Sabtu, 21 April 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Dataran Shah Alam jadi kuning, laungan SPR ‘ngapusi’ bergema

Posted: 21 Apr 2012 06:51 AM PDT



Fazallah Pit


SHAH ALAM: Sebelum Dataran Merdeka dibanjiri 500,000 rakyat sempena Bersih 3.0 pada 28 April ini, Dataran Shah Alam terlebih dahulu bertukar menjadi serba kuning.



Ia berikutan lebih 200 masyarakat pelbagai kaum dengan memakai t-shirt Bersih 3.0 berhimpun selama dua jam mulai jam 3 petang sebagai acara pemanas badan.

Bertema 'Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah', perhimpunan itu menarik perhatian orang ramai manakala pemandu kenderaan yang lalu lalang membunyi hon tanda sokongan.

Beberapa invididu pula mengambil kesempatan menjual mafla, topi dan t-shirt bersih 3,0 aneka corak yang mendapat sambutan luar luar biasa hingga penjual tidak menang tangan.

Dalam acara anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Prorakyat Selangor dengan diketuai presidennya, Khairul Anuar Othman, pemimpin parti politik turut menyampaikan kata-kata perangsang.



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim mengajak rakyat Selangor menyertai Bersih 3.0 kerana Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) adalah agensi 'ngapusi.'

Merujuk penyelewengan dan manipulasi daftar pemilih SPR yang diperalat kerajaan Umno, beliau berkata, ngapusi dalam bahasa Jawa bermakna penipu.

Khairul pula meminta rakyat tidak terpedaya dengan helah media arus perdana yang cuba menggambarkan daftar pemilih SPR sudah bersih sedangkan banyak kes lapuk gagal dibaiki.

"Sistem pilihan raya di Malaysia ini perlu direformasi. Terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam SPR yang langsung tidak dibaiki," katanya.

Ambil Pengundi Luar, Beri RM500 BR1M Kerana Umno Tidak Yakin

Posted: 21 Apr 2012 06:39 AM PDT

Wartawan Buletin


DUNGUN – Rakyat hilang keyakinan kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu tidak melaksanakan pemerintahan dengan baik dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Islam.

Menurut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Umno/BN  telah menurut telunjuk penjajah dengan melabelkan Islam sebagai tidak maju dan Negara akan mundur sekiranya melaksanakan hukum-hukum Islam.

Sebaliknya beliau menegaskan, kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin beliau telah melaksanakan Islam sejak 20 tahun lalu dan semakin maju.

"Cuba ambil contoh Kelantan, kecil sahaja negeri Kelantan, mula-mula kita memerintah kita ambil duit dari bank konvensional (riba) kita masuk kepada bank Islam, tahun 1990 dulu lagi saya buat sehingga sekarang  tidak ada apa-apa,

"(dia kata) kalau buat Islam tidak ada kemajuan (tetapi) Kelantan 40 kali sehari penerbangan, 20 kali naik 20 kali turun, 3 buah syarikat (penerbangan), (kapalterbang) naik turun, naik turun 40 kali buat kerja apa sekiranya tidak ada kemajuan,"tegasnya.

[Gambar Kanan Atas - Tok Guru mnandatangani plak perasmian bangunan PAS DUN Sura ]

Beliau yang juga Menter Besar Kelanta, berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perasmian Bangunan PAS DUN Sura pada Jumaat malam 20 April di Kampung Molek dekat sini.

Sebelum itu, menurut beliau, tindakan Umno/BN memberikan wang RM500 Bantuan rakyat 1 Malaysia kepada rakyat adalah kerana Umno/BN tidak yakin rakyat akan mengundi mereka pada pilihanraya akan datang.

"Dia (Umno/BN) beri duit RM500, seumur hayat saya, tidak pernah Umno beri RM500, (dia beri) kerana Umno yakin orang Melayu (dan) rakyat Malaysia tidak mahu mengundi dia,"ujarnya.

[Gambar Tengah - Ribuan warga DUN Sura yang hadir mendengar Mursyidul Am PAS menyampaikan ucapan ]
Beliau turut menyifatkan tindakan Umno/BN mengambil pengundi luar dan warga asing untuk menang dalam pilihanraya sebagai satu penipuan.

Katanya, Umno terpaksa menipu kerana parti itu gagal untuk memerintah dengan baik.

"pengundi hantu, rela kita ambil orang luar, nak perintah negeri ambil orang luar (jadi pengundi), ambil orang luar (jadi pengundi adalah) menipu, (tak Ingat) syurga neraka,

"kalau buat (memerintah dengan) molek, kalau ikut hukum Islam (orang akan sokong),"jelasnya.

[Gambar bawah - Tok Guru menyampaikan watikah terima kasih kepada para penyumbang yang telah memberikan 'saham' mereka membina Bangunan PAS DUN Sura]
Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Yang DiPertua PAS Dungu merangkap ADUN Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly

Lebih 5,000 orang hadir dalam majlis bersejarah itu yang telah mengumpulkan jumlah sumbangan derma melebihi RM21,000.00

Wan Ahmad Dicabar Letak Jawatan

Posted: 21 Apr 2012 06:31 AM PDT





SHAH ALAM : Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengulas bahawa sebanyak RM30 juta wang pembayar cukai perlu dibelanjakan sekiranya Selangor tidak mengadakan pilihan raya umum serentak dengan kerajaan pusat.

Ketua Penerangan Pemuda PAS,Riduan Mohd Nor berkata  Wan Ahmad tidak sepatutnya mengulas soal pilihanraya berasingan di negeri Selangor atau pun tidak kerana itu bukan bidang tugas beliau dan SPR.

Kenyataan seperti itu perlu dilontarkan oleh pemimpin parti politik seperti Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.

"Tugas SPR dan individu seperti Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah menjayakan pilihanraya mengikut tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.

Kenyataan ini menyerlahkan lagi belang beliau yang sebenarnya dan membayangkan seolah-olah beliau adalah Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang boleh memberikan pandangan politik terhadap mana-mana parti politik," ujar Riduan dalam kenyataan medianya.

Tambah Riduan , kenyataan Wan Ahmad itu menambah curiga rakyat bahawa SPR adalah badan yang tidak bebas, serta masih terkongkong dengan pengaruh parti pemerintah.

Sepatutnya Wan Ahmad mengambil perhatian mengapa Pakatan Rakyat mahu menangguhkan pilihanraya di negeri Selangor.

"Beliau sepatutnya berterima kasih kepada Pakatan Rakyat yang berterusan menyemak daftar pemilih sehingga mampu menimbulkan beberapa keraguan. Sejumlah 42,051 pengundi ragu daripada senarai daftar pemilih dapat dikesan yang perlu kepada pembersihan," ujarnya lagi.

Riduan menjelaskan,ini belum termasuk jumlah peningkatan undi mendadak di beberapa buah Parlimen di Selangor dan negeri-negeri lain, serta dakwaan wujudnya task force pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

"DPPM mensarankan Datuk Wan Ahmad Wan Omar supaya berterus-terang kepada rakyat bahawa beliau sememangnya berpihak kepada parti pemerintah.

DPPM juga mencabar Datuk Wan Ahmad supaya meletak jawatan dan bertanding dalam PRU ke 13 atas tiket BN. Buktikan beliau berpengaruh dan mampu memenangi PRU ke 13. Ini lebih baik daripada terus berselindung di sebalik baju SPR," tegas beliau.

Yaakob Sapari: Pendidikan Percuma Wajar Dilaksanakan

Posted: 21 Apr 2012 06:27 AM PDT





SHAH ALAM : Pendidikan percuma adalah wajar kepada semua rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan dalam menyediakan pendidikan kepada rakyat,tegas Exco Selangor Dr Yaakob Sapari.

"Menuntut ilmu adalah suatu kewajiban yang telah ditetapkan ke atas lelaki dan wanita sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis Nabi. Dalam hal ini, menyediakan pendidikan, menjaga keselamatan dan memastikan kesihatan rakyat dalam keadaan baik adalah tanggungjawab kerajaan Pusat.

Hal ini, berbeza dengan negara seperti Australia, Amerika dan beberapa negara lain di mana negeri mempunyai kuasa dalam membuat keputusan seperti menyediakan pendidikan percuma" ujar beliau yang juga Adun Kota Anggerik dalam kenyataan medianya.

Yaakob berkata jika kewangan negara diurus-tadbir dengan baik, jumlah wang yang tiris dan bocor setiap tahun itu mampu untuk membiayai pendidikan percuma kepada semua mahasiswa.

Umumnya mengetahui bahawa hutang PTPTN sekarang berjumlah RM24.7 bilion, sebagaimana kajian yang telah dibuat oleh Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli. Jumlah itu, jika mengambil masa 10 ke 20 tahun tempoh masa pembayaran, ia hanya memerlukan sekitar RM 2 bilion sahaja setahun, kata Yaakob.

"Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding ketirisan perbelanjaan dana awam berjumlah RM 28 bilion atau kira-kira 10 peratus dari bajet Nasional yang dikeluarkan laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Kempen Selangorku Bersih Bantu Pemimpin Kenalpasti Pengundi

Posted: 21 Apr 2012 06:26 AM PDT





KLANG : Kempen "Selangorku Bersih" adalah cara erbaik bagi pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk mengenali pengundi mereka di kawasan masing-masing.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, menerusi kempen ini, kerajaan negeri berupaya mencegah kemasukan pengundi hantu ke dalam senarai daftar pemilih di Selangor dengan lebih efektif.

Menurutnya, kempen itu bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memantau perkara berkenaan selepas mendapati terdapat penambahan [ada daftar pengundi secara mendadak yang meragukan di Selangor.

"Terlalu banyak pengundi baru di Selangor seperti di Batang Kali iaitu seramai 8,000 orang.

"Dari mana mereka datang sedangkan penduduk di kawasan itu kalau dilihat terlalu sedikit.

"Di Kota Raja sendiri terdapat lebih 20,000 pengundi baru. Kita tidak sekat orang yang layak megundi, kita mesti galakkan kerana itu hak rakyat," katanya.

Beliau berkata, menerusi pendekatan ini, kerajaan Pakatan berupaya membuktikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih.

Tambahnya, kerajaan negeri juga akan menganjurkan program mengenali pengundi supaya rakyat dapat mengenalpasti kawasan mengundi masing-masing menjelang pilihan raya nanti.

"Setiap ketua kampung dan pemimpin masyarakat diminta untuk menyemak pengundi supaya kita benar-benar kenal mereka dan tunjukkan kawasan yang betul semasa mengundi.

"Sebelum ini, terdapat pengundi yang dipindahkan ke kawasan lain tanpa pengetahuannya. Kita tidak mahu perkara itu berulang lagi," jelasnya.

Kelmarin, kerajaan negeri mengumumkan sedia bekerjasama dengan pihak SPR dalam usaha membersihkan daftar pemilih menerusi Kempen "Selangorku Bersih".

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Dalam pertemuan itu, Abdul Khalid turut memaklumkan kepada SPR berhubung usaha-usaha yang dilakukan kerajaan Selangor bagi menguatkan demokrasi di negeri ini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM 5 juta untuk Program Pendemokrasian di bawah Geran Selangorku sebagai inisiatif khusus bagi membolehkan semua pihak tanpa mengira parti politik membuat bantahan jika terdapat mana-mana pengundi yang meragukan.

'Saya masih hidup', kata Bob Kuman

Posted: 21 Apr 2012 06:06 AM PDT

IZWAN ROZLIN

bob kuman
KOTA DAMANSARA - Pelakon dan pelawak Husni Mohd Rawi atau lebih popular dengan panggilan Bob Kuman mengucapkan 'tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya dia sudah meninggal dunia hari ini.

Katanya,  tersebut telah 'berjaya' menyebabkan semua rakan termasuk saudara maranya sedih.

"Berita ini fitnah, saya terima panggilan daripada rakan tentang perkara ini ketika hendak solat Zuhur 1 petang tadi," katanya sewaktu ditemui di rumahnya kira-kira jam 2 petang tadi.

Menurut  Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.

"Saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi saya yakin mereka yang ini sengaja menyebarkan berita palsu ini  untuk meraih simpati orang ramai dan berkemungkinan orang itu mungkin boleh kutip derma kilat jika berita saya meninggal tersebar," katanya.

Mesej kononnya pelakon itu sudah meninggal dunia disebarkan menerusi laman mikro Twitter tengah hari tadi.

Justeru tegas Bob Kuman, dia kesal dengan penyebaran berita itu dan berharap pihak-pihak terbabit agar menyemak sumber  maklumat yang diterima sebelum disebarkan menerusi blog, laman sosial dan juga laman web.

Ketika ditanya mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kelantangannya bercakap mengenai beberapa isu sebelum ini, Bob Kuman berkata, dia bersedia bersemuka dengan individu itu.

"Saya reda dengan apa yang terjadi hari ini dan sebagai artis saya sudah bersedia dengan masalah yang akan wujud seperti ini  dan  saya ada seorang isteri yang baik, dia nasihatkan macam mana sekalipun yang berlaku kena gembira, jadi saya masih tenang bila dianiaya begini," katanya.

Tiga hari lalu, Sinar Harian  melaporan  bahawa Bob Kuman terharu dengan sumbangan yang diberikan peminatnya menerusi akaun banknya selepas kisahnya tersiar di dalam sebuah laman blog baru-baru ini.
Bob Kuman mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para peminatnya yang sudi menyumbang bagi membantu meringankan beban yang dialaminya.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.

Penyokong BERSIH panaskan badan di Melaka

Posted: 21 Apr 2012 05:59 AM PDT

 
Kira-kira 30 penyokong perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka berhimpun di Dataran Pahlawan Mall hari ini sebagai tanda sokongan perhimpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Perhimpunan yang dianggap sebagai Pra-Bersih 3.0 itu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk menghadiri perhimpunan "duduk bantah" yang dirancang di Kuala Lumpur minggu depan.

NONEMenurut wakil kumpulan terbabit Philip Chua, perhimpunan itu diadakan juga bagi memberitahu orang ramai di Melaka yang tidak dapat bertolak ke Kuala Lumpur 28 April ini supaya dapat menyertainya di Dataran Pahlawan Mall sahaja.

Philip berkata, Dataran Pahlawan Mall dipilih kerana dibina di atas tapak padang Banda Hilir yang menjadi tempat bersejarah apabila Tuanku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan sebaik pulang dari London.

"Oleh sebab itu, orang-orang di Melaka sekali lagi akan berkumpul pada tarikh tersebut bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.

"Penyokong dijemput memakai apa jenis pakaian berwarna kuning dan baju T Bersih 3.0 yang tidak diharamkan tahun ini amat dialu-alukan.

NONE"Orang ramai boleh memakai topi atau topi kuning, membawa payung kuning atau memakai baju hujan kuning dengan tujuan membanjiri padang dengan suasana kuning," katanya.

Selain itu, mereka turut mengedarkan risalah mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 kepada orang ramai dan melekatkannya pada cermin kereta.

Turut hadir, ADUN kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Pada 28 April ini, perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil akan dilangsungkan serentak di bandar besar di seluruh negara dan di seluruh dunia.

'Daftar pemilih kita paling bersih dalam dunia'

Posted: 21 Apr 2012 05:57 AM PDT

MALAYSIA KINI
 
Sekali pun mendapat banyak aduan berhubung daftar pemilih, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia.

Dalam wawancara yang disiarkan Sin Chew semalam, Abdul Aziz berulang kali menegaskan bahawa daftar pemilih sekarang bersih dan tiada negara lain dalam dunia lebih bersih daripada Malaysia.

NONESehubungan itu, katanya, SPR tidak perlu mengubah daftar pemilih sedia ada.

Abdul Aziz merujuk kepada cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu bahawa Selangor tidak patut mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pusat sebelum daftar pemilih dibersihkan.

Mengulas perkata itu, Abdul Aziz berkata, sekali pun Selangor memilih tarikh berbeza untuk pilihan raya negerinya, daftar pemilih yang akan digunakan tetap sama.

Adakah saya sokong BERSIH?

Posted: 21 Apr 2012 05:55 AM PDT

ULASAN Islam adalah agama Allah yang ajaran-Nya berasas fitrah yang Dia ciptakan kepada manusia. Maka Islam adalah agama fitrah (natural religion), sesuatu yang bercanggah dengan fitrah manusiawi ditolak oleh agama ini.

Islam yang sebenar selaras dengan sifat penciptaan manusia yang telah Allah jadikan. Maka, Islam menolak homoseksual, lesbian dan segala yang menyanggah fitrah asal insan itu.

Demikian Islam menolak kezaliman, penindasan, ketidakadilan, kebodohan dan seterusnya kerana ia bercanggah dengan fitrah manusia.

Mereka yang menolak homoseksual ataupun lesbian tetapi membiarkan atau akur dengan ketidakadilan tidak memenuhi elemen fitrah yang Allah ciptakan.

Demikian juga mereka yang menentang ketidakadilan tetapi menerima amalan songsang, ia bercanggah dengan roh Islam ini.

Firman Allah: "Maka hadapkanlah wajahmu ke arah agama yang hanif (yang menyembah Allah Yang Esa) itu agama Allah yang fitrah yang Dia ciptakan manusia di atasnya. Tiada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah ar-Rum, 30).

NONEAllah telah ciptakan manusia atas fitrah yang menjadikan naluri manusia yang benar mempunyai persamaan sekalipun berbeza keturunan, tempat, zaman dan agama. Kezaliman umpamanya, ditolak dan dibenci oleh fitrah manusia tanpa mengira keturunan, tempat, waktu dan agama.

Justeru itu, dalam semua cerita, drama dan filem yang diterbit oleh sesiapa sahaja di dunia ini sama ada oleh Hollywood, ataupun Bollywood mestilah mengakhirinya dengan kemenangan ataupun sokongan moral berada di pihak yang baik dan kekalahan di pihak yang jahat.

Jika ia love story seperti Titanic yang heronya mati pun, perasaan dan support moral filem tetap berada di pihak yang ditindas. Jika ada filem yang menyimpulkan watak jahat menang dan dimuliakan, sementara watak baik tewas dan dihina oleh kesimpulan filem, tentu ia tidak mendapat sambutan.

Ia terkeluar dari naluri yang dibekalkan dalam jiwa insan. Padahal para penonton itu mempunyai latar keturunan, tempat dan agama yang pelbagai. Namun mereka berkongsi satu perkara yang sama dalam hal itu, iaitu fitrah insan menolak ketidakadilan dan kezaliman.

Penindasan golongan lemah
Apa-apa ajaran yang mengiyakan kezaliman dan penindasan, ataupun ketidakadilan, ia terkeluar dari fitrah, dan sudah pasti ia bukan ajaran Tuhan yang menciptakan manusia manusia atas fitrah.

Apa sahaja fatwa agama, ataupun tindakan keagamaan yang menyanggahi fitrah, ia tersasar dari kebenaran. Perasaan insan yang betul fitrahnya sensitif dengan kezaliman dan ketidakadilan. Inilah yang Nabi SAW didik para sahabah baginda.

Kata sahabah Nabi SAW yang bernama Jabir: Apabila pulang dari penghijrahan ke Habshah (Abyssinia), kami kembali kepada Rasulullah SAW, lalu baginda berkata: "Tidak mahukah kamu semua ceritakan kepadaku perkara paling menakjubkan yang kamu lihat di Habshah?"

azlanSeorang pemuda berkata: "Wahai Rasulullah! Ketika kami duduk, seorang wanita mereka melintas, dia membawa atas kepalanya suatu bekas air. Dia melintas di hadapan seorang pemuda mereka, lantas pemuda itu meletakkan satu tangannya atas bahu wanita tua itu dan menolaknya sehingga jatuh melutut.

"Terpecahlah bekas airnya. Apabila dia bangun, dia menoleh ke arah pemuda tersebut lalu berkata: 'Wahai pengkhianat! Apabila Allah meletakkan kerusi-Nya, Dia menghimpunkan makhluk yang awal dan akhir, apabila tangan dan kaki boleh berbicara mengenai perbuatan yang telah mereka lakukan, kelak nanti kau akan tahu keadaanku dan keadaan kau'."

Rasulullah SAW bersabda: "Wanita itu benar! Sesungguhnya wanita itu benar! bagaimanakah Allah akan memuliakan satu kaum yang tidak mengambil tindakan atas penindasan golongan yang kuat terhadap yang lemah?!" (Riwayat Abu Ya'la, Ibn Hibban dalam sahihnya dan Ibn Majah, hadis hasan).

Lihat pemuda ini, dalam banyak pemandangan yang dia saksikan sepanjang perjalanan yang jauh, isu kezaliman juga yang menarik perhatiannya. Ulasan Nabi SAW menegaskan betapa satu kaum tidak akan mulia jika membiarkan golongan yang kuat menindas yang lemah.

Apakah akan mulia suatu negara jika kekayaannya dibolot oleh satu pihak secara yang tidak adil, sementara yang lemah merintih di sana sini mencari kehidupan.

Apakah akan mulia jika ada penguasa yang mempunyai ratusan juta tanpa jalan yang sah, sedangkan rakyat marhaen bawahan bertarung dengan kehidupan yang payah?

Berpakat lawan kezaliman
Sebelum Nabi SAW muncul sebagai rasulullah, suatu perjanjian menentang kezaliman yang dikenali dengan Half Fudul ataupun 'Sumpah Setia Fudul' pernah dibuat di Mekah. Ia dibuat di rumah Abdullah bin Jad'an.

Isi kandungannya untuk membela dan mengembalikan hak sesiapa yang dizalimi dalam kalangan penduduk Mekah, ataupun sesiapa yang memasuki Mekah. Ini kerana ada kalangan bangsawan Mekah yang sering menindas pihak yang lemah.

meccaBeberapa kabilah Quraish seperti Bani Hashim, Bani 'Abd al-Muttalib dan lain-lain turut terlibat dengan Sumpah Fudul itu. Al-Tahawi (meninggal 321H) meriwayatkan hal ini dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi (meninggal 458H) dalam as-Sunan al-Kubra di mana Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah Abdullah bin Jad'an yang membabitkan Bani Hashim, Zahrah, Taiyyim dan aku juga dalam kalangan mereka. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai. Aku tidak suka untuk tertinggal dari menyertainya sekalipun diberikan kepadaku unta merah."

Unta merah adalah lambang kemewahan kenderaan Arab ketika itu. Nabi SAW menegaskan bahawa jika perjanjian seperti itu dibuat lagi, sekalipun setelah baginda menjadi rasul, baginda tetap akan menyertainya.

Lihatlah, Islam mengiktiraf perjanjian yang dibuat oleh pihak lain, sekalipun di zaman sebelum Islam kerana isi kandungan menepati maksud ajaran Islam yang menentang kezaliman dan penindasan.

Malanglah, jika ada orang Muslim yang tidak merasa terpanggil dalam isu-isu tempatan dan antarabangsa yang membabitkan soal sokongan kita ke atas pihak yang ditindas.

Menanglah p'raya dengan adil
Ada orang bertanya saya, apakah saya menyokong BERSIH? Saya kata saya masih di UK, tapi saya sokong keadilan dan pemberian hak secara yang wajar. Saya tidak kisah siapa pun menang dalam pilihan raya, tetapi menanglah dengan cara yang adil dan saksama.

Setelah keadilan dibuat, lalu rakyat membuat pilihan memilih parti tertentu, itu adalah hak mereka. Kita mesti akur dengan kerajaan pilihan rakyat secara adil dan saksama. Saya ada ramai kawan dalam BN, juga ramai kawan dalam Pakatan Rakyat.

NONESaya tidak bersetuju perkara-perkara tertentu dalam di pihak BN, juga di pihak Pakatan. Tapi, saya inginkan agar apabila pilihan raya berlaku, ia berlaku dengan seadilnya, supaya saya tahu apa yang menjadi hak rakyat diberikan secara yang wajar.

Saya tidak mahu bahas soal pendaftaran undi dan seumpamanya, ambil soal media sahaja. Saya rasa tidak semua rakyat suka untuk hadir ke tempat ceramah politik. Ia bercampur positif dan negatifnya.

Namun, rakyat perlu tahu apakah idea parti-parti yang bertanding. Jika TV dan media kerajaan hanya dikuasai sepenuhnya oleh satu pihak sahaja, di manakah peluang rakyat mendengar secara saksama?

Jika di Barat, bahkan di banyak negara demokrasi yang lain, ada saluran-saluran swasta yang membolehkan setiap pihak menyatakan pendapat dan pandangan mereka untuk didengari oleh rakyat, ruang itu tiada dalam negara kita.

Setelah rakyat dengar dan nilai, biarlah mereka membuat keputusan mereka. Seperti mana bukan semua hujah kerajaan itu munasabah, demikian juga bukan semua hujah pembangkang itu boleh diterima.

Agama mengajar kita menjadi golongan ulul albab, iaitu mereka yang mempunyai akal yang matang, yang membuat pertimbangan setelah mendengar pelbagai hujah.

NONEFirman Allah: (maksudnya) "...oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab" (al-Zumar: 17-18).

Seseorang yang menuntut keadilan perjalanan sistem kerajaan, bukan semestinya dia penyokong pembangkang, tetapi itu tuntutan naluri insani yang inginkan sesuatu berjalan dengan cara yang betul.

Jika kita pergi menonton bola sepak, lalu dibuat peraturan yang berat sebelah, lebih baik kita tidak menonton. Ataupun, kita cadang berikan kemenangan percuma sahaja.

Sekalipun kita mungkin tidak sokong pihak yang dianayai, tetapi tidak juga tidak boleh sokong ketidakadilan. Ini fitrah manusia normal. Melainkan kita ini songsang fitrah.

Justeru, menjadi hak rakyat untuk menyatakan perasaan mereka. Alangkah baik jika BERSIH itu tidak dijadikan acara parti politik, tetapi acara yang rentas parti politik. Hadir bukan tanda menyokong pembangkang, tapi menyokong pembaikian sistem.

Namun, saya menasihati mereka yang ingin hadir agar membetulkan niat. Sayangkan negara anda. Bagi yang Muslim, berakhlaklah dengan akhlak Islam. Bagi yang bukan Muslim berpegang dengan nilai-nilai baik yang anda yakini.

Jangan rosakkan harta negara, jangan memaki hamun orang lain, jangan mencerca tetapi laungkan slogan keadilan dan hak yang anda inginkan. Berhimpun dengan penuh sopan dan adab, tetapi dengan penuh semangat. Semoga Allah merahmati anda dan negara kita!

Komik Beng Hock beredar di Selangor

Posted: 21 Apr 2012 05:52 AM PDT


MALAYSIA KINI
Exco Selangor Ean Yong Hian Wah mendakwa "komik fitnah" berkaitan bekas pembantunya Teoh Beng Hock yang meninggal dunia secara kontroversi kini beredar di pelbagai tempat di Selangor, terutamanya Seri Kembangan.

Katanya, komik 20 halaman dalam bahasa Mandarin dan Inggeris itu antaranya memburuk-burukkan imej mendiang dan pemimpin Pakatan Rakyat dan mengandungi kisah kematiannya yang diputarbelit.

"Ini merupakan satu lagi projek politik kotor yang dimainkan oleh pihak tertentu sebelum pilihan raya ke-13 untuk menjatuhkan maruah Teoh Beng Hock dan nama baik peminpin Pakatan," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Ean Yong juga berkata, komik itu melanggar Akta Pencetakan dan Penerbitan 1984 kerana tidak meletakkan nama penerbitnya bersama.

"Jikalau apa yang terkandung dalam buku ini adalah benar, mengapa pihak penerbitan buku ini tidak berani untuk mendedahkan diri?" soalnya.

1,000 berhimpun bantah LGBT

Posted: 21 Apr 2012 05:50 AM PDT

Kira-kira 1,000 penyokong daripada lebih 18 NGO hari ini berhimpun di membantah amalan seks bebas dan anti Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Malah dalam perhimpunan di Kompleks Sukan UPM, Serdang, sekumpulan penyokong mengoyak, memijak dan membakar poster Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga yang didakwa menyokong gerakan tersebut.

Di kesNONEempatan itu juga, mereka juga menyelar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Majlis Peguam yang didakwa mereka turut menyokong gerakan itu atas nama hak asasi manusia.

Berucap dalam majlis itu, Mursyidul AM NGO TIBAI Zahid Mat Arip berkata perhimpunan mereka sebagai membantah LGBT kerana ia "sangat jijik dan meloyakan" dan tidak mahu negara ditimpa bencana sekiranya amalan itu berleluasa.

"Kalau kita sayangkan kepada negara kita, kita tolak Ambiga dan Anwar Ibrahim.

"Kalau kita nak selamatkan negara kita daripada bencana, kita kena tolak Anwar Ibrahim pada bila-bila masa, khususnya dalam pilihan raya," katanya sambil diiringi dengan laungan "Tolak Anwar, Tolak Ambiga.

Menurutnya perhimpunan tersebut -- yang rata-ratanya disertai oleh mahasiswa dan anak muda -- sebagai menjadi isyarat penolakan kepada Anwar Ibrahim dalam pilihan raya umum ke-13.

Kes hubungan sejenis guru-pelajar
Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah berkata mereka mengadakan perhimpunan di stadium bola sepak di UPM sebagai "menghormati peniaga dan pemandu teksi di Kuala Lumpur".

NONEJMM sebelum ini bercadang untuk mengadakan perhimpunan anti-LGBT itu di Dataran Merdeka tetapi tidak dibenarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Berucap dalam majlis itu, beliau mendakwa gerakan tersebut merupakan "satu perancangan yang teratur dan terancang" oleh NGO tertentu.

Katanya, sebelum ini beliau mendedah sebuah NGO bernama ILGA telah memfailkan petisyen di mahkamah bagi menuntut supaya perkahwinan sejenis dibenarkan atas nama hak asasi.

"ILGA dan Majlis Peguam bersungguh untuk failkannya sekali lagi mengenai perkahwinan sejenis ini, harus dihalalkan di negara kita," dakwa Azwanddin sambil diiringi laungan "Tangkap Ambiga" oleh hadirin.

NONEBeliau turut mendedah terdapat sebanyak 21 kes pada 2012 dan 18 kes pada 2011 kes hubungan sejenis termasuk guru dan pelajar.

Beliau juga mendakwa terdapat sebuah institut di negara ini dapat dana daripada George Soros yang didakwanya bertujuan untuk "mempromosi" seks bebas dan gerakan LGBT.

Mungkin turut berhimpun 28 April
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Jais Karim mendakwa pembangkang mendalangi kumpulan mahasiswa dan LGBT yang berkumpul di Dataran Merdeka.

"Pembangkang berada di belakang mereka. Siapa di belakang pembangkang? Amerika Syarikat.

NONE"Siapa di belakang Amerika Syarikat? Yahudi laknatullah," katanya sambil diiringi dengan laungan "Bangsat Yahudi".

Dalam sidang media selepas itu, beliau akan membuat laporan polis kepada Institut Geothe yang didakwanya menerima dana daripada George Soros.

Beliau mendakwa pihaknya mempunyai bukti bahawa institut itu didakwa membiayai aktiviti kepada rangkaian individu dan kumpulan tertentu selepas membuat risikan selama empat bulan.

"Kita mempunyai dokumen lengkap (berhubung perkara itu).Kita akan dedahkan Isnin ini," katanya.

Sehubungan, pihaknya akan membuat laporan polis pada Isnin ini, jam 2 petang di IPD Dang Wangi.

Beliau juga berkata "mungkin" akan membuat himpunan yang sama sebagai bantahan kepada BERSIH pada 28 April ini di salah sebuah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

[GALERI FOTO]

Hisham dan Khaled membuka ruang untuk serangan samseng Umno

Posted: 21 Apr 2012 05:15 AM PDT

  Maria Begum, Malaysia Chronicle

 Jika respon menteri2 Umno terhadap serangan ke atas pelajar2 di dataran Merdeka awal pagi tadi menjadi ukuran, sesiapa yang menuduh parti pimpinan PM Najib Razak sebagai penyebab keganasan itu benar belaka.

Tidak syak lagi, seperti yang dijangkakan respon dari pemimpin2 Umno berbeza dengan teman seperjuangan mereka daro Pakatan Rakyat tapi ramai meneka bahawa reaksi mereka menggambarkan mereka bersalah dalam hal ini.

Lampu hijau untuk serangan seterusnya


Tiada simpati dari Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein atau Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin.Malah keduanya menempelak kesemua dari para pelajar, aktivis dan pembangkang tetapi enggan mengecam penyerang2 atau pihak polis yang lambat nertindak.

Menakjubkan dan memang Hisham begitu.Beliau sekurang-kurang nya menonto dulu rakaman video sebelum menuduh para penunjuk perasan konon nya sengaja membuat serangan tersebut. Beliau membuatkan semua marah dengan respon nya," MP Batu,Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

"Kami ambil perhatian yang Hisham juga enggan memberikan sebarang perlindungan polis kepada para pelajar tersebut. Lebih baik beliau berikan lampu hijau kepada samseng Umno untuk meneruskan serangan dan kita minta beliau bertanggungjawab."

Pada sidang akhbar pagi ini, Hisham,sepupu PM Najib Razak, menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tuntutan para pelajar tersebut.

" Tuduhan seperti itu pernah digunakan untuk menaikkan emosi, samada dalam isu kaum, agama dan sekarang melibatkan para pelajar," kata Hisham pada Khamis lalu.

Mempersendakan pelajar2


Menteri Dalam Negeri itu menunjukkan prihatin kepada pelajar yang cedera, tetapi lebih memfokus kepada dakwaan yang serangan itu sengaja di adakan oleh pembangkang bagi menaikkan kemarahan rakyat.

Hisham juga berkata sesiapa yang bimbangkan keselamatan mereka patut mengadu kepada Dewan bandaraya, yang bertanggungjawab terhadap Dataran Merdeka.

"Biarkan agensi yang berkenaan menyiasat, dan ketika ini pihak yang berwajib dan mempunyai kawalan atas Dataran Merdeka ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan sya tidak nampak isu ini sebagao isu keselamatan yang besar," kata beliau.

"Pendapat saya, penunjuk perasaan hanya menduduki satu sudut Dataran, tapi dari segi undang-undang, kamu patut tanya Datuk Bandar KL."

Kedua Hisham dan Khaled, menteri pengajian tinggi, mentertawakan peningkatan rasa tidak puas hati para pelajar dinegara ini dan menganggap ia tidak akan membawa kesan apa-apa kepada imej gabungan Umno-BN.

"20 ke 30 orang berkhemah di Dataran Merdeka dan seolah olah dunia sudah berakhir," kata Hisahm
"Tiada siapa yang menyuruh mereka berkhemah di Dataran, jadi jika ada apa-apa berlaku, jangan cuba cari simpati," Khaled menulis di Twitter.

Jadi, Umno lah dalangnya!


Sekitar jam 3 pagi tadi, sekumpulan 40 orang smaseng menyerang para pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka.

Sebahagian pelajar itu dari MansuhPTPTN atau kempen memansuhkan pinjaman pelajar dan sebahagian pula dari OccupyDataran, gerakan yang bertujuan menuntut ruang demokrasi dari rejim Umno-BN.

Kelakuan ganas penyerang memcetuskan spekulasi yang mereka ialah samseng yang dihantar oleh Umno untuk menakutkan penunjuk perasaan. Respon dari kedua Hisham dan Khaled mengesahkan lagi spekulasi itu.

Keganasan dan cubaan menakut nakutkan ialah taktik yang luas di gunakan oleh gabungan parti memerintah untuk menghalang musuh politiknya dan rakyat dari menuntut terlalau banyak hak sosial dan sivil, atau apa-apa yang mengancam pegangan kuasa Umno-BN.

"Ada lebih kurang 60-70 orang samseng menyerang kem kami di Dataran Merdeka kira-kira jam 2.45 pagi ini. Mereka yang mempunyai kamera dan alat rakaman di serang. Seorang mangsa di hantar ke hospital dengan ambulan," penganjur OccupyDataran berkata dalam e mail yang dihantar kepada Malaysia Chronicle-Malaysia Chronicle

Surat terbuka untuk Dr M: Adakah Tun sedang berkhayal?

Posted: 21 Apr 2012 04:26 AM PDT

  P Ramakrishnan

 Kehadapan Tun Dr M,

Saya sedang tertanya-tanya sama ada Tun sedang bermimpi atau tidak perasan akan realiti sebenar.

Pandangan anda terhadap Pulau Pinang dan Selangor adalah salah dan tidak kena pada tempatnya. Anda nampak seperti seorang ahli politik tidak jujur yang hanya mahu mendapat kepentingan politik dan mengelirukan pengundi di Malaysia. Anda tidak memberi kredit kepada diri sendiri dan perbuatan anda tidak sama akan reputasi anda sebagai negarawan senior (Bernama, 29 Januari 2012).

Kenyataan anda, "Mereka telah diberi banyak peluang. Banyak perkara yang tidak patut berlaku di Pulau Pinang, dan yang sama berlaku di Selangor," tidak masuk akal sama sekali. "Mereka telah diberi banyak peluang", adalah dakwaan yang tidak munasabah.

Pakatan memegang kuasa mulai 8 Mac 2008. Mereka telah memerintah hanya selama empat tahun sahaja. Peluang apa yang telah diberikan kepada mereka dan siapa memberi mereka peluang itu? Apa yang sedang anda bicarakan disini? Apakah keajaiban yang anda jangka boleh mereka lakukan dalam tempoh masa yang singkat ini?

Bandingkan jangka masa pendek mereka dengan pemerintahan selama 55 tahun Barisan Nasional secara jujur. Kami boleh membalas semua tohmahan BN pada kami: "Mereka (BN) telah diberi banyak peluang.

Banyak perkara yang tidak patut berlaku di Pulau Pinang, yang sama juga berlaku di Selangor. "Ini merupakan satu pemerhatian yang nyata dan memerlukan jawapan yang jujur dari kamu, wahai Tun.

Lebih daripada setengah abad

Sesungguhnya, 55 tahun adalah masa yang sangat lama. Ia lebih daripada setengah abad.BN telah diberi peluang yang ia mahu dan perlukan. Tetapi apa yang telah BN capai sepanjang tempoh yang panjang memegang jawatan kecuali merosakkan perpaduan kita dan menjaga kepentingan lain selain kepentingan rakyat? Perpaduan kita telah dimusnahkan oleh dasar kejam dan tanpa berfikir panjang dan polisi tidak mempedulikan kebajikan majoriti rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan miskin.

Ya, Tun, jika ada yang telah diberi peluang yang terlalu banyak, itulah BN. Apa lagi yang boleh BN buat setelah gagal melaksanakannya semenjak 55 tahun ini? Apakah keajaiban yang boleh BN lakukan sekarang untuk melaksanakan perubahan negara ini untuk menjadikan ia syurga bagi semua rakyat serta menyediakan mereka dengan kehidupan yang lebih bermaruah?

Apa yang sebenarnya anda maksudkan dengan mendakwa, "Mereka telah diberi peluang. Apa lagi yang boleh dilakukan? Jika kita biarkan keadaan merosot teruk, ia akan menjadi sukar untuk diperbaiki. "

Kenyataan anda bertele-tele, "Jika kita membenarkan keadaan merosot teruk, ia akan menjadi sukar untuk membaiki" datang di seberang sebagai tidak masuk akal dan temberang. Apa yang telah Pakatan Rakyat yang dilakukan yang telah membawa kemerosotan? Apakah yang mereka lakukan yang boleh menyebabkan masalah yang tidak boleh diperbaiki? Sila khusus dan menghitung salah laku Pakatan.

Jangan buat kenyataan yang anda sendiri tidak boleh sokong

Tun, anda tidak perlu membuat tuntutan menyapu yang tidak bermakna. Ramai rakyat Malaysia benar-benar kecewa dengan anda dan merasakan bahawa anda sudah tidak ada signifikan sebagai seorang pemimpin politik. Masa anda sudah berlalu dan anda telah lakukan segala-galanya mengikut cara yang anda mahu. Tiada apa yang perlu anda lakukan lagi.

Kedua-dua Pulau Pinang dan Selangor telah menarik pelaburan asing terbesar berjumlah lebih daripada RM15bn, yang tidak dapat ditandingi oleh negeri-negeri yang dibawah BN. Tidak ini sesuatu yang positif bahawa negeri-negeri Pakatan berada dalam keadaan jauh lebih baik walaupun jangka tempoh masa pemerintahan mereka pendek dan kekurangan pengalaman dan kepakaran dalam pentadbiran? Jujurlah wahai Tun, tidakkah ini berhak menerima pujian?

Anda menyimpan segala-galanya dari pengetahuan awam dan menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk menafikan rakyat hak mereka untuk diberitahu. Banyak skandal dan rasuah wujud kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku akibat daripada segalanya yang disimpan dibawah akta kerahsiaan kerajaan.

Negeri-negeri Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang, telah menggubal Akta Kebebasan Maklumat untuk bersikap telus dan bertanggungjawab. Tun, bukan ini sesuatu yang patut dipuji?

Kroni dan korupsi

Di bawah tempoh pemerintahan anda selama 22 tahun, ramai kroni ahli politik menjadi kaya di luar imaginasi dan tanpa perlu berusaha untuk kekayaan mereka. Wakil rakyat dan menteri-menteri kabinet mengisytiharkan aset mereka hanya kepada anda dan mengikut maklumat dalaman, anda telah menggunakan maklumat ini untuk menjamin kesetiaan mereka yang tidak berbelah. Itulah cara anda dan tiada cara yang lain!

Kita masih ingat lagi kes penyingkiran Osman Aroff, Menteri Besar Kedah yang telah menikmati sokongan majoriti ahli dewan di Kedah. Ahli-ahli dewan telah pergi untuk berjumpa dengan anda, untuk merayu agar MB mereka dikekalkan. Anda dilaporkan telah menemui mereka secara individu dan selepas itu mereka semua kembali ke Kedah dan tidak mempedulikan Osman Aroff. Ada yang berkata anda mempunyai fail peribadi setiap daripada mereka dan memaksa mereka mengikut telunjuk anda.

Wahai Tun, negeri-negeri dikuasai Pakatan iaitu Selangor dan Pulau Pinang melakukan sesuatu yang anda tidak akan berani bermimpi untuk lakukan. Semua ahli-ahli Exco mereka mengisytiharkan aset pada umum. Ini adalah sesuatu yang masyarakat sivil Malaysia mahukan, untuk masa yang sangat lama, kerana ini dapat membanteras rasuah dan memastikan tiada penyalahgunaan kuasa berlaku.

Tetapi anda tidak mahu dipujuk. Anda suka menjadi raja kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa supaya anda mempunyai kawalan mutlak ke atas ahli politik yang memegang jawatan awam.

Banyak rakyat Malaysia, pada masa lalu, telah berusaha dengan jujur dan setia serta menyumbang kepada kemajuan negara ini. Orang lama yang telah bersara beberapa tahun yang lalu terpaksa berjuang untuk menjalani kehidupan yang sukar dengan pencen mereka yang sedikit dalam masa yang sukar seperti sekarang. Rakan-rakan mereka pada zaman ini, telah mendapat pencen yang lebih munasabah untuk menjalani kehidupan mereka. Kesukaran yang dialami oleh warga emas ini tidak diberi perhatian. Sumbangan mereka tidak pernah diiktiraf.

Tetapi, kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah memberi RM100 sekali setahun untuk tiga tahun yang lalu bagi merakamkan penghargaan kepada warga emas ini. Diakui, ini bukanlah amaun yang banyak tetapi penghargaan ini benar-benar menyentuh perasaan mereka. Dengan akses kepada sumber-sumber yang lebih banyak buat BN, mereka berkeadaan jauh lebih baik untuk melakukan lebih banyak lagi untuk membantu mereka yang malang. Tetapi mengapa, wahai Tun, adakah kerajaan BN tidak ingin berbuat demikian? Mereka boleh membuktikan kemuliaan hati dengan dengan memberikan mereka nikmat sedikit kekayaan negara. Tetapi mereka tidak berbuat apa-apa!

Rasuah telah menjadi begitu berleluasa yang banyak kekayaan kita telah hilang atau dirompak sehingga menjejaskan negara. Kontrak yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni dengan kos yang melambung telah menyusutkan kekayaan negara. Perjanjian tol lebuh raya, penyelesaian luar mahkamah syarikat penerbangan nasional Tajuddin dan Malaysia, penjaminan Bank Rakyat dan Bank Bumiputra, kemelut forex melulu di UK, Maminco yang membeli timah dengan tidak munasabah, adalah beberapa kes yang telah mengakibatkan kerugian berbilion ringgit yang sebenarnya boleh meringankan nasib golongan miskin. Ini adalah, malangnya, wahai Tun, warisan anda yang membawa kepada kesengsaraan dahsyat bagi mereka yang merempat dan tidak berdaya.

Meningkatkan semangat rakyat

Anda tidak membuka tender untuk projek-projek yang akan menjimatkan berbilion ringgit dan mendapatkan perkhidmatan kontraktor yang berkebolehan dan kepakaran yang terbukti. Ini dapat mengelakkan beberapa senario kontraktor melarikan diri tanpa menyiapkan projek-projek mereka dan memastikan bangunan tidak akan runtuh kerana buatan tidak berkualiti dan bahan-bahan yang bermutu rendah. Episod berulang kontraktor menipu dan projek-projek terbengkalai tidak kelihatan mengganggu hati nurani orang-orang yang bertanggungjawab. Ia adalah urusan biasa dan berbilion-bilion ringgit sering disia-siakan tanpa peduli kepada sesiapa pun.

Sebaliknya, di negeri-negeri Pakatan kami mengadakan tender terbuka dan kontraktor kelas F sangat gembira dan berpuas dengan keadaan ini. Menurut para kontraktor, di bawah kerajaan BN sebelumnya, seseorang perlu hubungan dengan orang dalam untuk mendapatkan kontrak dan terpaksa memberi dorongan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya. Jika tidak, adalah mustahil untuk mendapat kontrak. Tetapi sekarang, dengan adanya tender terbuka, yang berhak dianugerahkan kontrak dan mereka telah menyiapkan projek tepat pada masanya. Bukankah ini sesuatu perkara yang baik, wahai Tun?

Pekerja Malaysia telah berjuang selama bertahun-tahun untuk dasar gaji minimum. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah memperjuangkan isu ini selama beberapa dekad. Tetapi ia telah ditentang sekeras-kerasnya oleh Persekutuan Majikan Malaysia, yang mahu mengaut keuntungan besar dari titik peluh pekerja. Kerajaan Malaysia pula tidak mempunyai kemahuan politik untuk melaksanakan dasar gaji minimum. Oleh itu, kita kehilangan pekerja mahir tempatan dan para buruh yang meninggalkan negara untuk bekerja di tempat lain. Namun, eksploitasi itu berterusan sehingga hari ini dengan penggajian pekerja asing.

Bukankah tindakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang melaksanakan dasar gaji minima bagi semua kakitangan dalam GLC dari Januari tahun ini perlu dipuji? Mereka dibayar gaji minimum RM1 500. Bukankah pekerja berhak menikmati hasil titik peluh mereka wahai Tun?

Para petani di kampung-kampung baru Perak yang telah membajak tanah dan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan untuk negara semenjak beberapa generasi dan sering dieksploitasi dan dibiarkan dalam keadaan yang tidak menentu kerana mereka tidak memiliki tanah. Setiap pilihan raya ini menjadi dilema bagi para petani. Sama ada TOL mereka akan dilanjutkan atau dibatalkan adalah satu pengalaman yang membimbangkan bagi merka. Dan apabila BN memenangi pilihan raya di Perak, TOL petani akan diperbaharui. Mesej ini adalah sangat jelas. Mengundi untuk BN atau TOL anda tidak akan diperbaharui. Mereka perlu berhutang budi kepada BN untuk melanjutkan TOL mereka.

Kerajaan Pakatan Rakyat memberikan mereka hak milik tanah dan maruah mereka dan membebaskan mereka dari kebimbangan yang tidak perlu. Rasionalnya adalah petani ini telah mengusahakan tanah untuk beberapa generasi dan telah berkhidmat dengan negara dengan hasil mereka dan mereka berhak miliki tanah. Bukankah ini sesuatu yang bagus yang berhak untuk diberi ucapan tahniah, wahai Tun?

Setiap pengundi yang meninggal dunia di Pulau Pinang dan Selangor diberi RM1, 000 dan RM2, 500 masing-masing untuk perbelanjaan pengebumian. Bantuan ini amatlah dihargai, terutama oleh golongan miskin. Buat pertama kali pengundi menerima sesuatu yang sangat spesifik dan besar apabila berlaku kematian. Ini tidak pernah berlaku di bawah pemerintahan BN. Mereka merasuah yang hidup untuk undi mereka dan melupakan mereka apabila mereka mati. Di bawah pemerintahan Pakatan mereka menjaga dari hidup sehingga mereka mati! Bukankah mereka layak diberi tepukan dibelakang mereka, wahai Tun?

Sikap ambil berat ini memberi kesan yang mendalam kepada rakyat. Sekiranya diberi lebih banyak masa, lebih banyak dasar yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat diusahakan dan ini akan menyebabkan ia sukar bagi BN untuk menawan kawasan ini semula di masa hadapan. Adakah ini membimbangkan anda, Tun? Adakah ini maksudnya apabila anda memberi amaran kepada BN, "Jika kita membiarkan keadaan merosot, ia akan menjadi sukar untuk diperbaiki?"

Anda membuat ramalan bagi kejatuhan BN. Anda telah menyedari bahawa ia akan menjadi sukar untuk menarik semula apa yang telah Pakatan lakukan. Sebagai perbandingan, BN akan dikutuk kerana mengabaikan majoriti rakyat Malaysia yang layak yang miskin. Anda telah menyaksikan apa yang berlaku dan anda sememangnya perlu rasa takut wahai Tun!

P Ramakrishnan merupakan presiden Aliran

Shafie Apdal Terus Membisu, Zahida Pula Jawab Di Twitter

Posted: 20 Apr 2012 11:15 PM PDT

KELAB GREENBOC


 
Skandal Seks, Kenapa Shafie Membisu?

Sehingga hari ini setelah pendedahan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dan Zahida Rafik masuk hari ketiga, nampaknya menteri berkenaan mengambil sikap untuk berdiam diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.

Ada kemungkinan Shafie membiarkan Zahida menjawabnya sendirian untuk mengelakkan rumahtangganya menjadi kecoh dan kerjaya politiknya berkubur.

Terdahulu, pemandu peribadi Zahida iaitu Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

"Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk."

"Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang."

"Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida."

Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

"Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik," katanya.

Zuraidah juga turut mendedahkan, Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Persoalan Zuraida, bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu?

"Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida," katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. Kini dilanda lagi bukan sekadar gossip tetapi laporan polis turut dibuat sebagai balasan laporan Zahida Rafik yang menuduh pemandu peribadinya melarikan wang RM200,000.

Zahida Rafik pernah menafikan gossip yang menyatakan beliau dibela seorang VVIP.

"Bagi saya apabila gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan. Saya bukan perempuan simpanan. Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama, ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin."

JAWAPAN ZAHIDA TERHADAP SKANDAL SEKS DENGAN SHAFIE

Ekoran pendedahan kisah peribadi aktres seksi, Zahida Rafik tentang hubungannya bersama seorang VVIP, banyak komen yang diterima Zahida menerusi akaun Twitternya. Berikut antara komen balas Zahida yang seolah-olah marah dengan tindakan sesetengah pihak yang menghentamnya.



- bulanpurnama89


Senarai harta kekayaan Zahida (baby girl Shafie Apdal)

1. Mempunyai sebuah banglo bernilai RM2.7 juta
2. Mempunyai tiga jenis kereta mewah termasuk porsche, harrier dan BMW 6 series.
3. Menerima RM100 000 hingga RM200 000 setiap kali menemui menteri berkenaan.
4. Memiliki pemandu peribadi untuk membawanya ke mana-mana saja
5. Menerima wang tunai RM1.5 juta dalam tempoh 4 bulan daripada menteri berkenaan.
- kafesantai



TERKINI

Bayaran RM1.5 juta: Zahida Rafik ancam tindakan mahkamah

Pelakon wanita terkenal Zahida Rafik mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menerima wang RM1.5 juta daripada menteri Umno yang didakwa mempunyai "hubungan intim" dengannya.

Menjawab soalan peminat di Twitter, Zahida menafikan dakwaan itu dan berkata peguamnya sedang meneliti kes itu.

"Saya tidak lakukan apa-apa berkenaan perkaran itu. Peguam saya sedang menyelesaikan perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK!

"Tunggu saja berita baik,OK!" katanya dalam laman blog mikro itu.

PKR kelmarin mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
-mk





Ini keluarga sebenar Shafie Apdal


Mohd Shafie Apdal bersama isteri Shuryani Shuaib dan anak Sabrina Mohd Shafie, 22, (kanan) selepas melancarkan koleksi dua buah buku puisi "Reflections Of Life" dan "Dirimu Diriku". -Foto BERNAMA



Proud parents: Mohd Shafie and Shuryani congratulating their daughter on her graduation during the convocation at Shah Alam. — Bernama



Ulasan GB

Bagus juga jika Zahida rafik bawa kes ini ke mahkamah. Lebih banyak yang terdedah dan terbongkar.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu ditegakkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Beranikah Najib Turun Ke Dataran Merdeka

Posted: 20 Apr 2012 11:05 PM PDT

MSO


Selepas perkhemahan pelajar memprotes PTPTN di Dataran Merdeka diserang oleh samseng tahi minyak upahan, Ketua Pembangkang yang bakal menjadi PM Anwar Ibrahim turun ke dataran itu untuk melihat perkhemahan itu dan memberi semangat dan sokongan.


Ha Najib Razak
Setelah empat malam pelajar bermukim di situ Anwar baru turun menjenguk bersama timbalan presdien PKR Mohamed Azmin Ali. Kehadiran Anwar menberi suntikan semangat baru kepada kumpulan aktivis pelajar itu. Khabarnya malam tadi lebih 1,000 orang mengunjungi perkhemahan sambil memberi pelbagai sokongan dan bantuan berupakan makanan dan sebagainya.

Sebelum ini tidak beberapa ramai pemimpin PKR turun memberi sokongan. Begitu juga di pihak Pas beberapa pemimpin kecil atau pemimpin budak mereka ikut sama turun ke dataran merdeka. Pemimpin besar sekali belum turun. Bagaimana pun tidak jelas apakah ada pemimpin DAP ikut sama turun dan memberi kata-kata semangat.

Mungkin DAP berhati-hati untuk turun secara nyata bimbang takut dikaitkan dengan perkauman kerana jumlah pelajar berbangsa Cina ramai mengambil bahagian dalam perkhemahan protes itu. Dan kalau pun pemimpin politik Pakatan Rakyat tidak menonjol dengan protes itu tidak menjadi kesalahan, kerana apa yang berlaku itu adalah atas inisiatif para pelajar itu sendiri. Mereka menutut hak atau memperjuangkan isu yang ada kaitan dengan golongan mereka.

Bagaimana pun aktiviti mereka ada kaitan dengan Pakatan Rakyat tidak boleh dinafikan. Pemansuhan PTPTN untuk meringankan bebanan pelajar dan ibubapa yang miskin dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat. Mereka (pelajar) hanya menyambung dan terus membangkitkan isu itu saja. Sekiranya isu itu tidak relevan dengan mereka, mereka tidak 'ngo' (tolol dan bengong) untuk melakukan protes itu sampai ada yang tercedera.

Sebenarnya isu PTPTN bukan hak mana-mana pihak. Bukan hak Pakatan Rakyat, bukan hak Pas atau PKR ataupun DAP. Tetapi hak semua. Ia juga merupakan isu atau perkara yang perlu difikirkan oleh UBN. Tidak timbul di sini kalau Pakatan Rakyat hendak berniaga dengan isu itu. Kerana UBN juga boleh pertahankan mengenai kemunasabahan isu-isu berkenaan dan sekaligus menjadikan modal untuk menang pilihan raya.

Makanya apabila mahasiswa itu diserang oleh samseng tahi minyak upahan, Umno perlu ikut memberi perhatian kepada perkhemahan itu. Umno juga berhak untuk bertanya khabar mengenai apa yang berlaku. Dalam apa juga keadaan para pelajar berkenaan adalah warganegara ini yang menjadi tanggungjawab kerajaan memelihara keselamatan dan kedaulatannya sebagai warga sebuah negara.

Tidak menjadi dosa kalau pemimpin Umno menziarhi mereka. Lagipun serangan itu bukan ada kaitan dengan Umno. Sebelum ini Umno menafikan yang samseng itu bukan mereka yang upah. Ketua Pemuda tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin pun menafikan yang samseng itu adalah samseng tahi minyak Umno.

Kalau benar begitu, disebabkan isu PTPTN adalah isu rakyat di mana parti politik memperjuangkan isu-isu rakyat, wajar kalau pemimpin UBN ikut sama melawat perkhemahan itu. Mungkin kedatangan mereka bukan niat menggalakkan protes itu diteruskan tetapi atas rasa tanggungjawab pemimpin mereka kena prihatin kepada apa dialami pelajar berkenaan.

Pemimpin-pemimpin seperti Mohd Najib Razak, Ahamd Maslan, Shafei Afdal, Khalid Nordin atau Udin anak Yassin hendaklah berjumpa dengan mereka. Bersantai dengan mereka di Dataran Merdeka. Mereka perlu meluangkan masa berjumpa dari hati ke hati bertanya khabar apakah masalah mereka. Dalam pada itu cuba jelaskan secara rasional kenapa PTPTN perlu diteruskan dan menjelaskan secara jujur dan ikhlas ia tidak sesuatu membebankan.

Saya rasa kalau Najib turun (asal jangan bawah Rosmah sama takut kena boo), keadaan jadi lain sedikit. Para pelajar itu akan tenang dan merasa lega. Mereka rasa dipedulikan kerana seorang PM turun berjumpa dengan mereka. Kalaupun mereka tidak akan membatalkan protes itu tetapi setidak-tidaknya mereka dapat merasakan bahawa Najib adalah pemimpin yang benar-benar mendahului rakyat.

Najib kena ingat dan tidak boleh pandang remeh dengan apa dilakukan oleh pelajar berkenaan. Sesuatu protes yang besar yang akhirnya boleh meruntuhkan kerajaan atau sesebuah ampayer bermula dari perkara kecil. Misalnya demonstrasi dan kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir ia bermula dari satu titik yang kecil saja.

Kebangkitan rakyat di Tunisia sehingga menjatuhkan diktator Ben Ali bermula kerana tindakan bernai seorang pelajar bernama Muhammad Bouazizi yang membakar dirinya kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan tempatan yang melarangnya menjual sayur. Bermula dari itulah aksi pelajar itu mendapat perhatian dan simpati rakyat yang kemudian bangkit 'membakar' seluruh Tunisia yang akhirnya membakar singgahsana kekuasaan Ben Ali.

Demikian juga apa yang berlaku di Mesir. Berdekad Husni Mubarak gagah berkuasa di atas singgahsananya tidak ada siapa berani mencabarnya. Tetapi apabila sekali rakyat hilang sabar dan bangkit melawannya, akhirnya diktator Husni Mubatak terpaksa mengaku kalah.

Demikian juga apa yang berlaku ke atas diktator Muhammar Ghadafi. Semua dunia kenal akan kekuatan dan kehebatan Muhammar Ghadafi. Tetapi apa jadi ke atas maharaja ini akhirnya. Dengan kebencian rakyat akhirnya dia juga berkubur sama seperti para diktator lain.

Pemimpin UBN hari ini mungkin belum sampai ke peringkat diktator atau kuku besi. Namun ciri-ciri itu sudah semakin jelas kelihatan. Nada dan kesombongan mereka jelas. Watak dan perangai mereka juga nyata. Misalnya kata-kata Ahmad Maslan terhadap pelajar itu berbunyi; siapa suruh mereka tidur di padang orang tidur di rumah, adalah kata-kata sombong dan bongkok sedikitpun tidak melahirkan rasa simpati. Itu adalah ciri-ciri diktator.

Demikian juga kata-kata seorang lagi pemimpin Johor Khalid Nordin, yang mengatakan sekiranya PTPTN hendak dimansuhkan sila pulangkan wang pinjaman itu. Kata-kata sebegitu tidak seharusnya keluar dari mulut pemimpin yang seharusnya penuh berdiplomasi dan berhemah dengan rakyat apa lagi remaja.

Rasanya kemarahan mahasiswa dan orang ramai kepada serangan samseng tahi minyak itu masih boleh dibendung lagi dengan syarat Najib Razak turun sendiri ke dataran merdeka untuk berjabat salam dengan mahasiswa. Sekiranya Najib juga elergik untuk berbuat begitu, saya cukup bimbang golongan mahasiswa akan melebelkan Najib sebagai pemimpin yang tidak ada diplomasi dan tak mesra alam dengan golongan mereka. Natijah dari kedigilan itu Najib tunggulah apa akibatnya nanti.

SPR SIBUK PASAL BENDERA BUAT APA ? BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH ITU DAHULU

Posted: 20 Apr 2012 10:52 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
DISAAT rakyat kecuh membincangkan soal Daftar Pemilih yang kotor, curang dan menjijikkan, SPR lebih suka bercakap pasal bendera parti.  Lebih memalukan, apabila bendera parti Umno/Bn dikibarkan di Stesyen Komuter sekitar Selangor, SPR mengulas dengan panjang lebar betapa SPR sekali lagi `tiada kuasa'.  Almaklumlah, yang berkibar itu bendera Umno/Bn maka tiadalah kuasa SPR.   
Pengerusi SPR menyatakan, " Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemasangan bendera BN di stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dibantah oleh PAS dan kumpulan NGO."  (Malaysiakini).  Kuasa yang ada pada SPR adalah memindahkan pengundi ke satu-satu kawasan sesuka hati walaupun tanpa persetujuan dan pengetahuan pengundi itu sendiri.  Kuasa SPR juga adalah menerima dan merekodkan nama pengundi yang pelik-pelik seperti nama "Balai Polis Kerinci", "Kampong Baru" bahkan nama yang tidak ada bin pun SPR punyai kuasa mengekalkannya.  SPR juga ada kuasa mengekalkan satu alamat dengan ratusan pengundi berbilang kaum.  Yang itu, SPR ada kuasa.

Mengapa teruk sangat Sistem Pilihanraya di negara kita?  Jawapannya mudah, ianya adalah kerana kita memiliki pegawai SPR yang teruk juga.  SPR nampaknya begitu teruja untuk melihat negara ini terus dipimpin oleh pemimpin yang pejam ata dengan isu lembu kondo (NFC), isu PKFZ, isu komisyen kapal selam, isu rasuah, penyelewengan balak dan banyak lagi yang mana rakyat sudah naik meluat dengan Umno/Bn sekarang ini.  Namun, SPR tidak merasa apa-apa. 

Justeru itu, jawapannya adalah BERSIH 3.0.  Kita tiada pilihan kerana negara kita masih gagal memiliki pegawai SPR yang jujur, telus dan amanah./wfauzdin.blogspot.com

Shahrizat: Tanding PRU atau tidak masih ‘rahsia’

Posted: 20 Apr 2012 10:47 PM PDT

SINAR HARIAN

Shahrizat
KOTA BHARU - Wanita Umno sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan hanya menunggu semboyan dibunyikan bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di seluruh negara.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata peranan Wanita Umno dalam menghadapi pilihan raya umum, yang dianggap getir dalam sejarah itu, adalah sangat besar dan sebab itu persediaan menghadapinya dilakukan dengan sebaik mungkin.

"Adalah sedikit sebanyak (yang perlu dilengkapkan) tetapi Wanita Umno sudah bersedia untuk menunggu semboyan dibunyikan.

"Kita sudah bertemu dengan semua Wanita di setiap wilayah seluruh negara dan persiapan kini di tahap yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas menziarah keluarga Faridah Ku Salleh, 47, yang kematian suami dalam satu kebakaran baru-baru ini di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Shahrizat berkata pergerakan itu sudah pun menghantar senarai nama calon bagi menghadapi pilihan raya umum itu.

"Kira-kira 30 peratus yang akan bertanding pada pilihan raya umum bakal mewakili Wanita dan kita akan melakukan gerak kerja yang terbaik dengan calon yang terbaik bagi memenangkan BN. Ini yang utama," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan terus bertanding pada pilihan raya umum itu nanti, Shahrizat bagaimanapun terus berteka-teki dan berkata perkara itu adalah rahsia antaranya dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Itu rahsia saya dengan PM (Perdana Menteri)," katanya.

Sementara itu, Faridah mengucapkan terima kasih kepada Shahrizat yang melawat dan menyumbang RM7,000 kepadanya.

Suaminya Wan Masri Wan Mahmood meninggal dunia dalam satu kebakaran ketika merebus kacang di warung bersebelahan rumah mereka pada 6 April lepas.

Faridah berkata wang itu akan digunakan untuk perbelanjaan persekolahan lima daripada enam anaknya.
Turut hadir Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim, Ketua Wanita Umno Kelantan Datin Rahimah Abdullah dan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa Datuk Dali Hussin. – Bernama

Umno: Sukar di Rasah, mudah di Telok Kemang

Posted: 20 Apr 2012 10:39 PM PDT

 
Kata AJK bahagian, Shukor Jeemuan, "ia lebih sukar kerana pengundi muda langsung tidak mahu mendekati Umno."




PETALING JAYA: Umno Parlimen Rasah di Negeri Sembilan menghadapi masalah dalam  pilihan raya umum ke 13 kerana sikap pengundi Melayu termasuk ahli dan penyokong Umno tidak mahu menyokong BN.

Kata AJK bahagian, Shukor Jeemuan, "ia lebih sukar kerana pengundi muda langsung tidak mahu mendekati Umno."

"Saya boleh kata, 100 peratus pegawai kerajaan yang bekerja di KLIA tetapi mengundi di Parlimen Rasah tidak menyokong Umno.

"Manakala pengundi muda pula apa yang kerajaan BN buat sekarang cuma buang masa, mereka mahu Pakatan Rakyat memerintah.

"Hanya mereka yang berumur 40 tahun ke atas yang menyokong BN (Umno)," katanya yang juga ketua Umno Kampung Jiam.

Bagaimanapun, tambah Shukor, BN boleh merampas semula kerusi Parlimen Rasah dari DAP jika penyokong BN bersatu.

`Bencana berakhir'

Katanya, apa yang berlaku sekarang ialah orang Cina tidak mahu menyokong calon Melayu BN, walaupun mereka boleh menerima calon bukan Melayu.

Parlimen Rasah dimenangi Anthony Loke, ketua Pemuda DAP selepas mengalahkan calon BN Datuk Dr Yeow Chai Thiam.

Dalam tinjauan di Parlimen Telok Kemang yang kini diwakili PKR, Umno menyatakan parti itu akan merampas semula kerusi berkenaan dalam PRU 13.

"Bencana 2008 akan berakhir," kata seorang AJK yang tidak mahu nama disiarkan.

Pada 2008, Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas mengalahkan calon BN, Datuk S. Sothinathan dengan majoriti 2, 800 undi.

Menurut satu sumber, Tan Sri Isa Samad berkemungkinan besar akan dicalonkan bertanding di Parlimen tersebut dalam pilihan raya umum 13

Aktivis Bersih ditangkap di Pulau Pinang

Posted: 20 Apr 2012 10:29 PM PDT

Oleh: Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : Tan Hong Kai menjadi individu pertama ditahan berkaitan aktiviti anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) versi 3.0 apabila mahasiswa itu ditahan di Universiti Sains Malaysia (USM) pagi tadi.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Marian Chin Abdullah berkata, tangkapan itu berlaku ketika mahasiswa itu sedang menampal poster Bersih di USM.

"Anak muda ini didakwa menceroboh USM untuk menampal poster Bersih 3.0 dan beliau ditahan di balai polis Sungai Nibong, Pulau Pinang kira-kira 4 pagi tadi untuk diambil keterangan," katanya dalam kiriman sistem pesanan ringkas.

Maria turut mengecam tindakan itu kerana kerajaan sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa aktiviti Bersih tidak menjejaskan keselamatan negara.

"Kami akan terus memantau rapat perkara seumpama ini," katanya lagi selepas sidang media Bersih 3.0 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor hari ini.

Perkara itu turut dinyatakan dalam facebook Bersih dan turut dikongsi pengguna internet.

Bersih pacak bendera di Gunung Everest

Posted: 20 Apr 2012 10:29 PM PDT

Oleh: Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : Sekumpulan individu yang menyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 akan memacak bendera Bersih dan beberapa plakad di Gunung Everest, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah.

Beliau bagaimanapun enggan memberi jumlah yang mendaki gunung untuk mempacak bendera Bersih kerana maklumat lanjut akan hanya diumum pada 28 April ini di Dataran Merdeka.

"Sekumpulan individu ini sudah pujn bergerak sejak 16 April lalu dan mereka ke sana kerana tidak dapat menyertai himpunan Bersih pada 28 April ini.

"Tindakan ini sebagai tanda sokongan mereka kepada himpunan Bersih 3.0 dan menunjukan kepada dunia bahawa sistem pilihan raya di Malaysia tidak bersih," katanya ditemui Suara Keadilan selepas sidang media hari ini.

Bersih 3.0 dengan slogan 'Duduk, Bantah' akan mengadakan himpunan di Dataran Merdeka 28 April ini sebagai membantah sistem pilihanraya yang kotor di negara ini.

Maria juga menggesa rakyat mendapatkan maklumat mengenai Bersih dari semasa ke semasa melalui laman rasmi facebook pertubuhan itu di https://www.facebook.com/GlobalBersih3.

Himpunan Pra Bersih 3.0 di Dataran Shah Alam hari ini

Posted: 20 Apr 2012 10:23 PM PDT

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM : Satu himpunan bertemakan 'Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah' akan diadakan hari ini di Dataran Shah Alam pada jam 3 petang oleh NGO Prorakyat Selangor.

Presidennya, Khairul Anuar Othman dalam satu kenyataan berkata, himpunan itu merupakan acara 'pemanas badan' bagi menaikkan semangat rakyat menjelang himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, 28 April nanti.
"Prorakyat juga akan turut serta untuk bersama-sama berada di Dataran Merdeka pada 28 April sebagai menyatakan sokongan terhadap pilihan raya bersih dan adil.
"Kita melihat sistem pilihanraya di Malaysia ini perlu direformasikan. Terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam SPR," tegasnya.
"Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menambahbaik sistem pilihan raya gagal meyakinkan rakyat. Tiada penyelesaian kukuh bagaimana daftar pengundi yang meragukan boleh dibersihkan," kata Khairul.
Sementara itu, Setiausaha Prorakyat Selangor, Mohd Naquib Carmeil Roseli menegaskan himpunan yang dianggap sebagai pra Bersih 3.0 itu, tidak memerlukan sebarang permit.
"Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan membenarkan setiap warganegara berhimpun secara aman.
"Matlamat utama himpunan ini adalah untuk menunjukkan sokongan rakyat untuk melihat sebuah pilihanraya yang bersih dan adil tertegak di negara kita yang tercinta," katanya

'Occupy Dataran' terus berkhemah, SMM rehat sementara

Posted: 20 Apr 2012 10:20 PM PDT

Mohd Zulfadli Sharifudin

'Occupy Dataran' terus berkhemah, SMM rehat sementara
KUALA LUMPUR - Sementara berlangsungnya raptai penuh Konsert Diraja malam tadi, aktivis 'Occupy Dataran' terus berkhemah di Dataran Merdeka - buat hari ketujuh sejak mahasiswa mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Aktivis 'Occupy Dataran' terus 'duduk' di lokasi bersejarah itu atas alasan mahu memperjuangkan Dataran Merdeka sebagai ruang terbuka dan hak rakyat untuk berbincang dan berdemokrasi.

Mereka mendirikan enam lagi khemah dan tiga khemah untuk menyimpan barang-barang.

Pihak berkenaan mengadakan kelas agama yang disampaikan oleh  Ustaz Wan Ji pada jam 10 malam tadi.

Sidang rakyat bersama peserta-peserta diteruskan seperti biasa setiap malam selepas kuliah.

"Kami menghormati Konsert Diraja Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung pada esok malam (hari ini). Tetapi kami tetap berhimpun di sini seperti biasa.

"Kami tidak mengganggu ketenteraman awam. Kami mengadakan kuliah dan sidang rakyat setiap malam secara percuma," ujar aktivis sosial 'Occupy Dataran', Fahmi Reza.

Persembahan kesenian 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' di Dataran Merdeka berlangsungb malam esok.

Sementara itu, seorang lagi aktivis, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Malaysia Bangkit berkenaan isu memprotes PTPTN telah beredar sejak petang semalam demi menghormati Konsert Diraja Yang di-Pertuan Agong.

Mereka akan kembali berkhemah esok.

"Sudah masuk tujuh hari kami berhimpun di sini. (Dataran Merdeka), berdemonstrasi mengenai PTPTN secara aman tanpa mengganggu ketenteraman awam.

Diarahkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan khemah sudah berkali-kali tetapi kami tetap setia di sini.

"Kami diserang sekumpulan samseng kira-kira 50 orang pada hari kelima merupakan detik hitam yang tidak boleh dilupakan.

"Saya harap pihak polis dapat ambil tindakan pada samseng-samseng itu.

"Kami masih memprotes berkenaan isu pemansuhan PTPTN dan menuntut pendidikan percuma. Kami masih menunggu respons daripada kerajaan. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mempunyai satu matlamat iaitu memperjuangkan nasib mahasiswa di Malaysia," kata Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini kepada wartawan Sinar Harian Online.

Katanya, "kami akan terus menunggu sehingga 28 April ini (pada hari Bersih 3.0 mengadakan perhimpunan)."

Apabila ditanya sama ada isu mahasiswa ini melibatkan politik beliau menjawab, "kami tidak melibatkan isu ini (PTPTN) dengan politik."

"Ramai yang beranggapan kami melibatkan politik. Sebenarnya tidak. Kami sebagai mahasiswa memperjuangkan protes PTPTN  ini bersama.

"Memang ramai pemimpin pembangkang yang datang melawat kami dan memberi sumbangan. Kami tidak kisah, sesiapa sahaja yang menyokong usaha kami, tidak kira pihak kerajaan atau pembangkang.

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberi sumbangan berupa makanan, minuman, khemah dan tikar.

Juga penceramah, pensyarah dan ahli politik yang sudi hadir menjayakan kuliah dan menurunkan tanda tangan pada kain rentang kami tanda sokongan 'Universiti Dataran Merdeka' secara percuma di sini," katanya.

PTPTN perlu guna konsep Islam, kata Hadi

Posted: 20 Apr 2012 10:16 PM PDT

RAHAYU MUSTAFA

hadi awang
KUALA TERENGGANU – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh dihapuskan begitu sahaja tetapi perlu melalui proses tertentu yang adil dan tidak membebankan sesiapa, kata pemimpin Pakatan Rakyat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, konsep Islam menyarankan golongan berada mengambil tanggungjawab untuk membantu golongan miskin.

"Bagi kepada kita (tadbir) kita tahulah nak buat macam mana. Konsep Islam, orang berada mengambil tanggungjawab, orang miskin tidak akan dibebankan, itu akan berlaku," katanya.

Kata beliau, teori masyarakat Ibnu Khaldum mengatakan pendidikan adalah industri, industri menghasilkan produktiviti, pendidikan juga menghasilkan manusia yang hasilkan produktiviti.

"Oleh itu PTPTN tidak boleh dihapuskan begitu saja, kena ada proses. Proses adil dan tidak membebankan orang miskin tapi orang berada mesti pikul tanggungjawab," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas taklimat pembinaan Dewan Tok Guru di Rusila, Marang, semalam.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan sekarang tidak mampu mengurus dengan baik dan ia dibuktikan banyak wang negara bocor akibat masalah rasuah dan penyelewengan.

Katanya, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) berbohong kepada rakyat apabila menyatakan negara akan jatuh bankrap sekiranya dana pendidikan itu dihapuskan.

"Pendidikan percuma itu konsep negara berkebajikan yang Pas kemukakan. Masalah dana perlu ditangani dengan bijak, kita nak laksanakan konsep (negara berkebajikan) tapi terpaksa memikul bebanan kesalahan BN.

"Bankrap itu tidak betul, bohong, ia disebabkan salah urus. Banyak negara seperti Britain, Sweeden, Norway dan Jerman beri pendidikan percuma. Apa yang berlaku adalah kerana duit negara bocor sebab rasuah, penyelewengan," katanya.

Mengulas mengenai perhimpunan sekumpulan mahasiswa di Dataran Merdeka sejak seminggu lalu beliau menafikan dakwaan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) dalang di sebalik desakan supaya kerajaan memansuhkan PTPTN.

Kata beliau, dakwaan bahawa pembangkang mempergunakan pelajar demi mencapai kepentingan sendiri adalah satu tuduhan tidak munasabah kerana golongan itu bukan mudah untuk ditipu.

"Pelajar ni orang berpelajaran, berpendidikan tinggi oleh itu tidak mungkin mereka boleh dipergunakan dengan sebegitu mudah," katanya.

Menurut Abdul Hadi, pelajar di negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan ia menjadi salah satu punca berlakunya perhimpunan seumpama itu di Dataran Merdeka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang itu berkata, akta tersebut tidak lagi relevan untuk digunapakai dan terpulang kepada kumpulan mahasiswa terbabit sama ada terus berkhemah atau menamatkannya, dengan syarat keamanan dan keselamatan terjaga.

Impian Najib mahu eranya 'paling telus'

Posted: 20 Apr 2012 10:14 PM PDT

SINAR HARIAN

najib
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hasrat beliau untuk menceburi bidang politik sebahagiannya  didorong oleh kepercayaan terhadap potensi Malaysia yang banyak dan keyakinan penuh bahawa beliau boleh membantu negara merealisasikan potensi itu dan menjadi sebuah negara maju.

Dalam jawapan kepada soalan yang diutarakan oleh International Investor, sebuah kumpulan penyelidikan dan perunding bebas, mengenai sama ada beliau menjangkakan untuk menjawat jawatan Perdana Menteri selepas dipilih ke jawatan politik ketika berusia lewat 20-an, Najib menjawab:

"Mungkin bunyinya agak terlalu berani untuk mengatakan yang saya menjangkakan untuk menjadi PM, sebab perkara ini sudah tentulah bergantung kepada kehendak ramai orang iaitu sesuatu yang saya sekali-kali tidak akan ambil mudah.

"Bagaimanapun, apa yang saya boleh katakan dengan pasti adalah saya mempunyai cita-cita dan hasrat untuk memimpin ketika saya menceburi bidang politik."

Dalam satu wawancara khas yang disiarkan oleh International Investor dalam "Malaysia 2012 Who's Who" yang baru sahaja diterbitkan, Najib berkata sebahagiannya, yang didorong ketika beliau meningkat dewasa dan "melihat ayahanda saya membawa perubahan yang sebenar, menjangkau jauh bagi Malaysia dan rakyatnya."

Beliau menambah,"saya rasa kebanyakan anak muda mengagumi kerja bapa mereka dan dalam cara tertentu, apabila bapa anda melakukan sesuatu yang memberi kesan yang sangat positif kepada kehidupan rakyat, saya rasa agak sedikit ganjil jika saya tidak mahu mengikuti jejak langkahnya!"

Ketika diminta mengulas kenyataannya tidak lama dahulu bahawa apa yang bersesuaian kepada negara di masa lepas mungkin tidak semestinya sesuai di masa depan, beliau berkata, seperti semua rakyat Malaysia, beliau berbangga dengan sejarah negara.

"Namun daripada menoleh ke belakang, saya tegas memberi tumpuan terhadap membina masa depan kita. Saya tidak akan dapat melakukannya dengan paling berkesan melainkan saya menilai situasi semasa dan membuat pilihan yang saya percaya adalah yang terbaik untuk kita sekarang dan beberapa bulan serta tahun yang mendatang."

Beliau kemudian menjelaskan sebab beliau mengambil keputusan untuk memperkenalkan langkah baru dan radikal untuk melakukan transformsi ekonomi, menyatupadukan negara dan "menjadikan kerajaan ini yang paling telus dalam sejarah Malaysia."

Di samping transformasi ekonomi dan kerajaan, Najib berkata beliau memutuskan untuk melakukan perubahan besar seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam
Negeri dan selanjutnya merobah negara ke arah menjadi sebuah demokrasi yang matang serta progresif.

"Perkara ini berada di kedudukan teratas dalam reformasi besar yang lain seperti menyemak semula undang-undang penapisan Malaysia, penubuhan suruhanjaya dwipartisan untuk menangani kebimbangan berhubung sistem pilihan raya di negara kita dan penerimaan Akta Perhimpunan Aman -- dan saya akan terus melakukan perubahan yang saya percaya diperlukan oleh Malaysia ketika negara ini terus mara ke hadapan dalam abad ke-21," katanya.

Ketika ditanya apakah yang akan menjadi cabaran utama kepada Malaysia dalam beberapa dekad akan datang, Najib berkata semasa beliau mengambil alih jawatan
Perdana Menteri pada April 2009, dua keutamaan utama beliau adalah pemulihan semula ekonomi dan membina kemakmuran jangka panjang.

Menyaksikan ekonomi Malaysia berkembang sejak dua tahun lepas di sebalik persekitaran global yang sukar, beliau berkata: "Jika tempoh itu ada memberi pengajaran kepada kita, pengajaran itu adalah negara di dunia tidak lagi boleh memencilkan diri dan mesti bekerja bersama-sama dalam era baru global ini."

Selain daripada menangani ketidaktentuan dalam ekonomi global, Najib berkata cabaran besar lain adalah untuk membangunkan sebuah ekonomi yang mapan dan inklusif serta untuk berusaha ke arah menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Sambil menyatakan bahawa tugas itu bukanlah mudah dan banyak halangan akan ada di sepanjang jalan, Najib berkata beliau telah menempatkan beberapa langkah di bawah Dasar Transformasi Negara seperti memodenkan ekonomi, menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam dan memanfaatkan kepelbagaian Malaysia.

"Jika kita berjaya -- kita bukan hanya menambah baik tahap kehidupan semua rakyat Malaysia, kita juga akan mentakrifkan semula kedudukan Malaysia di persada dunia."
Ketika ditanya sama ada beliau boleh mempengaruhi sesuatu keadaan memandangkan beliau kini menjadi Perdana Menteri, Najib, yang juga peminat Manchester United FC, berseloroh:

"Saya tidak boleh menahan Manchester United daripada kalah dalam Liga Juara-juara dan dibelasah (6-1 oleh Manchester City) dalam Manchester derby (Oktober lepas), jadi sudah tentulah saya tidak berupaya mempengaruhi keadaan walaupun saya terlalu amat inginkannya!"

Namun begitu, beliau berkata dalam banyak cara ini adalah pejuangan bagi ahli politik sejak sekian lama -- anda mahu supaya dapat melakukan perubahan yang anda yakin adalah terbaik untuk rakyat dan negara tetapi menjadi lumrah bahawa anda akan berdepan rintangan di pihak tertentu."

"Seperti ramai daripada kalangan sebelum saya, saya kadang kala berdepan masalah ini sejak menjadi Perdana Menteri, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menghalang saya daripada berupaya melaksanakan beberapa perubahan yang radikal dalam ruang masa yang amat singkat yang akan membawa perubahan sebenar dan berpanjangan di Malaysia."

Najib berkata beliau percaya perubahan ini sangat penting bagi Malaysia untuk mengorak langkah seterusnya sebagai sebuah negara.

"Sememangnya menjadi hasrat saya bahawa apabila kami mengadakan pilihan raya umum akan datang, rakyat akan turut berpegang bahawa inilah keadaannya dan akan membenarkan saya meneruskan proses reformasi yang saya pasti adalah tepat bagi kita semua," tegas beliau. - Bernama

Skandal menteri: Shafie diberi tempoh seminggu beri penjelasan

Posted: 20 Apr 2012 04:51 PM PDT

Oleh: Mohd Martin Kahar


KUALA LUMPUR : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal mempunyai masa kurang tujuh hari dari sekarang untuk memberi penjelasan mengenai skandal membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan 'hubungan intim' mereka.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya tidak ada penjelasan daripada menteri terbabit, pihaknya akan membawa kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kami sudah bersedia dengan segala bukti untuk mengheret beliau ke SPRM. Pemberi maklumat juga bersedia tampil untuk menjadi saksi. Kami akan dedahkan perkara ini secara berperingkat-perongkat.

Sekarang ini kami tunggu penjelasan daripada beliau (Shafie Apdal)," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily hari ini.

18 April lalu, Ahli Parlimen Ampang itu mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada pelakon terkenal Zahida Rafik dalam tempoh empat bulan.

Transaksi itu berlaku pada bulan Oktober 2011  iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011  (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)

Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Dalam pada itu, Zuraida sekali lagi menegaskan tidak mahu masuk campur mengenai hubungan intim mereka tetapi mahu menteri berkenaan tampil memberi penjelasan daripada manakah sumber kewangan untuk 'membiayai' seorang artis terkenal.

"Sebagai menteri beliau harus bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida," katanya.

Untuk berita lanjut sila klik http://www.keadilandaily.com/pemandu-zahida-rafik-dedah-skandal-menteri-dalam-laporan-polis/

Tiada ulasan: