Jumaat, 6 April 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Cerita Sebenar Husam Musa Vs Aziz Desa

Posted: 06 Apr 2012 05:38 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Jika TGNA tak maksum, apatah lagi Husam. Tapi antara Husam dan Aziz Desa, gua rasa banyak lagi tak maksumnya Aziz Desa. Antara gua dengan Aziz Desa plak, gua rasa sama jer. Tulang sum-sum, hantu kum-kum.

[1]
Aziz Desa dibawa masuk KTC oleh Zarina. Walaupun Aziz Desa adalah orang Sanusi Junid. Baguslah. Hak KTC mana bleh politik Kelantan masuk campur. pengasingan tajuk, kan tu.

Tetapi, Aziz Desa masuk ketika era bengap pengurusan KTC. Dan Aziz Desa dalam mode berkobar-kobar untuk melakukan perubahan. Biasalah, budak baru kerja tempat baru. Semua manusia begitu.

Malangnya, akibat mode teruja Aziz Desa, dia tidak bermula dari kerja-kerja yang terbiar dalam pengurusan sebelumnya. Dia terus lompat kepada perolehan. Contoh bab hutang. Pengurusan sebelum Aziz Desa ntah bagi atau tidak Invoice, surat perjanjian, tempoh bayaran, etc. Sehingga sebuah organisasi bank pun boleh tak bayar kepada KTC. So, lu boleh bayangkan betapa bongoknya pengurusan sebelum Aziz Desa.

[2]
Bila Aziz Desa masuk, sepatutnya dia bermula dengan perkara2 yang sepatutnya. Invoice ke, surat peringatan, perbincangan, lawyer dan sebagainya. Bukan terus menuntut hak tanpa bijaksana atas semangat teruja baru kerja tempat yang baru dengan gaji 18k sebulan.

Aziz Desa tuntut hutang The Red Warrior Cafe melalui media. TRWC datang bagi berbincang. Kerana, walaupun memang salah mereka, tetapi akibat tertunggak, maka mereka mahu membayar secara ansuran. Tetapi Aziz Desa tolak.

Di sini dapat dilihat cara Aziz Desa bekerja atas teruja tanpa kawalan. Bukan bermotif menuntut hutang bagi pihak KTC. Kalau atas objektif menuntut hutang, maka, pasti kita akan mendapatkan jalan terbaik, asalkan hutang itu dibayar.

[3]
Dari perkara2 era pengurusan begap KTC dulu, Aziz Desa terlalu cepat. Akhirnya, Aziz menuntut hutang kesemua pemiutang melalui akhbar. Cara ini salah. Kerana cara ini membuatkan pelanggan dan pasaran takut kepada KTC! Pernah dengar mana2 hotel atau convention centre meminta hutang melalui akhbar? Pernah? Apatah lagi Aziz Desa menuduh kerajaan negeri berhutang dengan KTC. Ini sudah masuk bab 2 kesalahan besar.

Ofkos Husam bukan maksum dari segi kemarahan. Maka, Husam memanggil Aziz Desa ke pejabat. Nak dengar cerita sebenar. Tetapi kenapa Aziz Desa takut? Sebaliknya Zarina yang hadir. Bila Zarina yang hadir, maka tidak tepat kepada pembolehubah la. Husam nak dengar sendiri dari Aziz Desa bila dia kata kerajaan negeri hutang kepada KTC.

Bila Aziz Desa enggan hadir, maka Husam terpaksa la menghubungi Aziz Desa melalui handphone. Masuk bab sms pula. Dari berpuluh komunikasi melalui sms, Aziz Desa hanya mendedahkan part ayat Husam marah. Ofkos orang tua tu tak maksum. Itu pun marah secara bertulis sms. Bukan macan Azizan Razak yang tengking wartawan RTM.

[4]
Apa yang berlaku sebenarnya, kerajaan negeri menggunakan khidmat perunding dalam setiap even. Macam amalan mana-mana pemerintahan yang lain. Kerajaan negeri sudah menunaikan bayaran kepada perunding even. Dan hutang adalah antara perunding even dengan KTC. Bukan KTC dengan kerajaan negeri.

Sebelum Aziz Desa, pengurusan KTC adalah bangsat. Masuk Aziz Desa, pasti dengan semangat mahu mengubah keadaan itu sangat bagus. Tetapi silapnya Aziz Desa, dia tidak bermula dari perkara terakhir yang ditinggalkan pengurusan lepas.

Sepatutnya Aziz Desa perlu menetapkan objektif. Objektif KTC ialah mendapatkan bayaran dalam keadaan pasaran tidak takut kepada KTC. Kemukakan semula invoice, surat peringatan, perbincangan dan kalau perlu rangka semula skim bayaran. Termasuk ansuran 2-3-4 kali bayar.

Silapnya Aziz Desa dia bergaduh dengan pasaran. Menakutkan pelanggan. Dan paling silap ialah menuduh kerajaan negeri secara media. Sepatutnya Aziz Desa perlu 'langgar' Husam dengan invoice dan bil2 hitam putih bagi menuntut bayaran. Di situ baru dia tahu penjelasan kerajaan negeri.

Tetapi malangnya, bila dipanggil, tak berani pula hadir. Kalau takut pun untuk masuk Blok 1 bangunan ecxo, tetapkan sahaja di mana untuk memberi penjelasan kepada kerajaan negeri. Tapi apsal lari? Takpalah kalau takut dengan kerajaan negeri pun. UTTV boleh sediakan tempat dan platform untuk lu mengemukakan dakwaan dan bukti. Tapi lu kena faham la.. moderator tu adalah gua. Kalau lu betul dan kukuh, tak perlu takut la.

[5]
Aziz Desa menuduh Husam menghina Sanusi Junid. Yang Husam cakap (tulis sms) ialah cara dia bekerja adalah salah (isu KTC). Dan sebab cara kerja Aziz Desa lah menyebabkan Sanusi Junid hancur. Cara dia bekerjalah menyebabkan KTC akan hancur. Itu maksud Husam. Bab anugerah yang diperolehi Sanusi Junid itu adalah hujah Aziz Desa terhadap dakwaan sama ada Sanusi Junid hancur atau tidak. Fine. Gua terima walau gua kata hujah tu tak kuat.

Tapi bab Aziz Desa mengatakan sms Husam itu menghina Sanusi adalah bangang sekali. Kalau pun nak guna word menghina, bukan Sanusi Junid yang dihina. tetapi Aziz Desa. Sebab Aziz Desa yang menghancurkan. Bengong sungguh la.

[6]
Ramai gak suruh buat projek langgar Aziz Desa. Tapi gua rasa isu Aziz Desa kecil. Masalah pengurusan. Bukan dasar. Tak macam Hadi yang memusnahkan Malaysia Baru. Memang gua boleh langgar. KTC tu sejengkal jer dengan opis UTTV. Tapi kecil sangat la. Gua hanya mohon pada bos UTTV untuk jemput Aziz Desa masuk talk show gua jer. Tu pun kalau Aziz Desa berani la. Harap2 dia berani sebab kalau dengan Husam dia takut, cokia sangat la dengan AdukaTaruna pun dia takut.

Ini bukan masalah gangster nak ugut secara fizikal. Ini masalah hujah. Gua bukan gangster pun kat Kelantan ni. Masa gua ke Pasar Siti Khatijah untuk korek isu air, off kos gua pergi sorang2 la sebab UTTV kecik jer. Gua kena pegang gak kat Persatuan Peniaga Pasar Siti Khatijah. Bawah En Kasim. Kecoh satu pasar tu nak tahu siapa gua. Sampai gua kena minta no telefon Cikgu Rahim dari Mat Black UT. Alhamdulillah persatuan setuju nak datang studio kecek pasal masalah mereka di UTTV. Insyaallah.

Kalau orang Kelantan tak hairan atau kenal pun gua, patut lu pun sama gak. Gua jemput lu ke UTTV, siap bagi studio lagi, live. Kalau takut dengan Husam, gua boleh suruh UTTV beri jaminan Husam tak hadir time lu on air. Lawak gile gua baca Husam gangster sampai pernah kilas tangan Mat Sabu kerana Mat Sabu ejek bapa Husam. Ingat ni cerita labu dan labi ke? Wakakaka. Ini masalah hujah dan kebenaran la, bro.

[7]
Sejak dari ini, ramai tuduh Aziz Desa ejen UMNO. Gua tak secepat itu. Nafi atau setuju pun tidak. Cuma setakat ini, gua berpandangan Aziz Desa mempunyai cara kerja yang salah. Terlalu teruja. Dan tidak bijaksana.

Mana pernah pusat persidangan minta hutang melalui media, bro. Ni kerja bodoh dan terburu. Paling terakhir pun minta hutang melalui mahkamah. Sikit media pun tak tahu. Janganlah kasi pasaran takut kepada KTC. Tu pasal Husam sms lu, cara lu kerja menyebabkan Sanusi Junid jatuh. cara lu kerja menyebabkan KTC jatuh nanti.

Husam pernah kilas tangan Mat Sabu sebab Mat Sabu ejek bapa Husam? Wakakaka.. labu-labi ke apa ni?

Video Exco Selangor Ditumbuk Oleh Binatang!

Posted: 06 Apr 2012 05:26 AM PDT

Celaka! Politik Kebinatangan Di Selangor!

Posted: 06 Apr 2012 04:26 AM PDT

Exco Kerajaan Selangor kena tumbuk

Oleh: NUR FARHANA ABDUL MANAN

SERI KEMBANGAN – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah cedera ditumbuk, dipercayai oleh dua lelaki selepas selesai makan di sebuah restoran di Jalan Sekolah Kampung Baru sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi, difahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan itu mengenali lelaki yang menumbuknya dan insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Selangor memindahkan peniaga-peniaga pasar Seri Kembangan.

Difahamkan, peniaga berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memindahkan penjaja haram pasar lama Seri Kembangan yang ditempatkan semula di pasar rakyat Jalan SK 6/1.

Insiden yang berlaku di hadapan 20 ahli jawatankuasa DAP Seri Kembangan dan beberapa pelanggan restoran itu dikatakan terlalu pantas, dan dipercaya telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) premis makanan berkenaan.

Menurut wakil rakyat itu, kejadian berlaku kira-kira jam 12.10 pagi ketika beliau baru selesai menghadiri perbincangan dan makan malam di restoran Jalan Sekolah, Kampung Baru Seri Kembangan.

Menurutnya, apabila hendak keluar dari restoran, dua lelaki terbabit menghampirinya dan terus memarahi serta bercakap dengan nada kasar.

"Seorang daripada lelaki itu terus menerpa ke arah saya dan memukul bahagian kiri wajah menggunakan tangan, dia turut memukul dan menarik tangan saya.

"Sebelum beredar, rakan peniaga berkenaan turut mengugut mengancam nyawa saya. Sebaik kejadian, kedua-duanya terus melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan di luar restoran," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan setengah jam selepas kejadian.

Berapa Orang Ramai Yang Hadir Semasa Majlis Pembakaran Ahbar Harakah? Kami Dedahkan!

Posted: 05 Apr 2012 07:18 PM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/548351_353327534704525_100000818438643_901027_1425166908_n.jpg

Ni gambar dari facebook pemuda umno putrajaya. korang mesti ingat ramai kan?

Saya nak tunjuk gambar dari belakang. Korang kira la sendiri erk.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/526854_2842960354782_1282547734_32150946_1374247348_n.jpg

Semalam pihak kami ada bagitau yang hampir 5 ribu yang hadir.

Ramai blogger umno marah dan tak percaya. Depa kata ramai lagi yang hadir.

Hari ni saya nak dedahkan la gambar yang sebenar.

Kalau tak tahu matematik tolong jangan kira. sebab ramai telajok!

Umno tunggu masa je nak hancur!

Ramai golongan cerdik pandai yang masuk PAS!

Tiada ulasan: