Isnin, 9 April 2012

Biaqpila

Biaqpila


KEADILAN tidak akan tunduk kepada ugutan tindakan undang-undang

Posted: 09 Apr 2012 03:00 PM PDT


Saya dimaklumkan bahawa NFC telah membuat satu laporan polis mensabitkan saya, YB Nurul Izzah Anwar dan YB Zuraida Kamaruddin dengan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang memperuntukkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM3 juta.

Kesalahan itu kononnya dilakukan apabila kami mendedahkan pembelian 8 unit rumah kedai mewah dan keterlibatan Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau di dalam pembangunan KL Eco City dalam satu sidang akhbar bulan lalu.

Sementara saya menghormati hak NFC dan pengurusan kanan mereka menggunakan ruang undang-undang untuk mendakwa kami, saya juga mengingatkan NFC supaya tidak cuba untuk menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang kini semakin aktif mendedahkan penyelewengan di kalangan pimpinan dan
golongan elit.

Maqassid undang-undang di dalam sesebuah masyarakat adalah untuk menjamin keadilan dan mencegah kezaliman, bukannya untuk melindungi penyelewengan dan memberi ruang kepada si pesalah melepaskan diri.

Saya sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak penyiasat yang dipertanggungjawabkan mengendalikan kes ini. Sekiranya ada pendakwaan, saya juga yakin untuk berhadapan dengan NFC di dalam mahkamah kerana semangat rakyat yang mahukan penyelewengan yang berlaku di dalam NFC dibongkar wajib dihormati.

Saya juga boleh mengesahkan bahawa laporan polis oleh NFC ini tidak sedikit pun mengganggu perancangan KEADILAN untuk meneruskan siri pembongkaran baru minggu depan, seperti yang diumumkan sebelum ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

KD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BAPA ALTANTUYA KE PARLIMEN

Posted: 09 Apr 2012 09:30 AM PDT



Shaariibuu dakwa Malaysia 'buat senyap' kes Altantuya

KUALA LUMPUR 9 April: Bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Setev Shaariibuu berkata beliau datang ke Malaysia sejak semalam untuk menuntut keadilan terhadap kematian anaknya.

Ianya antara lain mahu menuntut kerajaan mempercepatkan saman sivil RM100 juta beliau terhadap kerajaan Malaysia yang difailkan tahun 2007 lalu.

"Sudah enam tahun saya mencari keadilan untuk anak saya. Ini kali kedua saya datang ke sini (parlimen).

"Kerajaan Mongolia telah hantar surat rasmi kepada kerajaan Malaysia tapi tiada apa-apa respons sehingga sekarang," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini yang diterjemah pembantunya Tsoggerel Och. (Gambar)

Pada sidang media sama, Shaariibuu turut menafikan khabar angin kononnya beliau telah dibayar sejumlah wang oleh kerajaan Malaysia selepas apa yang menimpa anaknya itu.

"Saya datang ke sini menafikannya, saya tak pernah terima walau satu sen.

"Malah saya yang mengeluarkan USD20,000 untuk kos perundangan," katanya lagi.

Anaknya, Altantuya dibunuh sekitar jam 10 malam 19 Okt, 2006 hingga 1 pagi hari berikutnya dalam sebuah hutan yang sedang dibersihkan di Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Shah Alam.

Ianya didakwa ada kaitan dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak.

Mahkamah bagaimanapun membebaskan Razak, namun dua yang lain yang dituduh bersamanya iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah.

Bulan lepas, mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka untuk menyiasat pegawai Perancis yang disyaki terlibat dalam skandal kapal selam itu, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar.

Sebelum ini beliau memberitahu pernah untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi beliau mendakwa 'Najib lari' dari bertemu dengannya.

Ketika ditanya wartawan, apa yang beliau akan beritahu jika berpeluang jumpa Datuk Seri Najib, beliau berkata: "Saya akan bercakap bukan sebagai dia perdana menteri tapi bercakap dari hati seorang bapa ke bapa dan kawan".-HD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PM = Pakar Menipu

Posted: 09 Apr 2012 07:12 AM PDT



Hutang PTPTN RM28b, bukan RM43b

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi angka mengelirukan berhubung jumlah keseluruhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah dikeluarkan kerajaan kepada pelajar.

Husam berkata angka RM43 bilion yang disebut Najib itu juga mungkin sengaja disebut perdana menteri untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. Bukan RM43 bilion seperti disebut.

"Mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap? Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?," kata Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan.

Katanya lagi, kenyataan perdana menteri bahawa negara tidak mampu menjelaskan hutang RM43 bilion itu juga menunjukkan bahawa Najib tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan – termasuk dalam soal memberi perjanjian dan menjadual semula pinjaman.

Husam mengulas kenyataan Najib sebelum ini bahawa kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika ingin memansuhkan pinjaman melalui PTPTN.

Dalam kenyataannya, Husam – yang berkelulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya – turut menjelaskan kaedah yang boleh diambil Pakatan Rakyat untuk melunaskan jumlah hutang RM28 bilion itu, sekiranya membentuk kerajaan.

Katanya, jumlah berkenaan tidak semestinya dilunaskan secara keseluruhan, serta merta.

Tambahnya, Pakatan juga boleh mengambil alih pinjaman tersebut atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan kepada institusi kewangan yang memberi pembiayaan kepada PTPTN.

"Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

"Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu," katanya.-MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Najib, PTPTN dan Norway

Posted: 09 Apr 2012 12:00 AM PDT



Tergelak aku bila membaca kenyataan PM kita yang dalam dunia ni, hanya 3 negara aje yang support education rakyat dia sampai tertiary level. Keh keh keh, kelako. Dah la dibaginya contoh NORWAY!

Takde negara lebih buruk ke dia boleh ambik nak dijadikan perbandingan dengan Malaysia...sebab kalau nak dibandingkan dengan Norway ni..Malaysia tak jauh ke belakang sebenarnya. Norway nombor satu dalam kadar cukai kenderaan paling tinggi dalam dunia. Nombor satu paling tinggi dalam dunia memastikan rakyat dia membayar cukai semata2 untuk membeli kenderaan.

KIta? Nombor dua! Dalam banyak2 negara, negara kita adalah negara nombor dua cukai kenderaan paling tinggi dalam dunia, selepas Norway.

Ada nampak hasil dia? Hasil dia kepada negara..kita ada Proton, kita ada Perodua. Hasil dia kepada rakyat...ramai antara kita bawak Perodua Viva, kereta canggih, terbaik, terhebat, cukup selesa dan mampu milik.

Fikir sejenak ; makin lama budak makin ramai yang dapat berbelas A dalam SPM. (apa magik diorang buat aku tak nak sentuh hari ni) dan tempat ke IPTA makin lama akan makin berkurangan. Jadi pasti ramai yang terpaksa carik jalan ke IPTS untuk sambung pelajaran. Average kursus IPTS diploma di Malaysia lebih kurang Rm21 ribu dan average course degree adalah RM48 ribu plus...

Persoalan aku adalah ; kenapa kerajaan membenarkan benda ni terjadi? Seolah-olah tertiary education adalah sesuatu yang golongan mampu sahaja akan dapat. Bagaimana pulak dengan golongan kurang mampu? Golongan yang tidak punya wang ringgit akan jadi terpinggir dan dari situlah akan berlaku keciciran.

Dari situ PTPTN datang. Jeng jeng jeng!
Cantik sungguh model bisnes ini. Tak mampu, kita berhutang. Tolong rakyat.

Kalau benarlah PM kita ikhlas nak membantu rakyat , tolong, tolong..break these chain of business. Rakyat tidak sepatutnya jadi pelanggan dan rakyat tidak sepatutnya diajar untuk berhutang. PM kata "cukai kena tinggi kalau nak abolish PTPTN." Masalahnya cukai kita memang dah tinggi. Mungkin kita tak sedar dan kita hanya sedar pasal cukai pendapatan tapi terlalu banyak sebenarnya cukai yang berlegar2 dalam hidup semua rakyat Malaysia.

1. Kau nak jaga warranty kereta kau, kau kena servis dekat authorized service centre...ada 6% cukai.
2. Anak kau nak makan KFC takpun Pizza Hut...6% lagi kau kena.
3. Kau bayar kereta tiap2 bulan..ada jugak cukai bergantung kepada jenis kereta apa kau beli.
4. Beli rumah...ada cukai ikut jenis2 dia.

dan bermacam2 lagilah indirect taxes yang kita main bayar tapi kita tak pernah totalkan berapa sebenarnya yang kita bayar sebab mentaliti kita automatik akan rasa berat bila kena bayar cukai selambak...macam cukai pendapatan..tapi cubalah kira dan totalkan berapa sebenarnya kau bayar dekat kerajaan dalam sebulan.

Itu aku tak masuk lagi tol...toll is a form of taxes.

Nak laksanakan GST, laksanakan lah tapi be fair. Ada sesetengah cukai yang kerajaan dah implement yang diorang kena let go. Benda macam rokok,arak dan kasino nak cukai sampai mampus pengguna dia..cukaikan lah.

Berkaitan dengan PTPTN atau nama glemer dia PTPTipu, hutang is still hutang. Aku tak mintak benda tu nak abolish. Kalau dapat, bagus jugak kalau tak dapat pun aku takde nak pegi riot.

Tapi pernah tak PM kita ni tanya kenapa kalau budak IPTS pinjam RM65 ribu dia kena bayar balik in total dekat RM80 ribu lebih? PTPTN ni ikhlas nak membantu orang yang tak dapat masuk IPTA atau sebenarnya sebuah badan bisnes serupa along nak cekik darah fresh grad? Itu tak termasuk lagi bayaran servis perkhidmatan PTPTN yang agak besar jugak jumlahnya.

Kenapa nak berbisnes dengan rakyat?

Tak salah nak tax tinggi tapi masalahnya di Malaysia ni tak nampak hasilnya. Tak payahlah nak compare dengan Norway. Rakyat Norway dicukaikan 36% daripada income diorang tapi 10% daripada tu akan dikembalikan untuk rakyat pergi bercuti. Hari Ahad kedai semua tutup sebab kerajaan dia nak galakkan rakyat spend masa dengan family.

Persoalannya, kalau cukai kita dinaikkan pun, mampu ke kerajaan kita push untuk tingkatkan kualiti hidup kita? Sebab selama ni apa yang aku nampak, kerajaan selalu assume...gaji naik, kualiti hidup naik. Sebab tu diorang push nak dapatkan "gaji negara maju" menjelang 2020.

Gaji besar pun tapi masa untuk spend dengan family tak ada, buat apa? Mana kualitinya? Macam mana nak melahirkan rakyat yang berkualiti?

Aku pastekan sket beberapa kisah mengenai Norway sebab Najib dah buat perbandingan...

Norway has for decades been built up as an open, transparent, informal society with strong egalitarian principles and a regulated social welfare system based on what the Norwegians love to call fellesskap (fellowship). This is a country where the prime minister bicycles to work, where approachable politicians walk freely around town and where the chief executive of the country's biggest bank can be spotted doing his family's grocery shopping, all alone, in short-sleeves.

This is a country where it's not at all unusual to hear its citizens say that they "pay their taxes with joy," because they're keen to spread the wealth and know that they can get a lot back in return, from free university tuition to total coverage of all hospitalization costs.

Kalau kerajaan tak ada vision nak achieve sesuatu yang macam ni...sila step down. Bagi peluang kepada orang lain memimpin Malaysia dan nak try sesuatu yang lebih baik. Bad leaders lead to bad things.

cursingmalay






KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Panas!!! Goyang Gerudi Wasathiyah Di Taiping

Posted: 08 Apr 2012 09:00 PM PDT


Mak Nyah sedang bergelek dengan Efa Radziah dipentas sebelum dinobatkan Ratu Taiping

Mengaibkan..!!!! Mak Nyah di angkat sebagai RATU Taiping dalam Karnival Ziarah For Peace

7 April 2012 jam 9 malam dengan rasa berat kaki aku pergi singgah di Taman Tasek Taiping selama lebih kurang 1jam dilokasi anjuran Karnival Ziarah For Peace yang gagal dirasmikan oleh Ahmad Zahid Hamidi semalam [Klik Sini]. Aku tiba di depan tapak konsert tersebut yang baru selesai berlansung ucapan dari Yang DiPertua Majlis Perbandaran Taiping Sdr. Shahrom bin Dato Abd Malik.

Aku juga dapat tahu konsert hiburan pada malam itu akan menampilkan beberapa artis yang terdiri daripada kumpulan XPDC,MAY dan Bandi AMUK, artis lain aku tak tahu. Artis pertama yang membuat persembahan pada malam itu dengan tarian "Goyang Gerudi" oleh seorang artis dangdut wanita… tak silap aku Sheda…

MasyaAllah..!!! Bergegar Taman Tasek Taiping dengan program Ziarah For Peace konon-nya…mungkin inilah Goyang Gerudi Ala Wasathiyah yang di mahukan UMNO BN agaknya..hahaha…

Selesai "Goyang Gerudi Wasathiyah" aku kuatkan semangat..hahaha..untuk saksikan seorang lagi artis wanita yang juga selibriti TV3 iaitu Efa Razdiah membuat persembahan di pentas.. Pakaianya memang seksi dan seksa bagi aku…hehehe.. Agak memeranjatkan kerana Efa Razdiah membuat persembahan dengan beberapa orang Mak Nyah.Kalau tak silap aku dalam 7 ke 8 orang Mak Nyah diatas pentas. Maka Gegak gempitalah suasana Taman Tasek Taiping dengan gelek-kan Efa Razdiah bersama dengan Mak Nyah.

Selesai sebuah lagu dari Efa Razdiah…" Terima kasih dan berikan tepukan kepada ratu-ratu Taiping…bla..bla..bla"- Ujar Ifa Radziah sambil memperkenalkan Mak Nyah- Mak Nyah yang di anggap ratu Taiping sorang demi sorang kepada penonton dengan nama-nama seperti Ziana Zain Taiping, Fasha Shanda dan sebagai.

Mak Nyah Ratu Taiping..!!!!! Sungguh mengaibkan dan memalukan bagi warga Taiping apabila Mak Nyah di anggap ratu di Taiping. Timbul persoalan bagi aku adakah penganjur dan artis-artis yang dijemput seramai 126 orang itu sedar akan konsep Ziarah yang di bawa dalam Kanival ini..?? Adakah dengan mengangkat Mak Nyah sebagai ratu Taiping membawa unsur positif kepada warga Taiping..???

Aku angkat kaki macam tajuk lagu Sheda...haha.. untuk tinggalkan lokasi apabila hujan mulai turun,semasa bergerak ke kenderaan aku berselisih dengan sekempulan anak muda dalam belasan tahun dengan bau aroma yang amat meloyakan…bau arak… MasyaAllah..apakah objektif dan sasaran program sebegini.. Bagi aku program ziarah ini berjaya membawa keruntuhan moral dan akhlak muda mudi dan masadepan tanah air.

orangni

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

MENTERI WANITA KA SUKA WANITA? KAH! KAH! KAH!

Posted: 08 Apr 2012 08:06 PM PDT



DEY MACHA!!!
MENTERI IKAT BATA ATAU MENTERI WANITA
MANA SATU PILIHAN ANDA?
KAH! KAH! KAH!

SALAM 1 MALAYSIA TAK PAYAH PIKIAQ
MUHRIM ATAU BUKAN
JANJI BOLEH PEGANG
KAH! KAH! KAH!

PILIHAN DI TANGAN ANDA
UNTUK MEMILIH PEMIMPIN ISLAM
YANG CAKAP SERUPA BIKIN
YANG IKUT AJARAN ISLAM
BIJAK SEKARANG DEMI MASA DEPAN

PILIH YANG WASATIYYAH
BUKAN YANG WASAPULLAH
KAH! KAH! KAH!


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Bapa Altantuya tiba di Malaysia untuk selesai kes saman

Posted: 08 Apr 2012 04:14 PM PDT


(Oleh: Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 8 April: Bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Setev Shaariibuu tiba di Malaysia hari ini untuk berbincang dengan peguam berhubung saman sivil beliau terhadap kerajaan Malaysia.

Beliau tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) pada pukul 11.30 pagi tadi, ditemani rakannya Loh Mui Fah dan penterjemah yang juga rakan sekelas mendiang Altantuya, Och.
"Saya datang ke sini untuk berbincang dengan peguam, dan mungkin ada bukti baru yang dapat dikemukakan.

"Kes ini memakan masa terlalu lama, dan saya syak kerajaan Malaysia tidak berniat untuk menyelesaikannya," katanya.

Katanya lagi, beliau berharap rakyat Malaysia tidak akan melupakan kekejaman yang menimpa anaknya, dan memberi sokongan kepada beliau.

Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu memfailkan saman sivil RM100 juta kepada kerajaan Malaysia kerana menyebabkan penderitaan terhadap mereka berhubung pembunuhan kejam Altantuya.

Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak.

Bulan lepas, mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka untuk menyiasat pegawai Perancis yang disyaki terlibat, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne yang menjemput mereka berkata, Shaariibuu akan memberi keterangan di inkuiri terbuka itu.
"Beliau dijemput untuk memberi keterangan, namun tarikh belum ditetapkan," katanya lagi.

KD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: