Rabu, 11 April 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PKR: Labur hasil minyak untuk hapus pinjaman PTPTN

Posted: 11 Apr 2012 04:56 AM PDT

PKR akhirnya membentangkan kaedah untuk menghapuskan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dijanjikannya, antaranya dengan memperkenalkan pelaburan tetap hasil minyak yang dikawal Petronas sebanyak RM2 bilion setahun.

Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, jika perkara itu dapat dilakukan, pinjaman sedia ada berjumlah RM24.7 bilion kepada mahasiswa dapat dilupuskan dalam tempoh 15 tahun.

"Selama ini wang Petronas digunakan untuk membayar itu dan ini. Kalau di tempat lain sudah ada tabung khusus untuk dilaburkan untuk pendidikan," katanya sambil berkata peruntukan undang-undang perlu diperkenalkan bagi tujuan itu.

Menurut Rafizi, pelaburan RM2 bilion setahun daripada hasil minyak tidak besar kerana sejak penubuhannya, Petronas membelanjakan RM431 bilion kepada kerajaan, yang sebahagian besar hasilnya selama ini disumbangkan ke bidang lain.

Bercakap dalam sesi runding cara dengan sekumpulan mahasiswa di Shah Alam malam tadi, Rafizi berkata, apabila Pakatan Rakyat membuat janji itu, ia bukan bermakna ia akan dibayar sekali gus.

"Pinjaman yang dibuat oleh PTPTN pun menetapkan jadual pembayaran mengikut masa tertentu kepada institusi kewangan," kata pegawai kanan di pejabat ekonomi Selangor itu.

Sementara itu, menurut Razifi, kerajaan juga boleh menerbitkan bon yang lebih panjang tempoh pembayarannya atau menggunakan langkah terakhir dengan membuat pembiayaan semula.

"Beli kereta pun boleh refinance. Ini biasa dalam kewangan, semua hutang boleh refinance paling kurang untuk tempoh sepuluh tahun," katanya lagi.

'Najib bohong angka RM43 bilion'

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa PTPTN tidak boleh dimansuh kerana kerajaan perlu RM43 bilion, Razifi menyifatkannya sebagai pembohongan.

Rafizi berkata, angka yang disebut perdana menteri mungkin merujuk kepada jumlah kelulusan pinjaman dan tidak melambangkan nilai pinjaman sebenar.

Dakwanya, setelah menyemak dengan rekod PTPTN sendiri, jumlah pinjaman yang dibayar (termasuk anggaran pada 2011) hanya RM27.5 bilion.

Justeru, tambahnya, jika ditolak dengan pembayaran yang sudah dikutip, hutang yang perlu ditanggung kerajaan hanya RM24.7 bilion.

"Kalau kerajaan tidak mahu maafkan RM24.7 bilion ini, memang betul-betul jahatlah. (Wang negara) lebih daripada cukup," katanya dengan mengaitkan dengan tindakan 'penyelamatan' Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (Mex).

Tindakan itu, tambah Rafizi masih belum mengambil kira ketirisan yang mungkin berlaku akibat amalan rasuah yang boleh mencecah angka RM40 bilion menurut pakar ekonomi.

"Hari ini saya tidak sebut langsung soal ketirisan. Dalam ketirisan sekali pun kita masih boleh hapuskan PTPTN," katanya lagi.

Model pembiayaan masa depan

Untuk pembiayaan pendidikan masa depan pula, Rafizi antaranya mencadangkan:

  • Kembali kepada amalan sebelum 1996 apabila kerajaan menyediakan sepenuhnya pendidikan tinggi
  • dan tidak bergantung kepada pihak swasta bagi mengurangkan kos pengajian.
  • Membina sepuluh buah institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam tempoh sepuluh tahun, dengan sasaran 100,000 tempat, dengan perbelanjaan – termasuk yuran dan tempat tinggal – ditanggung kerajaan.
  • Menyediakan tabung pendidikan baru untuk penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan perbelanjaan sara hidup yang memerlukan pembiayaan lebih kecil.
  • Menggalakkan penggabungan IPTS untuk mengurangkan penggunaan pinjaman yang sekali gus boleh meningkatkan daya saingnya dengan IPTA, termasuk dengan pengurangan yuran dan kos pengajian.

Hishammuddin nasihat Bersih 3.0 runding dengan polis

Posted: 11 Apr 2012 04:51 AM PDT

ARHIZA AHMAD

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan tidak menganggap perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 pada hujung bulan ini, yang berkaitan dengan pilihan raya, sebagai satu isu ancaman keselamatan.

Sebaliknya Hishammuddin meminta pihak penganjur supaya mengadakan perundingan dengan polis.

Hishammuddin berkata, penganjur harus mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat.

"Kerajaan tidak mempunyai halangan sekiranya ia tidak bertentangan dengan akta tersebut, jadi mereka yang terbabit dalam perhimpunan itu harus mematuhinya dan tidak menyusahkan orang awam. Kami tidak membenarkan sebarang demonstrasi jalanan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Bersih 3.0 yang akan diadakan di ibu negara pada 28 April ini.

Hishammuddin berkata, mereka yang terbabit dalam penganjuran itu harus berjumpa dengan pihak polis agar ia dapat dilaksanakan dengan baik.

Katanya, kerajaan tidak mahu kebebasan berhimpun yang diberi boleh menyusahkan orang ramai.

Gempa Bumi: Arahan berpindah di enam wilayah di Thailand

Posted: 11 Apr 2012 04:50 AM PDT

SINAR HARIAN

BANGKOK - Arahan berpindah telah dikeluarkan untuk enam wilayah selatan Thailand berikutan gempa bumi di Sumatera hari ini.

Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi mengeluarkan arahan itu untuk wilayah Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang.

Gempa bumi 8.9 pada skala Richter dilapor berlaku di Sumatera dan gegarannya turut dirasai di enam wilayah Thailand pada pukul 4.53 petang (waktu Malaysia: 5.53pm).

Krabi, Phuket dan Phangga adalah destinasi pelancongan utama manakala Ranong menempatkan kilang pengeluaran kereta dan komponen kereta.

Pada masa ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket telah ditutup untuk sementara.

Thailand mempunyai pelan kontingensi tsunami selepas bencana itu melanda Phuket, Khaolak dan Phi Phi Island, kesemuanya di selatan Thailand, pada 26 Disember 2004. - Bernama

Kesan gempa Aceh, gegaran dirasai di KL

Posted: 11 Apr 2012 04:48 AM PDT

HIDAYAH HAIROM

 Kesan gempa Aceh, gegaran dirasai di KL

KUALA LUMPUR - Lebih 100 kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Tun Razak di sini panik apabila berlaku gegaran di bangunan tersebut susulan gempa bumi kuat di Aceh, Indonesia petang ini.

Kejadian kira-kira jam 5 petang itu juga memaksa semua yang berada dalam bangunan tersebut bergegas turun dan berkumpul di luar bangunan.

Situasi panik itu dikongsi oleh salah seorang kakitangan, Mohd khairul Izani Othman, 29, yang ketika itu berada di Tingkat 10 bangunan tersebut.

Menurutnya, dia merasai sendiri gegaran yang berlaku sekitar 30 saat itu dan bertanya kepada rakan sekerja sama ada terasa gegaran atau tidak.

"Ketika itu sudah terasa pening dan kami beramai-ramai turun menggunakan lif. Apabila sampai di bawah, sudah ramai yang berkumpul.

"Perasaan takut itu ada kerana ini pengalaman pertama saya merasainya setelah lima tahun bekerja di sini kerana saya tidak rasa ketika gegaran pada 2007," katanya kepada Sinar Harian.

Pasukan Bomba dan penyelamat turut berada dilokasi kejadian bagi membuat pemeriksaan keselamatan.

Gempa kuat, tsunami menuju pantai Aceh

Posted: 11 Apr 2012 04:31 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

panik_indonesia

[TERKINI] BANDA ACEH - Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengesahkan gempa bumi kuat di utara Aceh petang tadi telah mencetuskan tsunami dan gelombang tsunami sudah mula bergerak ke arah pantai Aceh tetapi impaknya masih belum jelas.

Sehubungan itu, agensi tersebut telah menasihatkan pihak berkuasa negara-negara di rantau Lautan Hindi supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Kawasan Aceh seringkali dilanda gempa bumi. Gegaran paling buruk, yang berlaku pada Disember 2004, telah meragut 170,000 nyawa di Aceh.

Seorang pegawai dipetik Reuters berkata, dua jam selepas gempa bumi pada ukuran 8.7 melanda barat laut Aceh, tsunami 17 sentimeter (6.7 inci) sudah mula dikesan dan sedang menuju ke arah pantai Aceh.

Gegaran susulan pada ukuran 6.5 juga dirasai tetapi Presiden Indonesia berkata tiada laporan kerosakan atau kematian di Aceh setakat ini.

Pegawai-pegawai Thailand juga mengeluarkan amaran berpindah di kawasan-kawasan tumpuan pelancong di Phuket dan Phangnga serta di beberapa wilayah di sepanjang pantai.

Pihak berkuasa India juga meletakkan amaran di peringkat merah bagi kepulauan Andaman dan Nicobar, dan amaran peringkat rendah di Andhra Pradesh dan Tamil Nadu. Ia antara kawasan dilanda tsunami pada Disember 2004.

Malaysia dan Sri Lanka juga telah meminta penduduknya agar mengelak kawasan pantai.

Penduduk di Aceh memberitahu gegaran dirasai untuk tempoh yang lama.

"Ia bermula dengan gegaran kecil dan kemudian menjadi kuat," demikian menurut seorang korespoden AFP. Gegaran dirasai kira-kira lima minit.

Gempa bumi 8.7 hari ini tercetus di kawasan yang sama tragedi 26 Disember 2004. Gempa bumi lapan tahun lalu dianggarkan berukuran 9.1.

WWF GESA HARAMKAN MAKAN TELUR PENYU

Posted: 11 Apr 2012 04:23 AM PDT

SABAH KINI


TABUNG Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia cawangan Terengganu menggesa kerajaan meminda Akta Perikanan 1985 secepat mungkin bagi mengharamkan aktiviti memakan telur penyu di seluruh negara.

Ketua Program Pemuliharaan Penyu WWF Terengganu, Rahayu Zulkifli berkata sehingga kini telur penyu masih dijual secara berleluasa di negeri ini walaupun sedia maklum haiwan itu diancam kepupusan.

"WWF bimbang seandainya kerajaan lewat mengharamkannya, penyu mungkin akan pupus kerana jumlah pendaratan empat spesis penyu iaitu penyu belimbing, penyu karah, penyu agar dan penyu lipas di perairan pantai Terengganu semakin berkurangan.

"Setakat ini, hanya telur penyu belimbing sahaja sudah diharamkan, namun WWF mahu pengharaman memakan telur penyu ini meliputi semua spesis," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sehingga kini, telur penyu masih boleh didapati dengan mudah terutama di Pasar Payang yang menjadi tumpuan pelancong.

Malah, ia menjadi bualan mulut di kalangan pelancong yang teringin merasai keenakan telur penyu itu supaya datang ke Terengganu kerana ia boleh dibeli dengan mudah, berbanding Sabah atau Sarawak kerana kedua-dua negeri itu telah mengharamkan penjualan dan memakan telur penyu.

Rahayu turut meminta pihak berkuasa agama Islam supaya mencari nas atau dalil yang sahih untuk mengharamkan manusia memakan telur penyu dari pelbagai aspek.

"Saya pernah berjumpa seorang imam yang mengatakan haram untuk manusia makan telur penyu kerana kita tahu haiwan itu sangat kritikal dan boleh pupus bila-bila masa.

"Kami sebagai pencinta hidupan berharap perkara ini dapat dihuraikan dengan lebih lanjut oleh pihak berkuasa bagi membolehkan akta sedia ada dipinda segera," katanya.

Pada tahun lepas, Malaysia telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pengurusan dan pemuliharaan penyu rantau Lautan Hindi dan Asia Tenggara (IOSEA) yang bertujuan melindungi spesies terancam itu, tapi tiada tindakan susulan dilakukan.

WWF juga telah menyerahkan memorandum yang mempunyai fakta kukuh mengenai betapa pentingnya pengharaman penjualan dan memakan telur penyu kepada kerajaan tahun lepas. (Bernama)

Flat penuh dengan ‘pelacur’ diserbu

Posted: 11 Apr 2012 04:21 AM PDT

KL TODAY



Sebuah flat usang di kawasan Anjung Tawas Damai, Tasek, di sini, mendapat jolokan 'flat awek bohsia' apabila dikesan menjadi sarang maksiat berikutan dihuni lebih 300 wanita warga asing dari pelbagai negara.Flat berkenaan menjadi perbualan penduduk setempat berikutan kediaman itu seolah-olah dijajah pendatang warga asing yang menyewa serta menghuni sejak lebih setahun lalu.Malah, kehadiran lelaki warga asing yang kerap berkeliaran terutama pada waktu malam di flat itu turut menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan yang bimbang tempat itu dijadikan 'sarang' kegiatan tidak bermoral.
Susulan aduan dan laporan diterima daripada penduduk, Jabatan Imigresen menyerbu flat berkenaan jam 10.45 malam kelmarin.

Ketua Unit Operasi Jabatan Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata, operasi bersepadu itu disertai Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Menurutnya, pihak berkuasa terlebih dulu mengepung kawasan flat setinggi lima tingkat itu sebelum memeriksa setiap unit kediaman berkenaan.

"Hasil pemeriksaan itu mengejutkan apabila flat itu dihuni 349 wanita warga asing pelbagai negara.

"Kebanyakan wanita warga asing ini didapati menyewa beramai-ramai di flat berkenaan dan bekerja di kawasan kilang dan bandar berhampiran," katanya.

Menurutnya, sepanjang operasi berkenaan, semua wanita warga asing itu memberikan kerjasama dan diarahkan berkumpulan di padang berhampiran.

"Hasil pemeriksaan mendapati 377 warga asing ditahan untuk pemeriksaan. Mereka yang diperiksa ialah 28 lelaki dan 349 orang wanita.

"Pemeriksaan mendapati 23 individu ditahan berasal dari Indonesia, 61 (Kemboja), 58 (Vietnam) dan 235 (Myanmar)," katanya.

Menurutnya, Imigresen bagaimanapun tidak membuat sebarang tangkapan berikutan semua warga asing ditahan memiliki dokumen serta pas yang sah tinggal di negara ini.

"Operasi ini sebagai persiapan dan persediaan penyelarasan kerjasama antara agensi penguat kuasa sebelum operasi besar-besaran di bawah Penguatkuasaan Program 6P bermula selepas tamat tempoh pemutihan.

"Imigresen mempergiatkan operasi seumpama itu di seluruh negeri ini bagi memastikan negeri ini tidak menjadi pusat kehadiran pekerja warga asing," katanya.

Koboi moden ke pejabat di Alor Setar

Posted: 11 Apr 2012 04:18 AM PDT

KL TODAY



Selain menggunakan pengangkutan moden, kontraktor elektrik Mohd Sabri Salleh, 51, juga menunggang kuda ke tempat bekerja. "Saya sukakan haiwan ini dan memilih untuk menunggang ke tempat kerja untuk kemudahan.

"Saya juga boleh mendapatkan senaman yang baik berbanding berjoging dan ianya mesra alam."Saya meninggalkan kuda di kandang di padang Taman Jubli Emas dan berjalan kaki ke pejabat saya yang berhampiran. Saya mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri untuk membina kandang sementara di padang.

"Biasanya saya pergi membuat pemasaran juga dengan menunggang kuda. Kuda saya tidak banyak ragam dan tidak takut kenderaan kerana kandang terletak di sepanjang jalan raya yang sibuk.

"Saya melakukan ini kerana mendapati bahawa menunggang kuda sebenarnya adalah baik untuk kesihatan. Saya pernah mempunyai sakit belakang, tetapi sejak saya mula menunggang, masalah tersebut telah hilang," kata Mohd Sabri.

Bapa kepada empat orang anak dari Kampung Baru Tambak Bunga di sini memiliki tiga ekor kuda; Golden, Blue Fox, dan American Navy. Semua dibeli dari Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

"Setiap seekor berharga antara RM8,000 dan RM10,000. Kuda baru akan menelan kos kira-kira RM100,000," katanya.

"Saya belajar kemahiran menunggang dan pengetahuan mengenai kuda di kelab," katanya.

Pada petang itu, beliau menawarkan orang awam menunggang kuda dengan bayaran yang minimum.

"Saya mengenakan bayaran RM3 untuk kanak-kanak dan RM5 untuk orang dewasa," kata Mohd Sabri.

"Ia bermula sebagai hobi tetapi saya perlu mengenakan bayaran untuk orang menunggang kuda saya kerana kos penjagaan agak tinggi kira-kira RM1,000 bagi setiap kuda, setiap bulan,"katanya, sambil menambah bahawa kadang-kadang dia boleh mendapat sehingga 500 orang penunggang kuda dalam sebulan.

Tiga anaknya Mohd Rais, 21, Nur Syazwan, 20, dan Mohd Raimi, 15, semuanya penunggang kuda yang baik.

"Anak bongsu saya Mohd Rayyan, masih terlalu muda untuk menunggang tetapi apabila dia sudah cukup besar, saya berharap untuk mengajarnya.

"Menunggang kuda merupakan hobi yang baik. Ia membantu mengeratkan hubungan keluarga dan saya mendapat banyak kawan baru," kata Mohd Sabri.

Himpunan 13 April 'Isyarat Buat Rakyat' Tolak PSC Lynas, 11 Lokasi Seluruh Negara Adakan Serentak !

Posted: 11 Apr 2012 03:58 AM PDT

PAHANG DAILY


KUALA LUMPUR - Himpunan aman besar-besaran yang akan diadakan serentak di 11 lokasi seluruh negara selepas solat Jumaat, 13 April ini bakal menjadi isyarat jelas menunjukkan pendirian tegas rakyat Malaysia menolak penubuhan PSC Lynas sebagai tipu helah untuk melengah-lengahkan pembatalan projek Lynas.

Menurut Gabungan Solidariti Hijau SeMalaysia- Stop Lynas (SHS-SL) lokasi-lokasi yang disenaraikan antaranya Dataran Shah Alam (Selangor dan Kuala Lumpur), Masjid Al-Fatah, Batu 3 Kuantan (Pahang), Tapak Kilang Are bukit Merak (Perak), Masjid Permatatng Janggus, Permatang Pauh (Pulau Pinang), Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu (Terengganu), Masjid Al-Azim (Melaka), Masjid Daerah Batu Pahat (Johor), Dataran Jam Besar, Sungai Petani (Kedah), Taman Tasik Seremban Hadapan Masjid Negeri (Negeri Sembilan), Dataran Ilmu Kota Bharu (Kelantan) dan Masjid At Takwa, Miri (Sarawak).

Himpunan di Kelantan akan dimulakan selepas kuliah mingguan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.30 pagi.

Jurucakap SHS-SL, Zulkefly Mohamad Omar (foto) berkata, pehimpunan aman ini bertujuan mematahkan putar belit pihak tertentu yang cuba memomokkan bahawa kempen hentikan Lynas ini cuma sekadar isu terpencil yang hanya melibatkan masalah tempatan penduduk Kuantan semata-mata.

Tambahanya, kerajaan cuba menyekat kemarahan rakyat dengan mewujudkan PSC, walhal jawatankuasa itu bertujuan mengalihkan tumpuan, kritikan dan perhatian terhadap isu berkenaan.

"Dari pusat kuasa pemutus di Putrajaya ke arah mewujudkan jawatankuasa lemah dan tanpa kuasa dengan matlamat utama menyediakan ruang (kononya saluran sah) bersuara supaya dapat meredakan penentangan lantas menyejukkan kemarahan rakyat," katanya dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS.

Beliau turut mempersoalkan mengapa hanya setelah projek itu hampir 95 peratus selesai dan setelah syarikat Lynas dianugerahkan Temporary Operating Licence (TOL) baru ditubuhkan jawatankuasa yang kononya mengkaji kes ini? Himpunan itu juga sebagai membina momentum dan sokongan menjelang Himpunan Hijau 3.0 dan Bersih 3.0 yang akan diadakan serentak pada 28 April 2012 nanti.


Beliau turut meminta orang ramai turun beramai-ramai bagi menyertai himpunan aman tersebut sebagai satu langkah sokongan terhadap usaha membantah pembinaan Lynas dan projek-projek lan seumpamanya di negara ini. Zulkefly turut menangkis dakwaan beberapa pemimpin BN yang mengatakan isu Lynas ini merupakan isu penduduk Pahang dan orang Cina.

"Ini bukan isu orang Cina, jika inilah dakwaan mereka ia satu yang mendukacitakan. Rakyat Kuantan 90 peratus adalah Melayu sudah tentulah ianya adalah berkaitan dengan orang Melayu, apa yang penting isu ini adalah isu bersama semua terlibat kerana ia membabitkan soal kesihatan rakyat negara ini,"
katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja Retinam berkata, Gabungan Solidariti SeMalaysia ini tidak takut dengan gertakan oleh mana-mana pihak yang cuba menghalang tindakan mereka. Malah beliau turut dimaklumkan pihak Lynas Coporation mendesak NGO yang terlibat membantah projeknya, memohon maaf kepada Lynas kerana menyifatkan tindakan NGO terbabit tidak betul.

"Kita harus bersatu, kita minta NGO lain terus bersama-sama dengan kita. Kita tidak gentar dengan ugutan Lynas itu, " katanya. Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, hampir 90 peratus penduduk tempatan tidak bersetuju dengan adanya kilang Lynas di kawasan mereka.

"Pihak kami ada membuat tinjauan dan berjumpa dengan hampir setiap penduduk di situ rata-rata mereka kecewa dengan kerajaan yang meluluskan pembinaan dan operasi kilang Lynas, " katanya.

SHS-SL adalah gabungan daripada 23 Ngo di seluruh negara antaranya, Badan Bertindak Anti-Rare Earth (BADAR), Stop Lynas Coalition (SLC), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Asalkan Bukan Umno (ABU), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Himpunan Hijau dan Green Clean World. Pada 26 Feb lalu, satu himpunan besar-besaran berjaya diadakan di Padang MPK, Kuantan dengan penyertaan puluhan ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Selain di Kuantan, bantahan tersebut juga diadakan serentak di Pulau Pinang, Sarawak, Perak dan juga Kuala Lumpur.

Man Kuchai penjenayah berbahaya

Posted: 11 Apr 2012 03:55 AM PDT



KERATAN Kosmo! 7 April 2012.

KOSMO ONLINE

KUALA LUMPUR - Man Kuchai, penjenayah yang meloloskan diri dari lokap Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Jumaat lalu adalah individu berbahaya kerana dia dipercayai memiliki pistol dan bersikap agresif apabila terdesak.

Suspek yang merupakan ketua kumpulan penjenayah sempena nama gelarannya Man Kuchai itu didapati banyak terlibat dalam kegiatan samun bersenjata dan rompakan premis perniagaan 24 jam di sekitar ibu negara.

Modus operandi penjenayah Man Kuchai adalah menyamar sebagai pegawai polis atau melanggar belakang kereta mangsa sebelum menyamun mangsanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Man Kuchai atau nama sebenarnya Mohd. Redzuan Abd. Rahman, 33, dianggap penjenayah berbahaya kerana dia merupakan seorang yang agresif dan sanggup mencederakan mangsa ketika melakukan samun.

"Pada 6 April lalu, Man Kuchai sepatutnya dibicarakan bagi empat kesalahan jenayah melibatkan kes samun dan menyamar sebagai penjawat awam di Cheras, Brickfields dan Dang Wangi.

"Man Kuchai semasa itu dibawa dari Penjara Sungai Buloh bersama 45 tahanan lain ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta namun dia berjaya melarikan diri sebelum dibicarakan," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Akhbar pada Sabtu lalu melaporkan, suspek itu melarikan diri dari kompleks mahkamah selepas berjaya mengeluarkan tangan daripada gari semasa menyimpan barang dalam loker di lokap mahkamah.

500 stesen Esso hilang bisnes

Posted: 11 Apr 2012 03:54 AM PDT

SEBUAH stesen minyak Esso di Taman Maluri, Kuala Lumpur terpaksa menghentikan sementara operasi selepas kehabisan minyak semalam.


KUALA LUMPUR - Masalah ketiadaan bekalan minyak RON95 dan diesel yang dihadapi oleh pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang rupa-rupanya menjadi isu besar memandangkan kes yang sama turut berlaku di kira-kira 500 stesen minyak jenama sama di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.

Kosmo! difahamkan, masalah tersebut menyebabkan setiap stesen minyak kerugian transaksi jualan RON95 dan diesel berjumlah RM110,000 sehari atau keseluruhannya RM55 juta jika membabitkan 500 stesen.

Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Esso Malaysia (EPDAM), Abd. Razak Harun berkata, keadaan tersebut menyebabkan para pengusaha stesen minyak semakin tertekan ekoran keuntungan perniagaan mereka banyak bergantung kepada hasil jualan minyak.

Menurut beliau, isu tersebut perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif pelanggan terhadap operasi syarikat minyak itu.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan syarikat berkenaan, Petron Corp. esok (hari ini) bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan rungutan beberapa pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang yang mendakwa perniagaan mereka terjejas setelah tidak menerima bekalan RON95 dan diesel daripada pembekal syarikat petroleum tersebut sejak 1 April lepas.

Pada masa ini terdapat lebih 3,200 buah stesen minyak di seluruh negara dengan kira-kira 500 buah di bawah jenama Esso.

Pendidikan Keselamatan Ribut Petir Perlu Bermula Dari Sekolah - Pakar

Posted: 11 Apr 2012 03:48 AM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Pendidikan mengenai langkah keselamatan ketika kejadian ribut petir perlu diwajibkan pada peringkat sekolah bagi menimbulkan kesedaran pada kalangan pelajar mengenai bahaya fenomena itu.

Pengarah Kajian Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir berkata langkah itu perlu memandangkan masyarakat kini dilihat kurang prihatin terhadap aspek keselamatan ketika kejadian ribut petir.

"Apabila kejadian ribut petir berlaku, semua aktiviti perlu diberhentikan sama ada di dalam ataupun luar rumah buat sementara waktu sehingga ribut petir itu berhenti bagi mengelakkan kerosakan harta benda serta kecederaan diri," katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Namun katanya, masyarakat kini seolah memandang remeh dengan fenomena tersebut apabila meneruskan kegiatan mereka termasuk aktiviti di tempat terbuka yang mengundang risiko panahan petir.

Beliau mengambil contoh kejadian seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam yang maut dipanah petir pada 3 April ketika menunggu bas di bawah pokok selepas menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-sekolah Daerah Petaling Perdana di UPM.

"Bayangkan mereka masih menjalankan aktiviti bersukan semasa ribut petir. Guru-guru serta ibu bapa sepatutnya bertanggungjawab dalam memberi pendedahan terhadap keselamatan ribut petir sebagai mana pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah, " katanya.

Katanya, CELP sedia bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memastikan kempen kesedaran keselamatan ribut petir dapat dijalankan di sekolah.

"Kempen itu bukan sahaja kepada guru dan pelajar di sekolah tetapi turut menggalakkan masyarakat luar menyertainya supaya dapat bersama-sama menjaga keselamatan dan mengambil langkah pencegahan awal," katanya.

Ditanya mengenai langkah keselamatan semasa di luar rumah ketika kejadian ribut petir, beliau berkata individu harus mencari bangunan untuk melindungi diri dan mengelak berada di tempat terbuka.

"Pastikan jangan berdiri berhampiran dengan pokok, jauhkan diri dengan bahan-bahan besi serta tiang-tiang tinggi demi keselamatan diri semasa ribut petir berlaku," katanya.

Zainal turut mencadangkan agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggubal akta yang mewajibkan semua bangunan termasuk kediaman memasang alat pencegahan kilat. - BERNAMA

Apek malang

Posted: 11 Apr 2012 03:46 AM PDT

Oleh Iskandar Shah Mohamed

INI DIA...Tham menunjukkan kecederaan dialaminya ketika kejadian samun, semalam.

INI DIA...Tham menunjukkan kecederaan dialaminya ketika kejadian samun, semalam.


MANTIN: Malang menimpa seorang lelaki warga emas apabila wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diterimanya bukan saja disamun malah turut dibelasah penjenayah menyebabkan dia terpaksa menerima 10 jahitan di kepala di Kawasan Merah di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, Pan Tham Khoi, 79, dipukul suspek menggunakan objek keras dipercayai topi keledar menyebabkannya rebah dan hampir tidak sedarkan diri. Menurut Tham, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menemui rakannya di sekitar kawasan berkenaan. "Ketika membuka pintu rumah, saya terkejut apabila dihampiri seorang lelaki dipercayai berusia lingkungan 40-an yang terus menyerang menggunakan objek keras.

"Saya diserang pada bahagian kepala dan muka sehingga terjatuh ke lantai serta nyaris pengsan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, ketika kunjungan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Nilai (MPN) merangkap Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Nilai, Yee Hee Long.

Tham yang tidak berkahwin berkata, suspek merampas dompetnya yang mengandungi wang BR1M berjumlah RM400 diterimanya bulan lalu.

"Saya meminta bantuan saudara untuk dihantar ke hospital berdekatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

"Kes berkenaan masih sedang disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Penganjur: BERSIH 3.0 tetap di Dataran Merdeka

Posted: 11 Apr 2012 03:13 AM PDT


MALAYSIA KINI
Penganjur BERSIH 3.0 menegaskan bahawa perhimpunan itu tetap akan diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April walau dipujuk kerajaan supaya memindahkannya ke lokasi lain.

Pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, cadangan yang dikemukakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu tidak boleh dipersetujui.

Ambiga berkata, penganjur memilih Dataran Merdeka kerana kaitan sejarah dengan perjuang rakyat menuntut kemerdekaan dan demokrasi Malaysia.

Katanya lagi, penganjur tidak dapat menerima alasan supaya perhimpunan itu tidak dapat diadakan di Dataran Merdeka memandangkan banyak acara lain telah diadakan di situ seperti ulangtahun ke-205 Polis Diraja Malaysia.

Selain Hishammuddin, menteri udang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga menggesa BERSIH supaya meminta kebenaran pemilik lokasi tersebut sebelum mengadakan perhimpunan itu.

Padang yang sering digunakan untuk konsert dan perbarisan peringkat nasional itu diuruskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ambiga tidak menyebut bahawa penganjur akan mendapatkan kebenarakan DBKL, namun beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa tersebut akan menulis surat kepada polis untuk memaklumkan rancangan mereka.

Gempa magnitud 8.7 di laut Sumatra, amaran tsunami

Posted: 11 Apr 2012 03:10 AM PDT


MALAYSIA KINI

Amaran tsunami dikeluarkan selepas satu gempa bumi kuat magnitud 8.7 melanda perairan utara Sumatra petang ini, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS),

Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur.

Kesan gempa bumi itu dirasai di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Alor Setar, menurut pengguna laman sosial Facebook dan Twitter.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

Beliau berkata pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.

Dalam pada itu, warga kerja di bangunan Bernama turut merasai gegaran yang berlaku selama kira-kira 10 minit.

Di Kangar, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.

Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis. Agensi

Jingga 13 bongkar salahguna kuasa dalam KPDNKK

Posted: 10 Apr 2012 10:19 PM PDT

Oleh: Mohd Martin Kahar



KUALA LUMPUR: NGO Jingga 13 mendedahkan wujud salah guna kuasa apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob bertindak memberikan penangguhan 'khas' kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad (KTKKK) untuk melaksanakan GP6 (Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi) dan GP7 (Garis Panduan Mengenai Pembiayaan Islam oleh Koperasi).

Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah KPDNKK mengumumkan pelaksanaan GP6 dan GP7 berkuatkuasa 16 Oktober 2009, namun ia ditangguh sehingga 1 Oktober 2010 dan semua koperasi dikehendaki menjalankan urusan pembiayaan menggunakan kaedah tersebut.

Menurutnya, ekoran pelaksanaan itu, banyak koperasi yang belum bersedia yang majoriti koperasi milik Bumiputera dengan pelaksanaan itu dipaksa memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersial hingga mengakibatkan kerugian besar.

"Namun dalam susasa tersebut, menghairankan apabila KPDNKK dan SKM bersikap dwi-standard terhadap koperasi di bawah CIMB Bank, iaitu KTKKK apabila diberi keistimewaan dan pelanjutan khas.

"Jingga 13 mendesak KPDNKK dan SKM menjelaskan alasan membenarkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu diberi penangguhan ini sedangkan pelaksanaan GP6 dan GP7 berkuatkuasa pada 1 Oktober 2010," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Menurut Fariz, siasatan Jingga 13 mendapati Pengerusi KTKKK adalah Datin Seri Panglima, Jouyah Md Yunin iaitu isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin manakala Ketua Pagawai Eksekutifnya pula anak mereka iaitu Norazli Yahya.

Menurutnya, surat penjelasan SKM kepada Setiausaha Jawatankuasa Portfolio Koperasi DPMM bertarikh 6 Mei 2009 menyatakan pelanjutan khas sehingga 31 Disember 2011 itu dibuat selepas rayuan kerajaan Sabah yang ditandatangani Yahya Hussin dan ia juga atas arahan daripada Ismail Sabri sendiri.

"Jingga 13 turut mendedahkan sepucuk surat oleh SKM bertarikh 30 Jun 2011 kepada Pengerusi KTKKK, nombot rujukan SKM.IP. (UU)529A/1 bertajuk 'Permohonan Melanjutkan Tempoh Pelaksanaan Model 2 Garis Panduan Koperasi Kredit Bersama CIMB Bank Berhad Oleh Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu.

"Dalam surat ini menyatakan SKM dengan persetujuan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada KTKKK untuk penangguhan khas pelaksanaan GP6 dan GP7 sehingga konsep Hiwalah yang diluluskan Lembaga Pengarah SKM dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2011 dikuatkuasakan dalam masa terdekat," kata Fariz.

Fariz menambah, KPDNKK dan SKM bersifat dwi-standard apabila ratusan koperasi Melayu Bumiputeralain terpaksa berdepan risiko gulung tikar ekoran pelaksanaan GP6 dan GP7 tidak membenarkan mereka menggunakan model tiga tetapi dalam masa sama hanya membenarkan KTKKK menggunakan model itu melalui pelanjutan khas.

"Justeru Jingga 13 mendesak KPDNKK dan SKM menjelaskan isu ini kepada rakyat dan juga warga koperasi kredit yang ternyata wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa sehingga keistimewaan diberikan kepada koperasi milik keluarga Timbalan Ketua Menteri Sabah," ujarnya.

400 ribu pengundi meragukan mungkin penentu 35 kerusi

Posted: 10 Apr 2012 10:18 PM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Lebih 400,000 pengundi meragukan dalam daftar pengundi mampu menentukan nasib 35 samada dikuasai Pakatan Rakyat atau BN kembali memperolehi dua pertiga majoriti di Parlimen, kata penganalisis politik tanah air.

Penganalisis pilihan raya, Ong Kian Ming berkata Projek Analisis Daftar Pengundi Malaysia (Merap) yang dijalankannya mendapati terdapat kira-kira 100 ribu nama bermasalah dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini akan "menjadi 400,000 pengundi meragukan", lapor The Malaysian Insider.

Menurut Ong, perkara itu "hanyalah sebahagian masalah kecil" daripada pelbagai masalah lain yang belum dapat dikenal pasti kebanyakan pihak dengan jumlah pengundi sebanyak 12 juta.

"Sekiranya dibahagikan 40,000 dengan 222 kerusi, dianggarkan sekitar 1,800 pengundi. Ini berupaya untuk menentukan 35 kerusi," katanya merujuk kepada kerusi yang memperolehi kemenangan tipis.

"Sekiranya sentimen pengundi sama seperti 2008, ini akan menambah 30 kerusi PR, atau lapan lagi kerusi BN untuk memperoleh majoriti," katanya.

Kerajaan BN hanya memperolehi 140 kerusi, dengan kehilangan majoriti dua pertiga majoriti di Parlimen ketika pilihan raya 2008 termasuk empat negeri, dan Kelantan yang kekal di tangan PAS sejak 20 tahun lalu.

Perikatan itu memerlukan 112 kerusi Parlimen untuk mendapat majoriti dan 148 untuk dua pertiga.

Projek Ong itu turut mengenal pasti 100,000 pengundi dengan 10 isu berkenaan – pengundi berusia lebih 85 tahun, jantina tidak selari dengan kad pengenalan (IC), nama dan tarikh lahir yang sama, dilahirkan di luar negara, pengundi di Lembah Klang yang tidak mempunyai alamat rumah, pengundi pos dengan IC awam, pasangan polis yang menjadi pengundi pos, pasangan polis dan tentera yang mempunyai jantina yang sama, polis dan tentera melebihi had umur persaraan, dan pengundi pos tentera dan polis yang melebihi had umur rekrut.

Namun begitu, menurutnya itu tidak termasuk masalah lain, kerana beribu pengundi didaftarkan di alamat yang sama dan 42,000 pengundi dengan IC yang tidak ditemui di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ong turut menjelaskan terdapatnya bilangan yang meragukan pengundi di Selangor, negeri terkaya di negara ini yang mana Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji akan menawan kembali dengan "apa cara sekalipun".

Tambahnya, daftar pengundi daripada suku 2011 menunjukkan jumlah pengundi di Selangor mengalami peningkatan mendadak kepada 340,000 atau 21.8 peratus kepada 1.9 juta pengundi sejak pilihan raya 2008 dibandingkan kadar nasional sebanyak 16.3 peratus.

Beliau menunjukkan contoh di Hulu Selangor sahaja mengalami peningkatan 17,000 pengundi, peningkatan 27.1 peratus sejak pilihan raya pada Mac 2008.

Kredibiliti daftar pengundi seringkali dipersoalkan sejak Jawatankuasa Khas Piihan Parlimen (PSC) dibentuk pada tahun lepas bagi menambah baik sistem pilihan raya.

Panel itu menyiapkan laporan dalam tempoh enam bulan dan menyerahkan laporan lengkap tersebut kepada Parlimen minggu lepas, namun Pakatan dan pertubuhan awam telah mengkritik berikutan terdapatnya kekurangan cadangan bagaimana ia akan membersihkan daftar pengundi.

Pemerhati pilihan raya Bersih kemudiannya mengumumkan akan mengadakan perhimpunan ketiganya menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 28 April.

Perdana Menteri Najib mengumumkan pembentukan jawatankuasa dwipartisan pada Ogos 2011, selepas dikritik hebat berkenaan pentadbirannya menguruskan perhimpuanan Bersih pada 9 Julai yang menyaksikan ribuan rakyat mengadakan protes jalanan.

79 NGO terus desak kerajaan tubuh IPCMC

Posted: 10 Apr 2012 10:17 PM PDT

Oleh: Mohd Martin Kahar


KUALA LUMPUR : Sekumpulan 79 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dinamakan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) terus mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Gabungan NGO itu mahu IPCMC ditubuhkan kerana kepercayaan terhadap pasukan polis semakin terhakis ekoran beberapa insiden keganasan yang bermotif politik tidak ditangani polis secara professional.

Ketua Koordinasi GBM, Zaid Kamaruddin berkata, penubuhan IPCMC perlu dilaksanakan sebelum pilihanraya umum ke-13 bagi menzahirkan keikhlasan kerajaan menjaga hak rakyat dan membanteras berputiknya keganasan politik yang boleh mengancam keselamatan awam.

"Keganasan dan serangan terhadap beberapa majlis aktivis social dan politik membayangkan perkembangan berbahaya di negara ini. Kami percaya ia adalah keganasan terancang yang bermotif politk. Kagagalan pihak polis bertindak dengan pantas dan professional amat dikesali.

"Justeru kami menggesa agar IPCMC ditubuhkan bagi menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak polis yang lepas tangan daripada menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan awam," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Zaid berkata, tindakan biadap dan serangan ala samseng pada majlis anjuran aktivis sosial dan politik membayangkan perkembangan berbahaya dalam masyarakat di negara ini.

Sambil merujuk beberapa insiden yang berlaku sebelum ini termasuk keganasan Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang dan serangan kereta Ketua Umum KEADILAN di Sembrong, Johor, beliau percaya ia adalah keganasan terancang yang didalangi parti politik menjelang pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi.

"Ia adalah suasana buruk dalam perkembangan politik negara ini untuk menyekat pertukaran idea., wacana dan kepelbagaian pilihan politik. Kegagalan pihak berkuasa bertindak dengan pantas dan tegas akan menggalakkan pelakunya meningkatkan gansterisme dan boleh menjadikannya tidak terkawal," katanya.

26 Februari lalu Naib Presiden KEADILAN nyaris ditumbuk samseng dipercayai upahan Umno-BN pada ceramahnya di Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Pahang. Beberapa hari sebelum itu, kereta Ketua Umum KEDAILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang oleh samseng Umno ketika mahu mengadakan ceramah di Sembrong Johor.

Keganasan turut berlaku pada himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang pada 26 Februari lalu menyaksikan seorang wartawan di pukul sekumpulan samseng. Program beberapa aktivis social seperti Asalkan Bukan Umno (ABU) pada 22 Januari lalu turut menjadi sasaran kumpulan tidak bertanggungjawab ini.

Penubuhan IPCMC dicadangkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Perdana Menteri kelima) pada 29 Disember 2004 ketika merasmikan Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander Briged Pasukan Gerakan Am dan Komandan di Putrajaya.

Bagaimanapun, ketika majoriti pendapat menyokong cadangan penubuhan IPCMC oleh suruhanjaya itu, polis dan ahli-ahli Parlimen Umno menentang penubuhan IPCMC.

Polis menuduh IPCMC menggugat keselamatan dan ketenteraman awam, bertentangan dengan undang-undang, bercanggah dengan perlembagaan, mencabul keadilan semulajadi, boleh mengakibatkan anarki, bersifat diskriminasi, menafikan keadilan dan mengkompromikan perintah Ketua Polis Negara.

Siar Adegan Bogel, TV3 Minta Maaf

Posted: 10 Apr 2012 10:03 PM PDT

KELAB GREENBOC

TV3 Mohon Maaf Kesilapan Penyiaran Adegan Bogel Emile Hirsch


PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu.

TV3 dalam satu kenyataannya kepada mStar Online di sini Selasa berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.

"Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan "infotainment" semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton," kata kenyataan itu.

Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO's (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch.

ACCIN turut kesal dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) kerana kegagalan menapis adegan seperti itu dan juga filem-filem lain dari luar negara.

Sementara itu LPFM yang dihubungi mStar Online memberitahu pihaknya telah membuat 24 pemotongan adegan "panas" dalam filem berkenaan sebelum dibenarkan untuk disiarkan oleh stesen televisyen itu.

Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, TV3 sepatutnya perlu membuat penyuntingan semula lebih-lebih lagi pada adegan bogel yang dilakonkan oleh Emile Hirsch.

"Selepas pemotongan dilakukan oleh LPFM, pihak kami telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula. Tak sangka ia boleh terlepas begitu sahaja," katanya.

Dalam pada itu, tambah Raja Azhar, apabila sesebuah filem atau drama yang telah ditapis dan disiarkan itu mempunyai isu-isu sensitif, ia akan dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) untuk diselidik.

"Pihak kami akan menghantar laporan tentang isu berkenaan kepada pihak SKMM untuk membuat tindakan lanjut dan berharap semua stesen televisyen di negara ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan," katanya. -mstar

Ulasan GB

TV3 sama jer tarafnya dengan blogger-blogger pencacai UMNO yang tak takut dan tak segan silu siar gambar lucah / porno 100% bila tiba masanya untuk mereka mengaibkan seseorang.

Lepas minta maaf buat lagi.

Jikalah video seks penipu itu boleh ditayangkan pada umum pada masa prima tanpa segan silu, apatah lagi adegan tersorok di dalam filem-filem.

MB Ahmad Said DiPelawa Ke PASTI!

Posted: 10 Apr 2012 09:58 PM PDT

Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu mempelawa Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said untuk ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PAS) bagi mendapat maklumat sebenarnya pusat pendidikan Pra-Sekolah anjuran PAS itu.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Zaidan Abdullah berkata selaku ketua kerajaan dan juga Pengerusi Perhubungan Umno, Ahmad Said sepatutnya tahu membezakan diantaraprogram kerajaan dan program parti.

"PASTI adalah program parti PAS ia bukan program kerajaan, yang dijanjikan PAS dalam manifesto untuk melupuskan pinjaman PTPTN dan pinjaman Yayasan Terengganu itu adalah program kerajaaan,"jelasnya.

Zaidan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad yang 'kononnya' mencabar PAS agar melupuskan yuran PASTI terlebih dahulu sebelum berjanji melupuskan pinjaman pelajaran terbabit.

Beliau menempelak ADUN Kijal itu yang bercakap dengan tidak mempunyai maklumat dan fakta yang tepat umpama 'orang tak betul'.

Katanya, tidak ada program PASTI di negeri Terengganu yang mengambil yuran sebanyak RM110 sebagaimana yang disebut oleh Ahmad dalam kenyataanya.

"ADUN Kijal itu kena check betul-betul sebelum bercakap, jangan jadi 'orang tak betul', tidak ada PASTI di seluruh negeri Terengganu yang mengambil yuran sebanyak RM110 sebulan, itu fakta yang salah,"tegasnya.

Justeru, beliau meminta Ahmad Said membetulkan kenyataan tersebut kerana ia hanya akan memalukan status Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Secara sinis, Zaidan berkata, sekiranya Ahmad Said mahu memasuki PASTI, Dewan Pemuda yang bertanggungjawab sanggup memberikan yuran percuma kepada beliau, sekiranya Ahmad mahu.

"DPPNT selaku badan yang diamanahkan menguruskan PASTI sedia menanggung segala kos pembelajaran, yuran, pakaian, pakaian sukan,

"malah akan memberikan wang saku kepada Mat Said sekiranya beliau berminat mengikuti pengajian di PASTI,"sindir Zaidan

Ahmad Said dilaporkan 'melenting' ketika ditanya pihak media berhubung kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu mengisytiharkan janji PAS menghadapi pilihanraya umum ke-13.

PAS Terengganu berikrar akan melupuskan hutang pinjaman pelajaran yang diberikan oleh Yayasan Terengganu kepada pelajar dan mahasiswa anak negeri Terengganu sekiranya diberi mandat memerintah negeri Terengganu dan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Menurut Haji Wahid, ia akan menjadi manifesto Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) selaras dengan janji Pakatan rakyat yang akan memberikan royalti minyak sebanyak 20% sekiranya menang PRU akan datang

"kita InsyaAllah akan memasukkan janji melupuskan pinjaman Yayasan Terengganu selaras dengan keputusan Pakatan Rakyat yang berhasrat menghapuskan PTPTN,

"jika kita diberi mandat dengan rakyat memilih PAS di Terengganu dan Pakatan Rakyat menang Putrajaya, wang hasil royalti akan bertambah kepada 20% dan dipulangkan kembali kepada rakyat,"ujar Haji Wahid

Khalid akui hadapi masalah selesai isu sampah

Posted: 10 Apr 2012 09:51 PM PDT

Kerajaan negeri yang mengambil alih tugas Alam Flora menerima 300 aduan daripada penduduk mengenai masalah pengurusan sampah.



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui berdepan penyelesaian isu sampah dan sisa pepejal sejak mengambil tugas berkenaan dari Alam Flora Sdn Bhd.

Menurutnya, kerajaan negeri yang mengambil alih tugas Alam Flora sejak penghujung tahun menerima 300 aduan daripada penduduk mengenai masalah pengurusan sampah.

Walau bagaimanapun aduan itu kemudiannya dapat dikurangkan dengan hanya tujuh pada ketika ini.

Katanya, kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta untuk mengatasinya.

"Ahli majlis kena pantau dan tengok jalan dan longkang di PBT masing-masing dan kalau ada yang tidak elok segera ambil tindakan kerana ini tanggungjawab ahli majlis," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis penyampaian surat lantikan kepada lebih 200 ahli majlis PBT petang tadi.

Geran RM 1 juta

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga memperuntukan geran RM500,000 sehingga RM 1 juta kepada PBT untuk membaiki jalan yang rosak.

Peruntukan itu tidak termasuk kos penyelenggaran longkang dan pengurusan kutipan sampah dan sisa pepejal.

"Kita kena kurangkan kelemahan dari segi pentadbiran, penyelewengan, rasuah dengan meningkatkan mutu pentadbiran kita.

"Setiap PBT terima geran. Kalau nak betulkan masalah tidak perlu jawatankuasa. Kerana organisasi PBT sudah ada dan mampu untuk melaksanakannya," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu berkata penilaian tiga bulan ke atas semua ahli majlis PBT sebelum tamat tempoh perkhidmatan mereka

Gerakan Anti-Lynas Tidak Akan Tunduk Kepada Ancaman Undang-Undang

Posted: 10 Apr 2012 09:44 PM PDT



KUALA LUMPUR: Gerakan penentang loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) tidak akan tunduk kepada ugutan daripada syarikat Lynas Corp untuk menyaman mereka sekiranya mereka tidak memohon maaf.

Sebaliknya, mereka akan teruskan kempen mereka untuk menghentikan loji itu yang dibina di Gebeng, Pahang, kata Ahli Jawatankuasa Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Steve Hang.

Beliau mengulas tindakan Lynas Corp, pengendali LAMP, yang menghantar surat setebal 15 halaman kepada 47 NGO yang terlibat di dalam gerakan SMSL pada 31 Mac.

Antara enam tuntutan Lynas Corp adalah agar SMSL menghentikan kritikan mereka terhadap LAMP dan memohon maaf terhadap syarikat itu melalui laman web SMSL dan iklan surat khabar.

"Kami ingin memaklumkan kepada media dan semua rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu Lynas ini, bahawa kami tidak akan


sesekali tunduk kepada taktik ugutan apa-apa perbadanan gergasi besar seperti Lynas," Steve berkata dalam satu sidang media di sini hari ini.

Surat tuntutan maaf dari Lynas itu di hantar melalui peguam Jeff Wong, Poon & Leong Associates and Solicitors.
"Surat itu cuba untuk mempertahankan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam kenyataan bersama kami dalam bentuk surat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Surat terbuka kepada Perdana Menteri yang dikeluarkan SMSL itu dihebahkan kepada akhbar-akhbar tempatan pada Mac 22.

Steve berkata ancaman dari Lynas itu akan memperkukuhkan lagi semangat mereka untuk terus melindungi negara dan kepentingan awam.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa perhimpunan anti-Lynas akan di adakan di Bukit Merah, Johor pada 28 April depan bagi memberikan peluang kepada aktivis di negeri itu yang tidak dapat ke Kuala Lumpur.

SMSL akan mengadakan sebuah perhimpunan besar-besaran di KLCC pada tarikh yang sama dan ia akan bergabung dengan perhimpunan Bersih 2.0 di Dataran Merdeka.

MB: Ahli Majlis PBT Wajib Turun Padang

Posted: 10 Apr 2012 09:42 PM PDT




SHAH ALAM : Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor diwajibkan untuk terus aktif melakukan program turun padang dan meluangkan masa bersama masyarakat setempat.

Sehubungan itu, ahli Majlis dapat dijadikan penghubung untuk menyampaikan dan menyelesaikan urusan berkaitan penduduk, menerima maklum balas atau aduan terhadap mutu perkhidmatan yang disediakan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian di dalam ucapan perasmian sempena Persidangan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Selangor bagi penggal 2012/2013.

Katanya, ahli-ahli Majlis yang dilantik ini bertujuan untuk mengurangkan kelemahan dalam pentadbiran serta membanteras penyelewengan dan rasuah.

"Ahli-ahli yang dilantik diseru untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kerana ini adalah amanah yang telah diberi kepada kita semua," ujar Abdul Khalid.

Turut hadir di majlis ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi dan barisan Exco-Exco Selangor iaitu Yaakob Sapari, Ronnie Liu Tian Khiew, Xavier Jayakumar.

Menurut Abdul Khalid, ahli Majlis PBT merupakan platform untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri yang melancarkan zon bersih sejak 2009.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu pula menyatakan ahli-ahli majlis yang dilantik semula mempunyai banyak pengalaman dan pengajaran yang dipelajari untuk digunakan pada masa akan datang.

"Kerajaan Negeri lebih menekankan latar belakang calon-calon ahli majlis sebelum pelantikan dibuat agar penambahbaikan terhadap mutu perkhidmatan ahli majlis PBT dapat ditingkatkan," jelas Ronnie ketika memberi ucapan.

Sementara itu, bagi penggal 2012/2013 sebanyak 33 peratus ahli Majlis merupakan ahli-ahli yang baru dilantik.

Menurut Ronnie, ahli Majlis akan dinilai dari segi pencapaian mereka sebanyak 30 peratus hingga 50 peratus bagi menentukan pencapaian yang telah berjaya dilaksanakan.

Kerja Baikpulih Kawasan Tanah Runtuh Di Kajang Bermula

Posted: 10 Apr 2012 09:39 PM PDT



KAJANG : Bahagian Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) sedang giat menjalankan kerja membaik pulih di kawasan tebing tanah runtuh berhampiran kawasan perumahan Taman Kantan Permai, Jalan Empat, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Kim Sin berkata kerja pemasangan besi cerucuk penahan itu yang dimulakan hari ini dijangka siap dalam tempoh empat hingga lima minggu lagi.

Katanya, berdasarkan pematauan MPKJ masalah itu boleh diatasi dengan pemasangan besi cerucuk penahan di sepanjang kawasan tebing runtuhan itu.

"MPKJ juga akan memperbaiki permukaan tanah dan longkang di sekitar rumah terbabit serta tembok bagi mengukuhkan struktur tanah," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang dua hari lalu, lereng bukit bersebelahan rumah sederet itu runtuh dipercayai berpunca daripada hujan lebat sejak tiga hari sebelumnya.

Berikutan kejadian itu, dua keluarga diarahkan mengosongkan rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau berkata perumahan itu dibina pada 1994 dan kurang mendapat perhatian daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Sebelum tahun 2008, banyak aduan yang dilaporkan mangsa kepada PBT berkaitan hakisan dan keretakan bahagian lantai dan dinding rumah, bagaimanapun tiada maklum balas dari PBT.

"Jadi penduduk menjalankan inisiatif sendiri dengan meletakkan batu dan tanah untuk mengelakkan tanah mendap dan merekah dari terus berlaku," katanya.

Scorpene: Bapa Altantuya sedia jadi saksi di mahkamah Perancis

Posted: 10 Apr 2012 09:37 PM PDT

Oleh: Norutul Ilham



PETALING JAYA : Bapa mangsa pembunuhan kejam, Altantuya Shaariibuu hari ini memberitahu bahawa beliau bersedia menjadi saksi kepada kes skandal pembelian kapal selam Scorpene yang akan berlangsung di Perancis.

Shariibuu yang percaya bahawa skandal tersebut ada kaitan dengan pembunuhan anaknya itu kerana perjanjian pembeliannya turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya sedia menawarkan diri jadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis. Saya tahu kedua-dua perkara ini ada kaitan.

"Saya ada perkara penting untuk mengatakan … saya tahu bahawa ada kaitan dengan kes Perancis dan kes pembunuhan. Saya akan memberikan maklumat bagi kes itu," katanya melalui penterjemah, Tsoggerel Och, ketika sidang media di pejabat Lawyers for Liberty (LFL), di sini hari ini.

Shaaribuu Setev (bertali leher)

Katanya, berdasarkan gambar yang ditunjukkan Altantuya sebelum beliau berangkat ke Malaysia membuktikan bahawa kedua-dua perkara tersebut ada kaitan.

"Saya ada lihat gambar mereka bertiga yang ditangkap di Perancis. Altantuya menunjukkan gambar beliau bersama Razak Baginda dan Najib kepada saya.

"Gambar itu seperti mereka ada berbincang sesuatu. Altantuya memberitahu saya bahawa dia ingin berjumpa dengan orang dalam gambar itu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel, menjelaskan bahawa penyiasatan mengenai skandal pembelian kapal selam itu tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan.

"Penyiasatan di Perancis bukan mengenai pembunuhan, tetapi mengaitkan dengan isu rasuah dan skandal komisen yang melibatkan Najib.

"Semalam kita ada perjumpaan, beliau (Shaariibuu) memberi sokongan apa yang kita lakukan dan beliau menawarkan diri jadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis," ujarnya.

Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu memfailkan saman sivil RM100 juta kepada kerajaan Malaysia kerana menyebabkan penderitaan terhadap mereka berhubung pembunuhan kejam terhadap anaknya Altantuya.

Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak.

Bulan lepas, mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka untuk menyiasat pegawai Perancis yang disyaki terlibat, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar.

Tiada ulasan: