DIALOG RAKYAT |
- BERSIH 3.0 tetap di Dataran, kata penganjur
- Empat lagi ditahan cuba pasang khemah di Dataran
- Video Indie sokong BERSIH dapat sambutan
- BN belum putus MP bentang kad laporan
- Perangkap fantasi pendidikan
- PKR gesa tindakan tatatertib terhadap Shafee
- Remaja perempuan dibunuh sebelum dibakar
- Isu pengundi: API mohon tidak bubar Parlimen
- BN Kelantan sedia manifesto khas PRU13, kata Muhyiddin
- Yahudi bakal kuasai 20% saham FGVH?
- Umno Sabah Telah Serah Senarai Calon PRU13 Kepada PM
- Rogol: Bekas imam dipenjara 15 tahun, sebatan
- Pelakon Bukit Kepong temui Mohamad Sabu
- Hadir Bersih 3.0 wajib - Tuan Guru Nik Aziz
- Zahida nampak lebih tenang, terus terima sokongan rakan dan peminat
- PR pula yakin tawan Putrajaya, kekal Selangor
- Bersih akan diteruskan di Dataran Merdeka
- PKR Selangor Sasarkan Lebih 80,000 Sertai BERSIH 3.0
- Tiada Tokoh Umno Yang Boleh Tandingi MB Selangor
- Tian Chua: Umno-BN – DBKL Main Wayang Isu Dataran Merdeka
- Adun Umno didakwa beri IC pada warga asing
- Nalla serah pita video bukti kes saman Anwar
- DBKL rampas khemah, usir aktivis dari Dataran Merdeka
- Negara bankrap modal baru BN
- NC UTM: Pendidikan percuma boleh Jejas kualiti mahasiswa
BERSIH 3.0 tetap di Dataran, kata penganjur Posted: 24 Apr 2012 06:50 AM PDT Pengerusi bersama penganjur tersebut, Datuk A Samad Said berkata lokasi itu kekal di Dataran Merdeka walau tanpa keizinan DBKL. Seorang lagi pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreeenevasasn berkata BERSIH 2.0 akan terus berunding dengan polis dan DBKL supaya dibenarkan untuk menggunakan padang berkenaan. Samad berkata, Dataran Merdeka merupakan lokasi strategik dan mudah dikunjungi oleh peserta dengan menggunakan pengangkutan awam. "Tiada lokasi di luar pusat Kuala Lumpur yang boleh menyediakan kemudahan seperti itu," kata Ambiga dan Samad dalam satu kenyataan bersama. |
Empat lagi ditahan cuba pasang khemah di Dataran Posted: 24 Apr 2012 06:45 AM PDT Pengerusi kumpulan pelajar - Bangkit Malaysia - Mohd syahid Mohd Zaini berkata, dua pelajar dan dua aktivis yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi. "Kami cuba memasang khemah baru apabila pegawai DBKL datang untuk menghalang kita. "Berlaku pergelutan dan empat orang ditahan," kata syahid. Mereka yang ditahan ialah pelajar Ekhsan Bukharee Badarul Hisham dan Muhammad Aliff Hafiz Zainuddin serta aktivis Saiful Buhari Ramlan dan Karim Abdullah. |
Video Indie sokong BERSIH dapat sambutan Posted: 24 Apr 2012 06:42 AM PDT Pada mulanya, ketika bilik berita kami dipertontonkan dengan video muzik yang dihasilkan bagi menyokong BERSIH 3.0, sebahagian kakitangan merasakan ia agak membingungkan. "Ia tidak cukup sebagai video propaganda," kata seseorang, manakala seorang lagi melihatnya tidak cukup sebagai "lagu rasmi" bagi mengiklankan perhimpunan itu. Bagaimanapun, lagu lima minit 26 saat berjudul "Tears of Malaysia" (air mata Malaysia) yang diluncurkan pagi semalam ditonton lebih 22,000 orang tidak sampai 24 jam. Penerbit muzik daripada Johor yang kurang dikenali itu Michelle Hoo asalnya menggubah lagu itu tahun lalu untuk orang tersayang, lama sebelum BERSIH 3.0 terilham. Gadis yang terikat di rumah ekoran penyakit lumpuh ayahnya, menulis lagu itu akibat kecewa tidak dapat menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 Julai tahun lalu. "Semua orang menyumbang dengan cara masing-masing. Saya boleh menggubah lagu. Saya boleh menyumbang walaupun dengan berada di rumah," kata penerbit yang pertama kali menghasilkan video itu. |
BN belum putus MP bentang kad laporan Posted: 24 Apr 2012 06:40 AM PDT Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata parti itu masih belum menetapkan sama ada akan mengadakan satu lagi sesi pembentangan kad laporan ahli parlimennya. "Kalau kita perlu MP bentang balik masalah di kawasan mereka, kita akan minta dia bentang balik. "Jika ada, mungkin kita akan panggil mereka secara individu," katanya ketika ditemui selepas satu sidang medianya hari ini. Pembentangan kad laporan itu dijangka memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN untuk menilai kekuatan parti itu sebelum mengadakan pilihan raya umum ke-13. Pusingan pertama pertemuan empat mata Najib dengan ahli parlimen berkenaan berlangsung pada awal tahun lalu, melibatkan seramai 105 orang wakil rakyat BN. Pertemuan yang dijalankan empat bulan sebelum pilihan raya negeri Sarawak 2011 itu turut memberi peluang kepada setiap wakil rakyat berkenaan untuk mengemukakan masalah serta strategi bagi mengekalkan kemenangan di kawasan mereka. |
Posted: 24 Apr 2012 06:35 AM PDT Muhyiddin telah dilaporkan berkata demikian selepas keputusan kaji selidik baru-baru ini oleh Introspek Asia, yang kononnya menunjukkan bahawa 55 peratus rakyat Malaysia dewasa percaya bahawa sistem pendidikan di negara kita setanding negara-negara lain, manakala 35 peratus mengatakan bahawa ia adalah "lebih baik berbanding negara-negara maju". Sebelum ini, Muhyiddin telah memilih untuk memetik sebahagian daripada Laporan 2011-2012 Global Competitiveness Index oleh World Economic Forum, dan menggunakannya untuk membuktikan bahawa kualiti pendidikan di Malaysia adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat, German dan United Kingdom. Jika ini benar, beliau harus menjawab kenapa tidak pernah ada seorang pun pemenang Anugerah Nobel dari Malaysia dan kenapa tiada satu pun universiti Malaysia yang termasuk dalam kedudukan 200 universiti yang terbaik di dunia? Atau kenapa, jika diberi pilihan, lebih banyak pelajar Malaysia memilih untuk belajar di Amerika Syarikat, UK dan Jerman dan bukan di universiti tempatan? Sekali lagi, Muhyiddin sekadar selektif dalam memilih statistik yang menyokong pandangannya. Sebagai contoh, dalam laporan WEF, beliau telah memilih penunjuk yang mencerminkan kaji selidik ke atas 87 "eksekutif perniagaan utama" -- satu sampel golongan yang lebih besar kemungkinannya merupakan golongan kaya yang duduk di bandar dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah awam yang terbaik jika tidak ke sekolah-sekolah swasta. Oleh itu, adalah tidak mengejutkan sekiranya mereka memandang tinggi sistem pendidikan tempatan. Jauh dari gambaran cantik Hakikat sebenarnya, realiti sistem pendidikan kita adalah jauh daripada gambaran cantik Muhyiddin. Daripada laporan WEF yang sama, kedudukan kemasukan pendidikan menengah kita berada di tangga ke-101, lantas menunjukkan bahawa terdapat ramai pelajar yang tercicir selepas sekolah rendah dan oleh itu tidak dapat memperolehi pengajian tinggi. Kedudukan kita di tangga ke-101 ini meletakkan negara kita di bawah Thailand (94), Indonesia (91), Brunei (35) dan Singapura (17) di rantau ASEAN. Perkembangan membimbangkan ini juga dicerminkan dalam Legatum Prosperity Index yang menunjukkan bahawa kadar kemasukan pendidikan menengah hanya 68 peratus, dan meletakkan negara kita di tangga ke-81 di dunia. Sementara itu, kadar kemasukan pendidikan tinggi pula adalah 36 peratus ataupun tangga ke-59 di dunia, jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara OECD yang mempunyai kadar purata melebihi 50 peratus. Prestasi Malaysia dalam kriteria objektif seperti kadar kemasukan pendidikan rendah, menengah dan tinggi seharusnya lebih ditekankan berbanding dengan penunjuk pendapat seperti kualiti pendidikan. Oleh itu, tindakan untuk menguar-uarkan penunjuk-penunjuk subjektif dan mengabaikan penunjuk-penunjuk objektif adalah tidak bertanggungjawab dan mengalihkan perhatian daripada masalah-masalah dalam sistem pendidikan, termasuk kadar keciciran yang tinggi dan kadar kemasukan yang rendah di peringkat pendidikan menengah dan tinggi. Data selektif Statistik-statistik antarabangsa yang lain juga meletakkan sistem pendidikan di Malaysia di tahap yang rendah. Sebagai contoh, dalam Program for International Student Assessment (PISA) bagi tahun 2009 yang melibatkan 75 negara, Malaysia menduduki tangga ke-55 dalam keupayaan membaca, 57 dalam keupayaan Matematik dan 52 dalam Sains. Prestasi kita dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) juga menunjukkan kemerosotan secara berterusan sejak 1999 hingga 2007. Data dan statistik daripada laporan-laporan antarabangsa yang berprestij telah menunjukkan bahawa terdapat krisis dalam sistem pendidikan Malaysia. Malah, rakyat Malaysia sebenarnya tidak memerlukan laporan untuk mengetahui bahawa terdapat masalah yang ketara dalam sistem pendidikan kita yang menghasilkan graduan-graduan yang tidak layak untuk mendapat kerja dan tidak mampu untuk berfikir secara kritikal. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mendapat pendidikan tinggi? Malangnya, daripada mengakui kelemahan dan mencari penyelesaian, menteri pelajaran kita lebih suka menafikan dan mencuba untuk memperdayakan rakyat Malaysia dengan data selektif dan subjektif untuk mengaburkan kebenaran keadaan pendidikan Malaysia. Dengan berkeras menegaskan secara berterusan bahawa sistem pendidikan kita lebih baik berbanding negara-negara maju, Tan Sri Muhyiddin bukan sahaja menunjukkan sindrom penafiannya tetapi juga terperangkap dalam alam fantasi serta menimbulkan keraguan tentang kecekapannya. |
PKR gesa tindakan tatatertib terhadap Shafee Posted: 24 Apr 2012 06:33 AM PDT Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution (kiri) berkata ini kerana beliau mempunyai maklumat bahawa Shafee mendapat penangguhan untuk sekurang-kurangnya satu kes kendaliannya kerana surat tersebut. Bercakap kepada pemberita di ibupejabat parti itu di Tropicana hari ini, Saifuddin berkata, jika surat itu telah membawa kepada penangguhan kes tersebut, maka beliau boleh mengatakan bahawa surat itu 99.9999 peratus tulen. Saifuddin berkata, ia membabitkan kes 'Seruan Gemilang lwn kerajaan Pahang', di mana peguam Seruan Gemilang telah diberi salinan surat Shafee itu sebagai satu alasan penangguhan tersebut. Katanya, perdana menteri mesti menjawab adakah kerajaan melantik Shafee, dan jika betul, bukankah ia menjadi tugas Peguam Negara atau Shafee bertindak bagi pihak PM dan isterinya? Menurut Saifuddin lagi, jika Shafee tidak bertindak sebagai peguam mereka, maka "kita menggesa PM melaporkan kepada Majlis Peguam... atau Majlis Peguam perlu mengambil tindakan tatatertib." Saifuddin berkata, penafian Shafee "menimbulkan lebih banyak tandatanya" dan peguam tersebut mesti mendedahkan di mana beliau berada antara 1 dan 25 April seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut. Dalam surat bertarikh 23 Mac, yang didedahkan oleh ahli Parlimen PKR itu minggu lepas, Shafee memohon penangguhan kes-kesnya di mahkamah pada tarikh berkenaan, dengan mengatakan beliau akan berada di Paris, New York, Basel dan London untuk "tugasan perundangan yang sensitif". Shafee (kanan dalam gambar atas) semalam berkata bahawa laporan media mengenai misi rahsia tersebut "sebagai karut" tetapi enggan menjawab soalan lain pemberita. |
Remaja perempuan dibunuh sebelum dibakar Posted: 24 Apr 2012 06:26 AM PDT Che Esah Yusoff, 60, tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, sebelum itu pengsan sebaik mengetahui mayat anaknya ditemui dan terpaksa dia dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk menerima rawatan. Rangka tulang bersama tengkorak dipercayai Nor Ain Shafnie, 16, ditemui dalam kawasan belukar tersebut tidak jauh dari rumahnya itu oleh seorang pekerja kontrak mengangkut buah sawit kira-kira jam 6 petang. Nor Ain dilaporkan keluar dari rumahnya di RKT Kesedar Jeram Tekoh itu jam 9 pagi sebelum didapati hilang kerana tidak pulang ke rumah bersama motosikal yang ditungganginya sehingga lewat malam pada hari sama. Akhbar ini pernah menyiarkan berita mengenai kehilangan Nor Ain itu pada 12 April lalu ia itu seminggu selepas dibuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang dan melancarkan gerakan mencarinya. Turut menemui berhampiran rangka tulang itu sebuah motosikal yang dibakar, seutas jam tangan dan dompet berisi kad pengenalan mangsa bersama seluar jeans yang sudah ditanggalkan. Che Esah ketika ditemui sebaik pulang dari HGM berkata, dia amat terkejut dan kesal dengan kejadian yang amat memilukan itu serta mahu pihak berkuasa mengesan penjenayah terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan. "Orang macam itu tak patut hidup lebih lama dan hukum dia sepadan dengan perbuatan yang dilakukan itu hingga saya kehilangan seorang anak gadis tersayang," katanya yang juga ibu tunggal. Beliau berkata, sejak hari kehilangan lagi dia merasa tidak sedap hati kerana kebiasaan anaknya pulang walaupun lewat malam hingga terpaksa mengerah penduduk dan anggota Rela melancarkan gerakan mencarinya. Katanya, sebagai seorang ibu tidak pernah berdiam diri untuk mengesan anak bongsu daripada 10 adik beradik itu dengan menemui beberapa bomoh sama ada bomoh tempatan atau luar daerah. "Saya tidak pernah berputus asa untuk mencari anak saya itu dengan mengunjungi ke semua rumah rakan-rakan dia dan waris terdekat, namun gagal ditemui dan tidak sangka akhirnya menemui rangka tulang. "Setahu saya dia tidak ada musuh hanya malas sekolah sahaja apabila mengambil keputusan untuk belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap hanya setakat tingkatan dua," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika mengesahkan penemuan rangka tulang seorang manusia itu berkata, rangka tulang itu dipercayai gadis yang dilaporkan hilang dari rumahnya di RKT Jeram Tekoh. Beliau mengesyaki rangka tulang yang ditemui itu dipercayai mangsa bunuh dan ditinggal di dalam kawasan belukar tersebut bersama sebuah motosikal sebelum ditemui seorang lelaki pekerja ladang sawit berkenaan. Katanya, serentak itu, pihaknya menahan lapan orang termasuk enam lelaki dan dua wanita untuk membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah. |
Isu pengundi: API mohon tidak bubar Parlimen Posted: 24 Apr 2012 06:24 AM PDT Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berlata, pihaknya mahu isu daftar pemilih yang bersih ditangani sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dipanggil. "Kita menunut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran Parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," kata Mahfuz Omar yang juga pengerusi jawatankuasa itu. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian selepas menyerahkan memorandum dan bukti berhubung dakwaan wujudnya pasukan petugas khas kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini. Selain itu Mahfuz turut memohon agar Seri Paduka Baginda menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam pasukan petugas khas itu. Mengulas lanjut kata beliau, Pas memohon satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat kes penyelewengan pemberian hak warganegara kepada warga asing yang dilakukan kerajaan. Menurutnya, Pas serta Api berharap perkara itu akan dapat ditubuhkan bagi membersihkan senarai daftar pemilih sebelum PRU13. "Perkara ini sudah semakin menular. Jika sebelum ini, hanya kedengaran di Sabah yang memberi hak warga negara kepada rakyat Filipina, namun ia telah berlaku hingga ke Semenanjung. Kerana itu, Pas memberikan memorandum yang antara lain kandungannya kami menyenaraikan beberapa petunjuk seperti bilangan daftar pemilih yang diragui asal usul mereka. "Kami juga ada memberikan satu salinan laporan polis yang dibuat oleh pasukan khas Pas di mana kami berjaya menangkap beberapa warga asing mempunyai kad pengenalan namun mereka itu sebenarnya bukan warganegara Malaysia. "Tetapi, malangnya tiada dakwaan ataupun tindakan yang dikenakan terhadap mereka oleh polis," katanya kepada media di hadapan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini. Katanya, dengan sebahagian jumlah kecil iaitu 175,388 hak warga negara yang diberikan kepada warga asing, ia bukan satu petanda yang baik khususnya kepada institusi Raja Berperlembagaan. "Kebanyakan mereka yang menerima hak warganegara adalah dari Filipina, Indonesia, Nepal, Bangladesh dan beberapa negara lain. Apa yang membimbangkan kami adalah dengan lambakan pemberian secara tidak sah sebegini, ia boleh menggugat institusi raja berperlembagaan di Malaysia yang boleh terhakis. "Perkara ini sudah pun berlaku di Nepal apabila rakyat mereka menggulingkan raja. Ada juga warga asing ini datangnya dari negara yang tidak mempunyai raja, jadi ia boleh menjadi ancaman kepada negara ini untuk satu jangka masa lanjang," katanya. |
BN Kelantan sedia manifesto khas PRU13, kata Muhyiddin Posted: 24 Apr 2012 06:22 AM PDT SINAR HARIAN Beliau berkata manifesto itu akan diperincikan dengan mengambil kira semua kehendak rakyat Kelantan, yang gagal dilaksanakan Pas sejak memerintah negeri ini pada 1990. "Kita akan bincang setiap perkara (untuk dimasukkan dalam manifesto).Manifesto ini secara hitam putihnya yang akan BN laksanakan bila menang di Kelantan. "Ini tidak seperti manifesto pembangkang yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah lakukan apa yang dijanjikan itu," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, warga pendidik, anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Noor Zahidi Omar. Kira-kira 10,000 warga pendidik, anggota Rela, SRS dan masyarakat pelbagai kaum menghadiri majlis itu. Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata terdapat sisi kosong yang boleh dimajukan di Kelantan jika BN menguasai negeri ini selaras dengan hasrat BN membawa Kelantan menjadi negeri maju bersama negeri lain dalam tempoh lapan tahun lagi. "Negara sudah berganjak menjadi negara paling pesat membangun dan kira-kira lapan tahun lagi kita akan menjadi negara maju dan semua negeri adalah sebahagian untuk bersama-sama merealisasikannya. "Ini soal bersama. Kita tidak mahu ada negeri yang ketinggalan dan sebab itu saya mahukan Kelantan bersama-sama kita yang seiring dengan aspirasi iaitu di bawah BN," katanya. Beliau berkata ramai rakyat Kelantan yang menemuinya bertanya bila pilihan raya akan diadakan kerana mereka mahu memilih BN untuk melaksanakan pembangunan dan kemajuan yang gagal dilakukan PAS. "Lihatlah apa yang berlaku sejak 21 tahun ini. Banyak masalah tanah, air, surau, pelaburan dan perniagaan yang gagal dilakukan," katanya. Beliau memuji kesungguhan Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, yang disifatkannya sebagai individu yang sangat sibuk menguruskan Kelantan semata-mata tidak mahu melihat negeri itu mundur dan membawa rakyat kembali memilih BN. Sementara itu, Muhyiddin menyelar PAS yang sanggup bersekongkol dengan individu yang sama sekali mempunyai nilai bertentangan dengan agama Islam seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk S. Ambiga. "Puak-puak ini sudah bercanggah dengan nilai Islam dan kenapa PAS mahu bersama jamaah ini. Ini jamaah songsang namanya. Jangan kerana politik kita ketepikan agama dan kerajaan BN sama sekali tidak berkompromi dengan individu begini," katanya. Beliau berkata PAS perlu sedar siapa Anwar, yang kini ditentang habis-habisan oleh rakan karibnya sendiri, yang sudah tentu mempunyai bukti jelas apa yang dilakukan pemimpin pembangkang itu selama ini. Pada majlis itu,Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM75,000 kepada Rela Kelantan, SRS Kelantan (RM50,000), Majlis Permuafakatan Guru-guru Tumpat (RM30,000) dan menaik taraf padang Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat (RM300,000).- Bernama |
Yahudi bakal kuasai 20% saham FGVH? Posted: 24 Apr 2012 06:14 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Dr Rosli Yaakub mendakwa sebuah syarikat milik Yahudi, Bunge Limited antara yang bakal menjadi 'rakan kongsi strategik' kepada Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) apabila disenaraikan di Bursa Malaysia. Menurutnya, Bunge Limited bakal memiliki saham sebesar 20 peratus di dalam syarikat tersenarai FGVHB di mana usahasama antara FGVHB dan Bunge Limited telah dimetrai pada bulan Disember 2011. "Bunge Limted adalah syarikat milik orang Yahudi di mana matlamatnya ialah ia mahu menguasai dan memonopoli," katanya ketika berucap membentangkan kertas kerja di Konvensyen Halatuju Felda di Shah Alam Ahad lalu. Tambahnya lagi, Bunge Limited adalah sebuah syarikat terkemuka di dunia yang menjalankan perniagaan 'agrobusiness' dan makanan. Kakitangan syarikat itu kata Rosli berjumlah 32 ribu orang di lebih dari 30 buah negara dan ia adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat-syarikat 'food cartel' dunia. "Setakat ini, food cartel ini belum lagi berjaya mendominasi pengeluaran dan pasaran sawit dan produk sawit. "Apabila ianya kelak menjadi rakan kongsi strategik kepada FGVHB maka Felda akan menyumbang ke arah penyempurnaan pengawalan oleh food cartel ini ke atas makanan-makanan utama dunia," sambungnya lagi. Di Argentina, Bunge Limited telah berjaya membolot 'tanah perladangan yang keluasan beratus-ratus ribu ekar di kawasan tanah subur di Pampas Plains, malah mereka juga telah berjaya menguasai ekonomi Argentina. "Akan beruntungkah peneroka-peneroka Felda dan akan selamatkah anak-anak peneroka Felda dan generasi mereka akan datang apabila satu bangsa yang tidak pernah ada belas kasihan. "Mahukah dan bersediakah peneroka Felda untuk berkongsi tanah dan kilang-kilang minyak sawit yang mereka miliki dengan Yahudi," soal beliau lagi.-harakahdaily |
Umno Sabah Telah Serah Senarai Calon PRU13 Kepada PM Posted: 24 Apr 2012 06:10 AM PDT KOTA KINABALU -- Umno Sabah telah menyerahkan senarai calonnya bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak. Menyatakan demikian, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata keputusan muktamad dalam menentukan calon yang berpotensi di setiap kawasan terletak pada Najib. "Senarai calon sudah submitted...(soal calon) itu terpulang kepada budi bicara perdana menteri (Najib) yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN)," kata Musa kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Keutuhan Tadbir Urus kerajaan negeri Sabah di Wisma Innoprise, dekat sini Selasa. Musa yang juga Ketua Menteri Sabah ditanya mengenai senarai calon parti itu susulan kenyataan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini bahawa parti komponen BN diberi masa dua minggu untuk menyerahkan senarai tersebut selepas menerima surat arahan yang mula dihantar 15 April. Terdahulu, Musa berkata mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus telah menggariskan beberapa isu yang perlu diberi perhatian termasuk pendekatan pengukuhan integriti Tahun 2012, indeks persepsi rasuah (CPI) dan usaha-usaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan.-- BERNAMA |
Rogol: Bekas imam dipenjara 15 tahun, sebatan Posted: 24 Apr 2012 06:07 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE JOHOR BAHRU: "Sebagai seorang imam, tertuduh sepatutnya tahu mengenai hukum dan tidak patut melakukan perbuatan demikian. "Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik pada masyarakat dan juga menjaga nama baik institusi yang beliau wakili," kata Hakim Mahkamah Sesyen Nua'man Mahmud Zuhudi ketika menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan ke atas bekas imam sebuah masjid kerana kesalahan merogol remaja bawah umur. Beliau memerintahkan tertuduh Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, menjalani hukuman itu bermula hari ini. Nur Akmal, 32, didapati bersalah merogol remaja perempuan itu yang ketika kejadian berumur 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, di sini pada kira-kira 3 petang, 21 Februari 2011. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Ketika menyampaikan penghakimannya, Hakim Nua'man berkata keterangan tertuduh ketika perbicaraan hanyalah bersifat penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai serta gagal menimbulkan keraguan munasabah. Nur Akmal yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun pada mulanya kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan tetapi mula menitiskan air mata ketika dipeluk anggota keluarga. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam Sukhaimi Mashud.- BERNAMA |
Pelakon Bukit Kepong temui Mohamad Sabu Posted: 24 Apr 2012 06:05 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KLANG- Media Umno menobatkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menghina pengorbanan anggota polis ekoran peritiwa Bukit Kepong. Namun, bagi pelakun filem Bukit Kepong sendiri, beliau tidak nampak itu yang dibuat oleh Mohamad bahkan kenyataan Mohamad telah memberikan implikasi baik kepada bekas-bekas polis yang selama ini terbiar. Bahkan, balu anggota polis Bukit Kepong yang selama ini terbiar menerima pencen yang tidak pernah diterimanya sejak tahun 1962. Baru-baru ini, pelakon filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Shamsudin itu, Shamsudin Baslah yang memegang watak Mata-Mata, Abdul Khadir b. Jusoh telah menyertai Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga sempat bertemu dengan Mohamad Sabu ketika beliau dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat ketika berceramah di Taman Rakyat, Sri Andalas, Klang. Bagi pemerhati politik, ia memberi tamparan hebat buat Umno BN yang kononnya memperjuangkan mangsa peristiwa Bukit Kepong.-harakahdaily |
Hadir Bersih 3.0 wajib - Tuan Guru Nik Aziz Posted: 24 Apr 2012 06:01 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KOTA BHARU-Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib. Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah). Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam. "Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini. Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam. "Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya. "Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,"ujarnya lagi. Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan. Kerana itu, tambahnya 'wajib' rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain. Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah 'haram' di sisi Islam. "Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam. "Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,"ujarnya. Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram. "Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,"ujarnya lagi.-harakahdaily |
Zahida nampak lebih tenang, terus terima sokongan rakan dan peminat Posted: 24 Apr 2012 05:57 AM PDT Berdasarkan perbualan menerusi ruang mikro Twitter sejak pagi tadi, Zahida nampak tenang berbanding semalam selepas 'melepaskan' rasa geram ke atas mesej-mesej kurang menyenangkan Hari ini dia menerima semua situasi yang telah dilemparkan kepadanya sebelum ini. Sinar Harian Online mendapati, kesemua rakan laman sosial Twitternya kini lebih cenderung kepada kata-kata yang lebih positif dan menyenangkan ramai pihak lain. Dia menjawab mesej Twitter pertama hari ini, yang diterima daripada @shah_rizal1" dengan antara lain berkata, "hi!! Morning 2 u 2 dear! Tq n have a gud day 2! Cheers!" Cindyindahouse, salah seorang rakan Twitternya yang memberi kata-kata semangat seperti akan sentiasa menyokongnya dan turut berkata bahawa semua ini pasti akan berlalu juga satu hari nanti. Dia turut meminta supaya Zahida jangan terlalu risau akan hal ini. Kata-kata seorang lagi peminatnya, yang dikenali sebagai Azrul Abu Hassan, turut memberi sokongan dan nasihat kepada Zahida, dengan antara lain berkata seperti "kamu tahu kebenarannya, dan sesungguhnya Tuhan itu bersama orang yang benar." Zahida lebih tenang dalam menjawab semua pertanyaan dari peminat-peminatnya. Dia meneruskan semangatnya untuk terus menjawab segala persoalan dan pertanyaaan dari mereka. Bukan itu sahaja, Zahida juga mendapat sokongan daripada peminatnya yang lain seperti memberi kata-kata semangat dan menyuruh supaya Zahida lebih kuat dan tabah, tidak kira apa pun yang terjadi. Tidak ketinggalan, yang turut menyokongnya juga iaitu Mutalib Hassan yang turut menghantar mesej kepadanya "assalamualaikum… dah tidur ke? Selamat malam, semoga esok ada sinar. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Harap bersabar," katanya lagi. Melalui tindak balas ini, Zahida kini nampak lebih berfikiran secara terbuka kerana dia kini sudah boleh menerima segala yang menimpa dirinya. Zahida turut memberi komen dan tindak balas yang baik terhadap peminatnya yang selalu menyokonganya dari belakang. Semalam, Zahida menegaskan, dia "tidak kisah dengan apa orang ramai" bercakap mengenai dirinya. "Saya di sini bukannya hendak memuaskan hati semua orang dan saya tidak kisah akan apa yang orang ramai buat tanggapan terhadap diri saya, kerana ini adalah kehidupan saya dan saya percaya akan Tuhan," kata Zahida. Lewat petang semalam, Shafie secara terbuka menafikan dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada Zahida sejak beberapa tahun lalu. |
PR pula yakin tawan Putrajaya, kekal Selangor Posted: 24 Apr 2012 05:52 AM PDT SHAH ALAM - Sekiranya Barisan Nasional (BN) yakin menawan Selangor dan Kedah, Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah Kerajaan Negeri sejak Mac 2008 yakin mengekalkan kuasa selain menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pihaknya berkeyakinan akan menawan Selangor adalah tidak tepat. Tengku Adnan dalam temu bual bersama Sinar Harian semalam berkata BN yakin dapat merampas semula Selangor dan Kedah dalam PRU13 berdasarkan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap perikatan itu. Beliau berkeyakinan begitu sebabpengundi di kedua-dua negeri telah menyedari kesilapan mereka dengan menyokong PR. Selangor dan Kedah adalah antara empat negeri kini dikuasai PR. Dua negeri lain ialah Kelantan dan Pulau Pinang. Mengulas lanjut, Iskandar berkata, berdasarkan pemantauan jentera PR di Selangor, arah aliran sokongan terhadap perikatan itu semakin meningkat berbanding 2008. "Kita yakin bukan sahaja Selangor dapat dipertahankan, malah Putrajaya pun mampu ditawan oleh PR dalam pilihan raya akan datang. "Ini kerana jumlah sokongan yang diterima oleh PR semikin meningkat termasuk peningkatan pengundi Cina sebanyak 80 peratus dan pengundi Melayu hampir 60 peratus," katanya kepada Sinar Harian hari ini. Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menegaskan, pembangkang gagal memberikan pembangunan dan kemudahan yang dijanjikan seperti yang dilakukan oleh BN sebelum ini. Tengku Adnan berkata, BN juga akan melaksanakan Kabinet bayangan bagi kesemua negeri yang diperintah oleh pembangkang, ia bertujuan untuk memberitahu rakyat bahawa BN bersedia untuk merampas dan memerintah negeri tersebut. Sementara itu, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim pula menegaskan kenyataan Tengku Adnan itu hanya untuk menaikkan semangat ahli BN di negeri ini sahaja. Menurutnya, situasi sebenar di Selangor adalah berbeza sekali dengan kenyataan tersebut kerana rakyat masih menyokong penuh pentadbiran PR yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Beliau terpaksa berbuat demikian untuk menaikkan semangat ahli di negeri ini, hakikatnya, kami masih berkeyakinan akan mengekalkan Selangor sekiranya PRU13 adil dan bersih," katanya. Sementara itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari pula menegaskan, sehingga kini tiada pemimpin BN Selangor yang mampu menandingi kredibiliti menteri besar. Menurutnya, hampir kesemua pemimpin BN Selangor bermasalah termasuk Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Satim Diman yang pernah dikaitkan dengan keuntungan jutaan ringgit hasil penjualan tanah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). "Umno jangan bermimpi di siang hari untuk menawan Selangor kerana negeri ini akan kekal dengan kerajaan sekarang, malah Putrajaya juga ditawan PR," katanya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik itu berkata, berdasarkan rekod semasa menteri besar telah menunjukkan komitmen tinggi memajukan negeri dan membantu rakyat. "Kesungguhan Abdul Khalid memperkenalkan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor dan Hasil Negeri Untuk Rakyat jelas mengurangkan beban dan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat," katanya. |
Bersih akan diteruskan di Dataran Merdeka Posted: 24 Apr 2012 05:49 AM PDT KUALA LUMPUR— Pergerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih hari ini mengekalkan cadangan mereka untuk meneruskan perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka dan 11 lokasi di bandar-bandar seluruh negara Sabtu ini. Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) ketika sidang media berkata mesyuarat dengan 84 pertubuhan telah mengadakan mesyuarat malam tadi dan sebulat suara untuk meneruskan ranangan mereka di Dataran Merdeka walaupun menerima ancaman daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pihak berkuasa itu bagaimanapun turut menawarkan lokasi lain, seperti stadium di Cheras, dan Titiwangsa, termasuk Stadium Merdeka bagi mengadakan perhimpunan "Duduk Bantah" mereka. "Kami sudah tidak boleh melakukan perubahan lagi. Hanya tinggal empat hari sahaja lagi dan kami tidak mahu orang ramai terkeliru," katanya. Pihak polis sebelum ini telah menolak permohonan Bersih untuk membantu menjaga lalu lintas, atas faktor keselamatan. "Polis seperti menolak Bersih bukan sahaja di Dataran Merdeka. Saya tidak pasti sekiranya mereka sudah menerima peringatan daripada Menteri Dalam Negeri yang seperti menyokong," katanya merujuk kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Bekas Presiden Majlis Peguam itu menegaskan pergerakan itu masih lagi mahu "bekerjasama dengan pihak polis dan DBKL" dan akan menulis surat kepada kedua-dua pihak tersebut untuk mengadakan perjumpaan. |
PKR Selangor Sasarkan Lebih 80,000 Sertai BERSIH 3.0 Posted: 24 Apr 2012 05:39 AM PDT SHAH ALAM : PKR Selangor dijangka akan menggerakkan lebih 80 ribu ahli dan jentera partinya menyertai himpunan BERSIH 3.0 'Duduk dan Bantah' pada Sabtu ini sebagai sokongan kepada gerakkan rakyat menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihanraya. Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata pihaknya yakin dengan penyertaan puluhan ribu dibaris hadapan mengemudi kemaraan rakyat akan berjalan secara secara aman sepertimana kejayaan himpunan BEBAS ANWAR 901 lepas. "Saya berasa amat yakin dengan tahap disiplin dan prinsip perjuangan yang jitu dari kalangan anggota kami, penyertaan ini akan menjadikan BERSIH 3.0 sebagai satu lagi medan kepada jentera dan ahli parti untuk berhimpun dalam menghadapi PRU 13 yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi,"ujarnya. Sejak akhir-akhir ini, politik negara sering memperlihatkan kerakusan kerajaan mengunakan segala kekuatannya untuk mengekang kebebasan rakyat bagi memastikan BN terus kekal berkuasa. Dalam masa yang sama, Negara juga diperlihatkan dengan pelbagai episod ketirisan, salahguna kuasa dan penyelewengan dana rakyat oleh pemimpin kerajaan. Menurut Shuhaimi, tindakan kerajaan negeri Selangor untuk tidak menyertai pilihanraya negeri ketika pilihanraya umum akan datang sebagai suatu langkah yang tepat dan wajar ekoran terdapat beberapa keraguan yang membimbangkan berhubung daftar pemilih di Selangor. Kini, suasana semakin membimbangkan apabila Kerajaan menerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meluluskan Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang diluluskan Dewan Rakyat dengan mempersembahkan beberapa perubahan yang menimbulkan keraguan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat serta rakyat yang inginkan ketelusan pilihanraya. Justeru, Shuhaimi melihat kronologi ini sebagai suatu yang membimbangkan dan sudah tiba masanya untuk kerajaan bertemu dengan gerombolan rakyat yang inginkan perubahan dan hak mereka. "Mungkin telah tiba masanya agar 'buku bertemu ruas' digunakan supaya maruah rakyat dikembalikan. Jangan sampai SPR di humban ke dalam api kemarahan rakyat di jalanraya! Waktu itu 'jalanraya' yang banyak 'mengajar pimpinan kuku besi dalam sejarah dunia' wajar dipertimbangkan sebagai pilihan akhir,"jelasnya melalui kenyataan media. |
Tiada Tokoh Umno Yang Boleh Tandingi MB Selangor Posted: 24 Apr 2012 05:36 AM PDT SHAH ALAM :Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menunjukkan komitmen tinggi memajukan negeri dan membantu rakyat yang berwibawa, berjiwa rakyat yang amat telus dalam pengurusan sekaligus meyakinkan rakyat terhadapnya di mana simpanan tunai kerajaan negeri turut meningkat dari RM 400 juta kepada RM 1.9 bilion Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Yaakob Sapari dalam kenyataannya berkata kesungguhan Abdul Khalid membantu rakyat dengan memperkenalkan pelbagai bantuan termasuk agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor" dan "Hasil Negeri Untuk Rakyat" jelas telah mengurangkan beban dan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Sehingga kini, RM 600 juta telah dibelanjakan untuk manfaat semua golongan. "Empat tahun Tan Sri berada di sini, kejayaan demi kejayaan telah dicapai sebagaimana kejayaan-kejayaan yang pernah dilakukannya semasa memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan GUTHRIE", menurut beliau. Tambah Dr Yaakob, perkara ini dibuktikan apabila Abdul Khalid telah dianugerahkan sebagai CEO Malaysia terbaik tahun 1997 oleh Majalah Business Times. "Pada saya, pemimpin Umno Selangor, hampir semuanya bermasalah. Ketua Pembangkang Umno, Satim Diman pernah dikaitkan dengan keuntungan jutaan ringgit hasil penjualan tanah PKPS kepada PKNS. Sementara itu,Setiausaha Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, telah digugurkan dari kabinet kerana terlibat dengan rasuah dalam pemilihan Umno. Dr.Khir pula dengan kes tanah dan rumah banglonya. Jelas, tiada tokoh dalam Umno yang mampu membawa perubahan", tegas Yaakob. Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menempelak Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar yang seringkali mengeluarkan hujah yang dangkal dan tanpa fakta. " Noh gagal dalam semua perkara. Pegang Kementerian Usahawan dan Koperasi, kementerian ditutup. Pegang Kementerian Pertanian, tiada apa yang hendak dibanggakan oleh para petani malah dana RM110 juta untuk bantuan subsidi harga padi lesap dalam kementerian beliau", kata Yaakob. Menurut Yaakob, Umno jangan bermimpi di siang hari untuk menawan Selangor. "Bersungguh-sungguh mahu menawan Selangor kononnya. Silap-silap, Selangor kekal dengan kerajaan sekarang, malah Putrajaya pula ditawan Pakatan Rakyat", ujar Yaakob secara sinis. |
Tian Chua: Umno-BN – DBKL Main Wayang Isu Dataran Merdeka Posted: 24 Apr 2012 05:29 AM PDT SHAH ALAM: Percanggahan pandangan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berhubung lokasi penganjuran BERSIH 3.0 jelas menunjukkan pihak berkenaan cuba 'bermain wayang' dalam usaha menggagalkan himpunan berkenaan daripada berlangsung di Dataran Merdeka. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua melihat tindakan 'bermain wayang' ini menunjukkan sifat 'talam dua muka' kedua-dua pihak yang terus menerus mengelirukan rakyat supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan. "Saya dapati kerajaan bukan sahaja tidak ingin melihat perhimpunan ini berjaya dilaksanakan tetapi juga kerajaan tidak mempunyai komitmen untuk membersihkan pilihanraya," katanya. Sebelum ini, Hishammuddin dalam kenyataan yang dilaporkan media menyebut himpunan 'Duduk dan Bantah' tidak dilihat sebagai satu ancaman manakala pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meminta pihak Bersih mengubah lokasi himpunan ke tiga buah stadium yang ditawarkan iaitu Stadium Badminton dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras serta Stadium Titiwangsa di Taman Tasik Titiwangsa. Tian Chua menambah, parti-parti politik menyatakan sokongan terhadap perhimpunan BERSIH 3.0 dan cuba membantu secara 'all out' dari segi mobilisasi agar semua pihak hadir bersama menyatakan sokongan terhadap isu yang dibawa. Jelas beliau, semua ahli PKR yang akan hadir pada Sabtu ini bukan sebagai ahli parti sebaliknya kehadiran mereka sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan mahukan pilihanraya berlangsung secara bersih. "Respon yang diterima daripada rakyat sangat hebat sekali. Saya yakin kehadiran kali ini bukan sahaja ramai malah kita akan menyaksikan pelbagai latar belakang termasuk mereka yang tidak menyertai mana-mana parti politik akan turut serta," katanya. Perhimpunan BERSIH 3.0 'Duduk Bantah' pada Sabtu ini mensasarkan kehadiran 500,000 orang penyokong selain penyertaan Himpunan Hijau Stop Lynas, Save Malaysia yang turut berkumpul di Dataran Merdeka. |
Adun Umno didakwa beri IC pada warga asing Posted: 23 Apr 2012 10:29 PM PDT Oleh: Masdar Wahid KUALA LUMPUR: Umno didakwa memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing dipercayai bagi menarik undi mereka dalam pilihan raya akan datang. Abu Talib Abdul Rahman, 28 yang memegang status pemastautin sementara mendedahkan, kumpulan warga asing dalam DUN Paya Jaras, Sungai Buluh Selangor, diberikan kad pengenalan secara mudah dengan bantuan Umno kawasan itu. Beliau mendakwa, komplot sejak setahun lalu itu didalangi Adun Umno, Datuk Ir Bushro Mat Johor yang menang tipis pada PRU 2008. "Saya menerima bukti dari warga Kemboja bahawa mereka mendapat status kewarganegaraan 'segera' dari Umno dan saya cuba mendapatkan kepastian termasuk dari Adun Paya Jaras sendiri. "Saya turut ditawarkan oleh YB ini, namun saya tolak kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang. Saya boleh jadi warganegara jika saya mahu, namun enggan kerana berpendapat cara ini salah," katanya ketika datang ke pejabat Suara Keadilan. Abu talib berkata, beliau memohon menjadi warganegara Malaysia sejak 2002 dan sepanjang tempoh itu, beliau berulang alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun permohonannya gagal. Beliau hanya diberi kad pengenalan yang memiliki tarikh luput di mana ia hanya akan diperbaharui menurut budi bicara JPN. Berdasarkan rekod, tiga adik beradiknya yang lain adalah warganegara Malaysia dan beliau menjadi pemastautin tetap selepas kad pengenalannya hilang ketika berusia 15 tahun. "Selepas saya merujuk kepada JPN, mereka memberi alasan sama, tunggu sahaja pengumuman dari kerajaan," kata ayah kepada lima anak ini. Ekoran itu, beliau berdepan pelbagai kesukaran termasuk anak-anaknya dinafi bantuan walaupun mereka warganegara Malaysia. Katanya, beliau juga bertukar kerja sebanyak lima kali dan pernah menganggur selama dua tahun, selain bantuan zakat turut dinafikan kerajaan. "Kalau saya ikut cara Umno untuk mendapatkan kad pengenalan, sia-sia sahaja usaha saya selama ini turun-naik ke pejabat JPN untuk memohon kewarganegaraan," katanya kesal. |
Nalla serah pita video bukti kes saman Anwar Posted: 23 Apr 2012 10:11 PM PDT SINAR HARIAN Beliau menyerahkan pita itu kepada Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kira-kira 2 petang. "Saya sudah bagi pita video itu kepada peguam saya sebagai bukti dalam kes saman ini. Apa jua bukti yang saya ada, saya sudah beri pada peguam saya. Saya mahu mereka tayangkan video itu di mahkamah. Biar mahkamah yang putuskan," katanya. Beliau, bagaimanapun, enggan mendedahkan kandungan pita video itu. "Saya akan berpegang teguh kepada fakta saya, saya tidak akan melarikan diri. Saya sudahpun memberi bukti kepada peguam saya. Saya kini menunggu untuk memberitahu perkara sebenar kepada mahkamah," katanya. Beliau juga mahu kes itu didengar secepat mungkin di mahkamah. Pada 26 Mac, Ketua Pembangkang itu memfailkan saman terhadap Nallakaruppan berhubung perkataan-perkataan yang mencemarkan nama baiknya melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac. Beliau turut menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga. Anwar mendakwa perkataan-perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat. - Bernama |
DBKL rampas khemah, usir aktivis dari Dataran Merdeka Posted: 23 Apr 2012 10:05 PM PDT Kumpulan aktivis berkenaan mendakwa, pegawai DBKL datang pada jam 6.15 pagi ketika mereka sedang tidur dan merampas kesemua peralatan perkhemahan mereka. "DBKL datang pukul 6.15pagi ketika semua occupiers sedang tidur dan merampas semua barang termasuk khemah. "DBKL memagar kawasan perkhemahan dan menghalau semua occupiers keluar dari kawasan," kata pergerakan itu di laman Twitter, @occupydataran. Dua hari lalu, pegawai DBKL bersama sepasukan anggota polis telah merampas khemah dan menahan dua aktivis. Seorang daripada mereka telah didakwa di mahkamah semalam atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. "Ye, memang itu yang berlaku. DBKL datang ketika kami sedang tidur dan merampas peralatan kami. "Mereka sekarang sedang menghalau semua orang. Saya dalam perjalanan ke dataran untuk mendapatkan maklumat lanjut," kata penganjur Occupy Dataran, Aruna Sena, kepada The Malaysian Insider. Occupy Dataran memperjuangkan ruang demokrasi uuntuk masyarakat. Tapak perkhemahan itu turut dikongsi aktivis mahasiswa yang menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun mereka telah diarahkan mengosongkan kawasan berkenaan untuk program Konsert Diraja. |
Posted: 23 Apr 2012 10:03 PM PDT Apabila Pakatan Rakyat menjanjikan untuk menghapuskan PTPTN, hapuskan tol, gaji minimum RM1,100.00, menurun harga minyak, mengekalkan subsidi. Maka terdapat suara-suara sumbang mengatakan negara akan bankrap, termasuklah dari kalangan pensyarah. Apa yang pelik semua yang dilakukan oleh kerajaan BN tidak berani ditegur walaupun memudaratkan ekonomi negara dan membankrapkan negara walaupun mengenepikan prinsip ketelusan. Sebenarnya taktik pemimpin BN bermodalkan bankrap supaya rakyat lupa bahawa negara akan menjadi bankrap, kerana rekod pemerintahan Umno seperti barah di peringkat empat. Apa tidaknya, hutang negara 53 peratus, paras bahaya ialah 55 peratus. Hutang negara melonjak dari RM146 bilion pada tahun 2002, RM242 bilion (2006) dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011. Wang Felda susut daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Saham Bumiputera RM52 bilion lesap, Stadium Terengganu berharga RM292 juta runtuh, walaupun hanya setahun dibina, upah Apco Yahudi Israel RM77 juta setahun, RM589 juta hutang bekas Pengerusi Eksekutif MAS Tan Sri Tajudin Ramli dihapus kira, projek NFC RM250 juta. Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan berlaku ketirisan RM28 bilion, laporan Ketua Audit Negara 2006 melaporkan Kementerian Pertahanan membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) tanpa ada baucar. Ini bukti bahawa negara akan bankrap jika BN terus berkuasa. Sedangkan tawaran PR untuk membantu rakyat dengan kita memerangi rasuah, perbelanjaan berhemah insya-Allah negara selamat, rakyat mendapat rahmat. Idris Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat |
NC UTM: Pendidikan percuma boleh Jejas kualiti mahasiswa Posted: 23 Apr 2012 10:01 PM PDT JOHOR BAHRU - Seluruh mahasiswa di negara ini khususnya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diseru agar memahami konsep perjalanan dan pentadbiran sesebuah kerajaan berhubung pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) sementara ada pelajar menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang berkata, Malaysia masih menggunakan modul yang tidak banyak dilaksanakan oleh negara-negara lain di mana sebuah negara menampung hampir 95 peratus yuran pengajian di IPT awam. "Pengajian tinggi percuma akan menjejaskan kualiti pembelajaran penuntut kerana mereka tidak mempunyai komitmen membayar balik yuran selain tiada persaingan untuk mendapatkan keputusan cemerlang. "Jadi kita nak ada elemen persaingan di mana hanya mahasiswa tertentu sahaja yang kita berikan biasiswa. "Kita dapati dalam beberapa negara yang menyediakan perkhidmatan pendidikan percuma kepada pengajian tinggi secara total, tidak menunjukkan peningkatan dari segi kualiti pengajian tinggi itu sendiri," katanya ketika sidang akhbar selepas membubarkan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM berikutan tempoh pelantikan tamat 20 Februari lalu di Dewan Senat UTM, di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu pemansuhan pinjaman PTPTN yang dilakukan oleh segelintir mahasiswa di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Selain itu, Zaini turut mengingatkan golongan mahasiswa supaya tidak menjadi alat dan dikawal oleh pengaruh-pengaruh di luar kampus sekali gus memberi pandangan dalam sesuatu hal secara rasional. "Saya dapati tradisi kita bukanlah tradisi jerit-jerit di tepi jalan. Tradisi yang hendak kita wujudkan dalam masyarakat menerusi kampus yang berdaya maju, kompetitif adalah mahasiswa yang memberi pandangan secara rasional menerusi berdebat. "Golongan ini akan mengadakan saluran yang sesuai dan tidak diekori serta dipatungkan oleh kepentingan-kepentingan lain di luar kampus. Jika mahu buat sesuatu mesti menerusi daya fikir dan inisiatif sendiri tanpa ada elemen dipengaruhi sentimen luar," katanya. Mengenai pembubaran MPP UTM, Zaini berkata, pihaknya kini menubuhkan Rakan Hal Ehwal Mahasiswa (Rakan Hema) bagi mewakili kepentingan mahasiswa untuk tempoh empat bulan sebelum lantikan MPP baru dilakukan September depan. Katanya, Rakan Hema dianggotai 16 penuntut yang bergiat aktif membantu hal ehwal mahasiswa dan menjaga kebajikan mereka. "Pilihan raya MPP tidak dapat diadakan sebaik sahaja tempohnya tamat berikutan perubahan sistem pembelajaran yang menyebabkan perbezaan waktu cuti antara penuntut diploma dan sarjana muda," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan