Ahad, 1 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Wajib Baca] Kongres Melayu P. Pinang Dakwa Tanah Masjid Lesap Kerana Kealpaan UMNO

Posted: 01 Apr 2012 06:09 AM PDT


[MK] NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju.

Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.

Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008.

Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh.

Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya.

"Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat.

"Di mana bukti undang-undang bahawa tanah itu telah digazetkan dan dipunyai MAIPP seperti didakwa Umno," kata bekas kakitangan mahkamah itu lagi.


P/s: Kantoi!


[Kemas Kini] Datuk Shahril Samad Sertai PAS? April Fool atau Benar?

Posted: 01 Apr 2012 02:15 AM PDT


Shahril masuk PAS masih bertaraf berita angin

[HD] SHAH ALAM, 1 April: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan berita abangnya Datuk Shahril Samad menyertai PAS masih bertaraf berita angin yang belum sahih.

"Saya sendiri belum dapat sahkan kerana dia tidak beritahu apa-apa kepada saya...mungkin berita April Fool kot kerana hari ini 1 April," kata Khalid ketika dihubungi Harakahdaily.

Beberapa blog hari ini melaporkan berita kononnnya Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Samad mengumumkan keluar dari Umno dan menyertai PAS bersama lebih 2,000 orang ahli.

Blog melaporkan, ketika mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman itu, berlaku kekacauan yang dipercayai dilakukan oleh ahli Umno yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.

Empat orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital, lapor blog itu.

Ia kemudian disuraikan oleh polis.

Shahril dlaporkan blog itu berkata:

"Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."

Blog itu juga melaporkan, difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di Johor pada PRU13 ini.

Ketika ditanya sama ada Shahril akan membuat road show bersama adiknya Khalid Samad, Shahril menjelaskan

"Selepas apa yang berlaku tadi (keganasan sidang media), saya berfikir Road Show akan bermula di luar Johor terlebih dahulu. Sebelum memberi tumpuan kepada Johor secara habis-habisan menjelang pengundian," lapor blog itu.

Beliau yang juga bekas Menteri berbuat demikian bersama-sama 2,000 orang pengikutnya. Shahrir adalah abang kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, lapor blog itu lagi.


 Kemas Kini:

Sah Laporan April Fool

[SH] SENAI - Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad menafikan laporan blog hari ini kononnya beliau telah membuat pengumuman mahu keluar Umno  untuk menyertai Pas bersama lebih 2,000 ahli.

Menurutnya, punca dan sumber maklumat lama blog Perakite sekadar cerita "April Fool."

"Sebenarnya, jika diperiksa punca dan sumber maklumat berkenaan datangnya daripada cerita 'April Fool'. Saya tidak ada bercakap sedemikian. Bukan saya yang cakap.


"Saya tidak ada apa-apa komen mengenai hal ini. Siapa yang percaya dengan laporan berkenaan bermakna sudah kena temberang," kata beliau kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Perakite yang mendakwa beliau bersama 2,000 ahli Umno mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai Pas, pada satu sidang akhbar.

Menurut laporan blog terbabit, berlaku kekacauan dipercayai dilakukan oleh ahli Umno yang ingin menggagalkan sidang akhbar berkenaan selain mendakwa empat individu termasuk seorang wartawan cedera dan dikejarkan ke hospital.

Shahrir juga didakwa mahu membuat 'roadshow' bermula di luar Johor sebelum memberi tumpuan di negeri itu secara habis-habisan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selain itu, Perakite juga mendakwa Pakatan Rakyat (PR) akan bermesyuarat Jumaat ini untuk membincangkan keperluan meletakkan Ketua Umno Johor Bahru itu sebagai Menteri Besar tanpa mengira parti mana yang menang banyak sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan pada PRU13.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kebajkan Umno Johor Bahru, Faridah Mustafa berkata, laporan berkenaan satu gurauan keterlaluan daripada pihak tidak bertanggungjawab.

"Ia amat keterlaluan. Perkara seperti ini tidak boleh dibuat main-main. Ramai rakan dalam Umno yang menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan mengenai hal ini.

"Kami baru sahaja selesai bermesyuarat bersama semalam dan tidak timbul isu ini," katanya.

Polis Dakwa Kes Serangan Asid di Rawang Selesai

Posted: 01 Apr 2012 01:59 AM PDT

 
Polis Selesai Kes Simbah Asid Di Rawang
[Bernama] SHAH ALAM: Siasatan kes simbah asid melibatkan seorang guru dan pelajar di hentian bas Batu 17, Rawang 27 Mac lepas telah selesai dengan tangkapan seorang lagi lelaki Jumaat lepas, kata polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Bandar, Rawang pada pukul 5 petang Jumaat lepas.

"Ia adalah tangkapan kedua melibatkan kes simbah asid di Rawang selepas suspek pertama ditahan pada pukul 1 pagi hari yang sama di Kuala Kubu Baharu.

"Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek itu, kami percaya kes ini telah selesai," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, Ahad.

Pada 27 Mac lepas, seorang pelajar perempuan dan seorang guru wanita cedera selepas kedua-duanya disimbah cecair dipercayai asid ketika sedang menunggu bas untuk ke sekolah di perhentian bas Batu 17, Rawang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Nuraqilah Osman, 14, dan S. Rani, 46, difahamkan dihampiri dua lelaki tidak dikenali.

Kedua-dua suspek kemudiannya dipercayai meragut seutas rantai emas guru sekolah itu sebelum menyimbah cecair berkenaan ke arah mangsa serta pelajar itu lalu melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah dalam sidang akhbar sehari selepas kejadian berkata kes simbah asid itu tidak mempunyai kaitan dengan kejadian simbahan asid berangkai yang berlaku di sekitar Lembah Klang sebelum ini.

Sebaliknya kata beliau, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan kedua-dua mangsa itu bermotifkan jenayah ragut.  
 
 
Berita terdahulu di sini.
 
 

[PANAS] Tokoh Dunia Jenayah Didakwa Pengaruhi Kenaikan Pangkat Anggota Polis???

Posted: 31 Mar 2012 09:14 PM PDT


[MK] EKSKLUSIF Mampukah seorang individu dalam dunia jenayah mempengaruhi kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai polis ketika pasukan itu berada bawah penguasaan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan?

Dakwaan terbaru yang timbul menyebut bahawa seorang tokoh misteri, BK Tan – yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, Tengku Goh – telah menasihati Musa beberapa kali berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.

Musa, bersama peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia) sebelum ini didakwa telah menganiaya pengarah jabatan siasatan jenayah komersialnya, Datuk Ramli Yusuff serta enam orang pegawai Ramli.

Ramli dan juga enam orang pegawai berkenaan ditahan dan didakwa di mahkamah, lima tahun lalu.

Dalam perkembagan terbaru, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Musa akan memanggil BK Tan untuk "nasihat" dan pada masa yang lain, Tan mengunjungi rumah Musa di Petaling Jaya untuk berbincang mengenai pelantikan dan pertukaran pegawai dalam pasukan itu.

Menurut sumber, Musa ketika ditanya telah menjelaskan bahawa penglibatan Tan itu telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kaitan dengan dunia jenayah itu didakwa dapat mengenalpasti antara polis yang "baik" dan "tidak baik."

Satu sumber mendakwa bahawa beliau telah melihat pembantu Musa membawa satu dokumen biru mengandungi senarai sulit pengawai yang akan ditukarkan atau dinaikkan pangkat.

Musa didakwa telah menyediakan satu salinan dokumen sulit itu kepada Tan.

Difahamkan, seorang pembantu Musa, ASP Noor Azizul Rahim Taharim, telah mengemukakan perkara itu untuk perhatian metneri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan timbalan menteri dalam negeri, Datuk Johari Baharom.

Laporan MK Berkaitan dengan Copgate:


P/s: Apa alasan PM Najib tidak mahu menyiasat dakwaan salah laku Peguam Negara? Baca di sini.




Anwar Ibrahim Terlalu BAIK HATI...

Posted: 31 Mar 2012 08:14 PM PDT


[SH] KOTA BHARU - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau tidak akan membalas dendam terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) sekiranya berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) nanti.

Anwar berkata, beliau sedia memaafkan pemimpin yang melakukan pelbagai kezaliman kepada dirinya juga berharap rakyat mengambil sikap sama terhadap kesalahan­ pemimpin BN yang menyalahgunakan harta negara.

"Saya sama sekali tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan sekarang. Saya pernah melalui keadaan paling teruk dalam kehidupan, tetapi itu tidak menjadi dendam.

"Sama seperti saya lakukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pelbagai benda, namun selepas keluar saya tidak me­ngam­bil sikap membalas dendam terhadap perbuatannya," kata ketika berucap depan 10,000 penyokong di Padang Perdana di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Terdahulu, program bermula dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Mohamad Mustafa diikuti kuliah Maghrib dan Isyak oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pendekatan pihak lawan yang sentiasa melakukan tindakan kontroversi, termasuk menuduhnya melakukan perkara yang tidak senonoh tidak sesekali akan melunturkan semangatnya untuk menukar Putrajaya.


P/s: Betul, tindakan DS Anwar ini yang tidak berdendam terhadap pihak yang memfitnahnya, merosakkan reputasinya, menderanya merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama. Namun dalam masa yang sama sikap itu mendorong musuh politiknya bertindak lebih melampau. Sudah banyak kali beliau menyuarakan hasrat untuk memaafkan kesemua musuh politiknya termasuk tidak mahu mengambil tindakan terhadap Sayfool, adakah tindakan Anwar itu menginsafkan mereka?

Beliau boleh memaafkan pemimpin BN yang memfitnah dirinya, namun jangan sesekali memaafkan pemimpin korup yang meratah hasil mahsul negara. Jika PR menawan Putrajaya, salah guna kuasa dan salah laku pemimpin BN yang membabitkan wang rakyat perlu disiasat!!!

 
  

Wanita Arab Guna Dara Tiruan Dicerai Suami

Posted: 31 Mar 2012 05:48 PM PDT

 
emirates247.com melaporkan seorang wanita Saudi yang mahu memberikan kejutan kepada suaminya semasa menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua diceraikan oleh suaminya. Semuanya gara-gara wanita itu menggunakan selaput dara tiruan buatan China kerana mahu menghadiahkan "dara" kedua untuk suaminya.
 
Wanita itu dilaporkan dengan gembira mendedahkan rahsia "keperawanan" barunya. Namun, pendedahannya itu langsung tidak menggembirakan suaminya. Sebaliknya, suaminya itu menceraikan wanita itu serta-merta.

Akhbar Sharq memetik sumber yang rapat dengan pasangan itu mendakwa lelaki tersebut mengesyaki isterinya tidak dara sebelum berkahwin dengannya. Lelaki itu berpendapat isterinya itu boleh menggunakan selaput dara tiruan sebelum berkahwin dengannya.

Akhbar berbahasa Arab itu tidak mendedahkan identiti pasangan itu dan bagaimana wanita itu mendapatkan selaput dara tiruan tersebut. -DCM


P/s: Kalau mahu buat kejutan, fikir dahulu kesannya!



Tiada ulasan: