Biaqpila |
- 3 PERKARA TENTANG BERSIH 3
- LIVE: Navibank Sai Gon - Kelantan FC
- Fokus Dataran Merdeka, Aziz harus letak jawatan
- BRAHING ALI YANG SAKIT OTAK SEBENAQNYA
- Gangguan Makhlus Halus Dipercayai Punca Pelajar UPSI Terjun Bangunan
Posted: 24 Apr 2012 06:23 AM PDT 1.Nik Aziz: Hadir BERSIH wajib "Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.-MKINI 2.Menteri ulangi, BERSIH 3.0 tak gugat keselamatan Kementerian Dalam Negeri hari ini membenarkan sebarang perhimpunan aman pada masa akan datang termasuk Bersih 3.0 yang akan dianjurkan di ibu negara pada 28 April ini kerana ia dianggap sebagai tidak menggugat keselamatan negara.-MKINI 3.HSBC nafi halang k'tangan hadiri BERSIH HSBC Bank Malaysia Bhd telah menafikan mengeluarkan sebarang memorandum kepada kakitangannya melarang mereka daripada menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu ini.-MKINI APA LAGI,PAKAT TURUN RAMAI2 SABTU INI 28/4/12 KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
LIVE: Navibank Sai Gon - Kelantan FC Posted: 24 Apr 2012 04:54 AM PDT PERLAWANAN TAMAT: NAVIBANK 1 - 2 KELANTAN Live Streaming Video Football : AFC Cup Tuesday (24 April) 19:00 (GMT +8) Untuk link yang lain sila ke: http://view.my/bola KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Fokus Dataran Merdeka, Aziz harus letak jawatan Posted: 24 Apr 2012 12:00 AM PDT 1. SAMM telah selesai siri jelajah seluruh Semenanjung Malaysia bertemu secara terus dengan aktivis SAMM akar umbi serta aktivis organisasi sekutu jadual terakhir atas nama Jelajah Anak Muda (SAMM) - BERSIH 3.0 yang terakhir akan diadakan di Jalan Berserah, Kuantan pada 26 April ini. Dalam siri jelajah ini ternyata sambutan rakyat dan respon agak luar biasa. Contohnya di Pontian (Kampung Ketua Penerangan UMNO Pusat) tanpa nama besar tetapi telah berjaya menarik lebih 2000 orang tempatan untuk hadir bersama. Program jelajah SAMM punya tiga elemen penting iaitu pertemuan tertutup, edaran risalah dan Ceramah umum. Hasil positif dan memberansangkan setakat ini membayangkan lautan manusia hadir bersama pada 28 April 2012. Pertemuan tertutup bukan sekadar dengan anggota SAMM tetapi ada beberapa peringkat pertemuan turut melibatkan rakan-rakan organisasi sekutu ke arah memaksimakan mobilisasi ke BERSIH 3.0. Himpunan Ceramah umum Jelajah SAMM - BERSIH 3.0 mendapat sambutan hebat di perbagai tempat kehadiran antara 1000 - 5000 orang. 2. PRU akan datang akan menjadi PRU paling kotor dalam sejarah, perbagai penipuan telah didedahkan. Ternyata SPR akan memainkan peranan jahat selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Untuk itu tuntutan SAMM sebelum PRU ialah bersihkan senarai pemilih dan proses menangani kepincangan SPR ini harus bermula dengan desakan Abdul Aziz bin Mohd Yusof (gambar kanan) harus meletakkan jawatan. Ternyata dalam banyak perkara beliau dan beberapa anggota SPR bermain politik, jika mereka ingin jadi orang politik maka dicabar letak saja jawatan dan jadi calon BN di mana-mana saja pasti ada rakyat yang bersedia berdepan dengannya dalam sistem demokrasi secara anak jantan. 3. SAMM dengan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 28 April 2012, bermula jam 2 petang bagi menunjukkan kuasa rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses pilihanraya dengan membersihkan senarai pemilih. Telah diumumkan juga beberapa lokasi lain perhimpunan namun bagi SAMM dalam negara seharusnya di Malaysia mobilisasi ditumpukan ke dataran Merdeka sahaja kecuali Sarawak di Kuching dan Sabah di Kota Kinabalu. Ini kerana jika bertumpu kepada Dataran Merdeka sahaja maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan tidak memustahilkan sasaran BERSIH 3.0 seramai 500,000 orang. 4. Himpunan kali ini perlu dilihat dengan serius dan perlu disertai semua. Sikap SPR dan ditambah dengan beberapa pindaan mengarut kononnya atas nama reformasi proses PRU akan melengkapkan lagi penipuan bagi memenangkan regim penguasa. 28 April semua wajib turun. SAMM berpendapat jika PRU dilakukan dengan kendalian pasukan SPR yang sama serta tanpa pembersihan senarai pemilih maka PR akan hilang kerusi malah negeri yang ditadbirnya. Kerana itu Yang Berhormat - Yang Berhormat perlu lebih serius, jika angka tidak menjangkau ratusan ribu berkumpul maka bersedialah untuk membawa kotak ke pejabat masing-masing dan mula bungkus barang, anda semua akan kalah bukan kerana tidak mendapat sokongan tetapi akan ditipu dalam proses PRU pincang. Maka semua YB-YB (bukan BN) kini kamu semua tidak ada selain bersama dalam menggerakkan penyokong turut sama ke Dataran Merdeka. Setiap YB wajib membawa sekurang kurangnya 1000 orang ke Dataran Merdeka 28 April nanti. Jangan nanti lepas PRU baru nak merengek persoalan ditipu SPR, sekarang ini gembeleng tenaga ke jalan raya sebelum pilihanraya. 5. Respon kepada halangan DBKL, SAMM menyeru supaya diabaikan respon mengarut tersebut. Ramai pasti tertawa dengan alasan Dataran Merdeka bukan tempat berhimpun dan hanya untuk aktiviti peringkat nasional. DBKL keliru atau sengaja ingin mengelirukan tidak pasti kerana sambutan kemerdekaan dan lain-lain itukan perhimpunan di lokasi sama dan BERSIH bukan sekadar acara peringkat nasional tetapi internasional kerana turut diadakan himpunan di puluhan bandar lain seluruh dunia serentak dengan maksud yang sama. SAMM bersimpati dengan DBKL yang diperkuda regim penguasa. Semua harus sedar DBKL hanyalah sebahagian dari aparat regim yang diperkudakan untuk regim yang menguasai negara dengan pilihanraya pincang ini untuk terus kekal kuasa. SAMM menggesa, hanya ada satu himpunan BERSIH 3.0 iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan. 6. Regim sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini. Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan BERSIH. Oleh kerana Najib terpaksa untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini. Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan BERSIH 3.0 bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk punya pilihanraya bebas, bersih dan adil. Jika jumlahnya besar pasti regim penguasa terpaksa sedikit beransur dan mengubah beberapa perkara dalam pengendalian PRU tetapi jika kurang regim akan segera membuat PRU dalam keadaan penuh penipuan. 7. Tuntutan rakyat kali jelas, kepincangan PRU harus segera diperbetulkan, senarai pemilih dibersihkan dan ia harus dimulakan dengan pemecatan Aziz selaku ketua SPR kerana dia memainkan peranan ke arah mempersiapkan proses PRU dan daftar pemilih kotor. Tuntutan jelas dan harus ditunaikan. SAMM tidak menolak kemungkinan puluhan ribu rakyat akan terus duduk dan berkhemah di Kuala Lumpur sehingga tuntutan dipenuhi. 8. Semua termasuk polis juga harus tenang, SAMM masih menyokong pendirian sebarang pertukaran kerajaan harus berlaku dalam proses pilihanraya untuk kestabilan dan masa depan negara. Namun rakyat diseru turun beramai-ramai kali ini adalah untuk menuntut supaya proses pilihanraya dibersihkan. SAMM sendiri sedia menurunkan 200 marshal terlatih dan berpengalaman dalam mengendalikan perbagai demonstrasi termasuk dua himpunan BERSIH yang lepas di mana SAMM antara yang memainkan peranan utama. 9. Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula telah membangkitkan tekanan dalam dan luar negara menyebabkan Najib terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi membetulkan proses pilihanraya. Dengan tertubuhnya jawatankuasa tersebut maka secara langsung Najib mengakui sememangnya proses pilihanraya negara ada kepincangan. Namun malangnya sudahlah peranan wakil bukan BN dinafikan untuk punya laporan hasil kerja mereka, malah pengakuan kepincangan tidak ada satu ditangani dengan pindaan undang-undang pilihanraya yang diluluskan baru-baru ini. Rakyat perlu bangkit melawan penipuan ini. 28 April 2012, 2 petang, Dataran Merdeka - Sekali lagi diingatkan SAMM tidak menolak kemungkinan akan ada ribuan rakyat akan duduk paling tidak sehingga tuntutan Pengerusi SPR letak jawatan. *Kenyataan media oleh che'GuBard selaku pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
BRAHING ALI YANG SAKIT OTAK SEBENAQNYA Posted: 23 Apr 2012 08:00 PM PDT DEY MACHA!!! SAKIT KE PUKUL GAMBAQ? KAH! KAH! KAH! RUPANYA BRAHING ALI YANG SAKIT OTAK DOK TIBAI GAMBAQ ANWAR GAMBAQ TU TAK SAKIT TAPI BRAHING ALI YANG NAMPAK SAKIT SAKIT HATI SAKIT OTAK SEMUA ADA KAH! KAH! KAH! Ibrahim: Pemimpin BERSIH 'otak tak berapa sihat' Ahmad Fadli KC 4:49PM Apr 23, 2012 Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 bersifat "otak tidak berapa sihat" kerana berkeras untuk mengadakan acara tersebut di Dataran Merdeka walau ditawarkan lokasi alternatif. Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Ibrahim berkata golongan itu juga bersikap "degil" kerana mahu melanggar undang-undang dengan berbuat demikian. "Otak mereka tak berapa sihat. Orang yang suka melanggar undang-undang dan degil ini otak tak berapa bersih. "Inilah yang dikata diberi betis nak paha," katanya lagi. Tambahnya, penganjur berkenaan sepatutnya mematuhi dan menghormati keterbukaan kerajaan yang membenarkan perhimpunan tersebut diadakan. Dalam pada itu beliau turut mengumumkan bahawa PERKASA juga akan mengadakan satu perhimpunan untuk menunjukkan taat setia kepada Raja-Raja Melayu pada 29 April. Perhimpunan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 itu akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. "Perhimpunan ini diadakan untuk tunjukkan taat setia kepada Raja-Raja Melayu khusunya Duli Yang maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. "Ia juga diadakan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong," katanya. Bercakap lanjut, Ibrahim berkata himpunan itu juga adalah manifestasi usaha mempertahankan Perlembagaan Persekutuan melalui pemerkasaan institusi Raja-Raja Melayu. Bagaimanapun katanya, perhimpunan ini tetap terbuka kepada kaum-kaum lain. Menurutnya lagi, perhimpunan itu akan menampilkan ucapan beberapa tokoh terkemuka sebagai pengisian program. Ia dijangka bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12 atau 1 tengahari pada hari yang sama. Ibrahim bagaimanapun enggan mendedahkan nama mereka dan akan mengumumkannya kemudian untuk 'kejutan.' Menurutnya, di akhir himpunan itu, satu perisytiharan taat setia akan dibuat untuk diserahkan kepada Raja-Raja Melayu setiap negeri. "Di hujung himpunan, kita akan zahirkan satu deklarasi (dinamakan) '7 Jamadilakhir 1433 Hijrah' untuk tunjukkan taat setia rakyat pertahan sistem raja berperlembagaan," katanya. Deklarasi itu kemudiannya akan disampaikan Yang Dipertua Perkasa setiap negeri kepada raja-raja mereka, katanya.-MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Gangguan Makhlus Halus Dipercayai Punca Pelajar UPSI Terjun Bangunan Posted: 23 Apr 2012 05:38 PM PDT Pada 21 April 2012 lalu, kita dikejutkan dengan berita seorang penuntut perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah terjun dari bangunan dan maut. Salah satu puncanya kenapa Fatimah Mina Md Juferi melakukan perbuatan itu ialah beliau dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, sehingga maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu. Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin. "Malah, saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis," katanya yang dihubungi semalam. Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya. "Kebelakangan ini arwah kelihatan murung dan suka menyendiri," kata Noralis Mohamad, 22, rakan sekelas Fatima Mina. Menurutnya, dia tidak mengetahui punca arwah murung dan dilihat sudah berlarutan sejak beberapa semester. "Arwah juga menjadi semakin pendiam apabila masuk semester empat dan pernah bertanya kepada arwah tentang masalah yang dihadapinya, tetapi dia hanya membisu sahaja. "Semasa tahun pertama pengajian dia kelihatan ceria seperti pelajar lain dan difahamkan masalah yang dihadapinya berkaitan keluarga," katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Kampung Jeram Bukit Batu, Bakri, di sini, semalam. Seorang lagi rakannya, Munira Mamud, 21, berkata, rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) di UPSI menunjukkan arwah memasuki lif ke tingkat lima blok bangunan kuliah pada kira-kira jam 5.15 petang kelmarin secara bersendirian. Menurutnya, insiden itu turut disedari seorang pelajar yang kebetulan sedang menghadapi peperiksaan di dalam dewan di situ dan mahu ke tandas lalu terlihat satu objek melayang dan jatuh ke atas ruang pejalan kaki. "Pelajart terbabit memaklumkan kepada pensyarah yang kemudian menghubungi ambulans. "Beberapa pelajar yang berada di lokasi sempat mengajar mengucap ketika arwah masih bernafas," katanya. Munira berkata, Fatima Mina juga menunjukkan perubahan ketara beberapa hari sebelum kejadian seperti tidak mempedulikan orang yang bercakap dengannya. Sementara itu, bapa saudara mangsa Iskandar Ali, 40-an, berkata, anak saudaranya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika kali terakhir mereka bertemu dua minggu lalu. "Arwah seorang yang rapat dengan adik-beradiknya yang lain," katanya. Anak kedua daripada empat beradik itu merupakan penuntut semester empat Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 6, tengah hari semalam. celahgelegar KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan