DUNIACACAMARBA |
- Artis Jadi Guru Sepenuh Masa Selepas Memakai Tudung
- Amaran Tsunami Ditarik Semula
- Air Laut di Pantai PD, Batu Feringghi, Phuket Mulai Surut, Adakah Tsunami Akan Berlaku?
- Lelaki Henti Cacah Tatu untuk Rekod Selepas Isteri Ancam Meninggalkannya
- Penyenaraian FGVH: Ada Kemungkinan Peneroka Tinggal Sehelai Sepinggang
- [PERHATIAN] Acheh Dilanda Gempa Bumi Bermagnitud 8.9, Amaran Tsunami Dikeluarkan
- [Wajib Baca] PKR Dedah Satu Cara untuk Hapus PTPTN
- [PANAS] Ku Li SOKONG Bersih 3.0
- 11 764 Dapat pengecualian Bayaran Balik PTPTN, Peminjam Wajib Terus Sokong Usaha Pakatan
- [Gambar] Kondo Bawah Tanah Kononnya Untuk Berlindung daripada Kemusnahan Hari Kiamat
- Lelaki Ditemukan Mati Mungkin Dibunuh Kekasih Sejenis
- Dengan Bebanan Hutang yang Tinggi, Bagaimana Kerajaan Melangsaikan Hutang Bank Dunia?
- [PANAS] Jingga 13 BONGKAR Salah Guna Kuasa Didakwa Babitkan Ismail Sabri Yaacob
Artis Jadi Guru Sepenuh Masa Selepas Memakai Tudung Posted: 11 Apr 2012 08:05 AM PDT [Mstar] PETALING JAYA: Penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 32, kini bergelar guru secara sepenuh masa di sekolah antarabangsa Cempaka Damansara di sini, sejak 19 Mac lalu. Farah berkata dia mengajar subjek pentas dan drama untuk pelajar sekolah rendah. Beliau memberitahu, selepas berhijrah dengan memakai tudung beberapa bulan lalu, dia amat gembira kerana dapat melakukan sesuatu pekerjaan baru dalam mendidik kanak-kanak. "Saya pun tak sangka yang kini saya merupakan seorang pendidik. Alhamdulillah sudah sebulan saya mengajar dan anak murid saya semua menyenangi pengajaran yang dibuat," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu. Tambah Farah terdapat pelbagai cabaran bergelar seorang pendidik iaitu perlu memikirkan sukatan pelajaran yang ingin diajar di dalam kelas selain teknik memikat hati murid-murid. Katanya, walaupun menjadi guru sepenuh masa, Farah masih lagi aktif dengan karier muziknya, malah dia bakal muncul dengan sebuah "single" lagu terbaru berjudul Berpisah Untuk Setia. Dalam pada itu, Farah berkata, dia menyedari kemunculan lagu baru selepas penghijrahannya sebagai wanita bertudung itu akan menimbulkan persepsi negatif segelintir pihak yang menganggap seorang wanita Islam tidak boleh menyanyi. "Saya faham ada yang berkata wanita Islam tidak dibenarkan menyanyi, saya juga pernah tertanya-tanya tentang hal tersebut. Tetapi selepas mendapatkan penjelasan daripada seorang ustaz, ia dibolehkan, tetapi ada batasnya. "Sebagai contoh, jika dahulu saya sering menyanyi diiringi dengan para penari, kini tidak lagi. Biarlah pentas itu kosong, asalkan ia tidak mencacatkan penghijrahan saya," tegasnya. Bercerita mengenai lagu terbaru yang dicipta oleh Farah sendiri, ia telah dirakam di Indonesia terbitan Andrew Darmoko. "Jujur saya katakan, lagu ini mengisahkan pengalaman hidup cinta saya. Harap-harap para peminat akan menyukai lagu ini yang akan dikeluarkan tidak lama lagi," katanya. | ||||
Posted: 11 Apr 2012 07:26 AM PDT Reuters melaporkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS membatalkan amaran tsunami di Lautan Hindi ekoran gempa bumi besar 8.6 skala ritcher yang menggegarkan Achen petang tadi. Berkaitan: Thailand Tarik Balik Amaran Tsunami [Bernama] BANGKOK: Thailand telah menarik balik amaran tsunami berikutan tiada ancaman tsunami di negara itu berikutan kejadian gempa bumi berukuran 8.6 pada skala Richter melanda Aceh, Indonesia, Rabu. Amaran itu ditarik balik oleh Pusat Amaran Bencana Kebangsaan malam Rabu. Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata walaupun amaran itu ditarik balik namum negaranya masih berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana kemungkinan berlaku gegaran susulan. Katanya keadaan paras ombak meningkat juga dilaporkan di Laut Andaman di luar pesisiran Thailand. "Kami akan terus memantau keadaan untuk beberapa jam lagi," katanya. Terdahulu, Yingluck mengadakan mesyuarat tergempar Kabinet di Rumah Kerajaan di sini dengan menggerakkan pelan kecemasaan tsunami. Sebelum itu perintah berpindah ke kawasan lebih tinggi dikeluarkan di enam wilayah selatan negara itu iaitu Krabi, Phuket, Phangga, Ranong, Satul dan Trang. Indonesia Tarik Balik Amaran Tsunami 8.45 Malam [Mstar] JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik (BMKG) Indonesia menarik balik amaran tsunami di Aceh bermula pukul 7.45 malam (8.45 malam waktu Malaysia) berikutan gempa berskala 8.7 magnitud, petang Rabu. Perkara itu disahkan, Ketua BMKG, Sri Woro B Harijono pada sidang media yang disiarkan stesen televisyen tempatan, malam Rabu. Di Malaysia, Jabatan Meteorologi menamatkan amaran tsunami di negara tersebut pada pukul 10 malam selepas gempa bumi menggegarkan Aceh, petang Rabu. | ||||
Air Laut di Pantai PD, Batu Feringghi, Phuket Mulai Surut, Adakah Tsunami Akan Berlaku? Posted: 11 Apr 2012 05:35 AM PDT Beberapa akaun FB memaparkan gambar didakwa menunjukkan air laut di pantai PD mulai surut. Seperti yang kita maklum, keadaan yang berlaku itu berkemungkinan adalah tanda kejadian tsunami. Gambar di bawah pula didakwa menunjukkan keadaan air laut di Batu Feringgi, dan Phuket (Sumber gambar FB).
P/s: Jauhi kawasan pantai! Semoga Allah melindungi kita semua. Berita Berkaitan: [SH] BANDA ACEH - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat, berukuran 8.7 pada skala Richter, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh petang ini, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk tempatan. Gegaran sekitar jam 4.48 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer. Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters. Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri. Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak. Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. Laporan Irish Times memetik agensi pengurusan bencana Indonesia berkata, bekalan elektrik terputus dan orang ramai mula berkumpul di kawasan tinggi berikutan isyarat amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa. "Bekalan elektrik sudah terputus. Lalu lintas pula sesak kerana orang ramai mahu menyelamatkan diri dengan bergerak ke kawasan-kawasan yang tinggi," kata jurucakap agensi itu, Sutopo. Amaran tsunami juga dikeluarkan di kebanyakan negara di rantau Lautan Hindi. Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) memberitahu bahawa pihaknya tidak pasti sama ada gegaran telah mengakibatkan tsunami tetapi telah pihaknya telah menasihatkan pihak berkuasa agar "mengambil langkah-langkah yang sewajarnya." | ||||
Lelaki Henti Cacah Tatu untuk Rekod Selepas Isteri Ancam Meninggalkannya Posted: 11 Apr 2012 05:00 AM PDT [HM] NEW DELHI: Seorang lelaki yang terlalu obses untuk memecahkan rekod dunia akhirnya terpaksa berhenti melakar tatu bendera pada tubuh dan kepalanya selepas isterinya mengancam meninggalkannya. Guinness Rishi, 70, dari Delhi dilitupi 305 bendera pelbagai negara, 185 peta negara, 165 bendera mini dan 2,985 karektor. Isterinya yang sudah sekian lama menderita akhirnya memujuknya supaya berhenti selepas meyakinkan Guinness bahawa tidak ada orang yang ingin memecahkan rekodnya. Rekod rasmi yang dipegangnya ketika ini dicatat pada 2009 dengan 220 tatu bendera. "Saya memecahkan rekod sendiri dan akan mempelawa pegawai Buku Rekod Dunia Guinness untuk mengemaskinikan catatan mereka supaya pencapaian terbaru saya diiktiraf," kata Guinness yang nama asalnya Har Prakash. Dia menukar namanya itu apabila mula berusaha mencatatkan sebanyak rekod dunia yang mungkin lima tahun lalu. Dua puluh dua rekodnya termasuk menulis wasiat paling panjang di dunia, sebanyak 489 muka dan menghantar piza dari New Delhi ke San Francisco. Isteri Guinness, Bimla begitu berang dengan sikap suaminya yang suka untuk menarik perhatian hinggakan enggan keluar bersamanya. Wanita itu juga mensabotaj usaha Guinness untuk memecahkan rekod calon politik paling buruk dengan berjanji untuk mengundinya. "Saya hanya mahu dikenang selepas mati. Tetapi isteri saya begitu berang hingga mahu meninggalkan saya," kata Guinness. Dia juga sanggup mencabut semua giginya supaya dapat memasukkan 750 penyedut minuman ke dalam mulutnya bagi mencatatkan rekod baru. "Orang kata saya gila, tetapi saya tak peduli," katanya. - DM | ||||
Penyenaraian FGVH: Ada Kemungkinan Peneroka Tinggal Sehelai Sepinggang Posted: 11 Apr 2012 03:23 AM PDT [HD] KOTA BHARU- Kebimbangan banyak pihak terhadap aset milik peneroka tergadai apabila Felda disenaraikan di Bursa Saham Malaysia dianggap ada asasnya apabila pasaran saham dimanipulasikan. Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sudah menjadi kelaziman di mana ada sindiket mempengaruhi turun naik harga saham di pasaran semasa bagi mendapat keuntungan segera. Katanya, sindiket berkemampuan untuk mempengaruhi harga di pasaran sama ada turun atau naik. "Kita bimbang peneroka akan terpengaruh dengan permainan mereka. Ketika harga saham rendah tentunya ramai peneroka berminat membelinya dengan jumlah yang banyak sehingga ada yang membuat pinjaman di bank. "Mereka berbuat demikian dengan andaian akan mendapat keuntungan berganda apabila harga saham meningkat. Namun kita kena ingat harga saham tidak kekal tinggi selama-lamanya. "Dan apabila harga saham jatuh peneroka yang membeli saham dengan banyak tidak mampu membuat apa-apa lagi. Ketika itu mereka akan hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja," katanya Bicara UT6 bertajuk Perjuangan dan Amanah di KTC malam tadi. Sebelum ini kerajaan menjanjikan durian runtuh dengan penyenaraian Felda Global Ventures Hondings (FGVH) di Bursa Saham Malaysia. Usaha Felda mahu mendapat mandat daripada peneroka terhadap penyenaraian itu gagal apabila ada peneroka membuat injuksi di mahkamah. Namun kerajaan BN tetap berusaha memastikan FGVH dapat disenaraikan dengan jaminan tanpa membabitkan tanah milik peneroka. Bagaimanapun Tengku Razaleigh yang juga anggota parlimen Gua Musang berkata, biar pun kerajaan mendakwa tanah milik peneroka tidak terbabit, namun aset-aset lain milik Felda terlibat dengan penyenaraian itu. Antaranya tanah-tanah Felda yang tidak menempatkan peneroka, kilang-kilang sawit dan banyak lagi. "Biar pun kerajaan menjelaskan tanpa melibatkan tanah milik peneroka, namun aset lain juga ada kaitan secara langsung dengan peneroka. "Saya khuatir dan tidak tahu bagaimana kerajaan mahu mengawal manipulasi pasaran saham dan akhirnya peneroka yang akan rugi," ujarnya. P/s: Jangan lupa situasi Felda di bawah Najib. | ||||
[PERHATIAN] Acheh Dilanda Gempa Bumi Bermagnitud 8.9, Amaran Tsunami Dikeluarkan Posted: 11 Apr 2012 02:59 AM PDT | ||||
[Wajib Baca] PKR Dedah Satu Cara untuk Hapus PTPTN Posted: 11 Apr 2012 01:00 AM PDT [MK] PKR akhirnya membentangkan kaedah untuk menghapuskan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dijanjikannya, antaranya dengan memperkenalkan pelaburan tetap hasil minyak yang dikawal Petronas sebanyak RM2 bilion setahun. Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, jika perkara itu dapat dilakukan, pinjaman sedia ada berjumlah RM24.7 bilion kepada mahasiswa dapat dilupuskan dalam tempoh 15 tahun. "Selama ini wang Petronas digunakan untuk membayar itu dan ini. Kalau di tempat lain sudah ada tabung khusus untuk dilaburkan untuk pendidikan," katanya sambil berkata peruntukan undang-undang perlu diperkenalkan bagi tujuan itu. Menurut Rafizi, pelaburan RM2 bilion setahun daripada hasil minyak tidak besar kerana sejak penubuhannya, Petronas membelanjakan RM431 bilion kepada kerajaan, yang sebahagian besar hasilnya selama ini disumbangkan ke bidang lain. Bercakap dalam sesi runding cara dengan sekumpulan mahasiswa di Shah Alam malam tadi, Rafizi berkata, apabila Pakatan Rakyat membuat janji itu, ia bukan bermakna ia akan dibayar sekali gus. "Pinjaman yang dibuat oleh PTPTN pun menetapkan jadual pembayaran mengikut masa tertentu kepada institusi kewangan," kata pegawai kanan di pejabat ekonomi Selangor itu. Sementara itu, menurut Razifi, kerajaan juga boleh menerbitkan bon yang lebih panjang tempoh pembayarannya atau menggunakan langkah terakhir dengan membuat pembiayaan semula. "Beli kereta pun boleh refinance. Ini biasa dalam kewangan, semua hutang boleh refinance paling kurang untuk tempoh sepuluh tahun," katanya lagi. 'Najib bohong angka RM43 bilion' Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa PTPTN tidak boleh dimansuh kerana kerajaan perlu RM43 bilion, Razifi menyifatkannya sebagai pembohongan. Rafizi berkata, angka yang disebut perdana menteri mungkin merujuk kepada jumlah kelulusan pinjaman dan tidak melambangkan nilai pinjaman sebenar. Dakwanya, setelah menyemak dengan rekod PTPTN sendiri, jumlah pinjaman yang dibayar (termasuk anggaran pada 2011) hanya RM27.5 bilion. Justeru, tambahnya, jika ditolak dengan pembayaran yang sudah dikutip, hutang yang perlu ditanggung kerajaan hanya RM24.7 bilion. "Kalau kerajaan tidak mahu maafkan RM24.7 bilion ini, memang betul-betul jahatlah. (Wang negara) lebih daripada cukup," katanya dengan mengaitkan dengan tindakan 'penyelamatan' Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (Mex). Tindakan itu, tambah Rafizi masih belum mengambil kira ketirisan yang mungkin berlaku akibat amalan rasuah yang boleh mencecah angka RM40 bilion menurut pakar ekonomi. "Hari ini saya tidak sebut langsung soal ketirisan. Dalam ketirisan sekali pun kita masih boleh hapuskan PTPTN," katanya lagi. Model pembiayaan masa depan Untuk pembiayaan pendidikan masa depan pula, Rafizi antaranya mencadangkan:
P/s: Setakat ini, sudah banyak janji PR dirembat dan diubah suai BN untuk kepentingan politik mereka. Siapa tahu idea ini juga akan dirembat mereka untuk tujuan yang sama. Berkaitan: | ||||
[PANAS] Ku Li SOKONG Bersih 3.0 Posted: 10 Apr 2012 11:20 PM PDT [SH] KOTA BHARU - Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah secara terbuka menyokong tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini. Susulan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pilihan raya, yang diluluskan oleh Dewan Rakyat awal minggu lalu, Bersih 2.0 yang tidak berpuas hati dengan laporan panel itu, mengumumkan akan mengadakan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka akhir bulan ini. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan PSC Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya berikutan perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu. "Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. "Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas," kata beliau. Ahli Parlimen Gua Musang ini berkata demikian ketika menjawab soalan penonton pada Bicara Perjuangan dan Pelancaran Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) di Kelantan Trade Centre semalam. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas pemimpin Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh. Ketika ditanya sama ada Amanah menyokong dan akan menyertai himpunan Bersih 3.0, Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, jawatankuasa itu belum bermesyuarat untuk menentukan perkara tersebut. "Terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan, jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah sama ada hadir atau tidak pada perhimpunan tersebut," katanya. P/s: Jangan lupa. Ramai-ramai meriahkan BERSIH 3.0 | ||||
11 764 Dapat pengecualian Bayaran Balik PTPTN, Peminjam Wajib Terus Sokong Usaha Pakatan Posted: 10 Apr 2012 09:00 PM PDT Adakah PTPTN akan mengumumkan pengecualian bayaran balik kepada sejumlah pelajar jika PR tidak membangkitkan bebanan yang ditanggung pelajar secara berterusan dan konsisten? Samalah juga dengan situasi berkaitan dengan pemansuhan ISA, adakah kerajaan BN akan memansuhkan ISA dan menggantikannya dengan akta baharu (belum tentu adil dan tidak zalim) jika PR tidak bersuara menentang ISA? PTPTN diwujudkan untuk mengambil alih program pinjaman pelajaran JPA dan pinjaman agensi kerajaan yang lain bermula awal tahun 1997. Selepas pelaksanaannya, barulah banyak pihak menyedari bahawa PTPTN umpama ah long berlesen yang amat membebankan peminjamnya. Jika ah long lintah darat mengenakan bunga yang tidak masuk akal, PTPTN pula mengenakan caj perkhidmatan yang amat membebankan. Untuk melihat betapa "kejamnya" sistem pinjaman ini, sila rujuk gambar yang saya salin dan tampal daripada Penarik Beca dan Kedah Lanie: Apabila PR berikrar untuk menghapuskan PTPTN jika berjaya mengambil alih Putrajaya, pemimpin UMNO melalak dengan mengatakan bahawa orang Melayu akan terjejas teruk, rugi, dan sebagainya. Walhal, penghapusan PTPTN akan digantikan dengan suatu sistem yang lebih baik dan tidak membebankan graduan yang baru tamat pengajian. Najib pula didakwa cuba mengelirukan amsyarakat dengan mengeluarkan data kos PTPTN berjumlah RM43 bilion yang kemudiannya disanggah oleh Husam. Menurut Husam, kos PTPTN setakat ini hanya RM23 bilion. Cuba lihat penyata PTPTN di atas yang sekarang dimomokkan oleh pemimpin BN dan jurublog pencacai sebagai nyawa orang Melayu. Adakah pinjaman pelajaran sebanyak RM48 ribu tetapi perlu dibayar sehingga RM61 ribu itu menguntungkan Melayu, membantu Melayu? Mengapa peminjam perlu membayar "bunga" yang berlindung di bawah kos pentadbiran sehingga RM13 ribu? Adakah pelajar perlu menanggung kos gaji dan operasi PTPTN? Sepatutnya, kerajaan yang bertanggungjawab mencari jalan agar dapat menyediakan kemudahan yang dapat meringankan beban pelajar yang rata-ratanya datang daripada keluarga miskin dan sederhana. Seteruk-teruk kerajaan sekali pun, mintalah pelajar membayar jumlah yang dipinjamnya, bukan mengenakan caj tambahan yang hampir menyamai separuh daripada jumlah pinjaman untuk membiayai kos operasi PTPTN. Cuba fikir! -DCM P/s: Orang muda wajib menyokong sesuatu yang memberikan faedah kepada mereka dan masa depan negara! | ||||
[Gambar] Kondo Bawah Tanah Kononnya Untuk Berlindung daripada Kemusnahan Hari Kiamat Posted: 10 Apr 2012 07:38 PM PDT Agak melucukan apabila membaca perihal orang Barat yang sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk mengelakkan diri daripada kemusnahan Hari Kiamat. Bagi mereka, kemusnahan yang bakal berlaku nanti hanya di permukaan bumi, bukannya bumi secara keseluruhan. Bagi orang Islam, kita meyakini Hari Kiamat ialah hari kemusnahan seluruh hidupan di dunia ini. Semua manusia kemudiannya akan dibangkitkan di Padang Masyar semula untuk menerima balasan masing-masing. Tiada sesiapa pun yang dapat melepaskan diri daripada hari penentuan itu. Menurut laporan DM, beberapa pemaju kini mengambil inisiatif untuk membina kondo mewah bawah tanah yang didakwa dapat melindungi pemiliknya daripada segala macam krisis dan bencana seperti pandemik, serangan teroris, taufan termasuklah hari Kiamat. Kondo berharga sekitar 7 juta dolar ini dilengkapi kolam, perpustakaan, pawagam mini, dan pelbagai kemudahan lain yang sinonim dengan golongan atasan. Kondo bawah tanah ini sebenarnya ialah bekas silo peluru berpandu nuklear era 1960-an yang sudah tidak digunakan sejak sekian lama. Silo yang dibina khusus untuk menahan letupan atom itu mempunyai dinding konkrit setebal sembilan kaki dan kedalamannya mencecah 174 kaki (53 meter). Salah seorang pemaju silo lama ini, Larry Hall, 55, turut membeli sebuah unit kondo tersebut untuk kegunaan keluarganya. Menurut Hall, kebimbangan beliau buat masa sekarang ialah bencana nyalaan solar yang dapat menganggu grid kuasa dan menyebabkan huru-hara. Beliau dan keluarganya akan menggunakan kondo yang letaknya di Kansas itu sebagai rumah percutian dan persiapan jika menghadapi sebarang bencana.
Hall berkata silo yang diubahsuainya itu mempunyai kawasan ladang tertutup untuk bekalan ikan dan sayur-sayuran yang cukup untuk keperluan pemilik selama mereka tinggal di situ. Malah sebuah pusat perubatan dan sekolah juga akan disediakan. Sistem sokongan hayat kompleks kubu mewah itu menggunakan tenaga daripada sumber kuasa konvensional, kuasa kincir angin, dan generator. Untuk sumber air, sebuah tangki air bawah tanah gergasi yang mampu menyimpan dan membekalkan air yang ditapis dengan karbon dan pasir disediakan pemaju. -DCM/DM
P/s: Macam-macam! | ||||
Lelaki Ditemukan Mati Mungkin Dibunuh Kekasih Sejenis Posted: 10 Apr 2012 05:58 PM PDT [BERNAMA] KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang disyaki mangsa liwat ditemui mati di sebuah bilik hotel terkemuka di Jalan Ampang di sini semalam dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam. Mangsa yang berusia 37 tahun, ditemui pekerja hotel berkenaan pada kira-kira pukul 3 petang ketika memeriksa bilik yang dihuni mangsa di tingkat lima setelah dia didapati tidak mendaftar keluar dari hotel berkenaan. Lelaki dari Georgetown, Pulau Pinang itu telah mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada petang semalam dan sepatutnya mendaftar keluar pada 2 petang tadi. Polis ketika melakukan pemeriksaan di tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh pihak pengurusan hotel, dilaporkan menemui kesan kecederaan di bahagian belakang kepala mangsa dan percaya mangsa telah diliwat. Menurut sumber polis, imej seorang suspek lelaki yang memasuki bilik hotel mangsa dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup hotel itu dan suspek dipercayai telah meninggalkan bilik berkenaan pada pukul 12 tengah hari tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi semalam tidak menolak kemungkinan suspek mengenali mangsa. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Berkaitan: Hentakan Kuat Kekasih Sejenis [HM] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati dipercayai dibunuh kekasih sejenisnya sebelum mayat mangsa ditinggalkan dalam keadaan bogel dalam sebuah bilik hotel empat bintang di Jalan Ampang, di sini, semalam. Mayat lelaki berusia 37 tahun yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang, ditemui dengan kesan kecederaan serius di belakang kepalanya oleh pekerja hotel berkenaan kira-kira jam 3 petang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa sepatutnya mendaftar keluar dari hotel itu jam 12 tengah hari, tetapi gagal berbuat demikian menyebabkan pekerja hotel itu memeriksa bilik mangsa menginap. Menurutnya, selepas dipanggil beberapa kali dan tidak berjawab, pekerja berkenaan membuka pintu bilik menggunakan kunci pendua sebelum mendapati mangsa terbujur kaku di dalam bilik berkenaan. "Siasatan awal mendapati mangsa yang mendaftar masuk kira-kira jam 6 petang kelmarin keluar dari biliknya jam 12 tengah malam sebelum kembali ke biliknya jam 1 pagi bersama seorang wanita dipercayai warga tempatan. "Berdasarkan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di hotel itu, wanita terbabit keluar dari bilik mangsa sejam kemudian sebelum mangsa didatangi seorang kenalan lelakinya pada jam 2.30 pagi yang berada bersama-sama mangsa hingga jam 12 tengah hari," katanya. Katanya, pemeriksaan awal Unit Forensik Polis Kuala Lumpur mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan objek tajam pada kepalanya. "Kami percaya lelaki terakhir berusia awal 40-an yang berada bersama mangsa adalah suspek utama yang melakukan pembunuhan. "Polis turut menolak kemungkinan kejadian bermotifkan samun berikutan semua barang berharga mangsa tidak diambil dan siasatan kini menjurus sama ada mangsa mempunyai hubungan songsang dengan suspek terbabit," katanya. Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu polis dengan menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di 03-21159999 atau balai polis berhampiran. | ||||
Dengan Bebanan Hutang yang Tinggi, Bagaimana Kerajaan Melangsaikan Hutang Bank Dunia? Posted: 10 Apr 2012 05:30 PM PDT Satu Malaysia mengetahui bahawa hutang negara sudah mencecah 53% daripada KDNK. Hal ini didedahkan oleh menteri BN di Parlimen. Mengikut angka, jumlah itu mungkin sudah mencecah RM500 bilion. Suatu jumlah yang cukup mengerikan. Mengikut pendapat pemimpin Pakatan, jumlah hutang negara mungkin sudah melepasi angka 55% seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Malah dalam tempoh dua tahun pentadbiran Najib, negara berhutang sebanyak lebih RM200 bilion yang diperoleh daripada pelbagai sumber. Hari ini, BH melaporkan anak Che Det, Mukhriz mendakwa Malaysia sudah melangsaikan keseluruhan hutang daripada Bank Dunia berjumlah RM8 bilion. Timbalan Menteri itu juga mendakwa hutang negara dengan Bank Pembangunan Asia hanya tinggal 10 peratus daripada jumlah keseluruhan, iaitu RM4 bilion. Dengan beban hutang yang terlalu besar, bagaimana kerajaan BN yang kini sedang hebat berkempen untuk PRU 13 dapat melangsaikan hutang-hutang tersebut? Adakah kerajaan kini mengamalkan dasar "gali lubang tutup lubang"? Berkaitan: Bukan berpendapatan tinggi tapi berhutang tinggi [HD] KETIKA Buku Jingga diluluskan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas lebih dua tahun lalu, hutang yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia ialah RM466 bilion. Dalam Himpunan Anak Terengganu di Perantauan di Kajang hujung Mac lalu, Prof. Dr. Anuar Ahmad dari Unisel berkata, hutang rakyat sekarang sudah melebihi RM700 bilion sekarang. Apa yang Buku Jingga sebut dua tahun lalu tidak pernah dinafikan oleh pentadbiran Najib dan dipercayai kenyataan Dr. Anuar ini juga tidak akan dinafikan. Dengan demikian ini bererti dalam masa dua tahun di bawah pemerintahan Najib, hutang rakyat sudah bertambah dari RM466 bilion kepada lebih RM700 bilion. Ia adalah kenaikan sebanyak sekitar RM234 bilion. Dengan jumlah hutang RM700 bilion ini setiap rakyat menanggung hutang sebanyak RM3,000. Bagi warga emas seperti Dr. Mahathir yang berusia lebih 80-an hutang mungkin ditanggung sehingga mati. Maka matinya dikira mati meninggalkan hutang. Beban dunia itu tidak ditanggungnya lagi sebaik matinya. Tetapi bagi bayi yang baru dilahirikan, sebaik saja menyedut udara dunia, dia telah dibebankan dengan hutang RM3,000. Belum ada jaminan hutang itu akan susut sehingga dewasanya, dan tiada juga jaminan ia tidak bertambah dalam pentadbiran Najib yang boros itu. Jika dalam masa dua tahun lalu hutang itu bertambah sekitar RM234 bilion ini bermakna hutang itu bertambah lebih RM100 bilion setahun. Jika pentadbirannya disambung selepas PRU 13 ini, mungkin ssebelum tahun 2020 hutang rakyat itu menjadi RM1,000 bilion. Ini bererti hutang setiap rakyat akan bertambah lebih dari RM3,000 seperti yang ada sekarang. Ketika Najib mula menjadi Perdana Menteri, dia menjanjikan untuk menjadikan rakyat berpendapatan tinggi. Tetapi untuk beberapa tahun ini yang terjadi ialah rakyat berhutang tinggi. Ada pun hutang negara pula di hujung pentadbiran Abdullah Badawi yang ditohmah lemah terutama oleh Dr. Mahathir adalah sekitar lebih dari RM200 bilion. Ia sudah dikira cukup parah. Tetapi sekarang, selepas tiga tahun Najib mentadbirkan hutang negara sudah mencecah lebih dari RM450 bilion. Ia kira bertambah sekali ganda di bawah Najib. Dr. Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan dikatakan berkata, negara akan jadi bankrap apabila hutang mencapai RM500 bilion. Angka RM500 bilion itu sudah dekat. Kalau dalam masa tiga tahun hutang negara boleh melunjak dari sekitar RM200 bilion kepada kira-kira RM450 bilion, maka untuk mencapai hutang RM500 bilion – sekadar RM50 bilion saja lagi – tentulah tidak memakan masa yang lama jika program transformasi gagal masuk ke gear ajaib. -Subky Latiff | ||||
[PANAS] Jingga 13 BONGKAR Salah Guna Kuasa Didakwa Babitkan Ismail Sabri Yaacob Posted: 10 Apr 2012 04:19 PM PDT [KD] KUALA LUMPUR 10 April: NGO Jingga 13 mendedahkan wujud salah guna kuasa apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob bertindak memberikan penangguhan 'khas' kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad (KTKKK) untuk melaksanakan GP6 (Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi) dan GP7 (Garis Panduan Mengenai Pembiayaan Islam oleh Koperasi). Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah KPDNKK mengumumkan pelaksanaan GP6 dan GP7 berkuatkuasa 16 Oktober 2009, namun ia ditangguh sehingga 1 Oktober 2010 dan semua koperasi dikehendaki menjalankan urusan pembiayaan menggunakan kaedah tersebut. Menurutnya, ekoran pelaksanaan itu, banyak koperasi yang belum bersedia yang majoriti koperasi milik Bumiputera dengan pelaksanaan itu dipaksa memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersial hingga mengakibatkan kerugian besar. "Namun dalam susasa tersebut, menghairankan apabila KPDNKK dan SKM bersikap dwi-standard terhadap koperasi di bawah CIMB Bank, iaitu KTKKK apabila diberi keistimewaan dan pelanjutan khas. "Jingga 13 mendesak KPDNKK dan SKM menjelaskan alasan membenarkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu diberi penangguhan ini sedangkan pelaksanaan GP6 dan GP7 berkuatkuasa pada 1 Oktober 2010," katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Menurut Fariz, siasatan Jingga 13 mendapati Pengerusi KTKKK adalah Datin Seri Panglima, Jouyah Md Yunin iaitu isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin manakala Ketua Pagawai Eksekutifnya pula anak mereka iaitu Norazli Yahya. Menurutnya, surat penjelasan SKM kepada Setiausaha Jawatankuasa Portfolio Koperasi DPMM bertarikh 6 Mei 2009 menyatakan pelanjutan khas sehingga 31 Disember 2011 itu dibuat selepas rayuan kerajaan Sabah yang ditandatangani Yahya Hussin dan ia juga atas arahan daripada Ismail Sabri sendiri. "Jingga 13 turut mendedahkan sepucuk surat oleh SKM bertarikh 30 Jun 2011 kepada Pengerusi KTKKK, nombot rujukan SKM.IP. (UU)529A/1 bertajuk 'Permohonan Melanjutkan Tempoh Pelaksanaan Model 2 Garis Panduan Koperasi Kredit Bersama CIMB Bank Berhad Oleh Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu. "Dalam surat ini menyatakan SKM dengan persetujuan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada KTKKK untuk penangguhan khas pelaksanaan GP6 dan GP7 sehingga konsep Hiwalah yang diluluskan Lembaga Pengarah SKM dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2011 dikuatkuasakan dalam masa terdekat," kata Fariz. Fariz menambah, KPDNKK dan SKM bersifat dwi-standard apabila ratusan koperasi Melayu Bumiputeralain terpaksa berdepan risiko gulung tikar ekoran pelaksanaan GP6 dan GP7 tidak membenarkan mereka menggunakan model tiga tetapi dalam masa sama hanya membenarkan KTKKK menggunakan model itu melalui pelanjutan khas. "Justeru Jingga 13 mendesak KPDNKK dan SKM menjelaskan isu ini kepada rakyat dan juga warga koperasi kredit yang ternyata wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa sehingga keistimewaan diberikan kepada koperasi milik keluarga Timbalan Ketua Menteri Sabah," ujarnya. Berkaitan: Kenyataan Media JINGGA 13 PENDEDAHAN TERHADAP RASUAH SALAHGUNA KUASA MENTERI KPDNKK DATUK ISMAIL SABRI YAAKOB , SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA DAN TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN TERHADAP PELANJUTAN 'ISTIMEWA DAN KHAS' KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia ( KPDNKK ) telah mengumumkan perlaksanaan GP6 : Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi dan GP7 : Garis Panduan Mengenai Pembiayaan islam Oleh Koperasi dan berkuatkuasa pada 16 Oktober 2009 Namun ditangguh sehingga 1 Oktober 2010 dan semua koperasi dikehendaki menjalankan urusan pembiayaan daripada Model 3 kepada Model 2. Ekoran daripada itu, banyak koperasi yang belum bersedia ( majoriti melayu-bumiputera ) dengan model 2 telah diarah dan memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersial dan mengakibatkan kerugian yang besar sehingga ada yang terpaksa membuang pekerja kerana menghadapi masalah kewangan yang besar . Namun dalam suasana tersebut , adalah amat menghairankan apabila Menteri KDNKK dan SKM telah bersikap dwi standard didapati sebuah syarikat koperasi di bawah CIMB Bank Berhad iaituKOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD diberikan keistimewaan dan pelanjutan "khas". Jingga 13 MENDESAK Menteri KPDNKK Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menjelaskan di atas alasan apa membenarkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad diberikan penangguhan istimewa dan khas atau pelanjutan tempoh melaksanakan model 2. Sedangkan pelaksanaan Garis Panduan 6 dan 7 ( GP6 dan GP7 ) oleh koperasi-koperasi kredit berkuatkuasa pada 1 oktober 2010 ? Jingga 13 mendedahkan surat Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Setiausaha Jawatankuasa Portpolio Koperasi DPMM bertarikh 6 Mei 2011 , rujukan SKM.IP(UU): 529A/(31) bertajuk PENJELASAN KOPERASI TANJUNG KERAMAT SABAH BERHAD DENGAN MODEL 3 PEMBIAYAAN CIMB menyatakan: 2. Adalah dimaklumkan pelaksanaan Garis Panduan 6 dan 7 ( GP6 dan GP7 ) oleh koperasi-koperasi kredit telah mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2010. Tiada koperasi lain yang diberi pelanjutan tempoh oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( Suruhanjaya ) kecuali Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad sahaja. Perlanjutan tempoh kepada Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad diberikan adalah berdasarkan kepada berikut : Arahan daripada YB Menteri KPDNKK supaya memberi pertimbangan sewajarnya atas rayuan tersebut ; Terdapat surat rayuan daripada Kerajaan Negeri Sabah yang ditandatangani oleh YB Timbalan Ketua Menteri supaya memberi pelanjutan sehingga 31 Disember 2011 kepada semua koperasi di Negeri Sabah. Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad telah diberikan penangguhan serta pengecualian istimewa penggunaan Model 2 sehingga 30 Jun 2011. Jingga 13 juga turut mendedahkan sepucuk surat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertarikh 30 Jun 2011 kepada Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad , bernombor rujukan SKM.IP.(UU)529A/1( ) bertajuk : PERMOHONAN MELANJUTAN TEMPOH PELAKSANAAN MODEL 2 GARIS PANDUAN KOPERASI KREDIT BERSAMA CIMB BANK BERHAD OLEH KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD menyatakan : 2. Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( Suruhanjaya ) dengan persetujuan Y.B Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad dengan memberi tempoh penangguhan "khas" pelaksanaan GP6 dan GP7 sehingga konsep Hiwalah yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2011 dikuatkuasakan dalam masa terdekat . Jingga 13 mendesak agar Datuk Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri KDNKK menjelaskan terhadap persetujuan 'penangguhan "khas" ' bermula 30 Jun 2011 sehingga sekarang dan tidak dinyatakan tempoh tarikh akhir kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad selagi konsep Hilawah tidak dikuatkuasakan . Jingga 13 dapati Menteri KDNKK Datuk Ismail Sabri Yaakob telah bersifat dwi standard, tidak adil dan wujud rasuah salahguna kuasa terhadap pengecualian , pelanjutan "khas" dan 'keistimewaan' kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad sedangkan semua koperasi-koperasi kredit dilarang terhadap perlaksanaan model 3 sepertimana yang terkandung dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu GP6 dan GP7. Bebarapa buah koperasi telah dibekukan Kod BPA kerana menjalankan aktiviti kredit dilarang mengikut Model 3 – GP6 dan GP7 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu : Siasatan Jingga 13 mendapati Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad adalah Datin Seri Panglima Hajah Jouyah binti Md Yunin yang merupakan isteri kepada YB Datuk Seri Panglima Yahya Hussin , Timbalan Ketua Menteri Sabahdan Norazli Yahya ialah Ketua Pegawai Eksekutif juga merupakan anak kepada Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dan Datin Seri Panglima Hajah Jouyah binti Md Yunin. Jingga 13 mendapati wujud rasuah salahguna kuasa Dato Ismail Sabri Yaacob , Menteri KDNKK apabila bertindak memberikan keistimewaan dan penangguhan "khas" terhadap syarikat koperasi milik isteri YB Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah . Berdasarkan siasatan Jingga 13 mendapati syarikat koperasi tersebut ditubuhkan pada 2 Jun 2009 , tiada pengalaman menjalankan aktiviti pembiayaan kredit , diberikan keistimewaan sedemikian rupa berbanding syarikat-syarikat koperasi lain yang sudah mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam bidang tersebut tetapi dinafikan sedangkan GP6 dan GP7 diluluskan pada 16 Oktober 2009 . Pihak SKM memaklumkan akan wujud surat rayuan YB Timbalan Ketua Menteri Sabah yang memohon pelanjutan , namun seluruh Malaysia hanya Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad milik isteri Timbalan Ketua Menteri Sabah dibenarkan beroperasi dan diberikan pelanjutan khas oleh Menteri KPDNKK . Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar) juga wajar menjelaskan berkaitan isu tersebut . Tindakan kejam dan zalim oleh Datuk Ismail Sabri Yaacob tersebut tetapi menafikan ratusan koperasi-koperasi kredit melayu dan bumiputera lain yang ada terpaksa berdepan dengan risiko 'gulung tikar dan hidup segan mati tidak mahu ' ekoran perlaksanaan GP6 dan GP7 yang tidak membenarkan mereka mengunakan model 3 tetapi memberikan pelanjutan khas kepada hanya sebuah koperasi sahaja iaitu Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad. Jingga 13 mendesak Datuk Ismail Sabri Yaacob, Menteri KPDKK , Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin , Timbalan Ketua Menteri Sabah menjelaskan isu tersebut kepada rakyat dan warga koperasi kredit yang ternyata wujud rasuah salahguna kuasa atau adakah berkemungkinan berlaku amalan rasuah sehingga keistimewaan diberikan kepada sebuah syarikat koperasi tersebut cukup luar biasa ? MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI FARIZ MUSA Ketua Koordinator Jingga 13 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan