ALHUSSEYN |
- Masa Untuk Tukar Pemandu - Jangan Bahayakan Diri Kita !
- Saya cuma bertanya, yang Sungai Rapat terlompat-lompat apasal? - Nizar
- Wasatiyah - Cakap Tak Serupa Bikin!
Masa Untuk Tukar Pemandu - Jangan Bahayakan Diri Kita ! Posted: 04 Apr 2012 09:02 AM PDT Biasanya, kalau kita memandu kereta, dan perjalanan pula adalah jauh, maka kita akan mudah terasa letih dan mengantuk. Biasalah tu. Maka adalah lebih bijak kalau kita berhenti rehat atau kita digantikan oleh pemandu yang lain. Betul atau tidak? Sebab itu disepanjang Highway, PLUS membina tempat rehat. Ada tempat makan minum, malah untuk 'hajat' dan mandi untuk kita semua. Di highway juga ada lorong kecemasan untuk kita berhenti bila perlu - samada kerana kenderaan rosak atau untuk bertukar pemandu dalam perjalanan Sebab itu, bas perjalanan jauh mempunyai pemandu kedua bagi tujuan tersebut supaya tidak membahayakan para penumpang dan pengguna jalanraya yang lain. Begitu juga kapalterbang, dia ada co-pilotnya. Maka, pemandu perlu bertukar untuk mempastikan keselamatan dalam perjalanan.Dalam perjalananlah yang perlu kita ganti untuk menjamin keselamatan dan sampai ke destinasi. Tetapi, Perdana Menteri kita kata : Jangan tukar pemandu dipertengahan jalan kerana merbahaya. Maksudnya jangan tukar kerajaan dalam pilihanraya ini kerana itu adalah merbahaya. Ha! ha! ha! Najib, Najib! Bukan sahaja pemandu perlu ditukar.Malah kenderaan itu sendiri pun perlu ditukar bila sudah rosak dan tidak mampu untuk meneruskan perjalanan. Kalau nak tunggu sampai ke destinasi baru nak tukar pemandu atau nak tukar kenderaan , bila masanya? Bila masanya nak sampai kalau pemandu sudah tidak berdaya dan kenderaan pula sudah rosak? Tiada jalan lain - kena tukar pemandu, kena tukar bas yang lebih selesa - ada hawa dingin dan sebagainya barulah hidup kita sentosa dan bersantai dalam perjalanan. Begitulah dengan Najib, Umno/BN yang jelas sudah rosak dengan amalan KKN - Korupsi, Kronisme dan Nepotisme. Tukar mereka ini! |
Saya cuma bertanya, yang Sungai Rapat terlompat-lompat apasal? - Nizar Posted: 04 Apr 2012 06:20 AM PDT DS Nizar dalam sesi persidangan DUN Perak hari ini telah mengemukakan beberapa soalan yang telah menyebabkan pihak Umno/BN, terutamanya Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat telah hilang kesabaran mengawal diri sebagai seorang wanita Melayu yang bersopan santun. Nizar telah bertanyakan tentang kos bagi mengundang 4 artis iaitu Hazami, Misya Omar, Fikri dan Cheryl sewaktu Gala Pelancongan di Perak Royal Golf Club baru-baru ini. Nizar juga mahu mengetahui mengenai kos menyewa bunga-bunga hidup, dan juga bunga-bunga mati. Disamping itu, beliau juga turut menyatakan, telah mendapat maklumat daripada pihak dalaman bahawa AC Mizal telah diberi RM150,000 sebagai lantikan 'Duta Pelancongan' Negeri Perak. Pada ketika inilah , Hamidah telah melalak terlolong meminta Nizar membuktikan dan menuduh Nizar sebagai pembohong. Jamaludin bekas Posmen Katak itu juga menyelit melaungkan ungkapan 'penipu' kepada Nizar. "Saya cuma bertanya, yang Sungai Rapat terlompat-lompat apasal?", celah Nizar dikeriuhan jeritan Hamidah "penipu! penipu! penipu!". Kecoh sungguh keadaan apabila Hamidah sudah hilang kawalan diri dan terpaksa ditenteramkan oleh Speaker. "Saya cuma nak minta pandangan juga ketetapan , apa yang saya dengar itu betul ke tak betul? Itu sahaja. Yang pergi melompat-lompat tu buat apa? Betul tak betul?" Nizar dalam kehairanannya melihat telatah Hamidah. Nizar turut bertanyakan perihal kos meraikan kekerapan Perdana Menteri Najib datang ke negeri Perak. Menurut Nizar, di Kuala Woh, sebuah perkampungan orang asal berhampiran jalan ke Cameron Highland, bas-bas telah membawa orang asli dari seluruh negeri Perak dan negeri-negeri berhampiran. "Berapa banyak pula kos untuk membiayai penginapan mereka di hotel-hotel tertentu dan juga makan minum mereka? tanya Nizar. "Adakah ianya dibiayai oleh kerajaan persekutuan ataupun sebahagian kerajaan negeri?" Ha! Ha! Nak tergelak bila Nizar kata, "Saya cuma bertanya, yang Sungai Rapat terlompat-lompat apasal?" Tentu dia terkencinglah masa itu! |
Wasatiyah - Cakap Tak Serupa Bikin! Posted: 03 Apr 2012 09:00 PM PDT "Tetapi selepas tiga tahun, rakyat mula lebih percaya dan yakin dengan kerajaan. Rakyat percaya kami boleh melakukannya dan kami telah pun membuktikannya," "Insya-Allah, berikan kami lima tahun lagi, kami akan melakukan (KEROSAKAN) lebih banyak lagi," kata Bini Rosmah di sini. Haw! haw!haw! Perggh! kalau benar rakyat lebih percaya dan yakin dengan kerajaan, kenapa Najib masih takut sangat nak isytiharkan tarikh PRU-13? Dah banyak gula-gula PRU ditaburkan; tunggu apa lagi? Beginilah sikap sang munafiq.Mulut kumat kami cakap wasatiyah, wasatiyah.Tapi tengoklah dan bandingkanlah cara berpakaian Rosmah dengan isteri pemimpin lain.Cakap tak serupa bikin! Marilah kita renungkan ayat Allah dalam surah al-Baqarah, ayat ke 11 yang mafhumnya : Dan apabila dikatakan kepada mereka, dan janganlah kamu melakukan bencana dan kerosakan di muka bumi mereka menjawab : Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ingatlah, bahawa Allah telah menempelak orang-orang seumpama ini dengan ayat yang seterusnya, ayat 12, yang mafhumnya : Ketahuilah, sesungguhnya mereka itulah yang melakukan bencana dan kerosakan diatas muka bumi, tetapi mereka tidak menyedarinya... Maka itu, jangan biarkan mereka terus menerus melakukan kerosakan dan bencana keatas diri kita semua.Jom selamatkan diri kita dan generasi kita yang seterusnya.Selamatkan Malaysia! Sama-sama kita benteras kemungkaran mereka dan gantikan dengan Pakatan Rakyat yang telah dapat membuktikan kemampuan mereka mentadbir dengan baik di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan