Khamis, 12 April 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Peserta himpunan aman meninggal di hadapan JPM

Posted: 12 Apr 2012 07:00 AM PDT

Harakahdaily,

(Mangsa rebah dipercayai akibat serangan jantung di depan JPM, Putrajaya)

PUTRAJAYA: Seorang peneroka Gatco, Kampung Serampang Indah Jelebu meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Menurut R Tanggam, yang turut serta dalam himpunan itu, beliau melihat mangsa jatuh terduduk ketika hampir 100 peneroka lain sedang berhimpun di perkarangan pintu masuk ke JPM.

Beliau yang berada hampir dengan mangsa kemudiannya membantu mangsa yang ketika itu masih bernafas sebelum meminta pertolongan daripada pihak keselamatan yang berkawal.

Tidak lama kemudian mangsa dibawa ke dalam pondok pengawal sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor yang datang kira-kira jam 12 tengah hari.

Sementara itu, himpunan hari ini adalah bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak bagi membantah tindakan Mentri Besar Inc (MBI) yang semasa itu diterajui Tan Sri Isa Samad yang didakwa menjual tanah mereka.

Rusuhan seni

Posted: 12 Apr 2012 06:59 AM PDT

Ronasina


Dalam sejarah perubahan tamadun dunia dan siasah tidak kira sama ada era perang dunia, revolusi atau reformasi- satu cabang yang turut dibawa bersama dalam sesebuah perjuangan sehingga meraih kemenangan ialah melalui "kesenian dan kebudayaan".

Ini kerana seni dan budaya merupakan makanan jiwa dan fitrah bagi manusia. Kelahiran manusia itu sendiri adalah suatu seni perjuangan. Berenangnya sperma mencari ovum adalah simbol sebuah perjuangan manakala pembentukan benih menjadi janin sehingga lahir sebagai manusia itu adalah sebuah karya seni hebat yang sangat menakjubkan. Persekitaran membentuk manusia mengamalkan cara hidup yang lama-kelamaan berkembang menjadi sebuah budaya. Justeru, untuk melaksanakan perubahan total dalam sesebuah daulah tidak dapat tidak harus menggabungjalinkan elemen seni dan kebudayaan sebagai salah satu agennya.

Kebobrokan sistem pemerintahan di Malaysia yang semakin parah mendorong rakyat bangkit berani untuk menuntut perubahan. Rakyat Malaysia masih menaruh kepercayaan perubahan itu mampu dilakukan di dalam pilihanraya maka sokongan mereka beralih kepada parti politik alternatif. Tuntutan perubahan ini juga turut melibatkan golongan seniman, karyawan ataupun selebriti dunia hiburan tanahair. Fenomena ini dapat dilihat jelas sejak akhir-akhir ini apabila golongan ini sudah berani tampil di atas pentas-pentas program anjuran Pakatan Rakyat. Ramai juga yang mengisytiharkan diri menyertai partai politik. Ini suatu perkembangan yang sangat baik. Kehadiran mereka yang memang mempunyai tarikan dan pengaruh kepada masyarakat sebelum ini seakan menjadi katalis untuk terus berjuang dan menjadi bonus untuk sesebuah partai politik meraih sokongan. Sayangnya penyertaan hangat mereka kemudiannya menjadi sejuk setelah beberapa ketika dan impaknya pula tidaklah mencetuskan sebuah gelombang. Ini kerana kebanyakan mereka yang menyertai Pakatan Rakyat mengambil langkah yang serupa dengan ahli politik yang sedia ada iaitu berceramah. Mereka kebanyakannya telah pun tidak aktif lagi berkarya dan sebahagiannya pula ketika berceramah lebih banyak menceritakan "kejahilan" mereka pada masa lalu sebelum "kembali ke pangkal jalan" menyertai parti politik Pakatan Rakyat.

Seni dan glamour dua benda berbeza. Seni itu suci. Rasulullah S.A.W berpesan kepada sahabatnya Hassan bin Tsabit sang penyair, "Musuh menyerang dengan busur dan panah. Seranglah mereka dengan syair-syair kamu". Mesej yang cuba disampaikan oleh Rasulullah ini jelas - bukanlah suatu dosa menjadi seniman malah bakat istimewa kurniaan Allah itu wajib digunakan sepenuhnya untuk memperjuangkan kebenaran. Yang salah dan sesat adalah silap seniman itu sendiri lantaran gagal dan hanyut dengan pujian seta sanjungan yang mengkhayalkan. Allah menjadikan manusia dengan sejuta keistimewaan dan dengan keistimewaan itulah ia wajib dimanfaatkan oleh insan yang dipertanggungjawabkan sebagai khalifah pentadbir alam. Seni adalah anugerah yang ajaib. Dalam sesebuah peperangan, lagu dan muzik akan dimainkan untuk menaikkan semangat. Malah ketika hari raya Idul Fitri di zaman Rasulullah, acara tarian pedang dipersembahkan sebagai sebuah persembahan kebudayaan. Rombongan hijrah Rasulullah ke Madinah juga telah disambut oleh penduduknya dengan nyanyian diiringi pukulan tabuh dan rebana. Begitulah pengaruh seni dan budaya di dalam kehidupan.

Seniman harus setapak lebih awal langkahnya daripada rakyat biasa. Naluri kesenimanannya harus lebih peka mengesan kepincangan persekitaran dan dengan bakat istimewa seniman itulah karya dihasilkan untuk menyedarkan rakyat. Kemunculan para artis di pentas politik untuk berceramah tidak membantu mengembangkan satu lagi jalur perjuangan. Mentelah pula kebanyakan artis ini sudah melewati zaman kegemilangan mereka dan peminat-peminat seangkatan mereka pula sudah lama menjadi "orang baik" iaitu sudah berkahwin, berkeluarga dan kurang keluar bersosial. Peminat-peminat mereka sudah lebih awal "kembali ke pangkal jalan" (mengikut istilah yang selalu mereka gunakan) sebelum mereka lagi. Artis-artis ini tidak perlu berceramah tetapi dirasakan akan lebih hebat jika mereka terus berkarya, mendidik masyarakat tentang seni yang sihat, menghasilkan lagu dan lirik yang mengajak manusia berjuang menegakkan kebenaran dan membenci kezaliman. Bukan tidak ada karya-karya mereka dahulu yang sebegitu tetapi sudah tentulah tidak disiarkan oleh media arus perdana yang lebih suka dengan hiburan kosong dan lembik. Kesempatan inilah yang harus diambil untuk mendekati rakan artis yang lain, yang lebih muda dan berpengaruh untuk menghayati apa yang cuba diperjuangkan.

Golongan artis yang beralih ke medan perjuangan ini harus membuka ruang dan membina acuan kesenian dan kebudayaan yang "baru" untuk rakyat Malaysia agar mereka sedar dan tidak menganggap dunia hiburan ini hanya penuh dengan glamour sahaja. Kumpulkan artis, seniman dan karyawan yang bersama mereka hari ini dan hasilkanlah karya yang jujur. Lagu, lukisan, filem, teater dan berbagai kegiatan seni harus diperbanyakkan dan diperluaskan. Seniman tidak semestinya menyertai partai politik. Ia akan jadi sempit. Karya yang akan lahir cakupannya akan jadi kecil. Mereka perlu meneroka ruang baru.

Lihatlah seniman dan karyawan yang konsisten sejak dahulu menghasilkan karya-karya melawan. Mereka tidak berceramah tetapi menghantar mesej perjuangan dengan seni kreatif. Hishamuddin Rais pernah menghasilkan teater "Tok Ampoo", "Tok Sloo", "Bilik Sulit" dan filem "Dari Jemapoh ke Manchestee". Amir Muhammad dan Fahmi Reza terus menghasilkan dokumentari dan filem pendek.

Malah Fahmi Reza seperti membuka ruang baru dengan pengikut tersendiri melalui acara Occupy Dataran - iaitu duduk santai berdiskusi di Dataran Merdeka sehingga mengundang resah pemerintah. Begitu juga Rahmat Haron, Buddhi Hekayat (Hasmi Hashim), Fared Ayam, Pyanhabib atau Dinsman dengan sajak-sajak mereka yang menyengat dan sinis. Black (Amin Iskandar) dan Nikjidan pernah menghasilkan album kritik sosial dan mereka naik ke pentas dengan gitar, turun berdemonstrasi sebagai seniman menyanyikan lagu-lagu perjuangan. Selain itu ada juga band Dum Dum Tak, Carburetor Dung ataupun Seni Suri Jawi yang menghasilkan lagu-lagu perjuangan mengikut genre mereka. Tidak perlu berceramah. Lagu, puisi, lukisan, filem dan teater juga ibarat api yang bisa meresap ke urat nadi membakar semangat.

Lihat saja bagaimana Sasterawan Negara A.Samad Said (gambar kiri) hari ini diangkat sebagai ikon perjuangan dan dihormati seluruh rakyat Malaysia berbagai lapisan kaum dan peringkat umur kerana "seni" yang dibawa oleh beliau. Pak Samad bukan politisi, beliau terus berpuisi di hadapan khalayak dan sangat yakin dengan peranannya sebagai seniman yang bertanggungjawab menyuluh jalan perjuangan kepada rakyat. Hari ini rakyat mula sedar dan menerima puisi sebagai satu senjata perjuangan. Ini suatu dalil jelas bahawa seni mampu menggugat sebuah kerajaan yang zalim dan fahaman ini jika dibaja dan dibentuk dengan tersusun oleh gerakan seniman tidak mustahil kerajaan Barisan Nasional akan jatuh dengan lebih cepat. Mungkin agak keterlaluan untuk menyamakannya dengan gerakan Revolusi Kebudayaan cetusan Mao Zedong (tentulah konsepnya juga jauh amat berbeza) tetapi tidak salah kalau gerakan ini digelar "Rusuhan Seni".

*Ronasina dengan nama asalnya, Mohd Affandi Ramli adalah penulis, kartunis dan aktivis.

Posted: 12 Apr 2012 06:56 AM PDT

Pakatan sambut baik undang-undang baru ganti ISA

Posted: 12 Apr 2012 06:52 AM PDT

Namun begitu, Anwar Ibrahim turut melahirkan rasa bimbang mengenai kesungguhan kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang ini.





PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan undang-undang baru, Bil Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Pencegahan Khusus) yang dibentangkan di Parlimen buat pertama kali semalam.

Namun begitu, beliau turut melahirkan rasa bimbang mengenai kesungguhan kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang ini dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim itu.

"Kita menyambut baik langkah ini, untuk mengakhiri sejarah penahanan rakyat berdasarkan kepercayaan politik mereka. Saya dan beberapa rakan dalam PKR dan Pakatan Rakyat pernah ditahan di bawah ISA.

"Kita tidak harus lupa bahawa pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia seperti GMI (Gerakan Mansuhkan ISA – Abolish ISA Movement) dan Suaram (Suara Rakyat Malaysia), sudah sekian lama menentang ISA," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Anwar, Bil ini bertujuan untuk menghadkan bidang kuasa pihak kerajaan untuk menahan seseorang tanpa bicara dan pada masa yang sama menghadkan apa-apa bentuk tahanan untuk tujuan penyiasatan sehingga 28 hari.

"Di mana terletaknya keadilan jika Menteri Dalam Negeri diberi kuasa muntuk individu-individu dipenjarakan selama dua tahun tanpa bicara, terutama mereka yang dipenjarakan itu adalah musuh politiknya?," soal beliau.

Menurutnya lagi, sebelum bil ini diperkenalkan, Pakatan Rakyat juga berikrar untuk memansuhkan ISA sekiranya Pakatan menang dalam pilihan raya umum nanti.

Beliau bersependapat dengan Majlis Peguam bahawa undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk membendung keganasan dan di mana perlu, undang-undang itu boleh diperketatkan.

Disamping itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menggesa Najib supaya memansuh segala bentuk undang-undang zalim yang lain dan bersifat menindas rakyat itu.

Di antaranya termasuk akta percetakan dan penerbitan, penyertaan para pelajar dalam politik, kesatuan sekerja, perhimpunan dan hak undi seberang laut.

Bil Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Istimewa) 2012 dibentangkan buat pertama kali semalam untuk menggantikan ISA.

"Hanya ada satu undang-undang sahaja, tidak ada undang-undang yang lain. Inilah yang kita cakapkan, seperti disebut undang-undang anti-keganasan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz merujuk kepada cadangan awal untuk memperkenalkan dua undang-undang yang lain bagi menggantikan ISA.

Artis sertai PAS kerana marah salahguna kerajaan

Posted: 12 Apr 2012 06:49 AM PDT

"Penyertaan artis dalam PAS diterima masyarakat umum," kata Tuan Ibrahim.



PETALING JAYA: Semakin ramai artis tempatan menyertai PAS dengan yang terbaru penyanyi popular era 90-an – Aishah dan Dayangku Intan.

Sebelum ini pelawak Bob Lokman, Sham Kamikaze dan bekas bintang bola sepak Abdullah Ali telah menyertai PAS.

PAS berkata, konsep PAS untuk semua telah diterima bukan saja kepada orang politik tetapi golongan yang lain juga.

Bagi Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man beberapa arti lagi akan menyertai PAS tidak lama lagi.

"PAS sedia berdialog dan berbincang dengan artis mengenai konsep hiburan dalam Islam sesuai dengan perjuangan parti ini.

"Bagaimanapun, kita mengalu-alukan penyertaaan mereka ke dalam PAS," kata beliau.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, artis menyertai PAS kerana mereka marah dan muak dengan apa yang berlaku sekarang.

Katanya, salah guna kuasa yang berterusan dan campur tangan politik dalam pelbagai institusi termasuk dalam persatuan artis.

"Mereka kecewa, mereka marah lalu mengambil tindakan menyertai PAS. Penyertaan artis dalam PAS diterima masyarakat umum," kata Tuan Ibrahim.

Timbalan menteri pertahan Kolej Universiti Lincoln

Posted: 12 Apr 2012 06:47 AM PDT

'Walaupun program pengajian perubatan tersebut dilaksanakan di universiti yang tidak diiktiraf oleh JPA, ia masih mematuhi semua aspek kriteria dan kualiti yang ditetapkan.'



KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mempertahankan tindakan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) memberi kelulusan kepada Kolej Universiti Lincoln (LUC) untuk melaksanakan program perubatan peringkat sarjana muda di tiga universiti Ukraine.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Sungai Siput Michael Jeyakumar mengenai kelulusan yang diberikan kepada Kolej Lincoln untuk membuat program perubatan di tiga universiti, Ukraine yang mana ketiga-tiga universiti tidak diiktiraf oleh Jawatankuasa Perkhidmatan Awam (JPA).

"Walaupun program pengajian perubatan tersebut dilaksanakan di universiti yang tidak diiktiraf oleh JPA, ia masih mematuhi semua aspek kriteria dan kualiti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Program Pengajian Perubatan (JTPPP)," kata beliau.

Jawatankuasa (JTPPP) tersebut dianggotai oleh lima agensi kerajaan Malaysia iaitu Pengajian Tinggi Malaysia, Agensi Kelayakan Malaysia serta Majlis Perubatan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam.

Rosnah menambah bahawa program tersebut dijalankan secara 'stand alone' di mana dalam konsep 'stand alone' pengajar kurikulum, kemudahan hospital serta pentadbiran program pengajian adalah berasingan daripada program institusi pengajian universiti luar negara yang berkenaan.

Tidak diktiraf

Sejak kebelakangan ini program pengajian perubatan luar negara yang bakan dijalankan oleh LUC pada September ini menjadi tanda tanya selepas mendapati ketiga-tiga universiti yang dipilih oleh LUC tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Malah, ada beberapa aduan daripada bekas penuntut perubatan di Ukraine, berkata bahawa LUC lebih bertindak sebagai ejen tengah untuk mencari pelajar kepada universiti yang berkenaan.

Salah satu aduan yang dibangkit oleh Micheal Jeyakumar di Parlimen ialah sebelum ini yuran untuk pergi ke universiti ini ialah RM130,000 tetapi untuk kursus yang sama melalui LUC menjadi RM200,000.

Bagaimanapun, Rosnah tidak menjawab soalan tersebut malah menambah bahawa program 'stand alone' bukan sesuatu yang baru.

"Program perintis yang telah berjaya yang dilaksanakan adalah program perubatan, International Medical School oleh Management and Science University of Bangalore di India yang dimulakan pada tahun 2005 dan kumpulan pertamanya telah pun mendapat pengiktirafan penuh lima tahun pada tahun 2011," katanya.

UKRC dinasihat bayar premium atas tanah 5.27 ekar

Posted: 12 Apr 2012 06:42 AM PDT

Ini kerana tanah itu masih milik kerajaan negeri dan kelab itu telah menggunakan premis berkenaan tanpa membayar sewa atau cukai pintu sejak tahun 1950an lagi.



SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menasihatkan Kelab Rekreasi Ulu Klang (UKRC) agar membayar premium mengikut kadar semasa atas tanah seluas 5.27 ekar di Hulu Kelang yang digunakannya selama ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerangkan bahawa ini kerana tanah itu masih milik kerajaan negeri dan kelab itu telah menggunakan premis berkenaan tanpa membayar sewa atau cukai pintu sejak tahun 1950an lagi.

Dalam satu sidang media di sini petang tadi, beliau memberitahu UKRC telah memohon hak milik tanah tersebut dan kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara ini.

Katanya, jawatankuasa yang dianggotai empat orang itu termasuk Orang Besar Daerah Gombak, Dato' Paduka Raja Wan Mahmood Pawan

Teh mengesyorkan agar UKRC diberi hak milik kepada tapak bangunan kerana ia memberi faedah kepada ahli.

"Kerajaan negeri telah menasihati UKRC supaya mengutamakan kepentingan orang ramai dan membina dewan baru dengan menggunakan wang premium yang dibayar kelab itu nanti untuk kegunaan penduduk setempat, termasuk bukan ahli UKRC.

"Jawatankuasa tersebut mahu tanah itu dikekalkan kepada orang ramai dan kerajaan negeri bercadang untuk menggunakan budi bicaranya memberi tapak bangunan kepada UKRC dengan mengenakan bayaran premium mengikut harga semasa.

Kajian awal


Menurutnya, Jawatankuasa tersebut telah membuat kajian awal dengan mengadakan pendengaran awam dan mengemukakan penemuan serta syor kepada pentadbiran negeri untuk tindakan selanjutnya.

Antara yang dipanggil memberi keterangan termasuk ahli UKRC, pegawai kerajaan khususnya dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan orang awam.

Dalam satu laporan yang telah diserahkan kepada kerajaan negeri pada 15 Mac 2012, jawatankuasa itu mendapati UKRC ada membuat permohonan untuk mendapat hak milik terhadap tanah lapang kepada pemungut Hasil Tanah Kuala Lumpur pada 14 Februari 1958.

Tetapi hanya diluluskan sebagai tanah lapang untuk Kelab Dewan Masyarakat (Club Community Hall) pada 12 Julai 1958.

Jawatankuasa juga telah diberitahu bahawa nama asal UKRC ialah Dewan Masyarakat dan Kelab Rekreasi Kuala Ampang sebelum menukar nama kepada UKRC untuk diwartakan pada 6 November 2001 dan menggugurkan nama Dewan Masyarakat.

Sejak itu UKRC mengenakan bayaran masuk dan yuran keahlian serta tidak membenarkan orang awam menggunakan premis tersebut tanpa kebenaran khas.

Jawatankuasa siasatan berpendapat bahawa tanah itu diwartakan sebagai tanah lapang pada 19 Oktober 2004 dan menjadi bukti tambahan tanah itu tidak pernah dikeluarkan hak milik kepada UKRC atau mana-mana pihak.

Task force warga negara bukti wajib Bersih 3.0

Posted: 12 Apr 2012 06:29 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR:
Pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat skandal task force pemberian kad pengenalan kepada warga asing oleh beberapa pegawai tinggi kerajaan termasuk pegawai tinggi JPN dan Pegawai Khas Perdana Menteri membuktikan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 wajib diadakan.

Sehubungan itu, PAS Wilayah Persekutuan (WP) bersedia mengerahkan seluruh ahli dan penyokong untuk turut hadir memeriahkan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dijangkakan seramai 10,000 ahli dan penyokong PAS di setiap kawasan akan hadir ke perhimpunan tersebut.

Menurutnya lagi, PAS WP juga akan menggerakkan kempen dengan sebaran risalah, poster, kain rentang bagi mengajak rakyat untuk turut hadir bersama-sama.

"Di samping itu, medium melalui media baru akan diperkasakan untuk menarik perhatian jutaan penggunanya supaya tidak turut ketinggalan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, PAS WP yakin, dengan kesedaran rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan, sasaran seramai 500,000 akan berjaya dicapai yang sebahagian pesertanya adalah penduduk sekitar Lembah Klang.

"Ini juga sebagai momentum kepada rakyat agar bangkit mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan Malaysia memastikan perjalanan pilihan raya di Malaysia benar-benar berlagsung dalam keadaan bersih, telus dan adil," ujarnya.

'Duduk Bantah' untuk masa depan anak muda

Posted: 12 Apr 2012 06:26 AM PDT

Hazayani Zakaria,



KUALA LUMPUR:
Golongan muda harus mengambil bahagian dalam 'Duduk Bantah' pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih jika cintakan negara ini.

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk A. Samad Said (gambar) berkata, apa yang dilakukan gabungan ini adalah untuk masa depan golongan muda.

"Anda semuanya mengetahui bahawasanya 28 April ini kita adakan satu gerakan untuk membersihkan lunas-lunas demokrasi dengan melakukan "Duduk Bantah' dan 'Duduk Bantah' ini memang untuk semuanya.

"Saya harap pun semua (peringkat umur) akan datang tapi khususnya saya mengharapkan angkatan muda kerana apa yang kami lakukan ini adalah untuk masa depan angkatan muda. Angkatan muda sendiri harus mengambil perhatian dan memberikan sokongan yang sepenuhnya," kata sasterawan negara itu yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad ketika ditemui di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.

Pak Samad yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-77 Isnin lalu juga berkata, beliau tidak keberatan untuk membacakan kembali puisinya "Unggun Bersih" pada perhimpunan tersebut.

"Itu tidak mustahil kalau iklim dan suasananya bagus. Saya akan membaca Unggun Bersih dulu. Unggun Bersih akan bergema kembali dan menyala-nyala dalam dada," katanya yang pernah dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis kerana mendeklamasikan sajak tersebut yang dianggap "menghasut" beberapa hari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.

Terdahulu, seorang lagi selebriti, Man Kadir atau lebih dikenali dengan watak Pak Jabit dalam filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" turut memberikan semangat kepada anak muda untuk turut serta "Duduk Bantah".

Berceramah di Felda Keratong 4, Rompin, Pahang malam tadi, beliau berkata, Bersih 2.0 sudah berjaya membuktikan keberanian anak muda.

"Kita pergi, kita duduk dan bantah. Kali ini kita duduk sahaja. Dulu kita bergerak, kali ini kita tak bergerak.

"Kalau dulu anak muda Melayu duduk di kampung, anak muda Cina duduk di kampung baru, anak muda India duduk di estet, anak muda asli duduk tepi sungai, hari ini mereka sudah berganding bahu. Bersih 2.0 kita lihat anak muda Iban, Kadazan, India, Melayu, Cina semuanya melangkah berganding bahu bergerak bersama menuju Stadium Merdeka.

"Saya tengok menitis air mata. Saya dapat melihat anak muda Malaysia bangun bersama-sama," katanya dalam ceramah anjuran PAS kawasan Rompin itu.

Justeru katanya, semangat itu perlu diteruskan pada 28 April ini.

"Kita memerlukan anak muda yang berani untuk sama-sama turun ke Dataran Merdeka," katanya.

Jaja ‘borang Umno’ dari rumah ke rumah

Posted: 12 Apr 2012 06:23 AM PDT

Aslani M,

TANAH MERAH: Seorang wanita ditugaskan turun naik rumah penduduk untuk mendapat tanda tangan borang yang siap diisi. Ada juga budak yang diminta menandatangani borang bagi pihak ibu bapa mereka.

Penduduk memberitahu wanita berkenaan bekerjasama dengan seorang lelaki berharap usaha itu dapat mewujudkan cawangan baru Umno Kampung Jegor bagi menyaingi cawangan Umno yang sedia ada.

Seorang penduduk Ahmad Razali Ahmad berkata, wanita terbabit membawa borang yang sudah siap diisi menemui sesiapa sahaja untuk menandatanganinya.

"Dia tidak memberitahu borang berkenaan ialah permohonan menjadi ahli Umno. Namun dia sanggup melakukan dengan harapan cawangan baru Umno diwujudkan di Kampung Jegor.

"Pada awalnya wanita dan lelaki terbabit difahamkan tidak senang dengan ketua cawangan Umno yang sedia ada sehingga mengambil tindakan mewujudkan cawangan baru biar pun bilangan penduduk tidak ramai.

"Sedangkan bilangan pengundi di Kampung Jegor hanya sekitar 50 orang, bagaimana hendak wujud dua cawangan Umno pula," katanya di sini.

Oleh itu kata beliau tidak ada ahli atau penyokong PAS di kampung berkenaan yang menyertai Umno di Kampung Jegor seperti didakwa sebuah akhbar semalam.

Akhbar berkenaan dalam laporan mendakwa 80 ahli PAS menyertai Umno kerana kecewa kerajaan Kelantan gagal membawa perubahan sejak 20 tahun lalu.

Pada majlis itu seorang lelaki Razali Muhamad berlakon menyerah borang menyertai Umno kepada pemimpin Umno Jeli, Datuk Dr Azmi Setapa sambil diperhatikan Ketua Umno Tanah Merah, Datuk Ikmal Abdul Aziz.

Ahmad Razali yang juga Setiausaha PAS Cawangan Jegor berkata, Umno sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapat publisiti murahan biar pun di luar normal biasa.

Seorang lagi penduduk berkata, ada penyokong Umno yang beriya-iya mahu menjadi ketua sanggup menubuh cawangan baru Umno di luar peraturan biasa.

Sedangkan katanya Umno sudah ada cawangan di kampung berkenaan, namun kerana berlaku krisis dalaman orang terbabit bertindak mewujudkan cawangan lain pula.

Pada Febuari lalu Umno Tanah Merah juga melakukan taktik serupa apabila mendakwa 60 bekas ahli PAS di Kampung Kederak menyertai Umno.

Sedangkan apa yang berlaku penduduk di kampung berkenaan diminta hadir pada program penyampaian beras percuma. Namun tiba-tiba program penyerahan borang pula diadakan.

Malah tidak ada ahli dan penyokong PAS di Kampung Kederat yang menyertai Umno seperti didakwa Ketua Bahagian Umno.

Di Pasir Puteh pula program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Panggung bertukar menjadi majlis penyerahan borang menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP).

Wang kertas siri baru mula diedar 16 Julai: Bank Negara

Posted: 12 Apr 2012 06:22 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan bahawa wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata wang kertas siri baru itu yang bertemakan 'Keunikan Malaysia' terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

"Wang kertas RM50 dalam siri ini telahpun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran," kata BNM.

Bank Negara berkata dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baru ini, ia telah bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lepas, untuk memudahkan peralihan yang lancar.

"Beberapa sesi perbincangan dan interaksi dengan pihak berkepentingan berkenaan telah diadakan bagi memastikan ketersediaan sistem dan proses untuk edaran wang kertas baru," kata bank pusat itu.

Bank Negara menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baru dan lama untuk kemudahan orang ramai menjelang tarikh berkenaan.- BERNAMA

PRU dijangka sengit, pegawai pengurus diminta faham undang-undang

Posted: 12 Apr 2012 06:18 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


SIBU- Semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka disaran memahami sepenuhnya undang-undang pilihan raya memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka sengit.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ini kerana parti pemerintah Barisan Nasional sudah pasti akan berusaha habis-habisan untuk mengekalkan kerusi yang disandangnya serta memenangi semula kerusi yang dikuasai pembangkang dan pembangkang juga akan bertindak serupa dan sudah tentu akan cuba menawan lebih banyak kerusi daripada BN untuk mencapai cita-cita mereka mengambil alih pentadbiran negara.

"Jadi, pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan pertandingan sengit. Oleh itu, semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka perlu mengetahui sepenuhnya undang-undang untuk membolehkan mereka menangani sebarang isu, aduan atau perasaan tidak puas hati yang dikemukakan, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan kursus dua hari bagi 79 pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka di sini hari ini sebagai persiapan mengendalikan pilihan raya bagi 16 kerusi parlimen di wilayah tengah Sarawak.

Abdul Aziz berkata, mereka juga perlu memiliki keyakinan, bersikap tegas dan profesional dalam menangani sebarang keadaan.

Beliau juga berkata, SPR dijangka membelanjakan RM80 juta untuk mengendalikan pilihan raya di Sarawak.

"Sebahagian besar ialah untuk membiayai kos pengangkutan kerana kami akan menggunakan sekurang-kurangnya 27 helikopter, lebih 1,000 bot dan lebih 4,000 kenderaan pacuan empat roda, di samping generator.

"Kira-kira 21,000 pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka akan terlibat dalam pilihan raya umum kali ini," katanya.

Abdul Aziz berkata, 1,024,240 rakyat Sarawak berdaftar sebagai pemilih dan beliau berharap 407,432 lagi yang layak mengundi akan tampil untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih dengan secepat mungkin.

Sebanyak 31 kerusi parlimen akan dipertandingkan di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.- BERNAMA

Berjiwa besarlah seperti Salahuddin Ayub

Posted: 12 Apr 2012 06:12 AM PDT

Mohd Sayuti Omar,


Saat
Aceh dilantun gempa bumi dengan kekuatan 8.6 skala ritcher saya sedang minum kopi dengan Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub di sebuah kopitiam di Taman Melati Kuala Lumpur. Agak lama saya tidak bersembang dengan Salahuddin. Sejak beliau 'bertukar paksa' kawasan dari Kubang Kerian (Kelantan) ke Johor (belum tentu kerusi mana), jarang-jarang kami dapat bersembang kerana masing-masing kesibukan.

Saat saya di Kuala Lumpur dia ke Johor Bharu. Nampaknya Salahuddin terpaksa membuka 'huma' baru sekali lagi selepas berjaya membuka tanah hutan di Kubang Kerian. Tentulah berbeza sekali membuka tanah hutan di Johor dengan mendiami kawasan sudah kerja (KSK) di Kelantan. Apa yang diduduki atau diusahakan oleh Salahuddin di Kubang Kerian boleh dianggap sebagai, dia mengusahakan kawasan sudah kerja (KSK).

Berada di KSK lebih mudah dari membuka huma baru yang masih penuh dengan onak dan duri serta gaung yang curam dan dalam. Di KSK kemudahan asas seperti jalan, eletrik dan air sudah tersedia. Tunggu lagi untuk mengindah dan mencantikkan memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Alhamdulilah selepas sembilan tahun (dua penggal) di Kubang Kerian Salahuddin berjaya memberi sesuatu kepada rakyat Kubang Kerian dan beliau sendiri berjaya mencatat nama sebagai seorang wakil rakyat berkualiti.

Menyebut jasa besar beliau di Kubang Kerian bagi saya ialah bagaimana usaha beliau membangunkan rumah untuk anak-anak yatim. Mengkagumi peruntukan dicari sendiri dan tidak bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan. Sokongan orang ramai membantu anak yatim dari seruan ikhlas Salahuddin menjelaskan bahawa beliau mempunyai pengaruh dan disayangi oleh orang ramai.

Selain itu beliau berjaya memainkan peranan di parlimen dengan jayanya. Perbahasan atau isu-isu serta kerajinan ditunjukkan meletakkan Salahuddin sebagai ahli Parlimen dikenali dan dikagumi. Ini ditokok pula dengan cara dia berbahas dan berhujah penuh sentimental dan tidak dibuaki emosi. Tentulah kejayaan itu didokongi keberhasilan beliau sebagai wakil rakyat di Kubang Kerian.

Perpindahan beliau ke Johor saya ibaratkan sebagai pulangnya perantau ke negeri sendiri setelah lama berpergian menuntut ilmu. Ketiadaanya selama ini bolehlah dianggap beliau pergi bertapa mempelajari ilmu dan menuntut rukun-rukun dan peradaban politik di Kelantan. Al maklumlah Kelantan adalah universiti politik terbuka di negara ini.

Apabila Salahuddin diminta untuk pulang dan dia sendiri rela, ini menunjukkan ilmu yang dipelajarinya sudah sarat dalam dada. Dia sudah bersedia untuk berbakti di watan sendiri. Apa yang diperolehi dan dialami selama sembilan tahun di Kelantan akan dicurah ataupun dimanfaatkan di negeri kelahirannya pulak.

Membuka tanah baru atau pulang untuk berhadapan dengan petulangan, bukan mudah. Johor adalah kubu kuat Umno yang penuh dengan pahlawan yang tikam tidak lut selam tidak lemas bakar tidak mudah hangus. Ia akan menguji Salahuddin sebagai pejuang dan pemimpin. Di Johor nanti daya kepimpinannya akan dituji. Intelektualiti kepimpinanya juga akan diperiksa. Begitu juga dengan ilmu hakikat siasah yang diperolehi akan dicabar di Johor kelak.

Di sini saya tidak mahu memperkatakan apakah beliau berjaya atau tidak. Berjaya dalam perjuangan adalah subjektif. Kejayaan bukan bermakna menang kerusi yang ditandingi, tetapi berjaya mengharungi perjuangan, pembukaan tanah human baru dan ikhlas meninggalkan tanah lama juga, itulah kejayaan sejati. Dalam perjuangan kalah dalam pertarungan bukan kalah. Istiqamah dalam perjuangan itulah kemenangan mutlak yang dicari.

Mengenang pengembalian Salahuddin ke Johor sesuatu yang menarik buat saya. Perpindahan tanpa bantah zahir itu menunjukkan beliau ada nilai-nilai tawaduk dan taat kepada pucuk pimpinan. Apabila timbul cakap-cakap mengatakan Pas Kelantan tidak mahukan orang luar, atau orang luar setakat dua penggal sahaja, Salahuddin sudah membuat persediaan disegi mental. Dia memahami mesej itu dan bertindak sebelum orang mengunci pagar.

Beliau tidak memberi apa-apa komen dan pasrah dengan kehendak dan keputusan itu. Syarat yang ditetapkan oleh Kelantan yang memberi pinjaman dan gelanggang untuk beliau berlajar mengenali rakyat dengan title wakil rakyat diterima dengan penuh terima kasih. Maka beliau terus membuat persiapan untuk berpindah rumah dan membuka huma baru.

Tidak ada apa-apa protes baginya. Saya pernah menyatakan sesuatu kepadanya untuk mengenali hati budinya dalam politik dengan perpindahan itu. Namun beliau tenang menjawab; "kita sebagai pejuang dan orang parti kena ikut arahan pemimpin, T" begitulah katanya lembut dan penuh sopan. Nada cakapnya yang selalu bebunga sedih menyebabkan hati jadi terkedu.

Tidak nampak yang beliau ralat dengan cadangan itu. Walaupun beliau tahu kehidupan di lokasi baru - tanah huma tidak semudah yang dilalui di tanah KSK, tetapi ia bukan sebab untuk beliau menolak atau berdalih, jauh sekali merajuk sebaliknya itu dijadikan cabaran dalam dia berpolitik.
Baginya dia telah menjadikan dirinya sebagai panglima yang sedia menurut arahan demi perjuangan.

Saya yakin dan percaya juga dengan perwatakan dan sejuring hatinya yang saya kenali beliau bukan seorang yang tahu mendesak dan berhajat menyusahkan parti. Ketulusan Salahuddin dalam perjuangan tercermin pada raut wajahnya yang jernih dan tenang.

Ini terbukti sebagai Naib Presiden beliau berhak untuk memperjuangkan dirinya untuk bertanding di mana-mana sahaja. Namun itu nampak tidak pernah digunakan untuk kepentingan peribadi. Sebaliknya kedudukan sebagai Naib Presiden banyak digunakan untuk memperjuangkan nasib kawan-kawannya atau menjadi jambatan mengharmonikan keadaan dalam parti.

Apa yang berlaku di Kedah - pergelutan di antara Pahkrorazi Zawawi dengan Azizan Razak adalah bukti macam mana komitmen dan peranan diaminakn oleh Salahuddin. Apabila menyedari pergelutan semakin panas dan tiada usaha menanganinya maka beliau telah mengambil inisiatif menjadi orang tua memperjudikan dirinya demi kebaikan parti menangani isu itu.

Dalam hal ini Salahuddin telah menguji dirinya sendiri. Cuba kalau inisiatif itu tidak menjadi ia boleh dianggap beliau mencari fasal dan akan meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang gagal. Namun tanggungjawab itu diambil menunjukkan Salahuddin seorang yang memiliki iltizam yang kuat dan meletakkan kepentingan parti mendahului kepentingan dirinya. Alhamdulilah pergelutan di Kedah itu selesai dengan jaya.

Apa yang berlaku dan dilakukan Salahuddin sewajarnya diteladani oleh individu tertentu terutamanya oleh mereka yang merasakan diri mereka tidak dilayan dengan adil menjelang pilihan raya ini. Mereka yang akan tidak diletakkan bertanding kerana sebab-sebab tertentu ataupun dipindah kawasan kerana sebab-sebab tertentu juga perlu malu dengan Salahuddin.

Akurlah taatilah keputusan parti. Kenapa kita begitu sukar untuk menerima pandangan parti? Kalau Salahuddin boleh dengan senang berangkat ke Johor meninggalkan tanah KSK yang sudah dimajui, pokok sudah berbuah dan rakyat sudah sebati dengannya, kenapa tidak dengan kita? Seorang pejuang tidak boleh penakut dan terlalu hipokrasi.

Berjiwa besarlah seperti Salalhuddin. Kenapa kita merasa susah untuk akur dengan keputusan parti sebab kita merasakan apa yang menjadi milik kita itu adalah hak kita. Sedangkan apa-apa yang kita rasai itu dan nikmati itu hanya pinjaman sahaja. Hakikatnya kuasa, jawatan yang dipikul oleh seseorang wakil rakyat itu bukan hak mereka tetapi hak rakyat. Jadi kenapa harus gentar dan merasa sedih atas pertukaran atau pengunduran kita.

Jika kita benar-benar hebat letaklah di mana-mana pun kita tetap hebat, bak kata pepatah kalau benih yang baik lempar ke laut menjadi pulau lempar ke lembah menjadi gunung.- http://www.msomelayu.blogspot.com/

Isa Samad sedang monopoli Felda - Mazlan

Posted: 12 Apr 2012 06:10 AM PDT

Nazri Abdullah,


PUTRAJAYA, 12 April: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman tidak menolak kemungkinan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sedang merancang untuk memonopoli Felda.

[Gambar: Mazlan (tengah) dan rombongan menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada SPRM, di Putrajaya pagi tadi.]

Menurutnya, ianya dapat dilihat dengan jelas ekoran beberapa tindakan Isa bermula dengan perlantikan Isa sebagai ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) seterusnya menjadi pengerusi KPF yang didakwa secara 'rampasan kuasa' pada 25 Ogos tahun lalu menggantikan Datuk Dzulkifli Abd Wahab.

Selepas itu, dengan kuasanya Isa dakwa Mazlan telah bertindak menulis surat kepada Perdana Menteri agar mengrahkan Dzulkifli cuti belajar sembilan bulan.

Selain Dzulkifli, Timbalan Pengarah Besar KPF Abidin Abdul Rahman pula turut ditukar menjadi pengumpul keratan akhbar di Perpustakaan di Jabatan Perdana Menteri.

Terbaru pula dedah Mazlan, Isa menggunakan kuasanya menamatkan tiga wakil Lembaga Pengarah KPF dalam Felda Holding menerusi sepucuk surat bertarikh 22 Mac 2012.

Mereka adalah Datuk Zainal Hassan, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Raja Sharifudin.

Manakala pada mesyuarat antara Menteri di JPM Datuk Ahmad Maslan pada 14 Disember 2011, Isa telah dilantik mewakili KPF dalam Invesment Holding Company (IHC) iaitu syarikat pegangan pelaburan selepas penyenaraian FGVH.

Maklumat terbaru juga kata Mazlan, beliau mendapat maklumat bahawa Isa secara senyap-senyap telah menubuhkan syarikat Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd bagi menggantikan Felda Plantations Sdn Bhd.

Lebih memeranjatkan, 12 orang pengarah dalam Felda Plantations sebelum ini hanya tingal dua orang dalam syarikat baru itu iaitu Isa dan Datuk Sabri Ahmad.

"Bayangkan sekarang ini kuasa mutlak sedang berada di tangan Isa Samad dan Sabri Ahmad.

"Ini baru sebelum penyenaraian, bayangkan selepas penyenaraian, apa mereka akan buat nanti," kata Mazlan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum menyerahkan laporan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Isa kepada SPRM.

Antara penyelewengan yang didakwa Mazlan termasuk memberi pojek secara runding terus 'Ceria ke Sekolah' bernilai RM2,750 000 dan projek membekal multivitamin 'Proviton dan Vitamin C Flavettes Sugar' bernilai RM1,590,000.

Selain itu, kos membeli buku coffee table 'Najib PM Malaysia ke 6' sebanyak tiga kali dengan nilai masing-masing RM118,750, RM142,500 dan RM91,437.50.

Yang terakhir berkaitan kos jamuan hari raya di kediaman Isa di Port Dickson berjumlah RM353,375 dan isterinya datin Sri Bibi Sharliza RM17,875 yang didakwa lebih mahal dari biasa yang dibuat di ibu pejabat Felda sekitar RM30,000.

Bersih 3.0 dan seni bela diri 'tai chi': Najib sudah sedia dengan kambing hitam

Posted: 12 Apr 2012 06:05 AM PDT

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


TERKINI. Jangan buat silap.PM Najib dilanda kebimbangan mengenai Bersih 3.0- rali pada 28 april yang dianjurkan oleh gerakan untuk pilihanraya bebas dan adil,Bersih dan disokong lain-lain aktivis termasuk Pakatan Rakyat yang diketuai pemimpin pembangkang,Anwar Ibrahim.

Najib mungkin sudah memberi lampu hijau untuk protes secara aman itu tapi ini tak bermakna kegusaran nya atau Bersih 3.0 telah berakhir.Jelas pengumuman Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein penuh hati-hati: Kerajaan tidak melihat Bersih 3.0 sebagai isu keselamatab dan kami benarkan ia di adakan. Tetapi haruslah mengikut Akta Perhimpunan Aman ( undang-undang baru yang dikecam sebagai tipu helah aktivist pro demokrasi)

Kemungkinan ada pertukaran keadaan tapi itu tidak akan halang rakyat

Najib tiada pilihan selain dari berkata ya. Beliau cuba tapi tidak dapat cukup sokongan untuk mengenepikan apa yang diperjuangkan oleh Bersih 3.0.Jadi adalah lebih baik dibenarkan.Mungkin jika ianya sah, rakyat tidak akan hadir, Mungkin juga, tapi walau apapun terjadi masa kini dan kemudian-samada Najib tarik balik atau tidak kebenaran- Bersih 3.0 akan disokong oleh rakyat. Kehangatan nya masih terasa, menjadi satu sejarah, menyumbang ke arah membentuk satu kerajaan baru yang mengikut kehendak rakyat dan bukan sebaliknya.

Bagi Najib,kenangan pahit Bersih 2.0 yang dianjurkan pada 9 Julai 2011 masih segar dalam ingatan dan beliau mesti malu setiap kali teringatkan kegilaan yang menguasainya dan kerajaan ketika beliau panik,hilang arah hingga mengharamkan pemakaian t shirt warna kuning.Kuning ialah warna untuk logo Bersih.

Melihat kebiasaan beliau, yang mana rakyat sudah masak sejak beliau ada dalam arena politik dari usia 20an, Najib tentu akan memilih untuk lari dari masalah menghadapau Bersih 3.0, dan menghadapi kritik dari akibatnya. Malah, ramai pemerhati meramalkan yang pejabat PM akan mengumumkan lawatan kerja ke luar negara yang akan membawa beliau dan isterinya Rosmah Mansur jauh dari Dataran Merdeka,dimana protes secara duduk akan diadakan, dan jauh dari Malaysia dimana bahang politik mula terasa panas untuk kedua mereka.

Harap kan penipuan dan tipu helah

Menyelesaikan isu Bersih 3.0 perkara mudah.Najib hanya perlu arahkan Suruhanjaya Pilihanraya membuka daftar pengundi nya untuk pemeriksaan bebas, dan membenarkan beberapa perkara lain yang akan menentukan dan melindungi sistem pengundian dari dituduh penuh penipuan dan tipu helah.

Sedihnya,Najib dan sekutunya dalam BN mengharapkan penipuan dan tipu helah untuk menang dalam pilihanraya umum ke 13. Mandat 5 tahun mereka akan berakhir pada Mac 2013, dan PRU 13 dijangkakan yang paling hangat dipertandingkan dengan peluang lebih baik untuk Pakatan menang.

Jadi memang tiada jalan Najib akan patuh kepada permintaan untuk praktik terbaik dan pengundian telus.Tekanan buat beliau bukan saja datang dari kuasa-kuasa dalam parti Umno sahaja, malah dari MCA yang tanpa segan silu memprotes dengan lantang hak yang diberikan untuk rakyat Malaysia di luar negara mengundi-akan terus memberontak.

Tiada jalan penyelesaian,Najib mesti menunjukkan kuasanya bila berhadapan dengan Bersih 3.0 dah beliau sedar hal ini. Beliau Perdana Menteri negara ini. Jadi, apa perlu dilakukan? Benarkan Bersih 3.0 tapi semua kerja-kerja bawah tanah yang dijalankan oleh pemerintahan dan sekutu nya untuk menghapuskan kepentingan rali tersebut. Yang penting, jangan mengalah dengan desakan untuk perubahan, biarkan mereka buat rali dan menjerit hingga hilang suara tapi BN harus menang PRU13 dengan apa cara sekalipun.Jadi tiada perubahan, Cuma rali.

Menurut pemerhati kerajaan , Najib sudah mula membuat gerakan tai chi ( seni pertahankan diri Cina berasaskan gerakan menepis) .Iya, mereka yang rapat dengan beliau mula memerhati dan cuba menghilangkan diri secara diam diam.

Bukam mudah mencari kambing hitam

Selepas kejadian Bersih 2.0, tiada siapa dalam kerajaan,Umno atau BN yang begitu bodoh untuk mengangkat tangan memberi idea atau membantu.Siapa yang berbuat demikian pasti jika ia gagal, Najib akan beralih menyalahkan mereka. Pasti.

Sinis? Tapi itulah Najib. Dalam buku beliau, peraturan pertama ialah sentias melindungi dan pertahankan diri sendiri.Beliau lakukan dengan sediakan kambing hitam dari awal2 lagi.

Pertama dalam senarai ialah Suruhanjaya Pilihanraya yang tidak bernasib baik, Najib sudah mula mendesak Suruhanjaya itu untuk mengambil tanggungjawab. Samada menerima atau menolak sepenuhnya desakan Bersih 3.0 untuk perubahan. Tapi SPR lebih arif tentang umpan Najib. Mereka tidak bijak tapi tidak bodoh.SPR akan menolak semula tanggungjawab itu kepada Najib dan semuanya kepada Parlimen.Mereka tiada kuasa untuk membuat keputusan.

Jadi, tidak dapat keputusan yang beliau idamkan,najib arahkan Menter I Undang2 'de-facto', Nazri Aziz kedepan dan memberitahu rakyat adalah salah mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana ia satu tempat larangan sebagaimana dalam Rang Undang2 Perhimpunan Aman yang baru diluluskan.

Maklumat ini ternyata salah dan Nazri, yang sudah terjebak dalam skandal melibatkan anak lelakinya, menjadi mangsa kerana membuat kenyataan sedemikian.

Hisham dan pihak polis

Masih dengan tangan kosong,sekrang Najib dapatkan pula sepupunya,Menteri dalam Negeri Hishammuddin Hussein.

Hisham yang pernah mengharamkan gerakan Bersih 2.0. mengarahkan polis bergerak dan juga mendapat idea dengan pelan menakut nakutkan rakyat dengan plot komunis akan mengambil alih yang menyebabkan 6 ahli Parti Sisialis Malaysia merengkok dalam jail. Kali ini Hisham cuba bertindak bijak- beliau juga akan tai chi dan membbahagi kuasa kepada orang bawahannya.Hisham meletakkan fail tersebut kepada pihak polis.

Tidak hairan la Ketua Polis Negara Ismail Omar tertekan dan mula meminta kepercayaan rakyat kepada pihak polis dan tidak mempersoalkan tindak tanduk pasukan itu.

Sudah tentu Ismail tidak akan memberitahu apa akan berlaku jika rakyat terus menanya soalan atau mendesak yang beliau sebaliknya mendengar permintaan rakyat. Tapi ugutan dalam kata-kata Ismail adalah jelas dan satu langkah saja lagi. Tinggal setakat mana akan dilaksanakan saja lagi. Mungkin Ismail sedar kesabaran rakyat sudah makin kurang, dan sejauh mana beliau akan bertindak bakal menentukan sedalam mana beliau menggali kubur nya sendiri.

Kali ini untuk Bersih 3.0, polis akan mengambil jalan tengah. Mereka akan bergantung kepada helah dari kekerasan, atau begitu lah yang mereka rancangkan. Rali itu mungkin dibenarkan , tapi sudah tentu Ismail tidak akan membenarkan lebih dari beberapa ribu orang saja untuk sampai ke Dataran Merdeka.

Polsi akan bergantung kepada sekatan yang lebih baik di beberapa pintu masuk untuk melumpuhkan Bersih 3.0. Mereka merancang untuk menggandakan jumlah sekatan berbanding dari rali terdahulu. Dengan car aini, mereka tidak perlu menutup Kuala Lumpur dan mengundang kritikan yang lebih hebat.

Penganjur Bersih sudah tentu dapat menjangkakan ini, sebab itu mereka merancang mengadakan rali ini di seluruh negara. Tapi kepada polis dan Najib, ia masih upacara utama dan simbol tentangan antara kerajaan dan pembangkang.

Badut dan sarkas media

Satu lagi kambing hitam yang di kenal pasti Najib ialah Perkasa, satu kumpulan hak Melayu. Menyedari masa sudah suntuk dan tiada siapa mahu bertanggungjawab untuk Bersih 3.0, Najib berpaling kepada kumpulan ini yang diasakan oleh MP Pasir Mas Ibrahim Ali.Perkasa sudah mula melancarkan serangan pertamanya.Ia mengarahkan orang Melayu supaya tidak menghadiri rali itu.

Ketua Pemuda Perkasa Irwan Fahmi Ideris malah memanggil Pengerusi Bersama Bersih dan Sasterawan Megara A Samad Said pembelot. Di kenali dengan reputasi sebagai kumpulan yang agak melampau, agak mustahil untuk Perkasa, seperti mana2 pelawak untuk membangkitkan sesuatu kecuali gelak ketawa.

Sekarang, perlatan kegemaran nya- media utama.Ya, Utusan,Bernama, NST,The Star dan lain-lain akan terus menghentam Bersih 3.0 sebagaiman yang mereka lakukan semasa Bersih 2.0.

Baru-baru ini,penasihat DAP Lim Kit Siang menyeru media Malaysia- supaya berfungsi sebagai tiang negara-untuk membantah dan bangkit melawan berita –berita karut dan palsu yang di jaja oleh pentadbiran Najib dalam usahanya untuk mempertahankan kuasa.

Sudah tentu MSM akan mengecewakan Lim dan diri mereka sendiri. Utusan berkata," Rakyat perlu faham Bersih 3.0 ialah untuk menunjukkan kekuatan pembangkang, selain dari merosakkan imej negara di mata dunia luar."

" Itu fikiran Umno-BN dan sudah lapuk.Mereka sebenarnya mendedahkan kelemahan mereka sendiri, Harapan Bersih dan Pakatan ialah membawa mesej kepada rakyat Malaysia seluruh negara yang mereka tidak boleh benarkan BN menipu dalam PRU 13," kata MP Batu Tian Chua, yang mana parti nya menyokong Bersih 3.0.

" Apa yang salahnya inginkan sistem pengundian yang betul dan bersih? Apa yang salahnya dengan mengaudit daftar untuk tujuan itu? Jika BN tidak bersalah, mereka juga akan dapat faedah, jadi jika mereka mahu mencetus masalah, mereka mesti ada motif tersirat."

Perubahan masa

Laman web anti Bersih yang ditaja Umno-Bersih mula sibuk mencerna berbagai propaganda kenapa rakyat yang bermoral dan bertanggungjawab perlu hindari Bersih 3.0.

Tapi rakyat sudah saksikan semua sebelum ini.Bersih 2,0 Cuma satu peringatan. Ia pernah terjadi berkali kali sebelum ini dalam berbagai bentuk dalam dekad yang lalu , dimana bentuk penindasan nya mungkin lebih halus dan rakyat ketika itu lebih patuh.Tapi sudah pasti , mereka sudah saksikan selalu dan kali ini, samada Najib menghalang atau tidak, mereka akan memberontak, mereka akan bangkit.

Dari segi semangat nya Malaysia meronta untuk bebas.Dari segi intelek, rantai yang membelengu mereka sudah putus. Walau apa cara pun, penolakan dari BN atau tidak, kemenangan di pihak mereka kerana mereka mahukan nya.

Mungkin Najib perlu cuba memahami hal ini. Ia mudah dan beliau tidak terlalu jahil. Mudah untuk berdepan dengan kenyataan dan berhenti dari bersembunyi dalam tipu helah bodoh yang hanya menaikkan kemarahan rakyat. Lebih bijak jika Bersih 3.0 dibenarkan terus secara aman dan menjalan kan perubahan sistem pengundian yang dicadangkan gerakan itu jika ia benar. Itu lebih penting.

Sebaliknya, tidak tuan PM,kali ini skrit Rosmah pun tidak cukup besar untuk tuan bersembunyi.Malaysia Chronicle

Kehilangan undi Melayu: Najib takut apabila dibandingkan dengan Anwar

Posted: 12 Apr 2012 06:01 AM PDT

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di bawah serangan dari semua segi. Bukan sahaja dari 'Laksamana' Umno yang paling berkuasa - bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad – yang telah kehilangan keyakinan padanya untuk memenangi pilihan raya umum ke-13, malah ketua-ketua kecil serta orang-orang yang terbuang seperti bekas Ketua Menteri Selangor Khir Toyo awam memberi mereka nasihat tidak berguna bagaimana cara untuk menggagalkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gabungan Pakatan Rakyat.

Untuk Najib - seorang ahli politik yang kekok dan janggal, penyelesaian adalah mudah. Membedil Anwar dengan tohmahan. Ia tidak disedari olehnya bahawa Pakatan Rakyat telah berkembang lebih daripada sebelumnya apabila ia menyertai pilihan raya umum 2008 - satu pakatan longgar tiga parti, iaitu PKR, PAS dan DAP. Apa yang boleh berlaku, kebergantungan pada media sensasi dan bebrapa orang ahli politik pembelot yang dibeli Najib telah memberikan beberapa bonus bagi Pakatan Rakyat, yang taktik ini telah mengena diri mereka sendiri dan memusnahkan kredibiliti Najib.

Rakyat Malaysian mesti pilih Anwar

Apabila Najib mula-mula mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 serta menjanjikan reformasi, rakyat Malaysia begitu optimistik dengan memberinya peluang. Tetapi hampir 4 tahun telah berlalu, dan Najib telah terbukti ianya satu penipuan - mendukung cita-cita tinggi melangit di khalayak ramai tetapi bertindak sebaliknya pada realiti. Akhirnya, dia hanya dilihat tidak lebih daripada hanya seorang lagi pemimpin Umno lemah yang perlu bergantung kepada bangsa dan agama untuk membangkitkan sokongan untuk dirinya sendiri.

Atas dasar ini, tidak hairanlah begitu banyak penampilan dalam TV hampir setiap malam bagi orang-orang penipu seperti Senator S Nallakaruppan, Senator Ezam Mohd Nor, Ummi Hafilda dan bekas pemimpin Pemuda MIC, N Gobalakrishnan yang hanya mencetuskan perasaan sinis mengenai kaliber seorangperdana menteri. Walau bagaimanapun, setelah membayar yuran yang besar, termasuk penyerahan beberapa Senatorships, Najib merasakan ia adalah 'selamat' untuk terus dengan kempen "seks, seks, seks" terhadap Anwar. Selepas semua, bekerja untuk Mahathir, jadi mengapa tidak untuk dirinya? Tetapi ia hanya berkesan untuk Mahathir kerana ia Berjaya melemparkan Anwar ke dalam penjara. Bolehkah Najib melakukan perkara yang sama pada Anwar, hari ini? Adakah kesannya akan sama?

Dengan mudahnya, Najib juga nampaknya terlupa bahawa rakyat mampu berfikir untuk diri mereka sendiri atau mereka mungkin tertanya-tanya mengapa dia menganjurkan kempen yang meragukan?Kenapa dia tidak menerima pelawaan Anwar untuk berdebat dimana Ketua Pembangkang telah berulang kali mencabarnya?

Jawapannya sudah jelas. Najib tidak boleh berdebat dengan Anwar dan ia bukanlah hanya isumahir atau tidak dalam berpidato. Perdebatan akanmemperlihatkan perbezaan yang cuba untuk dielakkannyadalamapa jua keadaan. Najib tahu dia tidak setanding dengan Anwar dari segi bakat.Malah Mahathir memilih Anwar menjadi timbalan perdana menteri apabila Anwar masih dalam Umno dan bukan Najib.

Oleh itu, untuk membolehkan rakyat Malaysia untuk melekat dihadapan TV bagi menyaksikan debat, dan membenarkan mereka - khususnya orang Melayu - peluang untuk menilai dan yang paling menakutkan, membandingkan dua lelaki ini, ada lebih baik Najib mengalah sahaja.

Tidak berjalan dengan lancar bagi Najib

Pada usia58 tahun, Najib berada dalam kedudukan yang janggal disebabkan ketidakupayaannya sendiri untuk memimpin serta sifat ragu-ragu. Ini adalah mengapa isterinya Rosmah Mansor menjadi begitu berpengaruh berbanding isteri-isteri perdana menteri sebelumnya.Sebagai Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin telah memberi amaran, jika Najib tidak mampu mengawal isterinya yang gemar membeli-belahsehinggamemberi kesan kepada rakyat biasa sehinggalah ke Parlimen - bagaimana mungkin dia mampu mengawal negara?

Sehingga kini, dia telah gagal untuk memberi jawapan kepada jemputan dari pengasas Wikileaks Julian Assange untuk bekerjasama dengan penulis blog yang hidup dalam buanganRaja Petra dan mencabar Anwar dalam perdebatan yang dikendalikan oleh Julian.Dari segi perbandingan ketara, Anwar bersetuju tanpa sebarang syarat walaupun berat sebelah kerana Najib dan Raja Petra menjadikan ia dua lawan satu.

Mungkin juga Najib menjangkakan Anwar akantakut seperti dirinyalalumenolak jemputan Assange. Sememangnya, dua lawan satu tidak adil. Tetapi Anwar membuktikan dia salah dengan serta-merta menerima, dengan hujah bahawa ia amat penting bagi orang ramai diberi peluang menilai diri sendiri keadaan negara dan membuat keputusan yang lebih baik berkaitan siapa yang patut mentadbir negara mereka - Pakatan Rakyat atau BN?

Jadi untuk terus menyerang Anwar dengan tema "seks, seks, seks" lebih 'selamat', anggap Najib.Terdapat banyak sebab untuk dia dan puaknya mempercayai mereka berada di landasan yang betul.Salah satu faktor adalah keadaan terdesak.

Keadaan yang sukar

Najib berada dalam kedudukan yang sangat sukar sekarang. Ini kerana terlalu banyak isu dan skandal melibatkan dirinya yang didedahkan, semua pada masa yang sama. Dia sudah tidak boleh menghadapinya.Kerana itulah dia seringke luar negara.Setiap kali, pintu kabinjet mewah ditutup, Najib menghela nafas lega dan mengesat dahinya yang berpeluh.

Segala-galanya seolah-olah menimpa dirinyapada masa yang sama dan dia tidak mempunyai jawapan untuk semua itu. Sama juga seperti bila pilihan raya umum ke-13 akan diadakan. Pada mulanya pembangkang dituduh cubamempercepatkan GE-13, tetapi mengapa apabila reformasi bagi sistem pilihanraya yang dituntut belum dilakukan lagi?

Tekanan yang diberi kepada Najib untuk mengumumkan tarikh GE-13 dari panglima UMNO semakin berat.Yang berkuasa seperti Mahathir dan Daim mampu menunggu.Seperti pembangkang, mereka mahu menang dan jika akan mengambil masa setahun lagi untuk mendapat mandat BN secara rasmi yang tamat pada bulan Mac 2013, biarlah. Tetapi ia sukar buatpanglima kecil, yang tidak sabar menunggu untuk mendapatkan dana yang diperuntukkan oleh Najib kepada setiap bahagian untuk mendapatkan jentera mereka sebagai persediaan untuk pemilihan. Lelaki-lelaki ini mahu membalas dendam seperti serigala untuk wang, dan dalam tradisi Umno, seseorang boleh mengharapkan dengan selamat bahawa 90% daripada dana disalurkan ke akaun mereka sendiri. Ya, majoriti ketua-ketua Umno mahu 'duit' mereka sekarang!

Rakyat tidak mahu 5 tahun lagi bersama Najib dan Rosmah

Bagi Najib dan Rosmah pula, mereka lebih suka untuk berpegang kepada Putrajaya selama yang boleh, kediaman rasmi Seri Perdana, perjalanan luar negara atas perbelanjaan pembayar cukai sertaorang suruhan yang bersedia pada bila-bila masa. Malah, adalah ideal bagi mereka supaya pilihan raya umum tiada langsung!

Tetapi untuk rakyat, sudah jelas kesabaran sampai pada batasnya.Ancaman Kristenisasi gagal untuk menyentuh perasaan merekatidak seperti di masa yang lalu.Kini, orang-orang Kristian tidak takut untuk marah dan menjawabtohmahan.Walau bagaimanapun, seluruh Malaysia menyaksikan dalam keadaan yang muak.

Yang penting pada fikiran mereka adalah jika Najib dilantik semula, mereka akan terpaksa hidup selama 5 tahun lagi di bawah pemerintahan yang membazir masa. Bolehkah mereka menanggung 5 tahun lagi bersama Najib dan Rosmah, 5 tahun lagi dimanipulasi dan dipandu oleh Mahathir dan Daim, 5 tahun lagi dengan rasuah dan pengaliran wang keluar secara haram?

Inilah persoalan yang terpaksa dihadapi oleh Najib.Inilah soalan yang menghantui minda rakyat. Tetapi, Najib tidak pernah memahami perasaan rakyat dan dia tidak pernah ingin tahu pun akan kenyataan itu.

Kegagalan yang baru

Lihatlah Felda Global Ventures Holdings penyenaraian yang akan berlaku pada bulan Jun. Ini tidak disukai sebilangan besar peneroka Felda tetapi Najib hanya memilih untuk mendengar daripada mereka yang menyokong.

Begitu juga dengan perjanjian pertukaran saham MAS-AirAsia, yang dikutuk dan dibantah oleh kakitangan MAS.Adakah Najib mendengar? Tetapi kini syarikat penerbangan negara berada dalam keadaan lebih teruk selepas pertukaran saham, dia cuba untuk memujuk kakitangan MAS, sebahagian besar daripada mereka adalah orang Melayu yang boleh mengundi untuk Pakatan Rakyat jikaterlalumarahapabilarintihan mereka tidak diendahkan. Tetapi seperti orang lain di Malaysia, kakitangan MAS akan mengetahui bahawa Najib tidak pernah maksudkan apa yang dikata. PM hanya bercadang untuk bercakap sahaja dan memberikan simpati tetapi sehingga perjanjian diterbalikkan semula, kakitangan MAS tidak perlu menahan nafas mereka.

Satu lagi flop besar adalah skim Rumah Pertama dimana Najib telah menyematkan harapan untuk memenangi undi golongan profesional muda, yang tiba-tiba mendapati diri mereka tidak dapat membeli harta disebabkan oleh harga yang sentiasa naikdan sebagai Menteri Kewangan –dia gagal untuk berbuat apa-apa tentangnya atau cubauntuk mengawal. Hanya minggu lalu Bank Negara akhirnya mengumumkan langkah-langkah untuk menangani masalah pasaran hartanah dengan membuatkania sukar untuk meminjam dan membuat spekulasi mengenai harga hartanah.

Jadi, tidak, Najib tidak berbuat apa-apa sebagai menteri kewangan.Jika ada, dia masih boleh meninggalkan beberapa legasi.Tetapi ekonomi selalunya tidak berubah perlahan dalam tempoh 4 tahun yang lalu, dan bergerak secara 'auto-pilot'.Gearsudah beralih akibat kelembapan ekonomidan ini sebagai amaran yang kesan kelembapan ekonomi global mula memberi tempias ke dalam ekonomi tempatan. Dengan Pembangkang semakin hiperaktif dan tidak ada apa yang nak ditakutkan, Najib tidak mampu lagi untuk merompak dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seperti pemimpin sebelum ini. Ini bermakna Umno tidak lagi akan dapat meluluskan tanggungjawab itu dari tangan kiri ke tangan kanan dan kemudian berpura-pura bahawa negara telah mencapai kemajuan apabila pergerakan tersebut adalah semata-mata ke sisi dan bukan ke hadapan.

Untuk itu, berita sensasi dan "seks, seks, seks" bagi mengalih perhatian Melayu

Jadi, tidak hairanlah Najib perlu "seks, seks, seks" untuk menentang Anwar.Dia menggunakan cerita sensasi untuk menarik minat orang Melayu ', seperti orang miskin di India bergantung kepada Bollywood untuk terus memberi keceriaan pada kehidupan harian mereka.

Rakyat Malaysia dan Kristian mesti berhati-hati dan memberanikan diri untuk melanda baru dari orang-orang seperti kumpulan pelampau Kuasa dan Jati Hasan Ali. Malah, pada hari Isnin, Hasan akhirnya akan mendedahkan video yang ditunggu-tunggu, yang dia menuntut membuktikan bahawa orang Kristian akan keluar semua untuk menukarkan umat Islam di Malaysia.

Bagi isu kaum pula, pendidikan digunakan sebagai alat untuk mengalihkan perhatian orang Melayu yang kecewa dan takut pada Cina.Rusuhan 13 Mei, 1969 digunakan untuk menakutkan orang Cina ke dalam supaya tunduk dan ia bukanlah kebetulan jika Najib merancang sambutan ulang tahun Umno ke-66 adalah untuk mengakhiri 13 Mei, di mana dia dijangka akan membuat ucapan 'istimewa'.

Bagi Najib, ia adalah antara hidup dan mati untuk terus menghalang Anwar.Mengapa? Dia tidak mampu untuk membenarkan orang Melayu memberi tumpuan kepada realiti yang Anwar adalah salah seorang daripada pemimpin Melayu yang paling berbakat sejak kebelakangan ini. Terdapat perbezaan yang besar dalam gaya politik mereka, budaya, pendidikan dan program ekonomi.

Dalam bidang ekonomi, Najib mencampur adukkan GTP, ETP, EPP dan sebagainya. Anwar, diundi sebagai menteri Kewangan terbaik oleh lebih konsisten. Ini mudah bagi Anwar yang berusia 64-tahun. Beri keutamaan bagi si miskin, kekayaan dan mendapatkan pulangan atas dasar keperluan, biar negara mengamalkan dasar terbuka dan memastikan Malaysia ditadbir dengan bersih dan telus. Selebihnya akan berjalan dengan sendirinya. Ia kelihatan mudah berbanding akronim gemilang Najib. Sepertimana ilmu ekonomi yang kita tahu, yang penting mesti didahulukan.

Orang Melayu sudah bijak

Bolehkah Najib dan Umno berhenti dari memfitnah Anwar? Orang Melayu sudah mula membandingkan Anwar dengan Najib, Umno dengan Pakatan Rakyat. Sememangnya, ia adalah sangat mudah bagi orang Melayu untuk pergi ke sisi Anwar. Dia pernah menjadi pujaan komuniti sehingga Mahathir memulakan konspirasi Liwat I terhadapnya. Walaupun begitu, Mahathir terpaksa juga meletak jawatan dan Umno mula berpecah.

Selepas Anwar dibebaskan, dia memutuskan untuk kembali aktif dalam politik, Najib tahu dia terpaksa terus melaungkan tuduhan seks terhadap Anwar untuk menghidupkan benih keraguan. Untuk itulah, adanya Nalla, Ezam, Ummi dan tidak ketinggalan trio Datuk T. Tetapi Najib terlalu bodoh. Atau mungkin dia tidak mahu mengakui bahawa pelan terakhirnya- tidak menjadi. Lihatlah video seks Datuk T yang dimainkan setiap hari di akhbar-akhbar arus perdana dan di TV. Ia hanya Berjaya melabel Najib dan Umno sebagai hanya tahu pada "seks, seks, seks".

Jika Najib pintar, dia akan melihat perubahan ceria yang nampak di seluruh negara dan dunia apabila Anwar didapati tidak bersalah dalam Liwat II. Dan menjadi takut, sangat takut.

Najib seperti budak yang menjerit serigala. Dari Saiful Bukhari Azlan, pengadu Liwat II, trio Datuk T dan kemudiannya kumpulan Nalla-Ezam-Ummi, strategi longkangnya telah gagal dan akan terus memakan dirinya sendiri dan juga kredibilitinya. Inilah kebaikan bagi Anwar dan Pakatan Rakyat kerana Najib terlalu bodoh untuk sedar.Malaysia Chronicle

Perubahan kerusi dan calon terserah kepada PAS pusat, kata Nik Mohd Amar

Posted: 12 Apr 2012 05:17 AM PDT


KUALA LUMPUR — Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun ada ura-ura mengatakan beberapa Exco Kerajaan Negeri Kelantan akan bertukar kerusi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) ke Parlimen namun menegaskan ia akan ditentukan PAS pusat.

Bagaimanapun Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan ini tidak menolak kemungkinan pertukaran kerusi itu boleh berlaku sambil menyifatkan ia perkara biasa dalam mana-mana parti politik.

Kata Nik Mohd Amar Nik, perkara sama pernah berlaku kepada beliau yang diminta untuk bertanding di DUN Kelantan pada pilihan raya umum 2004.

Beliau kini merupakan Adun Panchor dan memegang jawatan Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah di bawah kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kita tidak tahu siapa yang akan bertanding, senarai nama calon juga tidak tahu...kita tidak akan dimaklumkan kecuali sampai masanya, kebiasaannya selepas pembubaran Dewan Negeri baru kita akan tahu siapa yang akan bertanding dan di kawasan mana. Sebelum pembubaran tiada siapa pun tahu.

"Sebenarnya pertukaran (kerusi) itu perkara biasa, saya juga pernah dari Parlimen ke DUN. Kalau perubahan ini berlaku ia perkara biasa dalam parti politik dan ia merupakan percaturan parti merangka strategi pilihan raya," katanya kepada The Malaysian Insider menambah keputusan akhir calon bertanding terletak kepada PAS pusat.

Sinar Harian Online hari ini melaporkan ura-ura mengaitkan beberapa exco kerajaan negeri akan bertukar kerusi dari DUN ke Parlimen semakin jelas kedengaran.

Malah, dikatakan exco berkenaan mula mempersiapkan diri, melakukan kerja-kerja parti lebih awal dengan menjelajah daerah yang bakal ditandinginya, untuk menguatkan sokongan sekiranya pimpinan Pusat mengesahkan pencalonan beliau.

Bekas Pengarah Strategi PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun tidak menolak kemungkinan beberapa exco akan beralih kerusi ke parlimen dengan tujuan untuk memantapkan parti secara keseluruhan.

Menurutnya, perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa memandangkang PAS Kelantan sebelum ini pernah melakukan perubahan dengan menukar exco ke peringkat pusat.

Sementara itu itu Abdul Fatah ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata PAS Kelantan bersedia melepaskan mana-mana exco jika perlu untuk dibawa ke Parlimen.

Beliau menambah PAS negeri tidak boleh mengesahkan siapa yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan ia akan ditentukan pimpinan pusat parti Islam itu.

"Perubahan akan dibuat PAS pusat, ia ditentukan disana...kita tidak boleh sahkan (siapa akan bertanding), nama kita boleh calonkan cuma disaat akhir kemungkinan akan berlaku kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

"Kalau memerlukan beberapa orang dari negeri untuk ke Parlimen tiada masalah...kalau dari Parlimen turun ke negeri juga boleh. Sebelum ini ramai pemimpin kita yang ditukarkan kerusi, sama ada dari negeri ke Parlimen atau Parlimen ke negeri," katanya.

Abdul Fatah berkata banyak faktor yang perlu dinilai oleh PAS pusat untuk memilih calon bertanding.

"Banyak faktor perlu dilihat, bukan lihat satu faktor tapi banyak faktor lain juga yang perlu dilihat dan dinilai sebelum membuat keputusan.

"PAS pusat akan melihat mengikut kesesuain untuk meletakkan calon, kita tidak tahu siapa," katanya.

BERSIH: SPR tanding p'raya kalau berani

Posted: 12 Apr 2012 05:15 AM PDT

BERSIH hari ini mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertanding dalam pilihan raya jika suruhanjaya itu mendakwa mendapat sokongan daripada majoriti rakyat Malaysia.

"SPR bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Mereka tidak bertanding dalam pilihan raya.

"Jika mereka ingin bercakap tentang perkara itu (isu sokongan majoriti), minta mereka bertanding dalam pilihan raya," kata anggota jawatankuasa pemandu BERSIH P Subramaniam.

Beliau mengulas kenyataan SPR yang berulang kali mendakwa pengkritiknya tidak mendapat sokongan majoriti.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar mendakwa SPR masih mendapat kepercayaan majoriti rakyat Malaysia.

Sebagai respons kepada desakan supaya beliau meletakkan jawatan, Wan Ahmad dilapor menggesa BERSIH menghormati suruhanjaya yang dilantik yang Yang di-Pertuan Agong seperti ditetapkan dalam perlembagaan.

Permohonan iman Hoslan ditangguh ke Isnin

Posted: 12 Apr 2012 05:12 AM PDT

Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini menangguhkan permohonan iman Hoslan Husin untuk menyemak semula hukuman penjara setahun terhadapnya kerana menghina mahkamah.

Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira semua pihak yang hanya diberikan penghakiman bertulis berhubung hukuman itu pagi ini.

karpal singh pc penang 180312Panel yang diketuai Hakim Tan Sri Arifin Zakaria kemudian menetapkan ia akan didengar pada 2 petang pada Isnin bagu memberikan cukup masa kepada semua pihak mengkaji penghakimannya.

Peguam pembelaan Karpal Singh memohon penangguhan singkat untuk mengkaji keputusan itu.

"Walaupun ia bertarikh 5 April, kami hanya mendapatkannya pagi ini. Kami perlukan masa untuk mengkaji penghakiman ini dan menyedikan penghujahan kami," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya yang hadir bagi untuk pendakwaan bersetuju.

KM Sabah nafi terlibat dalam skandal balak RM400 juta

Posted: 12 Apr 2012 05:06 AM PDT




KUALA LUMPUR— Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini menafikan dakwaan rasuah yang mengaitkan dirinya dengan skandal rasuah pembalakan bernilai RM400 juta seperti mana yang didedahkan dalam Sarawak Report baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan, pemimpin Umno ini juga menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan pengusaha balak Sabah Michael Chia, individu yang telah ditahan dan didakwa mengubah wang haram selepas cuba menyeludup masuk SGD16 juta (RM40 juta) ke Malaysia pada 2008.

Menurut laporan media, Chia dikatakan memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang itu adalah kepunyaan Musa.

"Saya nafikan semua tuduhan ini. Saya mahu katakan sekali lagi yang saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan individu bernama Michael Chia," kata Musa (gambar) dalam kenyataan hari ini.

Musa sebaliknya menuduh Sarawak Report berniat jahat, mendakwa tuduhan rasuah itu mungkin sebahagian daripada konspirasi yang mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

"Malangnya terdapat pihak di luar sana yang akan terus mengitar semula tuduhan-tuduhan seperti ini apabila pilihan raya semakin dekat.

"Rakyat Sabah boleh buat keputusan berdasarkan rekod prestasi saya. Bukan mereka yang tidak dikenali dan tidak bernama yang menggunakan blog untuk berkhidmat demi kepentingan politik mereka," katanya.

Bagaimanapun Musa menambah bersedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa jika perlu namun menegaskan pada masa sama mahu memberikan fokus kepada negeri pimpinannya.

Sarawak Report minggu lalu mendakwa mempunyai dokumen penglibatan Musa dan adiknya Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam skandal balak bernilai jutaan ringgit.

Awal minggu ini, pemimpin PKR mendakwa perkara yang sama, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesyorkan pendakwaan ke atas kedua-dua adik-beradik itu namun ia dihalang Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Timbalan Setiausaha Agung PKR Darell Leiking turut memberikan tempoh selama seminggu kepada kerajaan BN untuk mengarahkan Musa dan Anifah mengambil cuti sementara daripad tugas mereka dan menggantung Peguam Negara Tan Seri Abdul Gani Patail, yang juga dikatakan turut terlibat dalam skandal itu.

PKR: Jelaskan kelewatan rayuan pembunuh Altantuya

Posted: 12 Apr 2012 05:05 AM PDT


MALAYSIA KINI

PKR hari ini menuntut jawapan mengapa rayuan Chief Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu - dilewat-lewatkan sehingga lebih tiga tahun.

Dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009.

hindraf to palace 250408 n surendranMereka dituduh membunuh Altantuya antara jam 10 malam pada 10 Oktober dan 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Puncak Alam, Shah Alam.

"Kelewatan kes rayuan yang menjadi perhatian umum lebih daripada tiga tahun ini bukanlah amalan biasa dan tidak boleh diterima," kata Naib Presiden PKR N Surendren dalam satu kenyataan harin ini.

Kes pembunuhan ini mendapat perhatian dalam dan luar negara, dengan dakwaan penglibatan penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang merupakan orang kepercayaan Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu timbalan perdana menteri.

Abdul Razak dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu, tetapi dibebaskan daripada pertuduhan selepas itu.

'Tak benar 1,700 guru sekolah Cina tak diisi'

Posted: 12 Apr 2012 04:28 AM PDT

MALAYSIA KINI
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran tidak pernah menganaktirikan atau memberi layanan berbeza kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina atau Tamil.

christmas school 261211 muhyiddin"Kita tidak pernah memberi layanan berbeza hanya kerana ia sekolah Cina atau Mandarin tetapi ada persepsi pemikiran sesetengah pihak termasuk pembangkang... oh, sekolah Cina kita ketepikan, sekolah Tamil kita ketepikan, sekolah kebangsaan kita utamakan," katanya pada majlis perjumpaan beliau dengan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sempena lawatan beliau ke Selangor di bawah Program Nurani Rakyat Barisan Nasional Selangor di Shah Alam Khamis.

Sambil menyifatkan kedua-duanya merupakan sebahagian penting dalam sistem pendidikan negara, beliau berkata Kementerian Pelajaran mahukan sekolah-sekolah jenis kebangsaan mempamerkan prestasi yang baik dan banyak sekolah kedua-dua aliran ini setanding pencapaiannya dengan sekolah-sekolah kebangsaan.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata kerajaan mengutamakan sekolah kebangsaan kerana ia adalah dasar dan sistem negara tetapi sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil tidak boleh diketepikan.

"Ada orang nak mengelirukan kita, dah dekat pilihan raya, kalau jadi kerajaan sekolah jenis kebangsaan akan dipertahankan kekal terus. Sekarang di bawah BN, Sekolah Kebangsaan Tamil dan Cina jadi sebahagian penting sistem pendidikan negara, tidak boleh kita pinda dan ubah. Ini kita sudah terima sebagai warisan kita," katanya.

Muhyiddin berkata sistem sekolah aliran Cina dan Tamil di samping sistem sekolah kebangsaan merupakan satu sistem pendidikan unik yang hanya terdapat di Malaysia dan ini memberikan kebaikan kepada rakyat Malaysia untuk memilih aliran mana yang ingin dipelajari.

Katanya soal kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang ditimbulkan oleh pihak Dong Zong menerusi satu perhimpunan di Kajang atas dasar sudah 20 tahun sekolah-sekolah Cina diabaikan dan guru-guru tidak disediakan adalah satu pembohongan besar.

Beliau berkata para guru yang hadir pada hari ini memang mengetahui masalah kekurangan guru bukan sahaja membelenggu sekolah-sekolah Cina malah sekolah-sekolah kebangsaan terutamanya guru-guru Bahasa Inggeris.

"Bukan kementerian membiarkan masalah kekurangan guru itu berterusan kerana mengisi kekosongan jawatan-jawatan guru yang bersara mengambil masa," katanya.

Beliau berkata, memandangkan ramai wanita menjadi guru, setiap tahun kira-kira 20,000 guru bersalin dan tempat mereka ini juga perlu diisi.

Mengenai dakwaan ada 1,700 kekosongan guru di sekolah Cina tidak dapat diisi, Muhyiddin berkata sebenarnya lebih 1,400 guru itu telah diisi dengan guru-guru sementara.

Beliau berkata kerajaan telah mengambil langkah bagi menangani masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah Cina yang memerlukan guru yang boleh berbahasa Mandarin walaupun untuk pelajaran Bahasa Malaysia kerana khidmat mereka diperlukan untuk mengajar matapelajaran lain jika diperlukan.

Untuk itu, katanya, guru besar sekolah-sekolah Cina telah diberi kuasa untuk melantik guru-guru sementara dalam tempoh terdekat bagi mengisi kekosongan guru di sekolah-sekolah masing-masing.

Muhyiddin berkata daripada segi infrastruktur, masalah SRJK Tamil dan Cina tidaklah seteruk sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak di mana beliau terpaksa menggunakan helikopter untuk melawat sekolah-sekolah di sana kerana kalau melalui perjalanan darat ia akan mengambil masa empat hari untuk sampai ke sekolah-sekolah tertentu.

Beliau berkata ada antara sekolah itu sudah berumur 50 tahun dan keadaannya semakin teruk.

Menurut audit bangunan sekolah yang dijalankan oleh kementerian, terdapat 600 buah sekolah dalam keadaan daif dan perlukan perhatian.

"Kita bukan tak bagi perhatian, SRJK Cina lagi elok...sekolah kebangsaan lagi teruk sebab di pedalaman," katanya.

Muhyiddin berkata kos membina sebuah sekolah kebangsaan di Sabah dan Sarawak adalah tinggi iaitu RM60 juta seunit kerana kos pengangkutan bahan binaan yang tinggi serta jarak yang jauh berbanding dengan sekolah kebangsaan baru di Semenanjung yang hanya menelan belanja RM20 juta.

Katanya peruntukan kerajaan bagi mengurus SRJK Cina ialah RM2.89 bilion dan bagi SRJK Tamil ialah RM1.04 bilion, di mana kebanyakan daripada peruntukan itu digunakan untuk membayar gaji.

Pada masa ini terdapat 1,294 sekolah-sekolah jenis kebangsaan di seluruh negara yang hampir 700 daripadanya ialah sekolah kurang murid, iaitu hanya 10 ke 20 orang murid dalam setiap sekolah.

Beliau berkata secara purata perbelanjaan mengurus sekolah-sekolah Cina adalah RM2.23 juta sebuah setahun manakala sekolah-sekolah Tamil pula ialah RM1.99 juta dan sekolah-sekolah kebangsaan RM2.26 juta.

Muhyiddin berharap pendidik di sekolah kedua-dua aliran itu supaya berusaha meningkatkan prestasi sekolah dan anak-anak murid mereka sehingga sekolah masing-masing mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi.

Beliau menyebut sebagai contoh Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai di Limbang, Sarawak, yang telah dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi dan guru besarnya menerima dana tambahan daripada kerajaan walaupun bangunan sekolah itu diperbuat daripada kayu dan mempunyai hanya 100 murid. Bernama

8 dewan himpunan Cina sokong Himpunan Hijau

Posted: 12 Apr 2012 04:26 AM PDT


NALAYSIA KINI
Lapan dewan perhimpunan Cina daripada lapan negeri secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Himpunan Hijau 3.0 dan mengajak orang ramai hadir ke KLCC, Kuala Lumpur pada 28 April ini.

Dewan itu yang memayungi kebanyakan persatuan Cina di negeri masing-masing menyatakan pendirian itu dalam kenyataan bersama mereka hari ini - tindakan yang jarang berlaku sebelum ini.

Dewan terlibat daripada Kuala Lumpur dan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perlis, Sarawak dan Terengganu.

"Tanpa dijangka, Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan baru-baru ini mendedahkan bahawa Lynas diberikan lesen mengimport bahan mentah dan sisa simpanan sementara. Kami akan kecewa berhubung perkara ini.

"Oleh itu, kami mengajak semua rakyat dariapda seluruh negara yang peduli terhadap isu alam sekitar untuk hadir dalam perhimpunan 28 April di KLCC, untuk menyatakan muafakat masyarakat sivil menolak bahaya alam sekitar," kata kenyataan itu.

Tak ramai nelayan Kedah turun ke laut bimbang tsunami

Posted: 12 Apr 2012 04:25 AM PDT

SINAR HARIAN

ALOR SETAR - Keadaan jeti Seberang Kota dan Tandop di sini hari ini lengang kerana ramai nelayan tidak turun ke laut berikutan gempa bumi yang melanda Aceh semalam.

Seorang nelayan di jeti Seberang Kota, Mohd Azhar Ahmad, 27, berkata beliau tidak turun ke laut semalam kerana bimbang berlakunya kejadian tsunami tetapi kembali menangkap ikan hari ini kerana terpaksa bagi mendapatkan sumber pendapatan.

Katanya, sepanjang empat jam menangkap ikan hari ini, keadaan laut tenang dan tidak bergelora tetapi tidak ramai nelayan yang turun ke laut.

"Namun hasil tangkapan tidak begitu banyak. Saya hanya mendapat ikan kembung kira-kira 15 kilogram sahaja.

"Sepanjang saya berada di laut pagi tadi, kira-kira 10 bot nelayan sahaja yang keluar. Mungkin yang lain masih risau," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Romalah Hanapiah, 54, yang berniaga ikan di Tandop Kubang Rotan, berkata, bekalan ikan untuk hari ini sangat sedikit iaitu 10kg berbanding 200kg hingga 300kg pada hari-hari biasa.

Penyelia jeti Seberang Kota, Ahmad Hashim, 63, berkata, selalunya jeti itu dibuka sehingga pukul 1 tengah hari tetapi hari ini banyak gerai ikan tutup awal kerana hasil tangkapan tidak banyak.

"Mungkin petang ini nelayan akan ke laut seperti biasa memandang keadaan cuaca juga semakin baik," katanya. – Bernama

Lima meninggal dunia susulan kejadian gempa bumi Acheh

Posted: 12 Apr 2012 04:23 AM PDT

SINAR HARIAN

JAKARTA - Gempa bumi kuat berukuran 8.5 skala Richter pada petang Rabu yang diikuti beberapa gegaran susulan mengakibatkan lima meninggal dunia, seorang kanak-kanak parah dan enam cedera ringan setakat ini.

Kebanyakan mereka yang meninggal dunia adalah disebabkan serangan jantung kerana terkejut dengan kejadian itu, kata Ketua Pusat Data dan Maklumat Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho, di sini pada Khamis.

Kanak-kanak yang cedera parah kerana ditimpa pokok di Aceh Singkil itu kini berada dalam keadaan kritikal, namun pihak berkuasa belum mengeluarkan data mengenai jantina kanak-kanak tersebut.

Mangsa yang cedera ringan pula terdiri daripada empat orang dari Simeuleu dan dua dari Aceh Singkil.

BNPB masih mengumpulkan data mengenai jumlah mangsa dan kerosakan harta benda dalam kejadian tersebut.

Sebahagian besar penduduk Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Bengkulu dilapor telah kembali menjalankan aktiviti seperti biasa. - Bernama

Tiada ulasan: