Biaqpila |
- Kereta buruk makan minyak pun kena tukar
- Live Streaming: UEFA - Chelsea vs Benfica Lisbon
- Live Streaming: Piala AFC - Kelantan vs Arema IPL
- BUKAN SAJA DREBAR,KERETA PUN KENA TUKAQ SEKALI
- AWAN TERUKIR NAMA ALLAH KETIKA MAJLIS PEMAKAMAN
- Ada yang basah dalam seluar bila mendengar celoteh dan kelentong Najib?
- VIDEO ADAM ADLI DITUMBUK CURI OLEH SAMSENG TAIK KUCING
Kereta buruk makan minyak pun kena tukar Posted: 04 Apr 2012 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 April: Mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau boleh mewar-warkan kejayaan cemerlangnya dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP)? Bagi Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (gambar), ini kerana pencapaian Najib itu tidak dapat dipertahankan sekiranya dilihat dengan teliti. Isnin lalu, Najib melalui siaran langsung TV mengumumkan betapa berjayanya program GTP dan ETP, di mana kesemua 12 Bidang Ekonomi Utama Negara atau NKEA telah melepasi atau memenuhi sasaran 2011. Namun Nie Ching tidak bersetuju. Mengambil contoh pencapaian perkapita negara yang disebut Najib meningkat daripada US6,700 ke US9,700 dalam masa dua tahun ETP dilaksanakan, Teo berkata angka tersebut adalah tidak selari dengan apa yang diberikan Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam. Subramaniam berkata 33 peratus pekerja Malaysia hanya berpendapatan RM700 ke bawah. "Najib mendakwa kerajaan telah mengeluarkan hampir RM3 bilion terus kepada rakyat tahun ini, tetapi faktanya ialah, subsidi untuk keperluan asas telah berkurang," tegas Nie Ching. Berdasarkan carta di bawah, beliau berkata hampir semua keperluan asas seperti petrol, makanan, minyak masak, gula dan tepung telah berkurangan, subsidi untuk gas cecair (LPG), diesel dan petrol sahaja sudah berkurangan RM3 billion antara 2011 dan 2012. "Pada masa yang sama, pampasan kepada konsesi lebuhraya telah meningkat daripada RM300 juta pada 2011 kepada RM343 juta pada tahun 2012. Angka-angka tersebut tidak termasuk pampasan RM120.55 juta yang kerajaan persekutuan kena bayar kepada Grand Saga Sdn Bhd ketika memansuhkan dua tol sepanjang lebuhraya Cheras-Kajang," tambah beliau. Mengenai seruan Najib kepada rakyat supaya tidak menukar "pemandu" separuh jalan, Teo berkata, dengan data sedemikian, rakyat Malaysia sepatutnya berfikir untuk membuang kereta lapuk 54 tahun yang 'makan minyak' itu untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam kemalangan maut. "Dengan menukar pemandu dan kereta buruk barulah rakyat Malaysia mempunyai harapan untuk masa depan dan negara yang lebih baik," tegas beliau. HD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Live Streaming: UEFA - Chelsea vs Benfica Lisbon Posted: 04 Apr 2012 11:40 AM PDT |
Live Streaming: Piala AFC - Kelantan vs Arema IPL Posted: 04 Apr 2012 06:22 AM PDT SILA KLIK DI SINI http://view.my/bola KEPUTUSAN PENUH: KELANTAN 3-0 AREMA KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
BUKAN SAJA DREBAR,KERETA PUN KENA TUKAQ SEKALI Posted: 04 Apr 2012 05:00 AM PDT Saya bersetuju dengan pendapat perdana menteri Ha Najib Razak untuk negara mencapai status negara maju empat tahun lagi negara memerlukan seorang pemimpin yang cekap dan berwibawa bijak menjalinkan faktor yang ada untuk memanjukan negara. Secara egoisnya Najib menggambarkan dialah driver (pemimpin) yang cekap yang boleh membawa negara maju menjelang 2020. Beliau beranologi kalau kita hendak sampai destinasi dituju jangan menukar driver di tengah jalan. Kononnya kalau menukar driver di tengah jalan (tamatkan riyawatnya sebagai PM), perjalanan tidak akan sampai ke destinasi dituju... negara akan berselerak. Wah... kononnya dia sahaja yang bijak dan tahu arah peta perjalanan. Sambil mendabik dada dialah driver yang cekap, katanya "jangan tukar dengan driver yang diragui dan membahayakan." Apa yang cuba ditonjolkan Najib driver yang merbahaya dan diragui itu ialah ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Semasa membentang kajian tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETF) Ha Najib Razak juga berkata driver yang tidak cekap itu hanya tahu berseruling dan beretorika sahaja. Mereka katanya adalah tukang karut dan penghibur lara. Sebalik katanya kerajaan UBN hari sudah terbukti dan mempunyai track record. Najib boleh berperasan dan mengakui dia seorang driver yang cekap, baik dan bertanggungjawab kerana itu dari penilaian dan standard dia sendiri berikan. Namun di luar sana atau penumpang sedang membuat penilaian ke atas cara-cara Najib memandu atau memimpin negara tanpa bias. Dalam tempoh tiga tahun lebih ini rakyat sedang mengukur corak dan juga stail pemanduan Najib. Siapa yang membuat atau mengikhtiraf bahawa pemanduan Najib baik dan selamat yang boleh beliau jadikan asas? Kita boleh masuk ke dalam bakul dan jujung sendiri. Kita boleh masuk ke dalam lif dan tekan sendiri, ia akan naik setinggi mana yang kita mahu. Tetapi kita tidak boleh hipkorit apa yang berlaku ke atas diri kita. Penilaian mutlak dan konkrit ke atas diri kita ialah dari rakyat. Kalau isteri kita memuji, kata kita hebat pun belum tentu benar, kerana perempuan dia boleh memuji dan memuja suami dengan pujian hebat apabila ia mempunyai sesuatu hajat. Cekapkah Najib memimpin negara? Terpulang maklum kepada rakyat dan para penumpang. Untuk menilai seseorang itu cekap atau pun tidak ia harus memandu lebih separuh jarak perjalanan, baru kehebatannya teruji. Hari ini Najib hanya baru berlepas di garis awal perjalanan di mana baru peringkat membetulkan stering dan tempat duduk saja, jadi soal sampai atau tidak masih 'kabur mabur' lagi. Dalam masa tenaga masih ada, sisa wang simpanan negara masih ada, Najib boleh memandu dan menggunakan wang untuk melatari pemanduannya. Tetapi cabaran sebenar ialah selepas lima tahun atau 10 tahun memimpin. Hari ini pun rakyat sudah mengerti dan kenal cara pemanduan Najib yang tidak licin dan tersekat-sekat. Ada kalanya Najib keliru bila melihat papan tanda yang harus ditujunya. Beliau juga gagal melihat cermin belakang yang banyak meninggalkan iktibar. Penumpang belum berkata apa kerana mereka sedang 'mengeman' gula-gula dan membilang ringgit (RM500) yang Najib hulurkan untuk melekakan penumpang. Najib tidak sedar dalam memandu dia banyak tersasar atau dipengaruhi oleh unsur-unsur di luar pemanduannya. Misalnya dia suka bercakap menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan ini merbahayakan. Dia tidak boleh matikan handphone semasa memandu kerana disuruh berbuat begitu. Dia juga tidak boleh untuk tidak menjawab kerana kalau dibiarkan ia akan ditengking apabila pulang rumah nanti. Lagi sewel dan sial ada kalanya Najib diganggu secara langsung apabila orang itu duduk di sebelahnya dan ikut sama memutar stering bersama Najib dan mengarahkan jalannya sendiri. Gangguan ke atas pemanduan Najib ini merbahaya. Dalam kata lain Najib seorang pemandu yang dikawal, akan menggerakan kenderaan dibawanya menurut kuasa luar. Dia diremote oleh kuasa luar seorang yang sepatutnya berada di dapur rumahnya atau tukang menayarungkan stokin dikaki Najib. Bagaimana seorang pemandu yang dikawal untuk mengatakan dia seorang driver yang cekap, berprofesional? Apabila Najib sudah memesan kepada penumpang agar jangan tukar driver di tengah jalan barang kali dia sudah dapat merasa keluh kesan penumpang yang bersunggut mengenai wibawa dia sebagai pemandu. Barang kali sudah ada tanda-tanda yang penumpang ingin menukar driver. Kalau tidak dia tidak akan memberi peringatan sebegitu. Bagi pemandu yang mengerti dan tahu akan bahaya di depan mereka perlu malah wajib tukar driver. Mereka kena tukar Najib sebelum ia mengheret penumpang lebih jauh. Kalau dibiarkan sudah pasti Najib akan membawa mereka terjun gaung atau pun melanggar bukit. Sebenarnya bukan saja setakat driver tetapi kenderaan itu sendiri juga perlu ditukar kerana ia sudah terlalu lama, sudah 54 tahun dan sudah keletihan. Banyak perkakas dan mekanisme enjin rosak dan luruh. Bahkan nombor plat juga sudah tercabut... Dalam pembentang itu juga Najib mendabit dada kononya dia tidak gentar untuk bersaing di pasaran idea yang bebas dan kompetitif kerana itu adalah pilihan demorkasi yang adil. Benarkah Najib berani untuk bersaing di pasaran bebas? Belawak kohong semuanya. Kalau benar bagaikan dikatakan Najib tidak akan kongkong media massa, beliau tidak akan kongkong polis, beliau tidak akan kongkong SPR, SPRM dan segala macam agensi. Beliau akan lepas terbuka dan beri kebebasan secukupnya kepada agensi atau pun badan berkenaan seperti mana matlamat perwujudan dan penubuhannya. Dengan cara berlindung dan menjadi agensi kerajaan sebagai kubu Najib sebenarnya pengecut dan bacul campur munafik. Sikap diam membisu beliau terhadap cabaran Anwar untuk berdebat menunjukkan dan mengenalkan kita siapa Najib sebenarnya. Kalau benar dia berani dan tidak gentar kepada pasaran idea babas dia akan sahut cabaran Anwar. Dia tidak perlu berdolak dalih dan mengatakan perdebatan itu membuang masa. Bagi rakyat selagi Najib tidak sedia untuk menyahut cabaran itu, rakyat tidak akan mengikhtiraf Najib sebagai perdana menteri yang berani dan bertanggungjawab. Katalah sejuta kali dia tidak gentar kepada pasaran idea, tetapi pembisuan itu akan diterjemahkan rakyat Najib takut dan kecut perut. Sebelum ini bukan main lagi dia mengangga mulut mengatakan Anwar akan demam kalau berdebatnya dengannya, tetapi hakikat hari ini yang bergerunyuk dan kesejukan bukan Anwar tetapi Najib. http://msomelayu.blogspot.com/ sepang-kederang KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
AWAN TERUKIR NAMA ALLAH KETIKA MAJLIS PEMAKAMAN Posted: 04 Apr 2012 12:25 AM PDT Lihat...Awan yang berada tepat di atas Makam Diraja Kuala Kangsar. Apakah yang terukir di awan itu? Awan mendung yang berarak ketika Upacara Pemakaman Tuanku Syaikh Raja Ashman Shah QS... Betapa Allah muliakan Wali-Nya yang bergelar Sultanul Akhirah SubhanAllah... Masya Allah thumma Masya Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai2 yang mengiringi pemergian baginda Tuanku... Untuk cerita lanjut sila klik di sini. KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Ada yang basah dalam seluar bila mendengar celoteh dan kelentong Najib? Posted: 03 Apr 2012 09:55 PM PDT Yang Tidak di Laporkan oleh Najib Saya ingatkan orang hanya akan ulula-hing (wanita Arab akan mengeluarkan bunyian seperti kicauan burung tanda suka- dalam BI di sebut sebagai ululating) bila mendengar ucapan Najib malam tadi. Rupa rupa nya ada jugak orang yang mendapat mimpi basah dan meneriak-aku sungguh tertarik Maka atas dasar dia seorang sahaja yang tertarik dan super teruja, tambahan pula kerana tertekan oleh ransangan mimpi basah- serta merta mengistiharkan BN pasti menang. Astagha! Yang kita nak bercakap seolah olah mendapat orgasm ini kenapa- kita tunggu sahajalah bila PRU tiba. Sama ada Najib yang di jangka akan membelanjakan RM 2 juta per calun parlimen dan RM 1 juta untuk ADUN akan menang selesa. Maka tidaklah memelikkan sangat jika kerajaan UMNO hari ini menjalankan banyak corporate maneuver untuk menghimpun dana. Kerana kita tahu apa guna nya wang tersebut. Banyak kali saya telah menulis- Najib hanya tahu satu cara sahaja menyelesaikan masaalah- bayar sana sini. Dari sudut ini, Najib tidak menghampakan sesiapa. Its vintage Najib. Pay your way through. Saya membaca semula bajet untuk 2012 , saya tidak tidak berjumpa dengan peruntukan belanja kilat yang di lakukan oleh PM dan TPM. Orang yang tahu berkerajaan, akan insaf bahawa mereka tidak boleh belanja kecuali dari yang telah di luluskan oleh parlimen. Kalau tidak di luluskan oleh parlimen, maka orang yang berbelanja itu berhutang atau ambil duit haram. Atau jual harta benda rakyat atau menggunakan wang rakyat untuk membeli asset dari kunco2 dengan harga yang tinggi di mana se bahagian dari lebihan itu akan di pulangkan kepada pembeli. Kenapa 1MDB membeli perniagaan Ananda Krishnan pada harga RM 8 billion lebih walhal nilai asset tetap sekitar RM 1 billion dan di campur goodwill, mungkin harga Tanjung power itu hanya RM 4 billion. Jawapan nya, kerajaan BN akan di beri balik sejumlah wang untuk PRU. Demikian juga, rakyat curiga bagaimana Mex Highway di jual pada harga yang begitu tinggi sedangkan pembiayaan nya datang dari kerajaan dan pencadang nya hanya mengeluarkan sekitar RM 60 juta. Adakah keuntungan RM 1 billion itu di kongsi dengan penaung2 dari UMNO? Tapi oleh kerana kita sekurang kurang nya memperakui bahawa Najib dan Muhyidn adalah honorable gentlemen- mestilah duit itu mereka pinjam. Tapi pinjam dari mana ye? Duit ini dari syarikat Najib dan Muhyidin? Kita tahu kedua nya kaya raya. Dari manakah datang nya RM600 million juta yang di taburkan oleh Najib dan Muhyidin dalam masa 11 minggu? Kalau ianya bukan dari peruntukan yang di ketepikan dari jumlah wang yang disatukan, dari mana para lanun ini mencuri? Hutang negara kita telah hampir kepada 50% dari KDNK. Saya percaya kalau di campur dengan wang yang datang dari sumber ghaib- ambil dari epf, dari GLC, dari sime darby, dari 1001 sumber, maka hutang sector awam pasti melebihi 50% dari KDNK. Dan dengan rekod ini, PM dari UMNO mengistihar diri nya, tukang belanja yang berhemah? Atau wassatiyyah? Negara kita akan bengkrap sebab kerajaan BN yang di pimpin oleh UMNO belanja ikut sesuka hati. Ini seorang pemandu yang langgar had laju dan membawa maut kepada penumpang. Kita usah naik kenderaan yang di pandu oleh pemandu yang sewel seperti ini.Ini pemandu yang hanya ada lesen L atau, mungkin lesen beli. TV3 ingat penonton orang2 tolol. Semasa Najib berucap secara sehala, kita di pertontonkan kepada gambar orang bermesyuarat dan impresi artis atau pelukis mengenai lapuran keatas ETP. Di manakah bukti projek sebenar nya di bawah ETP itu dan mengapa kita mahu di tipu dengan artists impression? Hanya satu sahaja kita nampak kegiatan pecah tanah yang di lakukan untuk projek MRT. Dan projek ini belum pun muktamad harga nya sudah pun di tanda tangani. Kenapa kita bersegera mahu membenarkan Gamuda-MMC menjalankan projek ini? projek2 lain di bawah ETP mana? Najib janganlah hendak kelentong rakyat Malaysia. ETP, NKRA, NKEA, dan entah apa lagi gelaran yang eksotik hanya istilah istilah yang du gunakan oleh Najib untuk menunjuk nunjuk dia seorang pemikir besar. Berfikir bukan kualiti tersohor Najib. Apa yang dia lakukan tidak ada beza nya dengan Rancangan Malaysia yang terdahulu dan inisiatif2 kerajaan sebelum Najib. Semasa najib, nama sahaja yang gah- isi nya belum kita nampak. Kita nak tanya punahsihat dan punai-sihat Najib, di manakah kelebihan ETP dan istilah2 rojak ini dengan Rancangan Malaysia yang lain? Soalan2 seperti ini sudah cukup menukar perspektif kita menilai apa yang Najib berceloteh malam tadi. Tapi ye lah, apa kita hendak buat jika ada pendengar yang basah dalam seluar bila mendengar celoteh dan kelentong Najib kan? Kerajaan BN memang ramai kaki auta. Ini kerajaan yang di pimpin oleh PM yang TPM- tak pernah muktamad. Berikan saya satu contoh dasar yang Najib kemukakan yang muktamad dan tidak gostan dengan memberi pelbagai alasan. Seorang bekas menteri kewangan Malaysia pernah memberitahu saya, Najib lagi flip flop dari Pak Lah dan jumlah punah-sihat dan punai-sihat Najib lebih ramai dari budak budak tingkat 4 semasa pentadbiran A Badawi. Hishammudin Hussein terbukti tidak se standard Tun Hussein dan berdolak dalik mengenai skendel dalam institusi kepolisian. Rakyat menunggu sama ada dia mahu menubuhkan suruhanjaya siasatan keatas allegations bahawa bekas KPN mempunyai hubungan dengan penjenayah. Morale anggota kepolisian menurun akibat tuduhan2 dan allegations ini. Nazri terus menerus mengeluarkan pandangan yang mendahului kepantasan otak nya. Muhyiddin menggunakan kaji selidik yang lemah untuk membuktikan konon bahawa kita mempunyai system pembelajaran yang setanding dengan US, UK dan Germany; sila beritahu perkara ini kepada ribuan graduan Melayu yang tidak mendapat kerja dan terpaksa berkerja sebagai pelayan di Old Town white Coffee. Atau biarlah kita nantikan, senarai pemenang hadiah nobel kerana system pendidikan kita sama dengan negara dunia pertama yang di ambil sebagai contoh oleh si malikul sembab ini. dan kita ada pemandu bas mini nombor satu negara kita yang memberitahu parlimen bahawa pembelian kapal selam scorpene adalah bersih sedangkan mahkamah Perancis menjumpai bukti rasuah yang rasmi. Jadi wang yang di perolehi oleh Razak Baginda itu apa? ~sakmongkol47 KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
VIDEO ADAM ADLI DITUMBUK CURI OLEH SAMSENG TAIK KUCING Posted: 03 Apr 2012 05:44 PM PDT KUALA LUMPUR: Proses pengosongan flat PKNS Kampung Kerinchi awal pagi ini dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terbabit bersama anggota yang didakwa dari Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida). Tiga aktivitis mahasiswa yang terlibat ialah Adam Adli Abd Halim, Safwan Anang dan Ekhsan Bukharee Badarul Hisham. Adam Adli menjadi sasaran utama kumpulan terbabit sehingga mengalami cedera ringan apabila ditumbuk di mata kiri dan mulut. Kehadiran Adam dan dua rakannya yang lain kurang disenangi sebahagian penduduk dan kumpulan berkenaan. Insiden pergaduhan bermula apabila ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di salah sebuah flat yang akan dirobohkan. Keadaan mulai tegang apabila kumpulan berkenaan menjerit mengarahkan Adam turun dan tidak mencampuri urusan pengosongan flat tersebut. Ketika Adam dan dua rakan lain turun, mereka diserbu dan pergaduhan tercetus sehingga dileraikan oleh anggota polis. Beberapa minit kemudian, seramai lapan anggota FRU mulai mengawal keadaan manakala Ekhsan Bukharee dibawa ke balai polis Lembah Pantai dan dilepaskan setelah sejam ditahan. Detik cemas FMT menemui Adam dan Ekhsan Bukharee kemudian menceritakan detik cemas yang menimpa mereka. Menurut Adam kehadiran mereka sekadar memberi sokongan kepada ahli keluarga yang terlibat dalam proses pengosongan flat terbabit. "Orang kampung minta tolong agar kami (mahasiswa) memberi sokongan. Ketika kami naik ke flat itu ada ahli keluarga yang menangis jadi kami memberi sokongan dari sudut moral. Saya faham kami tidak boleh masuk campur dalam hal ini. "Ketika kami mula naik ke tingkat tiga flat itu, provokasi telah pun bermula. Apabila saya turun ada dua orang datang tumbuk saya," kata Adam. Ekhsan Bukharee pula berkata beliau dibawa ke balai polis atas alasan keselamatan terhadap dirinya. "Saya ditahan selama sejam dibalai dan kemudian dilepaskan. Mereka (polis) bawa saya untuk elak saya dari diserang," jelasnya. Proses pengosongan flat Kerinchi ini dijadualkan dibuat awal pagi tadi, namun masih mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang enggan berpindah atas sebab tertentu. Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai agar dapat membuat persediaan untuk berpindah - FreeMalaysiaToday NI DIA SAMSENG TAIK KUCING YANG MENUMBUK ADAM ADLI,DAH KENA TANGKAP DENGAN POLIS KA BELUM? KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan