Khamis, 26 April 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bersih 3.0 dilancar di Makkah dan Madinah

Posted: 26 Apr 2012 05:42 AM PDT

Wakil Harakahdaily,


(LANCAR...Bersih 3.0 dilancarkan di Masjid Nabawi, Madinah hari ini)

MAKKAH: Gerakan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia melalui Bersih 3.0 dilancarkan di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah hari ini.

Ia dilancarkan oleh aktivis Bersih 3.0 yang berada di kedua-dua kota ini hari ini, dua hari menjelang perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur 28 April ini.

Di Makkah, pelancarannya dibuat di depan restoran D'Saji milik Malaysia yang terletak dibangunan perniagaan di hadapan Masjidil Haram.

(Bersih 3.0 dilancarkan di perkarangan restoran D'Saji, Makkah hari ini)

Kira-kira 20 rakyat Malaysia terlibat di majlis pelancaran itu. Hampir kesemua mereka memakai baju kuning berlogo Bersih 3.0 di samping menaikkan banner Bersih 3.0.

Di Madinah pula, pelancaran dibuat di dalam perkarangan Masjid Nabawi iaitu di bawah payung gergasi masjid itu.

Di sini, lebih ramai aktivis berkumpul iaitu kira-kira 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.

Mereka juga memakai baju kuning Bersih 3.0 di samping menaikkan banner.

Kembalikan PRM ke parlimen dan dewan undangan negeri

Posted: 26 Apr 2012 05:36 AM PDT

Viktor Wong, Malaysia Chronicle

  Parti Rakyat Malaysia atau lebih dikenali sebagai PRM dalam singkatan umumnya adalah merupakan sebuah parti politik yang tertua di Malaysia. PRM dibentuk pada tanggal 11 November 1955 oleh tiga tokoh pejuang kemerdekaan terkemuka pada masa itu, iaitu Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mohamad.

PRM yang dibentuk pada hujung tahun 1955 adalah sebuah parti nasionalis berhaluan kiri yang telah memulakan perjuangan menuntut kemerdekaan untuk Malaya daripada penjajahan British.

Di tahun 1950an, PRM melalui gabungannya dengan sebuah lagi parti iaitui Parti Buruh untuk membentuk Barisan Sosialis dan bertanding di dalam pilihanraya umum pada tahun 1959 di mana kedua-dua parti tersebut berjaya memenangi 8 kerusi parlimen dan puluhan kerusi di peringkat majlis bandaraya dan perbandaran.

Manakala di dalam pilihanraya umum tahun 1969, PRM juga pernah memenangi dua kerusi dewan undangan negeri di Pahang dan satu kerusi dewan undangan negeri di Pulau Pinang.

Akan tetapi, disebabkan oleh sekatan demi sekatan, serta propaganda yang memburukkan keududukan fahaman berhaluan kiri dan dianggap sebagai sebuah parti ala-komunis oleh kerajaan Perikatan (kini Barisan Nasional – BN) pada masa itu, serta ramai di antara pemimpinnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ada yang diugut, pengaruh PRM mulai menurun dan selepas itu tidak dapat memenangi sebarang kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri sehinggalah kini.

Namun demikian, walaupun tidak mempunyai perwakilan terpilih di parlimen dan dewan undangan negeri sehingga pada hari ini, PRM masih tetap unggul dan terus bersama rakyat, untuk meneruskan hasrat murni mereka yang belum tercapai iaitu ke arah perjuangan adil, saksama, progresif dan bersatu untuk masyarakat Malaysia.

PRM, dalam era baru

PRM yang dipimpin oleh presiden partinya yang baru Dr Rohana Ariffin kini giat menjalankan aktiviti khidmatnya di peringkat akar umbi, di beberapa buah kawasan parlimen yang pernah diwakilinya bagi menangani pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh rakyat jelata.

Selain daripada itu, PRM juga bekerjasama rapat dengan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang perjuangannya seiringan dengan fahaman parti itu bagi merealisasikan matlamatnya untuk melihat suatu masyarakat yang adil, saksama, progresif dan bersatu padu.

Usaha dan khidmat murni PRM tersebut turut mendapat perhatian dan pengiktirafan beberapa buah parti pembangkang yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PAS apabila para pemimpin PRM sering dijemput untuk menghadiri persidangan tahunan DAP dan PAS.

Komitmen PRM turut terbukti dengan penglibatan aktif parti tersebut di beberapa siri perjuangan yang menuntut keadilan dan kebajikan untuk rakyat, seperti di perhimpunan Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil), Himpunan Hijau (perhimpunan yang menentang pembinaan kilang pelupusan sisa toksik di Gebeng, Pahang) serta banyak lagi perjuangan yang memanfaatkan rakyat jelata seperti sosio-ekonomi, pendidikan, buruh, hak asasi manusia dan hak kesamarataan di kalangan masyarakat.

Adakah Umno ini pembangkang berkesan?

Di dalam pilihanraya umum tahun 2008 yang lalu, kita telahpun melihat Pakatan Rakyat yang meliputi gabungan PKR, DAP dan PAS telah berjaya meretakkan kekuatan BN dengan pengurangan majoriti dua pertiga BN di parlimen serta menewaskannya di beberapa buah negeri seperti Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang, di samping mengekalkan kedudukannya di Kelantan.

Dengan tertubuhnya kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah, Selangor, Perak (tumbang pada Februari 2009 berikutan rampasan kuasa Umno) dan Pulau Pinang, kita telahpun melihat bagaimana Umno mengambil peranannya sebagai pembangkang di negeri-negeri tersebut.

Selaku pembangkang di negeri-negeri yang pernah dikuasainya selama beberapa dekad, Umno sememangnya masih tidak dapat menerima hakikat yang para ahli-ahli dewan undangan negerinya terpaksa berada di kedudukan yang bertentangan dengan kerusi kerajaan negeri.

Sebagai pembangkang di negeri-negeri tersebut, Umno gagal menunjukkan kematangannya di dalam politiknya secara profesional.

Jika di negeri Perak, Umno menggunakan cara dan helah yang begitu kotor dan jijik dengan memebelanjakan sejumlah besar wang rakyat untuk memeras-ugut, merasuah, menipu dan mengancam bagi mendapatkan semula kuasa di negeri tersebut.

Manakala di negeri-negeri Selangor dan Pulau Pinang umpamanya, Umno asyik menggunakan isu-isu perkauman, agama Islam dan Raja-raja Melayu (3R – Race, Religion and Rulers) untuk mengancam kedudukan dan kestabilan kedua-dua kerajaan negeri tersebut.

Di negeri Kedah pula, Umno akan mempergunakan sekutu Bnnya iaitu MCA dan Gerakan untuk mempersendakan kerajaan negeri pimpinan PAS itu dan menghasut rakyat bukan beragama Islam yang kononnya hukum hudud dan undang-undang Syariah yang kononnya akan berlaku tidak adil, menyeksa dan membawa pelbagai masalah kepada masyarakat bukan Islam di negeri tersebut.

Cara Umno yang berperanan sebagai pembangkang di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ini hanya bertumpu kepada politik perkauman yang bertujuan untuk membangkitkan api kemarahan, kebencian dan ketidakstabilan di kalangan rakyat yang bakal tidak akan membawa sebarang manfaat kepada rakyat jelata.

Jadi, hasil bangkangan Umno yang sedemikian akan menjejaskan kestabilan dan ekonomi negeri-negeri tersebut, seterusnya membawa kepada lebih perasaan syak-wasangka di kalangan masyarakat yang berbilang kaum yang boleh mengakibatkan perpecahan di masa yang terdekat.

Adakah ini yang kita inginkan? Adakah Umno memainkan peranannya sebagai memeriksa dan mengimbangi (check and balance) bagi memastikan kesinambungan pentadbiran di dalam kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat? Nampaknya tidak, kerana sehingga pada hari ini Umno masih sibuk dengan urusan untuk memecahbelahkan perpaduan kaum, menyemarakkan api kemarahan dan kebencian.

Oleh itu, adakah Umno ini merupakan pembangkang yang berkesan untuk negara kita ini?

PRM berperanan untuk menjadi pembangkang baru

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli dewan undangan negeri Selangor kawasan Subang Jaya, Hannah Yeoh baru-baru ini, BN tidak dapat menjadi kerajaan yang sempurna, malah menjadi pembangkang pun gagal sama sekali.

Sebagai pembangkang, Umno gagal menumpukan perhatiannya terhadap isu-isu utama berkait dengan masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, pengangkutan awam, inflasi, kesihatan, pekerja dan pembenterasan rasuah.

Oleh itu, PRM perlu memikul tanggungjawab tersebut untuk membentuk dan mengetuai satu barisan pembangkang baru yang profesional jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menerajui kerajaan persekutuan di Putrajaya pada pilihanraya umum yang akan datang.

Biarkanlah Umno dan BN berkubur sekaligus kerana terbukti mereka gagal berperanan dengan sempurna sebagai pembangkang.

Pakatan tidak perlukan majoriti dua pertiga

Menurut ketua umum PKR yang juga ketua pembangkang parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat tidak memerlukan majoriti dua pertiga untuk memerintah negara ini dan sebaliknya hanya mengharapkan majoriti mudah.

Ini adalah kerana, menurut beliau, majoriti yang terlalu kukuh itu akan membawa kepada kerakusan dan ketamakan pemerintah, jadi peranan pembangkang adalah masih diperlukan bagi mamainkan peranan "check and balance" terhadap pemerintah di dalam pelbagai soal yang berkepentingan seperti ekonomi, pendidikan, pengangkutan awam, inflasi, kesihatan, pekerja dan pembenterasan rasuah.

Di samping tidak lagi sesuai untuk menjadi kerajaan, Umno dan BN juga tidak sesuai untuk menduduki kamar pembangkang baik di parlimen mahupun di dewan-dewan undangan negeri oleh kerana politik jijik 3R yang sehingga kini masih menghantui pemikiran politik mereka dan ini menunjukkan yang kematangan politik mereka langsung tidak wujud walaupun Umno dan BN telah memerintah negara ini selama lebih daripada 50 tahun.

Wujudkan barisan pembangkang baru

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pengundi di negara ini bagi memastikan keseimbangan kuasa politik kerajaan dan pihak pembangkang di dalam parlimen dan dewan-dewan undangan negeri.

Oleh yang demikian, PRM perlu dikembalikan ke parlimen dan dewan-dewan undangan negeri untuk mengambil peranan sebagai pembangkang. Di samping PRM, turut perlu diberikan peluang adalah Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Reformasi Negeri (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), serta parti-parti lain yang tidak mempunyai kaitan dengan Umno dan BN.

Umno dan BN telah lebih daripada 50 tahun memerintah dan sehingga kini telah gagal menangani pelbagai masalah serius yang melanda negara ini seperti rasuah, salahguna kuasa, politik wang, inflasi, ketidakstabilan ekonomi dan sebagainya. Apabila diberi pula peluang untuk berperanan sebagai pembangkang di beberapa buah negeri, prestasi mereka adalah lebih buruk daripada dijangka apabila mereka hanya bertumpu kepada kemarahan, kebencian, hasad dengki dan dendaman.

Jadi, tibalah masanya kita memikir semula masa depan politik negara ini di luar petak dengan mengundi memasukkan semula PRM ke dalam parlimen dan dewan-dewan undangan negeri. Selain PRM, kita juga berilah peluang kepada PSM, KITA, STAR dan SAPP untuk bersama-sama mewujudkan satu barisan pembangkang yang baru apabila Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya nanti.

Demonstrasi 70 Lokasi Seluruh Dunia, Bersih 3.0 Bakal Pecah Rekod Dunia

Posted: 26 Apr 2012 05:29 AM PDT

   

KELAB GREENBOC

 
Perhimpunan Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah berikutan ia dianjur serentak di 70 lokasi seluruh dunia, kata Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau berkata, perhimpunan itu sekali gus bakal memecahkan rekod dunia kerana belum ada penganjur berjaya mengadakan demonstrasi di 70 lokasi di 52 negara secara serentak, setakat ini.

"Saya jangka ia perhimpunan terbesar apabila ia diadakan serentak seluruh dunia. Suara rakyat akan bergema di seluruh dunia untuk menyatakan bantahan mengenai kepincangan sistem pilihan raya di Malaysia," katanya.

"Dalam Bersih 2.0, perhimpunan peringkat global meliputi kira-kira 30 lokasi sahaja.

Kali ini saya yakin dapat mengumpul 500,000 orang di 70 lokasi yang menyertai perhimpunan Duduk Bantah di seluruh dunia," katanya kepada Keadilan Daily.

Di Malaysia, katanya, perhimpunan diadakan di lapan bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Di luar negara, rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan itu di 70 lokasi, antaranya Singapura, Hong Kong, Jepun (Osaka, Tokyo), Austria (Graz), Australia (Brisbane, Canberra,Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide, Hobart).

Selain itu, Amerika Syarikat ( Houston,Atlanta, Pittsburgh, Minneapolis, San Francisco, New York City, Washington DC, Los Angeles, Boston, Chicago, Portland, Columbus, Wichita Kansas, Ames, Iowa), Kanada ( Toronto, Montreal), New Zealand (Auckland,Wellington, Motueka).

Ia turut diadakan di Taiwan (Taipei, Tainan), United Kingdom (London, Edinburgh, Scotland, Newcastle), Ireland Dublin, Sligo), Switzerland ( Zurich, Geneva), Sweden (Uppsala, Mälmo), Jerman (Koeln/Bonn, Berlin), China (Shanghai, Beijing).

Selain itu, Perancis (Paris), Thailand (Bangkok), Korea (Seoul, Busan), Finland (Helsinki), Rusia (Moscow), Jordan (Amman, Mafraq, Irbid, Mu'tah), Bangladesh (Dhaka), Netherlands (The Hague), Indonesia (Bali) dan Afrika Selatan (Cape Town). -KD

Dataran Merdeka Masih Sihat Sejahtra

Posted: 26 Apr 2012 05:16 AM PDT

"Najib" Dijangka Ikut Serta Duduk Dan Bantah

MSO

Keseluruhan Dataran Merdeka tempat bakal mencatat sejarah petang lusa masih sihat sejahtera. Malam tadi saya meninjau ke kawasan itu suasananya tenang-tenang saja. Lampu-lampu di bangunan Sultan Abdul Samad berkelip-kelip galak seolah-olah tidak sabar untuk menyaksikan manusia duduk dan bantah di hadapan mereka.


Seorang pelajar sedang berucapan memberi arahan.
Keseluruhan kawasan masih terbuka dan sedia menerima tetamu seperti biasa. Skrin besar yang terdapat di situ masih terpasang seperti biasa. Apakah keadaan ini akan berubah mulai pukul 12:00 tengah malam esok? Saya mengira mulai tengah malam esok keseluruh kawasan itu akan dipagar dengan kawat duri.

Jalan-jalan masuk ke dataran itu akan ditutupi dengan trak water cannon dengan ratusan anggota bertopi merah yang membawa kayu dan juga senapang! Mungkin anjing-anjing akan dibawa sama.


Kelihatan salah satu van DBKL.
Sekumpulan pelajar yang berkhemah kerana membantah PTPTN masih wujud dengan azam mereka akan tetap berada di situ sehingga ke petang 28 April. Mereka seolah-olah kini menjadi tuan rumah pembuka pintu kepada puluhan pemakai baju kuning dan baju hijau yang akan bertandang ke situ.

Walaupun kumpulan pelajar itu cuba dihalau  DBKL secara terhormat namun mereka tetap tidak berganjak. Keutuhan dan kegigihan pelajar ini menjadi semangat dan pemanggil kepada sekalian yang lain untuk datang beramai-ramai ke Dataran Merdeka.
Kelihatan timbunan makanan dan air yang didermakan.

Malam tadi tiada lagi khemah yang dipasang mungkin mengelakkan ia dirampas oleh pihak berkuasa DBKL. Sekurang-kurang dua kali DBKL membuat serbuan merampas khemah mereka yang dilakukan menjelang Subuh. Beberapa kaki payung telah di letakkan di atas tikar plastik dan ditempatkan peralatan perkhemahan dan juga makanan dan minuman yang didermakan orang ramai.

Malam esok khabarnya akan diadakan solat dan munajak di atas padang luas itu yang akan dipimpin oleh seorang ustaz yang tersohor dari kalangan anak muda. Apakah ustaz dimaksudkan itu ustaz Azhar Idrus?


Orang ramai mengerumuni beruk Jamil bernama "Najib".
Beberapa buah trak dan van DBKL juga kelihatan tersedia dipinggir jalan di dataran berkenaan dengan kira-kira 30 anggota yang bersiap sedia menunggu tiupan visel bos mereka. Mereka tidak menganggu apa-apa upacara ringkas yang diadakan malam tadi. Begitu juga beberapa SB yang bertugas dan merisik keadaan nampak agak malu-malu dan macam kera sumbangan berada di kawasan itu.

Ketika saya bersama Rusdhadan Mustapa sampai seorang pelajar sedang memberi penerangan dengan dihurungi sekitar 50 orang.

Manakala malam tadi juga jumlah pelawat dan penziarah turut meningkat. Rata-rata yang hadir memberi semangat kepada kumpulan pelajar berkenaan. Ada yang membawa makanan, minuman dan keperluan lain. Seorang pemimpin pelajar yang berada di situ tidak menampakkan air muka gerun atau akan berganjak bahkan semakin hampir hari himpun dan duduk Bersih dia menjadi semakin bersemangat. Saya nampak kalangan mereka gelak dan seolah mengharapkan DBKL bertindak ke atas mereka.

"Inysa Allah kami akan terus bertahan disini hingga ke saat-saat akhir," ujar salah seorang darinya. Sudah 13 hari 11 malam sekumpulan pelajar berkenaan berkumpulan dan bermandikan embun di situ. Apa yang mereka lakukan adalah satu sejarah di mana belum pernah berlaku sebelum ini mana-mana puak atau individu yang tidur di Dataran Merdeka kerana memprotes sesuatu dasar dan polisi kerajaan.

Selepas pukul 11:00 malam tiada apa-apa kegiatan orang ramai yang datang ke situ sekadar duduk-duduk dan berriadah sambil mengambil angin malam. Sebahagian yang lain mengerumuni Jamil Kucing (Jamil Ismail) yang bermain-main dengan beruknya yang dikenakan baju Bersih. Beruk itu dinamakan Najib membuat beberapa persembahan dari atas motor tuannya dan ia menjadi tumpuan.

Harap-harapnya si Najib juga akan turun ke Dataran Merdeka lusa untuk sama-sama bergabung duduk dan bantah bersama si baju kuning dan hijau

Ambiga gesa tunda PRU13, 'sucikan' daftar pemilih

Posted: 26 Apr 2012 05:11 AM PDT

RUZY ADILA IDRIS & JAMILAH HAMZAH

ambidga kj


KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga menggesa agar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditangguh sehingga kesemua lapan tuntutan yang dikemukakan pertubuhan itu sebelum ini bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil benar-benar menjadi kenyataan.

Katanya, kerajaan Malaysia patut meniru apa yang Bangladesh buat - menunda tarikh pilihan raya selama setahun bagi membersihkan senarai pemilihnya.

Beliau berkata demikian dalam satu debat bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyentuh topik mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di The Club dekat sini, malam ini.

"Saya nak tanya Khairy, bolehkah beliau memberi jaminan bahawa tuntutan ini dapat dilaksanakan sebelum PRU13?" kata Ambiga.

Ambiga tanya Khairy sama ada beliau boleh menjamin tuntutan itu dilaksanakan sebelum PRU13?

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau akan cuba untuk mengaturkan satu pertemuan antara Bersih dengannya mengenai pembaharuan sistem pilihan raya.

"Sehingga sekarang, saya masih tidak nampak sebarang komitmen dari pihak berkenaan tentang tuntutan yang dikemukakan," katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, apa yang boleh janji adalah cuba mengaturkan pertemuan Bersih dengan semua ahli Parlimen dan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  untuk menjawab semua persoalan yang timbul dalam pemikiran Ambiga.

"Tetapi saya harap anda faham, bukan semua ahli Parlimen boleh hadir, tetapi saya janji akan cuba mengaturkan pertemuan itu.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya dengan rendah hati ingin mengajak anda untuk bersama saya untuk bertemu pihak SPR dan kita akan pastikan mereka menjawab satu per satu persoalan anda itu," ujar Khairy lagi.

Ujar Ahli Parlimen Rembau itu lagi, apa yang beliau perhatikan isu sekarang ialah tuntutan pelaksanaan pilihan raya yang adil dan telus, tetapi Ambiga sendiri mengakui tidak mempercayai SPR.

Tambah Khairy, tindakan mengadakan perhimpunan bukanlah satu tindakan yang wajar, sebaliknya wajar menggunakan ruang yang ada untuk berbincang dalam mengatasi apa sahaja perkara atau masalah yang timbul.

Pakatan sambut gesaan Ambiga BN tangguh PRU

Posted: 26 Apr 2012 05:05 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

PBS: Suruhanjaya Diraja perlu 'suci' daftar pemilih


SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mengalu-alukan gesaan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga agar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, ditangguhkan sehingga daftar pemilih dibersihkan daripada senarai nama pengundi diragui.

Kedua-dua komponen PR, Pas dan DAP berpendapat bahawa PRU13 tidak sepatutnya diadakan sehingga daftar pemilih benar-benar bersih daripada senarai nama yang meragukan, dianggarkan sekitar 42,000 orang.

"Memang pendirian Pakatan Rakyat bahawa kerajaan perlu memastikan daftar pemilih yang akan digunakan bersih daripada senarai nama-nama pengundi yang meragukan.

"Selagi senarai daftar tidak bersih, tidak dibersihkan, jangan panggil pilihan raya umum... itu pendirian kami," kata Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke ketika dihubungi hari ini.

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ini berkata, sementara desas-desus mengatakan bahawa PRU13 akan diadakan Jun atau Julai ini, kerajaan perlu menggunakan tempoh yang ada untuk membersihkan daftar pemilih.

"Jika boleh diselesaikan dalam dua minggu, bersihkan dalam dua minggu, jika dua bulan... dua bulan, jika SPR kata enam bulan, jangan adakan pilihan raya umum sehingga enam bulan akan datang.

"Pokoknya, pendirian Pakatan Rakyat ialah kerajaan tidak wajar mengadakan pilihan raya sehingga daftar pemilih benar-benar bersih," kata beliau, anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkenaan penambahbaikan sistem pilihan raya.

Ketika muncul dalam debat bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam, Ambiga menggesa agar PRU13 ditangguhkan sehingga kesemua lapan tuntutan yang dikemukakan pertubuhan itu sebelum ini bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil benar-benar menjadi kenyataan.

Katanya, kerajaan Malaysia patut meniru apa yang Bangladesh buat - menunda tarikh pilihan raya selama setahun bagi membersihkan senarai pemilihnya.

"Saya nak tanya Khairy, bolehkah beliau memberi jaminan bahawa tuntutan ini dapat dilaksanakan sebelum PRU13?" kata Ambiga.

Ambiga tanya Khairy sama ada beliau boleh menjamin tuntutan itu dilaksanakan sebelum PRU13?

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau akan cuba untuk mengaturkan satu pertemuan antara Bersih dengannya mengenai pembaharuan sistem pilihan raya.

Loke juga berkata, SPR sudah ada maklumat mengenai bilangan pengundi yang diragui.

"Maklumat sudah ada, data sudah ada. Yang diperlukan adalah satu komitmen daripada SPR untuk membersihkan daftar pemilih," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli berkata, pihaknya juga bersetuju dengan gesaan dibuat oleh ketua Bersih 2.0.

"Ya, saya bersetuju dengan pandangan pilihan raya perlu ditangguhkan, tidak diadakan pilihan raya sehingga dijamin daftar pemilih adalah bersih," kata beliau yang turut menganggotai PSC bersama Loke sebelum ini.

Katanya, SPR sepatutnya perlu mengambil tindakan untuk membersihkan daftar pemilih.

"Saya yakin kita boleh membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama yang diragukan," katanya sambil menambah PR akan membincangkan perkara itu kelak.

Ada dalang dalam Umno cuba jejas imej MB

Posted: 26 Apr 2012 04:17 AM PDT

KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN

Adun Bintong Dr Md Isa Sabu


KANGAR - Ada pihak dalam Umno dipercayai menjadi dalang untuk menjejaskan imej Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu kononnya mungkir janji meluluskan lesen pendudukan sementara (TOL) kepada 27 keluarga dari Kampung Padang Lincin dan Kampung Baru Syed Omar, Kurong Batang, Bintong.

Md Isa yang juga Adun Bintong berkata, ada "musuh dalam selimut", yang cuba melakukan pelbagai cara semata-mata untuk menjatuhkan imej dan kredibilitinya sebagai Menteri Besar dan wakil rakyat sehingga sanggup mengupah penduduk untuk melakukan perbuatan seperti itu.

Menurutnya, isu itu sudah lama diselesaikan apabila tawaran permohonan TOL tanah di kedua-dua kampung itu ditarik balik pada awal tempoh  pelantikannya kerana ada usaha untuk menjualnya secara tidak sah kepada orang luar.

"Sebelum ini, penduduk kedua-dua kampung itu sememangnya dijanjikan status TOL bagi tiga lot tanah setiap penduduk dengan syarat, mereka membayar premium RM500 bagi setiap lot.

"Bagaimanapun, tawaran itu dibatalkan disebabkan ada unsur 'penjualan tanah secara tidak sah' kepada orang luar oleh individu tertentu,ia tidak wajar kerana kemudahan itu diberikan Kerajaan Negeri kepada kira-kira 10 penduduk asal," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan penduduk terbabit agar meluluskan permohonan TOL seperti yang dijanjikan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Penduduk Padang Lincin, Johari Hassan berkata, dua hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Md Isa yang juga Exco Kerajaan Negeri dan calon Barisan Nasional (BN) kawasan Bintong berjanji akan membantu meluluskan status TOL jika menang.

Md Isa berkata, penduduk yang sudah membayar premium tanah bagi setiap lot boleh mengambil semula wang mereka di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perlis.

Beliau juga kesal dengan individu yang mengemukakan dakwaan itu kerana mereka tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

"Saya difahamkan individu bernama Johari tinggal di Arau dan bukan merupakan penduduk asal Kampung Padang Lincin.

"Jawatankuasa yang ditubuhkan juga bukan badan berdaftar dan hanya bertujuan mencetuskan provokasi yang didalangi pemimpin tertentu," katanya.

Md Isa turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri menukar status tanah padang ragut di kedua-dua kampung itu kepada tanah kerajaan untuk membela nasib kira-kira 10 penduduk asalnya.

"Saya kecewa kerana ada individu tergamak menjual lot tanah yang ditawarkan itu kepada orang luar sehingga menyebabkan majoriti tanah lot di situ 'dimiliki' bukan orang tempatan.

"Saya percaya apa dilakukan Kerajaan Negeri adalah betul. Kepada individu terlibat jangan pandai-pandai menimbulkan isu yang bukan isu," katanya.

Muhyiddin: Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus bersikap lebih terbuka

Posted: 26 Apr 2012 04:15 AM PDT

SINAR HARIAN

Muhyiddin Yassin



BUKIT MERTAJAM - Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh pakatan pembangkang perlu bersikap lebih terbuka khususnya kepada pemimpin yang mempunyai jawatan dalam kerajaan pusat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak seharusnya melakukan sesuatu yang menghalang penganjuran majlis sehingga menimbulkan kesulitan kepada rakyat.

"Saya ada peranan dan tanggungjawab hendak berjumpa dengan rakyat untuk menyampaikan cerita dan dasar-dasar kerajaan, bukan untuk kepentingan diri sendiri atau politik semata-mata tetapi untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian 'My Carnival NGO 1Malaysia' di Politeknik Seberang Perai di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden khemah untuk program kenduri rakyat 1Malaysia di Persiaran Mahsuri Bayan Baru di sebelah pulau dihalang pembinaanya oleh exco kerajaan negeri sebanyak dua kali.

"Untuk tujuan itu (menghalang penganjuran majlis) adalah sesuatu yang tidak berapa manis, dia (kerajaan negeri) halang, walaupun begitu majlis dapat diteruskan dan saya telahpun dapat sampaikan perkara yang perlu kepada rakyat," katanya.- Bernama

Demo PTPTN: UM dakwa 3 pemimpin SMM

Posted: 26 Apr 2012 04:13 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Logo PTPTN


SHAH ALAM - Tiga penuntut Universiti Malaya (UM), yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan demonstrasi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di ibu negara dua minggu lalu, berhadapan dengan tindakan disiplin di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Tiga penuntut itu terdiri daripada Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, Setiausahanya Haziq Abdullah Abd Aziz dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini menerima notis tindakan disiplin hari ini.

Jika ketiga-tiga mereka dikenakan tindakan Auku, penuntut terbabit adalah individu atau kumpulan pertama didakwa di bawah undang-undang itu yang dipinda baru-baru ini.

Satu sidang media akan diadakan di Dataran Merdeka petang ini berkenaan isu itu.

Ketika mengesahkan perkara itu hari ini, Setiausaha Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata, Haziq, Safwan dan Syahid menerima surat pertuduhan di bawah AUKU kerana terlibat dalam demo PTPTN 14 April.

"Mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 16C Auku bawah kaedah 3(a)(i) dan 3(a)(ii)," kata beliau ketika dihubungi.

Ketiga-tiga mereka dikenakan tuduhan memalukan universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.
"Bicara ke atas mereka akan didengar 3 Mei ini," katanya lagi.

Safwan, yang juga Presiden Persatuan Pelajar Islam UM, mengetuai SMM bulan lalu

Safwan mengetuai kira-kira 300 mahasiswa mengadakan perarakan dari Kompleks Membeli-belah Sogo ke Dataran Merdeka pada petang 14 April lalu. Sejak itu, sebahagian daripada mereka berkhemah di Dataran Merdeka menuntut agar PTPTN dimansuhkan.

Datuk Bandar KL pun nak jadi lebih UMNO dari UMNO?

Posted: 26 Apr 2012 04:04 AM PDT

Oleh Izmil Amri




Datuk Bandar Kuala Lumpur berasal dari Kedah Darul Aman. Beliau barangkali sampai ke Kuala Lumpur saat melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya, waktu mengaji Sejarah di sana.

Dari Kedah, beliau lanjut sampai ke Denver, di Amerika sana untuk mempelajari perhubungan awam di peringkat sarjana. Secara spesifik, beliau memilih pengajian strategik antarabangsa. Ini dapat kita korek dari laman web DBKL.

Sayangnya, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, meski lulusan sarjana perhubungan awam pengajian strategik antarabangsa dan berasal dari Kedah, gagal mempamerkan kemahiran perhubungan awamnya saat bersoal jawab dengan para wartawan.

Muka UMNO-nya jelas terpamer. Redup, tidak bercahaya dan pastikan tertekan. Garis-garis halus pada dahinya menjadi bukti betapa tertekannya beliau.

Barangkali kerana kali pertama diamanahkan untuk bergelut dengan para aktivis Bersih, di samping anak mahasiswa yang duduk berkampung hanya selempar batu dari tangga pejabatnya. Kita ucap tahniah berbakul kepada beliau di atas keberanian memikul amanah dari pemimpin tertinggi kerajaan itu.

Apabila pemimpin tidak dipilih oleh rakyat

Jadi begini; si Datuk Bandar ini kiranya ketualah di Kuala Lumpur ini. Kita tidak jelas sebenarnya pilihan raya mana yang dia menang sehingga boleh jadi ketua di Kuala Lumpur.

Kita juga tidak tahu demokrasi jenis apa yang dipakai sehingga insan ini menjadi pemimpin agung ibu kota Malaysia ini. Kali terakhir kita mengundi, semua kecuali satu daripada kawasan-kawasan parlimen Kuala Lumpur dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Seandainya Datuk Bandar Kuala Lumpur ini dipilih melalui pilihan raya yang demokratik oleh keseluruhan warga Kuala Lumpur berjumlah hampir 1.6 juta, maka pastilah Datuk Bandar akan lebih bertanggungjawab dalam memberi respon dan jawapan kepada pihak media berbanding mengambil sikap tidak peduli seperti yang kelihatan dalam tutur katanya.

Masalahnya ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab kepada penduduk Kuala Lumpur, tetapi hanya berjawab kepada memanda menteri Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah dan juga kepada susur galur pemerintah UMNO yang merajalela di Kuala Lumpur.

Disebabkan tidak dipilih melalui sistem demokrasi, tetapi dipilih oleh Putrajaya sebagai pesuruh, maka ia tidak punya rasa belas ehsan terhadap manusia dan masyarakat.

Apabila dia rasa orang datang bertandang di taman larangannya, maka boleh dihalau-halau sesuka hati. Seperti seorang pesakit OCD (Obsessive Compulsive Disorder) yang pantang harta bendanya diusik, dan aturannya diganggu, demikianlah sikap yang diperlihat Datuk Bandar Kuala Lumpur yang lantikannya itu turun dari langit Putrajaya dan bukan dari hasil undi masyarakat terbanyak.

Datuk Bandar ugut, ancam rakyat

Bercakap kepada pemberita, Tan Sri Ahmad Fuad telah mengugut untuk menghalang demonstran dengan kekerasan, jika perlu, daripada masuk ke kawasan Dataran Merdeka untuk acara duduk bantah Bersih 3.0 Sabtu ini. (Macam budak kecil di tadika, kawal barang mainannya daripada diusik kawan-kawan lain – "Jangan pegang tau… Ni kami punyaaa…")

Bukan sahaja itu, Datuk Bandar tambah menyebut bahawa kalau terjadi apa-apa kekecohan, salahkan Bersih. Nada ini sama sahaja dengan nada Menteri Pengajian Tinggi yang amat disukai ramai, Datuk Khaled Nordin apabila berkicau tentang kejadian serangan ganas puluhan samseng ke atas anak mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka tempoh hari. "Jangan tagih simpati," kata Khaled Nordin. Yang si Datuk Bandar pula tidak mahu dipersalahkan kalau terjadi apa-apa, seolah-olah membayangkan memang ada sesuatu yang akan terjadi.

Rata-rata rakyat jelata yang pernah ke acara Bersih yang pertama, kedua dan hujung minggu ini yang ketiga jelas faham dan tahu betul bahawa tidak akan ada kekecohan yang berlaku sekiranya tunjuk rasa mereka itu tidak diganggu oleh agen-agen provokasi yang diatur oleh pihak-pihak yang sakit punggung dengan pergerakan menuntut pilihanraya yang adil ini.

Sama kesnya dengan kejadian sepak terajang anak mahasiswa tengah-tengah malam. Mereka sekadar duduk di sana, tidak mengganggu sesiapa. Yang buat kacau adalah samseng yang ada kaitan dengan parti pemerintah.

Makhluk mana yang panas bontot dan mula menghantar laskar upahannya untuk bikin kecoh? Sikap Datuk Bandar yang beriya menantikan wujud kekecohan ini harus kita ragui.

Adakah metod yang sama seperti yang telah dilakukan kepada peserta OccupyDataran akan dijalankan terhadap mereka yang akan turun pada hari Sabtu nanti? Adakah setelah dihantar mereka itu untuk bikin kecoh, pihak yang menyuruh akan menyanyikan lagu 'Kan aku dah cakap' seperti kebiasaannya.

Jadi, elok kan kalau Datuk Bandar dipilih oleh rakyat…

Politik ketakutan dan politik kekerasan barangkali sudah tertulis dalam trait genetik para orang UMNO dan penyokongnya. Datuk Bandar yang dilihat ramai sebagai pesuruh UMNO juga barangkali tidak terkecuali.

Dari pejabatnya di menara tinggi menghadap Dataran Merdeka itu, mungkin ada perancangan-perancangan nakal untuk membuktikan ketokohan dan kepimpinannya sebagai Datuk Bandar yang berkaliber dan disegani, berbanding Menteri Dalam Negeri yang jelas tidak lagi melawan bahkan membiarkan perhimpunan itu berjalan.

Warga Kuala Lumpur seharusnya diberikan hak untuk memilih Datuk Bandar, seperti yang ditegaskan oleh Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP Liew Chin Tong.

Baginya, apabila tidak ada Datuk Bandar yang responsif terhadap warganya, maka habis kesemua Ahli Parlimen kawasan-kawasan Kuala Lumpur akhirnya menjadi super-councillors, menyelesaikan masalah parit longkang dan jalan berlubang warga kota tanpa sebarang kuasa seperti kerajaan negeri untuk memajukan 'negeri' Kuala Lumpur.

Jika dilihat hari ini, Datuk Bandar buat apa? Pasang pagar di Dataran Merdeka? Ugut rakyat? Cuba jadi lebih UMNO dari UMNO? Duduk Bantah Kuala Lumpur lah. – Roketkini.com

Pelancaran suram TIBAI: Ibrahim Ali mahu menentang Anwar di Permatang Pauh pula

Posted: 25 Apr 2012 11:03 PM PDT

  Melissa Lee, Malaysia Chronicle

Dalam usaha untuk menyelamatkan penerimaan tidak bersemangat bagi pelancaran 'TIBAI' terhadap pemimpin Melayu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua PERKASA, Ibrahim Ali berikrar untuk mengadakan kempen baru bagi "mendedahkan" kejahatan ketua pembangkang.

Menurut Bernama, MP Pasir Mas, Ibrahim Ali berkata dia juga sanggup untuk menentang Anwar di kubu kuat yang kedua di Permatang Pauh dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, jika dia diberi peluang untuk berbuat demikian.

Komen darinya segera mencetuskan serangan balas daripada parti PKR Anwar.

"Ini menunjukkan Ibrahim Ali sudah terdesak. Dia tahu bahawa dia tidak boleh menang sebagai calon Bebas. Walaupun di Pasir Mas, dia akan kehilangannya sekarang kerana PAS tidak akan membiarkan dia bertanding di atas tiket mereka lagi. Malah Umno juga tidak mahu dia sebagai calon mereka kerana dia hanya pandai mengemis 'peluang' dan akan lebih bersedia untuk berdiri di Permatang Pauh di mana dia pasti akan tewas," kata naib presiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Memalukan


Malah, Ibrahim Ali yang bulat itu telah menjadi memalukan pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan cara tidak senonoh dan komen perkauman melampaunya dengan berpura-pura menjadi 'juara bagi orang Melayu '.

Pada masa sekarang, walaupun orang Melayu menjauhinya. Ibrahim telah memenangi kerusi Pasir Mas di Kelantan atas tiket PAS, tetapi dengan serta-merta melepaskan diri dari parti selepas pilihan raya 2008. Status semasa baginya adalah Bebas tetapi amat jelas dia sentiasa berharap bahawa Umno akan menerimanya semula.

Ibrahim digelar 'katak' kerana tindakannya melompat keluar parti, telah dipecat dari Umno sebelum ini. Sekarang, dia mengetuai pergerakan hak Melayu PERKASA di bawah naungan anggota sayap kanan dalam Umno yang juga dipimpin oleh bekas Mahathir Mohamad.

"Kami telah mengenalinya, untuk masa yang agak lama. Dia merupakan orang yang paling menjengkelkan, malah dia tak ubah seperti tin kosong walaupun orang melihatnya sebagai merbahaya kepada masyarakat kerana menyemarakkan api perkauman, "Wan Rahim Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kota Bharu PAS, memberitahu Harakahdaily.

Raja parasit


Menurut Wan Rahim, PAS tidak akan mencalonkan Ibrahim dalam PRU ke-13, dan ramai menjangkakan akan diadakan tahun ini. Pemimpin PAS menambah bahawa Ibrahim telah menunjukkan persona hak ultra Melayu adalah disebabkan lebih kepada kepentingan politik daripada mana-mana kepercayaan sebenar atau mendalam bahawa masyarakat masih terpinggir dan ke belakang.

"Ibrahim adalah seperti parasit, melompat dari pokok ke pokok untuk cari makan. Di mana pokok dia melekat akan mati dan kemudian dia akan melompat ke pokok seterusnya, "kata Wan Rahim.

Walau bagaimanapun, ini tidak menghentikan Ibrahim daripada menyalahkan Anwar kerana menyebabkan perpecahan di kalangan orang Melayu. Dalam retorik yang sering diulangi oleh pemimpin BN, Ibrahim Ali berkata kelakuan Anwar telah merosakkan PAS, tetapi menguntungkan DAP.

Ketua PERKASA ini telah berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau TIBAI dalam siri jelajah di Kuala Lumpur pada malam Ahad. TIBAI dianggotai seramai 28 kumpulan kecil NGO.

TIBAI


Pengkritik telah menyelar Ibrahim Ali kerana menggunakan perkataan Hokkien yang mempunyai bunyi seakan TIBAI.

Mereka menunjukkan kelakuan biadap yang lain seperti mahukan 13 Mei 1969 dijadikan hari cuti khas mengingati kepahlawanan Melayu yang anti-Cina, dan untuk mengedarkan ang pow putih kepada warga emas Cina semasa perayaan Tahun Baru pada bulan Januari.

Dalam tragedi 13 Mei, ramai orang Cina telah terkorban oleh ahli-ahli Pemuda Umno yang mengganas dengan parang, yang juga membakar deretan rumah-rumah kedai. Bagi ang pow putih pula, wang yang diberikan dalam sampul surat putih hanya untuk pengebumian sedangkan Tahun Baru Cina merupakan sambutan yang meriah, warna terang seperti merah selalunya digunakan.

"Mereka yang bertanggungjawab ke atas perpecahan di kalangan orang Melayu adalah Ibrahim Ali dan Umno. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk berpaut kepada kuasa walaupun memusnahkan masyarakat Melayu. Mereka akan berkata tentang satu perkara, tetapi pada hakikatnya, mereka cuma melakukan yang bertentangan," MP Kuala Krai Hatta Ramli berkata kepada Malaysia Chronicle.Malaysia Chronicle

Datuk Bandar KL jangan angkuh- AMK

Posted: 25 Apr 2012 10:55 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail diingatkan tidak bersikap angkuh dengan cuba menghalang himpunan Bersih 3.0, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ia berikutan kenyataan Ahmad Fuad untuk mengambil tindakan keras sekiranya Bersih meneruskan hasrat mereka  berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

"AMK menggesa agar Datuk Bandar tidak bersikap angkuh dengan siri-siri kenyataan yang hanya menunjukkan kegusaran mereka untuk berhadapan dengan ketidakpuasan hati rakyat," katanya.

"Kenyataan Datuk Bandar ini jelas bersifat 'mala-fide', dalam keadaan beliau bersikap selektif dalam menentukan apa jenis program yang boleh dianjurkan di Dataran Merdeka.

Malah katanya, kenyataan Ahmad Fuad untuk menawarkan lokasi lain juga menimbulkan persoalan.

"Apa bezanya jika Dataran Merdeka menjadi lokasi? Mengapa perlu perubahan lokasi dicadangkan di saat-saat terakhir? Apakah mereka khuatir jika Dataran Merdeka menjadi saksi gelombang kuning kebangkitan rakyat menolak penyelewengan sistem pilihanraya Malaysia?," Soal Shamsul.

Terdahulu sebelum ini, Ahmad Fuad menolak permohonan Bersih menggunakan Dataran Merdeka atas alasan ia bukan program bersifat nasional dan berteraskan politik.

Namun, Shamsul berkata, pada 27 Jun 2009, Dataran Merdeka menjadi medan pelancaran logo 1Malaysia, yang jelas merupakan kempen politik oleh Umno-Barisan.

Jika dibandingkan dengan Bersih, katanya, motif  himpunan itu adalah lebih jelas untuk memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan telus di negara ini.

"Solidariti telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia di luar negara, malahan masyarakat antarabangsa seantero dunia turut bersama-sama menyatakan sokongan mereka ke atas Bersih 3.0," katanya.

Himpunan Bersih 3.0: Abaikan larangan DBKL

Posted: 25 Apr 2012 10:47 PM PDT

 
Kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah mengelirukan.




PETALING JAYA: Orang ramai digesa mengabaikan larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang bebas, bersih dan adil Sabtu ini.

Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah mengelirukan.

"Perhimpunan Bersih 3.0 bukan sahaja acara nasional tetapi juga internasional kerana turut diadakan di puluhan bandar lain di seluruh dunia dengan maksud yang sama," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Badrul Hisham @ CheguBard berkata, pihaknya bersimpati dengan DBKL yang diperkuda oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional BN) untuk mereka terus kekal berkuasa.

"Kami mencadangkan agar hanya ada satu Himpunan Bersih 3.0 sahaja iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.

Menurut CheguBard, Umno-BN sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini.

"Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan Bersih.

"Oleh kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) terpaksa mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini.

"Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan Bersih 3.0 bertemakan 'Duduk Bantah' bagi menunjukkan solidariti rakyat menuntut hak untuk pilihan raya bebas, bersih dan adil," terang beliau.

Bersih 3.0 ibarat diberi betis nak paha

Posted: 25 Apr 2012 10:44 PM PDT

 
Menurut Presiden Perkasa, jawatankuasa bertindak Bersih 2.0 sepatutnya bersyukur dengan keterbukaan kerajaan.




KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali hari ini mengkritik tindakan Jawatankuasa Bertindak Bersih 2.0 yang berkeras mahu mengadakan perhimpunan duduk bantah di Dataran Merdeka pada hari Sabtu ini.

"Mereka ini diberi betis nakkan paha. Otak mereka tak sihat. Mereka orang yang suka langgar undang-undang," kata Ibrahim di dalam satu sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Beliau menambah bahawa Jawatankuasa itu sepatutnya bersyukur dengan sikap keterbukaan kerajaan terutamanya dengan penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata begitu sebagai respon kepada Jawatankuasa Bertindak Bersih 2.0 yang enggan menerima cadangan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail untuk mengadakan himpunan Bersih 3.0 di tiga buah stadium sebagai alternatif.

Tiga stadium itu ialah Stadium Badminton dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras serta Stadium Titiwangsa di Taman Tasik Titiwangsa.

'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung'

Sebelum itu, Ibrahim mengumumkan bahawa Perkasa akan menganjurkan perhimpunan 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' pada pagi Ahad ini.

"Ia bertujuan untuk menunjukkan taat setia kepada Yang Dipertuan Agong sempena pertabalan Seri Paduka. Ia adalah penting untuk memberi kesedaran kepada generasi muda peri pentingnya kita memperkasakan institusi beraja," jelas Ibrahim.

Selain itu beliau menambah bahawa perhimpunan Raja Berdaulat yang melibatkan semua kaum juga bertujuan untuk memberi amaran kepada pihak-pihak yang dikatakan kurang sopan ketika pertabalan Agong pada awal bulan ini.

"Walaupun Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim anggap perkara ini remeh, institusi raja berperlembagaan tidak boleh dipersenda dalam apa cara sekali pun," kata Ibrahim.

Rafizi : Kerajaan Sebenarnya Mampu Beri Pendidikan Percuma

Posted: 25 Apr 2012 10:36 PM PDT





SHAH ALAM  : Cadangan agar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa khusus untuk penuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menunjukkan pendidikan percuma mampu dilaksanakan di negara ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata tindakan itu menunjukkan Umno-BN secara diam yakin dengan cadangan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR).

"Macam mana pun Umno-BN menidakkan tentang isu PTPTN dalam pendidikan percuma ini, mereka tidak boleh lari daripada kehendak dan sentimen rakyat.

"Sebenarnya pendidikan percuma boleh dibuat dalam tahun 60-an lagi sebelum mereka mengkorporatkan pendidikan.

"Oleh kerana itu cadangan itu melambangkan dalam pentadbiran Umno-BN sendiri mereka secara diam-diam yakin dengan cadangan yang dibuat oleh PR," katanya ketika dihubungi.

Tambah Rafizi, isu-isu yang dibawa oleh PR mengenai pendidikan percuma itu merupakan isu yang sangat rapat dengan rakyat.

"Jadi soal boleh atau tidak boleh dilaksanakan itu sudah kita buktikan dengan nombor tetapi sampai sekarang Umno-BN masih belum menjawab, cuma mereka hanya pandai bermain sentimen dan menyerang secara retorik tanpa menunjukkan bukti," katanya.

Semalam, Senator Noriah Mahat mencadangkan kerajaan supaya memberi pengurangan bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 30 peratus daripada jumlah pinjaman kepada penuntut yang berjaya mendapat ijazah Kelas Kedua Atas.

Noriah berpendapat adalah wajar jika penukaran daripada pinjaman kepada biasiswa hanya diberi kepada penuntut di IPTA manakala penuntut IPTS yang mendapat ijazah Kelas Pertama diberi diskaun 50 peratus daripada jumlah pinjaman.

Rafizi juga mengulangi sokongan PKR terhadap perkhemahan aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka yang sudah berlangsung lebih dari satu minggu selepas himpunan mansuhkan PTPTN pada Apr 14.

Katanya, perjuangan aktivis tersebut sama dengan PKR iaitu menhapuskan PTPTN dan memberi pendidikan percuma.

AMK: Tiada Pemimpin Umno-BN Yang Layak Perintah Negara

Posted: 25 Apr 2012 10:33 PM PDT

SHAH ALAM: Pemimpin Umno-BN mahupun penyokong mereka melalui suara NGO tidak perlu menimbulkan polemik mengenai isu moral dan salah laku hanya kerana ingin menambah kebencian terhadap individu bernama Anwar Ibrahim di mata masyarakat sebaliknya menilai kembali status moral pemimpin mereka sendiri.

Tindakan lapuk dan ketandusan modal dalam usaha meraih kembali keyakinan rakyat yang semakin terhakis jelas menunjukkan kegusaran pihak lawan menjelang pilihanraya umum ke-13.

Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, tindakan ini mencerminkan hakikat sebenar pemimpin Umno-BN yang selama ini mempunyai rekod salah laku moral yang hanya disembunyikan demi menjaga kepentingan masing-masing.

"Kalau nak berbicara mengenai isu moral saya fikir pemimpin Umno jauh lebih hebat dari segi masalah moral dan sehingga sekarang belum dibawa ke mahkamah untuk dibersihkan. Seperti kes yang melibatkan Perdana Menteri berhubung isu pembunuhan wanita Monggolia, ini adalah isu-isu yang tidak dijawab dan dibawa ke mahkamah untuk satu proses pengadilan diberikan.

"Saya percaya dalam hal ini GAPS sekadar ingin mencuri perhatian terutamanya Datuk Seri Najib dalam usaha mencari slot dalam pilihanraya.

"Pemimpin GAPS adalah pemimpin yang sedang mencari-cari perhatian Najib kerana Umno sendiri tidak menerima mereka.

"Tambahan sekarang sesiapa yang bertindak menyerang Anwar akan diberi perhatian oleh Najib. Mereka-mereka ini sedang menggadai harga diri untuk mengampu Najib," katanya.

Semalam, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan beberapa NGO lain menyerahkan satu memorundum kepada Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang bagi mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat kerana di dakwa terlibat dalam salah laku moral.

"Orang-orang ini tidak perlu dilayan kerana kalau dilayan akan menaikkan saham mereka di mata Najib. Biarkan mereka melalak menyalak bukit," kata beliau

Beliau percaya, perkara ini tidak akan memberikan sebarang kesan memandangkan usaha sebegini telah dilakukan sejak dahulu dan sehingga kini mereka masih gentar dengan kebangkitan rakyat yang semakin menolak Umno-BN.

Guan Eng: Umno, MCA Biadap Pada Masyarakat Hindu

Posted: 25 Apr 2012 10:26 PM PDT


SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) yang bertindak merobohkan Kuil Sri Muniswarar yang berusia hampir 50 tahun di Terminal Kargo Pukal Prai (BCT).

Lebih mengecewakan, menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sebelum ini Pengerusi PPSB, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya mengumumkan bahawa PPSB akan menanggung kos pembinaan semula kuil tersebut di kawasan seluas 6.1m x 6.1m di lokasi yang sama namun semuanya sekadar
kata-kata manis sahaja.

"Sewaktu lawatan saya ke tapak berkenaan pada 23 April lalu, Pengurus Besar BCT, Abdul Halim Kader memberitahu beliau telah mendapat pengesahan daripada pejabat Dr. Hilmi bahawa kuil tidak akan dibina di situ.

"Jika ia benar, bilakah kuil itu akan dibina dan adakah ianya benar-benar akan dibina semula atau sekadar janji-janji kosong BN sempena Pilihanraya?," soal Guan Eng dalam kenyataan medianya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Dr. Hilmi dan Pengerusi PPC, Datuk Seri Chua Soi Lek untuk meminta maaf khususnya kepada masyarakat Hindu atas pencabulan rumah ibadat itu.

"Tindakan perobohan ini boleh disifatkan sebagai biadab, tidak bertanggungjawab dan sangat mengecewakan.

"Lebih memburukkan keadaan lagi, tiada notis dikeluarkan atau sekurang-kurangnya ditampal di kuil bagi memaklumkan tentang perobohan tersebut.

"Kedua-dua individu yang bertanggungjawab atas tindakan ini juga gagal untuk tampil segera bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada pekerja-pekerja pelabuhan dan masyarakat Hindu," jelas Guan Eng.

Jika tiada permohonan maaf dari kedua mereka dan tiada kuil didirikan sebelum pilihanraya, Guan Eng mendesak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk campur tangan dalam hal berkenaan.

"Semua warga Pulau Pinang yang cintakan keamanan dan menghormati kebebasan beragama mengutuk keras tindakan tersebut. Maka perkara ini perlu dipandang berat dan diambil serius," tegas Guan Eng melalui kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

428 bakal menyaksikan kebangkitan kaum suri rumah tangga

Posted: 25 Apr 2012 10:17 PM PDT

 Lim Hong Siang |


Mungkin ramai yang akan terperanjat seandainya tarikh 28 April 2012 menyaksikan kebangkitan kaum suri rumah tangga untuk menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 dan Himpunan Hijau 3.0.  Apa yang pasti, BERSIH 2.0 memberi impak yang mendalam buat kaum ibu yang secara tradisionalnya bersikap dingin terhadap politik.  Apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 9 Julai 2011, telah menyentuh hati ramai suri rumah tangga, khususnya mereka yang terdedah kepada maklumat dari internet.

Kaum suri rumah tangga mulai tampil ke depan sejak Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman dibentangkan pada tahun lalu.  Perhimpunan kecil-kecilan diadakan di merata-rata sebagai protes terhadap undang-undang yang cuba mematikan budaya protes jalanan ini.  Sungguhpun tidak menarik tumpuan ramai ketika itu, namun ia cukup bermakna buat ramai suri rumah tangga, yang memberanikan diri untuk mengorak selangkah ke depan.

Perkembangan selanjutnya terus memaut hati kaum ibu.  Perhimpunan mahasiswa UPSI pada awal pagi 1 Januari 2012 meraih simpati mereka, sehingga kaum ibu terpanggil untuk memberikan sejambak bunga kepada Safwan Anang, yang tercedera dalam pertembungan fizikal antara siswa dengan polis.Mengapa saya terfikir untuk beri bunga kepada Safwan?

Hati ibu mudah terkesan dengan ketidakadilan yang berlaku.  Pada 22 Februari 2012, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 ke atas OKT yang terlibat dalam perhimpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009.  Sekumpulan ibu telah melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu mereka menjelaskan denda tersebut - menyampaikan mesej bahawa "Mereka tidak keseorangan dalam perjuangan!" Kutipan derma kilat untuk sampaikan mesej: Mereka tidak keseorangan!

Isu-isu sedemikian terus melonggok, termasuk kempen mempertahankan tanah warisan Jalan Sultan, bantahan terhadap kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, malah isu PTPTN yang dibangkitkan mahasiswa baru-baru ini.  Layanan ke atas siswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, sama ada sekumpulan pembuli yang berperangai bagai samseng, mahupun tindakan keras dari pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, telah mencetuskan kemarahan ibu-ibu.

Mamas@BERSIH 3.0

Pada 11 April, sekumpulan ibu telah melancarkan satu deklarasi, "Pilihan raya yang bersih demi masa depan anak-anak", menyeru agar semua ibu tampil menyatakan sokongan terhadap perhimpunan BERSIH 3.0.  Langkah ini amat berani, tatkala banyak pertubuhan Cina masih meragu-ragu untuk menyatakan pendirian secara terbuka.  Malah, sebagaimana yang dicatatkan dalam pengalaman yang dikongsikan di laman sosial, tidak kurang juga yang mengakui bahawa perselisihan faham antara suami isteri berlaku kerana berbeza pandangan dalam isu BERSIH 3.0.

Terdapat beberapa artikel yang amat terharu buat orang ramai tersebar di laman sosial, catatan ibu-ibu menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.  Antaranya, seorang ibu bernama Jessy Tee, mengisahkan perubahan yang berlaku dalam dirinya, sepanjang beberapa bulan ini sejak 9 Julai 2011.

Catatan Jessy Tee


Jessy Tee seorang ibu yang mempunyai dua orang anak, masing-masing berumur 4 tahun dan 10 bulan.  Beliau mengakui bahawa dirinya seorang yang bersikap acuh tak acuh terhadap politik sebelum ini.  "Pernah saya berfikir, saya hanya perlu kahwin, mengandung, melahirkan anak, kemudian duduk di rumah dengan selesa menggoyang kaki saya.  Apapun berlaku, malah langit ranap ke tanah sekalipun, tiada kena-mengena dengan saya."

Apa yang bermain dalam otaknya adalah, berehat selepas bersalin, kemudian teruskan kerja dan mencari rezeki.  "Apa yang sibuk-sibuk ni?" menjadi ayat yang paling kerap terlintas dalam otaknya, ketika melihat mereka yang berhempas-pulas untuk gerakan sosial.

Namun demikian, dua minggu sebelum 9 Julai 2011, laman sosial Facebook Jessy Tee dilanda gelombang kuning.  Kebetulan Jessy Tee yang baru bersalin amat bosan berada di rumah, maka beliau membuka dan membaca catatan yang ditulis dan disebarkan dalam ruang internet.  Ramai yang mengutus pesanan kepada ibu bapa, anak-anak - sama ada dalam nada yang sayu, mahupun ghairah.

Kesemua ini membuatkan Jessy Tee terharu, malah segan dengan sikap dirinya.  "Saya memarahi diri saya, kemudian mengalirkan titisan air mata.  Rupa-rupanya, benar saya tidak berguna."

Secara terus-terang Jessy Tee menulis, "Saya membiarkan 'pahlawan-pahlawan' yang berani ini mengambil risiko untuk memperjuangkan hak asasi saya, tapi saya pula menikmati hasil perjuangan saya dengan hanya bersarang di sofa dalam rumah saya.  Saya berasa amat malu, tetapi saya gagal melakukan apa-apa.  Betapa saya mengharapkan diri saya bukan ibu yang baru bersalin.  Betapa saya mengharapkan agar boleh menjadi sebahagian daripada mereka."

Kemudian Jessy Tee mula mencari maklumat mengenai BERSIH di internet.  Dan beliau mendapati laman sosial ibu yang lain telah mula membincangkan BERSIH.  Dirinya begitu ketinggalan zaman.  Jessy Tee mula bermuhasabah.  Padahal dirinya bukan "tak nampak" sebelum ini, tetapi "buat tak nampak" apabila terdedah kepada berita-berita politik.  Dan pengakuan ini membuatkan dirinya begitu segan dan bersalah dengan sikap sedemikian.

Pada 9 Julai 2011, Jessy Tee gagal menahan sebak ketika melihat gambar-gambar perhimpunan BERSIH 2.0.  Namun demikian, menangis bakal mengganggu penghasilan susu ibu ini.  Jessy Tee akhirnya dikesahkan doktor bahawa dirinya senang berdepan dengan risiko susu tersumbat dalam payudara.  Apa yang malang, Jessy Tee mengalami keradangan buah dada sehingga memerlukan pembedahan.

Berikan yang terbaik untuk anak

Pengalaman ini cukup memedihkan.  Ketika berbaring di katil untuk pembedahan, Jessy Tee mula menangis.  Jessy menarik tangan doktor, merayu agar jangan membuat pembedahan tersebut, kerana beliau mahu memberi makanan yang terbaik untuk anaknya - susu ibu.  Doktor itu kelihatan merah matanya, dan membenarkan agar Jessy mengubati keradangan buah dadanya.  Akhirnya, Jessy berjaya menyembuhkan sakitnya dengan gabungan ubat tradisional dan ubat barat.

Apa yang ingin Jessy tekankan adalah, "Berikan yang terbaik untuk anak".  Pengalaman itu membuatkan Jessy merenung, "Saya memberikan makanan yang terbaik untuk anak saya.  Tetapi seandainya dia tidak hidup dalam suasana politik yang demokrasi, bersama perasuah-perasuah, maka apa yang tinggal dalam dunia pada masa depan adalah kerajaan yang korup, tidak cekap dan menindas rakyat jelata."

Maka Jessy berfikir, selain susu ibu, makanan yang paling sempurna untuk anaknya, apa lagi yang boleh diperjuangkan dirinya, untuk anaknya?  Beliau membaca berita dari internet, yang tidak disiarkan dalam alam realiti.  Setiap kali membaca beliau berasa rimas untuk masa depan anaknya.

Jessy mula menulis di laman sosial sendiri, menyeru agar lebih ramai orang sedar dan bertindak untuk melakukan sesuatu.  Baru-baru ini, ketika melihat kumpulan siswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, beliau terpanggil untuk melakukan sesuatu, menderma kepada siswa-siswa ini.  Akhirnya Jessy mendapatkan bantuan seorang kawan untuk membeli penjana kuasa kepada siswa yang berani ini, dengan harapan mereka mampu bertahan sehingga 28 April.

Apabila dikhabarkan bahawa siswa yang berkhemah di Dataran Merdeka dikasari pembuli, Jessy menyifatkan hatinya bagai dihiris pisau.  "Jika saya ibu bapa mereka, semestinya saya menangis tidak terkawal.  Melihat dua orang anak saya, saya membayangkan merekalah yang ditendang, mata air saya mengalir bagai air terjun."

428: Turun atau tidak?

Akhirnya, Jessy Tee berdepan dengan dilema - sama ada untuk turun atau tidak pada 28 April?  Ini kerana Jessy perlu mengepam susunya, atau berdepan dengan risiko untuk mengalami keradangan payudara semula - yang bakal mengakibatkan dirinya tidak mampu untuk menyusu anaknya lagi.

Jessy Tee semakin gelisah, dan rasa bersalah kerana menganggap dirinya gagal melakukan apa-apa.  Akhirnya Jessy dipujuk oleh seorang kawan, agar berhenti menangis, menyerahkan masa depan anaknya kepada mereka yang boleh turun ke Dataran Merdeka kali ini.  Jessy menangis lagi.  Namun dirinya sedar, bahawa beliau boleh melakukan sesuatu meskipun tidak turun ke jalan raya kali ini.

Menurut Jessy, ramai yang mengutus surat kepadanya melalui internet, bahawa mereka mengambil keputusan untuk turun ke jalan raya selepas membaca apa yang dikongsikannya di laman sosial.  Jessy tetap menyeru agar orang ramai turun ke Dataran Merdeka pada 28 April di penghujung artikelnya, dan menambah, "Jikapun gagal turun ke jalan raya, buatlah sesuatu, ya?"

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

NGO Tanah: Siasat kejadian simbah cat rumah Mazlan Aliman

Posted: 25 Apr 2012 10:14 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Perbuatan tidak bermoral ini berkemungkinan ada kaitan dengan cadangan Tanah menganjurkan suatu Himpunan Tanah Rakyat pada 5 Mei depan di Plaza Angsana, Johor Bahru.



PETALING JAYA: Gabungan Tanah Rakyat (Tanah)  kesal dengan pihak-pihak tertentu yang cuba mengancam dengan menyimbah cat berwarna merah di rumah Pengerusinya, Mazlan Aliman yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak).

Perbuatan tidak bermoral ini berkemungkinan ada kaitan dengan cadangan Tanah menganjurkan suatu Himpunan Tanah Rakyat pada 5 Mei depan di Plaza Angsana, Johor Bahru, kata Setiausaha Tanah, Suhaizan Kaiat.

"Antara tuntutan Tanah  adalah menuntut kembali Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, menyiasat penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, menghentikan pemberian tanah kepada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ)/ kroni dan merampas tanah penyeleweng," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kejadian menyimbah cat disedari oleh isteri Mazlan pada jam 3.30 pagi selepas beliau balik daripada suatu program ceramah di Parit Sulong.

Kata Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS neegri, isteri beliau terhidu bau cat minyak di belakang rumahnya di Felda Bukit Ramon, Kulai Johor.

Kejadian ketiga dalam seminggu


Kejadian ini merupakan kejadian ketiga berlaku dalam tempoh seminggu di negeri Johor.

Pertama berlaku pada 19 April di Markaz PAS Air Merah, Mersing dan keduanya pada 22 April di kedai makan Setiausaha Persatuan Anak Pengerang (PAP), Azhar Mansor.

Semalam Mazlan dalam kenyataannya kepada media akan menurunkan 10, 000 ahli dan penyokong ke Dataran Merdeka pada Sabtu sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Bersih 3.0.

Tanah  akan bekumpul di Menara Maybank jam 1.30 petang kemudian berarak secara beramai- ramai ke Dataran Merdeka.

Tanah mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap motif kejadian dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini.

Dendam kepada Anwar tidak pernah padam

Posted: 25 Apr 2012 10:12 PM PDT

 
Tibai akan mengulangi siri kegagalan yang dilakukan oleh individu dan NGO yang mahu melenyapkan tokoh pembangkang itu.



PETALING JAYA: Dendam bekas rakan-rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada tokoh pembangkang itu tidak pernah padam.

Pelancaran sebuah NGO yang dikenali sebagai Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Ahad lalu tidak lain tidak bukan untuk menyerang Anwar sebagaimana sebelum ini.

Program yang dirasmikan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dihadiri bekas orang kuat Anwar seperti Ezam Mohd Noor, Zahid Mat Arip, Datuk Zulkifli Nordin,  Ng Lum Yong,  Abdul Ghani Haron, S Gobalakrishnan serta Datuk S Nallakarupan.

Mereka merupakan bekas penggerak utama PKR sejak ditubuhkan pada 1998. Ezam adalah ketua Pemuda pertama; Zahid (naib ketua); Ng (pengasas). Begitu juga dengan Nallakarupan dan merupakan Zulkifli yang  pernah menjadi peguam dalam kes liwat 1.

Sebaik Anwar dipecat serta dipenjarakan, mereka menjelajah ke seluruh negara memberitahu rakyat bahawa bekas timbalan perdana menteri itu tidak bersalah dan konpirasi jahat Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri waktu itu.

Mereka melawan Dr Mahathir melakukan apa sahaja untuk menumbangkan Dr Mahathir dan BN. Ezam dan Abdul Ghani  pernah dipenjarakan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada 2001.

Bagaimanapun, seorang demi seorang meninggalkan Anwar. Ezam, Zahid, Abdul Ghani menyertai Umno manakala Nalla menjadi senator BN.

Ringkasnya, mereka menjadi penentang Anwar dan menggunakan pelbagai platform untuk menjatuhkan bekas pemimpin pujaan mereka sebelum ini. Kawan sudah menjadi lawan.

Ezam sudah lama mengadakan siri jelajah melawan Anwar. Dalam setiap pilihan raya kecil, bekas setiausaha politik itu tampil membantu calon BN melawan Pakatan Rakyat.

Kawan jadi lawan

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Ezam mendedahkan surat Anwar kepada Dr Mahathir sejurus selepas dipecat dari kabinet pada 2 September 1998.

Persoalan yang timbul sekarang ialah adakah Tibai akan menyebabkan Anwar lenyap dalam radar politik negara selepas pilihan raya umum 13 yang kini menghitung hari?

Jika dilihat dari usaha untuk melenyapkan politik Anwar sebelum ini yang tidak pernah berjaya, penubuhan Tibai hanya sia-sia.

Tibai akan mengulangi siri kegagalan yang dilakukan oleh individu dan NGO yang mahu melenyapkan Anwar.

Apa sahaja keburukan Anwar telah didedahkan sejak 12 tahun lalu. Anwar pernah dituduh agen Amerika dan yang terbaru menjadi tali barut Yahudi.

Waktu ini rakyat sekalipun bukan semuanya tidak lagi percaya tuduhan terhadap Anwar. Mereka melihat Anwar lebih baik dari sesetengab pemimpin kerajaan yang terbabit dengan salahguna kuasa dan rasuah.

Rakyat membandingkan Anwar dengan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Syarikat NFC milik suami beliau disiasat atas dakwaan salah guna wang kerajaan RM250 juta.

Beberapa idea Anwar jelas lebih baik dari BN. Pemansuhan PTPTN dan penurunan harga minyak umpamanya sangat disokong rakyat.

Slogan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum 13 akan menenggelamkan Tibai yang akan mengalami nasib NGO-NGO lain.

BERSIH: 3.1 juta undi di bukan alamat IC

Posted: 25 Apr 2012 10:05 PM PDT


MALAYSIA KINI
Kewujudan lebih 3.1 juta pengundi berdaftar di kawasan selain daripada alamat di kad pengenalan mereka amat merisaukan, kata Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga.

NONE"Maklumat ini diserahkan kepada SPR oleh Jabatan Pendaftaran Negara pada tahun 2002 dan SPR (sehingga kini masih) tidak berbuat apa-apa dengannya," katanya.

Jumlah besar itu, kata Ambiga lagi, menyalahi Perkara 119(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan seorang pengundi perlu menjadi penduduk dalam kawasan mengundinya.

Perkara itu dilontarkan menjelang tiga hari sebelum perhimpunan BERSIH melalui debatnya dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin di Petaling Jaya semalam.

Bercakap kepada lebih 600 ratus orang, Ambiga yang berpakaian serba hitam dan kelihatan serius sewaktu berhujah menegaskan sehingga kini SPR masih gagal membersihkan daftar pengundi.

PKR dakwa timbalan, pengerusi SPR ahli Umno

Posted: 25 Apr 2012 10:04 PM PDT


MALAYSIA KINI

Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendakwa pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta timbalan, Datuk Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno.

Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

NONE"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin seperti dipetik akhbar tersebut.

Beliau menimbulkan perkara itu ketika perhatian umum pada waktu ini tertumpu kepada perhimpunan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 3.0 yang akan berlangsung pada Sabtu.

Katanya lagi, beliau akan mendedahkan nama cawangan Umno berkenaan sekiranya Abdul Aziz dan Wan Ahmad tidak menafikan perkara itu.

"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno."

Anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak, kata ahli parlimen Machang itu lagi dalam laporan tersebut.

CCTV kumpulan tak puas hati serang peniaga kereta

Posted: 25 Apr 2012 10:01 PM PDT


Kumpulan yang terdiri daripada pelanggan yang tidak puas hati dan beberapa lelaki yang mendakwa dari geng 'Tiga Line' menggeledah dan merompak seorang peniaga kereta terpakai mengakibatkan kerugian beberapa ratus ribu ringgit.

NONE"Mereka memecahkan pintu pejabat untuk masuk dan menggeledah pejabat saya, mengambil lima buah kereta, dua komputer riba, dompet dan barangan kepunyaan kakitangan, serta wang tunai hampir RM70,000," kata seorang pengarah wanita syarikat tersebut yang enggan namanya disiarkan.

Dalam serangan tersebut, di mana lelaki-lelaki berkenaan disertai oleh beberapa wartawan, telah dirakam oleh kamera CCTV yang dipasang di premis pejabat tersebut.

"Seorang datang ke pejabat saya, yang tidak ada CCTV, mengeluarkan pisau dan mengheret saya keluar ke ruang depan pejabat," kata peniaga kereta terpakai itu.

"Pada mulanya, dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai polis, tetapi bila saya minta kad pengenalan dirinya dan bertanya mengapa perlukan pisau, dia diam dan mengheret saya keluar."

Katanya, seorang lagi lelaki, yang memperkenalkan dirinya sebagai aggota 'Tiga Line', memaksanya mengeluarkan surat yang mengatakan syarikat tersebut berhutang kepada pelanggannya RM200,000 wang deposit dan hendaklah membayarnya balik kepada pelanggan yang hadir, dengan bakinya dibayar kepada geng itu untuk "perkhidmatan yang diberikan".

Kira-kira tujuh pelanggan kemudiannya datang untuk mengambil wang deposit mereka, dan pengarah syarikat itu berkata sebahagian daripada mereka menuntut jumlah yang lebih daripada wang deposit yang telah bayar dan malah ada yang menuntut dua kali.

Diancam oleh kumpulan tersebut, pengarah berkenaan serta kakitangannya tidak mempunyai pilihan kecuali membuat bayaran, tetapi beliau berjaya mendapatkan cop jari semua mereka yang datang di atas kertas bagi mengesahkan yang mereka telah menerima bayaran wang tunai tersebut.

"Saya mahu memerangkap mereka, dan yang mengejutkan mereka telah memberi kerjasama."

Malaysiakini mendapat salinan rakaman CCTV yang menunjukkan kejadian yang berlaku pada 7 April itu dan laporan polis yang dibuat oleh pengarah berkenaan, serta salinan resit dan dokumen tempahan kereta.

‘Filem Altantuya, Scorpene’ dan ‘kerjasama’ Najib

Posted: 25 Apr 2012 07:16 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

 KUALA LUMPUR- "Filem Altantuya" akan turut siap jika "kerjasama" Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan siapnya "filem Scorpene", kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Rasa takut yang ditunjukkan dengan begitu ketara oleh Najib dan kerajaannya terhadap perbicaraan mahkamah mengenai urusniaga kapal selam Scorpene hakikatnya adalah suatu "kerjasama" yang akan menyebabkan terbongkarnya pelbagai isu yang tersembunyi dari pengetahuan rakyat dalam pembelian kapal selam tersebut.

"Sikap Najib dan kerajaannya hakikatnya membantu menyiapkan 'filem Scorpene'," katanya.

Jika sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan "filem Scorpene" disiapkan, Mohamad yakin "filem Altantuya" juga akan turut disiapkan sekaligus.

"Saya pernah kata, kalau mahu 'filem Altantuya' yang tiada kesudahan itu disiapkan, pastikan Pakatan Rakyat (PR) menjadi kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

"Nampaknya mungkin filem itu akan siap lebih awal lagi dengan ketakutan luar biasa yang ditunjukkan oleh Najib dan kerajaan terhadap perbicaraan di mahkamah Perancis yang akan membicarakan kes bayaran komisen tidak sah dalam penjualan kapal selam itu.

"Jika PR dipilih menjadi kerajaan, saya percaya Najib akan menerima anugerah kerana kehebatan filem Altantuya itu," kata beliau.

Sebelum ini, banyak media luar negara yang mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan urusniaga kapal selam Scorpene.

Najib sebelum ini enggan menjawab soalan wartawan mengenai perbicaraan di mahkamah Perancis itu dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi pula berkeras tidak mahu hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan itu.

"Sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan rakyat sudah mula mempersoalkan apa yang mereka takut sangat sehingga seolah-olah lari lintang pukang dari kes yang dibicarakan itu," kata Mohamad.

Beliau yakin, jika tidak ada sebarang perkara yang ditakuti, sudah tentu "berdegar-degar" Najib menjawab panjang lebar soalan wartawan mengenai perkara itu seperti yang biasa dilakukannya dan menteri penggantinya di Kementerian Pertahanan pula tidaklah terlalu ketara mahu melarikan diri perbicaraan di mahkamah Perancis itu.

"Orang Melayu kata berani kerana benar, takut kerana salah," kata Mohamad.

Dalam laporannya, Malaysiakini mendakwa, siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia antara lain melibatkan transaksi dengan syarikat berpangkalan di Hong Kong, iaituTerasasi (Hong Kong) Ltd.

Antara pegawai penting syarikat tersebut ialah Abdul Razak Baginda, yang dilihat sebagai orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laporan itu juga mendakwa, siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) itu disalurkan melalui Terasasi kepada Najib, yang menjadi Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Perdana Menteri ketika dua kapal selam Scorpene itu dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.-Harakahdaily

Artis wanita hantar surat peguam pada MP

Posted: 25 Apr 2012 07:11 PM PDT

MALAYSIA KINI
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin hari ini berkata, beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik yang didakwanya menerima bayaran RM1.5 juta daripada menteri Umno.

NONEZuraida berkata, surat melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zuraida berkata, surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan.

"Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya.

"Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagi peguam?" soalnya yang juga anggota parlimen Ampang.

Sementara itu, Zuraida juga berkata, beliau akan membuat dakwaan dan memberi 'bukti kukuh' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini.

BagNONEaimanapun, Zuraida enggan memberi gambaran apakah 'bukti kukuh' yang beliau ada.

"Saya akan buat satu sidang akhbar dan berserta bukti dan saksi jika terdapat keperluan.

"Tapi sekarang, mari kita tumpukan perhatian pada BERSIH 3.0," katanya merujuk kepada perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya Sabtu ini.

Tiada ulasan: