Biaqpila |
- SERAM: KISAH HANTU DI PASARAYA TESCO MERGONG
- LAMPIAS NAFSU DI KUBUR CINA
- FAM PATUT MALU DENGAN MAT BANGLA
- Tanah untuk UMNO atau tanah untuk masjid?
SERAM: KISAH HANTU DI PASARAYA TESCO MERGONG Posted: 12 Apr 2012 05:00 AM PDT Ada orang kata Pasaraya TESCO di Mergong adalah kawasan panas dan berhantu kerana budak kecil sering sahaja menangis apabila memasuki kawasan premis TESCO itu. Terima kasih kepada Kedah2U, akhirnya penulis menemukan sebab kenapa TESCO Mergong di Kedah itu dikatakan berhantu. Mungkin ramai pengunjung yang tidak maklum dengan kewujudan dua buah kubur di tepi Pasaraya TESCO Mergong, Alor Setar. Mungkin juga disebabkan kawasan kubur ini telah ditabir dengan pagar zink yang agak tinggi.Tengok gambar bawah ni .... Pihak Kedah2U mendapat makluman tentang kubur ini daripada beberapa pekerja Pasaraya TESCO dan seorang pembantu kedai di Restoran Makanan Segera Pizza Hut yang juga beroperasi dalam bangunan TESCO Mergong. Menurut keterangan beberapa pekerja TESCO Mergong, mereka pernah terlihat seakan lembaga hitam sedang bertenggek di atas dahan pokok yang berada ditepi kedua-dua kubur tersebut apabila pulang lewat pada waktu malam. Seorang pengawal yang bertugas di sini juga menegaskan yang dia sering tercium bau yang wangi disertai perasaan seram sejuk apabila melalui berdekatan kawasan tersebut. Namun perkara sebenar disebalik misteri ini masih belum diurai dan tiada sebarang kes yang dibangkitkan berkaitan kedua-dua kubur tersebut. Lagi gambar kubur misteri di tepi Pasaraya TESCO di Mergong Alor Setar.-melayukini.net araublogger KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 12 Apr 2012 12:30 AM PDT IPOH: Sepasang kekasih yang kemaruk bercinta sanggup memilih jirat Cina untuk melampiaskan nafsu kerana beranggapan kawasan itu adalah tempat paling selamat tanpa sebarang gangguan. Malangnya, anggapan itu meleset apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menyergah pasangan berusia awal 20-an tersebut serta diarahkan beredar ketika melakukan serbuan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini awal pagi semalam. Tindakan yang sama turut diambil terhadap sepasang kekasih lain yang sedang leka melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang kawasan rekreasi tersebut. Pasangan berusia awal 20-an itu didapati bercumbuan sebelum cermin gelap kereta berkenaan disuluh oleh pegawai penguat kuasa Jaipk menggunakan lampu suluh. Sewaktu sesi soal siasat dijalankan teman lelaki pasangan terbabit memberi alasan dia mahu menghantar gadis tersebut pulang ke rumah selepas habis waktu kerja. Bagaimanapun, pasangan itu diarahkan meninggalkan kawasan terbabit selepas diberikan amaran lisan oleh pegawai Jaipk yang bertugas. Sementara itu, Pengarah Jaipk, Mohd Yusop Husin berkata, seramai 10 pegawai penguat kuasa Jaipk yang menaiki dua van melakukan rondaan cegah maksiat di sekitar taman rekreasi tersebut sehingga jam 3 pagi. Menurutnya, rondaan berkumpulan itu tidak hanya dilakukan pada waktu hujung minggu atau cuti umum malah turut membabitkan hari biasa. "Kami memandang serius aktiviti maksiat yang dilakukan remaja Islam di sekitar kawasan tumpuan awam. "Berikutan itu kami sentiasa kerap melakukan rondaan dan operasi rambang pada setiap masa bagi mengelakkan gejala tidak bermoral itu daripada terus berleluasa. "Selain itu, kami juga turut melakukan tindakan berdasarkan aduan orang ramai bagi memastikan golongan remaja dan belia terhindar dari aktiviti yang menghampiri zina," katanya. -SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
FAM PATUT MALU DENGAN MAT BANGLA Posted: 11 Apr 2012 11:41 PM PDT DEY MACHA!!! APA LAGI YANG NAK DIBANGGAKAN? RANKING MALAYSIA LEBIH TERUK DARI BANGLADESH BIKIN MALU SAMA MAT BANGLA KAH! KAH! KAH! SAPA YANG PATUT DISALAHKAN KALAU BUKAN FAM PASAI DEPA YANG JAGA BOLASEPAK TAKKAN NAK SALAHKAN SYABAS KOT PASAI DEPA JAGA AYAQ BUKAN JAGA BOLA KAH! KAH! KAH! GUA RASA FAM PATUT DIBERSIHKAN MACAM KITA DESAK PILIHANRAYA YANG BERSIH PASAI BOLASEPAK INI MILIK RAKYAT APA JADI PUN RAKYAT YANG MALU KITA MESTI MERAKYATKAN BOLASEPAK KAH! KAH! KAH! KITA TUNGGU PASUKAN KITA MASUK WORLDCUP DARI KECIK SAMPAI BESAQ SAMPAI TUMBUH JANGGUT ATAIH BAWAH KALAU LAGU NI PUNYA CARA BIAQ ORANG LAIN PULAK PEGANG FAM CEMUIH DAH DOK TUNGGU NI KAH! KAH! KAH! RANKING BOLASEPAK : MEMALUKAN MALAYSIA LEBIH RENDAH DARI BANGLADESH & FILIPINA Amat memalukan!. Hanya itulah yang boleh kita katakan dengan kedudukan pasukan Malaysia dalam ranking Bolasepak FIFA apabila negara kita menduduki kedudukan 156 berbanding dengan Bangladesh di kedudukan 152, Filiphina (154) dan Samoa (155). Bagaimana kita boleh berada dalam ranking lebih rendah dari Bangladesh dan Filiphina sedangkan kita tahu kedua-dua pasukan itu adalah pasukan belasahan dan lemah. Mengapa FAM begitu lemah dan lembap dalam menguruskan pasukan negara sehingga pasukan kita dimalukan dengan sedemikian rupa. Jika benar kemerosotan kedudukan pasukan kebangsaan di sebabkan kurangnya penyertaan kita pada kejohanan antarabangsa dan kurangnya perlawanan antarabangsa, mengapa FAM tidak mengaturkan perlawanan tersebut demi menjaga maruah kita. Malah dalam Negara Asia Tenggara Malaysia terperosok ke tangga ke enam di belakang Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura serta Filiphina Apalah nasib pasukan kita. Bayangkan betapa teruk prestasi pasukan kita sehingga gagal mendapatkan sebarang mata pada pusingan kelayakan Olimpik apabila tewas semua perlawanan kepada pasukan Jepun, Syria dan Bahrain. Sesuatu mesti dilakukan demi masa depan pasukan Negara. Pihak pengurusan FAM mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan fakta yang amat memalukan ini. mutaligat KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Tanah untuk UMNO atau tanah untuk masjid? Posted: 11 Apr 2012 07:00 PM PDT Katanya, Utusan Malaysia dan juak-juak UMNO, lebih tepat lagi UMNO terkinja-kinja kegembiraan kerana mendapat 'peluru emas' untuk menembak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan Lim Guan Eng sendiri. Halnya bertolak dari isu tanah di satu kawasan yang telah gagal dibangunkan oleh kerajaan BN (Koh Tsu Koon). Kemudian, setelah Pakatan Rakyat mengambil alih, maka kawasan ini akan dibangunkan, justeru proses pembangunan itu haruslah melalui proses yang sama sekali lagi, tetapi kali ini menerusi tender terbuka kepada semua kontraktor pemaju. Ini amalan rasmi kerajaan Pulau Pinang berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT). Akhirnya tender pembangunan di Bayan Mutiara ini telah dimenangi oleh pemaju tempatan. Isunya timbul apabila salah satu lot tanah dalam kawasan pembangunan Bayan Mutiara ini 'dikatakan' akan hilang. Tanah yang dimaksudkan itu ialah tanah untuk tapak sebuah masjid. Kita harus membaca anatomi kes ini iaitu, setiap kawasan atau tanah yang akan dibangunkan, pastilah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, dan syarat-syarat dalam perjanjian ini juga berdasarkan logik juga iaitu, mana-mana kawasan perumahan, wajiblah menyediakan prasarana asas. Prasarana ini termasuklah sekolah, masjid, rumah ibadat, klinik, balai polis, bomba dan lain-lain. Jadi, jika kita membaca dan meneliti sekali lagi maklumat di atas, jelas bahawa apabila satu-satu pemaju telah mendapat hak untuk membangunkan kawasan tersebut, pastilah reka bentuk dan susun atur semua prasarana ini akan dipinda mengikut pelan baru yang dibentangkan oleh pemaju kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan juga kerajaan negeri. Yang pasti, pemaju mesti ikut syarat membina masjid, sekolah, rumah ibadat bukan Islam dan sebagainya mengikut keluasan dan jumlah unit perumahan yang dibina. Itu undang-undang yang ada. Justeru, pastilah ia berpindah, bertukar baik saiz, bentuk dan sebagainya, tetapi bukan hilang seperti dakwaan UMNO itu. Berpindah maksudnya, mungkin akan dibina di kawasan B atau C dari tapak asalnya iaitu kawasan A. Begitu jugalah halnya dengan prasarana asas yang lain-lain itu. Bukankah sifir ini sangat mudah difahami olah manusia yang berakal waras? Lihatlah bagaimana UMNO memanipulasikan maklumat dan menjadikannya fitnah seolah-olah tanah masjid itu telah hilang dan lenyap sama sekali. Inilah gaya propaganda UMNO yang semakin hilang sokongan rakyat, inilah bentuk mentaliti manusia yang meracau mahukan kuasa – niat menghalalkan cara. Katanya … jika Koh Tsu Koon yang membinanya, pastilah projek-projek buat masjid ini akan diberi kepada kontraktor UMNO Pulau Pinang. Bukankah ini amalan rasmi UMNO? UMNO memang ramai penagih kontrak, dengan cara itulah mereka gunakan sebagai alat untuk terus berkuasa dan merembat harta rakyat atas nama Islam atau Melayu. Katanya … kini juak-juak UMNO yang meracau itu hanya mampu melihat sambil meleleh air liur kerana pemerintahan Pakatan – DAP, PKR dan PAS – di Pulau Pinang tidak pernah menyalahgunakan wang zakat, wang baitulmal, wang tabung haji, wang amanah rakyat miskin tegar, malah peruntukan untuk pembangunan Islam di Pulau Pinang berlipat ganda dari sebelumnya, malah lebih besar dari peruntukan di negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO sendiri. Sedarlah diri, sebelum berkokok, pastikan ekor kamu (UMNO) tak bergelumang dengan tahi. Malah dosa mempermainkan agama bukannya kecil. – Roketkini.com/Daing Yahya KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan