Khamis, 12 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Wajib Baca] Mansuh PTPTN BUKAN Sekadar Beri Yuran Percuma...Sila Baca

Posted: 12 Apr 2012 05:38 AM PDT


Selepas gagal menjawab isu cadangan pemansuhan PTPTN, media dan pemimpin BN mula menjadikan PTPTN isu perkauman dan menimbulkan pelbagai persoalan untuk mengelirukan masyarakat. Antaranya, mereka menyebut, jika kerajaan hanya membayar yuran, bagaimana pelajar akan membayar kos penginapan dan makan minum?

Persoalan yang sengaja ditimbulkan itu dijawab oleh DSAI di bawah ini: 

[KD] SHAH ALAM 12 April: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendidikan percuma yang bakal dilaksana Pakatan Rakyat jika diberi mandat sebagai kerajaan baru merangkumi pemberian kos sara hidup kepada mahasiswa di negara ini.

Beliau menjawab soalan seorang mahasiswa yang bertanyakan perkara itu dalam wacana politik bertajuk "Pendidikan Percuma: Adakah Satu Mimpi?" di Shah Alam malam tadi.

"Kalau setakat beri yuran percuma, itu bukan pendidikan percuma, itu namanya yuran percuma dan apabila saya sebut pendidikan percuma, ia bermakna kos sara hidup turut diberi dan ini merangkumi penginapan percuma.

"Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini bukan isu pokok, isu besar ialah pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti bertemakan 'pendemokrasian akses kepada pendidikan berkualiti' dan bukan setakat membatal PTPTN sebagaimana dimanipulasi Utusan Malaysia dan TV3,
" katanya.

Beliau turut menempelak pemimpin Umno yang mendakwa kononnya mahasiswa Melayu akan terpinggir jika dasar pendidikan percuma dilaksanakan.

"Kita mahu laksana dasar pendidikan percuma difitnah kononnya membankrapkan negara, pemimpin besar yang 'mentekadarah' wang rakyat berbilion ringgit diangkat pula konon perjuang orang Melayu.

"Apabila kita laksana pendidikan percuma ia turut dimanfaatkan bukan setakat Dayak, Kadazan, Iban atau Cina miskin, malah Melayu juga turut mendapat faedahnya," tegasnya.

Pendidikan percuma tanggungjawab Kerajaan Pusat

Mengenai soalan tentang sebab kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat tidak membatalkan PTPTN di institusi pengajian tinggi yang dimiliki negeri itu, beliau menegaskan ianya di bawah kuasa kerajaan persekutuan.

"Kita kena faham pendidikan ini di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan manakala urusan lain seperti air umpamanya di bawah kerajaan negeri dan di Selangor kita sudah laksana pemberian air percuma sejak diberi mandat memerintah pada 2008," katanya yang juga merupakan Penasihat Ekonomi Selangor.

Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Yaakob Sapari, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin, pimpinan mahasiswa dan lebih 1,000 mahasiswa pelbagai kaum.

Anwar turut menasihatkan mahasiswa agar jangan terlalu memikirkan isu PTPTN terlalu terperinci kerana isu utama yang jelas kini ialah Pakatan Rakyat bersedia menawarkan dasar pendidikan percuma.

Berbanding pentadbiran Datuk Seri Najib Razak katanya, yang hanya menakutkan rakyat kononnya Malaysia bakal muflis walhal di bawah kerajaan Umno ratusan bilion wang rakyat dibazirkan samada melalui salah guna kuasa, tiris dan rasuah.


P/s: TERBAIK!




[Video] Ceramah Anwar Ibrahim di Tanjung Malim

Posted: 12 Apr 2012 03:00 AM PDT






[PANAS] Perak & Semenanjung Bakal Dilanda TSUNAMI 2?

Posted: 12 Apr 2012 12:53 AM PDT


[TMI] Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, pihaknya telah disarankan oleh Tengku Razaleigh Hamzah(gambar) untuk bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas ketika pilihan raya umum akan datang.

Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, dalam pertemuan dengan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu di Hotel Syuen di Ipoh pada 1 April lalu, veteran Umno itu menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya bersedia untuk perubahan kuasa di negeri tersebut.

"Terdapat khabar angin Umno Barisan Nasional (BN) mungkin hanya mampu mengekalkan tiga negeri sahaja dalam pilihan raya kali ini," katanya merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

"Ku Li pernah memberitahu saya untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya peralihan kuasa di Perak dalam perjumpaan kami pada 1 April di Ipoh."

Jelas Nizar, situasi itu dibuktikan dengan kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Perak berbanding negeri-negeri lain.

Sambung baca di sini.


P/s: Mudah-mudahan!



[Gambar] Haji Najib dan Rantainya

Posted: 11 Apr 2012 11:00 PM PDT


Sumber di sini.


P/s: Haji...haji...




[Sadis&Tragis] Gadis Dirogol Penyamun Di Depan Adik dan Sepupu di Negara Paling Selamat di Asia Tenggara

Posted: 11 Apr 2012 08:30 PM PDT

Sekadar hiasan.
[SH] PETALING JAYA – Enggan hanya berpuas hati dengan hasil samun, seorang lelaki yang memecah masuk ke dalam sebuah apartmen dihuni lima gadis bertindak merogol salah seorang daripada mangsa.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan suspek dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin di sebuah apartmen di Damansara Damai.

Menurut sumber, suspek yang pada mulanya hanya ingin mengambil barangan berharga milik mangsa, berubah fikiran dan ingin melampiaskan nafsunya ke atas salah seorang mangsa.

Bersenjatakan pisau, suspek mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya mereka menjerit atau cuba melarikan diri.

"Penyamun bertopeng itu memilih mangsa berusia 20-an dan merogol mangsa sambil diperhatikan oleh adik dan sepupunya yang berumur 17 dan 20 tahun di dalam bilik," katanya.

Mangsa dirogol sambil pisau diletakkan di lehernya oleh suspek yang melarikan diri sebaik selesai melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sumber itu berkata, mangsa sempat mengecam wajah suspek selepas lelaki itu menanggalkan topengnya yang dipakainya.

Suspek memasuki apartmen terbabit dengan memecahkan mangga rumah dan mengambil masa kira-kira sejam sebelum melarikan diri.

"Ketika kejadian terdapat dua lagi rakan serumah mangsa namun mereka tidak menyedari kejadian itu kerana tidur di bilik lain," katanya.

Ketiga-tiga mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan dan suspek terlibat sudah dikenal pasti.

"Polis ketika ini sedang melancarkan gerakan memburu suspek yang ketika ini berada di sekitar Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan seksyen 395 samun bersenjata. 





Pasangan Kemaruk Berahi, Kantoi Maksiat Berhampiran dengan Kawasan Kubur Lama

Posted: 11 Apr 2012 07:13 PM PDT

Sekadar hiasan.

[HM] IPOH: Sepasang kekasih yang leka melakukan maksiat berhampiran kubur lama terkejut apabila disergah sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).

Dalam kejadian jam 1.50 pagi semalam, pasangan berusia 20-an itu dikesan berpelukan di kawasan gelap di jirat Cina berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini.

Bagaimanapun, aksi terlampau itu terbantut apabila beberapa anggota Jaip yang berpakaian biasa menghampiri pasangan itu sebelum diarah beredar.

Tindakan sama turut diambil terhadap sepasang kekasih yang dikesan melakukan maksiat di dalam sebuah Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang berkenaan.

Pasangan berusia awal 20-an itu didapati bercumbu sebelum cermin gelap kereta berkenaan disuluh pegawai penguat kuasa Jaip.

Ketika disoal, pasangan itu memberi alasan sengaja mengambil angin malam di taman selain mendakwa hanya sekadar kawan biasa.

Malah, teman lelaki pasangan itu memberi alasan mahu menghantar gadis terbabit pulang ke rumah selepas selesai bekerja.

Pasangan itu diberi amaran lisan sebelum diarah meninggalkan taman rekreasi itu yang menjadi tumpuan puluhan pasangan remaja Melayu bermadu kasih.



P/s: Kalau sudah kemaruk berahi, hilang rasa takut. Silap-silap ada yang berahi ehem-ehem di sebelah kubur.



[Video-Wajib Tonton] Wacana PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi

Posted: 11 Apr 2012 05:23 PM PDT






Kredit: Sinar Harian


P/s: Pemuda UMNO dan persidangan meja bulatnya hanya mampu mencadangkan penghapusan kos perkhidmatan PTPTN sebanyak 1%.  Cuba tonton dan fikirkan logik, inisiatif, kesungguhan, keikhlasan yang terkandung dalam  penerangan Rafizi  (PKR) di atas.

Pihak mana yang mahu anda sandarkan harapan untuk membela nasib anda dan negara?



Tiada ulasan: