Ahad, 1 April 2012

Biaqpila

Biaqpila


'Tokoh' misteri didakwa dalangi kenaikan pangkat polis

Posted: 01 Apr 2012 03:00 PM PDT


EKSKLUSIF Mampukah seorang individu dalam dunia jenayah mempengaruhi kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai polis ketika pasukan itu berada bawah penguasaan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan?

Dakwaan terbaru yang timbul menyebut bahawa seorang tokoh misteri, BK Tan – yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, Tengku Goh – telah menasihati Musa beberapa kali berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.

Musa, bersama peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia) sebelum ini didakwa telah menganiaya pengarah jabatan siasatan jenayah komersialnya, Datuk Ramli Yusuff serta enam orang pegawai Ramli.

Ramli dan juga enam orang pegawai berkenaan ditahan dan didakwa di mahkamah, lima tahun lalu.

Dalam perkembagan terbaru, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Musa akan memanggil BK Tan untuk "nasihat" dan pada masa yang lain, Tan mengunjungi rumah Musa di Petaling Jaya untuk berbincang mengenai pelantikan dan pertukaran pegawai dalam pasukan itu.

Menurut sumber, Musa ketika ditanya telah menjelaskan bahawa penglibatan Tan itu telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kaitan dengan dunia jenayah itu didakwa dapat mengenalpasti antara polis yang "baik" dan "tidak baik."

Satu sumber mendakwa bahawa beliau telah melihat pembantu Musa membawa satu dokumen biru mengandungi senarai sulit pengawai yang akan ditukarkan atau dinaikkan pangkat.

Musa didakwa telah menyediakan satu salinan dokumen sulit itu kepada Tan.

Difahamkan, seorang pembantu Musa, ASP Noor Azizul Rahim Taharim, telah mengemukakan perkara itu untuk perhatian metneri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan timbalan menteri dalam negeri, Datuk Johari Baharom.-MALAYSIAKINI


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Awang Afrika Mati Dipukul Kerana Cabul Tukang Cuci, Rakan Merusuh

Posted: 31 Mar 2012 09:00 PM PDT

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat dekat sini terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke kemuncaknya hari ini apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi.

"Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu. "Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas," katanya kepada pemberita di sini.

Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan.

Beliau berkata anggota polis yang tiba ke tempat kejadian kemudian mendapati lelaki Nigeria itu yang diikat berada dalam keadaan tidak bermaya dan terus membawanya ke sebuah pusat perubatan terdekat namun disahkan mati sebaik tiba.

Katanya mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Ab Rashid berkata kesemua tujuh anggota Rela itu yang berumur lingkungan 20-an telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya polis masih menyiasat sama ada lelaki Nigeria tersebut mati akibat dipukul menggunakan senjata atau sebaliknya.

Beliau berkata ekoran kejadian itu beberapa lelaki Afrika telah berkumpul dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka tetapi berjaya dileraikan oleh pihak polis.

Sementara itu saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Abu berkata kira-kira 200 lelaki Afrika telah merusuh sebelum ketibaan pihak polis dan mereka telah merosakkan beberapa harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela.

"Saya nampak mereka telah merusuh apabila mendapat tahu rakan mereka telah mati dan kejadian ini telah menakutkan penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata mangsa yang sering mabuk sebelum ini pernah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan itu.-bernama

DCM

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: HASAN DAN TIKET WAYANG

Posted: 31 Mar 2012 06:00 PM PDT



Hasan nak pegi tengok wayang kat panggung dgn isterinya. Sampai di kaunter
tiket, Hasan beli dua tiket untuk dirinya dan isterinya. Tak lama kemudian, Hasan
datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket...

Kemudian, Hasan datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket. Kali ini penjual tiket itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya, "Bukan ke encik
dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk membeli dua lagi tiket tadi?"

Hasan menjawab,
"Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri kat depan pintu masuk
panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer..."




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: