Biaqpila |
- Gambar Menarik: Hasil Kerja Pakar Tanpa Tauliah Mengubahsuai Kereta Nasional... Memang Hebat Dan Dahsyat....
- TOK SIAK MANDI TELANJANG
- MAMPOIH LA LAGU NI
- PINTU LIF TERBUKA TAPI NAJIB TAK KELUAQ
- Altantuya tunjuk gambar Najib sebelum mati, dakwa ayahnya
Posted: 11 Apr 2012 05:00 AM PDT Hobi mengubahsuaikan kereta memerlukan idea yang kreatif serta wang yang banyak. Jika tiada duit yang lebih maka hobi macam ni tak akan tercapai. Untuk mengubahkan sebuah kereta itu jadi cantik dan menarik ia memerlukan perbelanjaan beribu-ribu ringgit. Jika tak ada duit tetapi menjadi hobi anda. Pergi sahajalah ke pameran-pameran yang selalu diadakan oleh mereka. Begitu juga kereta-kereta yang diubahsuaikan ini. Selamatkah memandu di lebuhraya?? Atau sekadar untuk pameran sahaja dan selepas itu disimpan dalam garage! Tetapi memang idea yang kreatif kerana dapat perhatian dan sambutan dari orang ramai. Bravo!. sedakasejahtera KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 11 Apr 2012 01:48 AM PDT |
Posted: 10 Apr 2012 10:47 PM PDT Semalam gua tak boleh tidoq beb.Macamana nak tidoq,gaya nak lena terkenang kes taik lembu yang berak bersepah tu.Hilang kes lembu,gaya nak lena lagi wajah shariibu pulak muncul kat memori.Trauma gua macam ni.Dah la tengahari tadi terserempak kat depan lift.Mampoih la lagu ni! Ni pun tengah berpikiaq walaupun mata dah koi layu.Dok pikiaq bila la nak bubaq parlimen.Gua dengaq depa kata sokongan meningkat,sapa lagi cakap kalau bukan kaki ampu kiri kanan gua ni.Tapi gua tengok sokongan makin kurang.Hari-hari puak pembangkang kutuk gua kat media sosial.Memang sial la media sosial ni.Sampai gambaq bendera bn depa balut buah nangka pun depa salahkan gua.Boleh mampoih! Kalau gua tau,awal-awal dulu tak payah approved internet kat negara gua ni.Biaq depa baca utusan mangkuk tu dah la.Malam bagi depa tengok tv3suku cukupla. Lani dah payah pasai ada astro,depa budak-budak muda pakat dok tengok bola time gua berucap.Yang dok tengok berita dah tak ramai,tu pun dah tua-tua.Entah sempat mengundi gua ka tak tau.Mampoih la lagu ni! Pening la gua...wanita pun gua jugak mau jaga.Line pulak tak berapa clear.Gua nak berwassuptiah pun payah.Mampoih la lagu ni. KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
PINTU LIF TERBUKA TAPI NAJIB TAK KELUAQ Posted: 10 Apr 2012 06:00 PM PDT Setev Shaariibuu, bapa kepada penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu, bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen semalam, tetapi gagal berhubung dengannya. Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika menunggu lif di lobi Parlimen. "Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah. Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007. Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung. MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Altantuya tunjuk gambar Najib sebelum mati, dakwa ayahnya Posted: 10 Apr 2012 03:00 PM PDT Setev [kiri sekali] dalam sidang media di pejabat Suaram hari ini Bapa kepada Altantuya Shariibuu, gadis Monggolia yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia, Setev Shariibuu memberitahu, anaknya menunjukkan sekeping gambar sebelum pergi ke Kuala Lumpur menjelang pembunuhannya. Di dalam gambar itu terdapat tiga orang iaitu Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan anak beliau, Altantuya. Semasa menunjukkan gambar itu, anaknya memberitahu, dia akan pergi mencari orang-orang ini. Setev berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Suaram hari ini. Suaram adalah NGO yang sedang berusaha untuk membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpean di mahkamah Paris, Perancis. Altantuya dipercayai terlibat dalam pembelian kapal ini sebagai penterjemah. Beliau dikatakan mati dibunuh dengan kejam di hutan dekat Puncak Alam, Selangor. Dua pembunuhnya iaitu pegawai polis yang bertugas menjaga keselamatan Perdana Menteri telah dijatuhkan hukuman mati. Mahkamah Perancis baru-baru ini bersetuju membincangkan perkara itu di mahkamah terbuka. "Semasa kali terakhir sebelum anak saya dibunuh, dia telah tunjuk kepada saya satu gambar. "Dalam gambar itu ada Najib, Razak Baginda dan anak saya," cerita Setev dalam sidang medianya hari ini. Namun, gambar itu tidak ada lagi dalam simpanan beliau. "Jika saya tahu apa-apa akan berlaku, sudah tentu saya akan simpan gambar itu," kata Setev dalam sidang medianya. Ketika itu, kata Setev, anaknya memberitahu, dia mahu jumpa orang-orang yang terdapat dalam gambar itu. Setev Shaariibuu semalam bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, tetapi gagal berhubung dengannya. Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika menunggu lif di lobi Parlimen. "Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah. Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007. Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung. -HD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan