meletakan jawatan. Ternyata dalam banyak perkara beliau dan beberapa anggota SPR bermain politik, jika mereka ingin jadi orang politik maka dicabar letak saja jawatan dan jadi calon Bn di mana - mana saja pasti ada rakyat yang bersedia berdepan dengannya dalam sistem demokrasi secara anak jantan.
SAMM dengan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 28 April 2012, bermula jam 2 petang bagi menunjukkan kuasa rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses pilihanraya dengan membersihkan senarai pemilih. Telah diumumkan juga beberapa lokasi lain perhimpunan namun bagi SAMM dalam negara seharusnya di Malaysia mobilisasi ditumpukan ke dataran Merdeka sahaja kecuali Sarawak di Kuching dan Sabah di Kota Kinabalu. Ini kerana jika bertumpu kepada Dataran Merdeka sahaja maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan tidak memustahilkan sasaran BERSIH 3.0 seramai 500 orang.
Himpunan kali ini perlu dilihat dengan serius dan perlu disertai semua. Sikap SPR dan ditambah dengan beberapa pindaan mengarut kononya atas nama reformasi proses PRU akan melengkapkan lagi penipuan bagi memenangkan regim penguasa. 28 April semua wajib turun. SAMM berpendapat jika PRU dilakukan dengan kendalian pasukan SPR yang sama serta tanpa pembersihan senarai pemilih maka PR akan hilang kerusi malah negeri yang ditadbirnya. Kerana itu Yang Berhormat - yang berhormat perlu lebih serius , jika angka tidak menjangkau ratusan ribu berkumpul maka bersedialah untuk membawa kotak ke pejabat masing - masing dan mula bungkus barang, anda semua akan kalah bukan kerana tidak mendapat sokongan tetapi akan ditipu dalam proses PRU pincang. Maka semua YB-YB (bukan Bn) kini kamu semua tidak ada selain bersama dalam menggerakkan penyokong turut sama ke Dataran Merdeka. Setiap YB wajib membawa sekurang kurangnya 1000 orang ke Dataran Merdeka 28 April nanti. Jangan nanti lepas PRU baru nak merengek persoalan ditipu SPR, sekarang ini gembeleng tenaga ke jalan raya sebelum pilihanraya.
Respon kepada halangan DBKL, SAMM menyeru supaya diabaikan respon mengarut tersebut. Ramai pasti tertawa dengan alasan Dataran Merdeka bukan tempat berhimpun dan hanya untuk aktiviti peringkat nasional. DBKL keliru atau sengaja ingin mengelirukan tidak pasti kerana sambutan kemerdekaan dan lain - lain itukan perhimpunan di lokasi sama dan BERSIH bukan sekadar acara peringkat nasional tetapi internasional kerana turut diadakan himpunan di puluhan bandar lain seluruh dunia serentak dengan maksud yang sama. SAMM bersimpati dengan DBKL yang diperkuda regim penguasa. Semua harus sedar DBKL hanyalah sebahagian dari aparat regim yang diperkudakan untuk regim yang menguasai negara dengan pilihanraya pincang ini untuk terus kekal kuasa. SAMM menggesa, hanya ada satu himpunan BERSIH 3.0 iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.
Regim sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini. Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan BERSIH. Oleh kerana Najib terpaksa untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini. Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan BERSIH 3.0 bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk punya pilihanraya bebas, bersih dan adil. Jika jumlahnya besar pasti regim penguasa terpaksa sedikit beransur dan mengubah beberapa perkara dalam pengendalian PRU tetapi jika kurang regim akan segera membuat PRU dalam keadaan penuh penipuan.
Tuntutan rakyat kali jelas, kepincangan PRU harus segera diperbetulkan, senarai pemilih dibersihkan dan ia harus dimulakan dengan pemecatan Aziz selaku ketua SPR kerana dia memainkan peranan ke arah mempersiapkan proses PRU dan daftar pemilih kotor. Tuntutan jelas dan harus ditunaikan. SAMM tidak menolak kemungkinan puluhan ribu rakyat akan terus duduk dan berkhemah di Kuala Lumpur sehingga tuntutan dipenuhi.
Semua termasuk polis juga harus tenang, SAMM masih menyokong pendirian sebarang pertukaran kerajaan harus berlaku dalam proses pilihanraya untuk kestabilan dan masa depan negara. Namun rakyat diseru turun beramai - ramai kali ini adalah untuk menuntut supaya proses pilihanraya dibersihkan. SAMM sendiri sedia menurunkan 200 marshal terlatih dan berpengalaman dalam mengendalikan perbagai demonstrasi termasuk 2 himpunan BERSIH yang lepas di mana SAMM antara yang memainkan peranan utama.
Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula yang merupakan perhimpunan bersejarah menyatukan semua bangsa dan latar dalam negara telah membangkitkan tekanan dalam dan luar negara menyebabkan Najib terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi membetulkan proses pilihanraya. Dengan tertubuhnya jawatankuasa tersebut maka secara lansung Najib mengakui sememangnya proses pilihanraya negara ada kepincangan. Namun malangnya sudahlah peranan wakil bukan Bn dinafikan untuk punya laporan hasil kerja mereka, malah pengakuan kepincangan tidak ada satu ditangani dengan pindaan undang - undang pilihanraya yang diluluskan baru - baru ini. Rakyat perlu bangkit melawan penipuan ini.
28 April 2012, 2 petang, Dataran Merdeka ........... Sekali lagi diingatkan SAMM tidak menolak kemungkinan akan ada ribuan rakyat akan duduk paling tidak sehingga tuntutan Pengerusi SPR letak jawatan, ertinya mereka ini hadir dengan bersedia untuk hadir bukan untuk pulang sejam dua seperti biasa
Negara kita, tanggungjawab kita.
Sekian.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Ulasan GB
GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:
Sungguh aneh.
Menteri kata BERSIH bukan satu ancaman, DBKL pula tolak permohonan BERSIH untuk berhimpun di stadium merdeka.
Apakah ini "permainan" UMNO BN?
Tidak mengapa, jangan lupa sewaktu BERSIH 2.0 dahulu, bukan sahaja tidak dibenarkan berhimpun di dataran meredeka, malah diharamkan oleh kerajaan. Apa berlaku? Rakyat TETAP turun jugak.
Kalau DBKL tidak izinkan DUDUK & BANTAH di Dataran Merdeka, jangan tersentak dan terperanjat apabila rakyat BANGUN & BANTAH di jalanraya!
klik untuk baca
Hisham: DBKL harus bagi lokasi alternatif untuk Bersih 3.0
Posted: 23 Apr 2012 04:17 AM PDT
KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, (DBKL) seharusnya mengemukakan lokasi alternatif untuk Bersih 3.0 sekiranya tidak mahu perhimpunan itu diadakan di Dataran Merdeka, jelas Menteri Dalam Negeri, Stadium Merdeka boleh dijadikan lokasi protes.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) menegaskan kumpulan pemerhati politik tanah air itu harus diberikan kebenaran untuk mengadakan "perhimpunan aman" dan kerajaan telah menyatakan perhimpunan itu bukanlah "ancaman kepada negara".
"Mereka (DBKL) tidak membenarkan mereka menggunakan Dataran Merdeka tapi saya yakin mereka akan dibenarkan untuk berhimpun, dan saya percaya DBKL ada lokasi alternatif di mana-mana lokasi," katanya kepada pemberita di sini.
"Kami bersetuju untuk tidak menghentikan perhimpunan aman, tapi bukan kuasa saya untuk untuk mengatakan DBKL akan membenarkannya," kata Hishamuddin.
Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya bersedia membantu Bersih untuk membuat pilihan sama ada Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil sebagai lokasi alternatif perhimpunan 28 April ini.
"Jangan melihat perhimpunan aman itu sebagai ancaman negara, dan saya akan semak sama ada Bukit Jalil ataupun Stadium Merdeka (jika diperlukan) dengan pihak berkuasa.
"Saya boleh membantu termasuk (mendapatkan) Stadium Merdeka yang mana pihak penganjur telah membuat permohonan sebelum ini," kata Hishamuddin merujuk kepada permohonan Bersih pada perhimpunan 9 Julai lalu.
DBKL: Bersih boleh guna Stadium Cheras atau Titiwangsa, bukan Dataran Merdeka
Posted: 23 Apr 2012 04:15 AM PDT
Malah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail turut mencadangkan lokasi alternatif untuk Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini sama ada di Stadium Bola Sepak Cheras ataupun Stadium Titiwangsa.
"DBKL tetap tidak membenarkan Bersih mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka 28 April ini.
"Saya sendiri tidak faham kenapa mereka masih lagi berdegil, sedangkan menteri sendiri sudah mencadangkan lokasi alternatif untuk mereka berhimpun," katanya merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mencadangkan Stadium Merdeka dan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perhimpunan mereka Sabtu ini.
Tambah Ahmad Fuad, pihaknya hanya membenarkan perhimpunan yang menjurus kepada komponen kebudayaan dan sukan yang bersifat nasional seperti Sambutan Kemerdekaan, Tahun Baru, dan acara sukan kerana ia memupuk nilai kebangsaan antara hubungan kaum di negara ini.
"Ada dua lagi komponen, satu berkenaan sukan, contohnya seperti acara walkathon, marathon, dan jogathon, pada kita (DBKL) ia untuk tujuan bersukan dan bukan untuk menunjukkan perasaan.
"Komponen lain seperti kebudayaan. Ada ramai orang datang, kita ada aktiviti untuk orang di Kuala Lumpur. Pada kita tiada masalah untuk acara sedemikian," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat DBKL di sini.
Mengulas berkenaan acara Sambutan 100 tahun syarikat Nestle bulan lalu, Ahmad Fuad menegaskan, sambutan tersebut adalah sambutan 100 tahun Nestle yang mana tetamu kehormat mereka adalah Sultan Selangor.
"Nestle dah 100 tahun di Malaysia, mereka sudah banyak melabur di negara ini, pada masa itu pun tetamu kehormat mereka Sultan Selangor.
"DBKL akan memberikan kebenaran sekiranya acara itu tidak merosakkan persekitaran, dan kalau ada melibatkan aktiviti sukan, dan kebudayaan.
"Jangan campurkan elemen politik, bantahan dengan hiburan dan kebudayaan," tegasnya lagi dan menyatakan perhimpunan sedemikian bakal mendatangkan kemudaratan kepada orang awam terutamanya golongan peniaga berhampiran.
"Bila ada perhimpunan macam ni mereka buat orang awam merungut, orang bimbang, peniaga nak berniaga pun susah."
Namun begitu, Ahmad Fuad tidak menyatakan tindakan yang akan diambil terhadap penganjur, sekiranya Bersih tetap berkeras untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan mereka.
"Kita tunggu 28 April nanti untuk tindakan lanjut sekiranya Bersih tetap mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.
"Lampu merah, kalau nak langgar juga, teruskanlah, kita tunggu tindakan yang akan diambil DBKL," katanya memberi amaran kepada Bersih.
"Saya pun tak faham kalau tempat tidak dibenarkan tapi nak juga buat, kalau semua undang-undang nak langgar, kita buang sahaja Rukun Negara," ujarnya.
Minggu lalu DBKL telah mengeluarkan kenyataan pihaknya tidak membenarkan Bersih mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih di Dataran Merdeka.
Semalam, laporan The Malaysian Insider menyebut Bersih tetap berkeras akan mengadakan perhimpunan mereka di dataran bersejarah tersebut.
Menteri Dalam Negeri juga telah memberikan kebenaran untuk Bersih melakukan perhimpunan aman mereka selaras dengan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011.
Hishamuddin turut memberikan cadangan lokasi alternatif kepada kumpulan tersebut untuk melakukan perhimpunan mereka.
"Menteri sendiri sudah tawarkan tempat, belum pernah lagi menteri mencadangkan tempat untuk perhimpunan sedemikian," kata Ahmad Fuad lagi.
SAMM: Fokus Dataran Merdeka, Aziz harus letak jawatan
Posted: 23 Apr 2012 12:03 AM PDT
1. SAMM telah selesai siri jelajah seluruh Semenanjung Malaysia bertemu secara terus dengan aktivis SAMM akar umbi serta aktivis organisasi sekutu jadual terakhir atas nama Jelajah Anak Muda (SAMM) - BERSIH 3.0 yang terakhir akan diadakan di Jalan Berserah, Kuantan pada 26 April ini. Dalam siri jelajah ini ternyata sambutan rakyat dan respon agak luar biasa. Contohnya di Pontian (Kampung Ketua Penerangan UMNO Pusat) tanpa nama besar tetapi telah berjaya menarik lebih 2000 orang tempatan untuk hadir bersama. Program jelajah SAMM punya tiga elemen penting iaitu pertemuan tertutup, edaran risalah dan Ceramah umum. Hasil positif dan memberansangkan setakat ini membayangkan lautan manusia hadir bersama pada 28 April 2012. Pertemuan tertutup bukan sekadar dengan anggota SAMM tetapi ada beberapa peringkat pertemuan turut melibatkan rakan-rakan organisasi sekutu ke arah memaksimakan mobilisasi ke BERSIH 3.0. Himpunan Ceramah umum Jelajah SAMM - BERSIH 3.0 mendapat sambutan hebat di perbagai tempat kehadiran antara 1000 - 5000 orang.
2. PRU akan datang akan menjadi PRU paling kotor dalam sejarah, perbagai penipuan telah didedahkan. Ternyata SPR akan memainkan peranan jahat selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Untuk itu tuntutan SAMM sebelum PRU ialah bersihkan senarai pemilih dan proses menangani kepincangan SPR ini harus bermula dengan desakan Abdul Aziz bin Mohd Yusof (gambar kanan) harus meletakkan jawatan. Ternyata dalam banyak perkara beliau dan beberapa anggota SPR bermain politik, jika mereka ingin jadi orang politik maka dicabar letak saja jawatan dan jadi calon BN di mana-mana saja pasti ada rakyat yang bersedia berdepan dengannya dalam sistem demokrasi secara anak jantan.
3. SAMM dengan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 28 April 2012, bermula jam 2 petang bagi menunjukkan kuasa rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses pilihanraya dengan membersihkan senarai pemilih. Telah diumumkan juga beberapa lokasi lain perhimpunan namun bagi SAMM dalam negara seharusnya di Malaysia mobilisasi ditumpukan ke dataran Merdeka sahaja kecuali Sarawak di Kuching dan Sabah di Kota Kinabalu. Ini kerana jika bertumpu kepada Dataran Merdeka sahaja maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan tidak memustahilkan sasaran BERSIH 3.0 seramai 500,000 orang.
4. Himpunan kali ini perlu dilihat dengan serius dan perlu disertai semua. Sikap SPR dan ditambah dengan beberapa pindaan mengarut kononnya atas nama reformasi proses PRU akan melengkapkan lagi penipuan bagi memenangkan regim penguasa. 28 April semua wajib turun. SAMM berpendapat jika PRU dilakukan dengan kendalian pasukan SPR yang sama serta tanpa pembersihan senarai pemilih maka PR akan hilang kerusi malah negeri yang ditadbirnya. Kerana itu Yang Berhormat - Yang Berhormat perlu lebih serius, jika angka tidak menjangkau ratusan ribu berkumpul maka bersedialah untuk membawa kotak ke pejabat masing-masing dan mula bungkus barang, anda semua akan kalah bukan kerana tidak mendapat sokongan tetapi akan ditipu dalam proses PRU pincang. Maka semua YB-YB (bukan BN) kini kamu semua tidak ada selain bersama dalam menggerakkan penyokong turut sama ke Dataran Merdeka. Setiap YB wajib membawa sekurang kurangnya 1000 orang ke Dataran Merdeka 28 April nanti. Jangan nanti lepas PRU baru nak merengek persoalan ditipu SPR, sekarang ini gembeleng tenaga ke jalan raya sebelum pilihanraya.
5. Respon kepada halangan DBKL, SAMM menyeru supaya diabaikan respon mengarut tersebut. Ramai pasti tertawa dengan alasan Dataran Merdeka bukan tempat berhimpun dan hanya untuk aktiviti peringkat nasional. DBKL keliru atau sengaja ingin mengelirukan tidak pasti kerana sambutan kemerdekaan dan lain-lain itukan perhimpunan di lokasi sama dan BERSIH bukan sekadar acara peringkat nasional tetapi internasional kerana turut diadakan himpunan di puluhan bandar lain seluruh dunia serentak dengan maksud yang sama. SAMM bersimpati dengan DBKL yang diperkuda regim penguasa. Semua harus sedar DBKL hanyalah sebahagian dari aparat regim yang diperkudakan untuk regim yang menguasai negara dengan pilihanraya pincang ini untuk terus kekal kuasa. SAMM menggesa, hanya ada satu himpunan BERSIH 3.0 iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.
6. Regim sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini. Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan BERSIH. Oleh kerana Najib terpaksa untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini. Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan BERSIH 3.0 bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk punya pilihanraya bebas, bersih dan adil. Jika jumlahnya besar pasti regim penguasa terpaksa sedikit beransur dan mengubah beberapa perkara dalam pengendalian PRU tetapi jika kurang regim akan segera membuat PRU dalam keadaan penuh penipuan.
7. Tuntutan rakyat kali jelas, kepincangan PRU harus segera diperbetulkan, senarai pemilih dibersihkan dan ia harus dimulakan dengan pemecatan Aziz selaku ketua SPR kerana dia memainkan peranan ke arah mempersiapkan proses PRU dan daftar pemilih kotor. Tuntutan jelas dan harus ditunaikan. SAMM tidak menolak kemungkinan puluhan ribu rakyat akan terus duduk dan berkhemah di Kuala Lumpur sehingga tuntutan dipenuhi.
8. Semua termasuk polis juga harus tenang, SAMM masih menyokong pendirian sebarang pertukaran kerajaan harus berlaku dalam proses pilihanraya untuk kestabilan dan masa depan negara. Namun rakyat diseru turun beramai-ramai kali ini adalah untuk menuntut supaya proses pilihanraya dibersihkan. SAMM sendiri sedia menurunkan 200 marshal terlatih dan berpengalaman dalam mengendalikan perbagai demonstrasi termasuk dua himpunan BERSIH yang lepas di mana SAMM antara yang memainkan peranan utama.
9. Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula telah membangkitkan tekanan dalam dan luar negara menyebabkan Najib terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi membetulkan proses pilihanraya. Dengan tertubuhnya jawatankuasa tersebut maka secara langsung Najib mengakui sememangnya proses pilihanraya negara ada kepincangan. Namun malangnya sudahlah peranan wakil bukan BN dinafikan untuk punya laporan hasil kerja mereka, malah pengakuan kepincangan tidak ada satu ditangani dengan pindaan undang-undang pilihanraya yang diluluskan baru-baru ini. Rakyat perlu bangkit melawan penipuan ini.
28 April 2012, 2 petang, Dataran Merdeka - Sekali lagi diingatkan SAMM tidak menolak kemungkinan akan ada ribuan rakyat akan duduk paling tidak sehingga tuntutan Pengerusi SPR letak jawatan.
*Kenyataan media oleh che'GuBard (gambar kiri) selaku pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Pemimpin pembangkang sertai Bersih 3.0 di KL
Posted: 23 Apr 2012 12:00 AM PDT
SERIAN: Perhimpunan Bersih 3.0 yang dirancang pada 28 April ini akan disertai 100 rakyat Sarawak kelak termasuk di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dari negeri ini, menurut Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Richard Riot ak Jaem.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Peringkat Parlimen P199 Serian berkata, 100 orang itu sudah disemak senarai namanya dan menyatakan keinginan untuk menghadiri perhimpunan itu di Kuala Lumpur.
"Tak taulah kalau mereka benar-benar pergi, sebab kalau nak pergi ke sana mereka perlu tanggung kos sendiri. Tetapi sekiranya mereka nak pergi juga itu bodoh namanya," kata beliau.
Riot memberitahu, sekalipun mereka hendak mengutuk dan menentang kerajaan ini adalah cara yang salah memandangkan mereka boleh meluahkan rasa kurang puas hati itu menerusi peti undi kelak.
"Saya ada nama tetapi tidak akan mendedahkannya kerana perhimpunan itu bukan jalan penyelesaian terbaik buat kita sebaliknya hanya merupakan satu provokasi dengan membuat rusuhan dan membahayakan nyawa orang yang tidak bersalah.
"Kalau ini berterusan sesiapa sahaja akan takut (untuk datang) terutamanya pelabur," jelas beliau.
Lanjutan kepada himpunan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 lalu, ia kali ini meramalkan penyertaan sekitar setengah juta orang.
Pengerusi Bersamanya Datuk Ambiga Sreenevasan dipetik sebagai berkata ia dirancang untuk menuntut pilihan raya bersih, adil dan selamat selain menginginkan Malaysia yang selamat daripada pencemaran radioaktif.
PKFZ: Pendakwa perlu masa kaji surat representasi Chan
Posted: 22 Apr 2012 11:55 PM PDT
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy yang didakwa menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) ditangguhkan bagi membolehkan pendakwaan mengkaji surat representasi pihak pembelaan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zamani Abdul Rahim menetapkan 21 Mei ini untuk perbicaraan kes itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara memerlukan masa untuk membuat keputusan terperinci dengan seadil-adilnya mengenai permohonan Chan.
"Kami sedang meneliti secara terperinci banyak perkara dibangkitkan dalam surat representasi tersebut yang perlu kami semak semula fakta yang disebutkan dan dokumen yang diperlukan untuk mengesahkan fakta berkenaan termasuk tarikh pertuduhan dari 2004 sehingga 2006," katanya.
Hakim Zamani juga menetapkan tarikh sama untuk mendengar permohonan pihak pembelaan agar beliau mengundur diri daripada mendengar perbicaraan kes itu.
Pada prosiding hari ini, Nordin memaklumkan kepada mahkamah bahawa semua dokumen telah diserahkan kepada pihak pembelaan sepertimana diperuntukkan mengikut Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah.
Chan, yang diwakili peguam Datuk Tan Hock Chuan, hadir di mahkamah bagi mendengar perbicaraan kesnya.
Pada 29 Mac lalu, pihak pembelaan memfailkan satu notis usul bersama afidavit sokongan Chan, di mana Chan telah menyatakan bahawa pada lazimnya kes berkenaan sepatutnya didengar seorang daripada tiga hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.
Oleh itu, beliau mendakwa mahkamah tidak mengikut prosedur kerana Hakim Zamani yang bertugas di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah dipertanggungjawabkan untuk mendengar perbicaraan, memberi gambaran kepada orang awam seolah-olah pihak berkuasa telah memilih hakim.
Chan juga mendakwa tiada alasan kenapa Hakim Zamani dipilih khas untuk kes berkenaan dan lagipun ia melibatkan soal logistik untuk hakim berkenaan yang perlu berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Chan menghadapi tiga tuduhan menipu bekas perdana menteri dengan memperdayakan Abdullah bagi meluluskan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk menjalankan pembangunan projek hab penghantaran di Zon
Bebas Pulau Indah dan kerja-kerja pengubahsuaian di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006 bernilai RM1.9 bilion.
Chan, 56, didakwa dengan curangnya menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan akan dibiayai melalui bon oleh KDSB melalui Transshipment Megahub Berhad dengan sokongannya sebagai menteri pengangkutan.
Bekas menteri itu dituduh melakukan kesalahan itu di tingkat empat blok utama di pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Chan boleh dihukum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.- Bernama
Isu PTPTN: 'Negara belum cukup kaya'
Posted: 22 Apr 2012 11:48 PM PDT
Menyentuh kesanggupan rakyat kita membayar cukai sekiranya dinaikkan, Amir berkata, logiknya tiada siapa yang mahu membayar lebih.
Berdasarkan carta Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa 2010, Malaysia berada pada kedudukan ke-56 dengan skala 4.4 daripada 10 skala.
Bekas menteri Umno umum sertai Bersih 3.0
Posted: 22 Apr 2012 11:45 PM PDT
Abdul Kadir yang merupakan bekas Menteri Penerangan berkata, dalam pembentukan negara demokrasi, pilihan raya yang benar-benar adil dan telus, adalah elemen yang paling penting.
"Pilihan raya yag adil dan bersih adalah perkara utama dalam sistem
demokrasi, termasuk juga media yang bebas.
"Saya menyokong perhimpunan Bersih 3.0, dan akan turut serta dalam perhimpunan itu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Hala Tuju Felda anjuran Gerakan Selamatkan Felda di sini.
Jelas timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) ini berkata, beliau tidak menolak kenyataan dirinya merupakan sebahagian daripada kerajaan pada suatu masa dahulu, namun atas faktor situasi yang tidak "sedap", beliau memutuskan untuk berjuang demi mempertahankan hak rakyat.
"Zaman sekarang sudah berubah. Rakyat sudah cerdik.
"Najib bohong bila kelam kabut gubal undang-undang, konon nak tunjuk kepada rakyat ada transformasi, tapi sebenarnya untuk pilihan raya," tegasnya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada 19 April lalu yang berakhir jam 3.20 pagi.
Tambah bekas ahli majlis tertinggi Umno ini juga, kepimpinan parti tersebut adalah pihak yang bertanggungjawab menjadikan parti itu mengalami banyak penyelewengan dan ketirisan.
"Bukan ahli bawahan Umno yang salah. Mereka kerja bertungkus lumus untuk parti. Tapi pimpinan parti yang menjalankan kegiatan penyelewengan.
"Kita perlu ubah perkara itu. Kita kena pakat ubah mereka, suruh mereka berubah, kalau tidak kita akan ubah mereka," katanya disusuli tepukan gemuruh daripada sekitar 800 peserta konvensyen yang hadir dari seluruh negara di Universiti Industri Selangor (Unisel) di sini.
Saifuddin: Syor hapus caj 1% PTPTN dikaji
Posted: 22 Apr 2012 11:41 PM PDT
Menurutnya, walaupun kadar caj tersebut sudah minimum, namun ia masih diteliti untuk dikurangkan lagi.
Ibrahim Ali dakwa umat Melayu pecah kerana Anwar
Posted: 22 Apr 2012 11:39 PM PDT
Rafizi: Jika berkuasa, PR akan lipat ganda pendapatan peneroka
Posted: 22 Apr 2012 11:34 PM PDT
Tambah Rafizi, PR juga akan menyerahkan kuasa mengurus tanah rancangan terbesar di dunia itu bagi membolehkan mereka berjaya dengan usaha peneroka.
"Sekiranya PR berjaya memerintah, kami memikirkan untuk melipat gandakan pendapatan peneroka. Kalau sekarang ini pendapatan mereka RM4,000 sebulan, kita gandakan menjadi RM10,000 sebulan.
"Kita perlu memberikan latihan kepada peneroka, generasi kedua dan ketiga supaya mereka dapat berbakti kepada Felda. Ada banyak cara nak bantu peneroka," tegas Rafizi ketika berucap selaku ahli panel di Konvensyen Hala Tuju Felda anjuran Gabungan NGO-NGO Felda di sini.
Tambah Rafizi lagi, PR juga akan meningkatkan nilai tanah rancangan Felda melalui merancakkan kegiatan ekonomi di Felda, melalui suntikan modal kerajaan, bukannya dengan merampas tanah peneroka.
"PR juga akan meningkatkan nilai tanah rancangan Felda dengan menghidupkan suasana ekonomi di dalan Felda.
"Ini perlu dilaksanakan dengan bantuan kewangan daripada kerajaan, dan bukannya dengan merampas tanah dan hak peneroka," tegasnya.
Justeru, beliau menegaskan, generasi peneroka dan generasi kedua dan ketiga peneroka perlu di beri latihan bagi menambah nilai hartanah mereka.
"Peneroka boleh mewujudkan syarikat dengan perkongsian sesama peneroka dengan keluasan tanah mereka. Jika ada anak-anak peneroka yang berkelayakan, perlulah melantik mereka menguruskan syarikat tersebut.
"Dengan ini, kepentingan peneroka akan terpelihara dan mereka akan menguruskan ekonomi mereka sendiri.
"Tindakan ini akan PR laksanakan selepas memegang kuasa dalam tempoh dua, hingga ke tiga tahun memerintah," tambahnya.
Konvensyen di Universiti Industri Selangor (Unisel) ini turut disertai oleh panel-panel jemputan untuk membentangkan kertas kerja mereka bagi menerangkan keburukan berkenaan penyenaraian FGVH.
Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir, serta antara panel yang hadir adalah, bekas Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub, dan juga Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, termasuk Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.
Posted: 22 Apr 2012 11:29 PM PDT
Teng Chang Yeow Berdepan Misi Sukar Selaku Pengerusi BN Pulau Pinang
Posted: 22 Apr 2012 11:25 PM PDT
Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow dinamakan oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetuai gagasan itu di negeri ini.
Persoalan mengenai siapa yang akan mengambil alih jawatan Pengerusi BN negeri timbul susulan pengumuman Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada November tahun lepas bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagi sesetengah pihak, jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang, bukanlah sesuatu yang perlu dicemburui sebab jawatan itu datang bersama tanggungjawab berat untuk memenangi semula negeri ini daripada kerajaan negeri pakatan pembangkang yang dipimpin DAP.
Sumber dalaman parti berkata persetujuan dicapai dalam Gerakan mengenai siapa yang patut dicalonkan sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu tetapi pengumumannya ditangguhkan ekoran pertelingkahan dalaman Gerakan negeri berhubung perkara itu.
Namun begitu, tiada nama yang diumumkan sehinggalah hari ini.
Teng muncul sebagai calon yang disebut-sebut bagi jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sejurus sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum 2008, tetapi prestasi buruk Gerakan dalam pilihan raya itu, termasuk kekalahan beliau, sekali gus melenyapkan cadangan itu.
Bagaimanapun, memandangkan beliau kini kembali menjadi tumpuan selepas dilantik sebagai Pengerusi BN negeri, beliau dianggap sebagai bakal Ketua Menteri seandainya BN berjaya memenangi semula Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.
Teng, 47, anak kelahiran Batu Pahat, Johor, datang daripada keluarga pemimpin politik yang menjawat jawatan di kedua-dua aliran politik.
Abang beliau, Datuk Teng Chang Khim, ialah seorang pemimpin DAP Selangor dan Speaker Dewan Undangan Negeri dalam kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bapa beliau, yang tidak mahu menonjolkan diri, ialah pemimpin akar umbi MCA yang disegani di Batu Pahat, kampung halaman Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Bapa saudaranya pula, Datuk Teng Boon Soon, ialah Anggota Parlimen Tebrau dan orang kuat MCA yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Lebih menarik, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang juga berasal dari Batu Pahat.
Dari satu sudut, pemimpin dan anggota parti tetap mengingati Chang Yeow sebagai ahli politik yang mengalahkan Pengerusi DAP Karpal Singh bagi kerusi DUN Padang Kota dalam pilihan raya umum 1995 dengan majoriti lebih 2,500 undi.
Seorang penganalisis politik yang berpusat di Pulau Pinang, Datuk Dr Cheah See Kian berkata Najib membuat langkah bijak dengan melantik Teng sebagai Pengerusi BN negeri memandangkan beliau terkenal sebagai seorang 'pejuang agresif' yang amat sesuai untuk berdepan Guan Eng.
"Tambahan pula Teng boleh berhujah dan ini akan membuatkan rakyat berfikir. Selain itu, Teng berasal daripada generasi muda pemimpin. Nampaknya BN telah menempatkan sepasukan pemimpin muda di Pulau Pinang," katanya.
Teng mungkin bukanlah orang yang popular dalam Gerakan tetapi keberanian beliau dalam isu tertentu sememangnya mendapat perhatian beberapa pemimpin, baik di dalam mahupun di luar parti.
Cheah selanjutnya menjelaskan bahawa dengan melantik Teng sebagai pemimpin BN Pulau Pinang yang baharu, langkah itu dapat memberi dorongan kepada seluruh jentera negeri memandangkan beliau terkenal sebagai antara segelintir pemimpin parti yang pernah berdepan pemimpin pembangkang dalam perdebatan politik.
"Dengan meletakkan Teng Chang Yeow di teraju kepimpinan, sekurang-kurangnya ini akan mencerahkan harapan BN. Langkah ini akan dapat meletakkan kerajaan negeri sekarang dalam keadaan terdesak," katanya.-- BERNAMA
Pemuda Umno bidas Kerajaan Selangor
Posted: 22 Apr 2012 11:15 PM PDT
Dua aktivis Occupy Dataran sudah bebas
Posted: 22 Apr 2012 11:13 PM PDT
Fahmi Reza dibebaskan sekitar jam 3 petang manakala rakannya, Umar Mohd Azmi dibebaskan tiga jam kemudian.
Selepas dibebasakn, Fahmi tiba di Dataran Merdeka, tempat mereka berkhemah sejak Sabtu lalu, sekitar jam 3.30 petang.
"Saya telah ditahan oleh penguat kuasa DBKL dan kes tersebut adalah di bawah DBKL," ulas Fahmi, yang dijangka akan didakwa di bawah Akta Parit dan Bangunan, yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan.
Fahmi perlu berada di mahkamah pada 22 Mei untuk menghadapi dakwaan.
"Beliau ditahan atas kesalahan mendirikan khemah di kawasan Dataran Merdeka," kata Pengerusi Malaysia Bangkit, Syahid Mohd Zaini kepada media pada jam 6 petang tadi.
"Umar turut ditahan atas kesalahan mengganggu kerja (anggota) penguat kuasa DBKL mejalankan tugas pagi tadi," kata Syahid lagi.
Umar telah dibebaskan pada jam 6 petang dengan diikat jamin oleh ayahnya.
"Saya telah dibebaskan dan akan kembali ke mahkamah semula pada esok hari," kata Umar.
Syahid juga berkata, "kami amat kesal akan kejadian yang berlaku pagi tadi dan berharap pihak yang terlibat lebih waras dalam mengambil tindakan ke atas kami."
Beliau juga mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa perjuangan mereka belum selesai dan akan terus berjuang sehingga 28 April ini walaupun pelbagai kesukaran dihadapi semenjak mereka berkhemah di Dataran Merdeka.
Syahid juga memberitahu bahawa pihaknya akan meneruskan aktiviti seperti biasa di Dataran Merdeka malam ini, bermula dengan sidang rakyat yang akan membincang isu yang berkaitan tuntutan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengajian percuma.
Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut bahawa polis menahan dua lelaki hari ini berikutan kedua-duanya enggan mematuhi arahan pegawai penguat kuasa DBKL di Dataran Merdeka di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam kenyataannya hari ini berkata, lelaki pertama ditahan oleh pegawai DBKL kerana didapati tidak mahu menanggalkan khemah yang dipasang di Dataran Merdeka.
Menurutnya, ketika lelaki pertama sedang dibawa oleh pegawai DBKL berkenaan untuk ke balai polis, datang seorang lelaki lain dan cuba menarik tangan lelaki pertama itu.
"Lelaki kedua telah bertindak agresif dengan menolak bahu salah seorang pegawai DBKL dan kemudiannya dia juga ditahan kerana menghalang pegawai berkenaan menjalankan tugas rasmi," katanya.
Mohmad berkata kedua-dua tahanan telah diserahkan kepada polis untuk siasatan dan turut dirampas beberapa peralatan perkhemahan dan makanan.
Beliau berkata, kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 35 dan 23 tahun itu bukan penuntut institusi pengajian tinggi.
Lelaki pertama ditahan mengikut Seksyen 40 Akta Jalan, Parit dan Bangunan, telah diberi jaminan polis dan kes diserahkan kepada DBKL untuk disiasat.
Manakala lelaki kedua pula ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan diberi jaminan oleh polis sejurus selepas diambil keterangan dan diminta hadir ke mahkamah Jalan Duta esok, katanya.
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan