Rabu, 4 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Remaja 14 Tahun Muat Naik Klip Lucah Dirinya di Facebook

Posted: 04 Apr 2012 08:08 AM PDT

Sekadar hiasan.

The Mirror menyiarkan berita tentang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Cheltenham yang ditangkap dan diberi amaran keras oleh pihak polis kerana memuat naik video lucah yang melibatkan dirinya dan seorang remaja perempuan sebaya dengannya di Facebook.

Klip video pendek itu memaparkan aksi seks budak lelaki tersebut dengan remaja perempuan dari Forest of Dean, kata polis.

Berikutan kes itu, ibu bapa di kawasan kejadian telah diberi amaran tentang kewujudan klip tersebut yang dipercayai telah tersebar secara meluas.

Jurucakap Polis Gloucestershire berkata: "Kami telah menerima laporan bahawa video itu dimuat naik ke laman Facebook. Video itu memaparkan aksi seks antara remaja lelaki berusia 14 tahun dari Cheltenham dengan remaja perempuan dari Forest of Dean.

"Aksi seks tersebut adalah bersifat sukarela.

"Video tersebut telah dikeluarkan dari laman sosial tersebut tetapi kita sedar bahawa remaja lain telah menonton rakaman itu.

"Remaja lelaki  itu telah ditangkap dan diberi amaran terakhir kerana merakam dan mengedarkan imej lucah.
Selain diberi amaran keras, kejadian itu akan dimasukkan ke dalam rekodnya untuk tempoh enam tahun.

"Kami sedar bahawa ibu bapa amat prihatin terhadap kejadian ini. Kami menasihati orang ramai agar tidak memuat naik bahan lucah ke laman sosial." -DCM


Baca lanjut di sini.

 
P/s: Hanya diberi amaran terakhir?

Di Malaysia, anak remaja kita pun berlumba-lumba memecahkan dara dan teruna. Cuma belum ada yang berani memuat naik klip-klip 3gp mereka ke laman sosial.




BERSIH Dedah Kaedah Pengundi Diklon

Posted: 04 Apr 2012 07:00 AM PDT


[MK] Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan saintis politik Wong Chin Huat mendedahkan lebih banyak contoh pengundi "klon", yang didakwanya sebagai pengundi hantu.

Menggunakan daftar pemilih suku keempat 2011, Wong (kiri) menjelaskan empat kaedah pengundi boleh didaftarkan banyak kali, supaya mereka dapat mengundi beberapa kali.

"Anda boleh mendapati bahawa kita telah begitu maju dalam teknologi pengklonan sehingga kita boleh mengalahkan Korea dan semua orang lain di dunia," kata pensyarah Universiti Monash itu sinis.

Empat kaedah tersebut adalah:
  • Pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama dan alamat yang sama, tetapi berbeza nombor kad pengenalan baru;
  • Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang sedikit berbeza;
  • Nama yang sama dengan tarikh lahir yang sedikit berbeza, dan nombor kad pengenalan baru; dan
  • Pengundi pos dengan nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza .

Wong memberi 10 contoh pengundi yang mungkin "diklon" dan berkata, terdapat sekurang-kurangnya 560 contoh "klon" bagi jenis pertama.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu berapa banyak terdapat "klon" dalam tiga kategori yang lain, sambil menegaskan bahawa penyelidikan yang dijalankannya itu adalah membabitkan jumlah yang kecil sahaja.

Dalam satu contoh pengundi yang mempunyai nombor IC lama dan alamat yang sama, beliau menunjukkan cetakan 'screenshot' dari lamanweb semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


[PANAS] Parah, Mahfuz Dakwa Penasihat PM, Ketua Pengarah JPN, dan Timbalan Pengerusi SPR Terlibat Komplot Beri Kerakyatan kepada Warga Asing

Posted: 04 Apr 2012 06:19 AM PDT

[HD] KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar) mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.

Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin  Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,

Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

(Wan Ahmad [kiri] dan Tajuddin Wahab, dua tokoh penting di belakang task force, dakwa Mahfuz)

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.

Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

"Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.

Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.





Artis Bangga Dapat Pelihara Dara "Kedua"

Posted: 04 Apr 2012 05:00 AM PDT


[HM[ JAKARTA: Penyanyi dangdut, Dewi Persik atau lebih dikenali sebagai Depe, sering dikaitkan dengan berita sensasi.

Hampir setiap tindak-tanduknya mencetuskan kontroversi. Walaupun begitu, Depe mengaku amat menjaga keperawanannya kerana baginya ia sesuatu yang suci.

"Saya bangga dapat memberikan keperawanan kepada suami. Itu bermakna saya mentaati ajaran agama," katanya kepada detikhot, semalam.

Depe sebelum ini memang sudah bergelar janda selepas bercerai dengan Saipul Jamil. Selepas perceraian itu, ada khabar angin mengatakan dia berkahwin dengan kekasihnya, Jusuf Ferry Dzaatz. Bagaimanapun, Depe menafikan dakwaan itu. 

Belum pun berita mengenai perkahwinan itu reda, Depe mengaku pula menikah dengan Aldi Taher pada Julai 2008. Namun, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila dia kembali menyandang status janda pada November 2009. 

Sebelum ini, Depe dilaporkan melakukan pembedahan dara. Dia mengaku tidak peduli dengan kontroversi yang timbul ekoran berita sensasi yang dikaitkan dengan dirinya.

Apa yang penting buat penyanyi dangdut itu yang digelar Goyang Gergaji ialah menjaga keperawanannya.

"Memelihara keperawanan itu bererti menjaga akhlak yang suci dan kesempurnaan iman," kata Depe. - Detikhot


P/s: Macam-macam!



Anak Menahan Sakit Rupa-rupanya Diratah Jiran Warga Emas

Posted: 04 Apr 2012 02:11 AM PDT


[HM] KUALA LUMPUR: Naluri seorang ibu yang menyatakan anak perempuannya yang berusia lapan tahun kelihatan sakit membongkar kejadian anak kecil itu menjadi mangsa nafsu jiran mereka yang berusia 50-an dalam kejadian di Sungai Besi.

Mangsa berusia lapan tahun itu mengalami kecederaan di bahagian sulitnya akibat tindakan kejam jiran itu yang merogol mangsa sejak sebulan lalu ketika ibu mangsa yang berusia 40-an keluar bekerja.

Sumber berkata, kejadian itu hanya disedari malam kelmarin ketika ibu mangsa yang baru pulang dari kerja melihat mangsa tidur di ruang tamu, namun dari riak muka mangsa ibunya melihat anaknya itu sakit.

"Pada mulanya, ibu mangsa tidak berniat mengejutkan anaknya itu dari tidur tetapi naluri keibuannya mendesaknya untuk membuat pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu.

"Selepas memeriksa badan mangsa, ibunya terkejut apabila mendapati alat sulitnya anaknya bengkak. Selepas disoal siasat, anaknya mendedahkan dirogol jiran mereka yang berusia 50-an," katanya.



BERSIH 3.0 - 28 April 2012, Dataran Merdeka

Posted: 03 Apr 2012 11:09 PM PDT



Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini mengumumkan akan mengadakan himpunan besar-besaran BERSIH 3.0 pada 28 April ini. Lokasi perhimpunan kali ini akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang.

Perhimpuanan yang dilaporkan akan diketuai oleh Datuk A.Samad Said dan Datuk Ambiga Sreenevasan serta ahli jawatankuasa yang lain bertemakan "Duduk Bantah". Khabarnya, perhimpunan ini bakal diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

Himpunan yang turut disertai 84 NGO masih mengekalkan lapan tuntutan, iaitu:

Bersihkan senarai undi
Mereformasikan undi pos
Gunakan dakwat kekal
Akses media bebas dan adil
Masa kempen minima 21 hari
Kukuhkan institusi awam
Hentikan rasuah
Hentian politik kotor


Rupa-rupanya Bini Nombor 2

Posted: 03 Apr 2012 08:10 PM PDT


P/s: Menurut blog pro-UMNO, wanita misteri (bagi sebilangan besar rakyat Malaysia) yang berdansa dengan Noh Omar dalam suatu majlis ialah isterinya keduanya. TM pernah terserempak dengan Noh dan keluarga ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun lalu. Namun tidak ingat rupa isterinya. 

Kiriman berkaitan di sini.


Pasangan Kekasih Kantoi Khalwat 2 KALI dalam Tempoh 10 Jam, Kemaruk Berahi?

Posted: 03 Apr 2012 06:59 PM PDT

 PASANGAN remaja ditahan dua kali dalam tempoh 10 jam di hotel murah dan rumah sewa sekitar Kubang Pasu, semalam.
[BH] JITRA: Tidak serik - itulah gambaran sesuai bagi sepasang kekasih yang ditangkap khalwat dua kali dalam tempoh 10 jam oleh kakitangan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu di dua lokasi berbeza di sini, semalam. 

Pasangan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 19 dan 20 tahun itu kali pertama ditangkap berdua-duaan di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri di sini, jam 12.05 tengah malam kelmarin, dan dicekup kali kedua di sebuah motel murah di Taman Ehsan, dua kilometer dari lokasi pertama kira-kira jam 10 pagi semalam. 

Sumber pejabat agama itu berkata, mereka ditahan ketika serbuan dilakukan di rumah sewa pelajar perempuan dan ketika pemeriksaan dilakukan pasangan itu berada berdua-duaan dalam sebuah bilik, manakala seorang rakannya tidur di bilik berasingan. 

Pelajar perempuan itu berasal dari Kampung Sungai Korok di sini dan rakan serumahnya belajar di semester pertama sebuah IPTA di sini, manakala teman lelakinya yang berasal dari Kampung Teluk Malik, juga di sini belajar di sebuah IPTA lain. 

Sumber berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota penguat kuasa pejabat agama membuat pemeriksaan dan mendapati pintu rumah itu berkunci dari dalam. 

"Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, pintu dibuka remaja perempuan yang berpakaian lengkap dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dan hasilnya mendapati dua motosikal, termasuk motosikal lelaki itu diletakkan di ruang tamu rumah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.


P/s: Kalau sudah kemaruk berahi, menikahlah!


[Bantuan] Pesakit Kronik Perlukan Bantuan Anda

Posted: 03 Apr 2012 05:58 PM PDT


[SH] IPOH - "Mama... ini dugaan untuk abang. Mama jangan bimbang. Mama cuma doakan abang supaya cepat sembuh dan boleh bermain dengan kawan-kawan macam biasa." 

Walaupun baru berusia lapan tahun, si kecil memahami situasi pe­ra­­­saan dilalui ibunya. Malah dia masih mampu tampil ceria. 

Wajah manisnya yang gemar mengorak senyum, menutup segala derita dilaluinya.

Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad Affendy, dari Kampung Sentang, Batu Gajah, dekat Ipoh bukan menderita sakit biasa. Anak kecil itu disahkan menghidap kanser tulang tahap empat.

Wan Arif Ferdaus, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad menghidap kanser di bahagian kaki kiri dan memerlukan kira-kira RM80,000 untuk menampung kos pembedahan dan pemin­dahan tulang titanium.

Kanak-kanak ini juga berharap cepat sembuh agar cita-citanya sebagai angkasawan dapat dicapai. 

Bertemu ibunya, Zetty Ramli, 28, merungkai cerita detik permulaan bagaimana penyakit anaknya itu mula dikesan. Sinar Harian bertemunya di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak yang hadir untuk meminta bantuan daripada Ketua Urusetianya, Mohd Rawi Abdullah.

"Ia bermula pada Februari tahun lalu selepas Wan Arif Ferdaus terjatuh ketika bermain di sekitar rumah kemudian mengadu sakit kaki kiri.

"Bermula dari insiden itu, Wan Arif Ferdaus dibawa ke Hospital Batu Gajah (HBG) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemerik­saan lanjut.

"Pemeriksaan awal menyatakan anak saya hanya mengalami bengkak biasa, malah ia dikatakan selalu terjadi ke atas kanak-kanak sebaya dengannya.

"Namun dua bulan kemudian, anak saya kembali sakit dan sekali lagi dibawa ke HRPB untuk mendapatkan rawatan tetapi penyakitnya masih belum dapat dikesan sepenuhnya," ceritanya. 

Ibu kepada tiga anak itu berkata, setiap malam anak sulungnya pasti mengadu sakit hingga tidak dapat tidur.

"Kami akhirnya membuat keputusan untuk membawa anak kami menjalankan pemeriksaan di Hospital Pantai dengan meminjam wang daripada ahli keluarga.

"Selepas menjalankan Gema Pengimejan Magnetik (MRI) dan x-ray, doktor mengesahkan ada sesuatu yang tidak normal pada kaki anak kami," katanya.

Tambahnya, keputusan itu dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan ujian biopsi mengesahkan Wan Arif Ferdaus mengidap kanser tulang tahap dua.

Pada 26 Mac lalu, kanser Wan Arif Ferdaus sudah merebak dan difahamkan sudah berada di tahap empat dan pembedahan perlu dijalankan segera sekurang-kurang dalam tempoh dua bulan ini.

"Kata doktor, peluang untuk anak kami sembuh hanya 40 peratus," katanya yang turut membawa anaknya menjalani rawatan tradisional.

Sementara itu, bapa kanak-kanak itu, Wan Ahmad Affendy Wan Mohd Yaakob, 33, yang hanya bekerja kilang berterus-terang dia tidak mampu untuk menampung kos pembedahan tersebut.

"Setakat ini hampir RM20,000 dibelanjakan untuk rawatan anak kami dengan bantuan yang disumbangkan ahli keluarga serta rakan-rakan sekerja.

"Saya turut mencuba nasib meminta bantuan beberapa pihak tertentu, namun tidak dilayan dengan memberikan pelbagai alasan," katanya yang kecewa dengan sikap pihak berkenaan.

Menurutnya, anaknya sudah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali dan akan menjalani rawatan seterusnya pada 16 April ini.

Sementara itu, Mohd Rawi berkata, pihaknya akan cuba memohon bantuan daripada orang ramai mahupun badan korporat untuk mendapatkan dana bagi membantu menampung kos pembedahan kanak-kanak tersebut.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank atas nama Wan Ahmad Affendy Wan Mohd Yaakob 158015114461 atau menghubungi talian 017-5208839 (Zetty) atau 012-5093505 (Wan Ahmad Affendy) untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

WAN AHMAD Affendy (kanan) menunjukkan kesan rawatan kimoterapi pada badan Wan Arif Ferdaus di Ipoh semalam. - Kosmo 


P/s: Situasi seperti ini tidak akan berlaku jika kerajaan prihatin terhadap isu ini. Mereka boleh melupuskan hutang kroni yang mencecah RM600 juta, mereka boleh menyediakan subsidi kepada syarikat kroni sehingga mencecah RM2 bilion setahun, mereka boleh ..................................................................................................................................
Apa salahnya jika kerajaan membina sebuah fasiliti perubatan yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit kronik secara percuma atau hanya dikenakan caj minimum. Malangnya fasiliti yang ada seperti IJN pun menawarkan perkhidmatan berbayar yang tidak mampu ditanggung oleh kebanyakan pesakit, malah ada ura-ura sebelum ini untuk menswastakan pusat rawatan jantung itu.


Jutawan Produk Kecantikan Dakwa Pembantu Rumah Larikan Wang & Barang Berharga

Posted: 03 Apr 2012 05:24 PM PDT

Datin Ira Ghani


[Bernama] KUALA LUMPUR - Pengasas produk kecantikan Aura Seri kerugian kira-kira RM500,000 selepas dua pembantu rumahnya melarikan pelbagai barangan berharga termasuk jam berjenama, barang kemas, telefon bimbit serta wang tunai dari kediamannya di Medan Idaman, Gombak, Ahad lalu.

Datin Ira Ghani, 35, berkata, kejadian berlaku ketika beliau dan suami Datuk Ibrahim Ahmad, 46, berada di Singapura atas urusan kerja namun, dua anaknya Mohd Danish Irfan, 13, dan Mohd Danish Roshan, 8, serta seorang anak saudara berada di rumah teres tiga tingkat itu.

"Saya dimaklumkan mengenai kejadian ini selepas anak sulung saya Mohd Danish Irfan, yang menghantar mel suara kepada saya untuk memberitahu kedua-dua pembantu rumah saya sudah melarikan diri.

"Anak-anak saya turut menyedari dua telefon bimbit iPhone dan dua iPad milik mereka yang diletakkan di ruang tamu juga hilang," katanya pada sidang akhbar bersama Ibrahim di kediaman mereka hari ini.

Berikutan kejadian itu, beliau dan suami kembali ke Kuala Lumpur semalam dan membuat laporan di Balai Polis Gombak pada 11.25 malam.

Ira berkata pemeriksaan lanjut mendapati mereka kehilangan 11 jam tangan berjenama termasuk Rolex dan Tag Heuer, 20 bentuk cincin, seutas rantai, dua pasang subang permata, empat telefon pintar, 30 helai kemeja-t berjenama, dua tas tangan Bvlgari dan Louis Vuitton, wang tunai RM5,000 serta pasport dan permit kerja kedua-dua pembantu rumah itu.

Beliau berkata ketiadaan rakaman kamera litar tertutup di kediamannya menyukarkan mereka melihat gambaran sebenar kejadian itu, tetapi percaya kedua-dua pembantu rumah tersebut melarikan diri melalui pintu dapur.

Mereka juga meninggalkan kunci rumah di dalam peti sejuk manakala alat kawalan jauh pagar rumah diletakkan dalam peti surat.

Kedua-dua pembantu rumah itu, yang berasal dari Jawa Barat, dikenali sebagai Luluk Tanjiyah, 32 dan Udayati, 40, akan menamatkan kontrak bekerja masing-masing pada Ogos dan November depan.

"Anak saya turut menjumpai beg plastik berisi pakaian kedua-dua pembantu rumah itu yang dibuang di dalam tong sampah rumah kami," katanya.

Ira berkata beliau hairan bagaimana pembantu rumah itu memasuki bilik tidurnya kerana ia berkunci serta membuka pintu almari, yang juga berkunci.

"Keadaan di dalam bilik tidur kamu juga seperti biasa tanpa ada tanda digeledah... semuanya terletak pada kedudukan asal," katanya.

Mengimbas keadaan di kediamannya sejak kedua-dua pembantu rumah itu bekerja setahun lepas, beliau menyedari sering kehilangan wang awal tahun ini dan jumlahnya mencecah RM15,000.


Ira berkata berikutan laporan polis yang dibuatnya, Jabatan Imigresen telah membatalkan permit dan pasport pembantu rumahnya selain memaklumkan kejadian itu kepada ejen pembantu rumah di Indonesia.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka gagal mengesan Luluk dan Udayati di rumah masing-masing di Surabaya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. 



Dekat PRU ADUN Mengaku Muflis

Posted: 03 Apr 2012 05:19 PM PDT


[Bernama] Alor Setar - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata, hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan, Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau berkata pada Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.

Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.

Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi. 


P/s: ADUN ini berkeras menafikan dirinya muflis sekitar tahun 2010 dan menganggap isu itu hanya fitnah pembangkang.



Berita Berkaitan:

Adun BN Kuala Nerang nafi diisytihar muflis kes KWSP, cetus spekulasi pilihan raya

[TMI] KUALA LUMPUR, 20 Okt — Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang dari Umno-BN, Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytihar bankrap minggu lalu ekoran kegagalan syarikatnya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sekali gus menimbulkan kemungkinan membuka ruang kepada satu lagi pilihan raya kecil.

Kerusi disandang Syed Sobri, yang pernah berhadapan dengan isu yang sama dua tahun lalu, boleh diisytihar kosong jika gagal menjelaskan hutang itu kepada KWSP.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan wakil rakyat dari Kedah itu, yang didakwa bersama tiga defendan yang lain termasuk syarikatnnya, sebagai muflis Jumaat lalu.

Bagaimanapun di peringkat minggu lalu, mahkamah dikatakan hanya mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis selaku salah seorang pengarah syarikatnya.

Maklumat sebelum ini menyebut Syed Sobri (gambar) merupakan pengasas Kulim Enterprise.

Beliau dipercayai akan membuat rayuan.

Syarikatnya dipercayai gagal menjelaskan baki caruman lebih RM700,000. KWSP dikatakan membawa kes itu 2003.

Usaha mendapatkan kenyataan firma guaman yang mewakili Syed Sobri juga gagal.

Syed Sobri ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam menafikan beliau muflis sambil berkata, ia sengaja disebarkan oleh musuh politiknya.

"Semua terkawal, semua OK, saya tidak tahu siapa yang buat perkara ini.

"Tiada masalah, saya tidak tahu mengapa ini berlaku. Saya anggap ini satu fitnah pembangkang menjelang Perhimpunan Agung Umno," kata beliau.

Perhimpunan Agung Umno 2010 bermula semalam.

Sambil menegaskan perkara ini secara terus-menerus dan sengaja disebarkan oleh pihak tertentu, Syed Sobri berkata, beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Ketika ditanya sama ada benar beliau tidak melangsaikan caruman KWSP, Syed Sobri berkata, ia dibayar balik dari semasa ke semasa secara ansuran.

"Saya sudah bayar secara ansuran, ini kes lama... tiada masalah," kata beliau lagi.

Pada awal November 2008, beliau dikatakan hampir muflis kerana hutang bank.

Bagaimanapun menurut Syed Sobri ketika itu, beliau sudah pun menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000.

Oleh itu katanya, peguam beliau juga telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan penghakiman mahkamah yang dikeluarkan 3 November 2008, mengisytiharkan dirinya muflis.


Tiada ulasan: