DUNIACACAMARBA |
- Gambar Terkini Charles Manson, Pembunuh Psiko yang Pernah Menggemparkan Dunia
- TG Haron Din Semakin Stabil Selepas Jalani Pembedahan Jantung di AS
- Motif Pembunuhan Sosilawati Didedahkan di Mahkamah
- [Video] Ceramah Aishah di Program "Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah"
- 4 Remaja Ditahan Kerana Bergaduh Berebut Budak Bawah Umur
- Apa di balik Perjanjian Kapal Selam Scorpene?
- Daripada 1250 Responden, 932 Setuju BERSIH 3.0 Wajar Diadakan
- [Video] Bekas Dekan Terkahwin dengan "Lelaki", Tertipu Setahun??
- [Wajib Baca] Isu Teluk Rubiah: Nizar CABAR Zambry Dedah Semua Dokumen Perjanjian Vale untuk Bukti Pihak yang Berbohong
- Baju Kesan Ghairah/Berahi Wanita
Gambar Terkini Charles Manson, Pembunuh Psiko yang Pernah Menggemparkan Dunia Posted: 06 Apr 2012 07:00 AM PDT Gambar terkini pembunuh bersiri yang digeruni sewaktu ketika dahulu, Charles Manson dikeluarkan oleh pihak berkuasa penjara Carlifonia. Manson telah menjalani hukuman penjara lebih 40 tahun kerana terlibat dalam siri pembunuhan ngeri. Gambar bertarikh 16 Jun 2011 itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa penjara kerana Manson bakal berdepan dengan panel pendengaran parolnya Rabu depan. Dalam usia 77 tahun, Manson kelihatan seperti segelintir warga emas, berambut putih kelabu dan berjanggut. Walaupun sudah dimamah usia, namun tatu swastika yang menjadi identitinya masih terpampang di dahi. "Kali terakhir dia menjalani pendengaran parol adalah pada bulan Mei 2007. Dalam pendengaran itu, dia tidak dibenarkan menghadap panel parol selama lima tahun," kata Terry Thornton Jabatan California koreksi dan Pemulihan kepada AFP. Manson menjadi tajuk berita antarabangsa 43 tahun lalu selepas didapati bersalah dalam kes pembunuhan selebriti terkenal Sharon Tate, isteri kepada pengarah terkenal Roman Polanski. Tate yang sarat mengandung ketika itu dibunuh dengan kejam pada 9 Ogos 1969 oleh Manson dan empat orang pengikutnya. -DCM
P/s: Cerita lanjut tentang Manson di sini. | ||||
TG Haron Din Semakin Stabil Selepas Jalani Pembedahan Jantung di AS Posted: 06 Apr 2012 06:30 AM PDT [SH] SHAH ALAM - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din semakin pulih selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco empat hari lalu. Menurut laman web Darussyifa', Haron menjalani pembedahan pada 2 April lalu. Pembedahan yang mengambil masa selama 10 jam itu diketuai oleh Dr Robert C Robinson. "Haron telah sedar hari ini, bagaimanapun beliau perlu diberi ubat sedatif yang kuat berikutan kehilangan banyak darah," memetik laporan laman web itu. Sementara itu, laporan blog anaknya Hana Haron berkata, mereka diberikan peluang melawat ayahnya yang menunjukkan reaksi positif. "Kami dibenarkan masuk berperingkat dua orang pada satu-satu masa. "Babah boleh mengeluarkan suara, bagaimanapun masih tidak boleh melakukan banyak pergerakan, tetapi sempat bertanya sudah berapa lama beliau tidak sedarkan diri," katanya dalam entri blognya. Difahamkan Haron yang juga pengasas Darussyifa' semakin stabil tetapi masih perlu masih dirawat di unit rawatan rapi. Haron telah berangkat ke San Francisco pada 18 Mac lalu dan dijangka berada di sana selama sebulan kerana perlu menjalani beberapa sesi rawatan selepas pembedahan. P/s: Mudah-mudahan cepat sembuh. | ||||
Motif Pembunuhan Sosilawati Didedahkan di Mahkamah Posted: 06 Apr 2012 05:07 AM PDT [BERNAMA] SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu motif bekas peguam N. Pathmanabhan menghapuskan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi adalah kerana tertuduh tidak memiliki wang yang mencukupi bagi menjelaskan cek bernilai RM3 juta untuk dibayar kepada jutawan kosmetik itu, bertarikh 9 September 2010. Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin berkata Patmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, berdepan tekanan hebat untuk mendapatkan sejumlah wang yang begitu banyak dan dia tahu tidak akan mampu berbuat demikian. "Penyelesaiannya ialah menghapuskan Datuk Sosilawati dan rakannya," katanya ketika berhujah di akhir kes pendakwaan hari ini. Beliau berkata, cek itu diberikan Patmanabhan kepada Sosilawati untuk urusan penjualan sebidang tanah di Pulau Pinang, selain satu lagi cek bernilai RM4 juta, yang juga bertarikh 9 September 2010. Saiful Edris juga berkata sebelum ini, anak perempuan Sosilawati iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari memberi keterangan ibunya ke Banting bertemu Patmanabhan bagi membincangkan hal tanah dan untuk mempercepatkan penjelasan cek agar wang itu boleh digunakan sebagai bayaran bonus kepada kakitangannya serta menyambut Hari Raya Adil Fitri pada 10 September 2010. Beliau berkata Erni menyatakan nilai cek itu ialah RM3 juta. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Khatavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Pathmanabhan, 43; Thilaiyalagan, 21; Matan, 22; dan Kathavarayan, 32; didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Selain itu, Saiful berkata keterangan saksi ke-98 iaitu pegawai bank Yvonne Tiong Guat Choo, setakat 30 Ogos 2010, Patmanabhan hanya mempunyai RM1.38 juta dalam akaunnya. | ||||
[Video] Ceramah Aishah di Program "Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah" Posted: 06 Apr 2012 04:44 AM PDT | ||||
4 Remaja Ditahan Kerana Bergaduh Berebut Budak Bawah Umur Posted: 06 Apr 2012 12:56 AM PDT [SH] SUNGAI DUA - Hanya kerana berebut seorang remaja perempuan bawah umur, empat sahabat baik yang tinggal di Kampung Tok Adam sanggup bergaduh di sini, semalam. Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan empat sahabat itu terpaksa bermalam dalam lokap polis selepas ditahan malah bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk kemungkinan meringkuk di penjara dan didenda jika didapati bersalah. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner, Zulkifli Alias berkata, remaja yang ditangkap itu berusia antara 15 hingga 19 tahun dan pergaduhan dipercayai bermula sekitar jam 10 malam semalam. "Kejadian membabitkan dua remaja berkenaan berlaku di kawasan kampung itu pada mulanya hanya membabitkan cabar mencabar mulut apabila seorang remaja tidak berpuas hati terhadap sikap seorang rakannya yang ingin berebut teman wanitanya. "Rakan remaja itu kemudiannya mencabar teman lelaki remaja perempuan bawah umur itu beradu kekuatan untuk membuktikan kejantanan mereka dalam usaha memikat hati remaja perempuan itu," katanya. Zulkifli berkata, pergaduhan yang berlaku kemudiannya merebak melibatkan campur tangan dua rakan masing-masing hingga memaksa penduduk kampung berkenaan cuba meleraikan mereka. "Kita dimaklumkan penduduk kampung berkenaan berkaitan pergaduhan itu sebelum sepasukan pegawai polis dihantar menahan remaja terbabit. "Bagaimanapun pergaduhan antara pasangan remaja itu tidak melibatkan penggunaan sejata berbahaya dan sebaik tiba di lokasi kejadian pihak kita berjaya menahan mereka," katanya. Menurutnya, empat remaja terbabit kini direman selama tiga hari untuk disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Abdul Wahab semasa empat remaja terbabit dibawa ke mahkamah semalam. P/s: BINGAI! | ||||
Apa di balik Perjanjian Kapal Selam Scorpene? Posted: 06 Apr 2012 12:17 AM PDT [MK] Siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia. Gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002. Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarag digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia. Razak Baginda - bekas pemimpin kumpulan pemikir Malaysia yagn menjadi pusat perhatian pada 2006 apabila ketika disiasat dalam kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu - disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu, yang pada mulanya diperbadankan pada 28 Jun 2002 sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut pendaftar pertubuhan Hong Kong. Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda. Pejabat Terasasi bertempat di tingkat 19, Lockhart Road, dalam daerah Wan Chai, Hong Kong. JOHN BERTHELSEN bertugas sebagai pengarang Asia Sentinel. | ||||
Daripada 1250 Responden, 932 Setuju BERSIH 3.0 Wajar Diadakan Posted: 05 Apr 2012 08:45 PM PDT | ||||
[Video] Bekas Dekan Terkahwin dengan "Lelaki", Tertipu Setahun?? Posted: 05 Apr 2012 06:45 PM PDT [HM] KUALA LUMPUR: Selepas setahun melayari bahtera perkahwinan, barulah si suami mengesyaki isteri ketiganya, pengusaha butik kecantikan adalah seorang lelaki. Ini menyebabkan bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37. Peguam Syarie, Muhammad Hafiz Ab Rashid yang mewakili Bahrom memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, Bahrom selaku plaintif memfailkan permohonan faraq itu pada 17 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Katanya, anak guamnya juga hanya menyedari dia mengahwini seorang lelaki pada penghujung 2010 iaitu setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand, 19 Ogos 2009. Anak guamnya turut mempunyai bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil.
P/s: Yang TM musykil, mengapa selepas setahun baru si suami menyedari "jantina" sebenar isteri? Tidakkah si suami menyedari hal itu sewaktu bersama atau pembedahan jantina sekarang terlalu advance sehingga dapat menghasilkan alat sulit wanita yang dapat berfungsi sepenuhnya? | ||||
Posted: 05 Apr 2012 06:30 PM PDT [HD] IPOH,: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir perlu mendedahkan semua dokumen tentang projek pusat pengagihan bijih besi Vale International kepada umum. Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Zambry tidak boleh memilih dan mendedahkan satu surat sahaja tetapi perlulah mengemukakan semua surat-surat termasuklah surat kelulusan projek oleh Kerajaan BN. "Zambry perlu dedahkan semua dokumen termasuklah minit-minit mesyuarat, dan perjanjian antara kerajaan dan pihak Vale," katanya dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini. Menurutnya, surat yang didedahkan oleh Zambry semalam telah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu akan mempertimbangkan cadangan projek di Teluk Rubiah jika telah mematuhi syarat oleh Ministry of International Trade and Industry (MITI) dan Pejabat Tanah dan Galian. "Kita (Pakatan Rakyat) memberikan kebebasan kepada pelabur serta kita raikan mereka dan kita akan membuat keputusan setelah kita mendapat laporan-laporan daripada agensi-agensi kerajaan termasuklah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ministry of International Trade and Industry (MITI), Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan, dan Environmental impact Assessment(EIA)," ujarnya. Nizar menjelaskan, surat yang didedahkan oleh Zambry semalam hanyalah surat meraikan pelabur untuk melabur dan bukannya surat kelulusan. "Saya cabar Dr Zambry tunjukkan kepada rakyat semua surat yang Vale terima untuk menjalankan projek itu. "Selepas semua dokumen didedahkan barulah rakyat tahu siapa sebenarnya berbohong," tegasnya. Katanya, Pihak Vale sudah berjumpa dengan kerajaan BN sebelum Pakatan Rakyat memerintah dan inginkan projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah. "Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Vale berjumpa dengan kami dan mengemukakan dua cadangan tempat iaitu di Bagan Datoh dan Sagari, tetapi bukan Teluk Rubiah," jelasnya. Semalam, Menteri Besar, Dr Zambry telah mendedahkan surat yang ditandatangani oleh Menteri Besar ketika itu, Nizar tentang sokongan terhadap projek Vale dan kesahihan kandungan surat berkenaan. Daripada surat yang dikeluarkan itu, ada dinyatakan bahawa Nizar selaku Menteri Besar ketika itu mengutus surat sokongan kepada Pengarah Pemasaran Komersial Vale, Mr Renato Neves. Nizar mengakui kesahihannya surat itu namun surat itu hanya surat sokongan dan bukannya surat kelulusan projek. Beliau sangat seronok dan berterima kasih kepada Dr Zambry kerana mendedahkan surat sokongan terhadap projek tersebut kerana ianya telah menggambarkan hubungan baik antara Kerajaan Pakatan Rakyat kepada pelabur. Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini bersidang untuk hari ketiga dan akan berakhir pada hari Isnin minggu hadapan. | ||||
Baju Kesan Ghairah/Berahi Wanita Posted: 05 Apr 2012 05:00 PM PDT
Hari ini sang suami boleh mengetahui sama ada isteri mereka benar-benar berahi terhadap mereka dengan adanya pakaian yang menjadi lut sinar (see through) apabila pemakainya terangsang/ghairah/berahi. Ciptaan futuristik ini menggunakan sejenis kain pintar yang akan menjadi lut sinar apabila kadar jantung pemakainya meningkat. Pereka Belanda Daan Roosegaarde kini dalam perbincangan untuk menghasilkan pakaian itu secara besar-besaran. Beliau berkata: "Pakaian ini menerokai hubungan antara keintiman dengan teknologi." Pakaian tersebut dipanggil Intimacy 2.0 telah dipamerkan di London dan memenangi beberapa anugerah fesyen. -DCM/TS P/s: Bolehlah beli satu! Hahahahaha! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan