Selasa, 24 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Kemas Kini] Isu Kad Pengenalan Pemastautin Sementara: Penjelasan JPN

Posted: 24 Apr 2012 07:23 AM PDT

Aduhai, kantoi!

TM baru menyentuh soal kad pengenalan Pemastautin Sementara petang tadi. Anda boleh baca di sini

Pertama: JPN mendakwa kad yang tersebar di Facebook dan di blog itu adalah kad pengenalan versi lama (2001). Maknanya kad tersebut dikeluarkan sebelum tahun 2010. Kad MyKas yang berwarna hijau mula dikeluarkan kepada Pemastautin Sementara mulai tahun 2010. Besar kemungkinan, kad yang tarikh luputnya 2013 dikeluarkan pada tahun 2009. Namun berdasarkan keadaan kadnya yang cantik dan kelihatan baru, agak sukar dipercayai kad itu dikeluarkan empat tahun lalu. Kalau dilihat pada keadaannya, kad itu seperti berusia kurang daripada setahun. Lainlah jika pemilik kad itu hanya menyimpan kad itu di rumah.

Kedua: Jika benar kad yang didakwa sesetengah pihak itu diberi kepada warga Burma, namun tertera status sebagai Pemastautin Sementara, maka dengan jelas JPN melanggar peraturan kerana kad pengenalan Pemastautin Sementara atau MyKas hanya diberi kepada individu yang dilahirkan di Malaysia namun mempunyai rekod kelahiran yang meragukan. Hal ini ada dijelaskan di sini.

Ketiga: Semakan yang dibuat beberapa pihak mendapati pemegang kad pengenalan yang tersebar itu tidak tersenarai dalam Daftar Pemilih. Berdasarkan penjelasan JPN sebelum ini, pemegang kad Pemastautin Sementara dan Pemastautin Tetap (MyPR) tidak boleh mengundi kerana mereka berstatus bukan warganegara. Hal ini ditegaskan oleh JPN di sini. Namun, bagaimana ada pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara di Sabah boleh didaftarkan dalam Daftar Pemilih SPR? Hal ini telah dibuktikan di sini. Mengapa SPR memasukkan nama pemegang kad pengenalan ini dalam Daftar Pemilih?.

Berdasarkan putar belit JPN dan SPR, maka sudah jelas rakyat Malaysia yang mahu sebuah pilihan raya yang adil dan saksama perlu menyatakan sokongan kepada tuntutan BERSIH. 

Ayuh,  mari kita sertai BERSIH 3.0! -DCM


Dua orang tokoh ini menunggu anda!


[Video] Kenyataan Bodoh: "Bawa kes Scorpene ke Perancis mahu kucar-kacir negara"

Posted: 24 Apr 2012 06:00 AM PDT


Saya sangat-sangat bersetuju dengan kenyataan Che Det  bahawa Umno sudah berpuluh tahun tidak disertai orang pandai sebaliknya mereka memilih PAS dan parti PR yang lain. Oleh sebab tiada kemasukan cerdik pandai, maka mentaliti pemimpin parti adakalanya sangat menyedihkan. 

 Datuk Fauzi Abdul Rahman ada menyentuh hal ini dalam satu ceramah. Katanya, "Dr Mahathir sendiri mengatakan Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS sehingga akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya.

"Dr Mahathir akui sejak zamannya Umno tidak memberi peluang kepada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

"Habis sekarang ni siapa yang ada dalam Umno? Ikut kata-kata Dr Mahathir orang cerdik pandai tak masuk Umno. Yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan pintar masuk DAP. Tapi yang samseng masuk Umno," katanya seperti dipetik oleh Harakah Daily.

 Bukan setakat ketandusan calon untuk PRU, malah pemimpin yang ada gagal mengeluarkan hujah yang bernas ketika menjawab sesuatu isu. Buktinya, cuba baca kenyataan SU Agung UMNO seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Kini. Kata Tengku Adnan Mansor, tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung dengan pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.

"Dia nak kucar-kacirkan negara. Dia akan keluar macam-macam untuk malukan orang dan nak fitnah.

"Mereka tak ada kerja. Kalau macam kita ini, kerja 24 jam," kata Tengku Adnan.

Apa kaitannya dengan negara? Tindakan SUARAM itu bukannya mengucar-kacirkan negara, tetapi bakal mengucar-kacir pihak yang terlibat dalam urusan pembelian Scorpene. Rasanya, rakyat Malaysia yang waras boleh memikirkan akibat tindakan SUARAM itu. Entah bagaimana Tengku Adnan boleh mengeluarkan kenyataan begitu. Kalau mahu melindungi tuannya sekalipun, carilah kenyataan yang tidak merendahkan tahap IQnya.
 
Apabila membaca kenyataan bodoh ini, kita tentu teringat akan kenyataan Sharizat ketika mula-mula kantoi dengan isu lembu NFC dahulu. Tanpa segan silu, dia menuduh pihak PKR cuba menjatuhkan Wanita UMNO. Terpekik terlolong dia menggunakan nama Wanita UMNO untuk melindungi diri dan keluarga daripada skandal itu.

Apa kaitan projek Lembu keluarga Sharizat dengan Wanita UMNO, samalah juga kaitan perbicaraan Skandal Scorpene dengan keharmonian negara?  -DCM

Sila tonton video di bawah ini:



P/s: Dari satu segi, kita bersetuju dengan kenyataan Che Det, namun dari satu segi lain, pemimpin partinya cukup bijak meratah duit rakyat dengan pelbagai cara!



Susulan Kes Sriwani Choo, Hujah Isu DNA 25 Mei

Posted: 24 Apr 2012 05:00 AM PDT


[SH] KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 19 Jun ini untuk memberi keputusan sama ada pengusaha kosmetik, Sri Wani Abdullah perlu menjalani pemeriksaan jantina atau tidak.

Pendaftar Mahkamah Nurul Wazeera Ahmad Dahlan menetapkan tarikh itu berikutan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan yang menghakimi kes berkenaan berada di luar daerah atas urusan rasmi.

Sri Wani yang berpakaian sedondon merah jambu hadir ditemani ibu saudaranya Connie Chee, 47, dan peguam syarie  Boestaman Ahmad.

Mereka dilihat masuk ke pejebat pendaftar pada jam 9 pagi dan beredar kira-kira setengah jam kemudian.

Bagaimanapun, suaminya Bahrom Sunagi, 61, dan peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid tidak kelihatan di mahkamah hari ini.

Sri Wani berkata, prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk keputusan mahkamah sama ada dia perlu menjalani ujian jantina atau tidak.

"Saya ada dapat mesej mahkamah Jumaat lepas yang menyatakan prosiding hari ini tangguh. Saya datang ke mahkamah untuk proses wakalah iaitu melantik peguam untuk mewakili saya dalam kes ini," katanya.

Sri Wani berharap media memahami situasinya ekoran Bahrom turut memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalangnya dari mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes terbabit.

Sementara itu, Boestaman memberitahu, mahkamah menetapkan 25 Mei untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujahan akhir berkaitan isu ujian DNA yang difailkan Bahrom.

Sri Wani, 37, menjadi tarikan umum apabila suaminya, bekas dekan universiti memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan kerana mendakwa dia lelaki.

Bahrom turut memohon mahkamah memerintahkan DNA dijalankan bagi mengesahkan jantina isteri ketiganya itu, yang dinikahi pada 19 Ogos 2009.

Susulan itu, Sri Wani memfailkan bantahan awal dengan alasan dia dianiaya.

Sri Wani turut memfailkan injunksi 'ex parte' (sebelah pihak) terhadap dua madunya agar tidak mengganggu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Mengulas mengenai isu saman malu yang pernah disuarakan Sri Wani sebelum ini, Boestaman berkata, mereka sedang mengumpulkan bukti dan akan memfailkannya dalam masa terdekat.


BERSIH 3.0: TG Nik Aziz dan Hadi Awang Hadir, Kehadirannya WAJIB

Posted: 24 Apr 2012 04:42 AM PDT



[MK] Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hadir ke perhimpunan BERSIH pada 28 April ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.

"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Baharu hari ini.

Setiausaha akhbar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hari ini berkata, pemimpin nombor satu dalam parti Islam itu akan turun bersama dalam perhimpunan pada Sabtu ini.

Malah, kata Nasaie Ismail, PAS juga telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli untuk turun beramai-ramai ke himpunan tersebut.

Mengulas soal pengundi hantu, yang termasuk dalam tuntutan BERSIH, Nik Aziz berkata ia jelas perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

"Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.

"Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya," beliau dipetik sebagai berkata.

Kemenangan 'haram'


Justeru, tambahnya 'wajib' rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai menjayakan BERSIH 3.0 untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya 'haram' di sisi Islam.

"Malah segala elaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakil rakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

"Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,"ujarnya lagi.
 
 
P/s: AYUH Malaysia!
 
 

Yahudi Bakal Kuasai 20% Saham FGVH?

Posted: 24 Apr 2012 04:33 AM PDT



[HD] KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Dr Rosli Yaakub mendakwa sebuah syarikat milik Yahudi, Bunge Limited antara yang bakal menjadi 'rakan kongsi strategik' kepada Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) apabila disenaraikan di Bursa Malaysia.

Menurutnya, Bunge Limited bakal memiliki saham sebesar 20 peratus di dalam syarikat tersenarai FGVHB di mana usahasama antara FGVHB dan Bunge Limited telah dimetrai pada bulan Disember 2011.

"Bunge Limted adalah syarikat milik orang Yahudi di mana matlamatnya ialah ia mahu menguasai dan memonopoli," katanya ketika berucap membentangkan kertas kerja di Konvensyen Halatuju Felda di Shah Alam Ahad lalu.

Tambahnya lagi, Bunge Limited adalah sebuah syarikat terkemuka di dunia yang menjalankan perniagaan 'agrobusiness' dan makanan.

Kakitangan syarikat itu kata Rosli berjumlah 32 ribu orang di lebih dari 30 buah negara dan ia adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat-syarikat 'food cartel' dunia.

"Setakat ini, food cartel ini belum lagi berjaya mendominasi pengeluaran dan pasaran sawit dan produk sawit.

"Apabila ianya kelak menjadi rakan kongsi strategik kepada FGVHB maka Felda akan menyumbang ke arah penyempurnaan pengawalan oleh food cartel ini ke atas makanan-makanan utama dunia," sambungnya lagi.

Di Argentina, Bunge Limited telah berjaya membolot 'tanah perladangan yang keluasan beratus-ratus ribu ekar di kawasan tanah subur di Pampas Plains, malah mereka juga telah berjaya menguasai ekonomi Argentina.

"Akan beruntungkah peneroka-peneroka Felda dan akan selamatkah anak-anak peneroka Felda dan generasi mereka akan datang apabila satu bangsa yang tidak pernah ada belas kasihan.

"Mahukah dan bersediakah peneroka Felda untuk berkongsi tanah dan kilang-kilang minyak sawit yang mereka miliki dengan Yahudi," soal beliau lagi.


BN Khianati Hak Rakyat Terengganu

Posted: 24 Apr 2012 04:30 AM PDT



[HD] KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan kerajaan BN Terengganu sebagai pengkhianat terhadap rakyat negeri itu apabila menarik balik saman ke atas Petronas.

Katanya, apabila kerajaan BN Terengganu mengugurkan saman royalti minyak bermakna mereka telah menyerahkan hak itu kepada kerajaan pusat.

"Ini benda yang tidak betul, apa syarat-syaratnya sehingga tarik balik saman itu?" soal beliau kepada Harakahdaily.

Bahkan katanya, rakyat Terengganu perlu tahu apa terma perjanjian sehingga kerajaan dibawah Datuk Seri Ahmad Said menarik balik saman secara senyap.

Apapun berlaku, katanya rakyat negeri itu perlu tahu kerana royalti minyak adalah hak mereka

"Buat senyap-senyap, rakyat pun tidak tahu. Rakyat nak tahu apa tindakan yang hendak ambil oleh kerajaan," tegasnya yang bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Terdahulu, Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Umno telah menggugurkan saman royalti minyak yang difailkan 11 tahun yang lalu oleh kerajaan negeri di bawah PAS, lapor The Edge Financial Daily (TEFD).

Bagaimanapun, TEFD berkata tiada butiran lanjut mengenai penyelesaian luar mahkamah yang dicapai antara kerajaan Terengganu dengan Petronas dan kerajaan persekutuan dalam permohonan yang difailkan 21 Mac yang lalu.

Selepas enam bulan PAS menawan Terengganu iaitu pada tahun 2000, perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan untuk menarik balik bayaran 5 peratus royalti minyak kepada negeri penyu tersebut.

Sebelum itu, sejumlah RM7.13 bilion yang dipersetujui dengan kerajaan negeri telah dibayar selama 22 tahun.

Duit royalti itu telah ditukarkan kepada wang ehsan, yang diberikan terus kepada pemim
pin Umno di negeri Terengganu dan bukannya badan-badan di bawah kerajaan negeri.
 
Terengganu perlu buat penjelasan

Sementara itu, wartawan Muhammad Faizal melaporkan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) percaya rakyat Terengganu memerlukan penjelasan segera berhubung tindakan Kerajaan Terengganu mengugurkan tindakan undang-undang terhadap Petronas bersabit bayaran royalti minyak.

Menurut, Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) tindakan undang-undang ini telah dimulakan oleh Kerajaan Terengganu pada Mac 2001 dan berlarutan selama sebelah tahun itu adalah ekoran daripada keengganan Petronas dan kerajaan pusat meneruskan bayaran royalti sepertimana perjanjian 1975.

"Perkembangan terbaru ini memerlukan beberapa penjelasan yang harus dibuat oleh kerajaan Terengganu, Petronas dan juga kerajaan persekutuan.

"Apakah terma-terma penyelesaian yang telah dipersetujui oleh kerajaan Terengganu, Petronas dan kerajaan Malaysia yang membawa kepada tindakan penyelesaian di luar mahkamah," persoalnya.

Tambahnya lagi, rakyat juga ingin tahu berapakan jumlah bayaran sebenar yang diperolehi kerajaan Terengganu hasil penyelesaian cara ini.

"Berapakah terimaan sebenar wang ehsan dan wang royalti yang diterima kerajaan Terengganu mulai 2001 sehingga 2011 memandangkan perbedaan harga minyak dunia di antara USD20 setong sehingga USD100 setong sepanjang tempoh tersebut.

"Kita juga ingin tahu ke dalam akaun mana wang ini dimasukkan samada kumpulan wang disatukan kerajaan negeri atau digunakan terus untuk membiayai politik Umno dan Barisan Nasional seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal atapun yang lain-lain," tambah beliau.

Saifuddin menyatakan rakyat sedia maklum dolak dalih kerajaan persekutuan terhadap isu wang ehsan dan royalti ini sebenarnya terbit daripada dengan politik Umno-Barisan Nasional apakala tumpas di Terengganu pada 1999-2004.

"Menarik balik tindakan undang-undang terhadap Petronas dan kerajaan persekutuan yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu hari ini tidak sama sekali menamatkan faktor ketidaktentuan dalam isu royalti.

"Ini kerana kiranya berlaku peralihan politik dan kerajaan Terengganu pimpinan Umno-Barisan Nasional tumpas pada pilihanraya yang akan datang tidak semestinya kerajaan baru nanti terikat dengan terma-terma penmyelesaian dan jumlah bayaran yang dibuat sekarang," sambungnya.

Beliau berharap penjelasan tentang terma penyelesaian yang dibuat telus dan terbuka dan jumlah bayaran yang diterima kerajaan Terengganu dari hasil minyak ini bukanlah terlalu sukra untuk dibuat kiranya kerajaan Terengganu benar-benar bertanggungjawab dan menghormati rakyat.

Berkaitan:

Bekas Imam Dihukum Penjara 15 Tahun & 12 Sebatan Kerana Merogol Budak Sekolah

Posted: 24 Apr 2012 02:44 AM PDT


[Bernama] JOHOR BAHRU - "Sebagai seorang imam, tertuduh sepatutnya tahu mengenai hukum dan tidak patut melakukan perbuatan demikian.

"Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik pada masyarakat dan juga menjaga nama baik institusi yang beliau wakili," kata Hakim Mahkamah Sesyen Nua'man Mahmud Zuhudi ketika menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan ke atas bekas imam sebuah masjid kerana kesalahan merogol remaja bawah umur.

Beliau memerintahkan tertuduh Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, menjalani hukuman itu bermula hari ini. 

Nur Akmal, 32, didapati bersalah merogol remaja perempuan itu yang ketika kejadian berumur 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, di sini pada kira-kira  3 petang, 21 Feb 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketika menyampaikan penghakimannya, Hakim Nua'man berkata keterangan tertuduh ketika perbicaraan hanyalah bersifat penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai serta gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Nur Akmal yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun pada mulanya kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan tetapi mula menitiskan air mata ketika dipeluk anggota keluarga. 

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam Sukhaimi Mashud. 


P/s: Cari penyakit!



[PANAS] Nalla Ada Video "Saya ingin menceritakan bagaimana Anwar makan AISKRIM dengan Shamsidar." ?

Posted: 24 Apr 2012 12:50 AM PDT



Video aiskrim ini mungkin SENJATA terakhir bagi puak BN untuk meraih undi dalam PRU 13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Semalam, Nalla seperti yang diberitakan menyerah sebuah video kepada peguamnya untuk dijadikan bahan bukti kes saman Anwar sebanyak RM100 juta. Adakah video itu berkaitan dengan kenyataan "Anwar makan aiskrim dengan Shamsidar"?

Setakat yang dikhabarkan, Anwar masih belum meneruskan saman terhadap Nalla. Sebelum, video dan cerita ini menjadi modal PRU13, ada baiknya DSAI meneruskan saman tersebut.



P/s: Kalau dahulu video "Made In Siam", kali ini buatan mana pula?




[Wajib Baca] Bukti Pemegang Kad Pengenalan Ada TARIKH LUPUT Boleh Mengundi, Apa dan Siapa yang Pegang Kad Pengenalan Ini?

Posted: 23 Apr 2012 11:32 PM PDT


Sebelum ini DCM ada menyentuh tentang isu kad pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) dalam kiriman ini. Saya sentuh sahaja, ada beberapa blog lain yang betul-betul mengulasnya. Kredit kepada usaha mereka.

Hari ini timbul isu pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara diberi hak mengundi. Hal ini terbukti apabila semakan pemilih dibuat berdasarkan nombor kad pengenalan Pemastautin Sementara menunjukkan pemiliknya boleh mengundi. Hal ini dibongkar oleh blog Semut Malaysia di sini. Anda baca pendedahan yang dibuat oleh blog tersebut.

Saya cuma nak berkongsi sedikit maklumat tentang status pemegang kad pengenalan Permastautin Sementara. Siapa pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara? Adakah mereka berhak mengundi? Sila lihat paparan skrin di bawah ini:


Berdasarkan penjelasan pihak JPN di atas, pemegang kad pengenalan Permastautin Sementara (MyKas) ialah individu yang dilahirkan di Malaysia tetapi tidak mempunyai maklumat lengkap tentang kelahiran mereka. Misalnya tiada maklumat lengkap tentang ibu bapa dan sebagainya. Kad pengenalan yang berwarna HIJAU ini hanya sah selama 5 tahun. Manakala pemegang kad pengenalan Permastautin Tetap (MyPR) yang berwarna MERAH dikeluarkan kepada warga asing yang mempunyai permit masuk daripada Jabatan Imigresen.

Jelas?

Perkara yang AMAT penting yang turut dinyatakan dalam penjelasan JPN itu ialah kedua-dua pemegang kad pengenalan ini berstatus BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA. Jika bukan warganegara Malaysia, maka logiknya mereka TIDAK boleh mengundi kerana syarat pendaftaran pemilih menetapkan:

Syarat-syarat Layak Mendaftar
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.


Oleh itu, mengapa pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara di Sabah boleh mengundi? Jika di Sabah wujud pemegang MyKas yang boleh mengundi, bagaimana dengan pemegang MyKas di negeri lain terutamanya Selangor, adakah mereka juga boleh mengundi?

Perkara lain yang masih belum terjawab ialah sebab sesetengah kad pengenalan Permastautin Sementara berwarna BIRU, bukan HIJAU seperti sepatutnya. Adakah sudah wujud peraturan baharu dalam pengelasan dan pemberian kad pengenalan kepada individu yang kabur tentang kewarganegaraannya?
Tidakkah SPR atau JPN berminat untuk menjawab hal ini? -DCM


P/s: Adakah projek kad pengenalan Mykas warna biru ini termasuk dalam projek Task Force yang didakwa oleh Datuk Mahfuz? 



Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC Serah Bukti Task Force Beri Kerakyatan kepada Warga Asing

Posted: 23 Apr 2012 09:32 PM PDT


[HD] KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) hari ini menyerahkan semua bukti berhubung dakwaan wujudnya task force pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk tujuan mengundi pada pilihan raya kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Penyerahan itu diketuai pengerusinya Datuk Mahfuz Omar dan diterima Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Jalan Bukit Petaling di sini. (Gambar)

Selain nama-nama mereka yang menganggotai task force itu, turut diserahkan hari ini sebahagian daripada 175,388 nama pemilih di seluruh negara yang tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Turut dilampirkan juga sebanyak 17,000 nama yang mempunyai nombor kod kelahiran 71 yang bukan berbangsa Melayu, Cina mahupun India.

Selain itu sejumlah nama yang ada dalam daftar pemilih yang didakwa terdiri daripada warga Nepal, Myanmar dan Filipina turut diserahkan.

Menurut Mahfuz, dengan penyerahan bukti-bukti itu, Majlis Raja-Raja dan juga Yang di-Pertuan Agong diharap berkenan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu.

Turut serta dalam penyerahan dan pertemuan itu adalah pimpinan serta ahli parlimen PAS termasuk Salahudin Ayub, Datuk Kamaruddin Jaffar, Dr Siti Mariah Mahmud, Mohd Firdaus Jaafar, Adram Musa serta dua orang peguam yang menganggotai jawatankuasa API.

Untuk rekod, API ditubuhkan PAS bagi menangani isu pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka menjadi pengundi pada Pilihan raya Umum ke-13.

API telah menyaring maklumat peribadi warga asing yang diberikan Mykad itu, yang didakwa beroperasi di Jabatan Perdana Menteri.

API turut dianggotai ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Exco Pemuda PAS, Suhaizan Kayat dan Adram Musa serta peguam Zul Hazmi Shariff serta beberapa peguam lain.


Pendidikan Percuma di KAFA dan di Sekolah Rendah Agama, Adakah Ada Kaitan dengan Isu Pemansuhan PTPTN?

Posted: 23 Apr 2012 08:38 PM PDT


Sejak isu pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma hangat, kerajaan BN memang panik. Walaupun menafikan hal itu, namun orang yang rajin menonton televisyen pencacai, sudah tentu maklum dengan pelbagai iklan dan propaganda berkaitan dengan isu PTPTN dan pendidikan percuma.

Panik!

Terbaru kerajaan BN menghapuskan yuran di KAFA dan di SRA. Kita menyokong idea itu, namun janganlah menjadikan penghapusan yuran itu untuk mengaburi isu PTPTN. Yuran yang dimansuhkan hanya bernilai RM10, bukan RM5 ribu. Jangan psiko masyarakat dengan pengumuman ini. 

Kononnya berkuat kuasa pada bulan Januari 2012, tetapi sehingga pengumuman ini dibuat yuran masih dikutip. Jika berkuat kuasa Januari, sepatutnya dari bulan Januari ibu bapa tidak perlu membayar yuran itu.

 Kononnya langkah itu dapat meringankan ibu bapa. Kalau ikhlas mahu meringankan beban ibu bapa, kerajaan perlu mencari jalan memansuhkan yuran di IPT. Yuran di IPT nilainya beribu-ribu ringgit, bukan RM10.

Yang mana satu yang betul: berkuat kuasa Januari atau berkuat kuasa selepas isu PTPTN hangat diperkatakan?

Yang lebih penting, marilah bersama-sama memberikan tekanan kepada kerajaan agar memerah otak untuk melaksanakan pendidikan percuma dari tadika hingga ijazah pertama. Kalau mereka boleh mencari jalan menyediakan subsidi berbilion RM untuk kroni, maka tidak sepatutnya mereka yang dilantik rakyat tidak mampu mencari jalan untuk menjayakan impian itu!



Yuran SRA, KAFA dimansuh


[BH] KUALA LUMPUR: Seramai 45,000 pelajar sekolah Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang diselia Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kini menikmati pendidikan percuma berikutan keputusan JAWI memansuhkan yuran bulanan RM10 kepada muridnya. 

Pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam itu sebagai langkah meringankan beban ibu bapa, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada pelajar mendapatkan pendidikan agama.

Beliau berkata, pendidikan percuma itu membabitkan kos RM5.3 juta hasil kutipan zakat dan ditanggung sepenuhnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama JAWI.

"Ia sudah dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, cuma pelaksanaannya baru saja diumumkan. Justeru, bagi pelajar yang sudah menjelaskan yuran, wang berkenaan akan dikembalikan. 

"Dengan peruntukan besar ini, kita akan lebih berupaya memperbaiki kecemerlangan di kalangan pelajar dan kualiti pendidikan, seterusnya menjayakan misi kerajaan ke arah menjana modal insan yang berkualiti dengan minda kelas pertama," katanya selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik JAWI 2012, di sini semalam. 

Jamil berkata, pemansuhan yuran membabitkan 66 KAFA dan 84 SRA selaras permintaan tinggi permohonan untuk memasuki sekolah agama termasuk di luar kawasan. 



P/s: Yang pasti ada kaitan dengan PRU13. Jangan mudah terpesona dengan gula-gula bernilai RM10!




Kerana Tidak Dibelikan PLayStation, Budak 4 Tahun Tembak Kepala Bapa

Posted: 23 Apr 2012 07:36 PM PDT



[HM] RIYADH: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun menembak mati bapanya yang enggan membelikan PlayStation.

Akhbar Asharq memetik jurucakap polis di bandar Jizan, selatan Arab Saudi, sebagai berkata, kanak-kanak itu mengambil pistol bapanya dan menembak kepala lelaki berkenaan.

Menurut laporan akhbar itu, kanak-kanak terbabit meminta bapanya membeli sebuah PlayStation dan kejadian berlaku selepas lelaki itu pulang tanpa membawa mainan yang dihajati.

Ketika menanggalkan pakaian, lelaki berkenaan meletakkan senjata di bawah. Anaknya mengambil pistol itu lalu menembaknya dari jarak dekat. - AFP


P/s: Gila!



Padah Berjudi

Posted: 23 Apr 2012 07:16 PM PDT


Sekadar hiasan.

[HM] KUALA LUMPUR: Akibat gagal melunaskan hutang lebih RM1,000 selepas kalah berjudi, seorang lelaki berusia 23 tahun bukan saja dibelasah 10 lelaki, malah rambutnya turut digunting kumpulan terbabit dalam kejadian di Taman Sri Murni, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa parah di badan dan kepala akibat dibelasah kumpulan terbabit.

Menurut sumber, mangsa yang kalah berjudi di sebuah premis di kawasan berkenaan mendakwa mahu keluar dari bangunan itu untuk ke bank mengeluarkan wang, namun ditolak dua lelaki yang menyangkakan mangsa mahu melarikan diri selepas kalah dalam pertaruhan itu.

Katanya, mangsa mulanya dibenarkan meninggalkan kawasan berkenaan kerana berjanji datang semula untuk membayar hutang dan meminta tempoh kurang sejam berbuat demikian.

"Bagaimanapun, mangsa kemudian meminta dua lelaki terbabit menunggunya di sebuah restoran berhampiran kawasan itu.

"Mangsa yang datang semula dengan tangan kosong terkejut apabila mendapati dua suspek yang menolaknya menunggu di restoran berkenaan bersama 10 lelaki lain.

"Mangsa bukan saja diterajang dan ditumbuk, malah rambutnya turut digunting seorang daripada suspek terbabit.

"Kumpulan itu meninggalkan kawasan berkenaan sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera di badan dan kepala ditahan hampir 24 jam di sebuah hospital sebelum dibenarkan pulang jam 10 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan.


P/s: Tidak kisahlah apa fahaman agama atau hidup anda, yang pasti judi itu adalah malapetaka dalam hidup!



Pengorbanan Adik

Posted: 23 Apr 2012 07:00 PM PDT



PILU…Asma di sisi jenazah anaknya, Muhammad Muaz, semalam.

[HM] DUNGUN: "Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat," kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukemia.

Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.

Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.

"Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang," katanya.

Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu.


P/s: Memang memilukan apabila kehilangan ahli keluarga.




Tiada ulasan: