Ahad, 1 April 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kunjungan Anwar Ke Gua Musang: Kubu Umno Di Paloh Pecah

Posted: 01 Apr 2012 03:55 AM PDT

MSO


Gelombang
kebangkitan rakyat Kelantan tidak dapat sesiapa tahan lagi. Pemberian wang kerajaan kepada rakyat menerusi BR1M atau pelbagai pemberian wang lain serta berbagai janji-janji molok tidak mampu memerah menyalakan gelombang merah.

Rakyat Kelantan nampak cerdik dalam politik dan tidak mudah terbelit dengan jerat dan perangkap politik. Misalnya pemberian BR1M sebanyak RM500 tidak menyebabkan kaki rakyat Kelantan tertambat dan tidur di bawah dacing sebaliknya ia merupakan kemudahan kepada rakyat Kelantan untuk pegi ke program-progran anjuran parti Pakatan Rakyat bagi mendapat penjelasan sahih tentang politik.

BR1M tampaknya bukan memberi laba kepada UBN tetapi secara tidak langsung memberi modal untuk rakyat pergi mendengar ceramah dan penjelasan Pakatan Rakyat terhadap kezaliman berterusan UBN terhadap rakyat Kelantan sejak tahun 60.

Ini terbukti bila mana semakin hari semakin hangat dan hebat sambutan rakyat kepada program Pakatan Rakyat. Tidak kira jauh atau dekat rakyat akan berduyun-duyun mengerumini ceramah dan program dianjurkan oleh kerajaan Pas Kelantan. Makin dekat pilihan raya makin membuak dendam tak sudah rakyat Kelantan kepada UBN.

Ini bukan ombong kosong tetapi hakikat. Ia dapat dilihat dan digeruni oleh makhluk cerdik bukan saja bernama manusia tetapi lembu juga.
Kunjungan sehari suntuk bakal PM, Anwar Ibrahim ke Kelantan pada Jumaat lalu mendapat sambutan di luar dugaan. Bukan saja program di sekitar Kota Bharu, Kuala Krai atau Tumpat, tetapi program nun jauh di Hulu Kelantan serta pedalaman juga mendapat sambutan hangat.

Selain dari menggunakan kemudahan wang RM500 untuk pergi mendengar ceramah Pakatan Rakyat, tetapi sikap rakyat Kelantan juga jauh lebih terbuka dan berani menjadi penyebabkan kenapa kehangatan dan sambutan di luar dugaan itu terjadi.

Keadaan ini timbul bukan kerana apa, melainkan kerana rakyat sudah cemuh dan rimas dengan corak dan stail pentadbiran kerajaan UBN serta beberapa kezaliman dilakukan terhadap rakyat. UBN hanya memutar piring-piring klasik yang sudah diarifi oleh umum. Pemimpin UBN akan menjadi mesra rakyat dan sanggup melutut kepada rakyat beberapa bulan menjelang pilihan raya saja.

Apa yang 'bergelisar' di dalam hati orang ramai kini ialah mereka ingin melibat satu perubahan berlaku ke atas negara ini. Mereka mahu membandingkan kerajaan baru dengan kerajaan UBN. Keinginan itu bukan mereka tidak menerima UBN atau pun tidak menerima budi dan jasa-jasa UBN, tetapi mereka lebih percaya kerajaan baru yang bakal menggantikan UBN lebih praktikal. Rakyat bersikap begitu kerana mereka sudah pun mulai merangkak keluar dari tempurung bulu.

Ada beberapa faktor lain kenapa perubahan ini berlaku. Selain daripada kerajaan UBN sudah terlalu lama, sudah 54 tahun, ia juga disebabkan perubahan masa. Hari ini maklumat sudah tidak dapat ditutup lagi. Misalnya kisah lembu yang dicuri disimpan di dalam kondo juga dapat dihidu rakyat akan kehamisan kencing dan tahinya. Begitu juga dengan kisah Hasan mencuri lembu yang cakap sampai bersembur air liur sudah dikenali rakyat siapa dia itu.

Hari ini retorika bukan boleh memancing dan mempesonakan rakyat lagi. Tetapi apa yang penting ialah praktikal, rakyat mahu merasai bukan tonton dan baca. Sebab itu apa-apa yang dilaporkan oleh tv yang nretak skrin rakyat tidak mempercayainya. Mereka sanggup berjalan berpuluh batu untuk mendengar ceramah Pakatan Rakyat secara live.

Penyelewengan dilakukan kerajaan dan para kroninya tidak dapat disembunyikan lagi. Perkembangan inilah menyebabkan rakyat sudah dapat merasakan mereka tertipu kesekian lama. Bagi nasib peneroka baik di bawah Kesedar maupun Felda misalnya, mereka merasakan nasib mereka dipermainkan. Janji-janji untuk menyelesaikan masalah mereka terutama dalam menambahkan pendapatan dan memberi geran hak milik dirasakan sebagai satu persendaan semata-mata.

Justeru mereka ingin melihat dan mengujuji pula sejauh mana kerajaan baru akan datang atau kerajaan Kelantan dibawah Pas hari ini prihatin dalam hal ini dan menyelesaikan masalah mereka. Kesedar sudah lebih 30 tahun hanya berjanji untuk menyelesaikannya, tetapi sampai kini tidak ada cahaya penyelesaian. Satu juring geran tanah pun tidak diberikan kepada peneroka.

Sebaliknya kerajaan Kelantan dibawah Tok Guru Nik Aziz telah memberi janji lunas dan beberapa tindakan sudah dibuat, inilah menggembirakan nasib rakyat Hulu Kelantan yang terlibat dengan rancangan pembangunan tanah. Mereka sudah dapat merasakan keadilan dan rasa tanggungjawab kerajaan Kelantan, kalau pun tidak besar tetapi hakikatnya sudah merasai.

Sebelum ini sukar untuk merubah kepecayan dan keyakinan rakyat Kelantan yang terdiri dari peneroka di Hulu Kelantan. Mereka hanya menerima Umno sebagai satu-satu parti dan UBN sebagai kerajaan. Sogokan propaganda dan dakyah disampaikan oleh UBN hanya mereka mampu membela rakyat dan bangsa begitu mencengkam dalam minda mereka. Tetapi hari ini mereka sudah dapat menilai sendiri berapa peratus pembohongan kerajaan UBN dan berapa peratus yang benar.

Kerana itu kunjungan singkat Anwar Ibrahim ke Gua Musang mendapat smabutan diluar dugaan. Bukan saja Anwar tetapi saya sendiri tidak percaya melihat sambutan hangat rakyat atas kunjungan itu. Ini dapat dibuktikan apabila rakyat menyediakan makanan dan minum untuk rombongan Anwar. Penyediaan ikan kelah, gulai kawah dan pelbagai kueh menunjukkan kasih sayang rakyat kepada Anwar Ibrahim dan penerimaan rakyat terhadapnya. Para peneroka tidak mempercayai begitu saja terhadap dakwah disuapkan ke mulut mereka oleh Umno.

Mereka menganggap Anwar adalah hero baru yang akan membela nasib dan masa depan mereka. Sudah semestinya kalau Pakatan Rakyat diberi mandat menjadi kerajaan apa yang mereka bergantung harap itu akan selesai. Keadaan ini saya rasakan akan lebih bergemuruh lagi kalau Tengku Razaleigh Hamzah yang dianggap sebagai Raja Gua Musang akan bersatu tenaga dan fikiran untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Bermula dengan kunjungan ke Renak (Dun Nenggeri) sampailah ke Guchil dalam Parlimen Kuala Krai semuanya meriah. Dengan kapasiti yang hadir antara 2,000 hingga 5,000 sudah cukup menejalaskan bahawa sambutan kepada Pakatan Rakyat sedanag menggila di Gua Musang dan Kuala Krai.

Dan jikalah apa yang dirancangkan diizinkan Allah; Tengku Razaleigh Hamzah bertemu atau duduk sesaf dengan Anwar di Gua Musang semalam, sudah pasti Umno harus membungkus segala tikar bantal dan lenga dan lekar untuk melupai Gua Musang. Persepakatan Anwar, Tengku Razaleigh dan Tok Guru Nik Aziz akan mengulangi sejarah 1990 di mana Umno Kelantan tidak akan mendapat satu kerusi pun.

Barang kali Tuhan masih mengira belum sampai masa lagi untuk Tengku Razaleigh dan Anwar berjabat tangan di atas masjid kelmarin. Namun hari yang bertuah, saat memngembirakan pasti juga akan sampai suatu hari nanti. Satu majlis perdana di Gua Musang yang meletakkan Tengku Razaleigh Hamzah yang memperjuangkan royaliti minyya, tanah, Anwar yang membawa aspirasi baru dan Nik Aziz yang menjadi tukang memohon kepada Allah dan menjaga keselamatan Kelantan dan rakyat secara spritual perlu diadakan dalam masa terdekat ini.

Paling memberi kesan kepada kunjungan Anwar di Gua Musang ialah terhadap Dun Paloh. Semasa kunjungan itu beliau telah menerima borang kemasukan 130 ahli dan penyokong Umno ke dalam PKR. Kemasukan beramai-ramai ini adalah pertama kali berlaku di sini. Dun Paloh dianggap sebagai kuat kuat Umno di Gua Musang. Nazula Mat Diah sudah lima penggal menjadi Adun di situ.

Dengan kemasukan itu, kebenayakannya anak-anak muda dan pemegang jawatan di peringkat bahagia menyebabkan Dun Paloh akan lumpuh sama sekali. Majlis sambutan kunjungan Anwar itu diadakan tidak sampai 1 km dari rumah Nazula. Mungkin disebabkan kunjungan memberi kesan mendalam menyebakan saki baki anak cucu dan citi pemuda tahan lasak tahun 1959 membuat nakal dengan memasang kain rentang dengan kata-kata kurang manis, sebagai melemahkan semangat Anwar.

Di jalan raya juga ditabur paku payung untuk membocorkan tayar kereta Anwar dan rombongan. Namun itu tidak sedikit pun mengecutkan usus perut Anwar dan penyokong PKR dan Pas. Sebaliknya pengkhianatan itu menyebabkan rakyat merasa marah dan membuak-buakkan lagi keinginan untuk melihat UBN tumbang. Mungkin gara-gara itu ceramah Anwar di Padang Perdana dihadiri manusia lebih 35 ribu. (Laporan ini berasangan).

Kunjungan singkat Anwar itu tidak memuas hati orang ramai. Peneroka yang sebelum ini tidak pernah melihat wajah Anwar dari dekat terpaku mendengar pidato Anwar yang menjanjikan perubahan praktikal di samping menghuraikan fasal penyelewengan dan kezaliman rakyat yang selama ini ditusuk dari pengetahuan mereka.

Semasa Anwar mencerita fasal lembu Sharizat, tepukan gemuruh kedengaran dengan diseling seli laungan 'jahat', 'penyangak dan perompak wang rakyat'. Suasan ditujukkan dalam siri pertemuan itu menjelaskan hasrat dan harapan rakyat begitu besar kepada kerajaan baru akan datang. Dan bagi peneroka masalah khsus mereka ialah menyelesaikan masalah mereka yang sudah lama terawan-awanan.

Perkara paling penting buat mereka ialah untuk memiliki geran ke atas tanah yang mereka usahakan. Itu penting kerana geran itu ada nyawa dan juga roh mereka sebagai peneroka. Saya tengok apabila fasal pemilikan geran disebut ada yang menangis dan menyapu air mata gembira.

Sekiranya masalah ini dapat diberikan harapan dan sinar baru saya yakin dan percaya kesemua 2,228 orang peneroka di Felda Ciku 1, 2 dan 3 serta peneroka Kesedar di Paloh 1,2 dan akan menyokong Pakatan Rakyat.

Ikut sama dalam rombongan Anwar, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi PKR Kelantan Abdul Aziz Kadir serta para pimpinan PKR dan Pas Gua Musang.

15 Tahun MPS: MB Gembira Pencapaian

Posted: 01 Apr 2012 03:51 AM PDT




SELAYANG: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa gembira terhadap pencapaian 15 tahun Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Selain mengucapkan tahniah kepada warga MPS, menurut Khalid, rekod pentadbiran selama 15 tahun MPS telah membuktikan iltizam yang amat tinggi MPS meningkatkan kualiti perkhidmatan di Selayang.

"MPS juga menunjukkan iltizam untuk meningkatan mutu penyampaian perkhidmatan awam melalui aktiviti-aktiviti kualiti yang diamalkan.

"Antaranya, penubuhan jawatankuasa kualiti peringkat jabatan, aktiviti kumpulan inovatif dan kreatif, perlaksanaan ISO 9001:2008 dan penyediaan pelan startegik 2011-2015.

"Dalam hal ISO saya difahamkan MPS sudah pun mendokumenkan sebanyak 31 skop utama yang hampir kesemuanya meliputi keseluruhan aktiviti kerja MPS.

"Saya gembira kerana usaha tersebut melambangkan semangat kakitangannya untuk melaksanakan tugas mengikut standard yang diiktiraf,"katanya ketika berucapap dalam Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulangtahun ke-15 MPS di Ideal Convention Centre, Taman Prima Selayang malam tadi.

Sepanjang 15 tahun majlis perbandaran itu ditubuhkan, ia turut berjaya meningkatkan jumlah pegangannya (holdings).

"Daripada stastistik yang ditunjukkan, sepanjang 15 tahun MPS berjaya mencatatkan kenaikan jumlah pegangan.

"Pada 1997, jumlah pegangan berjumlah 65,581 dan meningkat ke 182,570 pegangan pada awal 2012, iaitu pertambahan sebanyak 178 peratus," kata beliau lagi.

Ketika mengingatkan matlamat utama untuk meningkatkan usaha memberi bantuan kepada masyarakat, beliau turut membidas sesetengah pihak yang hanya mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan dan menyalahkan pihak lain.

"Pihak swasta pula hanya hanya memikirkan keuntungan semata-mata manakala pihak NGO pula hanya pandai menunding jari menyalahkan pihak lain.

"Ingatlah, matalamat utama kita adalah untuk memberi bantuan dan kebajikan kepada rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, agama mahupun dukungan politik," ujarnya.

Demi meningkatkan mutu perkhidmatannya, MPS turut mengambil beberapa langkah proaktif agar lebih memudahkan masyarakat berurusan dengan majlis perbandaran itu.

"Saya gembira kerana MPS berusaha gigih memberi kemudahan khususnya kepada orang ramai yang berurusan dengan MPS.

"Antaranya menerusi di pejabat tiga cawangannya, kemudahan bayaran secara online, penyediaan kaunter bergerak dan kaunter pandu masuk," katanya lagi.


Sementara itu, Yang Dipertua MPS, Dato' Zainal Abidin A'ala turut mengucapkan tahniah kepada warga MPS yang mendapat pengiktirafan empat bintang untuk penilaian Sistem STAR Rating (SSR) baru-baru ini.

"Dan yang terbaru ialah MPS telah mendapat anugerah empat bintang untuk penilaian SSR tahun 2010/2011 yang dibuat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Sukacita dimaklumkan MPS termasuk di kalangan 21 PBT di seluruh negara yang memperoleh empat bintang.

"Ini adalah merupakan peningkatan di mana penilaian SSR pada 2008, MPS hanya mendapat tiga bintang. Tahniah kepada semua warga MPS," ujarnya.

Malam tadi MPS telah mengadakan majlis makan malam sempena Sambutan ulang tahun ke-15 dan Pelancaran Pelan Startegik 2011-2015 di Ideal Convention Centre, Selayang.

Di samping kehadiran kira-kira 800 warga kerja MPS dalam majlis penuh gemilang itu, turut sama ialah Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.

Selain ucapan MB Selangor dan YDP Selayang, majlis itu turut dimeriahkan dengan pertandingan Akhir 'Pop Yeh Yeh' MPS Idol 2012 dan artis jemputan, Angah Raja Lawak dan Mie Raja Lawak.

Yahya Sahri: “Noh Bela Kroni, Aniaya Penanam Nenas”

Posted: 01 Apr 2012 03:47 AM PDT




TANJONG KARANG : Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar sepatutnya membela nasib kebajikan peserta penanam Nanas dan bukan membela kroninya Hamzah Apandi yang menerajui syarikat Grand Entity Holding Sdn Bhd (GEHSB)." tegas Pegawai Penyelaras DUN Permatang, Yahya Sahri di sini.

Menurut Yahya, dua individu yang perlu tampil memberikan penjelasan iaitu Noh Omar yang juga Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani dan pemilik GEHSB, Hamzah Apandi,digesa tidak melarikan diri daripada menyelesaikan masalah bayaran balik kepada bank.

" Noh Omar sewajarnya bukan membela Hamzah Apandi, Noh kena membela peserta kerana peserta yang membuat pinjaman,di sini dikatakan projek perkongsian pintar tetapi akhirnya menjadi perkongsian yang putar belit," kata Yahya dalam sidang media di Dewan JKKK Kampung Gulang-Gulang di sini.

Yahya berkata syarikat GEHSB yang mengendalikan projek penanaman Nanas itu mempunyai rekod pencapaian yang buruk.


" Kalau tengok kertas kerja yang ditulis sendiri oleh pengurus GEHSB, Hamzah Apandi dia sebut sendiri pengalaman bermula pada 2006 dan gagal , ini dia sebut sendiri, pada 2007 yang mendapat pengiktirafan Kementerian Pertanian projek itu pun gagal, 2008 terus mendapat projek ini dan disokong oleh agensi di bawah Noh Omar dan Agro Bank.

" Bagaimana kedua-dua agensi ini memberikan sokongan sedangkan rekod menunjukkan syarikat ini gagal dalam menunjukkan kejayaan dalam melaksanakan projek.

" Peserta mengambil pinjaman, duit tidak sampai kepada peserta dan terus ke akaun GEHSB, bagaimana bank buat undertaking itu, prosedurnya adalah salah.

" Kita minta Noh Omar menjawab bagaimana Agro Bank langsung tidak telus dan menganiaya,bank sepatutnya memasukkan duit itu kepada peserta," kata Yahya.

Yahya juga mendakwa beliau sudah membuat semakan terhadap pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati GEHSB tidak pernah memfailkan penyata kewangan kepada pihak SSM serta tidak patuh kepada Akta Syarikat.

"Seorang menteri yang menjadi Ahli Parlimen Tanjong Karang ini langsung tidak prihatin, beliau yang hanya menyokong Hamzah Apandi kerana dia adalah orang dia, kita mahu Noh Omar jawab persoalan ini," ujarnya.


Jumlah keseluruhan wang yang dilaburkan oleh peserta ialah RM408,000 dan jumlah ini tidak termasuk kadar bantuan yang diberikan oleh Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) sebanyak RM2,400 seekar.

Dalam perjanjian itu agihan keuntungan projek ini ialah 60 peratus kepada GEHSB dan 40 peratus kepada peserta.

Dr Dzulkefly: Mentaliti ‘Politik Longkang’ Dalam Umno-BN

Posted: 01 Apr 2012 03:45 AM PDT




SHAH ALAM : Tuduhan dan serangan setiap hari terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai mentaliti 'politik longkang' yang diamalkan oleh Umno-BN.

MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata tuduhan dari bekas-bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan media Umno secara bertali arus itu hanya mahu mengalih perhatian dan tumpuan rakyat berhubung isu kelemahan pentadbiran Umno-BN.

"Rakyat semakin bosan dengan amalan Umno-BN yang menyalahgunakan kuasa, rasuah, ugutan dan sebagainya. Oleh kerana mereka takut hilang kuasa, mereka mengambil jalan untuk menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

"Mereka juga takut apabila kemampuan PR mendedahkan banyak kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran mereka," katanya ketika dihubungi.

Katanya, rancangan jahat itu ditimbulkan oleh pembodek-pembodek baru yang dilihat hanya untuk menjatuhkan pemimpin PR.

"Cukuplah dengan politik longkang itu, kalau berani bertarung dan bersaing secara bersih dan adil berdasarkan prestasi dan kepimpinan bukan hanya pandai memfitnah serta melaga-lagakan pihak lain,"katanya.

Dr Dzulkifli yang juga mengulas tuduhan Senator, Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini menyifatkan senator itu sebagai 'Bapak Ayam'.

"Ini kerana ketika beliau (Nalla) membuat tuduhan, mengatur dan menyusun perbuatan jahat secara tidak langsung beliau tidak sedar mengakui diri sendiri bapak ayam,"katanya.

Dr Dzulkifli juga mempersoalkan mengapa Nalla dipilih menjadi senator.

"Amat pelik dan aneh, mengapa beliau dilantik sebagai Senator? Mengapa bapak ayam itu dilantik sebagai Senator? Bukankah Senator dilantik berdasarkan integriti dan personaliti yang baik? Jadi dimana teladan yang baik bagi Nalla.

"Ianya dilihat hanya mahu mengaibkan seseorang, membuat pengakuan bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas informasi sahaja,"katanya.

Sebelum ini, Datuk S. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti India Malaysia (MUIP) mendakwa pelbagai fitnah jahat bertujuan mengaibkan Ketua Umum PKR tersebut.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nalla dan Utusan Melayu (M) Bhd atas tuduhan itu.

Suhaimi: Umno Selangor Bermimpi Di Siang Hari

Posted: 01 Apr 2012 03:40 AM PDT



SHAH ALAM : Keyakinan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kononnya gagasan itu mampu merampas kembali negeri Selangor dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai mimpi disiang hari.

ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata kenyataan seumpama itu adalah amalan biasa bagi kepimpinan Umno-BN sebagai cubaan meyakinkan rakyat bahawa mereka masih relevan untuk memerintah negeri.

"Kenyataan Umno Selangor itu jelas satu rektorik dan perang saraf menjelang pilihanraya.

"Umno Selangor sebelum PRU-12 pernah membuat kenyataan bahawa di Selangor akan sifar pembangkang, keyakinan yang memuncak itu terjawab selepas 2008 dimana Umno-BN disingkirkan rakyat untuk terus menerajui Selangor,"jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan, Noh Omar sebagai berkata pihaknya yakin Umno-Bn akan menang di 36 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, hanya kurang satu kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam wawancara itu juga, Noh meramalkan Umno akan menang 30 daripada 35 kerusi yang ditandingi, MCA mampu mendapat lima daripada 14 kerusi sementara GERAKAN dan MIC masih-masing mendapat satu kerusi.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Shuhaimi berkata hasil tinjaun yang dilakukan berhubung penerimaan rakyat terhadap kepimpinan hari ini jelas menafikan kenyataan Noh itu.

"PKR dan Pas masing-masing bakal menambah sekurang-kurangnya lima lagi kerusi. Manakala DAP akan terus mengekalkan 13 kerusinya pada PRU-13 akan datang.

"Perkara ini dikuatkan lagi dengan culaan terakhir yang dijalankan dimana 62 peratus rakyat selesa dan menyokong penuh kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri sejak sekian lama ini memberikan impak yang baik selain keselesaan kepada rakyat di Selangor.

"Saya tidak nampak sebab untuk rakyat menolak sebuah kerajaan yang telus, bertanggungjawab dan menitik beratkan kebajikan rakyat dengan melaksanakan 20 program yang terus membantu golongan-golongan miskin di Selangor,"jelas Shuhaimi ketika dihubungi SelangorKu.

Menurut Suhaimi lagi tidak masuk akan emandangkan terlalu banyak penyelewengan dilakukan Oleh Umno-BN ketika menguasai Selangor.

"Segala penyelewengan yang dilakukan Umno Selangor itu sudah terlalu besar untuk dimaafkan oleh rakyat dan rakyat tidak sesekali akan membenarkan perompak dan penyamun ini kembali memerintah.

"Kami akan bongkar pelbagai lagi salah laku dan penyelewengan Umno terutama dalam aktiviti menjual tanah rezab melayu untuk kepentingan poket pemimpin politik mereka,"jelas Shuhaimi.

Shuhaimi menambah, Umno seharusnya melihat kepada realiti sebenar dan bukannya membuat kenyataan rektorik semata-mata.

"Umno Selangor telah mencuba segala macam cara untuk merampas Selangor, tetapi mereka lupa rakyat hari ini cerdik untuk menilai.

"Malangnya, Perdana Menteri sendiri terpaksa turun padang membantu pemimpin Umno-Selangor,"tambah Shuhaimi.

Menyedari tiada pemimpin Umno Selangor yang berpotensi dan bersih dari sebarang penyelewengan kuasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terpaksa dilantik mengetuai Umno Selangor.

Najib pula pada minggu lalu membuat kenyataan bahawa rakyat Selangor telah memberi sokongan memuncak kepada kerajaan selepas beliau mengadakan lawatan ke Selangor.

Kenyataan Noh tersebut juga dilihat sebagai tindakan mengampu bertujuan mengambil hati Perdana Menteri sedangkan hakikatnya Umno-BN semakin disisih oleh rakyat Selangor

Katanya, walaupun mendapat sokongan kurang memberangsangkan selepas kalah dalam pilihan raya umum 2008, situasi kini berubah bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak secara langsung.

Jingga 13: SPRM Ibarat ‘Lembu Kenyang’

Posted: 01 Apr 2012 03:10 AM PDT



SHAH ALAM : Ketua Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) IBARAT 'lembu kenyang' apabila banyak laporan yang dihantar oleh Jingga 13 ke SPRM tiada tindakan sehingga hari ini.

Katanya, laporan-laporan yang dibuat tidak diambil tindakan serius oleh SPRM.

"Banyak laporan yang dibuat oleh Jingga 13 tetapi sehingga sekarang kita tidak tahu statusnya bagaimana, tetapi bila Umno-BN yang melaporkannya cepat sahaja tindakan itu diambil.

"Saya hairan apabila SPRM ini hanya menjaga standard Umno-BN, ini semua gimik Pilihan Raya Umum (PRU-13) akan datang sebab itu SPRM mengamalkan dwi standard," katanya ketika dihubungi Selangorku.

Fariz berkata pihaknya tidak yakin dengan ketelusan dan kemampuan suruhanjaya tersebut untuk bertindak menyiasat mana-mana kes rasuah daripada sumber lain termasuk melalui laporan akhbar mahupun internet.

"Alasan SPRM, sedangkan mendakwa media ini hanya dianggap mengganggu kerja siasatan dan tidak mahu media melaporkannya.

"SPRM perlu tahu sesuatu isu itu tidak boleh disembunyikan dari umum,"katanya.

Semalam SPRM menegaskan siasatan terhadap kes rasuah tidak tertakluk kepada laporan atau aduan yang dikemukan kepada badan berkuasa itu tetapi juga mempunyai kuasa menyiasat mana-mana kes rasuah daripada sumber lain termasuk melalui laporan akhbar mahupun internet asalkan ia mempunyai unsur-unsur berlakunya kegiatan itu.

Kenyatan itu dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed yang mengulas gesaan Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali supaya SPRM menyiasat seorang pegawai kanan kerajaan negeri Selangor kerana didakwa memperoleh imbuhan dan pendapatan yang begitu tinggi setiap bulan.

Fariz berkata pihaknya meragui kenyataan badan berkuasa itu kerana setakat ini banyak pendedahan dibuat tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh SPRM.

"Contohnya kes NFC, kita hantar memorandum tetapi SPRM tidak ambil tindakan serius, tiada kenyataan diambil dari Datuk Salleh kerana mungkin beliau suami kepada Ketua Wanita Umno.

"Malah sekarang terbalik pula, Datuk Saleh pula yang nak bawa kes ini ke mahkamah atas alasan membocorkan akaun bank NFC,"katanya Faris.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Pusat seharusnya membebaskan badan itu untuk berada di bawah Parlimen.

"Selagi ianya dikawal selia oleh Umno-BN, selagi itu SPRM tidak akan membuat apa-apa tindakan,"katanya.

Justeru, pihaknya akan sentiasa memberi tekanan kepada badan berkuasa itu.

"Kita sentiasa memberi tekanan kepada SPRM termasuk hantar memorandum kepada Peguam Negara. Ini kerana kita harus mengikut prosedur dan kemukakan segala bukti yang ada untuk mereka mengambil tindakan,"katanya.

Pekerja Dobi Ditangkap Khalwat - Bersekedudukan Perkara Biasa?

Posted: 31 Mar 2012 10:49 PM PDT

KELAB GREENBOC



A
mpang - Tiga individu termasuk seorang remaja perempuan dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim dalam sebuah bilik di rumah kedai di Pandan Jaya, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, dua lelaki berusia antara 20 dan 22 tahun serta seorang pekerja sebuah kedai dobi ditahan.

Pegawai Masjid Al-Azim berkata, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika serbuan seorang lelaki membuka pintu dan mendapati ada seorang lelaki lain dan seorang perempuan berusia 20 tahun berada di dalam bilik itu.

"Kami mendapati pasangan berkenaan berpakaian lengkap, manakala seorang lelaki lain hanya berseluar pendek ketika serbuan dijalankan," katanya.

Beliau berkata, teman lelaki kepada gadis berkenaan memberi alasan kekasihnya baru bekerja di kedai dobi berhampiran serta tidak ada rumah atau bilik untuk disewa.

Ahmad Nawi berkata, turut ditahan dua pasangan lain di bilik berasingan di rumah kedai berkenaan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH

Ulasan GB

Apabila hukum Islam tidak dilaksana, malah dihina, apatah lagi oleh pemimpin negara, maka terimalah bala bencana.



Sekarang semua tahu apa jawapannya. Keadaan huru-hara dan maksiat bermaharajalela kerana undang-undang Islam dilaksanakan atau telah dihinakan sedemikian rupa oleh pemimpin tertinggi negara?

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…" -HR. Ahmad dll

Apabila Allah s.w.t. dicabar, ia adalah permulaan kepada satu sistem pemerintahan yang baru. Kelak, Allah s.w.t. akan menggantikan mereka itu dengan satu kepimpinan yang lebih baik.

Khabarkan kepada JAIS supaya menasihati Najib usah hina dan persendakan hukum Allah.

Pelajar saman UiTM, KPT RM5 juta

Posted: 31 Mar 2012 10:47 PM PDT

Ahmad Zulhelmi Md Suhaimi, 21, bekas pelajar Diploma Sains Kuantitatif UiTM kampus Lendu, Melaka dibelasah secara beramai-ramai 12 senior asrama.



GOMBAK: Seorang pelajar mangsa pukul bertindak memfailkan saman RM5 juta terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ahmad Zulhelmi Md Suhaimi, 21, bekas pelajar Diploma Sains Kuantitatif UiTM kampus Lendu dalam tuntutannya menamakan Rektor UiTM Cawangan Melaka sebagai defendan ke-13, UiTM Melaka (defendan ke-14), KPT (ke-15), serta kerajaan Malaysia (ke-16).

Zulhelmi dibelasah secara beramai-ramai 12 senior asrama dalam insiden tiga jam pada Julai 2010 akibat salah faham, malah dipukul menggunakan batang besi.

Katanya, kumpulan senior itu yang diketuai Yang DiPertua (YDP) kolej memaksanya mengaku mencuri telefon bimbit dan menyamar sebagai mempunyai hubungan dengan 'orang penting' di UiTM.

Kesannya, beliau mengalami kecederaan fizikal dikepala, mulut, belakang badan selain kecederaan dalaman rusuk kiri.

Beliau juga terpaksa menjalani pembedahan kaki kiri serta beberapa rawatan susulan dan tidak mampu berjalan dengan baik.

'Saya trauma'

"Saya trauma. Apabila terpandang UiTM, logo atau apa-apa berkaitan universiti itu saya jadi geram," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

12 senior itu juga turut dinamakan Zulhelmi sebagai defendan dalam samannya dan menuntut ganti rugi konspirasi dan niat jahat berjumlah RM10 juta kerana mencederakannya.

Akibat daripada insiden itu juga, Zulhelmi terpaksa berhenti belajar di UiTM dan bertukar pengajian di Institusi Baitulmal dalam jurusan Akauntan.

Katanya, beliau kecewa dengan pentadbiran UiTM Melaka yang tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap senior terbabit.

Berikutan itu, beliau dalam samannya menuntut ganti rugi cuai kerana gagal memastikan keselamatannya sebagai pelajar semasa kejadian.

Defendan ke-13 hingga 16 juga cuai memberikan kuasa sepenuhnya kepada pelajar senior terutamanya yang memegang kuasa YDP asrama bertindak sesuka hati tanpa pemantauan pihak universiti, tuntutan itu dipetik.

Saman itu difailkan melalui Tetuan Azmi Talib & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Keluhan kaum nomad dalam bandar

Posted: 31 Mar 2012 10:45 PM PDT

Soh Sook Hwa


Saya mempunyai pengalaman berpindah rumah tidak kurang dari lapan kali sejak tujuh tahun kebelakangan ini. Dengan kata, lapan kali saya memasukkan buku, dokumen, majalah, baju, dan pelbagai peralatan yang menyarat bilik saya ke dalam kotak, dan kemudian dikeluarkan untuk memenuhi bilik yang lain.

Macam-macam punca saya berpindah rumah. Boleh jadi anak tuan rumah saya pulang dari luar negeri kerana tamat pengajian, dan rumah saya perlu dikosongkan untuk anaknya; boleh jadi harga rumah telah melonjak ke tahap yang memuaskan, dan tuan rumah memutuskan untuk tidak lanjutkan kontrak dan mahu menjual rumahnya; boleh jadi rakan serumah saya atau diri saya bertukar kerja - maka terpaksalah saya meninggalkan kediaman yang asal.

Tetapi punca pokoknya, saya tidak memiliki rumah saya sendiri. Dan saya juga tidak mempunyai ibu bapa yang berharta, atau mampu mengosongkan satu unit rumah untuk saya. Jadi, saya ditakdirkan untuk menjadi nomad yang berpindah-pindah dari sana ke sini.

Langkah harga rumah melonjak terlalu pantas

Untuk tinggal di sebuah bandar kepulauan, dengan harga satu unit apartment seluas 700 kaki persegi mencecah RM300 ribu, berpindah-pindah hampir menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ini kerana macam mana mesin kira-kira ditekan sekalipun, anda tidak kesampaian untuk mendapatkan rumah yang mana pinjaman itu terdaya ditanggung. Setiap bulan kita asyik menganggap diri kita rugi dengan sewa rumah yang dibayar. Ini kerana jumlah sewa yang dibayar bukan angka yang kecil jika dilonggokkan - namun kita tetap tidak memiliki apa-apa selepas beberapa tahun.

Jadi ramai yang bekerja keras mencari wang, menabung dan mengikat perut untuk memiliki sesebuah rumah. Setelah berjaya mengumpul jumlah wang untuk bayaran pertama, maka rumah dicari dengan tergesa-gesa. Gembira kerana dinaik taraf menjadi pemilik rumah, padahal satu beban lagi ditambah ke atas bahu - selain hutang pinjaman kereta, hutang kad kredit dan hutang PTPTN yang bakal menghalang anda keluar negeri pada bila-bila masa.

Kepantasan lonjakan harga hartanah jauh lebih tinggi daripada kepantasan menabung, jadi usahlah berkhayal untuk memiliki rumah yang mempunyai halaman. Jikalau enggan berhimpit di apartment yang sempit, maka perlulah anda berhimpit dalam kesesakan jalan raya ketika berulang-alik dari rumah di luar bandar ke pejabat di pusat bandar. Mereka yang enggan sesak nafas terhimpit dalam kereta, maka terpaksalah mencari rumah dengan keluasan ruangannya yang boleh dikira dengan unit kereta. Kalau terjatuh benda ke atas lantai pada tengah malam, bunyinya mampu mengejutkan jiran.

Sepatutnya, kepesatan perkembangan hartanah ada batasnya. Pada ketika pasaran merudum, ia tidak akan lagi melonjak. Kalau pun melonjak, magnitud lonjakan itu akan mengecut. Tetapi proses urbanisasi telah menjurus kepada pemusatan buruh di bandar untuk mencari rezeki. Maka keperluan perumahan melonjak. Harga hartanah kekal biarpun suasana ekonomi meleset. Maka pelaburan pada hartanah melonjak di sebaliknya. Mereka yang perlukan kediaman mencari rumah, mereka yang telah memiliki rumah akan membeli dua unit lagi sebagai pelaburan. Apakah mungkin harga perumahan tidak meningkat?

Di bandar kepulauan, banyak rumah yang habis dijual pada peringkat awalnya, namun kadar penghunian tidaklah tinggi sangat. Selepas tempoh tertentu, apabila harga rumah meningkat, maka kelihatan papan "For Sale" pada rumahnya.

Saya agak naif dalam hal kewangan ketika zaman kanak-kanak. Saya tidak faham mengapa orang dewasa sanggup memberi peluang untuk bank mengaut untung dengan bunga yang dikenakan, tetapi tidak menyimpan wang sehingga jumlah yang cukup, barulah dibeli rumah. Dalam ekonomi pasaran, rupa-rupanya masa itu wang. Semua orang mengaut di pasaran bukan mengikut keperluan. Kepantasan anda menabung tidak akan menandingi kepantasan peningkatan harga rumah, gagal menyaingi kemampuan korporat.

Oleh itu, keuntungan mengatasi segala-galanya. Golongan menengah bawah tidak dipandang berat keperluannya. Atas tanah yang sama, lebih untung untuk pemaju jika dibina rumah yang mahal. Usahlah bimbang, pelabur tetap akan masuk untuk membelinya.

Perancangan bandar

Tanah adalah pasaran. Mustahil tanah dilihat sebagai hak asasi. Tak kiralah, jika tiga keturunan kerabat anda bertani dan membina rumah anda di situ, malah membawa pembangunan di pinggiran kawasan kediaman anda. Namun apabila harga tanah meningkat, maka anda akan menjadi penceroboh tanah orang lain. Kemudian anda akan dihalau jentolak. Sesungguhnya mereka akan berunding dengan anda. Dan kemudian anda perlu bergelut dan bertempur. Barulah anda dapat sedikit wang untuk memberi laluan kepada mereka. Jikalau tidak, anda akan dituduh menghalang kemajuan negara atau pembangunan bandar.

Tetapi, makna pembangunan bukan lampu neon yang berwarna-warni, dan bukan juga bangunan menara yang mencakar langit. Saya gagal merasai kebanggaan atau keangkuhan kegemilangan bandar ini, tatkala saya berhempas-pulas di celah-celahnya untuk soal nasi, garam dan gula.

Perancangan bandar kita serba kurang. Khalayan terhadap pemaju yang terlebih. Seperti biasa, pegawai hanya bertindak secara pasif. Mereka hanya menyemak projek yang dikemukakan pemaju berdasarkan undang-undang yang ada. Mereka hanya mampu melaungkan slogan ketika berdepan dengan soal perancangan bandar secara keseluruhan, tanpa perancangan yang konkrit. Maka perancangan bandar terus didominasi pemaju. Pemaju dengan sendiri menggariskan sempadan pembangunannya, tiada penyelarasan di antaranya.

Justeru itu, LRT, komuter mahupun monorel kemudiannya, hanya disambung selepas belasan tahun, untuk memenuhi keperluan pengguna. Pada hakikatnya, sistem pengangkutan awam seharusnya telah diselaraskan sejak awal lagi dalam perancangan.

Model pembangunan


Dalam kederasan arus pembangunan yang berasaskan ekonomi pasaran, anak mudanya bukan bagai matahari pada waktu pagi - ceria, segar dan sarat dengan idealisme. Sebaik melangkah keluar dari kampus, PTPTN akan menghantar surat untuk mengenalpasti statusnya sebagai penghutang. Berdepan dengan sistem pengangkutan yang bercelaru, maka terpaksalah mereka membuat pinjaman untuk membeli kereta, maka menambah lagi kepanjangan kesesakan di jalan raya. Kemudian menabung untuk mencuba nasib sama ada mampu membeli apartment kecil, yang tidak terlalu jauh dari tempat kerja. Aktiviti riadah yang dimaksudkan adalah berjaga-jaga di depan komputer, agar sempat membeli tiket kapal terbang yang murah untuk melancong.

Semua orang memainkan peranan sebagai skru dalam masyarakat ini, menyesuaikan diri dengan pusingan roda. Semua orang mengeluh, "Tengoklah dulu" untuk masa depan. Kemarahan meluap-luap apabila melihat keborosan kerajaan dan perasuah. Kita memaki kerajaan ini, sama ada ketika turun ke jalan raya mahupun berbisik-bisik dalam hati.

Tanpa diragui, barisan pembangkang kini menumpang kemarahan rakyat untuk menjadi harapan generasi muda. Namun, adakah model pembangunan yang didominasi keuntungan ini akan berubah? Semestinya saya tidak begitu naif untuk percaya bahawa Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Jacob George tidak mempunyai agenda politik apabila datang ke Pulau Pinang dari jauh, hanya untuk mengadakan sidang media, menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama untuk penilaian prestasi kerajaan. Saya juga tidak menganggap Pulau Pinang hanya mendapat 4 markah, jika dibandingkan dengan negeri lain. Semestinya saya akan menggunakan undi saya itu untuk mengucapkan "Selamat Tinggal" kepada Barisan Nasional.

Namun, tetap saya simpan harapan saya, bahawa setelah kerajaan ditukar, rakyat bukan sahaja mendapat bonus yang diberikan oleh kerajaan tiap-tiap tahun, tetapi juga menggunakan tanah di bandar kita dengan baik, merancang pembinaan rumah dengan baik untuk memanfaatkan golongan menengah dan bawah yang bekerja.

Barulah soalan matematik ekonomi kita tidak diakhiri dengan jawapan negatif.

*Soh Sook Hwa ialah AJK Pusat Parti Sosialis Malaysia, dan setiausaha di cawangan Bayan Baru. Beliau pernah mencabar AUKU di mahkamah, tetapi gagal. Tulisan ini disunting dan diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 26 Mac 2012.

Lim Kit Siang: Ramalan muram Mahathir musnahkan keyakinan Najib?

Posted: 31 Mar 2012 10:42 PM PDT

Lim Kit Siang


Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Jun, Najib dalam bayang kempen-kempen pilihanraya beliau semenjak tiga bulan ini telah menunjukkan keyakinan yang meningkat untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang, termasuklah untuk merampas kembali negeri Selangor dari pucuk pimpinan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Populariti Najib (gambar kanan) yang kelihatan meningkat 10 poin kepada 69% berikutan peranan baru beliau sebagai "Santa Claus" dengan pemberian tunai RM500 Najib kepada golongan yang berpendapatan rendah dan deretan kontrak yang bernilai jutaan ringgit serta peruntukan-peruntukan yang telah diagihkan seiring dengan dasar falsafah beliau "I help you, you help me". Namun demikian, kadar populariti Najib tidak dapat dibandingkan dengan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Minggu lepas sahaja, Najib telah menyebut dengan bangga maklumbalas rakyat yang sangat menggalakkan dan kononnya rakyat jelata telah memaklumkan kepada beliau bahawa sokongan rakyat telah dikembalikan kepada Barisan Nasional semenjak pilihanraya 2008.

Semuanya sudah kelihatan siap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 pada bulan Jun.

Tetapi sesuatu yang aneh telah berlaku dalam beberapa hari yang lepas di mana momentum untuk pilihanraya diadakan pada bulan Jun tiba-tiba kelihatan goyah. Adakah keyakinan Najib untuk meraih kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum ke-13 dimusnahkan oleh ramalan muram Mahathir?

Semalam, dalam ucapan terbaru, sebagai amaran kepada Barisan Nasional, Mahathir (gambar kiri) telah menyatakan bahawa "Tiada kemenangan yang mudah", dan supaya Barisan Nasional jangan terus yakin dan percaya yang mereka boleh menikmati kemenangan pilihanraya yang terjamin, terutama sekali kerana Pakatan Rakyat merupakan pihak pembangkang yang bukan dari zaman beliau sebagai Perdana Menteri.

Seperti yang dimaklumkan oleh Mahathir kepada Bernama Online: "Apa yang pasti adalah, bukan mudah untuk BN meraih kemenangan dua pertiga majoriti untuk kali ini. Pihak pembangkang sekarang bukanlah seperti pembangkang dahulu dan situasi sekarang agak membimbangkan."

Sehari sebelum itu, UMNO telah digemparkan dengan kenyataan Mahathir untuk membedil keyakinannya apabila beliau membuat pengakuan yakni UMNO tidak memiliki pemimpin yang bertauliah dan berkualiti untuk membentuk kerajaan yang berkemampuan sebagaimana yang diketahui "Sudah berdekad, UMNO 'tidak membenarkan' golongan yang bijak untuk mendaftar sebagai ahli parti."

Kini Mahathir memberi sokongan kepada UMNO bahawa parti tersebut perlu mencalonkan orang luar untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang, mencalonkan "calon yang bermutu", samada yang dicalonkan itu mempunyai keahlian dengan parti ataupun tidak dan meninggalkan kebiasaan mereka dalam pemilihan calon dari ketua bahagian untuk bertanding.

Dengan keyakinan awal UMNO untuk meraih kemenangan besar dalam PRU ke-13 yang semakin terhakis dan peluang untuk merampas kembali pentadbiran negeri Selangor serta pengekalan negeri Perak di bawah jajahan mereka, mood pilihanraya nampaknya sudah ditetapkan bagi Najib, menjelang ulangtahun ketiga sebagai Perdana Menteri, untuk berdolak-dalik menundakan tarikh pilihanraya pada masa yang lebih lewat.

*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur pada 30 Mac 2012.

'Saya akan dedahkan komplot Kristianisasi Isnin ini' - Hasan Ali

Posted: 31 Mar 2012 10:38 PM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


Selaku Presiden JATI saya terpanggil untuk memberi ulasan terhadap program Tafaqquh Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor yang bertajuk, "Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru ?"

Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, JATI memandang tinggi langkah pro-aktif yang diambil oleh kedua-dua jabatan di atas. Saya berpendapat masa dan ketikanya sangat bertepatan bagi mana-mana pihak menganjurkan program sedemikan.
Pada masa yang sama saya memandang berat tindakan setengah pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya program sedemikian akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum.

Lebih parah daripada itu mereka menuduh langkah ini adalah sebahagian daripada agenda pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik.

Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh.
Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius.
Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.

Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan. Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan.

Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan. Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang- orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini.

Suka saya ingatkan bahawa ancaman Kristianisasi bukanlah merupakan propaganda mana-mana pihak seperti yang dituduh sebaliknya ia adalah peringatan Allah SWT sendiri melalui Firman-Nya di dalam Kitab Suci Al-Quran (Al-Baqarah: 120)

"Orang-orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka"

PTPTN: Anwar nafi PR akan guna RM Petronas jika PR tawan Putrajaya

Posted: 31 Mar 2012 10:33 PM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


SUBANG JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat (PR) akan menggunakan sumber wang dari Petronas untuk membiayai kos pendidikan jika pembangkang berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini.

Beliau berkata sumber kewangan, jumlah wang dalam akaun terkumpul akan dianalisa terlebih dahulu sebelum disalurkan kepada pembiayaan sistem pendidikan.

"Dia bukan nak pindahkan dari Petronas bayar PTPTN, tidak... Sumber itu masuk kepada akaun yang disatukan dan kita kena buat senarai keutamaan tapi prinsipnya pendidikan harus percuma dari rendah hingga universiti, itu prinsipnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Dialog Profersional Muda di sebuah hotel Subang Jaya petang tadi

Dalam pada itu,ketika ditanya berkenaan dengan nasib pekerja Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), beliau menjawab bahawa pekerja PTPTN tidak akan diberhentikan tetapi akan diserapkan ke Kementerian Pendidikan Tinggi.

Beliau juga menekankan tentang prinsip Pendidikan Haruslah Percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti, itu adalah merupakan faktor kepada pemansuhan PTPTN.

Menurutnya lagi, hak rakyat adalah untuk mendapatkan ilmu yang bermutu di negara ini.

Anwar juga berkata Bank Negara harus mengadakan perbincangan berkenaan dengan kadar bunga pinjaman PTPTN yang perlu dibayar oleh peminjam kerana tidak mahu ada rakyat yang tertindas dengan kadar faedah pinjaman.

Anwar, dalam ceramahnya di di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu berjanji memansuhkan PTPTN apabila PR berjaya menawan Putrajaya.

Janji beliau itu telah mendapat kritikan hangat daripada pelbagai pihak yang mendakwa ia bercanggah dengan janji-janji yang terkandung dalam Buku Jingga yang diwar-warkan oleh pembangkang.

Bagaimanapun, pembatalan itu, dakwa Anwar selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

Megah simpanan RM1.9 bilion, janji manifesto macamana?

Posted: 31 Mar 2012 10:31 PM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Kerajaan negeri disaran supaya henti mendabik dada dengan megahnya mengumumkan jumlah simpanan kerajaan negeri semakin meningkat, sebaliknya menyalurkan sebahagian daripada RM1.9 bilion itu bagi manfaatkan untuk rakyat khususnya di negeri Selangor.

Bekas menteri besar, Datuk Seri Mohd Khir Toyo berkata, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim wajar menggunakan simpanan tunai RM1.9 bilion untuk menunaikan janji-janji pilihanraya yang masih tertangguh.

Beliau juga melahirkan keraguannya terhadap pengumuman Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan menyifatkannya sebagai berkemungkinan hanya bertujuan untuk mengabui serta membohongi rakyat.

"Kalau ikut akaun yang saya dapat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, duit 'cash'(simpanan) kerajaan negeri pada hujung tahun lepas adalah sekadar RM390 juta sahaja...mereka membohongi rakyat mengatakan simpanan itu tinggi, mengamalkan pentadbiran yang baik," katanya kepada Mychannel13.com.

Sehubungan itu, beliau mahu Khalid membuktikan kesahihan kerajaan negeri benar-benar memilik RM1.9 bilion seperti yang diumumkan Khalid, baru baru ini.

Menurutnya, salah satu cara yang terbaik membuktikannya adalah dengan menyalurkan sebahagian kecil wang simpanan itu untuk manfaat dan kemudahan rakyat dengan menunaikan janji-janji pilihanraya seperti yang terkandung dalam manifesto PR .

"Jadi saya agak curiga samada duit yang dikatakan ada itu, benar-benar ada atau satu penipuan dan saya cabar Tan Sri Khalid kalau benarlah dia ada RM1.9 bilion, saya harap dia tunaikan janji-janji pilihanraya mereka dan janganlah simpan duit itu didalam bank selepas itu mendabik dada mempunyaii simpanan yang tinggi dan rakyat yang menderita banjir, derita sampah...derita jalan berlubang dan sebagainya," katanya lagi.

Khir, juga membidas sikap kerajaan negeri yang tidak memanfaatkan peruntukan RM600 juta yang diberi oleh kerajaan persekutuan bertujuan memperbaiki kemudahan infrastruktur di negeri itu.

"Yang sedihnya kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM600 juta untuk memperbaiki kemudahan infrastruktur negeri Selangor, tetapi ia tidak dibelanjakan sepenuhnya dan kita lihat jalan berlubang...longkang tersumbat dan sampah tak diangkut, ini semua kerana mereka menggunakan duit itu untuk kepentingan lain," ujarnya lagi.

Beliai juga menimbulkan persoalan mengapa kerajaan negeri lebih mementingkan program-program berkaitan pilihan raya dengan menggunakan wang sumber kerajaan negeri sekaligus mengabaikan tanggungjawabnya kepada rakyat yang dibelenggui dengan pelbagai masalah sejak kerajaan PR mengambil alih pentadbiran negeri.

Saya mengambil contoh yang besar, peruntukan untuk menyebar luas maklumat kerajaan negeri membelanjakan lebih kurang RM15 juta untuk pilihanraya saja seperti poster, pamphlet..ini satu pembaziran," katanya lagi.

Cadangan tambah dana PTPTN dibawa ke Kabinet

Posted: 31 Mar 2012 10:30 PM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR : Cadangan penambahan dana bagi Perbadanan Tabung Pendidkan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM16.5 bilion untuk empat tahun (2012-2015) sudah dikemukakan kepada Kabinet.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin, sehingga ini, kerajaan sudah meluluskan sebanyak RM6 bilion untuk tempoh 2012 hingga 2013.

Beliau berkata, PTPTN telah membantu ramai pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan sehingga kini, seramai 1.9 juta orang peminjam telah menerima pembiayaan daripada PTPTN sebanyak RM43.6 bilion.

Menurutnya, kerajaan juga menyediakan subsidi untuk menjayakan pendemokrasian pendidikan di kalangan rakyat Malaysia dan tidak timbul isu kerajaan membebankan rakyat melalui bidang pendidikan tinggi.

"Pelajar di Institusi Pengajian Awam (IPTA) di negara ini tidak perlu membayar yuran pengajian secara penuh sebaliknya hanya membayar yuran yang sudah disubsidikan sahaja.

"Sebagai contoh, bagi pelajar program Perubatan, mereka hanya perlu membayar yuran pengajian RM9,000 sepanjang sepuluh semester pengajian walaupun kos sebenar pengajian adalah RM166,000," katanya.

"Lebih penting lagi, yuran pengajian yang telah disubsidikan itu juga tidak perlu dibayar dahulu oleh pelajar kerana PTPTN akan membayar bagi pihak mereka," katanya.

Jelas Khaled, pendidikan adalah satu pelaburan penting bagi setiap negara bagi menjamin masa depan dan kelangsungannya dan Malaysia perlu memastikan setiap rakyatnya yang layak, tidak tercicir untuk mendapat hak berpendidikan tinggi.

Katanya, akses kepada pengajian tinggi negara juga sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui penambahan tempat yang disediakan IPT di Malaysia dan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi juga sentiasa terbuka kepada masyarakat.

Terdahulu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendakwa kerajaan melakukan penindasan kepada pelajar-pelajar melalui pembayaran balik PTPTN yang membebankan kerana mengenakan kadar faedah yang tinggi.

Mereka juga menetapkan 14 April ini untuk mengadakan perhimpunan bagi menuntut kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN di Dataran Merdeka.

Najib ingatkan rakyat Malaysia jangan sentuh sensitviti kaum, agama

Posted: 31 Mar 2012 10:27 PM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama rakyat di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, ia merupakan satu prinsip yang perlu dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak di negara ini.

"Apa pun, kita tidak hendak (perkara sentuh sensitiviti kaum dan agama) jadi punca salah faham antara penganut pelbagai agama di negara kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Bersama Peneroka Gugusan Bera di Felda Triang 3, dekat sini, pada Sabtu.

Najib berkata demikian sebagai mengulas gesaan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) dalam sebuah portal berita semalam yang merayu Perdana Menteri supaya tidak membenarkan mana-mana pihak menganjurkan seminar yang boleh mengancam penyebaran agama lain di Malaysia.

Terdahulu, Jabatan Pelajaran Johor dilaporkan mengadakan seminar berkaitan pengajian Islam kepada guru-guru sekolah dengan memfokuskan kepada isu penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam.

Menurut Najib, perkara berkaitan akidah boleh dibincangkan namun kita haruslah sensitif kepada pihak lain yang berada di sekeliling kita.

"Kita boleh bincang berkenaan soal akidah, tapi tidak boleh tidak sensitif pada pihak lain, sama ada orang Islam kepada bukan Islam, atau orang bukan Islam kepada Islam,"ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata perkara yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama boleh diselewengkan atau dijadikan isu politik oleh pihak-pihak tertentu.

"Maklum sahajalah dekat pilihan raya, semua perkara boleh diselewengkan atau boleh dipusingkan menjadi isu politik, sebab itulah kena berhati-hati dalam perkara ini,"tambahnya lagi.

Mengenai program World Earth Hour 2012, Perdana Menteri berkata Malaysia menyokong sebarang usaha yang dibuat di peringkat antarabangsa dalam usaha mengurangkan pemanasan global.

Malaysia juga telah mengambil pelbagai langkah dalam usaha mengurangkan pemanasan global, katanya dan menurutnya "World Earth Hour akan berlangsung malam ini (tadi) bermula 8.30 hingga 9.30 malam, Seri Perdana juga akan mengurangkan penggunaan elektrik".

Najib berkata semua agensi kerajaan juga telah diminta meminimumkan penggunaan elektrik bagi menyokong sepenuhnya kempen berkenaan.

Calon PRU-13 : PKR takut 'pisang berbuah dua kali'

Posted: 31 Mar 2012 10:25 PM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


SUBANG JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memastikan calonnya pada pilihan raya umum akan datang memiliki kriteria-kriteria yang ditetapkan.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara kriteria utama calon yang dinilai adalah amanah, berintegriti, tidak rasuah dan setia pada parti.

PKR sebelum ini berhadapan dengan masalah besar apabila empat daripada ahli parlimennya serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar PKR dan menjadi wakil bebas.

Bahkan rata-rata yang keluar parti itu menyatakan rasa tidak puas hati dan menyerang keperibadian Anwar yang disifatkan mereka sebagai seorang pemimpin yang gagal.

Empat ahli parlimen telah meninggalkan PKR sejak pilihan raya umum 2008 - Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) N Gobalakrishnan (Padang Serai) manakala seorang lagi Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Bahru) dipecat dari parti.

PKR kini mempunyai 23 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding 30 yang dimilikinya selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Selain yang dipecat dan berpaling tadah, mereka juga gagal mempertahankan kerusi Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

DAP pula mempunyai 29 kerusi dan Pas pula, 23 kerusi.

Dalam pada itu, Anwar turut menyelar budaya Umno yang mementingkan kroni dan membenarkan ramai golongan profesional berada di syarikat besar mengambil kesempatan mengaut keuntungan.

"Budaya sebegini memang sudah lama," katanya kepada pemberita selepas Dialog Profesional Muda bersama Penasihat Ekonomi Selangor di semalam.

Beliau berkata sedemikian dalam responnya terhadap kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno ketandusan golongan profesional cerdik pandai untuk dijadikan 'winnable candidate' PRU13.

'Laporan polis tak mampu sekat dedah skandal NFC'

Posted: 31 Mar 2012 10:24 PM PDT

Rafizi Ramli,


Saya dimaklumkan bahawa NFC telah membuat satu laporan polis mensabitkan saya, YB Nurul Izzah Anwar dan YB Zuraida Kamaruddin dengan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang memperuntukkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM3 juta.

Kesalahan itu kononnya dilakukan apabila kami mendedahkan pembelian 8 unit rumah kedai mewah dan keterlibatan Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau di dalam pembangunan KL Eco City dalam satu sidang akhbar bulan lalu.

Sementara saya menghormati hak NFC dan pengurusan kanan mereka menggunakan ruang undang-undang untuk mendakwa kami, saya juga mengingatkan NFC supaya tidak cuba untuk menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang kini semakin aktif mendedahkan penyelewengan di kalangan pimpinan dan golongan elit.

Maqassid undang-undang di dalam sesebuah masyarakat adalah untuk menjamin keadilan dan mencegah kezaliman, bukannya untuk melindungi penyelewengan dan memberi ruang kepada si pesalah melepaskan diri.

Saya sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak penyiasat yang dipertanggungjawabkan mengendalikan kes ini. Sekiranya ada pendakwaan, saya juga yakin untuk berhadapan dengan NFC di dalam mahkamah kerana semangat rakyat yang mahukan penyelewengan yang berlaku di dalam NFC dibongkar wajib dihormati.

Saya juga boleh mengesahkan bahawa laporan polis oleh NFC ini tidak sedikit pun mengganggu perancangan PKR untuk meneruskan siri pembongkaran baru minggu depan, seperti yang diumumkan sebelum ini.

21 penyokong kuat Umno Kg. Dodol sertai PAS

Posted: 31 Mar 2012 10:22 PM PDT

Mohd Sabri Said,


JELUTONG:
Sejak kebelakangan ini, berita ahli Umno masuk PAS di Pulau Pinang tidak putus-putus dilaporkan media alternatif termasuk blog politik.

Terbaru, 21 lagi remaja dan antaranya ahli Umno di Kampung Dodol di sini menyerahkan borang menyertai PAS.

Mereka menyerahkan borang kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang disaksikan oleh Yang Dipertua PAS Jelutong, Ustaz Takiudin Hamzah.

Turut hadir pada program itu Ketua Pemuda PAS Jelutong, Mohd Faruk Abd Rahman, Ketua Pemuda PAS Kg Dodol, Mohd Zaki Othman serta Setiausaha Cabang Keadilan Jelutong, Mohd Khairil Kamarudin.

Ketika ditanya kenapa menyertai PAS, seorang daripada mereka Danial Ikhwan Roslan, 26, menyifatkan kemasukanya ke dalam PAS sebagai keluar daripada kegelapan kepada cahaya yang terang.

"Perjuangan dalam PAS lain berbanding dengan Umno. Dulu kami bergerak jika ada upah, " katanya lagi.

Rakanya, Mohd Khalid Mohd Ariffin pula berkata beliau dapat merasakan jiwanya lebih tenang dengan PAS kerana mendapat rakan yang baik dan berakhlak.

"Inilah kali pertama saya terlibat diri dengan parti. Sebelum ini tidak terfikir langsung untuk berparti lebih-lebih lagi dengan PAS, " jelasnya yang sebelum ini menjadi penyokong kuat Umno.

Bagi Mohd Farhan Habibulrahman pula, kemasukanya ke dalam PAS satu rahmat biarpun sebelum ini menaruh harapan pada Umno untuk baiki mutu kehidupan rakyat namun apa yang diharapkan tidak dilaksanakan.

"PAS satu-satunya parti pilihan terbaik setakat ini maka saya terus ambil borang dan tulis apa yang disyaratkan, " sambungnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Cawangan, Mohd Zaki Othman, perkembangan terbaru itu sekaligus menyaksikan kedudukan Umno di cawangan itu goyah.

"Kedudukan Umno Cawangan Kampung Dodol sudah goyang dengan tindakan sebahagian ahli dan penyokong setia parti itu sertai PAS. Tindakan tersebut benar-benar memberikan tamparan hebat terhadap Umno Jelutong, " terang beliau.

Banyak rasuah tidak didakwa jika BN terus berkuasa

Posted: 31 Mar 2012 10:21 PM PDT


Abdul Aziz Mustafa,

KUALA LUMPUR: Lebih banyak kes rasuah tidak akan didakwa di mahkamah oleh Peguam Negara jika Barisan Nasional (BN) terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar).

"Hampir semua orang tahu (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri menyatakan Umno sudah jadi parti perasuah.

"Apa yang boleh kita harapkan dari kerajaan yang dipimpin parti yang dipanggil parti perasuah oleh Dr Mahathir dalam soal pendakwaan kes rasuah?" katanya.

Menurut Salahuddin, walaupun Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mesti dipertanggungjawabkan kerana tidak melaksanakan pendakwaan ke atas kes rasuah yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi beliau tidak fikir Abdul Gani berani berbuat demikian tanpa persetujuan pemimpin atasannya.

"Seperti yang digambarkan dengan begitu terus-terang oleh bekas Ketua Hakim Negara (Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah) baru-baru ini, badan perundangan negara ini sangat takut kepada kuasa eksekutif.

"Sebab itulah, sukar dipercayai Abdul Gani berani bertindak sendirian tanpa dipersetujui oleh para pemimpin kerajaan Umno," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Bagi Salahuddin, pendakwaan selektif atau berpilih bukanlah perkara baru kerana bantahan dan protes rakyat terhadap perkara itu kedengaran begitu lantang sejak zaman Dr Mahathir lagi.

Sebab itulah, katanya, rakyat tidak terperanjat apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull menyatakan terdapat kes rasuah yang telah disiasat tetapi tidak didakwa di mahkamah oleh pejabat peguam negara.

Beliau yakin, tidak ada penyelesaian lain kepada masalah itu melainkan dengan memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi memerintah dalam pilihan raya akan datang.

"Apa yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu bukan untuk dianalisa dan dikupas. Tidak ada masa lagi untuk itu.

"Ia hanya memerlukan satu jawapan sahaja, pastikan Umno dan BN tidak lagi memerintah dalam pilihan raya akan datang," tegas beliau.

Menurut Salahuddin, Umno adalah "ibu segala masalah", dari kes rasuah hinggalah kepada pembantaian wang rakyat "tidak kiralah RM250 juta atau RM589 juta seperti yang difaraidkan oleh Umno kepada kroni-kroninya".

Mohd Shukri mendedahkan, pejabat Peguam Negara sering mendakwa bukti yang dikemukakan tidak mencukupi.

"Banyak kes yang disiasat tetapi tidak didakwa... Tak bermaksud tiada kes. Ada kes. Tapi bila (hendak) bawa ke mahkamah, mereka (pejabat peguam negara) kata tak cukup bukti," katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-12, bertajuk Rasuah Politik: Persepsi atau Realiti .

Sementara itu itu, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pula mencadangkan agar Peguam Negara ditukar bagi memudahkan siasatan dilakukan oleh SPRM.

Menurut Rafizi, negara memerlukan seorang peguam negara yang jujur serta bekerjasama dengan SPRM agar setiap kes boleh dihadapkan ke mahkamah.

"Kalau saya jadi Perdana Menteri... Tapi saya tak jadi lagi... Tanpa ubah perlembagaan, kita boleh tolong pegawai SPRM dengan (cara) menukar Peguam Negara. Peguam Negara yang ada sekarang mempunyai rekod buruk, terkenal dengan memerapkan 20, 30 fail.

"Kita perlu cari Peguam Negara yang jujur yang akan bekerjasama dengan SPRM supaya, tidak kisah Pakatan Rakyat ke, BN atau pensyarah, kalau dia rasuah, akan dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Rafizi bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan Mohd Shukri mengenai saksi yang sukar 'buka mulut' kerana masyarakat kini sudah berubah dan berani untuk membongkar sesuatu kes.

Merujuk kepada isu Pusat Fidlot Nasional, Rafizi berkata, hampir kesemua maklumat dan dokumen diberi oleh orang ramai.

"Masyarakat dah berubah. Sekarang ni kami sampai tak cukup tangan nak siasat. Maklumat, dokumen orang bagi tiap-tiap hari. Masyarakat kita telah ke depan kerana mereka yang rasa bahana dan jahanamnya gejala rasuah ini.

"Saya jika diberi peluang, rela kerja separuh masa dengan SPRM kalau diberi jaminan untuk menyiasat menteri yang berprofil tinggi ini," katanya.

Selain Mohd Shukri dan Rafizi, dua ahli panel lain wacana tersebut ialah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan yang juga anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah dan penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar.

Posted: 31 Mar 2012 10:20 PM PDT

Gempur hantar memo esok tuntut sambung pinjaman

Posted: 31 Mar 2012 10:18 PM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) akan menghantar memorandum menuntut penyambungan semula pinjaman pengajian 9 mahasiswa Terengganu di Mesir, esok.

"Gempur yang menaungi front-front mahasiswa di peringkat Pantai Timur merasa terpanggil untuk menjawab isu itu dan bersolidariti untuk membela rakan-rakan kami yang berasal dari Terengganu daripada dinafikan hak mereka," kata Gempur dalam satu kenyatan hari ini.

Menurut kenyataan itu, tindakan kerajaan Tetengganu menghentikan pinjaman itu dilihat sebagai tindakan yang tertutup dan tidak profesional kerana seolah-olah melibatkan sentimen politik yang mana sepatutnya mahasiswa mempunyai hak untuk berhimpun sebagaimana yang telah termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Sepatutnya kerajaan negeri Terengganu melihat himpunan ini sebagai salah satu hak warganegara Malaysia untuk menuntut Pilihanraya yang adil, bebas dan telus serta menuntut Auku 1971 yang mengongkong kebebasan akademik, kebebasan aktivisme mahasiswa dan menamatkan autonomi universiti dimansuhkan," tambah kenyataan itu.

Justeru, Menteri Besar Terengganu tidak sepatutnya mencampur aduk kepentingan politik sempit dalam menilai hak yang dimiliki mahasiswa.

Bagi Gempur, adalah tidak wajar untuk mahasiswa yang terbabit dihukum hanya kerana pendirian kerajaan negeri yang tidak bersetuju dengan himpunan Bersih.

Menurut Gempur lagi, kerajaan negeri sepatutnya menilai baik dan buruk keputusan menghentikan pinjman itu ekoran kesempitan kewangan yang bakal dilalui oleh 9 pelajar tersebut tambahan pula kos perbelanjaan makanan, tempat tinggal dan lain-lain adalah tinggi di negara luar khususnya di Mesir.

Ramuan khas Cikgu Pa buat Najib banteras rasuah

Posted: 31 Mar 2012 10:15 PM PDT

Harakahdaily,

KUALA TERENGGANU: Terlupanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meletakkan ramuan paling utama dalam resipi membanteras rasuah negara merupakan sebab utama aktiviti rasuah di bawah pentadbirannya semakin meningkat, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar).

"Sebenarnya, tidaklah sukar sangat untuk membanteras rasuah. Ia mestilah dilakukan daripada atas ke bawah (topdown) dan bukannya bawah ke atas (bottom up). Atas ke bawah, bermaksud ia harus bermula daripada perdana menteri," kata Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan 'Cikgu Pa' kepada Harakahdaily hari ini.

Selain itu, pemimpin veteran PAS Terengganu itu berkata Najib juga memerlukan keberanian moral untuk bertindak untuk melepaskan kekuatan kuasa politiknya untuk membendung amalan rasuah dalam pentadbiran beliau.

"Dengan itu, segala rintangan yang berada di depan beliau akan runtuh. Beliau mungkin hanya memerlukan setahun saja untuk membersihkan rasuah di peringkat tertinggi," kata Cikgu Pa.

Berbicara mengenai cadangan supaya para menteri membuat deklarasi aset kepada perdana menteri sahaja, Cikgu Pa berpendapat cadangan tersebut tidak efektif kerana "apa ketakutan yang ada pada para menteri kerana masak bahawa orang yang mereka perlu membuat deklarasi aset sama-sama terlibat dengan aktiviti rasuah seperti mereka juga."

"Tiada jumlah deklarasi aset yang mencukupi untuk menghindarkan seseorang daripada melakukan dan makan rasuah. Perkara ini telah dilaksanakan sejak zaman Tun Abdul Razak. Untuk saya, benda ini hanyalah menyedapkan mata dan tidak efektif. Duit rasuah boleh diletakkan di bawah nama orang lain yang dipercayai," tambah Cikgu Pa.

Cikgu Pa, yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak selaku sebagai setiausaha parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia pada tahun 1974 sehingga tahun 1977 dan Tun Hussein Onn sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada awal tahun 1977 sehingga November 1977 berkata pada pengamatan beliau, pentadbiran tiga perdana menteri Malaysia terawal, iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn adalah lebih bersih berbanding dengan pengganti mereka.

Penyelesaian

Cikgu Pa berkata hanya cara spiritual sahaja boleh memerangi gejala rasuah.

"Menyemai ke dalam rakyat, nilai kepercayaan kepada Tuhan dan kehidupan akhirat. Akauntabiliti bukan sahaja di dunia ini tetapi akan dibawa ke dunia lain," kata Cikgu Pa, sambil menambah bahawa integriti tidak akan lengkap tanpa elemen 'Takut kepada Tuhan."

"Ini juga adalah asas kepada sistem spiritual dan nilai Islam," tambah beliau.

Di bawah Najib, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) terus jatuh dari tangga 56 pada tahun 2010 ke tangga 60 pada 2011.

Menurut Transparency International Malaysia (TI-M), Malaysia hanya sekadar mencatatkan markah/skor hanya 4.3, rekod nilai terendah berbanding 5.32 pada 1996 dan sekaligus mencatatkan kejatuhan kali ketiga berturut-turut semenjak 2009.

Gambar ceramah Umno terhangat minggu ke-13

Posted: 31 Mar 2012 10:02 PM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Sekeping gambar daripada ceramah Umno yang dipaparkan oleh blog addin77.blogspot.com sebagai contoh wasatiyyah yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak adalah artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 13.

Pada tangga kedua ialah misteri laporan blog tulisan blogger popular Mohd Sayuti Omar (MSO) yang bertajuk "Awang Adek Hussein akan menangis tidak berlagu?" di mana mengulas maklumat yang diterima beliau bahawa sesuatu akan berlaku kepada timbalan menteri kewangan itu dalam masa terdekat, yang disifatkannya 90 peratus benar, sedih dan terkejut.

Kontroversi sms yang dihantar keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim yang jatuh ke tangan Adun-adun BN disyaki angkara Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali menduduki tempat ketiga.

Teng telah menghantar sms menggunakan senarai 'broadcast' telefon Blackberrynya kepada seluruh Exco Kerajaan Negeri yang mana dalam senarai tersebut masih terdapat nama bekas exco itu.

Sms yang dihantar oleh Teng kepada semua exco yang berbunyi "This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like whay Yaacon is doing now."


Tetapi sms tersebut telah disebarkan kepada adun Barisan Nasional dengan memberitahu Speaker bersikap berat sebelah dan mahu ia dijadikan isu untuk mereka keluar meninggalkan dewan negeri.

Di tangga keempat ialah ulasan MSO mengenai temberang Hasan dalam kontroversi peruntukan membaiki pejabat Exco Selangor, di mana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.

Di tangga kelima ialah artikel mengenai misteri pemilik sebuah kereta mewah, Bugatti Veyron yang dikatakan perlu membayar RM24,598.50 cukai jalan setahun oleh blogger tukanglawan.

"Jadi, milik siapakah kereta berkuasa tinggi ini, dikhabarkan ianya milik anak bekas perdana menteri, milik orang kuat umno, parti yang kononya memperjuangkan bangsa melayu," soal beliau.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 25 hingga 31 Mac, 2012.

1

Gambar ceramah Umno yang hangat

2

Awang Adek akan menangis tidak berlagu?

3

Sms dalaman terlepas: Speaker syak Hasan Ali

4

Hasan akidah terkena lagi?

5

Cukai jalan RM24,598.50 setahun, itu kereta siapa?

6

Kenyataan paling 'hamlau' dari seorang PM

7

Tindakan bekas imam Hoslan mengislamkan orang tak sah?

8

'Kita memang cadang nak tukar Ketua Pembangkang'

9

Kerajaan Pakatan Selangor dalam keadaan genting

10

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan dalam penjara




Orang Kristian merupakan korban untuk mengalih perhatian rakyat daripada Najib dan rasuah BN

Posted: 31 Mar 2012 09:59 PM PDT

Maria Begum, Malaysia Chronicle


Ia kelihatan seperti media selaras Umno bersungguh untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu endemik rasuah yang melanda pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, dan seperti biasa, orang Kristian sekali lagi telah dipilih menjadi korbannya dan gabunganUmno-BN beliau untuk membersihkan diri.

"Ini adalah isu yang sama berulang-ulang kali, menggunakan agama untuk politik. Bukti terdapat pada perlakuannya dan dengan begitu banyak undang-undang untuk melindungi umat Islam, mengapa terdapat ancaman Kristianisasi. Ini adalah perbuatan yang tidak selaras dengan jalan kesederhanaan seperti yang ditetapkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak atau 1Malaysia beliau," kata Ramon Navaratnam, seorang pemimpin Kristian dan pemimpin terkemuka masyarakat sivil, kepada Malaysia Chronicle.

"Yang terbaik adalah untuk berurusan dengan bagaimana untuk menggerakkan negara ke hadapan, untuk melihat isu-isu ekonomi dan ketelusan. Penambahbaikan dalam perkara ini akan menunjukkan keputusan sebenar dan bukannya terlibat dalam politik negatif dan memanjangkan pertikaian etnik yang tiada gunanya."

Bangsa dan agama untuk menarik perhatian rakyat dari rasuah dan ekonomi yang semakin lemah

Malah, di bawah Najib, Malaysia telah melihat beberapa kumpulan pelampau memunculkan diri, Perkasa, dan kini Jati. Huru-hara terkini adalah berita bahawa guru-guru agama dari sekolah kebangsaan di Johor akan dipaksa untuk menghadiri seminar yang diwajibkan oleh kerajaan pada Sabtu ini untuk menyediakan mereka dalam menangkis "ancaman Kristianisasi".

Dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor, seminar bertajuk "Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru? "Tiada maknanya hendak bersemangat mengenai perkara ini atau menuntut bahawa pentadbiran Najib mengehentikannya kerana dia tidak. PU-13 semakin menghampiri dan Johor adalah negeri yang terdedah. Yang pasti, UMNO akan bersungguh untuk mencuba dan mamanipulasi pengundi Melayu untuk takut akan orang Kristian supaya mereka akan kembali memilih UMNO sebagai pembela Islam," naib presiden PKR Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Tetapi realitinya, apa yang rakyat Johor perlu lakukan untuk akan politik kotor yang digunakan oleh Umno. Pakatan Rakyat membawa mesej pembaharuan, sebaliknya Umno-BN membawa mesej kebencian. Kepada orang Kristian, dengar kata saya, jangan gopoh. Jangan buang masa berfikir dan meluah emosi pada kelakuan yang murah. Ia menjatuhkan Kristian, dan pengundi Kristian di Johor perlu tahu apa yang perlu dilakukan. Agama lain dan umat Islam juga perlu mengambil perhatian bagaimana kejamnya UMNO dan BN. Mereka akan melakukan apa sahaja, walaupun menggunakan nama Tuhan dengan sia-sia, untuk melindungi kepentingan mereka supaya mereka boleh terus menceburkan diri dengan rasuah dan mencuri wang rakyat."

Perkasa, Anwar dan MCA

Sementara itu, Perkasa telah bertindak balas terhadap kritikan dari pelbagai kumpulan Kristian.

"Mengapa Chin begitu cemas? Adakah kerana seminar itu sebenarnya akan menjadikan sukar bagi pihak-pihak tertentu untuk mengkristianisasi umat Islam," kata Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali. Beliau merujuk kepada moderator Majlis Belia Gereja Malaysia, Chrisanne Chin yang berkata beliau "terkejut dan tidak percaya" mengenai "fakta bahawa... jabatan negeri memberi sokongan kepada pemikiran bahawa terdapat ancaman terhadap Islam."

Penganalisis politik menjangkakan kilang propaganda UMNO untuk bekerja lebih masa selama beberapa bulan akan datang kerana Najib bersedia untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum ke-13.

Selain daripada memerangkap orang Kristian, yang membentuk 10% penduduk 28 juta Malaysia, Umno-BN sudah mula berpolitik kotor menentang Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, manakala komponen MCA BN muncul menggunakan aktivisme yang semakin meningkat oleh kumpulan pendidikan Cina untuk menakutkan Melayu balik ke Umno.

Minggu depan, pemimpin PKR Rafizi Ramli akan mendedahkan lebih banyak skandal berkaitan dengan kejatuhan RM250juta rasuah NFC yang melibatkan pemimpin tertinggi Umno termasuk Najib sendiri, timbalannya dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Wanita Shahrizat Jalil, bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin .Malaysia Chronicle

Tiada apa: Dari Musa Hitam ke Ku Li ke Anwar, Dr M memaksa mereka keluar satu per satu

Posted: 31 Mar 2012 09:55 PM PDT

J. D. Lovrenciear


ahli politik BN diingatkan bahawa mereka harus berhenti menyalahkan rakyat jika mereka mendapati diri mereka semakin jatuh dari perspektif populariti.

Mereka juga perlu berhenti menyalahkan peluang mereka yang berkurangan untuk menang besar dalam pilihanraya umum akan datang pada demografi. Begitu juga, mereka juga perlu berhenti menyalahkan rakan-rakan gabungan mereka untuk kegagalan dan kehilangan wilayah kepada pakatan pembangkang.

Sitz-im-laben BN yang tidak menentu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kaum dan agama juga. Dan pendirian utama mereka ialah - bahawa Anwar Ibrahim, punca utama mereka semakin hilang penyokong juga bukan masalahnya.

Dr M yang menjatuhkan Umno, bukan Anwar

Kanser teras menyakitkan BN sehingga ke hari ini adalah hakikat bahawa mereka telah dilucutkan kepimpinan sebenar oleh ketua arkitek Tun Dr Mahathir. Ingat, dia memecat bukan satu pengganti yang berpotensi tetapi terlalu banyak.

BN tidak harus lupa bahawa Tun bukan sahaja mengalir keluar bakat-bakat yang berpotensi tetapi juga melakukan pembedahan besar ke atas UMNO dan seterusnya menetapkan jangkitan yang tidak boleh baik.

Mari kita mengingati sejarah. Negara adaMusa Hitam, seorang lelaki yang telah berjaya ke dalam halaman TIME sebagai seorang Asia yang berpotensi. Kemudian datang Anwar Ibrahim yang juga telah dipecat dari BN. Ingat bintang berpotensi Semangat 47? Semuanya dibuang keluar dan begitu juga Tengku Razaleigh Hamzah sehingga ke hari ini.

Kemudian BN menolak Pak Lah ke depan hanya untuk melihat BN digantikan oleh Datuk Seri Najib. Tetapi sebelum Najib memanaskan kerusi tingginya, kisah Altantuya membawa membawa langit gelap ke atas BN.

Hari ini, bolehkah sesiapa sahaja ditegur kerana memberitahu dan melihat bahawa terdapat tiada pemimpin yang berkarisma dalam BN?

Kami memerlukan personaliti, suara dan sinar harapan

Penduduk perlukan personaliti. Pengundi perlukan suara. Rakyat perlukan cahaya kekaguman dan harapan.

Adakah kita mempunyai satu personaliti tunggal dalam BN yang boleh berdiri sama tinggi dan dihormati, disokong dan mendapat kesetiaan tidak berbelah bahagi - seseorang yang rakyat boleh bersetuju tanpa bantahan sebagai seorang yang boleh meletakkan negara di landasan yang betul?

Adakah kita mempunyai satu suara di dalam Barisan Nasional yang boleh bercakap demi kepentingan semua rakyat Malaysia, negara dan Raja-Raja tanpa sesiapa pun dipinggirkan - kaya atau miskin; Melayu, Cina, India, Sabah atau Sarawak; Islam atau bukan Islam?

Adakah kita mempunyai satu sinar kekaguman dan harapan yang tunggal dalam BN yang boleh berdiri sama tinggi dan tidak tercemar dengan dakwaan dan rasuah atau hidup gaya hidup yang boleh diteladani dan bangga diiktiraf oleh semua rakyat Malaysia?

Suka atau tidak, rakyat menerima Anwar sebagai pemimpin

Jika anda melihat pakatan pembangkang, mereka tidak bebas daripada tuduhan. Tetapi apa yang sangat jelas ialah mereka mampu untuk mengetepikan perbezaan mereka dalam ideologi politik dan visi masa depan mereka dan bangkit untuk berjuang demi kepentingan rakyat terlebih dahulu.

Kem pembangkang telah berjaya dengan cepat mengenal pasti pemimpinnya dan meletakkan berat badan mereka di belakangnya walaupun terdapat banyak tuduhan tentang pilihan gaya hidup peribadi lelaki ini.

Dan sama ada kita suka atau tidak, sama ada Tun Dr Mahathir suka atau tidak, Anwar Ibrahim telah diiktiraf sebagai pemimpin bukan sahaja oleh kem parti itu tetapi juga oleh semua penyokong dan ahli-ahli mereka masing-masing.

Malah, walaupun BN boleh tidak setuju, koridor korporat pun, individu dari arena perniagaan global, pemimpin di negara-negara lain, dan ahli politik keras sejajar dengan kedudukan Anwar Ibrahim oleh kuasa Pakatan Rakyat.

Adakah sesiapa dalam BN yang boleh melakukan apa yang telah dicapai oleh DSAI, iaitu untuk memerintah dalam parti-parti pembangkang dan telah berjaya membuat mereka menerimanya sebagai pemimpin barisan hadapan mereka?

Kanser dalaman

Jadi BN tidak berjuang perang politik hari ini. Ia sebenarnya mengalami kekurangan tulang belakang, iaitu kekurangan kepimpinan.

Dan siapa yang kita salahkan kerana BN akan bankrap dalam kepimpinan selepas lima puluh tahun mendapat sokongan penuh daripada rakyat? Masih menyalahkan rakyat? Atau menyalahkan pembangkang? Atau cari korban seperti Anwar Ibrahim?

Rakyat memberikan BN setiap peluang yang ada setiap lima tahun, musim ke musim, untuk memimpin mereka dan negara. Tetapi BN hari ini berjuang untuk hayatnya untuk menang dengan kemenangan besar dari era silam mereka.Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: