DUNIACACAMARBA |
- Adakah Saya Menyokong BERSIH? - Dr Asri
- Zahid Enggan Jadi Saksi Perbicaraan Skandal Scorpene, Kalau Telus Mengapa Takut?
- FUCKING!!!!
- Minum Air Berkabonat Berlebihan Boleh Bawa MAUT
- Pendidikan Percuma: Pakatan Garis 5 Prinsip
- Bancian SH: 74% Responden Mahu BERSIH 3.0 Diadakan
- Aktres Bollywood Dicekik dan Dipenggal
- “Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola. " - Rita Rudaini
- Hakim Menangis Jatuh Hukuman Kes Bunuh
- Gadis Sunti, Toyol Pecah Flat
- 300 Ribu Orang India Tiada Kad Pengenalan? Warganegara atau Warga Asing?
Adakah Saya Menyokong BERSIH? - Dr Asri Posted: 21 Apr 2012 09:02 AM PDT [MK] ULASAN Islam adalah agama Allah yang ajaran-Nya berasas fitrah yang Dia ciptakan kepada manusia. Maka Islam adalah agama fitrah (natural religion), sesuatu yang bercanggah dengan fitrah manusiawi ditolak oleh agama ini. Islam yang sebenar selaras dengan sifat penciptaan manusia yang telah Allah jadikan. Maka, Islam menolak homoseksual, lesbian dan segala yang menyanggah fitrah asal insan itu. Demikian Islam menolak kezaliman, penindasan, ketidakadilan, kebodohan dan seterusnya kerana ia bercanggah dengan fitrah manusia. Mereka yang menolak homoseksual ataupun lesbian tetapi membiarkan atau akur dengan ketidakadilan tidak memenuhi elemen fitrah yang Allah ciptakan. Demikian juga mereka yang menentang ketidakadilan tetapi menerima amalan songsang, ia bercanggah dengan roh Islam ini. Firman Allah: "Maka hadapkanlah wajahmu ke arah agama yang hanif (yang menyembah Allah Yang Esa) itu agama Allah yang fitrah yang Dia ciptakan manusia di atasnya. Tiada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah ar-Rum, 30). Allah telah ciptakan manusia atas fitrah yang menjadikan naluri manusia yang benar mempunyai persamaan sekalipun berbeza keturunan, tempat, zaman dan agama. Kezaliman umpamanya, ditolak dan dibenci oleh fitrah manusia tanpa mengira keturunan, tempat, waktu dan agama. Justeru itu, dalam semua cerita, drama dan filem yang diterbit oleh sesiapa sahaja di dunia ini sama ada oleh Hollywood, ataupun Bollywood mestilah mengakhirinya dengan kemenangan ataupun sokongan moral berada di pihak yang baik dan kekalahan di pihak yang jahat. Jika ia love story seperti Titanic yang heronya mati pun, perasaan dan support moral filem tetap berada di pihak yang ditindas. Jika ada filem yang menyimpulkan watak jahat menang dan dimuliakan, sementara watak baik tewas dan dihina oleh kesimpulan filem, tentu ia tidak mendapat sambutan. Ia terkeluar dari naluri yang dibekalkan dalam jiwa insan. Padahal para penonton itu mempunyai latar keturunan, tempat dan agama yang pelbagai. Namun mereka berkongsi satu perkara yang sama dalam hal itu, iaitu fitrah insan menolak ketidakadilan dan kezaliman. Penindasan golongan lemah Apa-apa ajaran yang mengiyakan kezaliman dan penindasan, ataupun ketidakadilan, ia terkeluar dari fitrah, dan sudah pasti ia bukan ajaran Tuhan yang menciptakan manusia manusia atas fitrah. Apa sahaja fatwa agama, ataupun tindakan keagamaan yang menyanggahi fitrah, ia tersasar dari kebenaran. Perasaan insan yang betul fitrahnya sensitif dengan kezaliman dan ketidakadilan. Inilah yang Nabi SAW didik para sahabah baginda. Kata sahabah Nabi SAW yang bernama Jabir: Apabila pulang dari penghijrahan ke Habshah (Abyssinia), kami kembali kepada Rasulullah SAW, lalu baginda berkata: "Tidak mahukah kamu semua ceritakan kepadaku perkara paling menakjubkan yang kamu lihat di Habshah?" Seorang pemuda berkata: "Wahai Rasulullah! Ketika kami duduk, seorang wanita mereka melintas, dia membawa atas kepalanya suatu bekas air. Dia melintas di hadapan seorang pemuda mereka, lantas pemuda itu meletakkan satu tangannya atas bahu wanita tua itu dan menolaknya sehingga jatuh melutut. "Terpecahlah bekas airnya. Apabila dia bangun, dia menoleh ke arah pemuda tersebut lalu berkata: 'Wahai pengkhianat! Apabila Allah meletakkan kerusi-Nya, Dia menghimpunkan makhluk yang awal dan akhir, apabila tangan dan kaki boleh berbicara mengenai perbuatan yang telah mereka lakukan, kelak nanti kau akan tahu keadaanku dan keadaan kau'." Rasulullah SAW bersabda: "Wanita itu benar! Sesungguhnya wanita itu benar! bagaimanakah Allah akan memuliakan satu kaum yang tidak mengambil tindakan atas penindasan golongan yang kuat terhadap yang lemah?!" (Riwayat Abu Ya'la, Ibn Hibban dalam sahihnya dan Ibn Majah, hadis hasan). Lihat pemuda ini, dalam banyak pemandangan yang dia saksikan sepanjang perjalanan yang jauh, isu kezaliman juga yang menarik perhatiannya. Ulasan Nabi SAW menegaskan betapa satu kaum tidak akan mulia jika membiarkan golongan yang kuat menindas yang lemah. Apakah akan mulia suatu negara jika kekayaannya dibolot oleh satu pihak secara yang tidak adil, sementara yang lemah merintih di sana sini mencari kehidupan. Apakah akan mulia jika ada penguasa yang mempunyai ratusan juta tanpa jalan yang sah, sedangkan rakyat marhaen bawahan bertarung dengan kehidupan yang payah? Berpakat lawan kezaliman Sebelum Nabi SAW muncul sebagai rasulullah, suatu perjanjian menentang kezaliman yang dikenali dengan Half Fudul ataupun 'Sumpah Setia Fudul' pernah dibuat di Mekah. Ia dibuat di rumah Abdullah bin Jad'an. Isi kandungannya untuk membela dan mengembalikan hak sesiapa yang dizalimi dalam kalangan penduduk Mekah, ataupun sesiapa yang memasuki Mekah. Ini kerana ada kalangan bangsawan Mekah yang sering menindas pihak yang lemah. Beberapa kabilah Quraish seperti Bani Hashim, Bani 'Abd al-Muttalib dan lain-lain turut terlibat dengan Sumpah Fudul itu. Al-Tahawi (meninggal 321H) meriwayatkan hal ini dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi (meninggal 458H) dalam as-Sunan al-Kubra di mana Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah Abdullah bin Jad'an yang membabitkan Bani Hashim, Zahrah, Taiyyim dan aku juga dalam kalangan mereka. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai. Aku tidak suka untuk tertinggal dari menyertainya sekalipun diberikan kepadaku unta merah." Unta merah adalah lambang kemewahan kenderaan Arab ketika itu. Nabi SAW menegaskan bahawa jika perjanjian seperti itu dibuat lagi, sekalipun setelah baginda menjadi rasul, baginda tetap akan menyertainya. Lihatlah, Islam mengiktiraf perjanjian yang dibuat oleh pihak lain, sekalipun di zaman sebelum Islam kerana isi kandungan menepati maksud ajaran Islam yang menentang kezaliman dan penindasan. Malanglah, jika ada orang Muslim yang tidak merasa terpanggil dalam isu-isu tempatan dan antarabangsa yang membabitkan soal sokongan kita ke atas pihak yang ditindas. Menanglah p'raya dengan adil Ada orang bertanya saya, apakah saya menyokong BERSIH? Saya kata saya masih di UK, tapi saya sokong keadilan dan pemberian hak secara yang wajar. Saya tidak kisah siapa pun menang dalam pilihan raya, tetapi menanglah dengan cara yang adil dan saksama. Setelah keadilan dibuat, lalu rakyat membuat pilihan memilih parti tertentu, itu adalah hak mereka. Kita mesti akur dengan kerajaan pilihan rakyat secara adil dan saksama. Saya ada ramai kawan dalam BN, juga ramai kawan dalam Pakatan Rakyat. Saya tidak bersetuju perkara-perkara tertentu dalam di pihak BN, juga di pihak Pakatan. Tapi, saya inginkan agar apabila pilihan raya berlaku, ia berlaku dengan seadilnya, supaya saya tahu apa yang menjadi hak rakyat diberikan secara yang wajar. Saya tidak mahu bahas soal pendaftaran undi dan seumpamanya, ambil soal media sahaja. Saya rasa tidak semua rakyat suka untuk hadir ke tempat ceramah politik. Ia bercampur positif dan negatifnya. Namun, rakyat perlu tahu apakah idea parti-parti yang bertanding. Jika TV dan media kerajaan hanya dikuasai sepenuhnya oleh satu pihak sahaja, di manakah peluang rakyat mendengar secara saksama? Jika di Barat, bahkan di banyak negara demokrasi yang lain, ada saluran-saluran swasta yang membolehkan setiap pihak menyatakan pendapat dan pandangan mereka untuk didengari oleh rakyat, ruang itu tiada dalam negara kita. Setelah rakyat dengar dan nilai, biarlah mereka membuat keputusan mereka. Seperti mana bukan semua hujah kerajaan itu munasabah, demikian juga bukan semua hujah pembangkang itu boleh diterima. Agama mengajar kita menjadi golongan ulul albab, iaitu mereka yang mempunyai akal yang matang, yang membuat pertimbangan setelah mendengar pelbagai hujah. Firman Allah: (maksudnya) "...oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab" (al-Zumar: 17-18). Seseorang yang menuntut keadilan perjalanan sistem kerajaan, bukan semestinya dia penyokong pembangkang, tetapi itu tuntutan naluri insani yang inginkan sesuatu berjalan dengan cara yang betul. Jika kita pergi menonton bola sepak, lalu dibuat peraturan yang berat sebelah, lebih baik kita tidak menonton. Ataupun, kita cadang berikan kemenangan percuma sahaja. Sekalipun kita mungkin tidak sokong pihak yang dianayai, tetapi tidak juga tidak boleh sokong ketidakadilan. Ini fitrah manusia normal. Melainkan kita ini songsang fitrah. Justeru, menjadi hak rakyat untuk menyatakan perasaan mereka. Alangkah baik jika BERSIH itu tidak dijadikan acara parti politik, tetapi acara yang rentas parti politik. Hadir bukan tanda menyokong pembangkang, tapi menyokong pembaikian sistem. Namun, saya menasihati mereka yang ingin hadir agar membetulkan niat. Sayangkan negara anda. Bagi yang Muslim, berakhlaklah dengan akhlak Islam. Bagi yang bukan Muslim berpegang dengan nilai-nilai baik yang anda yakini. Jangan rosakkan harta negara, jangan memaki hamun orang lain, jangan mencerca tetapi laungkan slogan keadilan dan hak yang anda inginkan. Berhimpun dengan penuh sopan dan adab, tetapi dengan penuh semangat. Semoga Allah merahmati anda dan negara kita! - Dr Mohd Asri Zainul Abidin | ||
Zahid Enggan Jadi Saksi Perbicaraan Skandal Scorpene, Kalau Telus Mengapa Takut? Posted: 21 Apr 2012 08:56 AM PDT [MK] Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002. Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew. "Mereka boleh buat perbicaraan, tetapi Kementerian Pertahanan tidak akan hantar wakil ke Perancis, tetapi saya percaya duta Malaysia di sana akan mengikuti kes ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Cina itu. Ditanya tentang Najib yang disenaraikan sebagai saksi, Zahid berkata, terpulang kepada Suaram jika mereka ingin menjadikan perundangan di Perancis untuk tujuan peribadi mereka. NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima. Anggota sekretariat Suaram Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan mereka, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Zahid. Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Zahid juga mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia. "Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya. Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu. P/s: Kecut telur? Tiba-tiba ingat peribahasa "berani kerana benar, takut kerana salah". | ||
Posted: 21 Apr 2012 05:02 AM PDT Penduduk di bandar FUCKING, Austria mahu nama bandar itu diubah. Mereka mahu nama bandar itu tukar kepada nama yang kurang "menonjol" bagi orang yang berbahasa Inggeris. Pada hari Selasa lalu, penduduk mengundi untuk menukar nama bandar yang berusia 800 tahun itu kepada FUGGING. Namun, nama tersebut telah pun diambil oleh bandar yang lain yang turut dinamai Fucking sebelum tahun 1836. "Tiada siapa yang tahu sebab nama itu ditukar daripada Fucking kepada Fugging, tetapi Fugging ialah nama bandar kami sekarang. Kami berpendapat satu Fugging di Austria sudah cukup. "Nama bandar kami mula disebut sebagai Fucking pada tahun 1195 dan hal ini telah dicatatkan dalam rekod biara tempatan," kata Datuk Bandar Fugging, Andreas Dockner kepada The Mirror. Manakala Datuk Bandar Fucking, Franz Meindl pula berkata selain nama yang kontroversi, pekan kecil mereka dapat diibaratkan seperti sebuah syurga. "Tempat ini adalah kawasan desa yang indah, aman dan kami mempunyai sebuah masyarakat yang baik. Hanya nama pekan ini yang menyebabkan kami kadang kala berada dalam kesusahan." Walaupun undian telah dibuat, belum ada kesimpulan tentang perubahan nama itu. Oleh sebab namanya, papan tanda bandar tersebut kerap dicuri dan ada orang luar yang bergambar bogel di depan penduduk. Pada tahun 1996, penduduk Fucking telah membuat undian untuk mengubah nama bandar itu tetapi mereka memutuskan untuk mengekalkan nama tersebut. -DCM/The Mirror. P/s:Teringat nama BATANG BERJUNTAI kini sudah ditukar kepada BESTARI JAYA | ||
Minum Air Berkabonat Berlebihan Boleh Bawa MAUT Posted: 21 Apr 2012 04:05 AM PDT Wanita diserang sakit jantung ambil lapan liter minuman ringan setiap hari [BH] WELLINGTON: Minum lapan liter minuman ringan setiap hari membawa padah kepada seorang wanita New Zealand kerana tabiat itu menjadi punca kematiannya disebabkan pengambilan air minuman berkenaan pada kadar itu adalah keterlaluan dan berlebihan. Suri rumah dan ibu kepada lapan cahaya mata, Natasha Harris, 30, dari Invercargill, mati akibat serangan jantung pada Februari 2010. Tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya. Fairfax Media melaporkan pakar patologi, Dr Dan Mornin, memberi keterangan dalam siasatan rasmi kelmarin bahawa wanita itu mungkin mengalami hipokalemia atau kadar potassium rendah disebabkan pengambilan berlebihan Coca Cola dan tabiat pemakanan tidak sihat. Tanda hipokalemia termasuk degupan jantung tidak normal, menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat. Mornin berkata, tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya. Pasangan Natasha, Chris Hodgkinson, memberi keterangan bahawa wanita itu minum antara lapan dan 10 liter Coke sehari. "Perkara pertama yang akan dilakukannya di waktu pagi ialah minum Coke yang diletak di tepi katilnya dan perkara terakhir sebelum tidur ialah minum Coke. Dia ketagih Coke," katanya. Hodgkinson turut berkata, Natasha hanya makan sedikit dan merokok 30 batang rokok sehari. Beberapa bulan sebelum kematiannya, Natasha turut mengalami masalah tekanan darah dan kurang tenaga. Beliau berkata, pada pagi hari kematiannya, Natasha membantu anaknya bersiap ke sekolah apabila rebah. Beliau menghubungi perkhidmatan kecemasan dan cuba melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut tetapi gagal menyedarkannya. Seorang lagi pakar, Dr Martin Sage, dalam keterangan itu berkata 'jelas pengambilan jangka panjang atau singkat minuman ringan cola boleh menyebabkan simptom yang dramatik dan ada andaian kukuh bahawa ia boleh membawa kematian dalam kes tertentu. Siasatan rasmi kes Harris diadakan kerana kematiannya yang luar biasa atau tidak boleh dijelaskan dengan mudah selain boleh membantu membentuk dasar kesihatan masa depan di New Zealand. Disebabkan bukti kes sudah lengkap, pejabat koroner akan mengumpul dan mengeluarkan laporan akhir kematian itu. Dalam satu temuramah dengan Associated Press, pakar pemakanan di Universiti Otago, Lisa Te Morenga, berkata sebarang pengambilan berlebihan apa juga bentuk cecair dalam cuaca sejuk berkemungkinan merosakkan sistem keseimbangan dan semula jadi badan. Jurucakap Coca Cola Oceania, Karen Thompson, berkata produknya selamat. "Kami bersetuju dengan maklumat yang dikongsi oleh pejabat koroner yang mengambil secara berlebihan sebarang jenis produk makanan termasuk air, dalam tempoh singkat dengan kekurangan bahan berkhasiat dan gagal mendapatkan bantuan perubatan, boleh membawa petanda dramatik," katanya. - AP. | ||
Pendidikan Percuma: Pakatan Garis 5 Prinsip Posted: 21 Apr 2012 01:00 AM PDT [SH] SHAH ALAM - Sementara polemik mengenai tuntutan agar dimansukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berterusan, Pakatan Rakyat (PR) menegaskan pihaknya akan melaksanakan dasar pendidikan percuma bersandarkan lima prinsip. Salah satu prinsip itu, menurut Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli ialah pelaburan yang besar akan dibuat untuk menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam, termasuklah pembinaan universiti teknikal khusus bagi lepasan sekolah yang lebih berminat dalam kemahiran teknikal. "Ini penting untuk mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding institusi swasta, seterusnya mengelakkan pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar di masa hadapan," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini. Prinsip kedua, jelas beliau, ialah yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Selain itu katanya, kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak. "Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga," kata beliau lagi. Di bawah prinsip ketiga, kata Rafizi, bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak. Prinsip keempat menekankan bahawa pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh terus memohon untuk meminjam dari dana pembiayaan seperti yang ditetapkan. "Pembiayaan pendidikan akan meliputi yuran dan kos sara hidup pada kadar yang ditetapkan, mengambil kira subsidi yuran yang akan diberikan kerajaan sepadan dengan yuran purata bagi kursus yang setara di institusi awam; dan "(Kelima) pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup dan sebahagian yuran di IPTS seperti yang diterangkan di atas tidak akan dikenakan sebarang faedah," kata Rafizi lagi. Rafizi menambah, kelima-lima prinsip itu akan diguna pakai oleh Pakatan Rakyat untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak. "Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu/Bumiputera kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup," kata Rafizi. Sebaliknya, menurut Rafizi, dasar pendidikan percuma akan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum. "Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan," katanya. Sehubungan itu kata Rafizi, beliau menganggarkan peruntukan tambahan untuk menyediakan elaun sara hidup, menanggung baki yuran yang kini dibayar pelajar dan menyediakan subsidi yuran yang setara kepada pelajar di IPTS adalah sebanyak RM3 bilion setahun. "Persoalan pokok yang perlu dijawab oleh semua rakyat Malaysia adalah sama ada kerajaan mampu menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion setahun ini," katanya. Rafizi juga berkata, beliau percaya penghapusan konsesi tol lebuh raya seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga akan menjimatkan sebanyak RM5 bilion setiap tahun kerana "inilah wang pampasan yang dibayar Barisan Nasional kepada pengendali konsesi lebuh raya setiap tahun." "Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma," katanya lagi. | ||
Bancian SH: 74% Responden Mahu BERSIH 3.0 Diadakan Posted: 20 Apr 2012 11:32 PM PDT | ||
Aktres Bollywood Dicekik dan Dipenggal Posted: 20 Apr 2012 10:30 PM PDT
[HM] ALLAHABAD: Seorang aktres Bollywood mati dibunuh dua rakan pelakon yang baru dikenalinya di lokasi penggambaran filem terbaru mereka, lapor media semalam. Meenakshi Thapa, 26, dilaporkan diculik dan dipancung Amit Jaiswal dan kekasihnya, Preeti Surin, bulan lalu. Menurut polis, motif di sebalik insiden itu adalah mahu mendapatkan wang tebusan. Sumber polis berkata, Meenakshi bertemu pasangan terbabit di set penggambaran filem terbaru arahan Madhur Bhandarkar berjudul Heroine. Dalam filem itu, Meenakshi diberi peranan kecil. Ibu Meenakshi dipercayai membayar 60,000 rupee (RM3,534) untuk membebaskannya tetapi wang berkenaan gagal mengembalikan aktres terbabit kepada keluarganya. Polis berkata, Meenakshi dicekik di hotel penginapan mereka dan mayatnya - kecuali bahagian kepala - dibuang dalam tangki air. Kepala Meenakshi pula dicampak dari sebuah bas yang dalam perjalanan dari Allahabad ke Mumbai. Penyiasat daripada Bahagian Jenayah Polis Mumbai menemui mayat Meenakshi di rumah disewa Preeti di Allahabad, Rabu lalu. Sumber berkata, Amit dan Preeti mengaku membunuh Meenakshi kerana yakin dengan cerita mangsa yang mendakwa dia kononnya dibesarkan dalam keluarga berada. "Suspek percaya Meenakshi adalah anak orang kaya kerana gaya hidupnya yang mewah walaupun tidak mendapat peranan utama dalam sesebuah filem. "Meenakshi pula berjaya menyembunyikan hakikat bahawa dia sebenarnya datang dari keluarga sederhana," katanya. Sumber itu berkata, suspek menculik Meenakshi dan menuntut tebusan bernilai 1.5 juta rupee (RM88,372). Bagaimanapun, katanya, suspek memang tidak bercadang membebaskan Meenakshi kerana mangsa sepatutnya dibunuh sebaik saja bayaran dibuat. Setakat ini, Meenakshi belum pernah diberi kepercayaan membawa watak besar dalam filem. Dia diberi peranan kecil dalam filem seram, 404, tahun lalu, selain muncul beberapa kali sebagai model iklan. Polis berkata, ketika menuntut tebusan daripada ibu Meenakshi, Amit dan Preeti mengugut untuk menghasilkan filem lucah aktres berkenaan, selain mengambil kad bank mangsa. "Selepas ibu Meenakshi memasukkan sebahagian wang ke akaun Meenakshi, mereka membunuhnya. Pasangan itu menyangka mereka berjaya melupuskan semua bukti pembunuhan. Bagaimanapun, mereka melakukan kesilapan apabila Amit menyimpan kad SIM telefon bimbit Meenakshi. Polis berjaya mengesan mereka melalui kad berkenaan. - DM | ||
“Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola. " - Rita Rudaini Posted: 20 Apr 2012 08:30 PM PDT Rita tuntut nafkah ratusan ribu daripada Aidil Zafuan [BH] KUALA LUMPUR: Dramatis terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 36, akan membuat tuntutan berjumlah ratusan ribu ringgit terhadap suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, berhubung nafkah yang diabaikan sejak berkahwin. Bagaimanapun, Rita enggan menyatakan jumlah berkenaan kerana menyifatkannya terlalu peribadi untuk didedahkan. Rita melalui peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain daripada firma guaman Zaidi Zain & Associates akan menyerahkan surat tuntutan kepada peguam Aidil dalam masa terdekat. "Saya akui Aidil sering mengabaikan tanggungjawab selama lebih empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini. "Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan. "Saya pula banyak berkorban untuk menyara hidup anak-anak. Bayangkan, Aidil hanya menghulurkan duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak. "Jumlah yang dituntut ini dihitung daripada hari pertama kami berkahwin pada 25 Februari 2008. Saya bukan mata duitan. "Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola. "Saya berkahwin atas dasar cinta dan ikhlas untuk hidup bersamanya, tetapi, hidup saya dipersiakan. "Apa yang saya tuntut adalah hak saya sebagai isteri dan hak dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, yang selepas ini membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang bapa," katanya. Krisis rumah tangga Rita dan Aidil tidak pernah reda sejak dua tahun lalu. Akhirnya, Aidil menerusi peguamnya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Petaling Jaya dua minggu lalu. P/s: Kita pun tidak tahu pihak yang bersalah. Berdasarkan kenyataan di media, banyak orang akan menuding jari ke arah si suami. Apa-apapun, saya amat berminat dengan kenyataan ini: "Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola." Moga-moga bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih baik dan matang. | ||
Hakim Menangis Jatuh Hukuman Kes Bunuh Posted: 20 Apr 2012 08:00 PM PDT [HM] KUCHING: Suasana di Mahkamah Tinggi di sini, semalam yang mulanya tenang tiba-tiba bertukar sedih apabila Hakim Yew Jeng Kie turut mengalirkan air mata sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang remaja yang mengaku bersalah membunuh dan menanam mayat rakannya di belakang sebuah rumah, tahun lalu. Ia bermula ketika Yew dalam penghakimannya membacakan latar belakang tertuduh, Abang Ibrahim Abang Ahmad, 20, yang didakwa membunuh Taufik Abdul Rahim dalam kejadian Januari tahun lalu. Keadaan itu menyebabkan hadirin terdiam seketika sebelum Yew membacakan penghakimannya selepas tertuduh sebelum ini membuat pengakuan bersalah. Mengikut fakta kes, Abang Ibrahim yang menghadapi tuduhan pilihan didakwa membunuh Taufik di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sadong Jaya, Kota Samarahan antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang, 15 Januari 2011. Sebelum kejadian, tertuduh pada jam 12.30 tengah hari, hari sama dikatakan bertemu mangsa di sebuah kedai di Kampung Sadong Jaya bagi berbincang mengenai kes kecurian motosikal. Perbincangan itu berlangsung kira-kira sejam apabila mangsa menuduh tertuduh terbabit dengan kegiatan mencuri motosikal. Bagaimanapun, setengah jam kemudian, mangsa didakwa mengeluarkan kata-kata kesat hingga mengundang kemarahan tertuduh. Kemarahan itu menyebabkan tertuduh mengambil kayu lalu menghayun dan terkena bahagian belakang kepala menyebabkan mangsa terjatuh. Tertuduh menghayun kali kedua dan hayunan itu menyebabkan mangsa terus tidak bergerak. Keadaan itu menyebabkan tertuduh panik sebelum mencampakkan kayu digunakan dalam kejadian itu ke kawasan hutan nipah berhampiran. Tertuduh mengambil cangkul untuk menggali lubang di belakang rumahnya bagi menanam mayat mangsa yang sudah meninggal dunia. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Musli Abdul Hamid manakala tertuduh diwakili Abdul Rahman Mohd Hazmi. Berkaitan: 'Saya tak maafkan dia' [HM] KUCHING: "Saya tidak dapat memaafkan perbuatannya hingga kami kehilangan seorang anak. Kami sekeluarga masih bersedih kerana kejadian itu hanya berlaku tahun lalu," kata seorang bapa, Abdul Rahim Hasan, 42, selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Abang Ibrahim Abang Ahmad, 20, selepas mengaku bersalah membunuh anaknya, Taufik, 15. Dia yang tiba di mahkamah kira-kira jam 2.30 petang ditemani keluarga terdekat, bagaimanapun reda dengan keputusan mahkamah walaupun pada awalnya menjangkakan hukuman lebih berat dikenakan terhadap tertuduh. "Saya terima keputusan mahkamah, tetapi saya tidak akan memaafkan dia. Sebagai bapa, saya masih bersedih dengan kejadian menimpa anak saya memandangkan ia baru berlaku tahun lalu. "Kalau anda di tempat saya, akan tahu bagaimana perasaan saya alami," katanya ketika ditemui sejurus selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Yew Jeng Kie membuat keputusan itu. Bagaimanapun, Yew memanggil tertuduh dan Abdul Rahim memasuki biliknya sebelum kedua-dua mereka keluar, kira-kira setengah jam kemudian. Abang Ibrahim mulanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh sebelum dikenakan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) didakwa menyebabkan kematian Taufik di sebuah rumah di Kampung Sadong Jaya, Kota Samarahan antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang, 15 Januari tahun lalu. | ||
Posted: 20 Apr 2012 07:26 PM PDT [HM] SUBANG JAYA: Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit. Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin. Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu. "Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit," katanya. Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit. DITAHAN...suspek | ||
300 Ribu Orang India Tiada Kad Pengenalan? Warganegara atau Warga Asing? Posted: 20 Apr 2012 06:27 PM PDT Benarkah sampai 300 ribu orang India yang mendakwa warganegara Malaysia yang sah tiada kad pengenalan? Sebelum ini ada dilaporkan puluhan ribu warganegara India gagal dikesan selepas tempoh visa mereka tamat. Media juga ada melaporkan lebih 40 ribu warga China gagal dikesan selepas visa mereka tamat tempoh. Terima kasih kepada polisi VOA yang berjaya menggamit ratusan ribu warga China dan India datang ke negara ini. Kononnya untuk memajukan industri pelancongan. Rupa-rupanya polisi itu turut mengundang bala. Saudara, data yang diberikan kepada media itu mungkin benar, mungkin juga tidak sepenuhnya. Kalau bukan sepenuhnya, berapakah jumlah yang sebenar? Data itu juga bukanlah data terkini, kalau tidak silap data itu dikeluarkan pada tahun 2010, sekarang kita di tahun 2012. Bagaimana dengan kebanjiran Awang Hitam? Cuba lihat keratan akhbar di bawah ini. Berdasarkan laporan itu, anda mungkin dapat mengagak jumlah mereka di negara ini. Dalam masa 6 bulan, hampir 60 ribu warga Afrika memasuki negara ini. Selain untuk tujuan melancong, mereka berpusu-pusu datang ke negara ini kerana dasar pendidikan terbuka kita. Kononnya, kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau/dunia. Namun, sedar tidak sedar kebanjiran pelajar asing ini sebenarnya mengayakan kroni yang membuka IPTS seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Yuran pelajar tempatan daripada PTPTN disapu mereka, yuran yang diperoleh daripada pelajar asing juga dirembat mereka. Masalah timbul apabila segelintir warga Afrika ini menghilangkan diri selepas beberapa bulan mendaftar diri di kolej-kolej swasta. Kemudian, timbullah bermacam-macam masalah sosial terutamanya melibatkan kes penipuan dan gangguan seksual. Malah ada warga tempatan yang bersaiz kecil serba-serbi menjadi mangsa keganasan Awang Hitam. Berbalik kepada isu orang "India" yang mendakwa tidak mempunyai kad pengenalan dan surat beranak, TM berharap JPN dan ahli politik tidak bersikap melulu. Siasat dan pastikan mereka benar-benar warganegara Malaysia yang sah. Agak sukar diterima akal, pada waktu ini, ada jumlah yang begitu besar orang Malaysia yang masih tidak mempunyai kad pengenalan. Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, ada antara orang India yang tidak memiliki kad pengenalan ini langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan. Sepatah haram pun tidak tahu. Logikkah mereka warganegara Malaysia? -DCM Sambung baca di sini, di sini, di sini, di sini. P/s: TM sudah muak melihat kebanjiran warga asing di bumi Malaysia ini. Tolong jangan tukar Malaysia menjadi Malayworld! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan