Sabtu, 21 April 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ayuh! Kita Semua Ke Sana 28 April ini!

Posted: 21 Apr 2012 09:03 AM PDT

Kalau ikut berita di sini , Mat Said, MB trengganu telah beli 3 ekor badak sumbu yang harganya RM300,000 setiap seekor. Bermakna dekat RM1Juta dia beli natang tu aje!

Beli pula 6 ekor zirafah yang harganya US$90,000 setiap seekor. Bermakna dia belanja hampir RM2 juta beli natang tu!

Kos beli binatang-binatang saja, mencecah RM10 juta. Hampir RM100 juta dibelanjakan untuk buat Mini Zoo Bukit Takal

Aku tak tahu berapa harga natang kat atas tu! Tapi entah pasal apa , Mat Said bagi kat aku natang tu melalui budak Paeh petang tadi.


Aku dah tukar kala ikut selera aku dan bercadang nak gi 'Duduk dan Bantah' dengan natang ni pada 28 April nanti di Dataran Merdeka.

Ada siapa-siapa yang nak ikut ke? Wajib pergi! Tak kiralah apa jadi! 300 rakyat Mesir terkorban untuk perjuangkan demokrasi; kita bila lagi?


Bongkar - Hentikan Skandal Pencemaran Alam Di Perak ! - Penghantaran Besi Oxida Ke CHina Malam Ini

Posted: 21 Apr 2012 06:01 AM PDT

Ada dua jalan di Sitiawan yg dicemari oleh 'tanah merah' (besi oxida) ini.

Penghantaran lori ini yang membawa tanah merah (besi oxida) ini adalah dari Ipoh ke Lumut Port.

Ada di suatu tempat jalanraya, mempunyai kesan tanah merah (besi oxida) tumpah merata-rata keatas jalanraya ini.

Dari Seri Iskandar ke Bota nampak jelas kesan tanah merah (besi oxida) ini disepanjang 0.5 kilometer dan ia telah menutup jalan tar ini dengan tanah merah (besi oxida) ini.

Kampung Acheh , Setiawan, jalan kawasan industri juga telah dicemari oleh tanah merah (besi oxida) ini. Lagi pun badan lori dan tayar masih ada lagi kesan berwarna merah dan ia tidak boleh ditanggalkan.

Penduduk Setiawan meminta kerajaan negeri Perak, supaya agensi seperti kebersihan alam semula jadi dan agen-agen yang terlibat dapat memberi penjelasan terhadap isu ini.

Dato Ngeh Khoo Ham meminta pihak bertanggungjawab dapat membersihkannya. Sebagai ahli Parlime Bruas, Dato Ngeh telah mendapat banyak aduan dan SMS dari orang ramai mengenai perkara tersebut dan bahawa tanah merah (besi oxida) ini telah dikumpulkan sehingga menjadi bukit di dalam Lumut Port. Penduduk khuatir tanah merah (besi oxida) ini akan memberi masalah kepada mereka.

Dan mereka tidak tahu dari mana datangnya tanah merah (besi oxida) ini. Penduduk berharap Dato Ngeh dapat memberi jawapan . Dato Ngeh berkata, dia akan menghubungi pengarah alam sekitar atau agensi-agensi yang lain di dalam perkara ini dan Dato Ngeh berharap kerja pembersihan jalan dapat disegerakan.


Di atas itu adalah terjemahan dari akhbar Sin Chew yang telah diterjemahkan.Terima kasih kepada kawan saya yg telah melakukannya.nak baca akhbar Melayu mengenai perkara begini tak usah haraplah!

Sekarang ini jom kita dedahkan secara ringkas dengan fakta yang ada untuk kita konsikan bersama :

Dari sinilah - Bukit Merah , Lahad Ipoh, besi oxida itu
di bawa ke Lumut Port


Lihatlah longgokan besi oxida yang membukit itu


Bahan besi oxida dibawa dengan 'tipper truck' dan bukan
dengan 'container truck' seperti yang diwajibkan
dalam perjanjian


Lihatlah tumpahan bahan tersebut yang tumpah
di sepanjang jalan mengotorkan jalanraya
dan membahayakan pengguna


Klik untuk besar dokumen syarat perjanjian ini


Negeri asal kapal ini- China

Kapal ini akan belayar malam ini .Klik di sini dan klik pada
'detail' utk tahu muatan kapal tersebut yg telah dipalsukan


Sila hubungi pegawai-pegawai diatas itu untuk buat aduan


Kepada semua warga yang prihatin, sila sama-sama bertindak untuk menghentikan kegiatan salah guna kuasa di Perak ini.

Tiada ulasan: